You are on page 1of 11

Laiman pemuda dari Sabah menuntut ilmu dalam

bidang kejuruteraan. Dia dihantar ke sebuah syarikat


minyak di Sarawak untuk menjalani latihan industri. Dia
memang berkeupayaan untuk maju dalam bidang yang
dipelajarinya. Semasa dalam latihan, Laiman bekerja
dengan bersungguh-sungguh, tetapi dia mempunyai
impian lain daripada itu. Di tempat latihan itu, Laiman
akrab dengan gadis yang bernama Soniah, yang juga
masih belajar.  Hal ini menimbulkan rasa cemburu
kawannya yang bernama Muluk. Soniah merasakan ada
sesuatu yang tidak kena antara Laiman dengan Muluk,
tetapi dia menyembunyikannya.Ketika Laiman tiada di
tempat kerja kerana pergi ke Kuching, tangki minyak
telah terbakar. Ada telahan yang menyatakan bahawa
Laiman yang merancang pembakaran tangki minyak itu
sebelum dia ke Kuching. Pengurus syarikat sendiri pun
mengesyaki perkara yang sama. Walau bagaimanapun,
setelah mendapat keterangan daripada Laiman, pengurus
itu percaya bahawa Laiman tidak bersalah dalam hal
tersebut.  Setelah tamat belajar, Laiman pulang ke
kampungnya di Kusilad, Sabah. Dalam fikirannya, dia
berpendapat bahawa ijazah yang diperolehnya bukanlah
tiket untuk dia mencari pekerjaan bergaji tetap. Dia
memikirkan projek yang sentiasa ada dalam fikirannya
sejak dahulu. Apabila dia mendapat tawaran untuk
bekerja di jabatan pertanian, dia menolaknya. Tindakan
Laiman itu menimbulkan rasa hairan di hati sepupunya,
Milan dan juga menimbulkan kemarahan ayahnya, Pak
Kiassim. Pak Kiassim yakin bahawa bekerja makan gaji
adalah yang terbaik bagi lulusan universiti. Fikiran
Laiman ketika itu tertumpu pada projek ternakan lebah
madu dan ternakan ikan air tawar. Dia merancang untuk
menjalankan projek ternakan ikan air tawar di tanah
paya bersebelahan dengan tanah Pak Sahok. Ternakan
lebah madu tidak mendatangkan masalah kepada Laiman
kerana projek tersebut tidak memerlukan kawasan yang
luas. Di samping itu, dia juga menanam pokok
tembikai.Kemarahan Pak Kiassim menjadi-jadi apabila
melihat Laiman tidak beroleh apa-apa kemajuan. Namun
begitu, Laiman tetap dengan pendiriannya. Dia berpakat
dengan Milan untuk terus bergerak maju. Pada awalnya,
Milan juga kurang  bersemangat. Milan menjadi yakin
dan penuh semangat apabila melihat Laiman tidak
pernah berputus asa. Mereka bersama-sama meminta izin
Pak Sahok untuk melaksanakan projek di sebelah tanah
Pak Sahok, tetapi Pak Sahok tidak mengizinkannya.
Laiman tahu bahawa Pak Sahok bukanlah pemilik tanah
yang dicita-citakannya itu, tetapi dia tidak mahu
bermusuh dengan Pak Sahok.Milan makin bersemangat
seperti Laiman. Tanaman tembikai mula menampakkan
kemajuan. Laiman memikirkan projek lain, iaitu kebun
limau dan kelapa. Milan berasa bimbang kerana fikiran
Laiman terlalu bercabang-cabang, tetapi Laiman yakin
dengan tindakannya itu. Menurut Laiman, kerjanya yang
banyak akan dibantu oleh budak-budak yang gagal dalam
persekolahan. Perkara tersebut tentu akan menyenangkan
hati ibu bapa budak-budak itu.Setelah masa berlalu agak
lama, Pak Kiassim dapat menerima baik usaha Laiman.
Dia telah melihat kejayaan Laiman dalam projek kebun
tembikainya. Namun, Pak Sahok masih enggan
memberikan keizinan kepada Laiman untuk
mengusahakan tanah paya di sebelah tanahnya bagi
dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar. Hasil
perundingan dengan Pak Kiassim, Pak Sahok
kemudiannya bersetuju untuk membenarkan Laiman
mengusahakan tanah tersebut.Laiman memulakan projek
ikan air tawarnya. Kawasan paya itu diperdalam dengan
menggunakan jentera pengorek. Setelah segala-galanya
berjalan dengan lancar, Laiman menambahkan lagi
kolam ternakannya. Sebahagian dari pada kawasan itu
digunakan untuk ternakan ikan air tawar, manakala
sebahagiannya lagi untuk ternakan udang harimau.
Urusan kebun tembikai diserahkan kepada
ayahnya.Masalah dalam bidang perusahaan adalah
perkara biasa dan dihadapi oleh mana-mana pengusaha.
Masalah yang menimpa Laiman ialah dua orang anak
muda yang dilatihnya, iaitu Kedek dan Muali
meninggalkannya untuk membuka perusahaan sendiri.
Laiman tidak berasa kecewa kerana sekurang-kurangnya
dia telah berjaya melatih orang lain bekerja.Kejayaan
Laiman kian terserlah apabila jabatan pertanian berjanji
akan membantunya memperbesar perusahaan ternakan
ikan air tawar. Projek ikan air tawar yang diusahakannya
itu akan dijadikan projek contoh di daerah Kusilad. Hal
itu menggembirakan Laiman dan Milan. Menurut pihak
jabatan, ada kemungkinan projek itu akan menjadi
projek terbesar di Sabah. Apabila Milan beredar ke
warungnya, Laiman buat sekian kalinya teringat akan
Soniah, gadis yang akrab dengannya semasa dia berada di
Sarawak dahulu.

NOTA- NOVEL JALAN MENUJU KE PUNCAK

Bab Satu: Bagaikan Mimpi


Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak untuk
menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar untuk
membuat praktikal di sebuah syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia menjalankan
tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di situ, dia berkawan baik dengan
Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti. Jika
dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan
cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laiman. Kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan
setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman hendak berehat. Laiman teringat akan
kawannya yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti hingga tamat pengajian.
Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya membuka perniagaan kereta
terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport. Seterusnya, dia mengusahakan hotel. Kini,
Chow Chin sudah menjadi jutawan baharu.
Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh untuk diteladani.
Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi tetapi
berjaya dalam hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka
bengkel sendiri. Laiman tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang
yang berijazah atau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin berusaha.
Perkara yang paling penting ialah pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua perkara
tersebut mampu membawa dirinya ke arah hidup yang lebih terjamin.

Bab Dua: Sesal


Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai. Pengurusnya
berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan
Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah
bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia
tidak pernah berbual dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk,
Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai
Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang
jawapan daripada Soniah.

Bab Tiga:
Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki minyak
yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching untuk
bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil
mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran
dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara
yang menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman tidak
wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan
kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan
harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang
dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri
membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat.
Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama Sonia seminggu yang
lalu.

Bab Empat:
Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri.
Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran
dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai
dengan Soniah kerana risiko untuk menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-
bulan lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan
impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman.
Laiman berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu
Laiman dan Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan
gerak-geri mereka.

Bab Lima:
Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.

Bab Enam
Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di Sabah. Walaupun
hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut seruan kerajaan supaya
siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana
asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah
madu dan ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani latihan
di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya
Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan
Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan
sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat
perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.

Bab Tujuh
Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian.
Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di
Universiti, tetapi Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama
dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman
begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin
membuka mata penduduk kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan
daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman
mendapat sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.

Bab Lapan
Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik Pak
Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah paya
itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian
paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok.
Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk
mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek ternakan lebah madu.
Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk bekerja dengan
mereka.

Bab Sembilan
Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di
kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi  pendapatan daripada projek
ternakan ikan air tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang
lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula
menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman
mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk berbincang
dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran
tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat
memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.

Bab Sepuluh
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang
menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran
kepada Laiman menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang
harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak
muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu.
Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan
khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya
untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat.
Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.

Bab Sebelas
Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali yang
dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan
untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman
dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi
orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman
yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula
memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang akan membuka peluang
pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur.

Bab
Dua Belas
Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah
tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh
Laiman dan menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa
menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.

Bab
Tiga Belas
Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh
enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti
menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan
masa depan mereka.

Bab
Empat Belas
Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam
ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana
mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan
telah muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat
memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.

Bab
Lima Belas
Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama Laiman
disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka
yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai
seorang penternak, pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki
ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat
pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan
berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat
untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

TEMA Bagi Novel Jalan Ke Puncak


Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya
masa depannya dengan cara berdikari. Contohnya, Laiman yang berkelulusan ijazah
kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri dengan
mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman turut mengusahakan kolam ikan air
tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di
kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya
dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

PERSOALAN :
1. Ketabahan menghadapi dugaan hidup

Contohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang
tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.

2. Keberanian menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi


Contohnya Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil
keputusan untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang
harimau.

3. Pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga

Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai
pengajian Laiman di universiti.

4. Semangat setia kawan

Contohnya Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa menyokong
usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian walaupun mendapat tentangan daripada
keluarganya sendiri.

5. Semangat cinta akan negara

Contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

6. Keyakinan terhadap usaha yang dijalankan

Contohnya Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan kejayaan
walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang menolak tawaran kerja di
Jabatan Pertanian, namun akhirnya dia berjaya menjadi petani moden sehingga kejayaannya
diiktiraf oleh pihak kerajaan.

7. Sikap dengki lahir kerana perasaan cemburu

contohnya Laiman yang begitu akrab dengan Soniah telah menimbul perasaan cemburu di hati
Muluk. Hal ini demikian kerana Muluk menaruh hati terhadap Soniah, namun Soniah tidak
melayannya. Kes kebakaran loji minyak di Miri pada anggapan Laiman ialah hasil perbuatan
Muluk.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama: Laiman (pelajar kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri)

Tegas diri / jati diri: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima
sesuatu tawaran pekerjaan

Watak sampingan: Sukri, penyelia latihan industri dan rakan Laiman


Peramah: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan
yang sedang menjalani latihan industri

Watak imbas kembali: Chow Chin (pelajar senior Laiman di universiti, kini usahawan berjaya)

Berdikari: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar perniagaan dengan berjimat
cermat dan tidak membangga diri. 

LATAR TEMPAT :
1. Bandar Miri

contohnya Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di bandar
Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan
pelajaran dalam jurusan kejuruteraan.

2. Rumah Pak Sahok

contohnya Laiman ke rumah Pak Sahok untuk memujuknya agar mengizinkan dia menggunakan
tanah rizab yang bercantum dengan tanah Pak Sahok untuk tujuan menternak ikan.

3. Tangki minyak nombor 12 milik syarikat Shell

contohnya tangki minyak yang rosak itu dibaiki oleh Laiman dengan sempurna tetapi telah
terbakar menyebabkan Laiman berasa hairan.

4. Restoran di Miri

contohnya Laiman makan bersama-sama Soniah di sebuah restoran. Ketika makan, Soniah
meluahkan hajatnya ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti dalam bidang kejuruteraan,
sama seperti Laiman.

5. Kebun tembikai

contohnya tempat Laiman dan Milan mengusahakan ladang seluas 15 ekar dan mereka berasa
bangga apabila usaha yang dilakukan sejak dua bulan lalu telah mengeluarkan hasil.

6. Gerai Pitas

contohnya Laiman dan Milan berniaga kuih yang dipajaknya daripada orang-orang kampung
untuk mengisi masa yang terluang dan mahu mencari duit sebanyak mungkin.
7. Kampung Kusilad

contohnya Kampung Kusilad merupakan tempat tinggal Laiman dan tempat dia melakukan
aktiviti pertanian dan perikanan sehingga berjaya menjadi usahawan tani.

8. Universiti Kebangsaan Malaysia

contohnya tempat Soniah belajar sehingga tamat pengajiannya dalam bidang kejuruteraan.

LATAR MASYARAKAT :

1. Masyarakat mahasiswa: Sukri, pelajar tahun tiga fakulti kejuruteraan (Unimas) 


2. Masyarakat yang tegas diri: Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa
menerima sesuatu tawaran pekerjaan
3. Masyarakat yang peramah: Sukri cepat mesra walaupun dia penyelia kepada Laiman,
mahasiswa kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri
4. Masyarakat yang berdikari: Chow Chin berusaha sendiri untuk membina empayar
perniagaan dengan berjimat cermat dan tidak membangga diri.

NILAI MURNI :
1. Keberanian

contohnya Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan
membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak
tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.

2. Patriotisme

contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

3. Berdikari

contohnya Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman
tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih
bekerja makan gaji di Jabatan Pertanian.

4. Kasih sayang
contohnya Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman
yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan
kebolehan anaknya apabila melihat tanaman tembikai mengeluarkan hasil lalu memujuk Pak
Sahok untuk memastikan tanah rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh diusahakan
oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar.

5. Kesyukuran

contohnya Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah
membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan
sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan
bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah.

PENGAJARAN :
1. Kita perlu memiliki sikap berani untuk mengubah nasib

contohnya Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan
membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak
tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.

2. Kita hendaklah memiliki jiwa patriotism

contohnya Laiman sentiasa menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

3. Kita haruslah sanggup berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan

contohnya Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman
tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih
bekerja makan gaji di Jabatan Pertanian.

4. Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging sendiri

contohnya Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman
yang menolak pekerjaan sebagai pegawai di Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan
kebolehan anaknya apabila melihat tanaman tembikai telah mengeluarkan hasil lalu memujuk
Pak Sahok untuk rnemastikan tanah rizab yang bercantum dengan tanah lelaki itu boleh
diusahakan oleh anaknya untuk penternakan ikan air tawar.

5. Kita sewajarnya bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT
contohnya Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang diusahakannya telah
membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan
sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek tersebut akan dibesarkan dengan
bantuan daripada Jabatan Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah.

You might also like