You are on page 1of 4

CADANGAN KERTAS KERJA

PROGRAM
KECERIAAN
KELAS
SMK SUNGAI ASAP, GUA MUSANG
TAHUN 2018

Disediakan oleh:
UNIT 3K
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
SMK SUNGAI ASAP, GUA MUSANG
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
.

1.0 Rasional

Persekitaran kelas yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan serta
mengambarkan kecintaan dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah
umumnya dan murid-murid di kelas berkenaan khasnya. Keceriaan dan kebersihan
kelas adalah penting bagi mewujudkan suasana kelas yang kondusif, mempunyai
iklim sekolah yang ceria, tenang, selesa dan menarik minat murid belajar di kelas.
Kelas yang bersih dan ceria juga dikatakan oleh pakar psikologi boleh memberikan
suntikan motivasi kepada murid. Mereka akan belajar dalam keadaan yang selesa,
tenang dan tenteram. Murid akan fokus kepada pelajaran yang diajarkan kerana
mereka diberikan ilmu dalam keadaan bersih dan tenang. Oleh itu, pertandingan ini
memang perlu dilaksanakan bagi memenuhi hasrat tersebut.

 
2.0 Matlamat

Mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran dan kelas yang bersih, ceria, 
cantik,  dan mempunyai minat untuk hadir ke sekolah.

3.0 Objektif

1. Mewujudkan suasana kelas yang lebih ceria dan harmonis.


2. Meningkatkan  kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya menjaga
keceriaan dan kebersihan kelas.
3. Memupuk dan menyuburkan sikap bertanggung jawab terhadap kelas mereka.
4. Mewujudkan kerja sama di antara murid, guru dan pekerja swasta.
5. Mewujudkan suasana kelas yang selesa dan mendorongkan pembelajaran murid.

4.0 Tempoh Pelaksanaan

JANUARI – NOVEMBER 2018

5.0 Sasaran

Pertandingan ini melibatkan semua kelas

.
6.0 Jawatankuasa Program

Pengerusi : En. Azuri Bin Hamzah


( Pengetua SMK Sungai Asap )

Tim Pengerusi : Ustaz Mohd Shahrom Bin Ab Rahman


( Penolong Kanan HEM )

Naib Pengerusi I : Pn. Che Rosbi Binti Che Lah


( Penolong Kanan Kokurikulum )

Penyelaras : Pn. Nik Saiziwa Binti Nik Soh

Setiausaha : Pn. Kartini Binti Kassim

Bendahari : Pn Semah (Ketua Pembantu Tadbir)

AJK : Penyelaras Tingkatan


: Guru Tingkatan

7.0 Penghargaan

7.1 Sijil Dan Hadiah Kelas Paling Ceria. Tiga kelas yang berjaya
mendapat markah paling tinggi akan diberikan sijil setiap
bulan.

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Jumlah
Bil Perkara Catatan
( RM )
Sijil & Hadiah Pertama – 20.00x2x8bln=320.00
1. Program Keceriaan RM720 Kedua – 15.00x2x8bln=240.00
2018 Ketiga – 10.00x2x8bln=160.00
Jumlah RM720
9.0 Kesimpulan

Program pertandingan keceriaan kelas ini diharapkan dapat mewujudkan


kelas yang bersih, ceria dan cantik. Dengan kelas yang ceria dan cantik ini sekali lagi
diharapkan mampu menjadi motivasi kepada murid untuk seronok hadir ke sekolah
dan sekaligus dapat mengatasi masalah ponteng sekolah.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(NIK SAIZIWA BT NIK SOH) (MOHD SHAHROM B AB RAHMAN)


Penyelaras Penolong Kanan HEM
Program Keceriaan Kelas SMK Sungai Asap, Gua Musang
SMK Sungai Asap, Gua Musang

Disahkan oleh,

(AZURI BIN HAMZAH)


Pengetua
SMK Sungai Asap, Gua Musang

You might also like