You are on page 1of 7

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PERLANTIKAN

KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA


TINGKATAN 2023

Terima Kasih Puan Pengacara Majlis

Yang dihormati,

1. Pegawai Perhubungan Sekolah

Insp. Mohd Farid Ikhwan bin Ismail dari Ibu Pejabat

Polis Daerah Cheras.

Yang Berusaha

1. Pen Kanan Tadbir dan Kurikulum


Pn. Norainon binti Ramli

2. Pen. Kanan Hal Ehwal Murid


Pn. Siti Zainab binti Ramnoon
3. Pen Kanan Kokurikulum
Pn. Rosmizawatibinti Othman

4. Pen Kanan Pendidikan Khas


Pn. Illy Syafiah Mak binti Abdullah

5. Barisan Guru-guru Kanan,


guru-guru bimbingan dan kaunseling,
guru-guru SMK Bandar Tasik Selatan,
barisan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Hadirin sekalian yang dirahmati Allah s.w.t, terlebih


dahulu saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada
Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka
kita semua dapat berkumpul meraikan majlis berbahagia
pada pagi ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Insp. Mohd Farid Ikhwan bin Ismail kerana sudi
hadir pada majlis perlantikan ini.

Hadirin yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas kepada semua Ketua kelas


dan Penolong Ketua Kelas yang bakal menerima
watikah perlantikan sebenar sahaja lagi.

Saya yakin mereka yang dilantik pada hari ini telah


melalui proses pemilihan yang rapi agar yang terpilih
memiliki ciri kepimpinan untuk membimbing rakan –
rakan mereka di sekolah serta dapat membantu guru-
guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka
dalam memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya
pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan
warganegara yang efisien dan menjadi modal insan
negara yang produktif.
Sesungguhnya barisan Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas yang dilantik harus berasa bertuah dengan
perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar
berasa syukur kepada Allah s.w.t dan sentiasa
mengingatiNya semasa memikul tugas dan
tanggungjawab itu nanti.

Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini, mereka


patut diraikan. Untuk pengetahuan Insp. Mohd Farid
Ikhwan, jumlah Ketua kelas dan Penolong Ketua kelas
adalah seramai 126 orang di mana 86 orang terdiri
daripada sesi pagi dan 40 orang ialah sesi petang.

Ketua Kelas dan Penolong Ketua kelas yang dipilih


perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam
membantu guru khususnya dalam pengurusan kelas,
makmal, bengkel dan bilik khas agar dapat mewujudkan
persekitaran yang kemas dan teratur.
Persekitaran yang dimaksudkan adalah menentukan
suasana yang damai, terkawal dan menumpukan
kepada fungsi utama sebuah kelas khususnya dan
sekolah secara amnya. Kelas dan sekolah yang terurus
dengan baik boleh melahirkan murid-murid yang
berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan.

Saya berharap barisan Ketua Kelas dan Penolong ketua


Kelas yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan
tugas mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan
bertanggungjawab. Pada masa yang sama, saya
berharap mereka tidak mengabaikaikan akademik
mereka sendiri.

Ekspektasi guru-guru dan murid-murid terhadap Ketua


Kelas dan Penolong Ketua kelas ialah mereka boleh
menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua
murid. Mereka juga perlu ada sifat-sifat keperibadian
yang terpuji, berketrampilan yang kemas serta bijak
mengurus masa untuk diri sendiri dan sekolah.

Sebagai Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas yang


telah dilantik secara demokrasi, maka perlu sentiasa
bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa
melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin.
Jadilah pemimpin muda yang disegani.

Saya mengambil peluang ini untuk menasihati murid-


murid agar mematuhi dan menghayati peraturan
sekolah supaya guru-guru dan pentadbir dapat
menumpukan kepada usaha dalam membangunkan
infrastuktur dan fasiliti sekolah seterusnya
kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dapat
dipertingkatkan. Jauhi sikap-sikap negatif seperti
merosakkan harta benda sekolah, membuli, bergaduh
dan tidak menghormati guru-guru dan rakan-rakan.

PENUTUP
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Insp. Mohd Farid Ikhwan bin Ismail kerana
sudi hadir untuk merasmikan Majlis Perlantikan Ketua
Tingkatan dan Penolong ketua Tingkatan SMK Bandar
Tasik Selatan.

Syabas juga saya ucapkan kepada jawatankuasa yang


telah bekerja keras untuk menjayakan program yang
dijalankan pada pagi ini. Sekalung penghargaan
kepada, para guru, serta semua murid yang bersama-
sama menjayakan majlis yang amat bermakna pada
pagi ini.

You might also like