You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SG KEMAHAL

28320 TRIANG,
PAHANG DARUL MAKMUR

1.0
PENGENALAN

Program ini dirancang bagi melahirkan bakal pemimpin Unit MUB sekolah yang
berkebolehan, berketerampilan dan mempunyai semangat pemimpin dalam diri pelajar
untuk melaksanakan serta menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada
mereka serta berkemahiran dalam berkhemah. Ancaman dan pengaruh disiplin di
kalangan rakan/pelajar yang berisiko di sekolah sering menjadi penyebab kepada
masalah disiplin di kalangan pelajar hingga menyebabkan pelajar yang menjadi ahli Unit
MUB berkaitan hilang keyakinan diri , kesungguhan untuk memimpin malah dikhuatiri
ada di kalangan pelajar itu sendiri terlibat sama dalam kumpulan pelajar yang berisiko.
Lantaran itu, Jawatankuasa Kokuriulum Sekolah mengambil inisiatif menganjurkan
Perkhemahan Bersepadu Majlis Unit Beruniform (MUB) SKSK 2022 bagi meningkatkan
semula semangat kerja berpasukan serta menyemai rasa tanggungjawab pada diri
pelajar yang mewakili Unit masing-masing untuk menjaga peraturan, disiplin rakan mereka
sekaligus menyemai keyakinan diri yang tinggi di kalangan pelajar bagi menyayangi Unit
Beruniform yang disertai oleh mereka.

2.0 TEMA

" Kerjasama Teras Kecemerlangan "

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, berdisiplin, dan mempunyai daya


kepimpinan yang tinggi, dalam erti kata :

 melahirkan ahli MUB yang seimbang dalam penyerapan dan penyemaian nilai
rohani dan jasmani yang berguna untuk pembentukan nilai sahsiah diri yang
mantap dan diwarisi.
 melahirkan ahli MUB yang mempunyai daya kepemimpinan dan daya tahan
yang tinggi dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam beraktiviti serta
membina daya ketahanan mental dan fizikal sewaktu beraktiviti.
 mewujudkan nilai kerjasama dan persefahaman antara ahli MUB dalam setiap
perkara yang membabitkan keperibadian secara individu mahupun
berkumpulan.

4.0 OBJEKTIF

 Mendedahkan kepada ahli MUB suasana perkhemahan dan beraktiviti secara


individu mahupun berkumpulan untuk memperoleh pengetahuan berpengakap.
 Mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama dan keyakinan diri antara ahli
MUB waktu beraktiviti, meningkatkan kemahiran serta mempraktikkan latihan
kemahiran yang diperoleh dalam aktiviti berpengakap.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahap 2 (Tahun 4,5, dan 6) – 76 orang


 Ahli Pengakap Kanak-kanak - anggaran 26 orang
 Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah - anggaran 29 orang
 Ahli Puteri Islam (PPIM) - anggaran 21 orang

6.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 2 hingga 4 Disember 2022 (Jumaat - Ahad)


Masa : 7.30 pagi (Jumaat) - 11:00 pagi (Ahad)
Tempat : SK (F) Sg.Kemahal

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan :


 Cara memasang khemah
 Orientari - Menggunakan peta dan kompas
 Membuat gajet
 Ikatan dan pertolongan cemas
 Night Walk
 Jungle Tracking
 Solat Berjemaah
 Pertandingan masakan, ikhtiar hidup
 Kawad kaki
 Cabaran Kotak Misteri
 Malam Kebudayaan - Nyanyian dan sketsa * Tema Cerita Rakyat

7.0 TENAGA PENGGERAK

Semua Guru Pemimpin MUB dan Warga kerja SK (F) Sg Kemahal.

8.0 SUMBER KEWANGAN

1. Pendaftaran ahli-ahli unit beruniform (RM 5.00 x 76 orang) : RM 380.00


2. BKK (Bantuan Kokurikulum) : RM 884.00
3. BBTP (Kokurikulum) : RM 1200.00
___________
Jumlah : RM 2,464.00

9.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

1. Sarapan pagi
(RM 3.00 x 2 kali x 76 orang) : RM 456.00
2. Makan tengahari /makan malam
(RM 5.00 x 4 kali x 76 orang) : RM 1520.00
3. Hadiah pertandingan : RM .00
Jumlah : RM .00

JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU
MAJLIS UNIT BERUNIFORM
SK (F) SG KEMAHAL 2022

JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : En. Mohd Zaipullah Bin Razali (Guru Besar)


Pengerusi : Pn.Nor Rulakmaniza Bt Hanifah (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : En.Mohd Nasir Bin Kasim (GPK Pentadbiran)
: En. Mohd Sahrin Bin Mohd Jaafar (GPK HEM)
Penyelaras : Pn. Yusniza Bt Mohd Adnan
Timbalan Penyelaras : Ketua-ketua Unit MUB / SU Kokurikulum
Bendahari : Pn. Sazarina Binti Mahusin
Kem Komandan : En. Mohd Syafiq Farhan Bin Saharom
Timbalan Kem : Pn. Hafizah Binti Husin

JAWATANKUASA KECIL / PETUGAS KHAS

Urus setia : Guru Penasihat setiap unit


Pendaftaran Peserta : Pn. Muaizam, Pn. Nurfadila
Petugas Malam : En. Mohamad Iqval / En. Mohd Sahrin
: En. Mohd Syafiq Farhan / Pn. Nor Rulakmaniza
: Pn. Sazarina / Cik Usha dan guru-guru lain
Ibadah dan Bina Insan : En. Mohd Nasir / Pn. Sukuriah
Disiplin / Keselamatan : En. M. Iqval / Polis / RELA / Jaga Sekolah
Peralatan / Logistik : En. Mohd Sahrin / En. Mohd Nasir
: Pekerja Swasta (lelaki)
Kecemasan / Rawatan : Cik Usha
: En. Mohamad Syafiq / Pn. Hafizoh
Latihan Asas Kawad : En. Zainuddin / Pn. Fatin Farhah / RELA
Hadiah : Pn. Nor Rulakmaniza / Pn. Mastura / Pn. Intan Najihah
Jamuan / Menu : Pn. Muaizam / Pn. Yusniza / Pn. Haslina / Pekerja Swasta
Buku Program : En. Zainuddin
Juru Foto : Pn. Sukuriah
Sistem Base / Riadah / Aktiviti Kemahiran :
: En. Mohd Syafiq Farhan / Pn. Fatin Farhah/ Pn. Yusniza
Jungle Tracking : En. Mohd Iqval / En. Mohd Syafiq Farhan / Pn.Fatin Farhah
Pelaporan : Setiausaha Kokurikulum

GERAK KERJA MENGIKUT AKTIVITI

Bil. Aktiviti Nama guru

1. Pendaftaran peserta Pn. Muaizam, Pn. Nurfadila


2. Taklimat Perkhemahan Pn. Yusniza, En Syafiq Farhan
3 Pertandingan Ikhtiar Hidup (Roti Pn. Sukuriah, Pn. Haslina, Pn. Intan Najihah
Lilit) *3 orang
4 Pertandingan Gajet *10 orang En. Zainuddin, En. Iqval, Pn. Hafizoh, Pn.
Nurfadila
5. Tazkirah Lepas Magrib Ustaz Nasir
Bangkitkan Semangat Murid
6. Night Walk En. Syafiq Farhan, Pn. Fatin Farhah, Cik Usha, Pn.
Intan Najihah
7. Pertandingan Kawad Kaki En. Zainuddin, En. Iqval, Pn. Fatin Farhah, Pn.
*19 orang Siti Alawiah
8. Pertandingan Memasak Berasaskan Pn. Nor Rulakmaniza, Pn. Mastura, Pn. Muaizam
Ayam
9. Cabaran Kotak Misteri Pn. Yusniza, Pn. Sazarina, Pn. Haslina, Pn.
Sukuriah
10. Malam Kebudayaan En. Zaipullah, En. Sahrim, Pn. Hafizoh
11. Pengacara Majlis Malam Cik Usha
Kebudayaan
12. Pengacara Majlis Penyampaian Pn. Siti Alawiah
Hadiah dan Majlis Penutupan

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Wujudkan AJK dan mengadakan perjumpaan guru .


2. Edarkan surat kebenaran ahli MUB.
3. Merancang aktiviti dan agihan tugasan guru MUB.
4. Penyediaan aktiviti dan perancangan program.
5. Pemantauan dan pendedahan asas kemahiran.

Penilaian: Pemerhatian sepanjang program.

Sijil Penyertaan akan disediakan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………….. ………………………
……………………..
Yusniza Binti Mohd Adnan
Penyelaras MUB
SK (F) SG KEMAHAL
28320 TRIANG
PAHANG
JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADU MAJLIS UNIT BERUNIFORM
SK FELDA SG. KEMAHAL
TAHUN 2022

HARI / MASA AKTIVITI


TARIKH
8.30 pagi Pasang Khemah
3.00 ptg - 3.30 ptg Pendaftaran peserta
2 Disember 2022 3.30 ptg - 4.30 ptg Taklimat perkhemahan
(Jumaat) 4.30 ptg - 5.30 ptg - Pertandingan Ikhtiar Hidup
Roti Lilit (3 orang)
4.30 ptg - 6.30 ptg Pertandingan membuat Gajet (10 orang)
4.30 ptg - 5.30 ptg Solat Asar berjemaah
5.30 ptg - 7.00 ptg Persiapan masak makan malam
Makan malam
7.00 ptg - 7.30 ptg Mandi dan bersiap solat Magrib
7.30 ptg - 8.30 mlm Solat Magrib dan Isyak berjemaah
8.30 mlm - 9.30 mlm Tazkirah
9.30 mlm - 10.30 mlm Night Walk (Semua murid)
- Berjalan dalam kumpulan dengan mata
ditutup. Guru membawa murid berjalan ke
laluan cabaran yang ada.
10.30 mlm - 11.00 mlm Minum malam
11.00 mlm Tidur
3 Disember 2022 5.30 pg - 6.30 pg Mandi dan bersiap solat Subuh
(Sabtu) 6.30 pg - 6.45 pg Solat Subuh berjemaah
6.45 pg - 7.30 pg Masak sarapan pagi
7.30 pg - 8.30 pg Sarapan pagi
8.30 pg - 9.30 pg Pertandingan Kawad Kaki (19 orang)
10.00 pg - 12.00 t/hari Pertandingan Memasak Berasaskan Ayam
(4 orang)
10.00 pg - 12.30 t/hari Murid lain membuat persiapan makan tengah
hari
12.30 pg -1.00 t/hari Makan tengah hari
1.00 t/hari - 1.30 ptg Mandi dan bersiap solat Zohur
1.30 ptg - 2.30 ptg Solat Zuhur berjemaah
Berehat
2.30 ptg - 3.30 ptg Persiapan malam kebudayaan
3.30 ptg - 4.30 ptg Cabaran Kotak Misteri (semua murid)
4.30 ptg - 5.00 ptg Solat Asar berjemaah
5.00 ptg - 7.00 ptg Masak makan malam
Makan malam
7.00 ptg - 7.30 ptg Mandi dan bersiap solat Magrib
7.30 ptg - 8.30 mlm Solat Magrib dan Isyak berjemaah
8.30 mlm - 10.30 mlm Malam Kebudayaan - Nyanyian dan Sketsa
Tema Cerita Rakyat

*semua murid terlibat


10.30 mlm - 11.00 mlm Minum malam
11.00 mlm Tidur
4 Disember 2022 5.30 pg - 6.30 pg Mandi dan bersiap solat Subuh
(Ahad) 6.30 pg - 6.45 pg Solat Subuh berjemaah
6.45 pg - 8.00 pg Persediaan sarapan pagi
8.00 pg - 9.00 pg Sarapan pagi
9.00 pg - 10.00 pg Kemas tapak perkhemahan
10.00 pg - 11.00 pg Penyampaian Hadiah dan Majlis Penutupan
11.00 pg Bersurai

AKTIVITI YANG DIJALANKAN PERTANDINGAN

BIL. AKTIVITI BILANGAN CATATAN


PESERTA
1. Gajet 10 orang Rak Kasut, Ampai baju, Rak
pinggan, tong sampah

* Pilih satu yang terbaik


untuk dihantar kepada juri
2. Ikhtiar Hidup 3 orang Roti Lilit
3. Masakan Berasaskan Ayam 4 orang Menu Ayam
4. Kawad Kaki 19 orang Hamper
5. Malam Kebudayaan Semua murid Hamper
6. Peserta Perkhemahan Terbaik 1 Lelaki Piala
1 Perempuan
7. Johan Keseluruhan 1 unit Piala
Perkhemahan

You might also like