You are on page 1of 1

Aku Sebuah Kereta

Aku ialah sebuah kereta nasional. Namaku Proton Exora. Aku


dilahirkan di Malaysia. Badanku berwarna putih metalik. Aku diperbuat
daripada besi, getah, kaca dan enjin yang bermutu tinggi. Aku boleh
membawa tujuh orang penumpang.
     
          Setelah siap dipasang, aku dan kawan-kawan yang lain diedarkan
ke kedai untuk dijual. Aku telah diedarkan ke Kedai Proton di Kuantan.
Aku dipamerkan di ruang pameran dan diletakkan tanda harga RM
69,000.

          Pada suatu hari, sepasang suami isteri berkunjung ke kedai.


Mereka tertarik melihat reka bentukku yang cantik. Setelah
mendapatkan penerangan daripada jurujual, suami isteri itu pun duduk
di dalam perutku dan cuba memanduku. Mereka berasa amat selesa dan
berpuas hati lalu membuat keputusan untuk membeliku.

            Tuan dan isterinya ialah pemandu yang berhemah. Mereka


memandu aku dengan cermat dan sentiasa mematuhi undang-undang
jalan raya. Mereka juga amat menyayangiku. Pada masa lapang, tuan
dan anak-anaknya akan membersihkan badanku dengan air sabun.
Mereka juga menggilap badanku dengan penggilap kereta supaya
badanku berkilat-kilat.

          Aku berbesar hati kerana mendapat tuan yang baik. Aku akan
terus berbakti kepada tuan sekeluarga sehingga riwayatku tamat.

You might also like