You are on page 1of 2

Aku sebuah kamera digital. Namaku Nikon.

Aku dihasilkan di sebuah


kilang di Shah Alam. Tubuhku kecil tetapi mempunyai fungsi yang sama
dengan kamera canggih yang lain. Aku percaya pasti banyak orang yang
akan terjatuh hati terhadapku.
Setelah dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak khas, aku
dihantar ke sebuah kedai kamera. Aku ditempatkan di dalam rak kaca
bersama-sama dengan rakan-rakanku yang berlainan jenama. Aku
berasa bangga kerana dapat menjadi tumpuan orang ramai.
Setiap hari, aku dibelek-belek oleh pengunjung yang datang. Mereka
bertanyakan kelebihan yang ada padaku. Namun, memandangkan
hargaku yang agak mahal, aku masih belum mempunyai tuan. Aku
berasa sedih kerana rakan-rakan di sekelilingku telah meninggalkan aku
kerana memiliki tuan baharu.
Selang beberapa minggu, datang seorang gadis yang lawa. Rupa-
rupanya, gadis itu telah membaca sebuah iklan yang mempromosikan
diriku. Dia tertarik akan keistimewaanku. Setelah berunding, gadis itu
menghulurkan sejumlah wang kepada pemilik kedai untuk membeliku.
Setibanya di rumah, aku dicas dengan tenaga elektrik. Sementara
itu, tuan baharu aku meneliti kandungan yang ditulis dalam panduan
penggunaan kamera digital. Aku sentiasa digunakan untuk mengambil
gambar pemandangan dan ahli keluarga tuan aku. Tuan aku berasa
seronok kerana aku menjalankan tugas dengan baiknya.
Tuan aku menjagaku dengan telitinya bagai menatang minyak
yang penuh. Tubuhku sentiasa dilap dengan kain lembut supaya
kelihatan bersih. Aku juga disimpan di dalam beg khas jika tidak
digunakan.
Aku berasa gembira kerana memiliki tuan yang baik. Aku berharap
agar dapat berkhidmat kepada tuan aku sehingga akhir hayatku.

You might also like