You are on page 1of 20

BUKU

RAMADAN
SAYA
NAMA : ………………………………………………………………..
UMUR : …………………………………………………………………
SEKOLAH : …………………………………………………………….

AZAM RAMADAN SAYA


Tarikh Aktiviti

21/4/2020 A 1 : Ahlan Ya Ramadan


(selasa)

23/4/2020 A 2 : Rukun Puasa


(Khamis)

28/4/2020 A 3: Mengapa Kita Berpuasa


(selasa) Tabung Ramadan

30/4/2020 A 4 : Perkara yang membatalkan


(Khamis) puasa
A 5 :Adab di masjid

5/5/2020 A 6: Kisah Perang Badar


(selasa)

7/5/2020 A 7 : Rukun Islam


(Khamis)

12/5/2020 A 8 : Ibadah pada bulan puasa


(selasa)

14/5/2020 A 9 : Masak-masak
(Khamis)

19/5/2020 A 10 : Bulan-bulan dalam Islam


(selasa) A 11 : Nuzul Al-Quran

21/5/2020 A 12 : Hari Raya Aidilfitri


(Khamis)

Ibu bapa boleh hadiahkan bagi setiap aktiviti yang


telah anak-anak laksanakan dengan baik
Aktiviti 1

AHLAN YA RAMADAN
Objektif :
1. Anak-anak mengetahui bahawa bulan Ramadan bulan mulia dan perlu
diraikan sebaiknya
2. Anak-anak bersedia menyambut Ramadan
3. Anak-anak melahirkan rasa teruja bagi menyambut Ramadan
Aktiviti : Hiaskan sudut rumah anda bagi menyambut Ramadan
Bersama anak dan keluarga
Langkah-Langkah :
1. Pilih satu sudut di rumah anda untuk jadikan ruang hiasan
menyambut Ramadan
2. Buat Bersama anak anda hiasan perkataan ini. Boleh gunakan
contoh yang disertakan atau buat sendiri.
3. Di ruang ini anda boleh letakkan Bersama hasil kerja/ aktiviti
lain yang akan anak lakukan sepanjang Ramadan ini di dalam
‘Buku Ramadan Saya’.
4. Bagi ruang Ramadan ini saya akan adakan pertandingan. Syarat
pertandingan saya akan kongsikan.

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 2

RUKUN PUASA
1. Niat Puasa

2. Menahan Diri
1
Daripada makan,
minum dan perkara
Sahaja aku berpuasa esok hari yang membatalkan
pada bulan Ramadan tahun ini puasa dari terbit
kerana Allah Taala. fajar sehingga
terbenam matahari

AKTIVITI : Ajar anak-anak niat puasa dan hafal bersama.


© AULAD HARAKI EDUCATION 2020
Aktiviti 3

Mengapa kita berpuasa?


Objektif :
1. Anak-anak dapat mengetahui mengapa perintah puasa perlu dilaksanakan.
2. Anak-anak dapat menghayati ibadah puasa yang sebenar.
3. anak-anak dapat belajar bersedekah dan berkongsi pada orang lain.

Aktiviti :

A) Bercerita kepada anak-anak kenapa kita berpuasa:


1. Merasai kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa
dahaga.
2. Mengawal kehendak diri dan nafsu dengan menahan lapar
3. Mensucikan jiwa dan mendekatkan hubungan dengan Allah

B) Membuat TABUNG RAMADAN


1. Kanak-kanak menghasilkan tabung Ramadan sendiri daripada bahan terpakai seperti
botol air, kotak dan lain-lain.
2. Galakkan anak-anak untuk masukkan duit ke dalam tabung ini walaupun duit yang
masuk sedikit
3. Selepas habis Ramadan, duit ini boleh dimasukkan ke dalam sampul raya untuk bagi
pada saudara lain atau boleh sedekah pada tempat yang sepatutnya

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 4

Perkara yang membatalkan puasa


Aktiviti : Bulatkan gambar yang menunjukkan perbuatan yang membatalkan puasa

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 5

Terawih – Adab di Masjid


Tandakan (/) pada aktiviti yang boleh dilakukan di dalam masjid

Aktiviti /

Masuk dengan kaki kanan

Bercakap-cakap perkara tak berfaedah

Baca doa masuk dan keluar masjid

Solat

Bermain-main

Berlari-lari

Menuntut Ilmu

Membaca Al-Quran

Memakai pakaian yang menutup aurat

Memakai wangian bagi lelaki

Mencuri

Bergaduh

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 6

Kisah perang Badar

Objektif : 1. Anak-anak mengetahui orang Islam kena kuat


dan produktif walaupun berpuasa
2. Untuk beri kesedaran bahawa berpuasa bukan alasan
untuk kita bermalasan.

Aktiviti :
1. Menceritakan tentang Kisah Perang badar
a) Perang badar adalah perang pertama antara orang Islam
dengan orang musyrik
b) Perang Badar berlaku pada bulan Ramadan.
c) Orang Islam seramai 313 org yang terlibat dalam
peperangan ini.
d) Orang musyrik 1000 orang.
e) Walaupun sedikit, orang islam telah menang, dan Ketika
ini umat islam sedang berpuasa
f) Allah tolong hambanya yang beriman dan bertaqwa.
g) Melalui puasa bukti kita taat pada Allah.
h) Allah sayang setiap hambanya yang taat kepada Allah.
i) Cuba teka mereka berlawan guna apa?
j) Pada zaman nabi mengunakan pedang, perisai, kuda
sebagai alatan perang.
k) Jadi hari ini kita akan buat pedang.

2. Membuat Replika pedang


a) Lukiskan bentuk pedang pada kotak
b) Guntingkan
c) Hiaskan pedang anda

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 7

Rukun Islam
Objektif :
1.Anak-anak menyebut 5 rukun Islam
2. Anak-anak faham bahawa puasa adalah salah satu rukun yang perlu
dilakukan sebagai seorang Islam
3. Anak-anak dapat berlatih warna dan mengasah kreativiti mereka.
Bahan :
1. Lampiran
2. Pensel warna
3. Roll tisu/ kertas keras
4. Tali/reben

Aktiviti :
1. Minta anak-anak warnakan gambar di dalam lampiran
2. Gunting gambar-gambar tersebut.
3. Ikatkan gambar-gambar menggunakan tali seperti contoh.
4. Hiaskan mengikut kreativiti.
5. Anak-anak boleh gantung hasil ini di ruang sudut Ramadan

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 8

Ibadah pada bulan puasa


Objektif :
1. Menerangkan bahawa Ramadan ini Allah bagi peluang pahala berganda.
2. Menerapkan berkejar-kejar membuat kebaikan dan pahala.
3. Semua benda kita buat boleh jadi ibadah bila ianya kita buat kerana Allah
(ingat Allah) bukan nak hadiah, duit, mainan dan lain-lain

Aktiviti :
1. Ibu bapa bercerita dengan anak-anak apa yang boleh dilakukan pada
bulan ramadan
• Pada bulan ramadan, Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda.
• Setiap kebaikan yang kita buat kerana Allah adalah ibadah
• Ibadah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja
• Ibadah ada yang wajib seperti solat dan puasa, sekiranya kita tak buat Allah
tak suka, masuk neraka
• Ibadah sunat seperti membaca Al-Quran, zikir, sedekah, sekiranya kita buat
Allah beri kita pahala dan Allah sayang dan kalau tak buat pun takpe.
• Antara ibadah yang kita boleh lakukan
a) Puasa
b) Solat
c) Solat tarawih
d) Membaca Al-Quran

2. Membuat tasbih daripada straw. Tasbih biasa digunakan untuk berzikir.

*Rujuk video untuk pelaksanaan.

3. Tambahan aktiviti : Latihan carian perkataan daripada lembaran yang


diberikan.

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Cari perkataan berkaitan ibadah yang boleh dilakukan pada
bulan Ramadan dan warnakan

P U A S A A S T H S
M E N O L O N G G E
H K A L A Z L C R D
D J G A J I K L U E
O A D T T K Y U J K
A G H K O I R F A A
F G L T E R A W I H
M E N G A J I D S Z

1. Puasa
2. Doa
3. Solat
4. Terawih
5. Mengaji
6. Sedekah
7. Menolong
8. Zikir

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 9

Masak Bersama Ibu


Objektif
1. Anak-anak merasai perasaan menyediakan makanan berbuka
2. Anak-anak dapat mengetahui kelebihan menyediakan makanan berbuka
3. Merasai pengalaman memasak

Aktiviti :
1. Ibu bapa mengajak anak-anak untuk membantu masak bersama-sama
2. Sambil-sambil memasak terangkan kepada anak-anak kelebihan kita
sediakan makanan berbuka puasa.
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya
pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Menu ringkas yg anak-anak boleh involve


- Kuih Donut
- Kuih Buah Melaka
- Sandwich
- Jus buah

Masak-masak kali ini Bersama teacher iaitu masak kuih buah melaka.

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 10

Bulan-bulan dalam Islam


Warnakan yang bertulis perkataan “Ramadan”

Syawal
Ramadan
Ramadan

Ramadan

Syawal Syawal
Ramadan

Syawal Ramadan

Ramadan

Ramadan

Ramadan

Syawal
Ramadan

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 11
Nuzul Al-Quran – Adab Bersama Al-Quran
Objektif :
1. Kanak-kanak mengetahui Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan
2. Kanak-kanak belajar adab Bersama Al-Quran
3. Menanamkan rasa cinta Al-Quran

Hari ini kita belajar tentang Adab-adab membaca Al-Quran. Padankan


gambar dengan perkataan yang sesuai.

Letakkan Al-
Quran di tempat
yang lebih tinggi

Baca Taawuz dan


bismillah

Menutup Aurat

Menghadap
kiblat

Berwuduk

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Aktiviti 12

Hari Raya Aidilfitri


Objektif :
1. Kanak-kanak mengetahui selepas berpuasa, Allah beri ganjaran
dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri
2. Kanak-kanak dapat meraikan kejayaan usaha mereka berpuasa
3. Kanak-kanak mengucapkan selamat Hari Raya melalui kad raya

Aktiviti :
1. Ibu bapa bercerita tentang ganjaran yang Allah berikan kepada
orang yang berpuasa iaitu meraikan Hari Raya Aidilfitri
- Ucapkan Tahniah kepada anak-anak atas usaha mereka (berpuasa,
jadi anak soleh, usaha belajar solat, menolong ibu ayah dll)
1. Ibu bapa juga boleh selitkan adab-adab menyambut hari raya
a) Mandi sunat hari raya
b) Bertakbir pada hari raya
c) Memakai pakaian yang cantik/ baru
d) Solat sunat hari raya
e) Zakat fitrah
f) Mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya
g) Menziarahi saudara dan kenalan
h) Menikmati juadah hari raya sebelum solat sunat hari raya

2. Membuat Kad Hari Raya

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020


Adik-adik kerana berjaya melaksanakan
aktiviti Ramadan ini.

Semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan


terbaik buat kita semua.

© AULAD HARAKI EDUCATION 2020

You might also like