You are on page 1of 3

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 

1.     Yang dihormati Dr Hazura binti Hamzah,  YDP PIBG SK Kampung Kerilla

2.     Yang Berusaha, En. Abdul Razak bin Mat Nor,  Guru Besar SK kampung Kerilla.

3.     En. Che Wan Ahmad Zamri bin Che Wan Mohamad (Penolong Kanan Pentadbiran )
En. Haziz Bin Harun ( Penolong kanan Hem )
En. Onn @ Ani bin Abdullah ( Penolong kanan Ko-Kurikulum –

4.     Yang dihormati barisan guru2, Ibu Bapa

5.     Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah SK Kg Kerilla serta
semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah
hidayahnya jua, dapatkita sama-sama berhimpun di Dewan Sri Bahagia, SK Kg Kerilla pada pagi yang
barakah ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah sesi 2022 / 2023”.

Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak
sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya
melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai
satu budaya .Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru  pastinya melahirkan anak-anak yang
cemerlang sepertimana yang diimpikan oleh setiap dari kita..

Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan
diberkati Allah jua. InsyaAllah..
1. Majlis Khatam Al-Quran

Lampu neon penyeri malam,


Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini dimulakan. Untuk
itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan al Fadhil Ustz Zulkefli bin Mamat dan
Ustaz Hafez bin Ramli bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran.
Dengansegala hormatnya dipersilakan...

-MAJLIS KHATAM BERMULA –  

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh  18  orang murid tahun
6 SK Kg Kerilla sesi 2022/2023 . Tahniah diucapkan.

Hari redup udarapun nyaman,


Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.

2.  Ucapan perasmian Guru Besar

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan yang berusaha En. Abdul Razak bin Mat Nor
bagi menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis khatam Al-Quran bagi sesi 2022/2023.... Dengan
segala hormatnya dipersilakan.....

-        UCAPAN PERASMIAN      -

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak bin Mat Nor ( Guru Besar Sk Kg kerilla )  atas
ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini maka rasmilah sudah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah
SK Kampung Kerilla pada pagi ini.

4.  Penyampaian Cenderahati dan Sijil.


Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada murid-murid khatam Al-
Quran. Pada tahun ini seramai 18 orang  yang berjaya khatam Al-Quran mengikut kriteria yang
ditetapkan. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya Yg Berusaha En. Abdul Razak bin
Mat Nor, Guru Besar Sk Kg Kerilla, diiringi oleh Yg Berusaha ........................................................................................
bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnyadipersilakan..

-PENYAMPAIAN CENDERAHATI-

Rujuk senarai murid Khatam

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha En. Abdul Razak bin Mat Nor Guru Besar
Sk Kg Kerilla kerana sudi menyempurnakan majlis. Penyampaian cenderahati kepada peserta khatam
pada pgi ini.
5. Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian
cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah sesi 2022/ 2023 menutup
tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaandan ucapan terima kasih tidak terhingga
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan
semua ibu bapa yang hadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua
murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya

Akhir kata, apa yang baik adalah datangnya dari Allah dan segala kekurangan adalah dari kelemahan
saya..Saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia...Wabillah....Majlis bersurai

You might also like