You are on page 1of 3

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,

barisan hakim yang adil lagi bijaksana serta warga penonton sekalian. Pada
pagi yang mulia ini, ingin saya menghiburkan para pendengar dengan sebuah
cerita yang berjudul Mahsuri.

Pada zaman dahulu, di Pulau Langkawi, ada seorang gadis yang sangat
jelita bernama Mahsuri. Ramai pemuda jatuh hati akan kejelitaannya. Namun
begitu, belum ada seorang lelakipun yang berjaya memikat hati gadis jelita itu.

Dalam diam-diam rupa-rupanya, ketua di pulau itu juga turut jatuh hati
akan mahsuri.

Namun, lelaki itu sudah beristeri dan mempunyai beberapa orang anak

Pada suatu hari,ada seorang pemuda datang merantau ke pulau itu.


Namanya Deramang. Dia berasal dari Melaka. Mahsuri mula jatuh hati
melihatkan keperibadian pemuda itu.

Wajah Deramang amat tampan. Dia sangat sesuai kalau dijodohkan


dengan Mahsuri. Akhirnya, mereka jatuh hati antara satu dengan yang lain.

Pada suatu petang, Deramang dan Mahsuri berjumpa di suatu tempat


secara rahsia. Seorang pemuda telah terlihat mereka berdua. Pemuda itu
cemburu melihat mereka bergurau-senda.

“Aku mesti beritahu ketua yang berkuasa di pulau ini,”kata pemuda itu
kepada dirinya. Tanpa berlengah, dia segera beredar dari situ.

Ketua di Pulau Langkawi amat terperanjat apabila mendengar cerita


pemuda itu. Dia tidak menyangka sama sekali Mahsuri sanggup melakukan
perkara sumbang dengan seorang pemuda dari luar.
“Tangkap mereka untuk menerima hukuman yang berat!”kata ketua
kepada pembantu-pembantunya.

“Baiklah, Datuk!” jawab pembantu- pembantu itu dengan setianya.

Apabila ditangkap, Mahsuri dan Deramang berasa cemas. Mereka


merasakan diri mereka tidak bersalah. Sebenarnya, mereka berdua telah
difitnah.

“Apakah salah saya, Datuk?” tanya Mahsuri kepada ketua pulau itu.

“Kamu berdua telah melakukanperbuatan sumbang yang memalukan di


pulau ini. Oleh itu, kamu berdua akan menerima hukuman yang berat!” kata
Ketua Pulau Langkawi dengan kerasnya.

“Tidak benar, Datuk. Kami difitnah! Kami tidak melakukan perkara itu!”
kata Deramang pula.

Ketua pulau itu tetap dengan keputusannya. Hukaman berat akan


dijalankan.

Akhirnya, ketua Pulau Langkawi terus menikam Deramang tanpa belas


kasihan. Pemuda itu pun mati di situ juga. Ketua Pulau Langkawi itu berasa
puas.

Semasa Ketua Pulau Langkawi itu hendak menikam Mahsuri, gadis itu
berkata, “Datuk, jika saya tidak bersalah, saya sumpah pulau ini akan binasa
selama tujuh keturunan!”
Ketua Pulau Langkawi tidak menghiraukan kata-kata Mahsuri itu. Dia
pun menikam perut Mahsuri.

Orang ramai berasa terkejut apabila darah yang mengalir daripada tubuh
Mahsuri berwarna putih.

“Ini bermakna Mahsuri tak bersalah,” kata seorang perempuan. Dia


berasa sedih dan bersimpati atas nasib yang menimpa Mahsuri.

Ketua Pulau Langkawi itu berasa susah hati. Mahsuri telah pun
meninggal dunia

Sumpahan Mahsuri telah menjadi kenyataan. Tidak lama selepas itu,


Pulau Langkawi telah diserang oleh tentera siam. Pulau itu musnah teruk.
Ketua Pulau Langkawi itu turut terbunuh.

Kita perlu berfikir dan menyiasat sesuatu perkara dengan teliti sebelum
mengambil sesuatu keputusan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna. Itulah pengajaran yang kita terima daripada kisah Mahsuri.

Biarlah kita ambil kisah ini sebagai pedoman. Sekian, terima kasih.

You might also like