You are on page 1of 3

RINGKASAN PERBINCANGAN

TUGASAN KUMPULAN SKAD 6153 - GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN


BIL. 1/2023

TARIKH 5 APRIL 2023 (RABU)


LOKASI BILIK PERBINCANGAN, ARAS 2, PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN,
SOSIAL & PERSEKITARAN (SEEDS)

SENARAI KEHADIRAN:

1. Prof. Madya Dr. Jalaluddin Bin Abdul Malek.

2. Abdul Aziz Bin Mahamad Zabidin.

3. Nik Khusairie Bin Jaafar.

4. Azizi Bin Abd Rahim.

5. Mohd Azmi Bin Isa.

6. Abdul Hanan Bin Abdul Rahim.

7. Syed Mohd Fariz Bin Syed Mansor Al Idrus.

8. Minha Julabidin Bin Ismail.

RINGKASAN PERBINCANGAN

1. SKOP KAJIAN TUGASAN KUMPULAN

1.1. Pemilihan tema dan skop kajian perlulah melihat kepada kekangan
masa, kewangan dan kebolehupayaan ahli kumpulan;

1.2. Skop yang boleh dipertimbangkan adalah kajian tentang keselamatan,


ekonomi atau/dan sosial. Walau bagaimanapun, skop kajian
keselamatan berkemungkinan melibatkan pelbagai prosedur dan
tempoh yang lebih panjang;

1
1.3. Kajian boleh dibuat secara ‘bebas’ atau boleh disandarkan kepada
keberkesanan program agensi (misalnya program-program IMT-GT).
Walau bagaimanapun, skop kajian diingatkan tidak terlalu besar
mahupun kompleks.
MAKLUMAN

2. PENSAMPELAN

2.1. Saiz minimum pensampelan bagi kaji selidik ini adalah 84 responden
(minimum 3 responden bagi setiap pelajar);

2.2. Pensampelan perlu dilaksanakan sekurang-kurang di dua lokasi bagi


membolehkan mendapat data yang lebih menyeluruh. Lokasi yang
termasuk dalam cadangan awal adalah seperti berikut:

(i) Padang Besar; dan


(ii) Bukit Kayu Hitam.
MAKLUMAN

3. URUSAN LOGISTIK

3.1. Urusan logistik dan pengurusan anggaran kos perlu mengambil kira
lokasi tumpuan kajian dan perlu ditempah awal bagi memudahkan
semua urusan berkaitan cuti, kebenaran keluar negara dan urusan
penempatan logistik dilaksanakan;
KUMPULAN 4/
KUMPULAN 5

4. PEMBENTANGAN CADANGAN AWAL

4.1. Cadangan awal tugasan kumpulan akan dibentangkan di dalam kelas


SKAD6153 pada Khamis, 13 April 2023. Pembentangan adalah di dalam
bentuk slide Microsoft Powerpoint;

2
4.2. Outline pembentangan perlulah turut merangkumi perkara berikut:

(i) Pernyataan Permasalah Kajian;


(ii) Persoalan Kajian;
(iii) Objektif Kajian;
(iv) Skop Kajian; dan
(v) Metodologi Kajian (merangkumi kaedah pengumpulan data, tools
dan analisis yang akan digunakan).

4.3. Pelaporan akhir kajian dijangkakan lebih kurang 60 muka surat (tidak
termasuk lampiran).
MAKLUMAN

5. HAL-HAL LAIN

5.1. Semua kumpulan dimohon untuk bergerak secara serentak dengan


maklumat asas yang ada bagi membolehkan pembentangan cadangan
awal dapat disediakan mengikut waktu yang ditetapkan.

5.2. Semua slide dari kumpulan perlu diserahkan kepada Kumpulan 4 untuk
pengemaskinian selewat-lewatnya jam 10.00 malam, 10 April 2023
(Isnin).
MAKLUMAN

6. PENANGGUHAN PERBINCANGAN

6.1. Perbincangan ditangguhkan pada jam 3.25 petang.

URUSETIA TUGASAN KUMPULAN


5 APRIL 2023

You might also like