You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : 600-3/5/10 (24)


Tarikh : 11 April 2023

Ketua Polis,
Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield,
No 12 Jalan Travers,
Bukit Persekutuan,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PROGRAM MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2023.

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Seri Suria akan mengadakan Program Merentas Desa Peringkat Sekolah 2023 seperti
ketetapan yang berikut:

Tarikh : 12 Mei 2022 (Jumaat)


Masa : 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Taman Yarl dan Taman Tan Yew Lai

3. Aliran trafik berkemungkinan akan terganggu dan mengganggu keselesaan penduduk


setempat. Kami memohon agar pihak tuan dapat menghantar beberapa orang anggota untuk
membantu mengawal lalu lintas pada tarikh berkenaan.

4. Bersama ini disertakan pelan dan kertas kerja Merentas Desa Peringkat Sekolah 2023 untuk
makluman dan tindakan tuan.Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZURAIDAH BINTI BORHAN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Suria,
Kuala lumpur

You might also like