You are on page 1of 2

Terima kasih saudari pengacara majlis.

 
Assalamualaikum wbt,
 
Yang berusaha Pengetua cemerlang SMK Sungai Tong, Cg Saifulddin bin
Mahmood, Penolong Pentadbiran Cg Yazid bin Harun, Penolong Kanan Hem
Ustaz wan Musa bin Wan Salleh, Penolong Kanan kokurikulum, Cg Mohd
Ismaisah bin Che Mohd Sani, guru-guru dan murid-murid sekalian.
 
Seperti yang kita telah sedia maklum, program NILAM merupakan program
menggalakkan minat membaca buku yang telah dijalankan di semua sekolah
diseluruh negara semenjak tahun 1999. Apa itu NILAM, Nilam ialah singkatan
kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Oleh hal demikian, saya amat berharap
semua pelajar dapat benar - benar memahami objektif program ini seterusnya
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh guru
perpustakaan dan media serta guru NILAM pada tahun ini. Antara aktiviti
yang akan diadakan sepanjang tahun ini ialah aktiviti Program Jom Baca,
pertandingan silang kata, poem reciting atau deklamasi sajak, kuiz spontan,
bicara buku dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.
 
Sebagaimana yang kita semua ketahui juga, pembangunan dan kemajuan
sesuatu bangsa ialah penguasaan ilmu pengetahuan dan pembinaan budaya
ilmu yang cemerlang. Jadi bagaimanakan kita menjana pengetahuan dan
menguasai ilmu yang begitu banyak? Jawapannya adalah melalui
pembacaan. Dengan membaca kita dapat menjana pemikiran yang kritis dan
kreatif yang dapat memangkin kemajuan bangsa dan negara. Justeru ,
amalan ini perlu ditanamkan dalam diri dan hal inilah yang menyebabkan
Program NILAM dilancarkan dengan tujuan mencapai misi dan visi yang
digariskan oleh kerajaan.
 
Dalam Program NILAM, murid boleh membaca bahan-bahan dalam pelbagai
genre, bahasa dan bentuk asalkan bahan-bahan ini dapat menambahkan
pengetahuan, sebelum membuat catatan ringkas di dalam fail Nilam yang
telah disediakan mengikut kelas di Pusat Sumber Sekolah. Bahan bacaan ini
tidak hanya terhad kepada buku sahaja, antara bahan yang boleh dibaca
selain buku-buku termasuklah komik, menonton video, artikel, risalah, brosur,
majalah dan pelbagai lagi bahan. Bahan-bahan bacaan ini boleh dibahagikan
kepada dua iaitu fiksyen dan bukan fiksyen. Masih ramai lagi pelajar yang
keliru. Apa itu fiksyen dan apa tu bukan fiksyen? Fiksyen adalah cerita-cerita
rekaan yang ada watak-watak dan plot cerita. Contoh bahan bacaan fiksyen
adalah novel, buku cerita, komik2 ataupun cerita-cerita pendek. Manakalah
bukan fiksyen pulak adalah bahan bacaan ilmiah ataupun fakta-fakta, contoh
bahan bacaan bukan fiksyen adalah buku-buku sejarah, ataupun majalah,
video-video ilmiah cotoh awak boleh tengok di youtube seperti chanel
Youtube Ajar, awak boleh masukkan sebagai bahan bacaan. Saya yakin
pelajar-pelajar sangat dekat dengan bahan-bahan bacaan ini kerana bahan-
bahan sangat mudah digapai dengan penggunaan internet sekarang.
Untuk tahun ini, kalau boleh saya nak minta setiap seorang pelajar untuk
mempunyai rekod bacaan sekurang-kurangnya 42 bahan bacaan pada tahun
ini. Untuk pengetahun semua pada tahun lepas, tahun 2022, purata rekod
bacaan pelajar SMK Sungai Tong hanya 6 buah buku sahaja bagi seorang
pelajar sepanjang tahun. Saya percaya pelajar-pelajar sebenarnya membaca
banyak sumber bacaan cuma tak direkodkan dalam borang nilam. Jadi, saya
minta juga kerjasama dari guru-guru matapelajaran bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris, serta guru-guru kelas untuk memastikan pelajar-pelajar
mempunyai sekurang-kurangnya 42 rekod bahan bacaan dalam fail masing-
masing. Kalau lebih dari 42, lagi bagus. Untuk mendapat 1 bintang, awak
perlu sekurang-kurangnya 120 bahan bacaan dan untuk mendapat 5 bintang,
awak perlukan sekurang-kurangnya 600 bahan bacaan sepanjang tahun.
Oleh itu saya menyeru agar pelajar-pelajar sekalian menanam minat
membaca dalam diri, kerana hadiah lumayan akan dihadiahkan kepada murid
yang membaca buku dengan jumlah yang banyak.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin mengucapkan
tahniah kepada semua warga Smk Sungai Tong, ahli-ahli jawatankuasa yang
berjaya menjalankan program pada pagi ini. Kepada semua pelajar yang ada
dihadapan saya, teruskan lah keazaman anda untuk meningkatkan minat
dalam membaca.
 
Akhir kata, dengan adanya Program NILAM ini saya berharap pelajar-pelajar
yang ada di hadapan saya semakin berminat untuk mengunjungi pusat
sumber sekolah atau mana-mana perpustakaan awam juga kedai buku untuk
mendapatkan lebih banyak bahan bacaan. Sekian, terima kasih.
 

You might also like