You are on page 1of 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/330132773

Taburan Ciri-Ciri Sosio-Demografi Pelancong Domestik Mengikut Lokasi di


Pulau Langkawi

Article · January 2014

CITATIONS READS

0 1,715

3 authors:

Norizawati Mohd Ayob Tarmiji Masron


University Malaysia Sarawak Universiti Sains Malaysia
4 PUBLICATIONS   10 CITATIONS    26 PUBLICATIONS   135 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Azizul Ahmad
Universiti Sains Malaysia
6 PUBLICATIONS   53 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Kendalian Hidup Warga Tua di Malaysia (Life management of the elderly in Malaysia) View project

All content following this page was uploaded by Azizul Ahmad on 04 January 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG DOMESTIK


MENGIKUT LOKASI DI PULAU LANGKAWI

Norizawati Mohd Ayob* Tarmiji Masron & Azizul Ahmad


Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Abstrak: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi atau Geographic Information System (GIS) merupakan satu
revolusi di dalam proses pemetaan dan analisis ruangan. Perisian berasas GIS mampu untuk mengumpul,
menyimpan, mendapatkan semula, menganalisis dan memaparkan data ruangan dengan baik. Penggunaan GIS
di dalam kajian pelancongan membolehkan integrasi maklumat pelancongan, pemaparan senario kompleks,
pemaparan idea yang lebih baik serta penyelesaian berkesan dapat dinyatakan dengan mudah. Menggunakan
SPSS (Jadual Silang) dan ArcMap, taburan tarikan destinasi pelancongan domestik mengikut ciri-ciri sosio-
demografi akan dikenal pasti. Empat ciri sosio-demografi iaitu (1) umur; (2) gender; (3) pekerjaan dan (4) status
perkahwinan bagi 429 orang responden yang terdiri daripada pelancong domestik di Pulau Langkawi digunakan.
Terdapat 35 buah tarikan yang telah tersenarai sebagai salah satu lokasi yang dilawati oleh para pelancong
selama berada di pulau berkenaan. Daripada 35 tarikan hanya lapan tarikan yang paling banyak menerima
kunjungan daripada pelancong domestik. Pemahaman mengenai corak pemilihan dan pergerakan pelancongan
akan memberikan kelebihan kepada pihak bertanggungjawab dalam usaha menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan, kehendak dan penggunaan golongan pelancong berkenaan.

Kata Kunci: GIS, sosio-demografi, pelancong domestik, taburan kunjungan

Abstract. Geographic Information System (GIS) provides useful approach in mapping and conducting spatial
analysis. GIS based software is capable of collecting, storing, retrieving, analyzing and displaying spatial data.
The usage of GIS in tourism study allows the integration of tourism information, displaying complex scenarios
and idea and thus, spatial problem could easily be addressed. The study used Cross-tabulation in SPPS and Point
Density Analysisin ArcGIS 10 to identify the distribution of domestic tourists based on socio-demographic
characteristics. Four socio-demographic characteristics namely (1) age, (2) gender, (3) employment and (4)
marital status of 429 respondents, who were domestic tourists in Langkawi Island was used. There were 35
tourists attraction sites that were listed as one of the visited locations while they were in Langkawi. From the 35
locations, only 7 locations received the highest numbers of visitors. The understanding about the pattern of
selected visits and movement of tourists would provide useful information to the authority in providing suitable
facilities to those tourists.

Keywords. GIS, socio-demography, domestic tourist, distribution of visits.

PENGENALAN

Industri pelancongan telah diangkat sebagai salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National
Key Economic Area [NKEA]), melalui Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation
Programme (ETP) yang dilancarkan pada Oktober 2010. Dibawah program berkenaan, sektor pelancong telah
dikenal pasti sebagai antara sektor ekonomi yang mampu merealisasikan matlamat negara untuk muncul sebagai
negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dengan peningkatan pendapatan per kapita kepada AS$15,000
(RM48,000) setahun berbanding hanya AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 (PEMANDU, 2013). Pada
tahun 2012 sahaja, industri ini telah menyumbangkan RM60.6 bilion kepada pendapatan negara dan jumlah
berkenaan meningkat sebanyak RM2.3 bilion berbanding hanya RM58.3 bilion pada tahun 2011. Secara
umumnya,industri pelancongan Malaysia merekodkan pertumbuhan positif bermula tahun 1990 hingga 2000
dengan pertambahan 19.5 peratus bagi jumlah kehadiran pelancongan dan 13.5 peratus bagi jumlah pendapatan
yang dijananya. Keindahan pandang darat dan kepelbagaian budaya masyarakatnya sentiasa menyediakan
prospek yang baik kepada semua destinasi pelancongan di negara ini.

Antara destinasi pelancongan di Malaysia yang sentiasa berdaya saing dan terkenal pelbagai variasi
pelancongannya ialah Pulau Langkawi. Industri pelancongan di pulau ini memperlihatkan perkembangan yang
sangat positif dan ia dibuktikan dengan jumlah kehadiran pelancongan yang semakin meningkat iaitu daripada
hanya 0.21 juta orang pada tahun 1987 kepada 3.06 juta orang pada tahun 2012. Ketibaan pelancong ke Pulau
Langkawi hanya memperlihatkan dua fasa penurunan yang ketara yang mana fasa pertama berlaku pada 1996
hingga 1998 dan fasa kedua pula berlaku pada tahun 2005 hingga 2006. Penurunan ini dipengaruhi oleh

*
E-mail: norizawatiayob@gmail.com

35
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

ketidaktentuan pasaran dunia akibat krisis ekonomi dan bencana alam (tsunami) (Lean & Smyth, 2006; Nair,
2006)yang faktor-faktor ini merupakan antara fenomena global yang sukar ditangani terutama dalam dunia
tanpa sempadan. Namun begitu, ketibaan pelancong ke pulau berkenaan kembali menunjukkan perkembangan
positif pada tahun-tahun berikutnyadan ini membuktikan bahawa Malaysia telah mempunyai mekanisme yang
baik dalam mengekang ketidaktentuan pasaran yang dilihat menjadi isu utama dalam menggugat perkembangan
industri pelancongan negara(Rajah 1).

3.20

2.80
Ketibaan Pelancong (Juta)

2.40

2.00

1.60

1.20

0.80

0.40

0.00
1986
1987
1988
1989
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
Tahun

Rajah 1: Jumlah Ketibaan Pelancong di Langkawi 1987-2012

Status dan fungsi Pulau langkawi sebagai antara destinasi terkenal di Malaysia dilihat akan bertambah proaktif
dengan pelancaran Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015 yang dilancarkan pada 8 Disember 2011. Visi
utama blueprint ini adalah untuk meletak Pulau Langkawi sebagai antara 10 pulau dan destinasi eko-
pelancongan terbaik dunia. Bagi tujuan berkenaan, kerajaan telah meletak dana sebanyak RM42 juta di bawah
Bajet 2012 untuk membangunkan segala pembangunan yang telah digariskan di dalam blueprint berkenaan.
Perlaksanaan blueprint berkenaan dijangka akan menggalakkan percambahan pendapatan industri pelancongan
di kawasan berkenaan pada tahun 2015 dengan pulangan kira-kira RM3.8 bilion melalui ketibaan pelancong
seramai 3 juta orang dan keadaan ini dijangka mampu mewujudkan hampir 4,200 peluang pekerjaan baru
(Bernama, 2011). Bahkan pertumbuhan Langkawi diunjur lebih tinggi (14 peratus) berbanding kadar
pertumbuhan pelancongan nasional (12 peratus) seperti yang dianjurkan oleh NKEA Pelancongan 2010-2020
(EPU, 2011) (Rajah 2).

36
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

14% 1.2
Pendapatan Pelancongan (RM Bilion) 0.8
0.7
0.2

2.5 2.6
2.1 2.2 2.3
1.9

2010 2011 2012 2013 2014 2015

Tahun
Garis Asas Kenaikan

*Garis Asas menunjukkan perolehan pendapatan sekiranya blueprint tidak dilaksanakan; kenaikan
merujuk kepada pertambahan perolehan pendapatan apabila blueprint dilaksanakan

Rajah 2: Unjuran Pertumbuhan Pelancongan Langkawi dengan Perlaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi

Rententan perkembangan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bermula pada penghujung 1980-an apabila ia
diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai dan ia mengalami pertumbuhan yang pesat pada era 1990-an (LADA,
2013). Namun begitu, Pulau Langkawi masih ketinggalan berbanding pesaingnya daripada segi tempoh
penginapan, perbelanjaan dan faktor musim. Lantaran itu, strategi pemasaran yang bersifat proaktif sangat
diperlukan dalam usaha meningkatkan daya saing yang dimiliki oleh Pulau Langkawi seiring dengan visi
menjadikan ia sebagai 10 destinasi global bagi pelancongan pulau. Strategi pemasaran berkenaan juga
seharusnyamampu menonjolkan keunikan dan identiti Pulau Langkawi yang tersendiri kerana kegagalan untuk
menonjolkan kelainan akan menyebabkan sesebuah destinasi mudah untuk ditukar ganti dengan destinasi lain
yang menawarkan ciri-ciri yang sama (Pike, 2009)

Namun begitu, strategi pemasaran pelancongan yang sebenarnya harus bermula dengan golongan pelancongan
itu sendiri dan bukannya destinasi. Hal ini kerana, setiap pelancong mempunyai minat dan dan motivasi yang
berbeza di dalam lawatan mereka. Lantaran itu, mengguna ciri sosio-demografi bagi 429 orang pelancong
domestik, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti taburan lokasi tumpuan serta mengenal pasti sekiranya
terdapat perbezaan dalam pemilihan destinasi berasaskan kepada ciri sosio-demografi yang berbeza berkenaan.
Perisian SPSS dan GIS digunakan untuk tujuan berkenaan.

KAWASAN KAJIAN

Pulau Langkawi merupakan sebuah daerah yang terletak di dalam Negeri Kedah Darul Aman dan terbentuk
daripada 99 gugusan pulau dengan Langkawi sebagai pulau utamanya. Kebanyakan pulau tidak berpenghuni
kecuali Pulau Langkawi, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba. Gugusan pulau ini terletak kira-kira 30
kilometer dari Kuala Kedah, 109 kilometer dari Pulau Pinang serta bersempadan dengan Thailand (Rajah 3).
Keluasan keseluruhan gugusan pulau ini adalah 47,848.36 hektar dengan pulau terbesarnya berkeluasan 32,000
hektar. Hampir 90 peratus daripada pulau berkenaan dilitupi oleh kawasan hutan simpan dan tanah pertanian
dengan 2/3 tanahnya bergunung-ganang (Pejabat Daerah Langkawi, 2013).

37
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

Pulau Langkawi

Rajah 3: Lokasi Pulau Langkawi

Langkawi merupakan syurga pulau yang memiliki pantai yang bersih, gugusan pulau yang sunyi lagi terpencil
dan kawasan perlindungan alam semula jadi yang terkenal kerana hidupan liar yang eksotik, tumbuhan tropika
dan formasi batuan yang setua usia bumi. Pada tahun 2007, pulau ini telah diiktiraf sebagai kawasan taman laut
dan ia merupakan taman laut pertama UNESCO di rantau Asia Tenggara. Ia juga telah diiktiraf sebagai pulau
keempat terbaik di Asia oleh Conde ‘Nast Traveller (New Straits Times, 2012). Gabungan ciri-ciri fizikal dan
sejarah yang menarik memberikan kelebihan yang baik kepada pulau ini sebagai destinasi yang ideal untuk
dilawati oleh semua lapisan masyarakat.

DATA DAN METODOLOGI KAJIAN

Data utama kajian ini diperolehi daripada satu soal selidik yang dilakukan secara rawak di Pulau Langkawi pada
bulan November, 2011. Seramai 429 orang responden yang terdiri daripada pelancong domestik telah disoal
selidik. Borang soal selidik yang digunakan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu (a) latar belakang
responden; (b) profil perjalanan dan (c) pergerakan pelancong. Untuk kajian ini, hanya bahagian latar belakang
responden (umur, gender, pekerjaan dan status perkahwinan) serta maklumat pergerakan pelancong sahaja yang
akan digunakan (Jadual 1).

Jadual 1: Pembahagian Kumpulan Mengikut Ciri Socio-Demografi

Gender Status Perkahwinan Umur Pekerjaan


Lelaki Bujang 20-29 Tahun Kakitangan Kerajaan
Perempuan Berkahwin 30-39 Tahun Kakitangan Swasta
Duda/Janda 40-49 Tahun Sendiri
50-59 Tahun Lain-lain
60 Tahun dan ke atas

38
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

Titik koordinat semua lokasi yang pernah dan akan dilawati oleh pelancong domestik telah dikenal pasti terlebih
dahulu. Analisis Statistik Deskriptif (Penjadualan Silang) di dalam SPSS digunakan untuk melihat perkaitan
antara ciri sosio-demografi dengan lokasi destinasi yang dipilih. Data ruangan (titik koordinat) dan data bukan
ruangan (statistik daripada Analisis Jadual Silang) kemudiannya digunakan untuk membina pangkalan data di
dalam perisian ArcMAP. Peta taburan pelancong domestik mengikut ciri sosio-demografi dengan pilihan
destinasi mereka kemudiaannya dipetakan menggunakan perisian berkenaan. Perbincangan mengenai peta
taburan yang dihasilkan dilakukan dengan mengklasifikasikan jumlah kunjungan pelancong kepada lima kelas
iaitu tarikan dengan jumlah kunjungan tinggi, sederhana tinggi, sederhana, sederhana rendah dan rendah.

TINJAUAN LITERATUR

GIS telah lama diiktiraf sebagai satu alatan yang baik untuk mengurus, membuat keputusan, menganalisis dan
memaparkan sejumlah besar data yang pelbagai (Avdimiotis & Christou, 2004). Baharie dan Elliot-White
(1999) telah membahagikan kemampuan aplikasi GIS di dalam pelancongan kepada tujuh kategori (Jadual 2).

Jadual 2: Aplikasi GIS Dalam Pelancongan

Aplikasi GIS dalam


Fusngsi dan Kemampuan GIS Persoalan Asas dalam GIS
Pelancongan
Memasukkan, menyimpan dan
Apa yang terdapat Inventori sumber
memanipulasi data Lokasi
di ...? pelancongan
Mengenal pasti lokasi
Penghasilan peta Di manakah
Syarat terbaik untuk
terletaknya ...?
pembangunan
Integrasi dan pengurusan
Apakah yang Mengukur impak
pangkalan data Pola
berubah ...? pelancongan
Pencarian dan pertanyaan data Manakah laluan Pengurusan dan
Perjalanan
yang terbaik? pergerakan pelancong
Menganalisis hubungan
Analisis Ruangan Apakah corak yang
Corak berkaitan dengan
terhasil?
penggunaan sumber
Permodelan Ruangan
Mengukur potensi impak
Permodelan Jika sekiranya ...? akibat pembangunan
Pembuatan Keputusan pelancongan
(Sumber: Bahaire & Elliot-White, 1999)

Menurut Luberichs & Wachowiak ( 2010) pergerakan dan pola taburan pelancong bukan sesuatu yang rawak.
Oleh kerana itu, pengetahuan dan pemahaman mengenai pergerakan mereka akan membantu proses
perancangan dan pembangunan industri pelancongan di sesebuah destinasi pelancongan. Ia akan membantu
pihak yang bertanggungjawab mengenal pasti secara spesifik kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai dan
diperlukan oleh golongan pelancong di destinasi berkenaan. Kajian mengenai corak taburan pelancong boleh
digunakan sebagai asas dalam proses meramal corak tingkah laku pelancong pada masa hadapan (Mill &
Morrison, 1985).

Amnya, tingkah laku pelancong boleh didefinisikan sebagai cara bagaimana mereka berkelakuan dan bertindak
balas berdasarkan sikap masing-masing terhadap sesuatu produk pelancongan (March & Woodside, 2005;
George, 2004). Di dalam konsep tingkah laku pelancong, golongan pelancong dianggap sebagai subjek yang
mempamerkan tingkah laku yang tertentu sebelum, semasa dan selepas mereka melancong. Tingkah laku ini
merupakan kesan langsung daripada interaksi yang wujud antara pemboleh ubah personal dan persekitaran yang
tertentu. Menurut March dan Woodside (2005), keputusan spesifik yang dilakukan oleh seseorang pelancong
dipengaruhi oleh satu atau lebih tingkah laku yang intensif dalam keperluan mereka bertindak balas dalam
beberapa cara tertentu berdasarkan situasi yang wujud. Lantaran itu, semasa proses meramal tingkah laku
pelancong adalah lebih penting untuk memahami bagaimana ciri individual seseorang bertindak balas dengan
ciri-siri situasi yang wujud sebelum cuba untuk memahami faktor negatif dan positif yang mempengaruhi
pemilihan destinasi oleh golongan pelancong berkenaan (Laws, 1995; Holloway, 2004; March & Woodside,
2005).

39
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

Ciri individual berkenaan merangkumi aspek sosio-demografi pelancong itu sendiri. Ciri-ciri sosio-demografi
pelancong didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi terhadap destinasi yang dilawati oleh
mereka (Goodrich, 1980; Woodside & Lysonski, 1989). Menurut Um & Crompton, (1990), persepsi pelancong
terhadap sesebuah destinasi dipengaruhi oleh input dalaman dan luaran. Input dalaman ini merujuk kepada
sosio-demografi, nilai dan motivasi pelancong manakala input luaran merujuk kepada pelbagai sumber
maklumat mengenai destinasi (media massa, media elektronik, pengalaman dan sebaran mulut ke mulut). Ciri-
ciri sosio-demografi juga sangat penting dalam proses pasaran segmen. Pasaran segmen merupakan satu strategi
pemasaran masa kini yang mana ia membahagikan golongan pengguna (pelancong) kepada kumpulan-kumpulan
yang lebih kecil berasaskan kepada persamaan kriteria yang tertentu dan antaranya ialah berasaskan ciri
demografi (umur, gender, status perkahwinan, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, agama, kelas sosial, generasi,
saiz keluarga, etnik, kewarganegaraan dan agama) (Hanlan, Fuller, & Wilde, 2006; Dolnicar, 2008).

Pasaran segmen berasaskan pemboleh ubah sosio-demografi adalah paling popular kerana corak keperluan,
kehendak dan penggunaan (pelancong) kebiasaannya menggambarkan profil demografi yang berbeza; ia juga
merupakan data yang paling mudah untuk diperolehi, di samping itu ciri demografi ini juga tetap perlu
digunakan dalam memprofil pasaran walaupun asas segmen lain digunakan (berasaskan geografi, tingkah laku
dan psikologi) (Thompson, 2000).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada soal selidik rawak yang telah dilakukan pada November, 2011 di Pulau Langkawi didapati
55 peratus daripadanya ialah responden perempuan dan 45 peratus responden lagi adalah lelaki. Majoriti
responden yang disoal selidik telah berkahwin (58.7 peratus) dan diikuti dengan responden berstatus bujang
(39.4 peratus) manakala 1.9 peratus lagi berstatus duda/janda. Kebanyakan responden berusia di antara 20-29
tahun (49.2 peratus), diikuti oleh golongan umur 30-39 tahun (20.7 peratus), 40-49 tahun (17 peratus) dan 50-59
tahun (9.3 peratus). Manakala responden berusia 60 tahun dan keatas merupakan golongan responden terkecil
iaitu dengan hanya 3.7 peratus. Dari segi jenis pekerjaan pula, majoriti responden adalah kakitangan kerajaan
(32.9 peratus) dan melakukan lain-lain pekerjaan (30.3 peratus). Ia kemudiannya diikuti oleh responden yang
bekerja dalam sektor swasta (24.4 peratus) dan bekerja sendiri (12.6 peratus) (Jadual 3).

Jadual 3: Dapatan Soal Selidik Pelancong Domestik di Pulau Langkawi Mengikut Ciri Sosio-Demografi

Ciri Sosio Demografi Total %


Gender
Lelaki 193 45
Perempuan 236 55
Status Perkahwinan
Bujang 169 39.4
Berkahwin 252 58.7
Duda & Janda 8 1.9
Umur
20-29 Tahun 211 49.2
30-39 Tahun 89 20.7
40-49 Tahun 73 17
50-59 Tahun 40 9.3
60 Tahun dan Ke atas 16 3.7
Pekerjaan
Kakitangan Kerajaan 141 32.9
Kakitangan Swasta 104 24.2
Bekerja Sendiri 54 12.6
Lain-Lain 130 30.3

40
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

Melalui peta taburan yang dihasilkan, daripada 35 tarikan yang dikunjungi oleh pelancong domestik sepanjang
tiga hari mereka berkunjung ke Pulau Langkawi, hanya lapan tarikan sahaja yang menjadikan tumpuan (Rajah
4). Bakinya 27 tarikan lagi tergolongan dalam julat taburan rendah. Lapan tarikan utama berkenaan adalah
Makam Mahsuri, Pekan Kuah, kereta kabel, Pantai Cenang, Underwater World, Padang Matsirat, Dataran
Helang dan Pulau Dayang Bunting.

Rajah 4: Taburan Tarikan Pelancongan di Langkawi

Berdasarkan ciri gender, golongan lelaki dan perempuan mempamerkan perbezaan dalam corak tumpuan
lawatan mereka (Jadual 4 dan Rajah 5). Bagi gender lelaki, hanya terdapat enam tarikan yang tergolong sebagai
taburan tinggi hingga taburan sederhana rendah, selebihnya iaitu 29 tarikan lagi tergolong dalam julat taburan
rendah (0-44). Manakala bagi gender perempuan pula, terdapat tujuh destinasi (bertaburan tinggi hingga
sederhana rendah) sementara 28 tarikan lain tergolong dalam julat bertaburan rendah (0-44) iaitu tarikan yang
paling kurang dikunjungi oleh para pelancong domestik.

Jadual 4: Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Gender Bagi Pelancong Domestik di Pulau Langkawi

Kumpulan Taburan tinggi Taburan sederhana Taburan sederhana Taburan sederhana


Gender (175-218) tinggi (88-131) rendah
(132-174) (45-87)
Lelaki Makam Mahsuri Pantai Cenang Padang Matsirat
- Pekan Kuah Underwater World
Kereta Kabel
Perempuan Pekan Kuah Kereta Kabel Pantai Cenang Dataran Helang
Makam Mahsuri Underwater World
Padang Matsirat

41
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

Rajah 5: Peta Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Gender (a) Lelaki dan (b) Perempuan

Peta taburan berasaskan kepada status perkahwinan responden mempamerkan kelainan corak tumpuan yang
jelas bagi setiap kumpulan (Jadual 5 dan Rajah 6). Bagi respodnen yang telah berkahwain, terdapat tujuh tarikan
yang tergolong dalam julat taburan tinggi hingga julat taburan sederhana rendah. Manakala 28 tarikan lagi
tergolong dalam julat taburan rendah (0-25). Bagi responden yang masih bujang pula, terdapat enam tarikan
yang tergolong dalam julat taburan sederhana dan sederhana rendah. Selebihnya, iaitu 29 tarikan lagi tergolong
dalam julat taburan rendah (0-45). Sementara itu, bagi golongan duda dan janda, kesemua tarikan iaitu sebanyak
35 tergolong dalam julat taburan rendah (0-45).

Jadual 5: Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Status Perkahwinan Pelancong Domestik di Pulau Langkawi

Status Taburan tinggi Taburan sederhana Taburan sederhana Taburan sederhana


Perkahwinan (183-227) tinggi (137-182) (92-136) rendah (46-91)
Berkahwin Pekan Kuah Kereta Kabel Pantai Cenang Underwater World
Makam Mahsuri Padang Matsirat Dataran Helang
Bujang Pekan Kuah Padang Matsirat
Makam Mahsuri Underwater World
- -
Kereta Kabel
Pantai Cenang
Duda/Janda - - - -

42
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

Rajah 6: Peta Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Status Perkahwinan (a) Berkahwin, (b) Bujang dan
(c) Duda dan Janda

Bagi peta taburan berasaskan kepada kumpulan umur, setiap kumpulan menunjukkan perbezaan yang sangat
ketara dalam corak tumpuannya (Jadual 6 dan Rajah 7). Bagi kumpulan umur pertama iaitu 20 hingga 29 tahun,
terdapat lapan tarikan yang menjadi tumpuan (tinggi hingga sederhana rendah) dan selebihnya iaitu 27 tarikan
lagi tergolong dalam julat taburan rendah (0-33). Bagi kumpulan umur 30 hingga 39 tahun dan 40 hingga 49
tahun pula, terdapat hanya empat tarikan yang menjadi tumpuan mereka. Tarikan-tarikan ini tergolong dalam
julat taburan sederhana dan sederhana rendah dan bakinya 31 tarikan lagi tergolong dalam julat taburan rendah

43
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

(0-33). Sementara itu, bagi kumpulan umur 50 hingga 59 tahun hanya satu tarikan yang menjadi tumpuan
namun kedua-duannya berada dalam julat taburan sederhana rendah (34-67) sahaja. Kumpulan umur terakhir
iaitu 60 tahun dan ke atas pula mempamerkan corak taburan yang tidak signifikan apabila semua tarikan bagi
kumpulan umur ini tergolong dalam julat taburan rendah (0-33).

Jadual 6: Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Kumpulan Umur Pelancong Domestik di Pulau Langkawi

Kumpulan Taburan tinggi Taburan sederhana Taburan sederhana Taburan sederhana


Umur (135-167) tinggi (101-134) (68-100) rendah (34-67)
20-29 Tahun Pekan Kuah Pantai Cenang Underwater World Dataran Helang
Makam Mahsuri Padang Matsirat Pulau Dayang
Kereta Kabel Bunting
30-39 Tahun Makam Mahsuri Kereta Kabel
- -
Pekan Kuah Pantai Cenang
40-49 Tahun Pekan Kuah
Makam Mahsuri
- - -
Kereta Kabel
Pantai Cenang
50-59 Tahun - - - Pekan Kuah
60 Tahun
- - - -
dan Ke atas

44
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

Rajah 7: Peta Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Kumpulan Umur (a) 20-29 Tahun, (b) 30-39 Tahun, (c) 40-
49 Tahun, (d) 50-59 Tahun dan (e) 60 Tahun dan Ke Atas

Peta taburan mengikut jenis pekerjaan responden juga menunjukkan corak taburan tumpuan yberbeza bagi
setiap kumpulan pekerjaan (Jadual 7 dan Rajah 8). Bagi kumpulan responden yang bekerja sebagai kakitangan
kerajaan dan kumpulan lain-lain perkerjaan menunjukkan terdapat tuhuh tarikan yang menjadi tumpuan semasa
mereka melancong di Pulau Langkawi. Ketujuh-tujuh tarikan ini tergolong dalam julat taburan tinggi
sehinggalah ke julat taburan sederhana rendah. Selebihnya iaitu 28 tarikan lagi tergolong dalam julat taburan

45
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

rendah (0-26). Terdapat enam tarikan yang tergolong dalam julat taburan sederhana tinggi hingga sederhana
rendah bagi kumpulan responden yang bekerja sendiri dan bakinya iaitu sebanyak 29 tarikan tergolong dalam
julat taburan rendah. Sementar itu, empat tarikan sahaja yang tergolong dalam julat sederhana rendah bagi
kumpulan responden yang bekerja sendiri dan selebihnya iaitu 31 tarikan lagi tergolong dalam julat taburan
rendah.

Jadual 7: Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Jenis Pekerjaan Pelancong Domestik di Pulau Langkawi

Jenis Taburan tinggi Taburan sederhana Taburan sederhana Taburan sederhana


Pekerjaan (103-128) tinggi (78-102) (52-77) rendah (27-51)
Kakitangan Pekan Kuah Pantai Cenang Padang Matsirat
Kerajaan Makam Mahsuri - Underwater World Dataran Helang
Kereta Kabel
Kakitangan Makam Mahsuri Pantai Cenang Padang Matsirat
Swasta - Kereta Kabel Underwater World
Pekan Kuah
Bekerja Makam Mahsuri
Sendiri Pekan Kuah -
- -
Kereta Kabel
Pantai Cenang
Lain-Lain Pekan Kuah Makam Mahsuri Kereta Kabel Underwater World
Pantai Cenang Padang Matsirat Dataran Helang

46
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

Rajah 8: Peta Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Jenis Pekerjaan (a) Kakitangan Kerajaan, (b) Kakitangan
Swasta, (c) Bekerja Sendiri dan (d) Lain-lain

Melalui peta taburan yang dihasilkan didapati Pekan Kuah dan Makam Mahsuri merupakan dua tarikan utama
yang paling tinggi dikunjungi. Ia kemudiannya diikuti oleh kereta kabel dan Pantai Cenang. Manakala Dataran
Helang, Padang Matsirat, Underwater World dan Tasik Dayang Bunting pula merupakan empat tarikan yang
terendah di antara kelapan-lapan tarikan yang menjadi tumpuan utama para pelancong domestik. Sekiranya
diperhalusi dengan lebih lanjut, kelapan-lapan tarikan berkenaan memperlihatkan jenis pelancongan yang
berbeza iaitu (a) pelancongan membeli-belah (Pekan Kuah, Padang Matsirat); (b) pelancongan budaya dan
sejarah (Makam Mahsuri, Padang Matsirat dan Tasik Dayang Bunting); (c) pelancongan pinggir pantai (Pantai
Cenang) dan pelancongan berasaskan buatan manusia (Kereta Kabel, Underwater World dan Dataran Helang).
Namun begitu, ada juga tarikan yang mampu menawarkan pelbagai jenis pelancongan dalam satu-satu masa
(Padang Matsirat, Kereta Kabel). Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa terdapat hubungan yang
dapat dilihat dari segi sosio-demografi dengan pemilihan tarikan yang telah dan akan dikunjungi oleh golongan
pelancong domestik

RUMUSAN

Pemetaan taburan pelancong merupakan antara inisiatif dalam memahami pergerakan pelancong di sesebuah
destinasi. Pemahaman mengenai pergerakan ini membantu pelbagai pihak yang bertanggungjawab untuk
mengenal pasti kemudahan atau perkhidmatan yang sesuai dan diperlukan oleh golongan pelancong. Ia
membolehkan setiap destinasi memfokuskan pasaran mereka kepada kumpulan sasar yang lebih kecil mengikut
kesesuaian keperluan, kehendak dan penggunaan kumpulan sasar berkenaan dengan kos yang efektif.

47
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

Sebagai destinasi yang kaya dengan pelbagai jenis tarikan bermula dengan keindahan alam semula jadinya
hingga kemampuan ia menganjurkan acara bertaraf dunia serta pelbagai tarikan man-made yang sukar untuk
dicari di destinasi lain di Malaysia, Pulau Langkawi mempunyai aset yang baik untuk terus mempromosikan
dirinya sebagai destinasi pelancongan berkelas dunia. Namun begitu, aktiviti pelancongan di Pulau Langkawi
dilihat hanya tertumpu kepada tarikan tertentu sahaja. Ia boleh dibuktikan melalui analisis yang dijalankan yang
mana hanya tujuh destinasi sahaja yang paling kerap dikunjungi berbanding 35 destinasi yang telah
disenaraikan. Pemilihan destinasi sudah pasti dipengaruhi oleh banyak faktor dan antaranya ialah strategi
pemasaran yang digunakan. Fokus pemasaran yang hanya tertumpu kepada sesetengah tarikan lambat laun akan
memberikan impak yang negatif kepada tarikan berkenaan terutamanya isu berkaitan penyusutan nilai alam
sekitar, kesesakan, dan pencemaran. Lantaran itu, mekanisme pemasaran yang lebih menyeluruh diperlukan
dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan tarikan lain yang wujud di pulau berkenaan. Kemampuan untuk
memperkenalkan pelbagai destinasi baru yang bertaburan di seluruh pulau berkenaan secara langsung akan
membantu untuk mengimbangi taburan pembangunan yang berlaku di dalam Pulau Langkawi. Sekali gus
memberi impak yang signifikan kepada pendapatan penduduk di pulau berkenaan.

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini sebahagian daripada Research University Grant for Cluster (RUC) 1001/PTS/8660014. Tourism
Decision Support System, Sustainable Tourism Research Cluster USM, Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Avdimiotis, S., & Christou, E. (2004). GIS applications in tourism planning:A tool for sustainable development
involving local communities. Journal of Environmental Protection & Ecology, 5 (2), 457-468.

Baharie, T., & Elliot-White, M. (1999). The Application of Geographical Information Systems (GIS) in
Sustainable Tourism Planning: A Review. Journal of Sustainable Tourism, 7 (2), 159-174.

Bernama. (2011, Disember 8). PM launches blueprint to boost Langkawi's popularity. New Straits Times .

Dolnicar, S. (2008). Market segmentation in tourism. Dalam A. Woodside, & D. Martin, Tourism Management:
Analysis, Behaviour and Strategy (hlm. 129-150). Cambridge: CAB International.

EPU (Unit Perancang Ekonomi). (8 Disember 2011). Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015. Diakses
pada1 Sepetember 2013. Diperolehi daripadaUnit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri:
http://www.epu.gov.my/blueprint-pelancongan-langkawi-2011-2015

George, R. (2004). Marketing South African Tourism and Hospitality. Oxford: Oxford University Press.

Goodrich, J. N. (1980). Bene"t segmentation of U.S. international travellers:An empirical study with American
Express. Dalam E. Donald, L. S. Elwood, & M. R. James, Tourism marketing and management issues
(pp. 133-147)). Washington: George Washington University.
Hanlan, J., Fuller, D., & Wilde, S. (2006). Segmenting tourism markets: A critical review. Dalam P. Tremblay,
& A. Boyle, Proceedings of To the city and beyond: Council for Australian University Tourism and
Hospitality Education (CAUTHE) Conference. Melbourne: Victoria University.

Holloway, J. (2004). Marketing for Tourism. New York: Prentice Hall.

LADA, L. P. (2013). Naturally Langkawi. Diakses pada 2 September 2013. Diperolehi daripada Warisan
Sejarah Langkawi, Permata Kedah: http://www.naturallylangkawi.my/MY/Langkawi_History

Laws, E. (1995). Tourist Destination Management: Issues, Analysis and Policies. London: Routledge.

Lean, H., & Smyth, R. (2006). Asian Financial Crisis, Avian Flu And Terrorist Threats: Are Shocks To
Malaysian Tourist Arrivals Permanent Or Transitory?. Diakses pada 1 September 2013, Diperolehi
daripada IDEAS: http://ideas.repec.org/p/mos/moswps/2006-11.html

Luberichs, J., & Wachowiak, H. (2010). GIS Supported Segmentation Study Of Visitors To Majorca Island.
Advanced In Hospitality And Leisure, 6, 135-166.

48
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

March, R., & Woodside, A. (2005). Tourism Behavior: Travelers’ Decisions and Actions. Cambridge: CABI
Publishing.

Mill, R., & Morrison, A. (1985). The Tourism System: An Introductory Text. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Nair, V. (2006). The Impact of the Tsunami on Tourism in Malaysia: Adopting a Crisis Management Plan.
Revue Tourisme , 43-59.

New Straits Times. (2012, Oktober 31). New branding for Langkawi. New Straits Times .

Pejabat Daerah Langkawi. (2013). Fakta Geografi. Diakses pada 1 September 2013. Diperolehi daripada Portal
Rasmi Pejabat Daerah: http://webjabatan.kedah.gov.my/home4/new.php?jab=
pdl&isi=content3&id1=222&id2=392&id3=714

PEMANDU (2013). NKEA: National Key Economic Area. Diakses pada 14 Jun 2013. Diperolehi daripada
Program Trannsformasi Ekonomi: http://etp.pemandu.gov.my/sub_page.aspx?id= 00ac27fa-fec2-4a6e-
8e91caa6a8c823f4&pid=d43c3625-f682476c9c407c702215d10f&lang=ms -my

Pike, S. D. (2009). Destination brand positions of a competitive set of near-home destinations. Tourism
Management, 30 (6), 857-866.

Thompson, K. (2000, August 30). Market Segmentation & Target Marketing. Diakses pada 29 Jun 2013.
Diperolehi daripada University of North Texas: http://courses.unt.edu/kt3650_7/sld001.htm

Um, S., & Crompton, J. L. (1990). Attitude determinants in tourism destination choice. Annals of Tourism
Research, 7, 432-448.

Woodside, A. G., & Lysonski, S. (1989). A general model of traveller destination choice. Journal of Travel
Research, 27 (4), 8-14.

49

View publication stats

You might also like