You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR


06500 LANGGAR, KEDAH DARULAMAN
TEL: 04-7876930

Ruj. Kami : SU/PIBG.2022(23)


Tarikh : 1 FEBRUARI 2023

Muzium Negara
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur

Melalui dan salinan:

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Langgar,
06500 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tuan,
PROGRAM KEMBARA ILMU, TEROKAI STEM SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR,
KEDAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Lawatan Sekolah, Sekolah


Kebangsaan Langgar dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Langgar telah merancang untuk mengadakan Program Kembara Ilmu, Terokai Stem ke Kuala
Lumpur seperti butiran di bawah:-

Tarikh : 9 hingga 11 Februari 2023


Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Aktiviti : 1. Murid kembara menaiki pengangkutan awam Malaysia;
a) tren ETS alor setar ke kuala lumpur dan pulang,
b) menaiki LRT dan monorel dan
c) menjelajah Kuala Lumpur dengan KL Hop-On-Hop-Off
2. Murid menyertai aktiviti berkaitan STEM di Petrosains.
3. Murid berkunjung ke beberapa tempat seperti Muzium Negara,
Dataran Merdeka dan Menara Kuala Lumpur
Peserta 44 Murid dan 10 orang Guru Pengiring

3. Untuk makluman pihak tuan, kami bercadang untuk mengunjungi Muzium Negara
pada 10 Februari 2023 ( pukul 3.00 petang ) atau 11 Februari 2023 ( pukul 10.00 pagi ).
Ini bergantung kepada bebarapa faktor dan kami akan tetapkan setelah perbincangan dengan
wakil pihak tuan.

4. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan
lawatan berpandu untuk membantu peserta program lebih menjiwai dan memahami apa
yang Muzium Negara sediakan.

4. Kerjasama, keprihatinan serta perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan
didahului dengan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelaras
Program Kembara Ilmu, Terokai STEM , Cikgu Intan 019-5142040
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAINAL ANNUAR BIN MOHD ZAIN)


YDP PIBG,
Sekolah Kebangsaan Langgar,
06500 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

You might also like