You are on page 1of 6

ADUAN PERTANYAAN

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA

TUAN/PUAN

Per: MAKLUMAN PEMERIKSAAN ADUAN DI RESTORAN SIN HOE PENG


(No.Rujukan:0123456)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan aduan tuan bertarikh 4.7.2016 telah diambil tindakan oleh
pihak kami. Hasil  pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas Restoran Sin Hoe
Peng  di 1F, Lebuh King, Penang berkenaan caj RM0.30 yang dikenakan ke atas
pelanggan yang tidak memesan minuman. Untuk makluman notis berkenaan
perkara tersebut telah dipamerkan dan ditampal di dinding restoran.

3.       Sehubungan dengan itu,  ia bukanlah menjadi satu kesalahan di bawah


bidang kuasa  kementerian ini memandangkan peniaga hanya menjual minuman,
manakala makanan dijual oleh penjaja (individu yang berbeza). Ia berpatutan
memandangkan kemudahan restoran merupakan miliknya disamping pelanggan
telah dimaklumkan dengan perkara tersebut melalui notis tersebut dan ia jelas
memberikan pelanggan kuasa untuk membuat pilihan.

4.        Bagi tujuan pengemaskinian rekod, aduan ini akan dikemaskini dan ditutup
mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan. Kementerian ini mengucapkan
terima kasih di atas aduan yang dibuat oleh pihak tuan/puan.        

Terima Kasih

 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

"TADBIR URUS CEMERLANG, MASA DEPAN GEMILANG"

Saya yang menurut perintah,

PEMAKLUMAN BY EMAIL
ADUAN YANG MENGHASILKAN KES

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA

TUAN/PUAN

Per: MAKLUMAN HASIL SIASATAN ADUAN DI RESTORAN SIN HOE PENG


(No.Rujukan:0150001345)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan aduan tuan bertarikh 4.7.2016 telah diambil tindakan oleh
pihak kami. Aduan ke atas Restoran Sin Hoe Peng  di 1F, Lebuh King, Penang
berkenaan tiada tanda harga bagi makanan dan minuman yang dijual.

3.       Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan mendapati premis telah GAGAL
mempamerkan tanda harga bagi makanan & minuman yang dijual. Sehubungan
dengan itu,  satu tindakan di bawah Akta Kawalan Harga & Anti-Pencatutan 2011
telah diambil ke atas pemilik premis berkenaan.

4.        Bagi tujuan pengemaskinian rekod, aduan ini akan dikemaskini dan ditutup
mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan. Kementerian ini mengucapkan
terima kasih di atas aduan yang dibuat oleh pihak tuan/puan.        

Terima Kasih

 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

"TADBIR URUS CEMERLANG, MASA DEPAN GEMILANG"

Saya yang menurut perintah,

PEMAKLUMAN BY EMAIL
ADUAN PERTANYAAN

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA

TUAN/PUAN

Per: MAKLUMAN HASIL SIASATAN ADUAN DI ZHONGHUA RESTORAN MIDLAND


PARK (No.Rujukan: CAP/COMP/W/1/4/3/PAL)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan aduan tuan bertarikh 4.7.2016 telah diambil perhatian oleh
pihak kami. Memandangkan aduan adalah berkenaan etika perniagaan maka
pihak kami tiada peruntukan undang-undang berkenaan perkara ini.

3.       Walaubagaimanapun saranan kami terhadap aduan ini supaya pengguna


perlu sentiasa peka terhadap apa-apa barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan. Perlu diingat pelanggan mempunyai hak dan kuasa untuk memilih
serta membayar barangan yang diperlukan sahaja. Hasil pemantauan ke atas
restoran itu juga mendapati perkara tersebut telah dinyatakan pada order receipt
yang mana tidbits dan beberapa lagi barangan adalah satu kemestian dan akan di
caj dan sepatutnya pelanggan sudah maklum lebih awal akan perkara ini.

4.        Bagi tujuan pengemaskinian rekod, aduan ini akan dikemaskini dan ditutup
mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan. Kementerian ini mengucapkan
terima kasih di atas aduan yang dibuat oleh pihak tuan/puan.        

Sekian

 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

"TADBIR URUS CEMERLANG, MASA DEPAN GEMILANG"

Saya yang menurut perintah,

PEMAKLUMAN BY EMAIL
ADUAN BERKENAAN SAIZ HIDANGAN YANG KECIL

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA

TUAN/PUAN

Per: MAKLUMAN HASIL SIASATAN ADUAN KE ATAS RESTORAN SUPER CRAB


AROMA (No.Rujukan: 01621345)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan aduan tuan bertarikh 4.5.2016 telah diambil tindakan oleh
pihak kami. Aduan ke atas Restoran Super Crab Aroma, Bayan Lepas, Penang
berkenaan tiada tanda harga bagi makanan dan minuman yang dijual serta saiz
hidangan yang tidak munasabah.

3.       Hasil pemeriksaan ke atas restoran tersebut mendapati terdapat promosi


bagi 2 ekor ketam berharga RM63 melalui banner yang dipamerkan di restoran
tersebut (seperti yang telah dimaklumkan oleh pengadu). Pemeriksaan
selanjutnya dilakukan ke atas menu kad restoran tersebut dan mendapati
terdapat harga dipamerkan bagi setiap hidangan yang ditawarkan.

4.        Berkenaan aduan yang melibatkan saiz hidangan, pihak kementerian tidak
meletakkan syarat bagi setiap saiz hidangan yang ditawarkan oleh restoran
melainkan restoran itu sendiri telah membuat penetapan dan justifikasi
terperinci tentang saiz hidangan dan dipamerkan kepada pelanggan TETAPI
pihak restoran gagal untuk mematuhi justifikasi tersebut.

5. Bagi tujuan pengemaskinian rekod, aduan ini akan dikemaskini dan ditutup
mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan. Kementerian ini mengucapkan
terima kasih di atas aduan yang dibuat oleh pihak tuan/puan.        

Terima Kasih

 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

"TADBIR URUS CEMERLANG, MASA DEPAN GEMILANG"

Saya yang menurut perintah,

PEMAKLUMAN BY EMAIL
Ruj.kami :91/2016 - PG
Tarikh : 18.11.2016

LIM CHEE HONG,


NO 2-09-08
RELAU VISTA APARTMENT,
LEBUH RELAU 6, BAYAN LEPAS.
11900 PULAU PINANG

Tuan,

MAKLUMAN HASIL PEMERIKSAAN ADUAN (NO E-ADUAN 01618063)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan aduan tuan bertarikh 7.11.2016 telah diambil perhatian oleh pihak kami.
Aduan berkaitan harga minyak masak botol yang dijual dengan harga yang baru di Pasaraya
Sunshine Lip Sin.

3. Untuk makluman, bermula 1 November 2016 subsidi minyak masak hanya dikekalkan kepada
minyak masak 1kg sahaja(paket). Manakala bagi minyak masak 1kg, 2kg, 3kg & 5kg (botol) pula,
subsidi telah dimansuhkan.

4. Oleh yang demikian penetapan harga baru telah ditetapkan oleh industri minyak masak
sendiri mengikut jenama (harga pasaran) dan pihak kementerian membenarkan peniaga
menggunakan label dan harga minyak masak yang lama dan menjual dengan harga yang baru
berikutan pihak pembekal telah membuat cetakan label bagi satu tempoh masa yang panjang.

5. Diharap penjelasan yang diberikan menjawab persoalan pihak tuan. Bagi tujuan
pengemaskinian rekod, aduan ini akan dikemaskini dan ditutup mengikut prosedur kerja yang
telah ditetapkan. Kementerian ini mengucapkan terima kasih di atas aduan yang dibuat oleh
pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

"KUASA PENGGUNA : 1PENGGUNA 1SUARA"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(NAMA RO)

Pembantu Penguatkuasa,
b.p Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan,
PULAU PINANG. PEMAKLUMAN BY SURAT

MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG PERLU ADA DALAM


SURAT MAKLUMBALAS

1. GREETING
2. PERKARA (BESERTA NO RUJUKAN ADUAN) TULISAN MERAH
3. PERENGGAN PERTAMA ADALAH MAKLUMAT
YANG PERLU DIUBAH
a. TARIKH ADUAN DITERIMA
MENGIKUT ADUAN
b. TEMPAT YANG DIADU
YANG DITERIMA &
c. MAKLUMAT ADUAN
HASIL PEMERIKSAAN
4. PERENGGAN KEDUA
a. HASIL PEMERIKSAAN
b. SARANAN/NASIHAT KEPADA PENGADU
5. PENUTUP

You might also like