You are on page 1of 1

Pencemaran 

merupakan kemasukan bahan pencemar seperti


bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga di alam sekitar yang mengakibatkan kesan
memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam
dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.[1]
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar(AKAS)
1974 yang menyatakan bahawa pencemaran ialah perubahan sama ada secara langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan yang mungkin berbahaya
kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam manusia atau organisma-organisma lain,iaitu
tumbuhan dan haiwan.

Bentuk pencemaran[sunting | sunting sumber]


Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi

 Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke
dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur
dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan
kilang industri.[]
 Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau
fenomena eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari
segi biologi, kimia atau fizik.[3]
 Pencemaran tanah, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan
racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.[4]
 Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
 Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi
80 dB.
 Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan
bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia.
 Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar
besar.
 Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air
sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
 Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia
termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi,
seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga

You might also like