You are on page 1of 5

BUKAN SEKADAR MIMPI

Gadis yang bernama Hana Raudha ialah seorang gadis yang ceria namun
nasibnya telah beruabh apabila ibu bapanya meninggal dunia akibat
insiden berlaku semasa Hana berumur 6 tahun. Kini Hana sudah
berumur 15 tahun. Dia ditemani oleh kawan-kawanya yang bernama
Ana dan Dalina iaitu kawan baiknya. Aina Marina seorang kawan yang
agak menjengkelkan tetapi mempunyai sikap prihatin terhadap orang
sekelilingnya.
Hana berkejar-kejaran segera ke kelasnya kerana takut lambat.
Beg sandang yang di galasnya dijinjing dengan kuat. Dia tidak menghirau
akan tudungnya yang kedut atau senget akibat berlari sekencangnya,
asalkan selamat sampai di sekolah pada waktu yang tepat.

‘’Alhamdulillah.Sampai juga akhirnya.’’ Ucap Hana lega. Mujurlah cikgu


tak datang kelas lagi. Kalau tidak sudah dibebelnya. Hana segera duduk
di atas kerusi sambil minum air masak di dalam botol,meneguk dengan
gelojoh kerana penat berlari. Sudahlah tiada siapa yang mahu
menghantarnya ke sekolah. Menaiki basikal pun tidak tahu.

‘’Asal kau lambat?” Bising Aina yang telah lama berdiri di sebelah Hana
sedari tadi.

Hana yang sedang minum air masak di botolnya segera berhenti


meneguk. Dia meletakkan botol yang berwarna putih yang bercorak ice
bear itu di atas meja sebelum menjawab soalan Hana.

‘’Ish, tenanglah,lagipun cikgu tak datang lagikan, tenang


saudari,tenang.’’ Jawab Hana sambil menggerakkan tangannya ke atas
dan ke bawah untuk menenangkan rakannya itu.

Aina menggeleng kepalanya.

‘’Dahlah, aku nak cakap ni, semalam aku dengar pengetua ada cakap
dengan guru kelas kita tentang murid baru. “
‘’Apa?’’
Aina sambung dengan ayatnya tadi lalu memberitahu nama lelaki itu.
Malangnya tidak sempat memberitahu kerana guru kelas iaitu cikgu
Malik sudah masuk ke kelasnya.

‘’Assalamualaikum semua.’Salam cikgu Malik memberikan salam dengan


wajah yang ceria. Mungkin mahu bagi tahu jikalau ada berita gembira
yang memuaskan hati Hana. Harapan dia, mahu bercuti lagi dan tak
mahumendengar cikgu Malik yang suka memekakkan telinganya.

‘’Hari ini, cikgu ada buat satu pengumuman penting.’’

‘’Cikgu, cuti lagi ke?’’ Tanya salah seorang dari kelas itu.

‘’Cuti-cuti, tak adanya cuti. Hari ini cikgu nak memperkenalkan seorang
murid baharu.

‘’Aisar masuklah.’’ Arah cikgu Malik.

Saat tapak kaki seorang jejaka yang bernama Aisar Nazhan masuk,
seluruh pelajar dari kelas itu terpana dengan penampilan jejaka itu. Beg
sekolah
berwarna coklat, talik kasut berwarna hitam, baju kemeja putih
bergosok
dengan kemas. Tali leher utuh diikat dengan ketat. Setiap penampilan
lelaki itu kemas sahaja. Rambut disikat dengan rapi. ‘’Baiklah, sila
perkenalkan diri kamu.’’

Aisar mengangguk.

‘’Assalamualaikum semua. Nama saya Aisar Nazhan. Boleh panggil saya


Aisar.

Suara yang garau membuatkan pelajar perempuan terpesona apabila


mendengar suaranya. Bukan sahaja pelajar perempuan malah turut
sekali dengan pelajar lelaki. Gembira melihat cara tutur Aisar.

‘’Baik, Aisar ambil tempat duduk kamu di hujung sana ye.’’

‘’Baik cikgu.’’ Jawab Aisar sambil menggangguk.


Aisar melangkah untuk bergerak ke tempat duduknya sambil
memandang Hana yang merenungnya dari tadi. Sedikit senyuman
manis di ukir tepat muka Hana.

Hana menunduk seakan-akan tidak tahu apa terjadi. Menyembunyikan


pipinya yang agak merah. Tanpa membuang masa, Aisar mengorak
langkah terus ke tempat duduknya di hujung bertempat tepi tingkap. Dia
meletakkan begnya di bawah kerusi. Sedia mengambil buku di dalam
begnya itu.

Hari Rabu, jam sudah menghampiri pukul 6 pagi. Hana Raudha yang
sudah menyelesaikan solat subuh bersiap-siap ke sekolah. Terpaksalah
berjalan kaki keseorangan apabila mendapati bahawa Aina baru saja
berpindah di luar negeri kerana ibunya menjalankan tugasan sebagai
peguam ke Kuala Lumpur.

Sedang Hana berjalan bersendirian menuju ke sekolah,tiba-tiba


kedengran suara garau menegurnya dari belakang. Hana terdiam tidak
bersuara. Menelan air liur. Suara itu memanggilnya sekali lagi namun
tidak dijawab oleh Hana.

Hana menggenggam buku lima pada jarinya lalu tanpa sedar menumbuk
muka lelaki itu.

‘’Aduh.’’ Jawab lelaki itu kesakitan.

‘’Eh, Aisar!’’ Terkejut Hana apabila seorang lelaki itu rupanya Aisar.

Sedikit lebam di pipinya.


Mereka berdua duduk di kerusi sebelum terus menuruskan perjalanan.

‘’A..awak okey ke?’’

‘’Maaf, tak sengaja.’’

‘’Sa..saya okey je. Sikit saja ni.’’ Kata Aisar Nazhan sambil memegang
pipinya yang lebam.
Hana berasa malu pada dirinya. Awal-awal lagi sudah tunjukkan sikap
ganasnya itu kepada budak baharu.
‘’Sudahlah, saya okey saja. Jom ke sekolah. Nanti lambat pula.’’

Hana menggangguk. Dia memapah lengan Aisar itu lalu melangkah ke


sekolah.

Tanpa mereka sedari, sebuah kereta merah yang dipandu dengan laju
mengakibatkan Aisar dan Hana kemalangan dengan teruk.

Tanpa sedar ,Hana merasakan dunianya semakin gelap.Hana hanya


dapat mendengar suara yang hinggar-binggar menyebut namany dan
Aisar.

‘’Astaghfirullahalazim!’’Tercungap-cungap Hana bernafas dari atas katil


hospital dia melihat beberapa orang jururawat don doktor datang
kepadanya. Hana semakin keliru adakah betul dia dilanggar oleh kereta
atau itu hanyalah mimpi. Tanpa membuang masa,Hana bertanya kepada
doktor lelaki yang tertera namanya Imran. ‘’Doktor, macam mana saya
boleh ada di sini?’’

‘’Sebenarnya cik Hana telah koma sejak seminggu yang lalu selepas
kereta keluarga cik Hana dirempuh oleh sebuah lori, malangnya cik
seorang sahaja terselamat. Alhamdulillah, dengan kuasa ilahi cik Hana
sudah sedar dari koma.’’ Doktor Imran menjelaskan apa yang berlaku.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Hana mengalirkan air mata


dunianya bagai hancurkan gelap. Dia mula ingat kembali, dia dan
keluarganya dalam perjalanan untuk pergi majlis hari jadi kawan
abangnya, dalam perjalanan mereka sangat tergembira berceloteh,
ketawa. Ibu dan ayahnya sempat lagi untuk menasihati agar
ibu dan ayahnya. Namun tidak di sangka itu adalah perbualan terakhir
mereka. Ibu dan ayahnya lebih disayangi oleh Ilahi. Hana berjanji kepada
diri untuk berubah. Hana menerima takdir ketentuan dengan sepenuh
hati. Hari berganti bulan,bulan berganti tahun. Masa yang sangat pantas.
Kini, setahun telah berlalu tragedi hitam itu. Hana sudah hampir
berumur 16 tahun. Hana menjalani kehidupan dengan tenang
walaupun keluarganya sudah tiada. Hana tidak lupa akan menziarahi
kubur ahli keluarganya. Sedang dia berjalan pulang ke rumah, Hana
terlihat sebuah kubur yang tertulis nama Aisar Nazhan Bin Muhammad
Safwan. 2007-2022. Rupa-rupanya Aisar Nazhan yang selama ini berada
dalam mimpi setahun yang lalu memang benar ada di dunia nyata.
Namun takdir telah menentukan bahawa Hana dan Aisar tidak akan
pernah berjumpa kerana Aisar telah kembali kepada Sang Pencipta.
Hana percaya semua yang berlaku pasti telah ditentukan,jodoh dan
kematian di tangan Pencipta. Hana jug telah berjanji pada diri akan
meneruskan kehidupannya dengan lebih baik walaupun dia tiada lagi
sanak saudara.

‘’Aku akan meneruskan kehidupanku dan sentiasa mengingati akan


nasihat arwah ibu dan ayah.’’ Bisik hati Hana.

TAMAT

You might also like