You are on page 1of 3

`

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARUL EHSAN


SELAYANG BARU 68100 BATU CAVES

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN DAN PEMAKANAN BIL 1/2018

TARIKH : 13 JANUARI 2018


MASA : 9.30 – 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SMK DARUL EHSAN

Kehadiran :

Pn Norbaeyah Binti Abdullah (PK Petang)


Pn Norlaila Binti Mansor
Pn Norini Binti Muhari
En.Shuhaimi Bin Akshah (Wakil KPGS)
Pn.Rozinah Binti Ramli

Tidak Hadir (Bersebab) :

Ci Nuraishah Binti Mohd Sabri


Pn. Zulaida Binti Mohamad
Pn Nazatul Syima Binti Rosmi
Pn Faizah Binti Othman
Pn Norkhizan Binti Md Yusof

AGENDA MESYUARAT

1.0 PERUTUSAN YANG BERBAHAGIA PENGERUSI

1.0 Pn Nurbaeyah Binti Abdullah mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa


Kantin dan Pemakanan bagi sesi 2018.
1.2 Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa kantin
untuk sama-sama berganding bahu bagi memastikan kualiti kantin dan
pemakanan semua guru dan pelajar terjamin dan berkualiti.

Tindakan: Makluman Semua Guru

2.0 TAKLIMAT JAWATANKUASA KANTIN DAN PEMAKANAN


2.1 Pn Norlaila selaku setiausaha memperkenalkan setiap jawatankuasa kantin dan
pemakanan bagi sesi pagi dan petang.
2.2 Setiausaha juga menjelaskan pembahagian tugas termasuk jadual giliran bertugas
berkaitan pemantauan kantin dan laporan yang akan disediakan sepanjang tahun.

1
2.3 Jawatankuasa bersetuju untuk menetapkan giliran bertugas sebanyak dua kali bagi
setiap ahli jawatankuasa bagi tempoh sepanjang tahun. Pemantauan akan
dilakukan sebelum, semasa dan selepas murid rehat sekurang-kurangnya satu kali
dalam seminggu.
2.4 Laporan kendiri kantin hendaklah diisi dan dilengkapkan oleh pihak kantin pada
setiap hari persekolahan dan perlu dipantau oleh jawatankuasa kantin. Setiausaha
akan menghantar laporan kendiri tersebut pada setiap akhir bulan. (Tarikh akhir
pada 5 haribulan bulan berikutnya).

Tindakan: Makluman Semua AJK

3.0 PROGRAM ANJURAN JAWATANKUASA KANTIN DAN PEMAKANAN


3.1 Mesyuarat telah memutuskan untuk melantik beberapa Jawatankuasa dalam
kalangan murid sekolah untuk memantau keadaan kantin dengan mengisi borang
pemeriksaan kantin yang disediakan.
3.2 Setiausaha juga memaklumkan agar kotak aduan kantin diwujudkan di dalam
bilik makan guru dan ruangan makan pelajar bagi mendapatkan maklum balas
semua pihak berkenaan perkhidmatan kantin dan kualiti makanan yang
disediakan.
3.3 Setiausaha mencadangkan penambahbaikan dalam menu sarapan pagi, makanan
tengahari dan makanan sesi petang bagi semua guru dan pelajar bagi sesi 2018.
(Rujuk Lampiran)
3.3 Pelaksanaan program ini akan dimaklumkan dalam satu mesyuarat khas kelak.

Tindakan: Semua Jawatankuasa Kantin

4.0 ISU-ISU KANTIN


4.1 Pengerusi meminta jawatankuasa untuk menitikberatkan aspek-aspek berkaitan
kantin sebagaimana yang tertera dalam buku laporan kendiri kantin yang
dibekalkan oleh PPD. Hal ini termasuklah:
a) Pengendali makanan
b) Bahan mentah
c) Makanan
d) Bekalan air
e) Penstoran
f) Peti Sejuk
g) Peralatan/ Perkakas
h) Tandas dan sinki mencuci tangan
i) Tong Sampah
j) Kawalan serangga dan haiwan
k) Lain-lain (Lantai, siling, kepala paip, perparitan dan sebagainya)

4.2 Jawatankuasa juga perlu memastikan pihak kantin menepati syarat dalam
penjualan makanan berkhasiat, mematuhi penetapan harga jualan yang telah

2
dibuat dan turut membuat pemantauan dalam aspek pengurusan dan kebersihan
penyediaan makanan di kantin juga perlu dititikberatkan.
4.3 Sebarang aduan berkaitan kantin hendaklah direkodkan dan tindakan segera perlu
diambil. Pengusaha kantin telah memaklumkan bahawa murid dan guru diberi
pilihan untuk menukar makanan atau minuman tersebut atau mereka boleh
mendapatkan wang mereka kembali sekiranya terdapat benda asing ditemui dalam
makanan atau minuman.
4.4 Jika berlaku masalah keracunan makanan, tindakan segera perlu diambil oleh
jawatankuasa supaya masalah boleh dikenal pasti sama ada berpunca daripada
kantin atau sebaliknya. Tindakan selanjutnya akan dilaksanakan berdasarkan
laporan.

Tindakan: Semua Jawatankuasa Kantin

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Satu mesyuarat bersama pengusaha kantin akan diadakan bagi menjamin kualiti
pemakanan dan kebersihan kantin.

5.0 PENUTUP

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru pada mesyuarat
kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.35 pagi

URUSETIA
Pn Norini Binti muhari

TARIKH
13 JANUARI 2018

You might also like