You are on page 1of 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/307570333

1 PEMBANGUNAN POTENSI REMAJA MELALUI INSTITUSI MASJID: SATU


TINJAUAN DI LIMA BUAH MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Conference Paper · May 2011

CITATIONS READS

0 8,716

10 authors, including:

Nurul husna Mansor Siti Aishah


University of Malaya Universiti Kebangsaan Malaysia
2 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    16 PUBLICATIONS   19 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Abu Bakar Fakhrul Adabi Abdul Kadir


Islamabad medical and dental college Islamabad University of Malaya
38 PUBLICATIONS   155 CITATIONS    36 PUBLICATIONS   300 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Isolation, characterization and biofertilizer production by salt tolerant Rhizobium Bacteria and their performance on groundnut cultivation View project

Spiritual Ruqyah Syar'iyyah Treatment For Cancer Patient View project

All content following this page was uploaded by Mohd Afifuddin Mohamad on 02 September 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PEMBANGUNAN POTENSI REMAJA MELALUI INSTITUSI MASJID: SATU
TINJAUAN DI LIMA BUAH MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR

Oleh:
Nurul Husna Mansor1#, Nursyazrin Nazee Mudeen2, Siti Aishah Abu Bakar2, Siti Nor Shuhada
Mohamad2, Fakhrul Adabi Abdul Kadir P.h.d 3, Mohd Afifuddin bin Mohamad4

Abstrak

Proses pembangunan potensi remaja masa kini seharusnya bermula di masjid dan tidak hanya
tertumpu di institusi-institusi pendidikan formal sahaja. Ini kerana, kepelbagaian fungsi dan peranan
masjid sememangnya sudah tidak boleh dinafikan lagi semenjak zaman permulaan Islam.
Hakikatnya, masjid bukan sekadar tempat untuk peribadatan serta melakukan aktiviti kerohanian
semata-mata tetapi fungsinya jauh lebih luas dari itu dan merangkumi setiap aspek kehidupan
masyarakat. Namun begitu, realiti hari ini memaparkan masyarakat seolah-olah memandang peranan
masjid itu dari perspektif yang agak terbatas. Segala aktiviti dan program pengimarahan masjid
hanya tertumpu kepada pelaksanaan solat wajib sahaja dan ia hanya dipelopori oleh golongan
dewasa dan vateran. Walhal, tenaga dan potensi golongan muda dan remaja sebagai mata rantai
perjuangan Islam itulah yang perlu digilap dan ditarbiah agar mereka dapat lahir menjadi insan
rabbani. Remaja sebagai golongan yang masih kuat fizikal dan segar pemikirannya mesti diberi
perhatian sepenuhnya supaya mereka tidak terus terabai dan terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat
yang akan merugikan masa depan. Oleh itu, pihak pengurusan atau pentadbiran masjid mestilah
bijak memainkan peranan bagi menarik golongan remaja agar turut serta dalam program
pengimarahan masjid. Justeru, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti usaha-usaha yang
telah dilakukan oleh pihak pentadbiran masjid yang tertumpu di 5 buah masjid terpilih di bandaraya
Kuala Lumpur bagi menawan hati golongan remaja mendampingi masjid di samping bertujuan
mengemukakan cadangan penambahbaikan untuk pelaksanaan program masjid pada masa hadapan.

Kata Kunci: Remaja, modul aktiviti, Lima Masjid, Cadangan Penambahbaikan

1
Pelajar P.h.D, Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur, # Corresponding email: kak_una87@yahoo.com
2
Pelajar Sarjana, Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur, Email : muslimah_theology@yahoo.com
3
Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603 Kuala
Lumpur, Email:fakhruladabi@um.edu.my
4
Pensyarah, Kluster Sains Gaya hidup Sihat, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia,
Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia, Email: afifuddin@usm.my
1
1.0 PENDAHULUAN

Masjid adalah sumber kekuatan, keunggulan dan kegemilangan umat Islam. Ini bermaksud, umat
yang gemilang pada zaman awal Islam mendapat sumber kekuatan mereka daripada masjid.
Malah tamadun Islam yang mula bertapak di Madinah juga memperlihatkan bahawa masjid
boleh menjadi satu institusi yang mampu menyatukan ummah berlainan bangsa di bawah
naungan Islam. Namun realiti pada hari ini menyaksikan kegemilangan dan keunggulan masjid
dalam menjana kekuatan ummah semakin pudar lantaran begitu banyak pusat-pusat kegiatan
masyarakat diwujudkan secara khusus. Dengan demikian, peranan masjid seakan-akan menjadi
semakin sempit. Kefahaman masyarakat terhadap fungsi sebenar masjid juga turut berubah
terutamanya dari kaca mata golongan remaja atau belia. Akhirnya membuatkan remaja jauh dari
masjid dan hanya mengenali masjid secara zahir, tidak secara hakikat.

2.0 MASJID DAN REMAJA

Dalam membicarakan isu masjid dan remaja, perlu diketahui bahawa pada hari ini persepsi
sesetengah remaja Islam terhadap fungsi masjid jauh tersasar dari matlamat penubuhan dan
tujuan asal pembinaan masjid itu sendiri. Secara umumnya, pada hari ini masjid lebih difahami
sebagai tempat yang dibina khusus untuk ibadat-ibadat tertentu sahaja seperti solat, beriktikaf
dan perkara keagamaan. Sebaliknya sebahagian besar aktiviti ummah terpisah daripada masjid 5

Sedangkan masjid adalah segala-galanya bagi umat Islam, manakala remaja adalah golongan
terpenting yang menjadi harapan masyarakat dalam meninggikan syariat Islam lantaran kekuatan
tenaga, kesegaran minda serta keupayaan mereka dalam bersuara berbanding golongan berusia
jika potensi mereka benar-benar digilap dan diserlahkan.

5
Abd. Hamid Othman, Islam Hadhari : Kekuatan Masjid dalam Menjana Masyarakat Gemilang, (2007), Putrajaya : Yayasan
Islam Hadhari, h. 214.

2
Menurut Ezhar Tamam dan Azimi Hamzah (1994), “Masyarakat belia adalah khazanah dan harta
negara yang perlu diserlahkan potensinya ke arah kecemerlangan, berlandaskan nilai-nilai murni
sejagat. Gesaan ini bukan perkara baru bagi kita, perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Ini
kerana golongan belia adalah anggota masyarakat yang paling terancam dalam negara
menghadapi cabaran ekoran daripada kemajuan yang dicapai sekarang, sedangkan golongan ini
merupakan tunggak kepada pembangunan negara”.6

Pada masa yang sama, umat Islam dewasa ini telah dilanda pelbagai cabaran-cabaran hidup
yang terkadang sukar untuk diselesaikan, termasuk di antaranya masalah pembangunan dan
pembinaan generasi muda Islam. Islam telah mengajarkan betapa pentingnya menatap hari esok
(masa hadapan) dan umat Islam dituntut untuk memikirkan bagaimana masa hadapan serta
menghadapi cabaran-cabaran zaman yang semakin hari semakin terasa dalam kehidupan umat
manusia. Umat Islam digesa agar mencari jalan keluar dari permasalahan tersebut sesuai dengan
ajaran dan akidah yang dianutinya supaya penyelesaian tersebut dapat memuaskan jiwa,
menenangkan perasaan dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.7

Justeru, adalah menjadi kewajaran masjid dijadikan sebagai mekanisme pembangunan potensi
remaja. Ianya adalah medan terbaik disebabkan kesucian dan keagungannya sebagai rumah
Allah. Institusi masjid mesti digerakkan kembali untuk mengulangi sejarah kegemilangan umat
terdahulu. Fahaman bahawa masjid hanya berfungsi sebagai tempat ibadah khusus sahaja atau
sebagai tempat pembersih rohani semata-mata hendaklah dibuang. Kemelut remaja kini, akan
mudah diatasi jika fungsi masjid tidak diketepikan.8

6
Mohd Ismail Mustari, (2005), Menjadi Belia Cemerlang, Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, h.
16.
7
Syamsul Bahri Andi Galigo, (2002), “Membangun Generasi Muda Islam Di Era Globalisasi”, dalam Isu Dakwah
Dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi, Selangor: Fakulti Dakwah Dan Pengurusan Kolej Universiti Islam
Malaysia, h. 98.
8
Idris Ahmad, (2000), “Pengurusan Dakwah di Kalangan Remaja”, dalam Abdul Ghafar Don et al. (eds.), Dakwah
dan Pengurusan Islam di Malaysia: Konsep dan Pelaksanaan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 147.
3
Justeru, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran


masjid yang tertumpu di 5 buah masjid terpilih di Bandaraya Kuala Lumpur
bagi menawan hati golongan remaja mendampingi masjid.
2. Mengemukakan cadangan penambahbaikan untuk pelaksanaan program masjid
pada masa hadapan.

Kajian ini juga menumpukan kepada lima buah masjid di sekitar Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur yang telah dikenalpasti bergiat aktif dalam program pembinaan potensi
remaja, iaitu:

1. Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya9


2. Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar10
3. Masjid Usamah b. Zaid, Wangsa Maju11

9
Masjid Ar Rahman terletak di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Masjid ini dibina di atas keperihatinan BEKAS
Perdana Menteri Malaysia iaitu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj terhadap penduduk lembah Pantai
pada tahun 1962. Masjid Ar Rahman adalah masjid utama kawasan Lembah Pantai bagi penduduk sekitarnya
menunaikan solat fardu Jumaat kerana tiada lagi masjid yang dibina di kawasan tersebut.

10
Usaha untuk mendirikan sebuah masjid di kawasan Bangsar telah disuarakan oleh penduduk tempatan pada tahun
1976 dan dipersetujui oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam mesyuaratnya pada 25hb Julai,
1977. Berikutan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan di Masjid Negara pada 27hb November 1977 di antara
penduduk tempatan dengan YB Dato’ Othman bin Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada
ketika itu. Hasil dari perjumpaan tersebut sebuah Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bangsar telah dilantik bagi
mengendalikan pembinaan masjid ini. Pada 23hb November, 1980, upacara perletakan batu asas masjid telah
disempurnakan oleh YB Dato’ Amar Hj Abdul Taib bin Mahmud, Menteri Wilayah Persekutuan. Bangunan masjid
ini telah disiapkan pembinaannya pada bulan Mac, 1982 dan diterima dengan rasminya daripada pihak kontraktor
oleh Yg Berbahagia Pemangku Dato’ Bandar Kuala Lumpur yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah
Persekutuan pada 29hb Mac, 1982. Pada 14 Julai 1982, masjid yang dinamakan Masjid Saidina Abu Bakar As-
Siddiq, Bangsar telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni
Almarhum Sultan Abu Bakar.

11
Masjid Usamah bin Zaid terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Masjid ini mula dibina oleh Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) pada 12 Mac 2004 dan telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) untuk ditadbir pada 12 Ogos 2008. Masjid ini berupaya menampung seramai 8,000 orang jemaah dalam satu
masa. Masjid Usamah b. Zaid telah memulakan operasinya secara rasmi pada 16 Oktober 2008 Masjid ini
mempunyai 4 orang pegawai lantikan JAWI secara tetap, 3 orang imam ratib, 2 orang pembantu bilal dan seorang
4
4. Masjid As-Syakirin, KLCC12
5. Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan13

3.0 Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur

MASJID AKTIVITI /PROGRAM


Kelas Agama Khusus Untuk Remaja
Masjid ar-Rahman, Kem Praktikal Ibadah (Smart Solat)
Universiti Malaya Seminar Motivasi Skor A Peperiksaan
Ar-Rahman Smart Camp
Imam Muda Qaryah

Jadual 1 : Jadual Program Pembangunan Remaja Masjid Ar-Rahman

Analisis:

Masjid Ar-Rahman telah menganjurkan beberapa program atau aktiviti khusus untuk
remaja seperti Kem Praktikal Ibadah (Smart Solat). Program-program untuk remaja di
Masjid Ar-Rahman didapati bermula dengan memberi penumpuan kepada aspek kekuatan
akidah melalui ibadah seperti Kem Praktikal Solat.

noja. Masjid ini juga berperanan sebagai pejabat pentadbiran Pusat Zon yang mentadbir masjid-masjid, surau-surau
Jumaat dan surau-surau biasa di bawah Zon 4.

12
Masjid Asy-Syakirin telah didaftarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 12 Julai 1999
bersamaan 28 RabiulAwal 1420 H. Pada asalnya, masjid ini merupakan sebuah surau untuk kegunaan warga kerja
Petronas di bangunan KLCC. Namun, lama kelamaan fungsinya diperluaskan dan para jemaah semakin bertambah.
Apabila sembahyang jumaat turut diadakan di sini, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah
mengambil alih sekaligus menaikkan taraf surau kepada masjid. Tugas-tugas pentadbiran masjid telah diambil alih
oleh pihak JAWI sementara kerja-kerja menyelenggaraan masih lagi di bawah penyeliaan Petronas.

13
Masjid al-Rahimah ini telah didaftarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di zon 3 Kuala Lumpur
dan berada ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
5
Potensi Asas Kelas Agama Matlamat
Khusus Untuk
Remaja
Akidah Memberi
dan kefahaman dan
Syariah praktikal kepada
perkara asas agama
Kem Praktikal Ibadah (Smart Solat)

Rajah i: Program Pembinaan Potensi Berasaskan Kefahaman Asas dan Praktikal

Potensi Otak Seminar Matlamat


Motivasi Skor A
Intelek Mmembangunakan
Dan potensi akal dan
Sahsiah sahsiah diri
Ar-Rahman Smart Camp

Rajah : Program Pembinaan Potensi Berasaskan Pembangunan Intelek

Setelah pembangunan potensi asas, masjid ini turut merangka program susulan iaitu
program pembangunan intelek remaja dengan menganjurkan Seminar Motivasi Skor A
dan diikuti dengan program pengukuhan sahsiah serta jati diri seperti menganjurkan Ar-
Rahman Smart Camp kedua-dua aktiviti ini amat signifikan untuk diterapkan bersama
kerana pembangunan intelek dan sahsiah perlu diterapkan bersama-sama kepada remaja.

6
3.1 Kaedah Pendekatan Menarik Remaja Yang Digunakan Oleh Masjid Ar-
Rahman

Dari aspek pendekatan, selain menyediakan kemudahan untuk remaja beriadah seperti
gelanggang badminton, pihak masjid juga menggunapakai pendekatan psikologi dalam
memahami serta mendalami jiwa golongan remaja. Disebabkan Masjid ini berada
berdekatan dengan Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaya maka inisiatif dan
pendekatan diambil bagi setiap program dengan menampilkan fasilitator atau pembimbing
dari golongan muda sendiri iaitu dari kalangan mahasiswa Universiti Malaya. Hal ini
kerana golongan muda lebih memahami kehendak dan keperluan remaja seusia mereka.
Selain memberi bimbingan, kehadiran golongan mahasiswa dianggap bakal menjadi ikon
atau sebagai pendorong kejayaan kepada remaja yang masih di alam persekolahan supaya
lebih bersungguh-sungguh mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

3.2 Keunikan Masjid Ar-Rahman

Antara keunikan masjid Ar-Rahman yang tidak terdapat di masjid-masjid selainnya ialah
dengan kewujudan Klinik Metadon. Klinik Metadon menawarkan perkhidmatan rawatan
kepada bekas-bekas penagih dadah yang kebanyakkannya adalah remaja. Jadi, ianya
merupakan bonus bagi masjid ini jika dilihat dari aspek pendekatan dakwah. Sebelum
berdakwah dan membangunkan potensi remaja, pihak masjid akan merawat dan melakukan
sesi pemulihan terlebih dahulu.

3.3 Kritikan dan Cadangan Penambahbaikan Program Remaja di Masjid Ar-


Rahman

Program-program keremajaan di masjid ini dirasakan perlu dipergiatkan lagi secara


berterusan. Program-program keremajaan tidak hanya dianjurkan pada musim-musim
tertentu seperti cuti sekolah dan musim peperiksaan. Aktiviti untuk remaja juga tidak
begitu banyak. Hasil pemerhatian juga mendapati masjid ini kurang mesra remaja. Antara

7
faktor kurangnya sambutan juga adalah disebabkan masjid ini tidak mempunyai qaryahnya
yang tersendiri, sebahagian besar peserta datang dari qaryah lain. Di samping halamannya
yang agak terhad.

Justeru, pihak masjid disarankan agar memperbanyakkan lagi program-program untuk


remaja. Modul-modul program bagi remaja perlu dicambahkan lagi agar masjid tidak
hanya menjadi tempat tumpuan golongan dewasa dan tua, di samping meluaskan lagi
promosi dan hebahan setiap kali program berlangsung selain menyediakan kawasan yang
mencukupi untuk kegunaan program.

4.0. Program Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Masjid Saidina Abu Bakar
As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur

MASJID AKTIVITI /PROGRAM


Kelas Bimbingan Dwi Mingguan
Seminar Ibu Bapa dan Anak Soleh,
Masjid Saidina Abu Bakar Kem Motivasi,
As-Siddiq, Bangsar Lawatan Sambil Belajar
Solat Hajat Peperiksaan
Quran, Kelas Komputer

Seminar Peperiksaan
Acara Sukaneka
Majlis Khatam Al-Quran
Imam Muda Qaryah.

8
Analisis:

Antara aktiviti yang telah dijalankan khusus untuk remaja di masjid ini seperti, Seminar Ibu
Bapa dan Anak Soleh, Kem Motivasi, Acara Sukaneka, Lawatan Sambil Belajar, Solat
Hajat Peperiksaan, Tadarrus Ramadan dan Majlis Khatam al-Quran, Kelas Bimbingan Dwi
Mingguan, Seminar Peperiksaan dan sebagainya. Program-program yang dirancang
menggabungkan ilmu ukhrawi dan duniawi. Contohnya, kelas bimbingan Dwi Mingguan
yang diadakan 2 minggu sekali. Ia berlangsung dalam 2 sesi iaitu pagi dan petang. Sesi
pagi dikhususkan kepada penguasaan ilmu akademik seperti penguasaan matematik dan
sains. Manakala di sebelah petang, kelas difokuskan kepada pembinaan sahsiah dan ilmu
fardhu ain secara teori dan praktikal. Cara-cara pelaksanaan solat, memperbaiki bacaan al-
Quran dan ilmu-ilmu lain diberi penekanan dan pendedahan. Pihak pengurusan telah
menyediakan sukatan pelajarannya yang tersendiri dan menampilkan tenaga pengajar atau
pembimbing yang telah dipilih secara khusus. Penyertaan juga dibuka kepada semua
remaja Muslim di kalangan penduduk tempatan.

4.1 Pendekatan Pihak Masjid Dalam Menarik Remaja

Masjid ini dilihat menggunakan pendekatan yang lebih realistik dan relevan bersesuaian
dengan citarasa remaja dan tuntutan zaman. Contohnya, dengan menyediakan kelas
kemahiran komputer. Ianya dilihat memenuhi keperluan zaman kini yang sangat menuntut
golongan muda supaya celik IT dan tidak hanya membazir masa dengan aktiviti tidak
bermanfaat. Selain itu, pihak pengurusan masjid mengambil pendekatan harmoni dan
bersikap terbuka asalkan ianya masih di dalam batasan syari’at Islam. Pada hari-hari
sambutan hari Valentine umpamanya, pihak masjid mendapatkan kerjasama dengan
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (PERKID) mengadakan kempen kesedaran kepada
remaja-remaja dan pasangan yang sedang bercinta agar tidak terlibat dalam gejala dan
budaya yang tidak selari dengan ajaran Islam. Remaja diingatkan bahawa perasaan cinta itu

9
tidak salah tetapi perlu disalurkan kepada yang berhak iaitu mencintai Allah SWT dan
Rasulullah SAW.

4.2 Kritikan dan Cadangan Penambahbaikan Program Remaja

Walaupun pelbagai program remaja telah dikenalpasti, namun hasil kajian dan tinjauan
mendapati sebahagian besar program tidak dijalankan secara konsisten dan kurang
mendapat komitmen dari sesetengah pihak. Bagi kelas komputer umpamanya, ia kerap kali
terpaksa ditangguhkan lantaran tenaga pengajar terpaksa memberi komitmen yang begitu
banyak pada satu-satu masa. Para peserta juga dikenalpasti jarang hadir ke masjid kecuali
untuk program tertentu. Jadi, ini menyukarkan pihak masjid mengesan dan menjejaki
prestasi remaja selepas program. Oleh itu, pihak pentadbir masjid dicadangkan supaya
mendapatkan tenaga pembimbing yang mampu memberi komitmen dan menjalankan kerja
secara tetap bukan separuh masa dalam kerangka membina potensi remaja di samping
membina hubungan baik dengan remaja sekalipun program telah berlalu. Aktiviti-aktiviti
susulan perlu digiatkan seperti mengadakan pertemuan pada setiap hujung minggu dengan
remaja dan melakukan riadah bersama-sama.

5.0 Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Usamah b. Zaid, Wangsa Maju

MASJID AKTIVITI/PROGRAM

Main Pingpong Dan Badminton


Masjid Usamah b. Zaid, Silat Sendeng Untuk Melatih Anak-Anak
Wangsa Maju Qaryah dan Remaja,
Menganjurkan Futsal Antara Masjid,
Kempen Pengharaman Sambutan Hari
Valentine
Imam Muda Qaryah.

10
Analisis:

Masjid ini tidak terkecuali dalam menganjurkan aktiviti bermanfaat kepada golongan
muda. Antara program atau aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti bermain ping
pong dan badminton seminggu sekali, latihan silat melalui Persatuan Silat Sendeng untuk
melatih anak-anak qaryah dan remaja, menganjurkan futsal antara masjid di samping
program-program outdoor lain contohnya; ketika tiba hari Valentine, pihak masjid dengan
kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seperti Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) di kawasan Wangsa Maju mengedarkan risalah-risalah berkaitan
pengharaman sambutan Valentine sebagai salah satu usaha untuk menjauhkan remaja dari
meraikan hari-hari yang tidak mendatangkan manfaat.

5.1 Pendekatan Pihak Masjid bagi Menarik Minat Remaja

Masjid ini menggunakan pendekatan yang lebih halus dalam menawan golongan remaja.
Contohnya: pihak pengurusan masjid membina hubungan akrab dengan remaja terlebih
dahulu, mendapatkan maklumat latar belakang remaja seperti nama, nombor telefon dan
alamat. Justeru, ia memudahkan pihak pengurusan masjid untuk membuat hebahan setiap
kali program bakal berlangsung. Dengan ini, remaja tidak akan ketinggalan dalam setiap
program.

5.2 Kritikan dan cadangan Penambah baikan

Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti di atas, didapati bahawa program untuk remaja di


masjid ini lebih banyak menjurus kepada pembinaan kekuatan fizikal sahaja tetapi
pembangunan kerohanian tidak begitu memuaskan. Hakikatnya, proses pembinaan potensi
remaja itu seharusnya berjalan secara seimbang antara kekuatan jasmani dan rohani.
Penumpuan kepada aspek fizikal sahaja tidak akan meninggalkan apa-apa kesan
seandainya asas-asas agama kurang dihayati. Ini kerana, penghayatan kepada ajaran Islam
itu sendiri yang akan menyerlahkan potensi remaja agar menjadi lebih cemerlang.

11
Oleh itu, pihak pentadbir masjid digalakkan agar meneliti semula serta memperkukuhkan
modul-modul yang telah dirancang untuk remaja. Penganjuran program-program yang
bersifat outdoor itu tidak salah diperbanyakkan tetapi matlamat dan pengisian program
perlu seiring antara tuntutan dunia dan akhirat.

6.0 Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Asy-Syakirin, KLCC

MASJID AKTIVITI/PROGRAM
Kem Hafazan Remaja,
Masjid asy-Syakirin, KLCC Klinik Hafazan Al-Quran,
Seminar Keibubapaan
Qiamullail Merdeka,
Program Smart Solat
Imam Muda Qaryah.
Ihya' Ramadhan,

Analisis:

Masjid As-Syakirin, KLCC dilihat sebagai masjid yang berpotensi besar dalam menarik
para remaja berbanding masjid-masjid lain kerana lokasinya yang begitu strategik di
tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Antara aktiviti dan latihan yang telah dijalankan
seperti Klinik Hafazan pada setiap kali cuti sekolah, Program Sambutan Ambang Tahun
Baru secara besar-besaran, Malam Munajat Merdeka, Kem Bina Insan serta mewujudkan
Kelab remaja masjid. Berbanding masjid-masjid yang lain, Masjid As-Syakirin dilihat
lebih banyak menganjurkan program yang mendekatkan remaja dengan al-Quran. Hal ini
kerana menguasai ilmu al-Quran diyakini mampu memberikan pengaruh dan kesan yang
begitu besar dalam proses pembinaan peribadi remaja Muslim yang kamil. Selain itu
setiap program yang dirancang tidak hanya melibatkan hubungan pihak masjid dan
remaja, malah turut melibatkan ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

12
6.1 Pendekatan Masjid dalam Menarik Remaja Mendampingi Masjid

Pendek kata, pihak pentadbiran masjid ini lebih cenderung memanipulasikan kuasa atau
pengaruh serta gemar mengaplikasikan teknologi moden dalam setiap program yang
dilaksanakan. Program-program yang dirancang juga lebih bersifat kontemporari tetapi
masih di dalam batasan syari’at Islam. Kebanyakan program dianjurkan secara besar-
besaran dengan mendapat kerjasama dari pertubuhan-pertubuhan yang berautoriti seperti
Jamaah Islah Malaysia (JIM), ABIM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) dan banyak lagi. Mereka juga menampilkan pendakwah-pendakwah hebat
yang dikenali.

6.2 Kritikan Dan Cadangan Penambahbaikan

Walaupun masjid ini dilihat begitu istimewa dan mudah menarik ramai penyertaan dari
kalangan masyarakat lantaran keunikannya yang tersendiri. Namun, hasil pemerhatian
dan kajian mendapati penglibatan remaja secara umumnya masih kurang dan tidak
mencapai sasaran. Masjid ini sebagaimana masjid Ar-Rahman juga tidak memiliki
qaryahnya sendiri. Jadi peserta bertukar ganti dan datang tidak menentu. Selain itu,
kekurangan tempat parking juga membuatkan kawasan masjid menjadi sesak dan
menyulitkan pergerakkan jemaah. Pengisian program pembangunan fizikal juga dilihat
agak kurang.

Jadi, pihak kakitangan masjid dicadangkan supaya membina hubungan yang baik dengan
para remaja. Pendekatan psikologi perlu diberi keutamaan agar hati remaja terikat dengan
masjid dan tidak sekadar meminati keunikan senibina dan keindahan masjid semata-mata.
Di samping itu, modul-modul pembangunan kemahiran dan fizikal perlu diperbanyakkan
lagi. Keselesaan jemaah juga perlu diberi perhatian serius dengan menampung segala
kelemahan masjid yang sedia ada agar jemaah dapat mengunjungi masjid dengan hati
yang lapang dan senang.

13
7.0 Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan

MASJID AKTIVITI/PROGRAM
Program Smart Solat
Masjid Masjid Al-Rahimah Seminar Keibubapaan
Program Remaja Bijak Jauhi Zina,
Ziarah Hospital
Program Bersama NGO Belia
Program Qurban.
Program Motivasi Remaja
Imam Muda Qaryah

Analisis:

Masjid Al-Rahimah menganjurkan beberapa program atau aktiviti khusus untuk remaja
seperti Kem Praktikal Ibadah (Smart Solat). Program-program untuk remaja di Masjid Ar-
Rahimah didapati bermula dengan memberi penumpuan kepada aspek kekuatan akidah
melalui ibadah seperti Kem Praktikal Solat.

Bersama NGO Jauhi Zina


Komunikasi Belia Matlamat

Perhubungan Memasyarakatkan
Sosial Remaja

Ziarah Hospital
Program Qurban

Rajah iii: Program Pembinaan Potensi Berasaskan Pembangunan Sosial

14
Setelah pembangunan potensi asas, masjid ini turut merangka program susulan iaitu dengan
perlaksanaan pembangunan komunikasi remaja bersama masyarakat dengan menganjurkan
Program bersama NGO belia seperti belia 4B, program bijak jauhi zina yang lebih bersifat
motivasi dan praktikal dan digabung dengan program pengukuhan dengan perlaksanaan
program Qurban dan Ziarah Hospital.

7.1 Pendekatan Pihak Masjid dalam Menarik Minat Remaja

Menurut Imam Utama masjid ini program ini berjaya menarik bilangan kehadiran yang
menggalakkan remaja supaya datang ke masjid kerana kaedah dan pendekatannya aktiviti
ini amat signifikan dan disukai oleh remaja. Sebahagian besar program yang dirangka
seakan-akan memahami jiwa dan kehendak golongan muda.

7.2 Kritikan dan Cadangan Penambahbaikan

Hasil Kajian mendapati, kebanyakan program hanya dihadiri oleh remaja/peserta yang
sama berulang kali. Sebaliknya, sukar dikenalpasti muka-muka baru yang tertarik untuk
menyertai program tersebut.

Justeru, pihak pengurusan masjid disarankan agar memperhebatkan promosi dan berusaha
meningkatkan penyertaan dari kalangan remaja dari semasa ke semasa melalui peningkatan
mutu atau kualiti modul bagi setiap aktiviti. Hal ini akan menjamin kejayaan dan
keberkesanan program pada masa akan datang.

15
8.0 Imam Muda Qaryah 14

Program Imam Muda Qaryah (IMQ) merupakan rentetan dan kemuncak kepada program-
program pembangunan potensi remaja yang telah sedia dijalankan di masjid-masjid. Secara
umumnya, kelima-lima masjid yang dikaji terlibat secara langsung dalam program ini.

Masjid Ar-Rahman sendiri umpamanya, meskipun tidak mempunyai qaryahnya sendiri


namun ia tetap berfungsi mencari dan mengumpulkan para remaja dan belia yang berminat
dari qaryah lain, kemudian menyerahkan urusan seterusnya kepada pihak Jabatan Agama
Wilayah Persekutuan (JAWI). Setelah itu, peserta akan mengikuti beberapa fasa latihan
selama 7 bulan.

Bagi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, para peserta IMQ akan mengikuti 4 kelas yang
meliputi 4 subjek iaitu akidah, ibadah, dakwah dan al-Quran. Para peserta juga ditetapkan
syarat tertentu untuk menyertai program IMQ iaitu telah memiliki pengetahuan asas
berkaitan ilmu agama Islam. Pembahagian kelas kepada peserta adalah mengikut zon
masing-masing, di mana terdapat 6 zon di Wilayah Persekutuan. Di setiap zon pula telah
ditetapkan sebuah masjid sebagai pusat utama pengurusan.

14
Penganjuran Program IMQ oleh pihak JAWI merupakan tindakan proaktif dalam melahirkan imam-imam pelapis
di kalangan generasi muda di samping memaparkan kepada masyarakat berkenaan kepentingan ilmu duniawi dan
ukhrawi serta ilmu-ilmu berkaitan yang wajar dikuasai untuk menjadi seorang imam yang terbaik. Program ini
dijalankan dengan kerjasama MAIWP, pusat-pusat pentadbiran masjid zon, masjid-masjid, surau-surau jumaat dan
surau-surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Penyertaan terbuka kepada warganegara berusia
antara 18 hingga 40 tahun, bermastautin tetap, bekerja atau belajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau
Putrajaya serta mendapat pengesahan daripada Penyelaras Pusat Pentadbiran Zon. Manakala peserta yang
bermastautin di Putrajaya pula boleh mendapat pengesahan daripada Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan
Kariah, Cawangan Putrajaya.Pemilihan peserta dibuat berdasarkan penguasaan ilmu pengetahuan Islam, syariat dan
penampilan asas di samping memenuhi syarat-syarat menyertaan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.Para
peserta terlebih dahulu dikehendaki menjalani sesi latihan di pusat-pusat zon pentadbiran masjid Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Purajaya sebelum terpilih ke peringkat seterusnya bagi merebut gelaran juara Imam
Muda Qaryah. Modul program ini juga tidak melibatkan penyingkiran dan lebih menumpukan kepada sesi
pembelajaran dan latihan. Antara modul pengajaran dan penilaian dari segi teori serta praktikal yang akan
dimuatkan dalam program keagamaan ini ialah kemahiran ilmu akidah, ilmu fekah dan mazhab, ilmu tajwid dan
taranum, penulisan dan penyampaian khutbah. Peserta IMQ juga bakal diuji dan akan diberikan beberapa tugasan
berkaitan oleh tenaga pengajar IMQ termasuk menyampaikan khutbah serta mengimamkan solat jumaat secara
langsung, menguruskan jenazah, mengikuti program dakwah dan sesi kaunseling.

16
Seterusnya Masjid Usamah b. Zaid. Masjid ini merupakan pusat bagi zon 4 untuk program
IMQ dijalankan setiap minggu. Ia juga berperanan melatih 48 orang peserta yang terdiri dari
kelompok remaja sebagai pelapis imam masa hadapan mengikut qaryah masing-masing. Usia
peserta juga terbuka kepada mereka-mereka yang berusia 40 tahun ke bawah. Pada setiap
minggu peserta akan diajar tentang ilmu-ilmu Islam, latihan fizikal serta aktiviti-aktiviti lain
berbentuk outdoor.

Manakala Masjid Asy-Syakirin, imam besarnya sendiri dilantik sebagai pemangku pengerusi
bagi zon 3. Pelbagai latihan diberikan kepada peserta agar dapat menguasai ilmu fardu ain
dan ilmu fardu kifayah di samping melatih mereka supaya mampu menjadi imam bagi
masyarakat.

Bagi Masji ar-Rahimah Kampung Pandan pula, penyertaan bagi Imam muda ini mendapat
sambutan yang amat menggalakkan iaitu seramai 60 peserta menawarkan diri untuk
menyertainya.

Ringkasnya, kesemua masjid tidak ketinggalan dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar
terhadap remaja menerusi program IMQ yang diperkenalkan demi memastikan potensi
mereka sentiasa menyerlah bukan sahaja untuk manfaat diri sendiri bahkan untuk manfaat
masyarakat setempat.

9.0 Kesimpulan:

Hasil kajian mengenai pembinaan potensi remaja melalui institusi masjid dapat
dirumuskan bahawa kelima-lima masjid yang dikaji dikenalpasti telah memainkan
peranan dalam membina dan menyerlahkan potensi remaja. Pelbagai aktiviti yang
dijalankan berbentuk indoor dan outdoor tidak hanya memberi penekanan terhadap aspek
pengukuhan kerohanian bahkan turut menekankan aspek pembangunan kemahiran,
keupayaan diri dan sebagainya. Para remaja turut dilatih dan dibimbing supaya tidak

17
hanya menguasai ilmu secara teori tetapi mempraktikkannya di dalam kehidupan
seharian. Aktiviti-aktiviti pembangunan remaja meliputi syakhsiyyah, akhlak dan ibadah
didapati menjadi keutamaan. Selain aktiviti khusus untuk golongan remaja. Program-
program utama juga dilaksanakan oleh kesemua masjid seperti kuliah agama (Majlis
Ilmu), majlis sambutan hari kebesaran Islam dan sebagainya. Majlis tersebut berjalan
dalam bentuk harian, mingguan, bulanan dan tahunan serta dijalankan secara berkala dan
terkawal mengikut modul-modul yang telah ditetapkan. Pendekatan yang digunakan juga
begitu relevan dan bersifat profesional walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran
dan masalah yang kadangkala akan menganggu kelancaran program. Meskipun kelima-
lima masjid tersebut mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri, namun
tidak dinafikan masing-masing memiliki kekurangan tersendiri pada aspek tertentu. Akan
tetapi kewujudan begitu banyak masjid dipercayai mampu menampung kelompongan
yang ada pada masjid selainnya. Kemampuan masjid kini dalam membina potensi remaja
berada di tahap yang agak memuaskan dan usaha murni pihak masjid selayaknya dipuji.
Namun usaha tersebut masih perlu dipertingkatkan. Hal ini kerana, kebejatan sosial yang
semakin membarah pada hari ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa usaha pihak
bertanggungjawab seperti masjid masih belum mencukupi. Justeru, untuk melihat
generasi pelapis negara pada masa hadapan berpotensi besar dalam memimpin negara,
kita perlu sentiasa menyematkan azam serta tekad, seterusnya merancang tanpa jemu
dalam merangka modul-modul pembangunan remaja yang lebih berkesan. Akhirnya,
kerjasama dari semua pihak sangat penting dalam dalam usaha memperkasakan peranan
masjid terutamanya dalam aspek pembinaan potensi remaja, semua pihak mesti
memainkan peranan dan tanggungjawab. Sokongan penuh dari pihak ibu bapa, remaja
sendiri, dan pihak kerajaan terutamanya tidak kira dalam bentuk material, tenaga dan
sebagainya sangat diperlukan.

18
BIBLIOGRAFI

Abd. Hamid Othman, Islam Hadhari: Kekuatan Masjid dalam Menjana Masyarakat Gemilang,
(2007), Putrajaya : Yayasan Islam Hadhari.

Idris Ahmad, Pengurusan Dakwah Di Kalangan Remaja, Dalam Dakwah Dan Pengurusan Islam
Di Malaysia: Konsep Dan Pelaksanaan, disunting oleh Abdul Ghafar Don, Burhanundin
Abdullah Dan Zulkiple Abd. Ghani, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Ismail Mustari, (2005), Menjadi Belia Cemerlang, Pahang : PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Syamsul Bahri Andi Galigo, (2002), “Membangun Generasi Muda Islam Di Era Globalisasi”,
dalam Isu Dakwah Dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi, Selangor: Fakulti Dakwah Dan
Pengurusan Kolej Universiti Islam Malaysia

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, http://www.jawi.gov.my/, 22 Februari 2011.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, http://www.islam.gov.my/, 19 Februari 2011.

Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya, www.masjidarrahmanum.com, 19 Februari 2011

Masjid Asy-Syakirin, KLCC, http://masjidklcc.com, 10 Februari 2011.

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, http://masjidbangsar.blogspot.com, 13 Februari


2011.

Masjid Usamah b. Zaid, Wangsa Maju, http://masjidusamahbinzaid.blogspot.com/, 17 Februari


2011.

19
Temubual

Amin b. Che Amat, Imam 1 Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan, Temubual pada 25 Februari
2011, pukul 11.00 tengah hari.

Mohd. Akmal Iman b. Abdul Aziz, Imam Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya, Temubual
pada 22 Februari 2011, pukul 2.30 petang.

Ustaz Hj. Hazman b. Hashim, Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Temubual
pada 22 Februari 2011, 5.00 petang.

Ustaz Mohd. Hilmee b. Omar, Imam Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Temubual pada 24 Februari
2011, pukul 2.00 petang.

Ustaz Mursyidi b. Hj. Abdul Hamid, Ketua Imam (JAWI) Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa
Maju, Temubual pada 23 Februari 2011, pukul 10.30 pagi.

20

View publication stats

You might also like