You are on page 1of 18

BON

PELAKSANAAN
By: Pn Hjh Zahurin Husin
Takrif
• Martin mentakrif “BON” sebagai akujanji
bertulis di mana seseorang itu mengikat
dirinya kepada pihak lain untuk melakukan
sesuatu. BON PELAKSANAAN pula ialah satu
bon yang menjamin dengan teguh bagi
pelaksanaan sesuatu kontrak, dan
biasanya termasuk juga tempoh
menanggung kecacatan
Takrif
• Victor mentakrifkan BON
PELAKSANAAN sebagai akujanji
untuk membayar apabila kontraktor
gagal melaksanakan kerja, iaitu akujanji
untuk membayar amaun yang
dinyatakan kecualilah pelaksanaan
tercapai, dan ia berkaitan masa dan
harga.
• Bon pelaksanaan diberikan sama ada oleh
bank atau syarikat insurans
Pengenalan
Bon Pelaksanaan adalah merupakan
suatu aku janji tidak bersyarat
(unconditional undertaking) oleh sesuatu
institusi kewangan yang dibenarkan oleh
Perbendaharaan untuk membayar kepada
Kerajaan satu amaun tertentu atas
tuntutan sekiranya kontraktor
tidak/gagal mematuhi dan melaksanakan
obligasinya di bawah kontrak.
Pengenalan
• Bon Pelaksanaan ialah satu
bentuk jaminan yang wajib dan
perlu disediakan oleh pihak
kontraktor yang telah
disetujuterima oleh pihak klien
iaitu pihak kerajaan sebelum ia
memulakan kerja di tapak
Pengenalan
• Bagi kontrak antarabangsa bon
pelaksanaan adalah dalam bentuk
Jaminan Bank dalam matawang yang
ditetapkan bagi harga Kontrak
daripada bank yang berlesen di
bawah Akta Bank dan Institusi
Kewangan 1989 yang beroperasi di
Malaysia.
Pengenalan
• Bon Pelaksanaan hendaklah dikenakan
bagi perolehan bekalan, perkhidmatan
dan kerja yang bernilai melebihi
RM200,000 mengikut peraturan yang
berkuat kuasa. Bagi perolehan yang
bernilai sehingga RM200,000 Bon
Pelaksanaan adalah dikecualikan.
Pengenalan
• Sekiranya kontraktor tidak
mengemukakan bon pelaksanaan bagi
kontrak kerja, kaedah Wang Jaminan
Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna
pakai seperti mana ditetapkan dalam
peraturan mengenai tatacara
pengurusan tender yang berkuat
kuasa.
Pengiraan
• Bagi kontrak kerja yang MELEBIHI
RM200,000 bon pelaksanaan ialah 5%
daripada jumlah harga kontrak.
• Bon pelaksanaan TIDAK dikenakan untuk
apa-apa kontrak di bawah RM200,000.
• Contoh pengiraan adalah seperti berikut:
Jenis Bon Pelaksanaan
• Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam
Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-
institusi kewangan yang dibenarkan oleh
Perbendaharaan sama ada dalam bentuk:
a) Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang
dikeluarkan oleh bank-bank/ syarikat kewangan
berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi
Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia;
atau
b) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh
syarikat-syarikat insurans yang berlesen di
bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di
Malaysia; atau
Jenis Bon Pelaksanaan
c) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat
Takaful yanberdaftar di bawah Akta Takaful 984
yang beroperasi di Malaysia; atau
d) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank
Pembangunan M alaysia Berha (BPMB) Bank
Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME
Bank); atau
e) Wang Jaminan Pelaksanaan (untuk perolehan
kerja sahaja).
Jenis Bon Pelaksanaan
• Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) pula
ialah satu kaedah alternatif penyediaan
bon pelaksanaan sekiranya kontraktor
gagal atau tidak dapat mengemukakan
bon dalam bentuk jaminan bank.
• Cara pelaksanaan kaedah ini ialah melalui
pemotongan bayaran interim sebanyak
10% sehingga ia mencapai nilai 5%
daripada harga kontrak.
Tempoh Sah Laku Bon
Pelaksanaan
• Sah laku bon pelaksanaan bagi KONTRAK
KERJA ialah:
Tempoh kerja membina +
tempoh tanggungan
kecacatan.
Pelepasan Bon Pelaksanaan
• Bon Pelaksanaan ini hanya boleh dituntut oleh pihak
kontraktor apabila Sijil Perakuan Siap Kerja
(CPC) dikeluarkan oleh pihak klien.

• Walaubagaimanapun nilai yang boleh dituntut hanya


adalah separuh atau 2.5% dari nilai 5%.

• Manakala baki 2.5% nilai bon pelaksanaan hanya


boleh dituntut oleh kontraktor selepas
pengeluaran Sijil Siap Memperbaiki
Kecacatan (CMGD).
Pelepasan Bon Pelaksanaan
• Sekiranya pada tempoh Sijil Perakuan Siap
Kerja (CPC) dikeluarkan oleh pihak klien
dan didapati pihak kontraktor
mengemukakan bon pelaksanaan melalui
Jaminan Bank, Ia perlu mengemukakan
jaminan bank baru yang bernilai 2.5% dari
harga kontrak yang merangkumi dari
Tempoh Siap Kerja sehingga Tempoh
Kecacatan (DLP) berakhir.
Pelepasan Bon Pelaksanaan
• Setelah PERAKUAN SIAP KERJA DIKELUARKAN, P.P. boleh
MELEPASKAN 50% daripada nilai Jaminan Bank/Syarikat
Kewangan atau Wang Jaminan Perlaksanaan.

• Baki (50%) akan dilepaskan setelah PERAKUAN SIAP


MEMBAIKI KECACATAN dikeluarkan

• Bagi pelepasan, P.P hendaklan menyediakan surat kepada


PENJAMIN (Bank/Syarikat Kewangan) yang menyatakan
tujuan berkenaan.

• Kontraktor harus menggantikan Jaminan asal dengan Jaminan


baru yang bersamaan dengan 50% daripada Jaminan asal
sebelum Jabatan memulangkan jaminan asas.
Pelepasan Bon Pelaksanaan
• Tuntutan pelepasan Bon Pelaksanaan
oleh pihak kontraktor telah
dibenarkan oleh pihak kerajaan
melalui pengeluaran Surat Pekeliling
Perbendaharaan (SPP) No. 5 Tahun
2007

http://www.treasury.gov.my/pekeliling/s
pp/spp052007.pdf
Thank You

You might also like