You are on page 1of 1

Ruj.

kami : SMKSA 800-15/3(01)


Tarikh : 11 September 2017

Kepada :

Ketua Balai
Ibu Pejabat Polis
Daerah Gua Musang
18300 Gua Musang
(u.p: Insp. Khadijah Binti Othman)

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM BINA INSAN MURID SEKOLAH


MENENGAH 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan Kaunseling SMK Sungai Asap dengan
kerjasama Unit HEM PPD Gua Musang akan mengadakan Program Bina Insan Murid. Sasaran
murid ialah pelajar tingkatan dua dan empat yang mempunyai masalah disiplin dan ponteng
sekolah. Program akan dilaksanakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 20 September 2017


Hari : Rabu
Masa : 11.00 – 12.30 pagi
Tempat : Dewan Budiman SMK Sungai Asap

03. Oleh itu, dengan sukacitanya pihak kami menjemput pihak tuan untuk turut serta
bersama kami bagi menjayakan program tersebut sebagai penceramah kepada murid yang
terlibat dalam program tersebut di bawah tajuk Jenayah Dan Buli Dalam Kalangan Murid
Sekolah
04. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(MOHD SHAHROM BIN AB RAHMAN)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Sungai Asap
b.p. Pengetua

s.k Fail Sekolah

You might also like