You are on page 1of 4

🩸Gunakan masa yang ada sehabis baik (3-5 minit) !

🧬Perkara yang perlu ditekankan:


💊 Bertatasusila:
•Masuk bilik beri salam
•Sebelum duduk / masuk, minta izin pentaksir.
•Tunjukkan memek muka yang berkeyakinan dan semangat. Biasakan senyum.
•Untuk soalan 3 dan 4, sebelum memberikan isi boleh praktikkan cakap "terima
kasih atas soalan yang diberikan".
•Terima kasih selepas habis ditaksir.
•Minta ulang soalan jika kurang jelas dengan sopan, "cikgu, boleh ulang soalan
yang diberikan tadi semula?"
•Jika tersasul penggunaan bahasa inggeris, cakaplah "Maafkan saya" dan
teruskan hujah/idea/bacaan petikan.

💊Ingat, bacaan petikan yang baik adalah secara mekanis:


•Bacaan baku (Jika bermasalah, teruskan bacaan tanpa baku)
•Kepantasan yang wajar (jumpa koma berhenti, jika ada ayat tanya/ayat suruhan
baca dengan nada yang betul)
•Kelantangan suara yang jelas ( sebutan huruf vokal / konsonan mesti tepat )

💊Semasa didalam bilik menunggu, petikan akan diberi. •Analisis petikan


dengan mencari PuKeLangC
(Maksud/Punca/Kesan/Kekangan/Kebaikan/Langkah/Contoh/Ciri/Peranan). Ini
akan menjimatkan masa anda dengan dapat meramal soalan yang diberikan.
•Cuba sebut perkataan dengan betul terutama perkataan yang jarang
didengar/istilah sains dan sebagainya.
💊Jawapan soalan No.1 dan No.2 ada didalam petikan. Berikan semua isi yang
ada berdasarkan soalan (biasanya 2-3 isi). Gunakan penanda wacana sebelum
ke isi-isi lain.

💊Beri jawapan dengan mengulang kepala soalan. Contohnya: "Antara punca


penyebaran wabak Covid-19 termasuklah.."

💊Untuk soalan 3 dan 4, jangan ambil masa lama untuk berfikir. Lebih kurang 10
saat, kemudian terus berikan hujah. Untuk 1 minit, sesuai berikan 2 isi, 2
huraian, 2 contoh, ungkapan menarik, kesimpulan.

💊Set masa dengan betul. Jangan terlebih daripada masa yang diperuntukkan.
Kawal percakapan, jangan terlalu lama menjawab sesuatu soalan.
YAKIN KITA BOLEH☁

Keyakinan itu sangatlah penting. Cuba sedaya upaya untuk relaxkan diri. Awak
boleh selawat,baca surah al-insyirah, buat teknik pernafasan dan sebagainya
untuk tidak neves. Jangan risau ujian bertutur ni sangtlah senang, bukannya
sesusah yang disangka. Insha allah kita semua boleh!!!!!! Usaha dahulu
kemudian kita tawakal je

⚒Ujian Bertutur Berkumpulan SPM

🩸PASTIKAN ADA KESINAMBUNGAN ANTARA KAWAN!

🧬Contoh ayat sebelum memulakan isi:

🔮 Saya bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh__.


🔮 Saya amat memahami konteks/idea yang disampaikan oleh__. Pada
perspektif saya pula,_.
🔮 Tidak dapat dinafikan lagi, apa yang disampaikan oleh __ ada betulnya. Saya
juga
🔮 percaya bahawa_.
🔮 Saya bersetuju dengan cetusan idea daripada __. Pada hemat saya pula,_.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, saya percaya apa yang
disampaikan oleh _ juga merupakan (langkah/punca/contoh) (tajuk). Selain itu, _.

Salam dan Selamat Sejahtera.

Ingatan dan tips untuk UJIAN BERTUTUR.

TAKSIRAN INDIVIDU

1. BACA SECARA SENYAP DI BILIK MENUNGGU.PRAKTIS BACAAN DENGAN


SEBUTAN,INTONASI DAN NADA YANG BAIK.

2. GUNAKAN MASA 3 MINIT YANG DIBERIKAN UNTUK ANALISIS MAKLUMAT


YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.

3. BACA SECARA MEKANIS (KUAT) DI HADAPAN PENTAKSIR DENGAN


SEBUTAN, NADA DAN INTONASI YANG BAIK. (Rujuk contoh video)
4. INGAT: SOALAN 1 DAN SOALAN 2 JAWAPAN DALAM BAHAN
RANGSANGAN. BOLEH RUJUK PETIKAN DAN JAWAB SOALAN
BERDASARKAN MAKLUMAT DALAM PETIKAN (BAHAN RANSANGAN).

5. SOALAN 3 DAN 4.JAWAPAN KBAT (pendapat sendiri).Sebaiknya,kena


huraikan beserta contoh.

6. Pastikan tatabahasa dan kosa kata betul, sebutan, intonasi dan nada
baik,idea bermakna dan kefasihan da kepetahan..Elakkan tersekat2 sgt, senyap
yang lama dan banyak campur aduk bahasa

TAKSIRAN KUMPULAN

1. BINCANG AGIHAN DAN FIKIR IDEA YANG NAK CAKAP SEMASA SESI
PERBINCANGAN 10 MINIT DI BILIK KUARANTIN.

2. PUSINGAN PERTAMA, SEMUA KENA BERCAKAP MENGIKUT GILIRAN.


PUSINGAN KEDUA BEBAS SESIAPA INGIN MENCELAH.

3. CUBA CAKAP DALAM 3 MINIT SEORANG. AKTIF SEMASA PEEBINCANGAN


DENGAN MENCELAH, TUNJUK KEYAKINAN..GUNAKAN BAHASA
BERTATASUSILA KETIKA INGIN MENCELAH

Taksiran individu (3 - 5 minit ) pastikan dapat membaca dan menjawab 4 soalan


dalam tempoh ditetapkan.jangan ambil masa terlalu lama ketika memikirkan
jawapan sehingga melebihi 5 minit. Sekiranya dah jawab semua soalan dan
masa masih ada, boleh tambah baik jawapan selagi masa masih ada jika perlu.

Taksiran kumpulan kena buat antara 12 hingga 15 minit..paling tak cukup pon
10 minit klau dah tak ada idea sngat

Cuma, untuk taksiran kumpulan...contoh video hanya 6 minit sahaja..jadi,setiap


calon semasa pusingan pertama perlu bercakap lebih lama dan begitu juga
dengan pusingan kedua serta aktif mencelah pada pusingan kedua..Setiap
calon cuba cakap sekurang- kurangya 3 minit dengan baik.
PERKARA YANG TIDAK DIGALAKKAN / PERLU DIELAKKAN SEMASA UJIAN
BERTUTUR SPM 2021‼
🔺Elakkan membentuk sesi perdebatan
>Elakkan sesi bantah membantah seperti dalam perdebatan

🔺Elakkan membuat ujian secara forum


>Elakkan membuat ujian bertutur secara forum pada pusingan pertama dimana
semua orang perlu memberikan isi masing masing. Sesi forum boleh dibuat
pada 2nd round jika semua calon sudah memberikan hujah masing masing,
dimana sesi mencelah dibenarkan.

🔺Jangan terlalu dominan


Jangan mengambil masa terlalu lama untuk bercakap. Beri peluang dan bahagi
masa dengan baik untuk rakan lain.

🔺Jangan melebihi / kurang daripada masa yang diperuntukkan

🔺Jangan guna perkataan Bahasa Inggeris


> Jika tersasul, ucapkan "maafkan saya" dan teruskan ayat.

🔺Jangan ambil lebih banyak isi


>Bahagikan isi dan pihak mana yang ingin dibincangkan sebelum sesi ujian
bermula. Jangan ambil terlalu banyak isi agar kawan lain ada isi yang boleh
mereka ketengahkan

🔺Jangan bawa peralatan/buku nota dalam bilik ujian

🔺Elakkan sesi mencelah semasa pusingan pertama

🔺Gunakan bahasa yang bertatasusila jika ingin mencelah pada pusingan kedua
>Izinkan saya mencelah
>Izinkan saya menambah serba sedikit berkenaan isu sebentar tadi
>Pada pandangan dan perspektif lain saya pula

🔺Jika kawan terdiam, sebagai penggalak elakkan bertanya soalan, ini boleh
mengakibatkan kawan lebih cemas atau blank. Sebaliknya, berkongsi isi anda.
>Saya percaya bahawa meluahkan masalah antara langkah mengurangkan
stress. Adakah kamu bersetuju dengan saya?✅
>Pada pendapat kamu, apa pula langkah kendiri untuk kita mengurangkan stres

You might also like