You are on page 1of 14

KERTAS KERJA

CADANGAN PEMBINAAN
DEWAN SEKOLAH

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU


SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK KELANA
JALAN PAHANG 35000 TAPAH,PERAK.

Tel: 05 4011441
Kod Sekolah: ABB 0046

1
1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana Tapah merupakan antara sekolah yang tertua di
daerah Batang Padang. Ianya terletak di pinggir bandar Tapah iaitu kira-kira 5 km dari
pekan Tapah. SK Datuk Kelana telah dibangunkan pada 1.1.1971 (51 tahun)

Setelah dirasmikan pada tahun 1971, sekolah ini masih tidak memiliki dewan terbuka
yang sesuai untuk mengadakan aktiviti pdpc luar bilik darjah selain aktiviti
kokurikulum yang sesuai terutamanya yang melibatkan permainan seperti badminton,
sepak takraw, unit beruniform dan latihan persembahan berkumpulan yang lain.

ENROLMEN MURID SK DATUK KELANA 2018 – 2022


TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
2018 257 239 496
2019 261 239 500
2020 258 267 525
2021 270 262 532
2022 273 249 522
JUM. 1319 1256 2575
KESELURUHAN

2.0 RASIONAL

Maka memandang beberapa sekolah berhampiran sudah mempunyai dewan terbuka,


makan layaklah bagi SK Datuk Kelana mempunyai kemudahan yang sama, malah
sekolah yang sudah mencapai usia 51 tahun.

2
3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyediakan tempat berhimpun yang lebih selesa, kondusif, selamat dan lengkap
untuk murid-murid dan guru-guru.
3.2 Segala kemudahan dan prasarana yang dicadangkan adalah satu keperluan
mustahak mendesak memandangkan ada kawasan yang boleh dipertimbangkan
untuk membinanya.
3.3 Menyediakan tempat untuk mesyuarat atau berhimpun yang jauh lebih selesa
daripada sekarang kepada komuniti guru dan masyarakat setempat.
3.4 Menyediakan satu tempat yang selesa bagi menghimpunkan warga sekolah untuk
menjalankan pelbagai aktiviti seperti menjalankan pdpc luar bilik darjah, hari
kecemerlangan murid, mesyuarat dan sebagainya.

4.0 AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DEWAN

PENASIHAT
Hajah Roslina Bt Abd Rani
(Guru Besar)

PENGERUSI
Mohd Khairuddin bin Awang Mat
Pengerusi PIBG SK Datuk Kelana)

SETIAUSAHA 1
Shahrul Fadly Bin Jamari

SETIAUSAHA 2
Nik Ahmad Haziki Bin Nik Saleh

3
5.0 TAPAK CADANGAN

Tapak dewan baharu satu tingkat yang dicadangkan ini terletak bersebelahan banguna
A sekolah yang terhad dianggarkan seluas 6592 kaki persegi. Kedudukan dewan baharu
ini sangat strategik kerana terletak berhampiran dengan pagar utama sekolah ( Lihat
Lampiran ).

6.0 KOMPENAN PROJEK

BIL BRIF PROJEK UNIT UKURAN


1 Keluasan bumbung 1 buah 103 kaki x 64 kaki
2 Kipas angin 16 buah
3 Lampu 16 buah

7.0 CADANGAN

Memohon kelulusan dan peruntukan pembinaan dewan terbuka daripada Yang


Berhormat Datuk Seri Saravanan Murugan, Ahli parlimen Tapah

8.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKAKAN DARIPADA PROJEK


8.1 Dewan terbuka ini akan memberikan banyak keselesaan dan sangat kondusif
terutama kepada guru dan murid semasa menjalankan program perhimpunan
mingguan dan aktiviti kokurikulum serta koakademik walaupun Ketika hari hujan.
8.2 Mengelakkan murid terdedah kepada cuaca panas keterlaluan terutamanya semasa
aktiviti kokurikulum waktu petang.
8.3 Pembaziran masa dan tenaga yang digunakan semasa berkongsi guna dengan kantin
akan cepat diselesaikan.

4
9.0 KEDUDUKAN TAPAK CADANGAN DEWAN TERBUKA

5
6
GERAN TANAH SEKOLAH

7
Disediakan oleh,

……………………………………….
(NIK AHMAD HAZIKI BIN NIK SALEH)
Setiausaha Projek Pembinaan Dewan Terbuka SKDK

Disokong oleh,

………………………………………………….
(MOHD KHAIRUDDIN BIN AWANG MAT)
Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

Disahkan oleh,

……………………………………………….
(HAJAH ROSLINA BT ABD RANI)
Guru Besar.

8
LAMPIRAN

Program Bacaan Yassin setiap pagi Jumaat yang diajalankan ditapak perhimpunan.

Waktu solat ketika Program Perkhemahan Tahap 2.

9
Surau sementara yang boleh memuatkan hanya 35 murid sahaja dari 487 murid

Tempat perhimpunan tanpa dewan

10
Tempat perhimpunan tanpa dewan

Tempat perhimpunan tanpa dewan

11
Aktiviti Pendidikan Jasmani di tempat terbuka kerana kekangan tempat

Aktiviti Pendidikan Jasmani di tempat terbuka kerana kekangan tempat

12
Aktiviti Pendidikan Jasmani di tempat terbuka kerana kekangan tempat

Aktiviti Pendidikan Jasmani di tempat terbuka kerana kekangan tempat

13
PDPC di tepi kaki lima secara kumpulan kecil kerana tempat yang terhad

Perhimpunan mingguan dalam keadaan panas kerana tiada tempat berbumbung

14

You might also like