You are on page 1of 21

BACHELOR INFORMATION TECHNOLOGY (BIT)

JANUARI / 2023

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

NO. MATRIKULASI : 920713135047001


NO. KAD PENGENALAN : 920713135047
NO. TELEFON : 0168140896
E-MEL : hafizuddinhussin@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Kota Kinabalu Learning Centre
PENGENALAN

Rasuah adalah satu jenayah yang mudah menular ke dalam sistem kehidupan
masyarakat sehingga boleh membinasakan sesebuah kerajaan, negara mahupun tamadun
misalnya Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming dan sebagainya yang tidak
terurus pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya terpaksa
mengamalkan rasuah sehingga akhimya hancur. Demikian juga dengan kisah kejatuhan
Kerajaan Melayu Melaka akibat berlakunya amalan rasuah di kalangan raja dan
pembesamya. Nasionalis Chiang Kai Shek di China, Richard Nixon di Amerika, Marcos
di Filipina dan akhimya Presiden Mobuto di Zaire yang juga tumbang kerana gejala yang
sama sebagaimana dikatakan:

"In December 1997, it was reported that a Dutch team of archaeologists found at Rakka
in Syria about 1 SO cuneiform inscriptions which indicate that the site contained an
administrative centre of the Assyrian civilization dating from the 1 jh century BC. A
special archive was found, perhaps from the equivalent of a modern 'Ministery of the
Interior', with data about employees accepting bribes, including the names of senior
officials and the name of an Assyrian Princess." (Quoted in European Parliament
Working Paper, "Measure To Prevent Corruption in EU Member States, March 1998);
dan juga
"Corruption is not a new phenomenon. Two thousand years ago, Kautllya, the Prime
Minister of an Indian Kingdom, had already written a book, Arthashastra, discussing it.
Seven centuries ago, Dante placed bribers in the deepest parts of Hell, reflecting the
medieval distaste for com1pt behavior. Shakespeare also gave corruption a prominent
role in some of his plays and the American Constitution made bribery and treason the
two explicitly mentioned crimes that could justify the impeachment of a U.S. President."
(Vito Tanzi 1998)
U Myint (2000) pula menyatakan bahawa; " .. corruption is universal, allegations and
charges of corruption now play a more central role in politics than at any other time, and
corruption can be a major obstacle in the process of economic development and in
modernizing a country."

1
Bagi kalangan yang biasa mendapat dan memberi ganjaran, mereka akan cuba
membuat pelbagai takrifan terhadap apa yang dilakukan. Bagi yang memberi, ia
dipandang sebagai satu insentif untuk menjamin segala urusan pemiagaan dapat
dibereskan segera. Bagi yang menerimanya, mereka mendakwa ia sebagai sagu hati atau
satu bentuk pemberian ikhlas terhadap segala bantuan serta budi yang mereka hulurkan.
Namun apa pun tafsiran terhadap rundingan dan pakatan ini, daripada aspek moralnya,
kedua-dua pihak melakukan kesalahan sekalipun projek yang bakal dijalankan itu
memberi manfaat kepada rakyat dan cepat disiapkan. Jika kita tidak berhati-hati,
kemungkinan penyakit inl akan merebak dan sukar dibendung. Mereka yang terbabit
juga tidak akan bertlndak adil malah cuba menutup peluang orang lain yang gagal
memberikan jamlnan habuan tlnggi. Jika projek itu memerlukan prosedur kelulusan dari
satu jabatan ke satu jabatan, sl penerima terpaksa mengheret ramai lagl rakannya untuk
membantu mempercepatkan proses kelulusan itu. Akhimya ramai yang akan terjebak
menerima rasuah. Jika keadaan sebegini terus berlaku, maka banyaklah projek
kepentingan rakyat terabai dan tidak dllaksanakan sebaik mungkin. Justeru itu, pegawal
kerajaan sepatutnya bertanggungjawab, amanah dan jujur dalam menjayakan
pembangunan negara. Adalah sesuatu yang memalukan malah menjatuhkan lmej kerajaan
jlka ada di kalangan mereka yang meluluskan projek perumahan misalnya, mesklpun
ditolak oleh kerajaan, semata-mata ada perkiraan habuan dengan pemaju. Waiau
bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia, kita yakin bahawa kakitangan kerajaan di negara
ini adalah lebih profesional dan sistematik berbanding dengan di negara membangun
yang lain. Abdul Samat Kasah (2002) pula menyatakan bahawa, Malaysia juga tidak
terkecuali daripada menghadapi bahaya ancaman rasuah. Malahan jika diimbas kembali
sejarah, terdapat beberapa kes rasuah yang melibatkan golongan pemimpin politik yang
telah mencemarkan karier politik mereka. Antara kes-kes yang menjadi ingatan ialah kes
yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Dato Haji Abdul Ghani Ishak (1974); bekas
Menteri Besar Selangor, Dato Haji Harun Idris (1976); bekas Menteri Kewangan Sabah,
Datuk Dzulkifli Abdul Hamid (1976); bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Dato
Tan Cheng Swee (1976); bekas Exco Kanan Kedah, Dato' Hajl Mohd Muslim Othman
(1982); bekas Senator Ariffin Sallah (1984); bekas Ketua Menter! Sabah, Datuk Joseph
Pairin Kitingan(1992): bekas Timbalan Perdana Menter! Dato Seri Anwar Ibrahim (1999)

2
serta beberapa kes lagl yang masih di dalam perbicaraan. Dalam kajian tahunan yang
dljalankan oleh Transparency International, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang
beribupejabat di Berlin menyatakan bahawa, dalam kajian tahunan Coffuption Perception
Index yang dljalankan pada tahun 1999, Malaysia telah jatuh dari tangga ke 32 dart 99
negara berbanding dengan kedudukan di tangga ke 29 di kalangan 85 negara yang dikaji
pada tahun 1998. Keadaan ini sedikit sebanyak memblmbangkan kerana ini adalah
merupakan perkembangan yang tidak sihat (Abdul Samat Kasah 2002). Oleh kerana
keadaan yang memblmbangkan inilah, make ancaman rasuah bukan lagi merupakan
masalah beraslngan yang dihadapl oleh sesebuah negara, tetapi lebih merupakan masalah
global dan menjadl salah satu agenda perbincangan di Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu. Semasa di "Ninth Unfted Nations Congress On Prevention of Crime and
Treatment of Offenders" yang berlangsung di Kaherah, Mesir dari 28 April hingga 8 Mei
1995, kongres telah berpendapat bahawa:

" .. . All speakers agreed on the seriousness of the problems posed by corruption, which
endangered the stability and security of societies, undermined the values of democracy
and morality, jeopardized social, economic and political development, and threatened
peace .. .it was also suggested that the United Nation should designate an international
year to the fight against corruption, a scourge that consumes the body and the soul of all
people of the world."

Sumber : www.bernama.com

3
MAKSUD RASUAH

Revrisond Baswir (2002) menyatakan bahawa, rasuah atau korupsi dapat


didefinisikan dengan berbagai cara. Namun demikian, bila dikaji secara mendalam, akan
segera diketahui bahawa hampir semua definisi korupsi mengandung dua unsur di
dalamnya. Pertama, penyalahgunaan kekuasaan yang melampaui batas kewajaran hukum
oleh para pejabat atau aparatur negara; dan Kedua, mengutamakan kepentlngan peribadi
atau klien di atas kepentingan public oleh para pejabat atau aparatur negara yang
bersangkutan. Dengan kedua-dua unsur tersebut, tidak aneh jika Syed Hussein Alatas
(1999) cenderung menyebut korupsi sebagai suatu tindakan pengkhianatan
(pengengkaran amanah). Tetapi justeru kerana sifat korupsi yang seperti itu, upaya untuk
mendefinisikan korupsi cenderung memiliki masalah pada dirinya sendirinya. Oisedari
atau tidak, upaya untuk mendeflnisikan korupsl hampir selalu terjebak ke dalam dua jenis
standard penllaian yang belum tentu akur satu sama lain, iaitu norma hukum yang berlaku
secara formal dan norma umum yang hidup di tengah-tengah masyarakat. Aklbatnya,
suatu perbuatan yang dikategorikan sebagai korupsi secara hukum, belum tentu
dlkategorikan sebagai perbuatan tercela bila ditinjau darl segi norma umum yang berlaku
di tengahtengah masyarakat. Sebaliknya, suatu perbuatan yang dlkategorikan sebagai
korupsi dalam pandangan norma umum, belum tentu mendapat sanksi yang setimpal
secara hukum. Bertolak dari masalah pendefinisian korupsi atau rasuah yang cukup
rumit tersebut, tanpa sengaja, kita sesungguhnya dipaksa untuk memahami korupsi
sebagai suatu fenomena dinamis yang sangat erat kaitannya dengan pola relasi antara
kekuasaan dan masyarakat yang menjadi konteks berlangsungnya fenomena tersebut.
Artinya, fenomena korupsi hanya dapat difahami secara utuh jika ia dilihat dalam konteks
struktural kejadiannya. Pernyataan ini sama sekali bukan untuk menafikan keberadaan
korupsi sebagai sebuah fenomena kultural, melainkan sekadar sebuah penegasan bahwa
fenomena korupsi juga memiliki dimensi struktural yang sangat panting untuk diselidiki
guna memahami fenomena korupsl secara utuh (Revrisond Baswir 2002).
Vito Tanzi (1998) pula menyatakan bahawa:

4
"The most popular and simplest definition of corruption is that, it Is the abuse of pub/le
power for private benefit. This is the definition used by the World Bank. From this
definition it should not be concluded that corruption cannot exist within private sector
activities. Especially In large private enterprises, corruption clearly does exist, as for
example in procurement or even in hiring. It also exists in private activities regulated by
the government. Sometimes, the abuse of public power is not necessarily for one's private
benefit but for the benefit of one's party, class, tribe, friends, family, and so on. In fact, in
many countries some proceeds of corruption go to finance the activities of the political
parties. Not all acts of corruption result in the payment of bribes. For example, a public
employee who claims to be sick but goes on vacation is abusing his public position for
personal use. Thus, he is engaging in an act of corruption even though no bribe is paid.
The president of a country who has an airport built in his small hometown is also
engaging in an act of corruption that does not involve the payment of a bribe. It is
important to distinguish bribes from gifts. In many Instances, bribes can be disguised as
gifts." Klitgaard (1998) menganggap ,.corruption Is the misuse of office for unofficial
ends." Beliau seterusnya menerangkan bahawa:

"Corruption or 'level of corruption' is widely used in public discourse and usually hold a
twofold common-sense meaning. On one hand it stands for those illegal practices, in
which citizens or organizations bribe officials in charge for awarding permissions,
contracts, or to escape punishment or fines for offenses they committed. Simpler: to
obtain privileges against law or against the rules of some bureaucracy. This is the
narrow definition of corruption. Many scholars argue, however, that corruption is a
broader phenomenon, or rather, a hardly definable set of phenomena, including
achieving several advances through personal networking; paying gratitude money or
giving gifts for usual services, what are already reimbursed from customers. or state
resources."

5
Heidenheimer (1989) menganggap bahawa:

"But there is another problem with the broad definition of corruption because it's largely
depend on culture, historic age, actual social climate and social groups, which activities
can be perceived as corruptive. Whereas the narrow definition can usually be read from
the more or less uniform laws throughout the countries, the definition, and even more the
structure and the patterns of those what we call corruptive activities, are deviating In a
wide and rather undiscovered range.”

Selain itu, perkataan rasuah dlpercayal berasal darl perkataan Arab yang berbunyi "al-
risywah". Dalam AI-Quran, perkataan rasuah dlgolongkan dalam kata umum batil iaitu
mellputi juga perbuatan jenayah lain sepertl merompak, memeras ugut dan menlpu
(www.bpr.gov.my).
Abdul Samat Kasah (2002) memetlk kata-kata P.G Osborne di dalam kamus Concise
Law Dictionary (1994) yang mentakrlfkan "bribery and corruption" sebagai perbuatan
"giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of
such reward." Sementara John B. Saunders pula menjelaskan lagi dalam Mozley and
Whiteley's Law Dictionary dengan memberikan definisi corruption sebagai "the taking or
giving of money for the performance or non-performance of a public duty."

Abdul Halim Ibrahim (1998) telah memetik kata-kata Robertt C. Brooks (1910) dan juga
J. J. Senturia (1975) yang menyatakan bahawa, rasuah boleh didefinisikan sebagai:

"dengan sengaja melakukan kesalahan atau melalaikan tugas yang diketahui sebagai
kewajipan, atau tanpa hak menggunakan kekuasaan dengan tujuan untuk memperolehi
keuntungan yang bersifat peribadi."; dan "penyalahgunaan kuasa yang telah
diamanahkan kepada seseorang untuk kepentingan diri sendiri. Rasuah berlaku apabila
orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat dan diberi
kepercayaan untuk menentukan sesuatu tindakan tetapi telah mengorbankan amalan dan
kepercayaan ini untuk kepentingan diri sendlri."

6
Manakala Goldstein (1975) mentafsirkan rasuah sebagal:

"An act involving the misuses of authority by a law enforcement officer, in manner
designed to produce personal gain for himself or others. It is not limited to monetary gain
and the gain may be in the form of seNlces rended, status, influence, prestige, or future
support for the officer or someone else."

Walau bagaimanapun, dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575), tidak wujud
takrifan atau tafsiran yang khusus mengenal perkataan rasuah. Waiau bagaimanapun,
perbuatan rasuah yang banyak dltltikberatkan ialah "memberl atau menerima apa-apa
suapan" oleh penjawat awam atau orang awam sebagai satu dorongan atau upah untuk
melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada kaitan atau hubungan
dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya. Sementara istilah perbuatan rasuah diberi
secara ringkas maksudnya di bawah seksyen 15(2) Akta tersebut yang berbunyi:
"Seseorang pegawai badan awam hendaklah dianggap, sehingga akhirnya dibuktikan,
telah menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan apabila dia
membuat apa-apa keputusan, atau mengambil apa-apa tindakan, berhubungan dengan
apa-apa perkara yang mengenainya pegawai itu, atau mana-mana saudara atau sekutunya,
mempunyai kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung."

Waiau apapun, rasuah adalah suatu jenayah yang telah berakar umbi dalam sejarah
peradaban manusia. Ada pihak berpendapat bahawa ia adalah satu fenomena yang wujud
dengan kewujudan manusia itu sendiri dan adalah mustahil untuk membasminya secara
total. Pakar sosiologi, De Speville menjelaskan "corruption cannot be eradicated in any
society. It can only be reduced to snd contained at a level where it no longer gnaws at the
heart of the society. It will continue because it is motivated by two fundamental aspects
of human nature, need and greed."

7
SEJARAH DAN AMALAN
           
            Syed Hussein alatas(1995) mengatakan sejarah rasuah boleh dikesan sejak
bermulanya kehidupan bermasyarakat manusia, yakni tatkala organisasi sosial yang
kompleks mulai muncul. Manusia terlibat dalam fenomena rasuah selama beberapa ribu
tahun. Contoh peristiwa sejarah rasuah di empayar romawi ialah Shamash, seorang raja
(sekitar tahun 200 SM) menjatuhkan hukuman kepada seorang hakim yang menerima
wang sogokan. Undang-undang Hammurabi mengenakan hukuman mati kepada beberapa
bentuk rasuah yang dilakukan oleh para pegawai kerajaan.

            Manakala di India, undang-undang manu menetapkan bahawa seorang raja


mestilah tidak serakah, tidak memeras dalam memungut cukai. Syed Hussein
alatas(1995), pendapat para pendata dan pemikir politik india menyatakan bahawa Raja
mestilah melantik pegawai yang jujur untuk memungut cukai. Raja yang menindas
rakyatnya hendaklah dibunuh bersama-sama anggota keluarganya. Para pegawai yang
rasuah, yang menerima wang sogok daripada orang-orang desa hendaklah dibuang negeri
dan hata benda mereka disita.

            Seterusnya, Syed Hussein alatas(1995) menyatakan sejarawan daripada Dinasti


Han, Pan Ku, mencatatkan betapa parahnya keadaan, akibat daripada kekacauan pada
awal bermulanya Dinasti tersebut(206 SM). Ketika itu, terjadinya kekurangan bijirin dan
sayur-sayuran, sehinggakan orang memakan daging manusia. Lebih daripada setengah
bilangan penduduknya mati. Pengasas Dinasti Han mengizinkan rakyat menjual anak-
anak mereka dan berpindah ke daerah-daerah lain untuk mencari makanan. Pada zaman
kerajaan China kuno juga, iaitu contohnya sekitar 178 masihi, para petani dieksploitasi.
Mereka mengalami masalah pengutipa cukai kepala dan levi haram. Peraturan sering
diubah. Rakyat terpaksa menjual segala hasi mereka dengan separuh harga dan ada yang
meminjam dengan kadar 100%.  Ladang dan rumah serta anak cucu dijual untuk
membayar hutang merupakan perkara yang sering berlaku.

8
            Kemudian, antara gambaran rasuah di Delhi, Ibu Kota India ialah di setiap Kolej
Universiti Delhi, dianggarkan seramai 20% yang diterima menggunakan sijil-sijil yang
palsu. Anak-anak daripada kelluarga yang berpengaruh dan pemimpin pelajar yang gagal
termasuk dalam senarai merit mendapat sijil yang dicop oleh seorang kaunselor bahawa
dia tergolong dalam kasta khas. Sijil keterangan ini didaftarkan di perjabat Timbalan
Pesuruhjaya dengan membayar wang sogok kepada kerani yang bertugas. Anak-anak
para pemimpin terkemuka diterima masuk melalui sijil keterangan pasu seperti ini. Bila
mereka kemudiannya ditangkap, fail yang mengandungi sijil-sijil palsu tersebut tidak
dapat dikesan. Penggunaan sijil-sijil palsu, perubahan markah ujian, manipulasi syarat-
syarat kelayakan masuk, berlaku di mana-mana. Hal yang sama turut terjadi di
mahkamah. Menurut anggaran seorang peguam, 95% kakitangan rendah adalah korup.
Salah satu cara menyogok hakim ialah dengan menjual barang-barang mewah dengan
harga yang murah kepadanya.(Syed Hussein alatas,1995).

           
ANALISIS EKONOMI TENTANG PERBUATAN RASUAH

            Kita akan melihat pula analisis ekonomi tentang perbuatan rasuah. Kajian
membuktikan berlaku kesinambungan yang berlaku secara serentak antara rasuah dengan
pertumbuhan ekonomi(Mendez dan Sepulveda,2006).Rasuah juga berkadar songsang
dengan pertumbuhan ekonomi. Toke S. Aidt (2009) mendedahkan hubungan negatif yang
kuat di antara pertumbuhan pembangunan dan juga rasuah. Seterusnya, Mushfiq
Swaleheen (2007) menyatakan simpanan bergantung kepada insentif dan keupayaan
untuk menyimpan. Kajian perpustakaan membuktikan bahawa kebanyakan penentuan
bagi simpanan adalah berkaitan insiden rasuah. Kajian beliau melihat dengan lebih
mendalam hubungan antara rasuah dengan pelaburan di mana analisis empirik yang
dibuat adalah melangkaui negara. Bukti yang ditunjukkan, secara langsung kadar
simpanan negara kasar berkurangan akibat daripada galakan pelaburan. Kajian turut
mendapati tahap pendapatan, kadar pertumbuhan pendapatan benar per kapita dan nisbah
cukai-KDNK adalah perkara penting yang menunjukkan kesan rasuah kepada simpanan

9
yang ditujukan. Keputusan yang di buat adalah penting di mana tahap rasuah itu
dimasukkan dalam pertimbangan untuk menganalisis hubungan dengan penentunya.

            Bukti yang ditunjukkan dalam kajian beliau mendapati dengan pengurangan cukai
akan meningkatkan kadar simpanan negara kasar sebanyak 6.1%. Menurut Fahim A. Al-
Marhubi (2000) pula, rasuah adalah penyebab kepada kelemahan dalam makroekonomi
seperti kekurangan pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab.
Kajian beliau meluaskan kesan negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang kepada
tingkat inflasi. Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan bukti kajian
menunjukkan bahawa kadar rasuah yang tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi
yang tinggi. Hubungan terbabit begitu kuat dengan memasukkan pembolehubah inflasi
yang lain termasuklah tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilan politik dan juga
bentuk pemboleh ubah lain.

            Dari perspektif dasar, kesan utama bagi kajian beliau ialah pembaharuan institusi
ekonomi dan politik bagi mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan juga
mengurangkan amalan rasuah perlu menjadi agenda bagi setiap pembaharuan dasar.
Kajian daripada Bruce W. Finnie et al (2006), kajian beliau menggunapakai analisis
penjelasan ekonomi dan sosial pada masa sekarang dan masa lepas bagi fenomena
pembangunan. Pemantauan beliau mengenai rasuah dari kalangan negara, pemilikan,
kebebasan dan individualisme dianalisis dan dibincangkan. Interaksi ini membentuk satu
model yang dinamakan triad of strains dengan tiga sudut, iaitu pemilikan tanggungjawab,
penzahiran kebebasan dan kawalan rasuah.

            Semua aktiviti ekonomi bergantung kepada kawalan politik dan sosial. Namun
analisis beliau menunjukkan bahawa kawalan ini selalunya boleh menjadi terlebih
terutamanya kepada negara yang mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang
optimum, perlu ada had bagi kawalan terbabit. Birokrasi yang di dorong oleh
perundangan dan kuasa tanpa batasan berbanding dengan sebab kebiasaannya akan jatuh
kerana kekurangan pertimbangan nilai manusia dan keperluan bagi pemilikan untuk
membantu memastikan tindakan yang rasional.

10
            Pak Hung Mo (2001) menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi
dengan menyediakan penganggar kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan
kepentingannya terhadap saluran perubahan. Kajian rasuah beliau adalah tertumpu ke
atas 54 buah negara yang terdapat dalam Corruption Perception Index (CPI). Dengan
menggunakan penganggar kuasa dua terkecil (OLS), beliau mendapati dengan
peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam
lingkungan 0.72%. Dalam perkataan lain ialah, dengan peningkatan satu unit dalam
indeks persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun
sebanyak 0.545 mata peratus.

           

            Apa yang paling penting dalam saluran yang mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi ialah ketidakstabilan politik, yang mana sebanyak 53% jumlah yang
mempengaruhi dalam pertumbuhan ekonomi. Beliau juga mendapati rasuah boleh
mengurangkan tingkat modal insan dan perkongsian pelaburan persendirian. Paolo Mauro
(1995) pula telah menggunakan data yang mengandungi indeks keberkesanan dan
keluhuran birokrasi yang subjektif untuk menjelaskan bukti empirik kesan rasuah
terhadap pembangunan ekonomi. Analisis kajian beliau meliputi 58 buah negara yang
mana kajian ini mempunyai hubungkait di antara pelaburan dan rasuah. Padanan yang
negatif antara rasuah dengan pelaburan dan pembangunan adalah signifikan dari sudut
ekonomi dan statistik. Walaupun berhadapan dengan data yang terhad, artikel tersebut
menunjukkan secara terperinci hubungan tersebut kuat bagi mengawal penentu piawai
untuk pelaburan dan pertumbuhan. Secara jelasnya, terdapat bukti kesan birokrasi yang
sama penting dalam penentu pelaburan dan pertumbuhan sebagaimana kestabilan politik.

11
ANALISIS PERUNDANGAN TENTANG PERBUATAN RASUAH

            Rasuah merupakan satu perbuatan jenayah mengikut Akta Pencegahan Rasuah
1997. Maka kita akan lihat sedikit tentang analisis perundangan. Berdasarkan kajian
Transparency International, Kajian Global Corruption Barometer 2009, rakyat negara ini
mempunyai persepsi yang buruk terhadap parti politik. Berdasarkan persepsi rakyat
Malaysia, rasuah paling banyak melanda parti politik iaitu 42% diikuti oleh kakitangan
awam 37%. Manakala sektor swasta 12% dan lain-lain 10%. Maka, pihak kerajaan
menguatkuasakan undang-undang politik sedia ada untuk mengubahsuai proses
pembiayaan politik dan meningkatkan ketelusan di mana ahli politik dan parti politik
disyaratkan mendedahkan sumber pembiayaan perbelanjaan mereka kepada agensi yang
bersesuaian. Akta Pertubuhan 1966 dilaksanakan dengan ketat untuk memastikan semua
parti politik mengemukakan laporan kepada Pendaftar Pertubuhan dengan cara yang betul
dan menepati waktu. Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 pula adalah untung menghalang
calon-calon pilihanraya daripada terbabit dalam amalan rasuah dan memastikan integriti
sumber pembiayaan mereka.

            Berkaitan dengan rasuah parti politik lagi, terdapat banyak contoh pegawai yang
berpangkat tinggi dan menteri yang terbabit dalam kes ini, terdapat kekurangan ketelusan
dan liputan terhadap tindakan yang diambil. Berdasarkan kajian Transparency
International, kadar sabitan kesalahan menurut kategori daripada tahun 2005 hingga
2009, jarang berlaku pendakwaan yang berjaya terhadap ahli politik. Contohnya,
daripada 11 kes yang berkaitan parti politik yang didakwa, hanya 9% yang berjaya
disabitkan kesalahan berbanding sektor awam dan swasta di mana daripada 434 kes, 54%
berjaya disabitkan kesalahan.

12
ANALISIS ETIKA TENTANG PERBUATAN RASUAH

        Kini kita akan menyentuh tentang etika. Sudah tentu mereka yang mengamalkan
perbuatan memberi atau menerima rasuah adalah mereka yang tidak beretika. Sebelum
itu apakah kita jelas tentang maksud etika? Maksud bagi tidak beretika ialah tidak
bermoral dan tidak berakhlak. Seseorang pekerja yang mengambil rasuah akan dianggap
tidak bermoral dan tidak berakhlak kerana gagal menjalankan amanah yang telah
diberikan. Perkataan etika merupakan terjemahan daripada perkataan inggeris iaitu ethics.
Manakala ethic merupakan perkataan yang diambil daripada greek iaitu ethos. Menurut
Garner(1986),Ethos membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku
sesuatu golongan. Bauman(1987) pula mengatakan bahawa, etika membawa prinsip-
prinsip moral yang menentukan betul atau salah. Iwabuchi(1990) pula menyatakan etika
sebagai sains sosial dan prinsip-prinsip moral dimana etika berperanan menentukan
tindakan seseorang itu baik ataupun buruk. Akhir sekali, Uthman(1986) menyatakan
bahawa etika itu suatu disiplin ilmu yang mencakupi soal moral, dan tindakan serta
perbuatan manusia yang betul.

            Seseorang yang beretika dianggap sebagai seorang yang tidak bermoral. Maka
apakah makna bagi perkataan moral? Moral merupakan perkataas daripada bahasa greek
iaitu moras yang bermaksud tingkah laku. Moral merupakan kod tingkah laku yang
terdiri  daripada nilai adat dan aspirasi yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap
tingkah laku baik atau jahat. Maksud etika dan moral adalah sama. Menurut Shaw(1991),
etika bersifat teori manakala morak bersifat amalan. Orang yang tak beretika juga
merupakan orang yang tidak berakhlak. Apakah erti akhlak? Akhlak merujuk kepada
pekerti watak, pengetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau buruk(Kamus
Dewan, 1984).

13
Terdapat beberapa teori etika yang digunakan. Yang pertama ialah teori etika menurut al-
Quran. Berdasarkan surah Az Zariat ayat 56 iaitu :

Ayat ini menjelaskan tujuan manusia itu diciptakan, iaitu beribadah kepada Allah s.w.t.
Beribadah membawa maksud hidup sesuai dengan syariat islam yang telah diturunkan
oleh Allah s.w.t kepada kita melalui perantaraan rasul pilihanNya iaitu Nabi Muhammad
s.a.w. Maka mereka yang mengambil pengajaran dari ayat ini, akan hidup dengan baik,
serta mempamerkan akhlak yang mulia. Sudah tentu umat islam yang benar-benar insaf
berkenaan makna ayat ini, tidak akan melakukan perbuatan rasuah. Rasa takut mereka
pada kemurkaan Allah s.w.t sudah cukup sebagai peringatan kepada mereka yang
beriman kepada Allah s.w.t.

            Akhlak, etika dan moral, bagi umat islam, sumber-sumbernya adalah datang
daripada wahyu, serta akhlak yang mulia ini dicerminkan oleh para rasul Allah. Maka
dengan mencontohi akhlak Nabi kita, Muhammad s.a.w,  dan menjadikan akhlak baginda
sebagai rujukan dalam menjalankan pelbagai urusan kehidupan, kita tidak akan terjebak
dengan gejala rasuah, kerana sedar bahawa kedudukan kita adalah hamba yang tujuannya
adalah hidup di dunia ini sesuai dengan kehendak tuannya dan juga penciptanya.

            Teori kedua ialah teori deontologis. Teori ini diasaskan oleh Immanuel
Kant(1804). Teori ini menekankan sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil.
Mengikut teori ini, betul atau salah sesuatu tindakan itu ditentukan oleh pegangan
agamanya. Orang yang berpegang kepada teori ini akan sentiasa berbuat baik. Namun,

14
ada perkara yang boleh kita kupas. Kita janganlah patuh dengan membuta tuli. Lihatlah
apakah jenis arahan yang dikeluarkan. Sekiranya arahan itu berkait dengan skop kerja
kita, maka kita lakukan. Sekiranya arahan yang diberi melibatkan kita melanggar etika
kerja, maka kita janganlah patuh pada arahan tersebut.

            Teori yang ketiga ialah teori kebebasan peribadi, atau nama lainnya Personal
Liberty Theory. Ianya menekankan suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan. Teori ini
menyatakan bahawa segala peraturan yang bercanggah dengan prinsip kebebasannya,
harus ditolak. Seseorang itu juga bebas membuat pililhan untuk mencapai matlamatnya.
Maka dengan berpegang pada teori ini, seseorang yang memberi rasuah boleh
berpandangan  bahawa dirinya bebas memberi atau menerima rasuah, atas alasan iaitu
adalah kebebasan peribadi. Maka teori ini sudah tentu akan merosakkan akhlak dan etika
kita sekiranya berpegang kepada teori ini.

            Teori yang keempat ialah teori teleologis. Pengasasnya ialah Jeremy
Bentham(1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Telos berasal daripada perkataan
yunani yang bermaksud tujuan atau akibat. Maknanya dalam teori ini, sesuatu tindakan
itu dianggap betul sekiranya ia membawa kepada kebaikan. Kebaikan yang dimaksudkan
pula ialah kebaikan yang dapat dinikmati oleh seramai mungkin manusia hasil daripada
tindakan tersebut. Contohya menolak daripada mengambil rasual dianggap sebagai
tindakan yang baik kerana ramai yang akan mendapat manfaat iaitu masyarakat menjadi
baik dengan ketiadaan budaya rasuah. Menerima rasuah dianggap tindakan buruk kerana
iainya boleh menyebabkan sesebuah kerajaan menjadi rosak, korup, kleptokratik dan
sesebuah keadilan tidak dapat ditegakkan.

KESIMPULAN

            Kita dapat lihat bahawa perbuatan rasuah membawa pelbagai mudarat kepada
individu, masyarakat dan negara. Perbuatan rasuah akan muncu dari semasa ke semasa,
namun kita sebagai manusia yang berakal, sudah tentukan mahukan kehidupan yang

15
aman, sejahtera, dan berada di bawa sebuah pemerintahan yang adil. Maka amalan rasuah
ini perlulah dibanteras, bermula daripada diri kita. Apabila kita saling memperingati
tentang keburukan kesan rasuah kepada kestabilan negara dan ekonomi, maka
masyarakat kita akan lebih berhati-hati sebelum menerima atau memberi sebarang
rasuah.

            Hal ini disebabkan kesedaran mereka akan kesan buruk yang bakal menimpa hasil
daripada kegiatan tidak beretikan yang diamalkan. Sebagai seorang umat islam kita harus
sedar bahawa perbuatan rasuah bercanggah dengan ajaran akhlak islam. Dalam teori
teleologis pula menekankan kebaikan yang dinikmati oleh ramai orang. Maka impak
rasuah adalah mudarat kepada ramai orang, bertolak daripada itu, sudah tentu menolak
perbuatan rasuah merupakan suatu kebaikan yang dapat dinikmati oleh ramai orang.
Kekurangan teori kebebasan peribadi pula kelihatannya berupaya membebaskan manusia
daripada etika. Seseorang itu bebas menentukan betul atau salah mengikut kehendaknya.
Rasuah pun boleh dilihat sebagai betul oleh mereka yang berpegang dengan teori ini.
Maka teori ini bukan suatu teori yang boleh diamalkan kerana mempunyai banyak
mudarat sekiranya berpegang kepadanya.

            Oleh disebabkan, sepanjang sejarah manusia, rasuah mula berlaku apabila
masyarakat mula menjadi kompleks, maka saya fikir kita harus lihat dalam aspek berikut,
iaitu sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mengambil rasuah, maka sudah tentu
seseorang itu akan dilabel sebagai seorang yang korup. Maka kita bertanya lagi, apa yang
korup tentang dirinya yang menyebabkan dia menjadi korup? Maka, saya fikir, ianya
adalah tentang kefahamannya tentang betul dan salah, yang hasilnya membawa kepada
berlakunya perbuatan rasuah itu.

            Bila kita sebut tentang kefahaman, ia membawa erti kita sebut tentang ilmu, dan
juga pendidikan. Maka penyelesaian yang mengakar bagi perbuatan rasuah ialah dengan
mendidik seseorang iaitu dengan menjadikan tujuan utama sistem pendidikan negara
ialah untuk menghasilkan manusia yang berakhlak mulia.

16
            Segala analisis yang dilakukan yang menunjukkan rasuah berlaku dalam kalangan
golongan yang berpendidikan, pada hemat saya menunjukkan berlakunya suatu masalah
dalam sistem pendidikan, yang akibatnya terhasil manusia yang kelihatannya terdidik
namun hakikatnya tidak beretika. Maka segala analisa tentang rasuah, memberi kesedaran
tentang perlunya ia diselesaikan atau dikurangkan, dengan pelbagai cara seperti
menangkap dan menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, memberikan kesedaran
tentang impak rasuah kepada individu,masyarakat dan negara, dan akhir sekali
memastikan akan sistem pendidikan  itu bertujuan menghasilkan insan yang berakhlak
mulia,  dengan harapan, walaupun ianya tidak berjaya dibendung, tetapi sekurang-
kurangnya dapat dikurangkan berlakunya gejala rasuah di negara kita.

17
RUJUKAN / REFERENSI

1. Syed Hussein alatas.(2016). Rasuah Sifat, Sebab dan Fungsi.  Kuala Lumpur :  Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2. Sarah Dina Mohd Adnan & Mohd Adib Ismail.(2013). Impak Rasuah Kepada
Pertumbuhan Ekonomi. Dimuat turun pada 6 November 2016 daripada
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_1E4.pdf
3. Saudah Ismail.(2014). Etika dan Rasuah. Dimuat turun pada 5 November 2016
daripada  
http://www.slideshare.net/saudahi1/etika-dan-rasuah
4. OUMM ETIKA PROFESSIONAL (Dr Ho Jo Ann, DR Tee Keng Kok) (EDISI
KEDUA (2021)(CS))

18
BAHAGIAN II

19
20

You might also like