You are on page 1of 87

1

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini menerangkan pengenalan dan latar belakang bagi tajuk serta
penyataan masalah untuk kajian penyelidikan ini. Bab ini juga menerangkan objektif
kajian serta skop yang ditetapkan untuk kajian ini. Selain itu, kaedah kajian serta
peringkat-peringkat kajian yang digunakan oleh penyelidik juga dihuraikan dalam
Bab ini.

1.1 Pengenalan

Kerja merupakan satu aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat untuk


memenuhi keinginan mereka untuk terus hidup. Disebabkan kekurangan sumber
yang ada, konflik dan persaingan di antara sekumpulan masyarakat akan berlaku di
mana masyarakat akan bersaing untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Sesetengah orang berpendapat bahawa kerja itu merupakan satu beban yang
harus ditanggung demi untuk memenuhi keperluan peribadi dan untuk mendapatkan
kehidupan yang lebih baik. Dengan beranggapan sebegini akan menyebabkan
pekerja cepat bosan dan tidak bermotivasi untuk bekerja. Ini secara tidak langsung
akan menjejaskan kecekapan produktiviti pekerja.
2

Oleh itu, kebajikan pekerja diperuntukkan untuk melindungi kepentingan


pekerja-pekerja di samping mendorong pekerja agar lebih bermotivasi. Selain itu,
kebajikan juga berfungsi untuk meningkatkan personaliti setiap pekerja seperti
menjaga kebajikan sosial, psikologi, ekonomi, moral dan memastikan kebudayaan
intelektual yang cemerlang terhadap pekerja. Ini akan membentuk mereka menjadi
pekerja yang baik dan bertanggungjawab terhadap organisasi di samping dapat
meningkatkan produktiviti kerja mereka.

Terdapat satu konsep yang luas mengenai kebajikan iaitu keadaan individu
atau kumpulan yang mempunyai hubungan secara langsung dengan persekitaran,
ekologi, ekonomi dan sosial. Kebajikan pekerja pula merangkumi kebajikan sosial
dan kebajikan ekonomi.

Kebajikan sosial berkaitan dengan individu, keluarga, kumpulan dan


komuniti melalui program yang menawarkan peruntukan sosial, perkhidmatan
peribadi dan tindakan sosial. Kebajikan ekonomi pula adalah satu usaha untuk
menggalakkan pembangunan ekonomi dengan meningkatkan produktiviti
pengeluaran dan melalui pengagihan saksama (Poongavanam, 2011). Justeru,
kebajikan pekerja banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan ekonomi negara.

Para majikan seperti usahawan, ahli perniagaan, pengurus dan semua yang
terlibat secara langsung dalam alam pekerjaan seharusnya memastikan kebajikan
pekerja mereka terpelihara untuk memotivasikan pekerja supaya pekerja mereka
dapat bekerja dengan keadaan yang lebih selesa, produktif dan lebih cekap selaras
dengan matlamat organisasi mereka. (Mahmood Nazar dan Marican, 1996)

Bill Hewlett, Pengasas Bersama, Hewlett-Packard dalam Bruce (2005)


pernah berkata “Lelaki dan wanita ingin membuat kerja yang baik, kerja yang
kreatif, dan jika mereka diberi persekitaran yang sesuai, mereka akan berbuat
demikian’’. Oleh itu, kebajikan pekerja amat penting dalam sesebuah organisasi
3

untuk memastikan keperluan keselesaan pekerja terjaga supaya mereka dapat


membuat kerja dengan lebih baik dan secara tidak langsung dapat mencapai
matlamat organisasi.

1.2 Isu dan Penyataan Masalah

Masalah-masalah yang berlaku dalam industri pembinaan boleh


memudaratkan kesihatan fizikal atau mental professional yang terlibat. Akibatnya
pengaruh negatif berlaku dan seterusnya mengalami masalah tekanan iaitu
tindakbalas seseorang itu melencong daripada keadaan biasa (Holmes dan Rahe,
1967) dan membawa kepada kesan negatif kepada ahli professional.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Wan Ai Fei (2010), terdapat
dua cabaran utama yang dihadapi oleh juruukur bahan yang bekerja di firma ukur
bahan. Cabaran yang utama adalah dalam pemberian ganjaran seperti elaun kerja
lebih masa yang tidak tetap, pemberian bonus, gaji, dan penjagaan kesihatan di
tempat kerja. Cabaran yang kedua adalah tekanan di tempat kerja di mana tekanan
yang dihadapi adalah berpunca daripada bebanan kerja yang banyak dan cara
pengurusan di tempat kerja.

Ketua memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani masalah


ini. Kelemahan dalam memimpin secara tidak langsung menyumbang kepada
berlakunya tekanan kerja. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Van Dierendonck
2004, di dalam Mahmood Nazar dan Marican, (1996) menyatakan bahawa
kepimpinan yang baik adalah dengan meningkatkan kebajikan pekerja.
4

Kebajikan pekerja penting dalam membantu pekerja dalam menyelesaikan


masalah-masalah mereka seperti mengurangkan tekanan di tempat kerja, membantu
pekerja membahagi masa antara kerja dan keluarga serta menunjukkan keprihatinan
dan memberi sokongan kepada pekerja yang mengalami masalah peribadi. (Willey,
Brian 2003)

Petikan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 12 Mei tahun


2012,“Kebajikan Pekerja Dijaga”, berkisarkan tentang matlamat Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperjuangkan agenda kerajaan pada masa kini
untuk memastikan kebajikan pekerja dijaga. Beliau berkata dalam amanatnya
sempena sambutan Hari Pekerja 2012 “kalau kita menjaga kebajikan pekerja,
pekerja akan untung, syarikat untung malah kerajaan juga akan meraih keuntungan.
Namun jika kita menekan kebajikan pekerja, syarikat tidak akan mendapat
keuntungan tambahan, pekerja rugi, syarikat pun rugi dan negara pun rugi”.

Berdasarkan petikan dari Perdana Menteri di atas, kebajikan secara tidak


langsung memberi kepentingan kepada tiga pihak iaitu pekerja, organisasi dan
kerajaan. Oleh itu, pengurus memainkan peranan yang penting untuk membantu
pekerja mengaitkan kebajikan mereka dan kebajikan organisasi. Ini bertujuan untuk
memotivasikan pekerja supaya berusaha kerana ia akan memberi manfaat kepada
pelbagai pihak (Bruce, 2005).

Setiap organisasi menyediakan pelbagai kemudahan dan faedah kepada


pekerja seperti program kesihatan, program keselamatan, program rekreasi dan
banyak lagi. Walaupun ianya penting untuk mengetahui program-program ini
disediakan di dalam organisasi ataupun tidak tetapi apa yang lebih penting adalah
untuk mengetahui persepsi pekerja terhadap kemudahan dan faedah yang disediakan
(Poongavanam 2011 ).
5

Menurut Tan Kwang How (2011), menjaga kebajikan pekerja pada masa lalu
seperti pemberian faedah-faedah kepada pekerja merupakan satu tugas yang mudah
tetapi tidak pada masa sekarang kerana ia merupakan satu tugas yang menggunakan
kos yang banyak. Dalam undang-undang sentiasa meningkatkan jenis dan jumlah
faedah kepada pekerja. Walaubagaimanapun, terdapat satu masalah utama dalam
pengurusan manfaat di mana pekerja tidak menghargai nilai kebajikan yang
disediakan tetapi kos untuk menyediakan kemudahan-kemudahan ini sentiasa
meningkat.

Kesimpulannya, Juruukur bahan yang bekerja di firma ukur bahan banyak


menghadapi masalah pemberian ganjaran yang tidak tetap dan tekanan kerja, oleh
itu, kebajikan pekerja boleh membantu dalam mengurangkan masalah ini.
Walaubagaimanapun, faedah-faedah kebajikan ini dikatakan tidak dihargai oleh
pekerja walaupun telah banyak diperuntukkan dalam undang-undang. Justeru, kajian
ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kepuasan juruukur bahan terhadap
kebajikan yang disediakan sebagai rujukan kepada pengurus bagi membantu dalam
usaha untuk meningkatkan produktiviti pekerjanya dengan memperbaiki kekurangan
yang ada di firma mereka demi menjaga kepentingan pekerja dan organisasi.

1.3 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada pekerja berpuas hati terhadap
faedah-faedah kebajikan yang disediakan justeru objektif bagi penyelidikan ini
adalah:

i) Untuk mengenalpasti tahap kepuasan juruukur bahan terhadap kebajikan


yang disediakan.
6

1.4 Skop Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, skop bagi kajian ini dihadkan dan tertumpu
kepada Juruukur Bahan yang bekerja di sektor swasta Firma Ukur Bahan di seluruh
Malaysia. Kebajikan yang dikaji berdasarkan peruntukan undang-undang dan budi
bicara majikan yang menjaga kepentingan pekerja.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepuasan juruukur bahan


yang bekerja di firma ukur bahan terhadap faedah-faedah kebajikan yang disediakan.
Melalui kajian ini, pelbagai maklumat diperolehi daripada maklum balas daripada
responden yang telah ditentukan melalui kaedah metodologi yang dirancang. Oleh
itu kajian ini dilaksanakan dengan harapan agar kajian ini dapat memberi
kepentingan kepada :

i. Pengurus Organisasi

Sebagai rujukan bagi membantu dalam usaha untuk meningkatkan


produktiviti pekerjanya dengan memperbaiki kekurangan yang ada di
firma mereka demi menjaga kepentingan pekerja dan organisasi.
7

ii. Pengubal Dasar

Sebagai rujukan kepada pengubal dasar untuk mengetahui keberkesanan


peruntukan undang-undang yang disediakan untuk menjaga kepentingan
pekerja dan organisasi.

1.6 Kajian Lepas

Semasa pengumpulan data sekunder, kajian lepas yang bertajuk kebajikan


pekerja di pejabat ukur bahan yang dikaji oleh Wan Maimun Wan Abdullah (1993)
dijadikan rujukan utama. Objektif kajian tersebut adalah untuk mengkaji berbagai
jenis struktur organisasi pejabat Ukur Bahan yang terdapat di Kuala Lumpur, untuk
membentangkan kebajikan serta keadaan kerja yang disediakan dan dipraktikkan
oleh organisasi Ukur Bahan dan mengetahui pandangan pekerja terhadap situasi ini.
Hasil daripada kajian mendapati kepuasan kerja yang rendah, kekurangan daya
motivasi, perhubungan yang tidak memuaskan, konflik dalam organisasi dan kadar
gaji yang berlainan.
8

1.7 Ringkasan Carta Alir Metodologi Kajian

Tajuk Kajian
Kebajikan Pekerja di dalam Firma Ukur Bahan

Kenyataan masalah
Ganjaran seperti elaun kerja lebih masa, pemberian bonus,
gaji, dan penjagaan kesihatan yang tidak tetap

Objektif dan Skop Kajian


Kenalpasti tahap kepuasan juruukur bahan

Kepentingan Kajian
Sebagai rujukan untuk meningkatkan produktiviti pekerja

Pengumpulan Data

Kaedah Kuantitatif

Soal Selidik
Diedarkan kepada seramai 120
Juruukur bahan yang bekerja di
firma ukur bahan

Penyusunan & Analisis Data

Kesimpulan & Cadangan

Rajah 1.1 : Carta Alir Metodologi Kajian


9

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis kepuasan juruukur bahan


terhadap kebajikan yang disediakan di firma ukur bahan. Oleh itu, bab ini akan
menerangkan dengan lebih jelas tentang faedah-faedah kebajikan yang
diperuntukkan demi menjaga kepentingan pekerja.

2.2 Kebajikan pekerja secara am

2.2.1 Pengenalan

Menurut Morales dan Sheafor (2004), terdapat satu konsep yang luas
mengenai kebajikan iaitu keadaan individu atau kumpulan yang mempunyai
10

hubungan secara langsung dengan persekitaran, ekologi, ekonomi dan sosial.


Kebajikan pekerja pula merangkumi kebajikan sosial dan kebajikan ekonomi.

Kebajikan sosial berkaitan dengan individu, keluarga, kumpulan dan


komuniti melalui program yang menawarkan peruntukan sosial, perkhidmatan
peribadi dan tindakan sosial. Kebajikan ekonomi pula adalah satu usaha untuk
menggalakkan pembangunan ekonomi dengan meningkatkan produktiviti
pengeluaran dan melalui pengagihan saksama (Poongavanam 2011). Justeru,
kebajikan pekerja banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan ekonomi negara.

Enid Manford (1970) di dalam Wan Maimun Wan Abdullah (1983)


mengatakan kebajikan pekerja menunjukkan perhubungan dalam pekerjaan sebagai
satu kontrak antara pihak pengurusan dan pekerja-pekerjanya di mana kesediaan
pihak majikan menyediakan satu situasi yang boleh memenuhi keperluan psikologi
individu sebagai pampasan kepada penglibatannya dalam pekerjaan dan sumbangan-
sumbangan yang diberikan kepada organisasi.

Willey, Brian (2003), mentakrifkan kebajikan pekerja sebagai suatu situasi


yang memastikan keselesaan, kesihatan dan keselamatan pekerja. Secara umumnya,
pengurus melihat kebajikan sebagai sesuatu usaha yang dilakukan untuk membantu
pekerja dalam menyelesaikan masalah-masalah mereka seperti mengurangkan
tekanan di tempat kerja, membantu pekerja membahagi masa antara kerja dan
keluarga serta menunjukkan keprihatinan dan memberi sokongan kepada pekerja
yang mengalami masalah peribadi.

Pelbagai pihak mempunyai tanggapan yang berlainan mengenai kebajikan


pekerja. Pekerja akan cenderung melakukan yang lebih baik dan lebih gembira di
tempat kerja mereka jika mereka bekerja dalam persekitaran yang selamat dan sihat.
Peruntukan kebajikan yang mencukupi adalah penting dari segi mematuhi undang-
undang, dan mengekalkan tenaga kerja yang gembira.
11

2.2.2 Ciri-ciri Kebajikan Pekerja

Menurut Abdul Rahim Said dan Mansor Ahmad Saman (1986), ciri-ciri kebajikan
pekerja boleh diringkaskan seperti berikut :

i) Kebajikan pekerja merangkumi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang


disediakan kepada pekerja untuk meningkatkan kecekapan, kesihatan,
kebaikan ekonomi dan status sosial.

ii) Kebajikan merupakan satu faedah tambahan di samping gaji yang tetap dan
lain-lain faedah ekonomi yang disediakan kepada pekerja berdasarkan
peruntukan undang-undang dan budi bicara pengurus.

iii) Skim kebajikan pekerja sentiasa berubah-ubah. Langkah-langkah kebajikan


baru akan ditambah dari semasa ke semasa.

iv) Kebajikan mungkin diperkenalkan oleh majikan, kerajaan, pekerja atau oleh
mana-mana agensi sosial atau kebajikan.

v) Tujuan kebajikan pekerja adalah untuk membawa membangunkan personaliti


semua pekerja supaya membuat tenaga kerja dengan lebih baik.

2.2.3 Kepentingan Kebajikan Pekerja

Menurut Abdul Rahim Said dan Mansor Ahmad Saman (1986), perkhidmatan
kebajikan pekerja merupakan sebarang bantuan dan faedah sampingan yang
diberikan kepada pekerja. Faedah-faedah sampingan untuk pekerja ini merupakan
12

satu tindakan yang sewajarnya diambil oleh organisasi untuk kepentingan


kakitangannya. Walaubagaimanapun, kebanyakan faedah-faedah sampingan ini
telah dimasukkan ke dalam peruntukan undang-undang rasmi seperti masa bekerja
minimum, jumlah cuti minimum pekerja, pembayaran gaji di luar masa bekerja dan
sebagainya.

Walaupun kebajikan pekerja ini melibatkan kos kepada organisasi tetapi ia memberi
kepentingan kepada organisasi melalui tiga sudut :

i) Menjadi penarik kepada pekerja baru untuk bekerja di organisasi dan


mengekalkan kakitangan lama.

ii) Memberi kepuasan dan ransangan kepada kakitangan lama dalam bentuk cuti
bergaji dan sebagainya.

iii) Memberi kestabilan dan kesejahteraan psikologi kepada pekerja dalam


bentuk jaminan keselamatan sosial dan sebagainya.

2.3 Perlindungan Undang-undang Terhadap Pekerja

Dalam usaha untuk mereka bentuk sesuatu pekerjaan yang bertujuan untuk
meningkatkan prestasi pekerja, pihak organisasi perlu berhati-hati agar tidak
melanggar undang-undang buruh atau tahap keselamatan yang ditetapkan dalam
undang-undang. Justeru, sesebuah organisasi yang ingin mereka bentuk semula
pekerjaan perlulah meneliti terlebih dahulu aspek-aspek perundangan agar tidak
melanggar peruntukan undang-undang dan peraturan yang diwujudkan kerajaan.
13

Menurut Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan (2008), secara umumnya,


undang-undang dan dasar kerajaan membolehkan kebajikan pekerja dilindungi
semasa dan selepas tempoh bekerja. Ia juga memastikan tiada pihak yang teraniaya
dalam urusan pampasan dan faedah. Antara undang-undang yang menjaga
kepentingan pekerja adalah :

i) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA)


ii) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
iii) Akta Kerja 1955
iv) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
v) Akta Umur Persaraan Minimum 2012
vi) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

2.3.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari


1994 melindungi pekerja daripada suasana pekerjaan yang tidak selamat dan amalan
kerja yang tidak sihat. Ia juga memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan.
Terma keselamatan adalah ketidakwujudan risiko kepada kecederaan. Kesihatan
pula termasuklah keadaan fizikal, mental dan sosial seseorang yang dalam keadaan
baik dan bukan sekadar dengan ketiadaan penyakit. Seterusnya, terma kebajikan
pekerja pula adalah peruntukan kemudahan-kemudahan asas seperti peti
keselamatan, kantin, kemudahan membasuh dan tandas.
14

Akta ini juga bertujuan untuk melindungi orang lain selain daripada pekerja
yang menghadapi risiko keselamatan dan kesihatan seperti pelanggan, pelawat dan
orang awam. Selain itu, akta ini juga membantu pekerja dalam menyesuaikan
keperluan fisiologi dan psikologi mereka dengan persekitaran kerja. Keperluan
fisiologi adalah kesesuaian persekitaran tempat kerja contohnya penyediaan troli
untuk membawa beban berat, dan pengudaraan yang baik supaya pekerja dapat
bekerja dengan selesa. Keperluan psikologi pekerja pula adalah kesesuaian jumlah
kerja yang diberikan kepada pekerja berdasarkan kemampuan seseorang sebagai
contoh pekerja tidak sepatutnya diberikan kerja yang berlebihan atau terlalu kurang
kerana ia akan menjejaskan produktiviti pekerja.

Selain itu, akta ini juga bertujuan untuk memperuntukkan cara yang menurut
perundangan keselamatan dan kesihatan yang berkaitan boleh digantikan dengan
peraturan dan amalan industri dengan cara bergabung dengan peruntukan Akta ini
yang bermaksud untuk memansuhkan pendekatan tradisi yang ketat dan kurang
fleksibel dengan suatu undang-undang yang fleksibel dan mampu menghadapi
perubahan teknologi yang pesat.

2.3.2 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Akta ini ditubuhkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang


bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada pekerja-pekerja terhadap
kemalangan-kemalangan yang di luar jangkaan seperti kemalangan di organisasi,
keilatan dan kematian. Akta ini melindungi semua pekerja tempatan yang menerima
gaji sehingga RM3000 sebulan di seluruh Malaysia tanpa mengira besar atau kecil
firma tempat bekerja. Manakala, pekerja yang bergaji melebihi RM3000 sebulan
yang belum pernah berdaftar dan mencarum dengan PERKESO diberi pilihan sama
ada bersetuku atau tidak untuk turut di bawah undang-undang ini.
15

Terdapat dua Skim yang diperuntukkan dalam akta ini iaitu Skim Insurans
Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Skim Insurans Bencana Pekerjaan
memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami Bencana Kerja. Manakala,
Skim Pencen Ilat pula merupakan perlindungan kepada pekerja yang sudah tua dan
uzur serta tidak mungkin akan sembuh di mana seseorang pekerja itu tidak mampu
untuk mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan
seseorang pekerja yang normal.

2.3.3 Akta Kerja 1955

Akta ini di gubal pada tahun 1955 dan telah dipinda hampir keseluruhannya
pada tahun 1998. Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan yang melindungi
pekerja dari sebarang penindasan oleh majikan dan meletakkan faedah-faedah
minima yang perlu diberikan pada pekerja yang dilindungi di bawah Akta ini. Akta
ini merupakan undang-undang yang merangkumi perhubungan majikan-pekerja
untuk pekerja yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan dan pindaan
pada tahun 1998 merangkumi pekerja yang bergaji di bawah RM2500.

2.3.4 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

Akta ini mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 kepada seseorang majikan
yang mengambil kira lebih daripada lima orang pekerja. Selain itu, ia berkuatkuasa
kepada seseorang majikan bagi organisasi professional yang dikelaskan di bawah
Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagaimana yang diterbitkan
16

secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia tanpa mengambilkira bilangan


pekerja yang diambil.

Bagi majikan yang mengambil pekerja seramai lima orang atau kurang, selain
daripada majikan yang disebut dalam subperenggan (a)(11) Akta Majlis Perundingan
Gaji Negara 2011, akta ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2013. Gaji minimum
akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali
pekhidmatan domestik seperti pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar


RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam. Kerajaan juga
menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya gaji minimum yang ditetapkan ini
tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan
penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji
minimum.

2.3.5 Akta Umur Persaraan Minimum 2012

Akta ini akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri
melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang
berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Umur persaraan minimum pekerja sektor swasta menurut Rang Undang-undang
Umur Persaraan Minimum adalah dicadangkan pada usia mencapai 60 tahun selaras
dengan persaraan pekerja di sektor awam.
17

Majikan tidak boleh membersarakan mana-mana pekerjanya sebelum pekerja


itu mencapai umur persaraan minimum. Walaubagaimanapun, pekerja juga boleh
memilih untuk bersara dengan lebih awal iaitu lebih awal daripada umur 60 tahun
berdasarkan persetujuan yang dicapai dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian
kolektif. Pekerja yang dibersarakan secara pra matang juga dibenarkan membuat
aduan kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam tempoh 60 hari
daripada tarikh pemberhentian.

2.3.6 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) merupakan akta
yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan
mereka yang cekap dan efektif. Dalam erti kata lain, KWSP juga merupakan dana
simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan
bagi persaraan. Para majikan dapat memenuhi serta kewajipan mereka untuk
mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka dengan lebih mudah melalui
sistem yang telah disediakan oleh KWSP.

KWSP sentiasa berusaha dalam menjamin dan meningkatkan simpanan


ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Sebagai sebuah
organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP berperanan untuk memberikan
perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.
KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan
ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka
di Malaysia.
18

2.4 Peranan Kebajikan

Kebajikan bukan sahaja memberi faedah kepada pekerja semata-mata. Ia juga


disediakan kepada pekerja untuk kepentingan organisasi seperti menarik dan
mengekalkan pekerja serta sebagai motivasi kepada pekerja untuk terus bekerja dan
membuat yang lebih baik untuk organisasi tempat mereka bekerja. Peranan kebajikan
dapat dihuraikan dengan lebih jelas seperti di bawah :

2.4.1 Menarik dan Mengekalkan Pekerja

Menurut Rajkumar (1996), gaji bertujuan untuk menarik pekerja yang


berkelayakan, mengekalkan pekerja yang berkualiti, mengurangkan pengekalan
pekerja yang tidak menunjukkan prestasi baik dan memotivasikan pekerja supaya
bertingkah laku ke arah pencapaian matlamat organisasi. Jumlah gaji akan
mempengaruhi keputusan dari segi penerimaan sesuatu jawatan dan keinginan untuk
meninggalkan organisasi.

Selain gaji, faedah yang membantu pekerja menyeimbangkan kehidupan juga


mampu menarik dan mengekalkan pekerja. Sebagai contoh, pemberian biasiswa,
pusat kesihatan, hari keluarga, elaun makan, latihan keselamatan dan sebagainya
boleh memudahkan pekerja menyumbang dalam industri dan membantu pekerja
menyeimbangkan kehidupan bekerja dan keluarga. Faedah-faedah ini akan
membantu pekerja agar lebih bermotivasi terhadap kerja mereka.
19

2.4.2 Motivasi pekerja

Motivasi merupakan dorongan dalaman diri seseorang yang akan menjadi


tenaga penggerak kepada semua tindakan manusia ke arah mencapai sesuatu
matlamat yang diingini. Dalam pekerjaan, motivasi kerja merujuk kepada sejauh
mana seseorang pekerja itu didorong oleh dorongan dalaman dirinya untuk
meningkatkan prestasi kerjanya.

Menurut Ishak Mad Shah (2004), proses motivasi bermula apabila seseorang
individu itu mula mengenal pasti keinginan atau keperluannya terlebih dahulu di
mana keinginan yang ingin dicapai akan menimbulkan satu keadaan
ketidakseimbangan dalaman diri individu tersebut dan akan berubah menjadi satu
tenaga penggerak yang membentuk suatu motif. Proses ini boleh dilihat dalam rajah
2.1 di bawah.

Keinginan

Kepuasan Motif

Tingkah Laku

Rajah 2.1 : Proses Motivasi

Sumber : Ishak Mad Shah (2004)


20

Dalam pekerjaan, gaji merupakan salah satu faktor yang memotivasikan


pekerja. Walaubagaimanapun, manusia tidak semata-mata mengharapkan gaji sahaja
sebaliknya terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi kerja mereka seperti
pengiktirafan dan pujian ke atas kerja yang telah dilakukan. Penyediaan kemudahan
kebajikan seperti pemberian ganjaran kepada pekerja dapat membantu memberi
motivasi kepada pekerja.

Jika ganjaran diberikan berasaskan prestasi, maka pekerja akan berusaha


dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka demi untuk
mendapatkan ganjaran tersebut. Ganjaran berfungsi sebagai peneguhan positif di
mana ia mengiktiraf sumbangan pekerja dan sekiranya dilakukan berterusan mampu
mengekalkan tahap motivasi yang tinggi ( Banks, 2000).

Justeru, kebajikan pekerja penting dalam membantu untuk memotivasikan


pekerja. Kebajikan merupakan satu faedah tambahan di samping gaji yang tetap dan
lain-lain faedah ekonomi yang disediakan kepada pekerja berdasarkan peruntukan
undang-undang dan budi bicara pengurus.

Teori motivasi seperti Hierarki Keperluan Maslow dan Teori Dua Faktor
Herzberg adalah antara teori yang boleh menghubungkan kebajikan dengan motivasi
pekerja. Oleh itu, apabila mereka bentuk sesuatu pekerjaan, pengurus organisasi
perlu mengambil pendekatan bersepadu iaitu mengambil kira keperluan-keperluan
pekerja. Ia bukan sahaja dapat memberi kepuasan kerja kepada pekerja, malah dapat
meningkatkan prestasi dan daya pengeluaran organisasi.
21

2.5 Keperluan asasi manusia berasaskan Teori Motivasi

2.5.1 Teori Keperluan Maslow

Teori ini dikemukakan oleh Abraham Maslow pada awal tahun 1940-an.
Maslowsering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi
lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat
sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang
dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat
dalam bentuk hieraki seperti rajah 2.2 di bawah . Ada lima keperluan Hierarki iaitu :

Penyempurnaan
Kendiri

Penghargaan Kendiri

Sosial

Keselamatan

Psikologi

Rajah 2.2 : Piramid Keperluan mengikut Teori Hierarki Keperluan Maslow

Sumber : Ishak Mad Shah (2004)


22

i) Keperluan Psikologi

Keperluan manusia paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara,
air,makanan, tempat tinggal dan tempat belajar bagi bagi memenuhi
kehendak pertama dan utama ini. Dalam perkataan lain, apa-apa sahaja yang
diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang.Antara cara untuk memuaskan
keperluan ini adalah dengan bekerja. Manusia perlu bekerja untuk
mendapatkan gaji untuk mendapatkan keperluan asas mereka.

ii) Keperluan Keselamatan

Keperluan keselamatan bermaksud tiada ancaman dan ugutan terhadap


kedua-dua faktor psikologikal dan fizikal. Keselamatan psikologikal merujuk
kepada keselamatan semasa kerja seperti kurang tekanan kerja, kepuasan
kerja serta mendapat keselesaan semasa kerja.Keperluan fizikal pula merujuk
kepada keperluan pada hari tua seperti jaminan pekerjaan.

Selepas keperluan psikologi dipenuhi, pekerja akan mula memikirkan tentang


keselamatan mereka. Justeru, pihak industri hendaklah menyediakan
persekitaran kerja yang selamat. Setelah itu, pekerja akam memikirkan
tentang jaminan keselamatan semasa bersara. Justeru, Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) disediakan kepada pekerja sebagai jaminan pada
hari tua.

iii) Keperluan Sosial

Dalam memenuhkan keperluan sosial pula, manusia perlukan hubungan


dengan insan lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh hidup
bersendirian. Kehidupan bersosial membolehkan manusia manusia berkongsi
perasaan, berhibur, bertukar pendapat berinteraksi. Pelbagai organisasi
menyediakan tempat untuk pekerjanya bersosial dan berekreasi seperti
program hari keluarga, sukan dan sebagainya.
23

iv) Keperluan Penghargaan Kendiri

Keperluan ini merupakan keperluan yang dikira pada tahap yang tinggi
kerana mereka yang bermotivasi tinggi sahaja yang ingin mencapai keperluan
pada tahap ini. Pelbagai cara organisasi boleh memuaskan keperluan ini
seperti memberi pujian, penghargaan, kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan
sebagainya.

v) Keperluan Penyempurnaan Kendiri

Keperluan ini adalah keperluan yang paling tinggi yang boleh dicapai iaitu
usaha seseorang untuk menjadi apa sahaja seseorang itu ingin jadi. Dengan
lain perkataan, seseorang pekerja akan berusaha untuk menjadi apa yang
dikehendaki seperti menjawat jawatan yang tertinggi dalam tugasnya.

2.5.2 Aplikasi Kebajikan dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow

Menurut Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan (2008), dengan berpandukan


teori hierarki Maslow yang diperkenalkan pada tahun 1957, organisasi dapat
menyediakan pelbagai faedah kebajikan untuk memotivasikan, mengekalkan dan
menarik pekerja di samping mewujudkan kepuasan kerja.

Jadual 2.1 di bawah menunjukkan pengaplikasian kebajikan dalam teori


Hierarki Keperluan Maslow.
24

Jadual 2.1: Pengaplikasian kebajikan dalam teori Hierarki Keperluan Maslow

Tahap Keperluan Kebajikan yang sesuai


1. Fisiologi  Gaji yang memuaskan
 Suasana kerja yang selesa
 Peraturan kerja yang adil
 Kemudahan Kantin, makanan
 Kemudahan Rekreasi
2. Keselamatan  Tempat kerja yang selamat
 Keselamatan pekerja
 Kemudahan yang selesa
3. Sosial  Peluang berinteraksi dengan pekerja lain
 Galakan kerjasama
 Perasaan kepunyaan
 Peluang menunjukkan kebolehan kepada orang lain
4. Harga diri  Mengiktiraf prestasi pekerja
 Pujian di khalayak ramai
 Tugas yang mencabar dan penting
 Jawatan yang berprestij
 Tanggungjawab yang berat
 Kepercayaan terhadap keupayaan menyelesaikan masalah
dalam membuat keputusan
 Tugas yang mencabar
5. Kesempurnaan Kendiri
 Peluang memajukan diri
 Menggalakkan pencapaian prestasi yang tinggi
 Capai kejayaan dan kepuasan kerja
 Ketakwaan dan nilai murni

Sumber : Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan (2008)


25

2.6 Elemen Kebajikan

“Para majikan seharusnya memastikan kebajikan pekerja mereka terpelihara


untuk memotivasikan pekerja supaya pekerja mereka dapat bekerja dengan keadaan
yang lebih selesa, produktif dan lebih cekap selaras dengan matlamat organisasi
mereka” (Mahmood Nazar, Marican, 1996). Menurut Bohlander, Snell & Sherman
(2011), kebajikan pekerja boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dalam bentuk
faedah yang diwajibkan dan faedah yang diberikan atas budi bicara majikan.

Menurut Muhamad Ali Embi (2001) pula, kebajikan pekerja merupakan


penyediaan faedah sampingan oleh majikan kepada pekerja. Faedah sampingan ini
boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu faedah kewangan dan faedah bukan
kewangan. Faedah kewangan seperti pemberian pencen, insurans nyawa dan
penjaman manakala faedah bukan kewangan merupakan faedah yang kebiasaannya
diberikan kepada pekerja seperti cuti, perkhidmatan kesihatan, pakaian seragam,
kemudahan penginapan, kemudahan pengangkutan, cuti sakit, kantin, dan tempat
rekreasi.

Menurut Abdul Rahim Said dan Mansor Ahmad Saman (1986), kebajikan
pekerja merupakan sebarang bantuan dan faedah sampingan yang diberikan kepada
pekerja. Faedah sampingan untuk kebajikan pekerja boleh dibahagikan kepada
empat jenis iaitu jaminan keselamatan sosial, ganjaran ihsan, bonus dan ganjaran,
dan perkhidmatan sosial dan hiburan. Faedah Jaminan keselamatan sosial pula boleh
dibahagikan kepada dua iaitu ditentukan oleh perundangan dan dibuat oleh
kemahuan organisasi sendiri.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, pelbagai pihak membahagikan


kebajikan kepada pelbagai kategori. Walaubagaimanapun, kebajikan-kebajikan yang
disediakan berdasarkan asas yang lebih kurang sama iaitu faedah-faedah yang
26

menbantu pekerja menikmati kadar hidup yang lebih tinggi. Justeru, elemen-elemen
kebajikan yang akan dinilai dalam kajian ini akan dikategorikan kepada dua bahagian
iaitu kebajikan asas dan kebajikan tambahan.

2.6.1 Kebajikan Asas

Kebajikan asas adalah faedah-faedah yang diperuntukkan di bawah undang-


undang. Oleh itu, pihak majikan harus memberikan faedah-faedah tersebut kepada
pekerja berdasarkan peruntukan minima undang-undang. Sekiranya majikan gagal
berbuat demikian, tindakan boleh diambil ke atas majikan.

2.6.1.1 Persekitaran Kerja

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 digubal untuk memastikan


keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja terjaga dan terhindar daripada risiko
kepada masalah-masalah keselamatan atau kesihatan. Akta ini membantu pekerja
dalam menyesuaikan keperluan fisiologi dan psikologi mereka dengan persekitaran
kerja. Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan,
kecederaan atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada di
tempat kerja.

Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 jelas


menyatakan kewajipan majikan dan setiap orang yang bekerja sendiri untuk
memastikan setakat yang praktik, kesihatan, keselamatan dan kebajikan semua
27

pekerjanya semasa bekerja. Berdasarkan garis panduan pencegahan kemalangan di


tempat kerja yang dikeluarkan oleh unit kesihatan pekerjaan (2008), keadaan kerja
yang selamat yang perlu diwujudkan seperti :

2.6.1.1.1 Kemudahan Kesihatan

i) Pengudaraan di tempat kerja

Tempat kerja perlu mempunyai pengalih udara yang baik dan mencukupi.
Pengudaraan yang segar dan sesuai boleh dicapai dengan membuka tingkap dan
pintu, tetapi sekiranya perlu sistem pengalih udaraan mekanikal juga perlu
disediakan dan dikekalkan pada standard yang sesuai.

ii) Pencahayaan di tempat kerja

Pencahayaan di dalam pejabat hendaklah mencukupi untuk membolehkan


orang ramai untuk bekerja dan bergerak dengan selamat. Cahaya semula jadi
adalah lebih baik, walaupun lampu tiruan boleh diterima dan sering digunakan
untuk meningkatkan tahap cahaya. Lampu kecemasan harus disediakan bagi
tempat yang mempunyai risiko elektirik putus.

iii) Ruang kerja untuk memudahkan pergerakan

Tempat kerja harus menyediakan ruang yang selesa dan mencukupi untuk
membenarkan pelawat senang untuk keluar masuk ke kawasan tempat kerja.
Ruangan yang mencukupi akan memudahkan pergerakan di dalam tempat kerja,
28

bebas dari risiko tersandung atau terkena objek-objek, dan lain-lain. Sekiranya
ruangan bilik adalah terhad, perancangan yang teliti perlu dipertimbangkan.

iv) Susun atur stesen kerja dan tempat duduk

Stesen kerja dan tempat duduk mesti mempunyai susun atur yang kemas
dan sesuai untuk membuat kerja dan untuk individu yang menggunakan mereka.
Bagi kerja yang membolehkan kita duduk untuk membuatnya, kerusi yang sesuai
harus digunakan. Stesen kerja perlu membenarkan individu untuk meninggalkan
mereka dengan cepat dalam keadaan kecemasan.

v) Kebersihan dan pelupusan sisa

Kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa harus dijalankan secara rutin


untuk mengekalkan standard kebersihan di tempat kerja yang baik.

2.6.1.1.2 Kemudahan Keselamatan

i) Sistem pencegah kebakaran di tempat kerja

Sistem pencegah kebakaran haruslah lengkap dan berfungsi dengan baik.


Ia merupakan salah satu system yang diwajibkan pemasangannya pada sesebuah
bangunan yang hendak dibina. Setiap pemasangan sistem pencegah kebakaran
perlulah mengikut akta dan standard yang bersesuaian dengan bangunan tersebut.
Dengan adanya sistem ini pada bangunan, ia dapat melindungi serta
menyelamatkan nyawa penghuni bangunan tersebut.
29

ii) Sistem pengera keselamatan di tempat kerja

Alat penggera api dan keselamatan yang berfungsi haruslah disediakan.


Ia merupakan penggera elektronik yang direka bagi mengelakkan bahaya
pencerobohan. Selalunya sensor keselamatan digunakan di pejabat bagi
membuka pintu atau tingkap yang menggunakan pengesan pergerakan infrared.

iii) Tanda-tanda amaran bahaya di tempat kerja

Tanda-tanda keselamatan atau amaran bahaya yang jelas dan mencukupi


serta mematuhi peraturan-peraturan bagi kesihatan dan keselamatan perlu
diletakkan di sekitar bangunan. Tanda-tanda bahaya mungkin merupakan tanda-
tanda keselamatan yang biasa di tempat kerja tetapi ia memainkan peranan
penting dalam mengurangkan kemalangan. Ia tidak menyakitkan untuk
mengingatkan kakitangan mata tertentu penting kerana semua itu boleh ambil
adalah satu-satu masa apabila syarat-syarat ini tidak dipatuhi dan pelanggaran
keselamatan yang serius boleh berlaku.

iv) Tanda-tanda arahan keselamatan di tempat kerja

Tanda-tanda Arahan keselamatan yang mencukupi harus disediakan di


setiap tempat kerja. Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994, majikan haruslah menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan
yang perlu untuk memastkan keselamatan pekerja terjamin.
30

2.6.1.2 Faedah Jaminan Keselamatan Sosial

2.6.1.2.1 Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO)

Akta pertubuhan keselamatan sosial disediakan untuk pendaftaran wajib


majikan dan semua kakitangan yang layak. Perlindungan disediakan untuk pekerja
berdaftar yang cedera atau terbunuh semasa kemalangan perindustrian sama ada di
tempat kerja atau semasa dalam perjalanan ke dan dari tempat kerja. Keselamatan
sosial juga meliputi penyakit kerja perindustrian yang berkaitan.

Majikan haruslah membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak
mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam jadual caruman PERKESO. Misi utama
PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja
dan tanggungan mereka menerusi Skim-skim Keselamatan Sosial serta
meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan
kesejahteraan sosial pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.

Terdapat dua skim yang dilaksanakan iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan
dan Skim pencen Ilat. Di bawah skim ini, pekerja akan diberi perlindungan berkaitan
dengan bencana semasa kerja seperti kemalangan, penyakit khidmat, keilatan dan
kematian. Tujuan kedua-dua skim keselamatan sosial ini dilaksanakan adalah
memberi jaminan pembayaran faedah tunai kepada pekerja dan orang tanggungannya
apabila pekerja berkenaan ditimpa musibah.

i) Skim Insuran Bencana Pekerjaan

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap kemalangan-


kemalangan yang berlaku semasa menjalankan pekerjaan, semasa dalam
31

perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaan dan semasa kecemasan bagi tujuan
membantu seseorang yang mendapat bencana. Selain itu, pekerja yang mendapat
penyakit yang berpunca daripada pekerjaan juga turut dilindungi. Faedah-faedah
yang ditawarkan di skim ialah :

 Faedah Perubatan
 Faedah hilang Upaya Sementara
 Faedah hilang upaya kekal
 Faedah pemulihan
 Faedah orang tanggungan
 Faedah pengurusan mayat
 Faedah pendidikan

ii) Skim Pencen Ilat

Skim Pencen Ilat merupakan perlindungan kepada pekerja yang sudah tua
dan uzur serta tidak mungkin akan sembuh di mana seseorang pekerja itu tidak
mampu untuk mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada
keupayaan seseorang pekerja yang normal. Faedah-faedah yang ditawarkan di
skim ialah :

 Pencen ilat
 Bantuan ilat
 Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
 Faedah pencen penakat
 Faedah pengurusan mayat
 Faedah pemulihan
 Faedah pendidikan
32

2.6.1.2.2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP )

KWSP telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyediakan simpanan wajib


bagi pekerja untuk kegunaan mereka dalam usia tua. Potongan yang terdiri daripada
peratusan gaji dibuat secara bulanan bagi semua pekerja dengan sumbangan yang
lebih tinggi sedikit oleh organisasi.

Caruman pekerja dan caruman majikan akan dikreditkan ke akaun individu


ahli KWSP. Caruman ini dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja yang diterima.
Statistic kadar caruman KWSP bermula dari tahun 2001 hingga 2012 ditunjukkan
dalam jadual di bawah :

Jadual 2.2 : Caruman Pekerja


Tahun Pekerja (%) Majikan (%) Jumlah (%)
April 2001-Mac 2002 9 12 21
April 2002-Mei2003 11 12 23
Jun 2003-Mei 2004 9 12 21
Jun 2004-Mei 2005 11 12 23
Jun 2005-Disember 2008 11 12 23
Januari 2009 Disember 8 12 20
2010
Januari 2011Disember 2011 11 12 23
Januari 2012 Hingga
sekarang
Pendapatan RM5,000 dan
kurang 11 13 24
Pendapatan lebih daripada
RM5,000 11 12 23
Sumber : Laporan Tahunan 2011 Annual Report
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
33

Pada tahun 2012, bagi pekerja yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke
bawah caruman daripada pekerja adalah sebanyak 11% dipotong daripada gaji
bulanan mereka, manakala caruman syer majikan sebanyak 13%. Bagi pekerja yang
menerima gaji melebihi RM5,000 pula, caruman pekerja kekal sebanyak 11%
manakala caruman syer daripada majikan yang berubah iaitu sebanyak 12%.

Sebanyak 30 peratus daripada jumlah simpanan boleh digunakan untuk


membeli rumah dan 30 peratus boleh digunakan untuk pembayaran perubatan. Baki
simpanan akan dikembalikan kepada pekerja selepas tamat perkhidmatan atau
pekerja tersebut meninggalkan Negara.

2.6.1.3 Hak-hak Pekerja

Akta Kerja mengandungi peruntukan-peruntukan yang melindungi pekerja


dari sebarang penindasan oleh majikan dan meletakkan faedah-faedah minima yang
perlu diberikan pada pekerja yang dilindungi di bawah Akta ini.

2.6.1.3.1 Masa bekerja

Akta Kerja 1955 telah menetapkan tempoh bekerja tidak melebihi 8 jam
sehari. Pekerja juga tidak dibenarkan kerja berturut-turut selama 5 jam tanpa rehat
dan hendaklah diberi masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit dan bagi yang bekerja
8 jam, masa rehat tidah kurang daripada 45 minit. Bagi pekerja yang kerja lebih
masa pula tidak melebihi 10 jam sehari dan upah yang diberikan tidak kurang dari
1½ kali ganda dari upah biasa.
34

2.6.1.3.2 Pemberian Cuti

i) Cuti umum

Menurut seksyen 60D, Akta Pekerja 1955, cuti umum tidak diwajibkan
diberi kepada pekerja pada setiap cuti umum yang ditawarkan. Majikan boleh
memilih 10 cuti sahaja sebagai cuti berbayar dalam satu tahun kalendar dan 4
darinya mestiah terdiri daripada Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan YDP Agong,
Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah bagi pekerja
yang bekerja di Wilayah Persekutuan dan Hari Pekerja. Baki 6 cuti lagi boleh
dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka.

ii) Cuti tahunan

Cuti tahunan adalah faedah utama dan dilindungi dalam Akta Kerja.
permintaan kepada cuti ini hendaklah dengan mendapat persetujuan dari majikan
dan tidak lewat dari 12 bulan selepas setiap 12 bulan berterusan perkhidmatan.
Jika pekerja gagal mengambil cuti dalam tempoh tersebut, maka pekerja akan
hilang kelayakkan. Walaubagaimanapun, pekerja berhak dan tetap akan diberi
bayaran sebagai ganti cuti.

Mengikut peruntukkan pada seksyen 60E, Akta Kerja 1955, kelayakkan


cuti pekerja adalah 8 hari, jika telah bekerja selama kurang dari 2 tahun. 12 hari,
jika telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun dan 16 hari, jika telah
bekerja selama 5 tahun atau lebih.
35

iii) Cuti sakit

Cuti sakit pula, jika terdapat hospitalisasi seperti pekerja dimasukkan ke


dalam hospital bagi menerima rawatan, maka jumlah cuti sakit hendaklah 60 hari
kesemuanya dalam masa satu tahun. Bagi cuti sakit yang tiada hospitalisasi
pula, bilangan hari bagi cuti sakit berbayar adalah bergantung kepada tempoh
perkhidmatan seseorang pekerja itu seperti 14 hari, jika telah bekerja selama
kurang dari 2 tahun, 18 hari, jika telah bekerja selama 2 tahun atau lebih tetapi
kurang dari 5 tahun dan 22 hari, jika telah bekerja selama 5 tahun atau lebih.

iv) Cuti Rehat

Menurut Seksyen 59, Akta Kerja 1955 ini juga menetapkan bahawa setiap
pekerja hendaklah diberi sekurang-kurangnya satu hari cuti rehat dalam masa
seminggu. Pekerja tidak bolah dipaksa untuk bekerja pada hari cuti rehat
mingguan kecuali dalam keadaan tertentu.

v) Cuti bersalin

Akta Kerja memperuntukkan cuti bersalin selama 60 hari berturut-turut


bagi mana-mana pekerja wanita yang pada masa berpantang mempunyai kurang
daripada lima kanak-kanak yang masih hidup. Elaun bersalin juga turut
diberikan sekiranya telah bekerja di firma tersebut lebih dari 4 bulan dan
pembayarannya adalah sama seperti pembayaran gaji. Pekerja tersebut akan
menamakan salah seorang wakil untuk mengambil duit elaun tersebut sekiranya
pekerja tersebut meninggal dalam tempoh pembayaran elaun masih dijalankan.
36

2.6.1.3.3 Pembayaran gaji di luar masa bekerja

Berdasarkan Akta Kerja 1955, pekerja yang kerja lebih masa, bekerja pada
hari cuti dan sedang mengambil cuti juga harus dibayar gaji minimum berdasarkan
syarat-syarat yang ditetapkan. Pembayaran gaji minimum boleh dilihat seperti di
bawah :

i) Pekerja yang bekerja lebih masa harus diberikan upah tidak kurang dari
1½ kali ganda dari upah biasa.

ii) Pekerja yang bekerja pada hari cuti umum, gajinya haruslah dibayar dua
kali ganda.

iii) Pekerja yang tidak mengambil cuti tahunan akan diganti dengan
pembayaran gaji.

iv) Pekerja yang bekerja pada hari cuti rehat mingguan atas kehendak
majikan mereka mesti dibayar tambahan gaji sehari iaitu dua kali ganda
upah pada hari tersebut.

v) Pekerja yang mengambil cuti sakit dan cuti bersalin akan dibayar elaun
mengikut hari bekerja biasa.

2.6.2 Kebajikan tambahan

Kebajikan tambahan ini merupakan pemberian faedah yang biasanya


diberikan atas budi bicara majikan. Faedah-faedah yang biasanya diberikan pleh
majikan seperti :
37

2.6.2.1 Faedah Insurans

i) Faedah kematian semasa perkhidmatan

Faedah ini menyediakan sejumlah wang (biasanya dalam gandaan gaji


bulanan) dan akan dibayar kepada orang tanggungan pekerja di mana pekerja
tersebut meninggal ketika masih dalam perkhidmatan organisasi. Pembayaran
gandaan gaji biasanya dibuat daripada 12 bulan kepada 48 bulan, di mana
beberapa organisasi menyediakan dua kali ganda gaji sekiranya berlaku kematian
semasa kemalangan. Sesetengah organisasi juga akan menyediakan kelayakan
yang berbeza bergantung kepada status pekerja. Faedah ini tidaklah begitu mahal
untuk organisasi tetapi pekerja akan menghargai peruntukan yang diberi.

ii) Insuran kemalangan peribadi

Jika faedah kematian semasa perkhidmatan meliputi semua bentuk


kematian pramatang pekerja, insurans kemalangan peribadi hanya akan
menyediakan pampasan bagi pekerja yang terlibat dalam kemalangan yang
mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Banyak organisasi
menyediakan faedah ini kerana ia agak murah.

iii) Insurans Perubatan dan kesihatan (IPK)

Insurans Perubatan dan Kesihatan ialah satu polisi yang melindungi kos
rawatan perubatan swasta yang memerlukan kos yang tinggi, seperti kos
kemasukan ke hospital dan pembedahan. Polisi insurans ini juga menjamin
pembiayaan sekiranya pekerja memerlukan rawatan kecemasan. Banyak
organisasi yang lebih besar menyediakan insurans perubatan dan kesihatan untuk
38

pekerja mereka. Ini meliputi kos perubatan dan rawatan di hospital sekiranya
penyakit yang serius atau kecederaan yang memerlukan rawatan di hospital. Ia
biasanya disediakan tanpa sebarang kos kepada pekerja tetapi terdapat had
kepada jumlah maksimum yang di insurankan. Bergantung kepada syarikat
insurans dan premium yang dibayar oleh organisasi.

2.6.2.2 Faedah pinjaman

Sesetengah organisasi memberi manfaat yang selain dari gaji dengan


menyediakan perkhidmatan kewangan dan bukan kewangan untuk pekerja mereka.
Perkhidmatan pekerja yang paling biasa adalah faedah pinjaman dan program sosial.

i) Pinjaman untuk perumahan

Faedah subsidi pinjaman perumahan merupakan faedah yang besar


terutama sekali bagi orang-orang yang perlu untuk membeli rumah di kawasan
kos tinggi. Faedah ini merupakan perkara biasa dalam sektor kewangan seperti
bank-bank dan syarikat kewangan serta beberapa organisasi yang lebih mantap.
Faedah ini biasanya disediakan dengan menggunakan subsidi pembayaran faedah
ke atas pinjaman rumah sehingga had harga yang diberikan. Ia biasanya
disediakan untuk semua pekerja yang tertakluk kepada keperluan perkhidmatan.

ii) Pinjaman untuk kenderaan

Pinjaman kenderaan biasanya untuk pembelian kereta atau motosikal.


Pinjaman ini boleh diberikan sama ada dengan kadar faedah atau tanpa kadar
39

faedah. Walaupun sesetengah organisasi tidak menyediakan pinjaman kenderaan


atau subsidi kepada pekerjanya,organisasi tersebut boleh bertindak sebagai
penjamin kepada pekerja mereka dan membantu mereka untuk berunding
mengenai kadar faedah yang menggalakkan dengan syarikat kewangan. Apabila
pinjaman adalah dari organisasi itu sendiri, pembayaran balik biasanya dibuat
melalui potongan daripada gaji tetap.

iii) Pinjaman semasa kecemasan

Banyak organisasi menyediakan faedah pinjaman yang sederhana atas


dasar belas kasihan. Pinjaman ini biasanya diberikan apabila kesusahan peribadi
pekerja terjadi seperti kebakaran atau banjir menjejaskan rumah pekerja, atau
penyakit yang serius daripada ahli keluarga terdekat.

iv) Pinjaman semasa perayaan

Dalam usaha untuk membantu pekerja dengan perbelanjaan ditambah


perayaan menyambut, beberapa organisasi yang menyediakan faedah wang
pendahuluan untuk perayaan. Ini biasanya sehingga setengah gaji sebulan dan
ditolak daripada pekerja dalam ansuran bulanan dalam tempoh beberapa bulan
akan datang.

v) Pinjaman Pendidikan

Banyak organisasi menggalakkan pekerja mereka untuk membangunkan


diri mereka dengan menyediakan pinjaman pendidikan bagi kursus-kursus yang
diluluskan pembangunan. Pinjaman ini boleh diberikan tanpa faedah. Terdapat
juga beberapa organisasi yang tidak memberi pinjaman tetapi mempunyai skim
40

bantuan pendidikan di mana pekerja yang berjaya menamatkan kursus


pembangunan yang diluluskan akan diberi bayaran balik bagi yuran tuisyen dan
peperiksaan.

2.6.2.3 Subsidi pengangkutan Pekerja

Dengan kos pengangkutan meningkat dengan pesat, banyak organisasi


menyediakan beberapa jenis subsidi pengangkutan pekerja. Faedah ini boleh dilihat
dalam pelbagai bentuk. sekiranya kereta syarikat tidak disediakan tetapi pekerja
dikehendaki menggunakan kenderaan mereka sendiri dengan kerap untuk tujuan
perniagaan, elaun kereta boleh dibayar. Jumlah elaun yang dibayar perlu direka
untuk membuat sumbangan yang wajar kepada kos susut nilai, penyelenggaraan dan
lain-lain kos berjalan seperti sebuah kereta yang digunakan pada perniagaan akan
memerlukan penggantian yang lebih awal daripada satu digunakan lebih kadang-
kadang.

Satu lagi aspek subsidi pengangkutan adalah elaun perjalanan kenderaan bagi
pekerja yang menggunakan kereta sendiri atau motosikal mereka untuk perjalanan
perniagaan. Elaun ini hendaklah meliputi kos minyak yang digunakan serta jumlah
tambahan untuk mengimbangi kehausan dan kelusuhan kereta. Kadar pembayaran
balik elaun akan berbeza-beza, biasanya dalam berhubung dengan amalan pasaran,
saiz kenderaan yang digunakan, dan panjang perjalanan, tetapi elaun yang lebih
rendah boleh memohon untuk perjalanan yang lebih lama.
41

2.6.2.4 Kemudahan di Tempat Kerja

i) Kemudahan tandas

Kemudahan tandas dan pintu masuk tandas perlu mudah kelihatan kepada
pengguna dan tidak terlindung. Selain itu, tandas hendaklah mempunyai
pengudaraan dan pencahayaan mencukupi. Kawasan tandas haruslah sentiasa
bersih dan tidak berbau. Tandas lain-lain untuk lelaki dan perempuan.
Sementara itu, tandas untuk kegunaan orang awam dan pekerja hendaklah
diasingkan melainkan firma tersebut kecil. Penyediaan tisu tandas dan
mempunyai tong sampah untuk membuang sisa buangan.

ii) Kemudahan tempat mencuci

Di tempat kerja mestilah mempunyai kemudahan mencuci yang terletak


berdekatan dengan tandas. Selain itu, sabun untuk membersihkan tangan dan tisu
untuk mengeringkan tangan juga disediakan. Kemudahan mencuci ini hendaklah
sentiasa bersih dan tidak berbau.

iii) Kemudahan makanan dan minuman

Air muniman juga harus disediakan kepada para pekerja. Air minuman
itu hendaklah disertakan dengan cawan yang bersih dan bebas daripada
pencemaran dan mudah untuk diambil oleh semua pekerja. Selain itu, dalam
beberapa organisasi lain juga menyediakan kopi dan biskut percuma yang
diberikan kepada pekerja.
42

iv) Kemudahan tempat rehat dan untuk makan

Tempat rehat hendaklah bersih dan tidak memudahkan pencemaran


makanan. Tempat kemudahan mencuci juga hendaklah berada berdekatan.
Sekiranya makanan panas tidak boleh diperolehi di dalam atau di sekitar tempat
kerja, kemudahan untuk memanaskan makanan tersebut hendaklah disediakan.
Dengan penyediaan tempat rehat untuk pekerja, ia bukan sahaja memberi
manfaat kepada pekerja, malahan ia juga memberi manfaat untuk majikan kerana
mereka boleh memastikan bahawa pekerja tidak mengambil masa rehat untuk
makan tengah hari yang terlalu panjang.

2.6.2.5 Latihan, Kaunseling dan Kemudahan Sosial

i) Sukan dan kemudahan sosial

Banyak organisasi merasakan bahawa persekitaran kerja adalah juga


institusi sosial oleh itu mereka cuba untuk menyediakan sekurang-kurangnya
beberapa aktiviti masa lapang supaya pekerja boleh bertemu atas dasar sosial di
luar waktu bekerja.

Peruntukan bagi kemudahan itu akan berbeza-beza bergantung kepada


organisasi. Sesetengah organisasi yang lebih besar, terutamanya jika mereka
berada di kawasan luar bandar dan mempunyai tanah, boleh menyediakan satu
kelab sukan dan sosial untuk pekerja. Sesetengah organisasi juga akan
membentuk pasukan sukan mereka sendiri, seperti pasukan bola sepak atau
boling, dan menaja mereka.

Dengan memberi tumpuan kepada kemudahan sosial ini boleh


mempunyai kesan yang baik terhadap budaya organisasi, seperti pembinaan
43

pasukan, dan juga boleh menjadi faktor pengekalan di mana kakitangan sukar
untuk dicari dan dikekalkan.

ii) Kaunseling pra-persaraan

Banyak organisasi-organisasi besar kini menyediakan program latihan


khas menyediakan maklumat untuk pekerja yang hampir bersaraan supaya
mereka akan lebih bersedia untuk tidak bekerja. Ini secara tidak langsung dapat
memberi motivasi kepada pekerja untuk menghadapi hari-hari semasa tidak
bekerja. Tajuk-tajuk yang biasanya dibincangkan dalam program latihan adalah
perancangan kewangan peribadi, pengurusan masa lapang, kesihatan semasa
persaraan, sumber maklumat dan nasihat.

iii) Peluang latihan dan pembangunan

Organisasi juga perlu memberi pekerja peluang untuk memperoleh


pelbagai kemahiran dalam persediaan untuk promosi dan untuk melaksanakan
tugas mereka dengan lebih berkesan dan yakin.

2.7 Firma Ukur Bahan di Malaysia

Di Malaysia, firma ukur bahan boleh dibuka oleh juruukur bahan iaitu
golongan professional yang berdaftar dengan Board of Quantity Surveyors Malaysia
(BQSM). Sama ada Juruukur bahan tersebut layak atau tidak untuk membuka firma
sendiri berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan akan ditentukan oleh BQSM.
44

2.7.1 Jenis-jenis firma ukur bahan

Berdasarkan Akta Juruukur Bahan 1967, terdapat beberapa jenis firma ukur
bahan iaitu :

a) Milikan Tunggal - Seksyen 7A (1-13)


b) Perkongsian – Seksyen 7A (1-13)
c) Badan Korporat – Seksyen 7A (1-13)

2.7.2 Saiz Firma

Firma ukur bahan boleh dikategorikan kepada tiga saiz yang dibezakan
mengikut bilangan pekerja. Jadual 2.3 di bawah menunjukkan pengelasan jumlah
pekerja berdasarkan saiz firma.

Jadual 2.3 : Jumlah Pekerja Berdasarkan Saiz Firma

Bil. Saiz Jumlah Pekerja


1. Kecil ≤10
2. Sederhana 11-30
3. Besar >30

Sumber : Wan Ai Fei, (2010)


45

2.7.3 Status Firma yang berdaftar di Malaysia

Jadual 2.5 menunjukkan bilangan firma ukur bahan yang berdaftar di


Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia.

Jadual 2.4 : Firma Ukur Bahan Yang Berdaftar

Bil. Penerangan Bilangan


1. Firma Ukur Bahan Yang 344
Berdaftar

Sumber : Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (2013)

2.8 Rumusan Bab

Menerusi bab ini, konsep mengenai kebajikan-kebajikan dapat diketahui


dengan lebih jelas yang merangkumi jenis-jenis kebajikan yang biasanya disediakan
di organisasi, peranan kebajikan di sesebuah organisasi dan lain-lain yang berkaitan
dengannya. Kajian literatur ini membantu dalam membuat kajian yang selanjutnya
bagi membuat analisa data dan membantu dalam mencapai objektif kajian ini.
46

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Sebelum meneruskan kajian dengan lebih mendalam, perancangan yang teliti


harus dibuat untuk memastikan kajian dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur.
Perancangan amat penting untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku
terutamanya dari segi pengurusan masa. Justeru, satu metodologi kajian perlu
dilakukan untuk menunjukkan aliran kerja sepanjang kajian. Metodologi kajian
menunjukkan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab
permasalah kajian.

Kaedah metodologi yang baik dikenalpasti terlebih dahulu supaya objektif


dan matlamat kajian boleh dikenalpasti dan dicapai. Perkara yang penting semasa
mereka bentuk metodologi adalah mengenalpasti isu atau masalah yang timbul.
Kemudian membuat perancangan awal kajian dengan menetapkan objektif kajian,
skop kajian serta kepentingan kajian yang hendak dijalankan.
47

Secara ringkasnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap


kepuasan juruukur bahan terhadap kebajikan yang disediakan. Terdapat dua
peringkat yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini iaitu peringkat
pengumpulan data dan peringkat analisis data. Kemudian disusuli dengan
kesimpulan serta cadangan penambahbaikan pada masa akan datang.

3.2 Peringkat Kajian Awal

Kajian awal dibuat untuk memberi gambaran yang jelas tentang kajian yang
hendak dijalankan dengan mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan.
Kajian awal ini biasanya dilakukan melalui kajian literatur untuk mendapatkan
maklumat mengenai isu yang dibincangkan di samping mengenalpasti cara
penyelesaian kepada isu tersebut.

Kajian literatur adalah proses pengumpulan maklumat-maklumat yang


berkaitan berdasarkan buku-buku rujukan, kajian terdahulu, jurnal-jurnal, artikel-
artikel serta laman web yang disediakan di internet. Segala maklumat-maklumat
yang diperolehi adalah penting untuk menyokong kajian yang dijalankan. Kajian
literatur yang dibuat pada sepanjang kajian ini untuk memperolehi maklumat yang
secukupnya.

3.3 Peringkat Pengumpulan Data

Setelah mengenalpasti elemen-elemen kebajikan yang diperuntukkan oleh


undang-undang kepada pekerja, proses seterusnya adalah untuk mencapai objektif
48

kajian dengan mendapatkan maklumat daripada juruukur bahan yang bekerja di


firma ukur bahan mengenai tahap kepuasan mereka terhadap kebajikan yang
disediakan di firma mereka.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan data-


data yang diperlukan bagi mencapai objektif kajian iaitu dengan mengadakan
temubual dengan juruukur bahan, membuat kajian soal selidik atau membuat
pemerhatian di firma juruukur bahan. Walaubagaimanapun, kajian soal selidik
digunakan untuk mengenalpasti tahap kepuasan juruukur bahan terhadap kebajikan
yang disediakan bagi kajian yang dijalankan ini.

3.3.1 Proses Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk kajian ini adalah melalui
kajian soal selidik. Kajian soal selidik ini melibatkan beberapa peringkat iaitu
peringkat penyediaan borang soal selidik, mengenalpasti latar belakang responden
dan pengedaran borang soal selidik kepada responden.

3.3.1.1 Penyediaan Instrumen Kajian

Proses penyediaan borang soal selidik adalah amat penting dalam kajian ini
kerana soalan yang dimasukkan dalam borang soal selidik seharusnya boleh
mencapai objektif kajian. Setiap soalan yang disediakan haruslah berhubung dengan
objektif kajian. Borang soal selidik yang disediakan merangkumi tiga bahagian iaitu
bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
49

i) Bahagian A

Soalan di dalam bahagian ini bertujuan untuk mengenalpasti latar belakang


juruukur bahan yang dipilih. Soalan yang terdapat dalam bahagian ini
termasuklah jantina, umur, jenis firma serta tempoh perkhidmatan juruukur bahan
dengan firma.

ii) Bahagian B

Bahagian B pula merangkumi soalan-soalan yang menjurus kepada tahap


kepuasan mereka terhadap kebajikan-kebajikan asas yang disediakan di dalam
firma. Skala likert akan digunakan dalam soalan ini. Responden dikehendaki
menentukan tahap kepuasan mereka terhadap kebajikan di firma mereka bekerja
berdasarkan penilaian skala likert. Responden hanya perlu menandakan jawapan
mereka tentang sesuatu kenyataan yang dinyatakan berdasarkan skala yang
ditetapkan.

Jadual 3.1 : Pengkelasan Skala Likert

Pernyataan Skor
Sangat Memuaskan 5
Memuaskan 4
Kurang Memuaskan 3
Tidak Memuaskan 2
Sangat tidak Memuaskan 1

Data-data yang diperolehi daripada bahagian ini membantu dalam mencapai


objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap kepuasan juruukur bahan
terhadap kebajikan yang disediakan di dalam firma juruukur bahan tempat
mereka bekerja.
50

iii) Bahagian C

Bahagian C pula merangkumi soalan-soalan yang menjurus kepada tahap


kepuasan mereka terhadap kebajikan-kebajikan tambahan di mana kebajikan ini
disediakan berdasarkan budi bicara majikan. Skala likert digunakan dalam
soalan ini. Responden dikehendaki menentukan tahap kepuasan mereka terhadap
kebajikan di firma mereka bekerja berdasarkan penilaian skala likert. Responden
hanya perlu menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan yang
dinyatakan berdasarkan skala yang ditetapkan.

3.3.1.2 Responden Kajian

Setelah borang soal selidik disediakan, latar belakang responden ditentukan


untuk memilih responden yang sesuai untuk menjawab borang soal selidik. Juruukur
bahan yang dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini adalah juruukur bahan
yang bekerja di firma ukur bahan Malaysia yang telah berdaftar di Lembaga
Juruukur Bahan Malaysia (LJBM).

3.3.1.3 Pengumpulan Data

Terdapat dua kaedah pengedaran borang soal selidik yang akan digunakan.
Yang pertama ialah dengan membuat lawatan terus ke firma-firma ukur bahan untuk
meminta pihak-pihak yang berkaitan mengisi birang soal selidik yang telah
disediakan. Kaedah yang kedua pula adalah melalui perkhidmatan pos di mana
borang soal selidik yangdihantar ke firma-firma ukur bahan melalui pos.
51

Untuk memudahkan responden, sampul surat berstem juga dilampirkan sekali


dengan borang soal selidik untuk memudahkan responden memulangkan borang soal
selidik yang telah diisi. Sebanyak 120 borang soal selidik diedarkan di mana 70 set
pula diedarkan melalui lawatan terus ke firma ukur bahan dan 50 set lagi diedarkan
melalui perkhidmatan pos.

3.4 Kaedah analisis data

Data dan maklumat yang diperolehi melalui borang soal selidik


dipersembahkan dalam bentuk yang mudah untuk difahami seperti carta bar dan
jadual. Penerangan dan huraian yang lengkap secara bertulis mengenai jadual dan
carta tersebut turut dibuat. Analisis data ini adalah penting untuk mencapai objektif
kajian seterusnya dapat digunakan untuk membuat rumusan dan cadangan kepada
kajian seterusnya.

Bagi soalan-soalan di bahagian A iaitu maklumat seperti latar belakang


responden boleh dianalisis menggunakan nilai peratusan untuk menerangkan
hubungan di antara satu sama lain. Manakala, bagi soalan di bahagian B dan C pula
yang berbentuk skala likert, maklumat seperti tahap kepuasan juruukur bahan boleh
dianalisis menggunakan pengiraan min dan skor.
52

3.4.1 Analisis Statistik Frekuensi

Statistik frekuensi merupakan statistik deskriptif yang paling asas di mana ia


menunjukkan kekerapan situasi dan data tersebut berlaku. Data yang mempunyai
kekerapan yang tinggi bermakna data tersebut adalah pilihan terbanyak yang dipilih
responden yang terlibat. Kekerapan ini kemudiannya diproses dan diintepretasikan
dalam bentuk peratusan dan ditunjukkan dalam bentuk jadual atau carta bar.

3.4.2 Min

Nilai min bagi setiap kenyataan pemboleh-ubah membolehkan setiap


keputusan dibuat sama ada kenyataan tersebut mempengaruhi responden atau
sebaliknya. Min ialah purata yang diperolehi dengan menambahkan semua skor dan
dibahagikan dengan jumlah responden. Nilai ini menerangkan kecenderungan setiap
pemboleh ubah secara purata. Formula yang digunakan ditunjukkan seperti berikut :

( ) ( ) ( ) ( ) ( )

A + B + C + D + E = N ( Jumlah Responden)

Sumber : Mohamad Najib Abdul Ghafar, (2003).


53

3.4.3 Julat Min Tahap Persetujuan

Keputusan yang diperolehi daripada Skala Likert lima mata akan dianalisis
melalui kaedah min untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang data yang
telah dikumpulkan. Jadual 3.2 menunjukkan tahap persetujuan tesponden yang boleh
dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana atau tinggi
mengikut kategori. Skala pengiraan boleh didapati dengan menggunakan formula
berikut (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003) :

Jadual 3.2 : Julat Min Tahap Kepuasan Terhadap Kebajikan Yang Disediakan Di
Firma Ukur Bahan

Selang Skala Min Tahap Persetujuan


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi

Sumber : Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003)

3.5 Rumusan Bab

Secara keseluruhannya, Bab ini membincangkan tentang pendekatan kajian


yang telah dirancang oleh penyelidik dalam mengenalpasti kaedah kajian yang sesuai
digunakan untuk mengumpul data dan mencapai objektif kajian.
54

BAB 4

ANALISIS DAN HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan analisis dan hasil kajian ke atas data-data di dalam
borang soal selidik yang diedarkan. Analisis dalam bab ini akan dibahagikan kepada
beberapa bahagian iaitu latar belakang responden dan tahap kepuasan juruukur bahan
terhadap kebajikan-kebajikan asas dan kebajikan-kebajikan tambahan yang
disediakan di firma ukur bahan.

4.2 Latar Belakang Responden

Sejumlah 120 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden namun
hanya sebanyak 45 set borang sahaja yang berjaya dikembalikan. Ini termasuk 2 set
borang soal selidik yang dikembalikan melalui faks. Walaupun sebanyak 45 set
borang soal selidik dikembalikan, tetapi beberapa data tidak digunakan untuk
55

dianalisis kerana tidak lengkap diisi dan tiada pengesahan cop firma. Justeru, jumlah
borang soal selidik yang akan digunakan untuk analisis dan sah ialah 31 set sahaja.
Jadual 4.1 di bawah menunjukkan kadar pulangan borang soal selidik.

Jadual 4.1 : Kadar Pulangan Borang Soal Selidik

Jumlah Diedarkan 120 set


Jumlah yang diterima dan boleh 31 set
diguna pakai
Kadar Pulangan 31/120 x 100% = 25.83%

Analisis maklumat responden dibahagikan kepada analisis saiz firma, jantina,


kadar gaji dan tempoh perkhidmatan dalam firma ukur bahan.

4.2.1 Analisis Saiz Firma

Jadual 4.2 : Bilangan Responden dan Peratusan mengikut Saiz Firma

Saiz Firma Bilangan Responden dan Peratusan


Firma Kecil 10 32.5%
Firma Sederhana 11 35%
Firma Besar 10 32.5%
Jumlah 31 100%
56

Jadual 4.2 di atas menunjukkan bilangan responden dan peratusan mengikut


saiz firma. Seramai 10 orang (32.5 peratus) responden dari firma kecil, 11 orang (35
peratus) responden dari firma sederhana dan 10 orang (32.5 peratus) dari firma besar.
Secara keseluruhannya, bilangan responden daripada ketiga-tiga saiz firma adalah
seimbang. Justeru, kajian kepuasan juruukur bahan terhadap kebajikan yang
disediakan akan dianalisis berdasarkan perbezaan saiz firma.

4.2.2 Analisis Jantina

Jadual 4.3 : Bilangan Responden dan Peratusan Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Responden dan Peratusan


Lelaki 16 52%
Perempuan 15 48%
Jumlah 31 100%

Jadual 4.3 menunjukkan bilangan responden dan peratusan mengikut jantina.


Seperti yang dilihat daripada jadual di atas, bilangan responden lelaki lebih ramai
iaitu sebanyak 16 orang iaitu 52 peratus dan bilangan responden perempuan seramai
15 orang iaitu 48 peratus. Ini menunjukkan responden kepada kajian ini adalah
seimbang mengikut jantina.
57

4.2.3 Analisis Kadar Gaji

Jadual 4.4 : Bilangan Responden dan Peratusan Mengikut Kadar Gaji

Kadar Gaji Bilangan Responden dan Peratusan


Kurang dari RM1,500 sebulan 0 0%
RM1,500 – RM 3,000 sebulan 24 77%
RM3,001 – RM5,000 sebulan 7 23%
Lebih dari RM5,000 sebulan 0 0%
Jumlah 31 100%

Jadual 4.4 di atas menunjukkan bilangan responden dan peratusan mengikut


kadar gaji bulanan. Secara keseluruhan, majoriti daripada responden bagi kajian ini
mempunyai kadar gaji bulanan daripada RM1,500 hingga RM3,000 sebulan iaitu
seramai 24 orang (77 peratus). Selebihnya, seramai 7 orang mempunyai kadar gaji
sebanyak RM3,001 hingga RM5,000 sebulan iaitu (23 peratus). Ini menunjukkan
juruukur bahan yang bekerja di firma-firma ukur bahan mempunyai kadar gaji yang
sama.
58

4.2.4 Analisis Tempoh Perkhidmatan

Jadual 4.5 : Bilangan Responden dan Peratusan Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Tempoh Perkhidmatan Bilangan Responden dan Peratusan


Kurang dari 2 tahun 11 35%
2 tahun dan kurang dari 5 tahun 12 39%
5 tahun atau lebih 8 26%
Jumlah 31 100%

Berdasarkan Jadual 4.5 di atas, majoriti responden telah berkhidmat di Firma


Ukur Bahan dalam lingkungan 2 tahun dan kurang dari 5 tahun iaitu seramai 12
orang (39 peratus). Selebihnya, sebanyak 11 orang ( 35 peratus) berkhidmat kurang
dari 2 tahun dan seterusnya 8 orang (26 peratus) berkhidmat selama 5 tahun atau
lebih lama.

4.3 Analisis Tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap Kebajikan-


kebajikan Asas Yang Disediakan

Bahagian ini akan melihat tahap kepuasan responden terhadap kebajikan-


kebajikan asas yang disediakan berasaskan peruntukan minimum undang-undang.
Sebanyak 25 item yang berkaitan dengan kebajikan-kebajikan asas yang disediakan.
Item-item tersebut telah dibahagikan kepada 3 kategori kebajikan iaitu dari segi
persekitaran kerja, faedah jaminan keselamatan sosial dan hak-hak pekerja. Jadual
4.6 dan jadual 4.7 di bawah menunjukkan senarai kebajikan-kebajikan asas dan
tambahan yang disediakan secara keseluruhan.
59

Jadual 4.6 : Senarai Kebajikan-kebajikan Asas Yang Disediakan Secara


Keseluruhan.

Bil Kebajikan-kebajikan asas yang disediakan


1 Persekitaran Kerja
i) Kemudahan Kesihatan
ii) Kemudahan Keselamatan
2 Faedah Jaminan Keselamatan Sosial
3 Hak-hak Pekerja
i) Masa Bekerja
ii) Pemberian Cuti
iii) Pembayaran Gaji di Luar Masa Bekerja

Jadual 4.7 : Senarai Kebajikan-kebajikan Tambahan Yang Disediakan Secara


Keseluruhan.

Bil Kebajikan-kebajikan Tambahan Yang Disediakan


1 Faedah Insurans
2 Faedah Pinjaman
3 Faedah Subsidi dan elaun
4 Kemudahan di Tempat Kerja
5 Latihan, kaunseling dan kemudahan sosial
60

4.3.1 Analisis Persekitaran Kerja

Bagi kategori persekitaran kerja pula kebajikan akan dibahagikan kepada 2


kategori iaitu kemudahan kesihatan dan kemudahan kesihatan.

4.3.1.1 Analisis Kemudahan Kesihatan

Jadual 4.8 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan terhadap
Kemudahan Kesihatan yang terdapat di Firma Ukur bahan

Firma
Kemudahan Firma Kecil Firma Besar
Bil Sederhana
Kesihatan
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
1.1 Pengudaraan di 3.80 Tinggi 3.82 Tinggi 3.6 Sederhana
tempat Kerja
1.2 Pencahayaan di 3.90 Tinggi 3.82 Tinggi 3.70 Tinggi
tempat kerja
1.3 Ruang Kerja untuk 4.00 Tinggi 3.82 Tinggi 3.10 Sederhana
memudahkan
pergerakan
1.4 Susun atur stesen 4.00 Tinggi 4.00 Tinggi 3.40 Sederhana
kerja dan tempat
duduk
1.5 Kebersihan di tempat 3.70 Tinggi 4.10 Tinggi 3.70 Tinggi
kerja
KESELURUHAN 3.88 Tinggi 3.91 Tinggi 3.5 Sederhana
61

Tahap Kepuasan Responden


4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5 Firma Kecil
1 Firma Sederhana
0.5
Firma Besar
0
Pengudaraan Pencahayaan Ruang Kerja Susun atur Kebersihan di
di tempat di tempat untuk stesen kerja tempat kerja
Kerja kerja memudahkan dan tempat
pergerakan duduk
Kemudahan Kesihatan

Rajah 4.1 : Taburan responden mengikut min dalam kategori kemudahan kesihatan
yang menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap Kebajikan Asas yang
Disediakan

Berdasarkan Jadual 4.8 dan Rajah 4.1 di atas , purata min kepuasan di firma
sederhana menunjukkan tahap kepuasan yang paling tinggi iaitu 3.91 diikuti dengan
firma kecil dengan purata min 3.88. Manakala, di firma besar pula mempunyai tahap
kepuasan yang sederhana dengan purata min 3.5.

Bagi responden di firma kecil dan sederhana, kesemua kemudahan kesihatan


yang disediakan dari segi pengudaraan, pencahayaan, ruang kerja untuk
memudahkan pergerakan, susun atur stesen kerja dan tempat duduk dan kebersihan
di tempat kerja menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi. Bagi firma besar
pula,tahap kepuasan yang tinggi hanyalah pada pencahayaan dan kebersihan di
tempat kerja manakala tahap kepuasan terhadap pengudaraan, ruang kerja dan susun
atur di tempat kerja adalah sederhana.
62

4.3.1.2 Analisis Kemudahan Keselamatan

Jadual 4.9 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan terhadap
Kemudahan Keselamatan yang terdapat di Firma Ukur bahan

Firma
Kemudahan Firma Kecil Firma Besar
Bil Sederhana
Keselamatan
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
1.6 Sistem pencegah 3.20 Sederhana 3.55 Sederhana 3.40 Sederhana
kebakaran di
tempat kerja
1.7 Sistem pengera 3.20 Sederhana 3.64 Sederhana 3.80 Tinggi
keselamatan di
tempat kerja
1.8 Tanda-tanda 2.80 Sederhana 3.09 Sederhana 3.50 Sederhana
amaran bahaya di
tempat kerja
1.9 Tanda-tanda 2.90 Sederhana 3.09 Sederhana 3.50 Sederhana
Arahan
keselamatan di
tempat kerja
KESELURUHAN 3.02 Sederhana 3.34 Sederhana 3.55 Sederhana
63

Tahap Kepuasan Responden


4
3.5
3
2.5
Min

2
1.5 Firma Kecil
1 Firma Sederhana
0.5 Firma Besar

0
Sistem Sistem pengera Tanda-tanda Tanda-tanda
pencegah keselamatan di amaran bahaya Arahan
kebakaran di tempat kerja di tempat kerja keselamatan di
tempat kerja tempat kerja
Kemudahan Keselamatan

Rajah 4.2 : Taburan responden mengikut min dalam kategori kemudahan


keselamatan yang menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap Kebajikan
Asas yang Disediakan

Berdasarkan Jadual 4.9 dan rajah 4.2, responden yang bekerja di ketiga-tiga
saiz firma mempunyai tahap kepuasan yang sederhana iaitu dengan kadar min
keseluruhan firma kecil (min = 3.02), firma sederhana (min = 3.34) dan firma besar
(min = 3.55). Tahap kepuasan yang paling tinggi adalah firma besar terhadap sistem
pengera keselamatan di tempat kerja dengan purata min 3.80. Manakala, tahap
kepuasan paling rendah adalah firma kecil iaitu terhadap tanda-tanda amaran bahaya
di tempat kerja dengan purata min 2.80.
64

4.3.2 Analisis Faedah Jaminan Keselamatan Sosial

Jadual 4.10 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan
terhadap Faedah Jaminan Keselamatan Sosial yang terdapat di Firma Ukur bahan

Firma
Faedah Jaminan Firma Kecil Firma Besar
Bil Sederhana
Keselamatan Sosial
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
2.1 Pertubuhan 4.40 Tinggi 4.18 Tinggi 4.60 Tinggi
Keselamatan Sosial
(PERKESO)
2.2 Kumpulan Wang 4.50 Tinggi 4.18 Tinggi 4.60 Tinggi
Simpanan Pekerja
(KWSP)
KESELURUHAN 4.45 Tinggi 4.18 Tinggi 4.60 Tinggi

Tahap KepuasanResponden
4.7

4.6

4.5

4.4
Min

4.3 Firma Kecil

4.2 Firma Sederhana

4.1 Firma Besar

3.9
PERKESO KWSP
Faedah Jaminan Keselamatan Sosial

Rajah 4.3 : Taburan responden mengikut min dalam kategori Faedah Jaminan
Keselamatan Sosial yang menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap
Kebajikan Asas yang Disediakan
65

Berdasarkan Jadual 4.10 dan Rajah 4.3, kepuasan responden terhadap faedah
jaminan keselamatan sosial di firma kecil, sederhana dan besar secara
keseluruhannya adalah tinggi di mana masing-masing mempunyai purata min 4.45,
4.18 dan 4.60. Secara keseluruhannya, firma besar mempunyai tahap kepuasan
paling tinggi terhadap faedah jaminan keselamatan sosial dengan purata min 4.60
pada kedua-dua item faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan faedah
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

4.3.3 Analisis Hak-hak Pekerja

Bagi kategori hak-hak pekerja pula tahap kepuasan terhadap kebajikan akan
dibahagikan kepada 3 kategori iaitu masa bekerja, pemberian cuti dan pembayaran
gaji di luar masa bekerja.
66

4.3.3.1 Analisis Masa Bekerja

Jadual 4.11 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan
terhadap Masa Bekerja yang terdapat di Firma Ukur bahan

Firma
Firma Kecil Firma Besar
Bil Masa bekerja Sederhana
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
3.1 Masa bekerja yang 4.20 Tinggi 4.55 Tinggi 3.80 Tinggi
ditetapkan
3.2 Masa rehat yang 4.40 Tinggi 4.64 Tinggi 4.10 Tinggi
dibenarkan
3.3 Kerja lebih masa 4.30 Tinggi 3.64 Tinggi 4.00 Tinggi
yang dibenarkan
KESELURUHAN 4.30 Tinggi 4.28 Tinggi 3.97 Tinggi

Tahap KepuasanResponden
5
4.5
4
3.5
3
Min

2.5
Firma Kecil
2
Firma Sederhana
1.5
1 Firma Besar
0.5
0
Masa bekerja yang Masa rehat yang Kerja lebih masa yang
ditetapkan dibenarkan dibenarkan
Masa Bekerja

Rajah 4.4 : Taburan responden mengikut min dalam kategori Masa Bekerja yang
menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap Kebajikan Asas yang
Disediakan
67

Berdasarkan Jadual 4.11 dan Rajah 4.4, tahap kepuasan responden terhadap
masa bekerja yang ditetapkan adalah tinggi bagi ketiga-tiga saiz firma di mana
masing masing mempunyai purata min firma kecil (min = 4.30), firma sederhana
(min = 4.28) dan firma besar (min = 3.97). Tahap kepuasan yang paling tinggi dan
paling rendah adalah di firma sederhana iaitu terhadap masa rehat yang dibenarkan
dengan purata min 4.64 manalaka tahap kepuasan yang terendah adalah terhadap
kerja lebih masa yang dibenarkan iaitu dengan purata min 3.64.
Walaubagaimanapun, purata min terendah ini masih dalam tahap kepuasan yang
tinggi.

4.3.3.2 Pemberian Cuti

Jadual 4.12 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan
terhadap Pemberian Cuti yang terdapat di Firma Ukur bahan

Firma
Firma Kecil Firma Besar
Bil Pemberian Cuti Sederhana
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
3.4 Cuti umum 4.30 Tinggi 4.64 Tinggi 4.3 Tinggi
3.5 Cuti tahunan 4.30 Tinggi 4.18 Tinggi 4.3 Tinggi
3.6 Cuti sakit 4.30 Tinggi 4.27 Tinggi 4.1 Tinggi
3.7 Cuti rehat mingguan 4.20 Tinggi 4.18 Tinggi 4.1 Tinggi
3.8 Cuti bersalin bagi 4.30 Tinggi 4.36 Tinggi 4.7 Tinggi
wanita
KESELURUHAN 4.28 Tinggi 4.33 Tinggi 4.30 Tinggi
68

Tahap Kepuasan Responden


4.8
4.7
4.6
4.5
4.4
Min

4.3
Firma Kecil
4.2
Firma Sederhana
4.1
4 Firma Besar
3.9
3.8
Cuti umum Cuti tahunan Cuti sakit Cuti rehat Cuti bersalin
mingguan bagi wanita
Pemberian Cuti

Rajah 4.5 : Taburan responden mengikut min dalam kategori Pemberian Cuti yang
menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap Kebajikan Asas yang
Disediakan

Berdasarkan Jadual 4.12 dan Rajah 4.5, tahap kepuasan responden di firma
kecil, sederhana dan besar adalah tinggi bagi ketiga-tiga saiz firma di mana masing
masing mempunyai purata min firma kecil (min = 4.28), firma sederhana (min =
4.33) dan firma besar (min = 4.30). Secara keseluruhannya, tahap kepuasan terhadap
pemberian cuti bagi ketiga-tiga firma adalah sangat tinggi di mana purata min
terhadap kesemua item adalah melebihi 4 dan tahap kepuasan yang paling tinggi
adalah dari firma besar iaitu terhadap pemberian cuti bersalin bagi wanita dengan
purata min 4.7.
69

4.3.3.3 Analisis Pembayaran Gaji Di Luar Masa Bekerja

Jadual 4.13 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan
terhadap Pembayaran Gaji Di Luar Masa Bekerja yang terdapat di Firma Ukur bahan

Pembayaran gaji Firma


Firma Kecil Firma Besar
Bil di luar masa Sederhana
bekerja Min Tahap Min Tahap Min Tahap
3.9 Untuk kerja lebih 3.40 Sederhana 2.64 Sederhana 2.90 Sederhana
masa
3.10 Untuk bekerja pada 3.70 Tinggi 3.64 Sederhana 3.80 Tinggi
cuti umum
3.11 Untuk bekerja pada 3.80 Tinggi 3.81 Tinggi 3.70 Tinggi
cuti tahunan
3.12 Untuk bekerja pada 3.90 Tinggi 3.55 Sederhana 3.60 Sederhana
cuti mingguan
3.13 Untuk cuti sakit 3.70 Tinggi 3.73 Tinggi 3.70 Tinggi
3.14 Untuk cuti bersalin 3.70 Tinggi 3.91 Tinggi 3.90 Tinggi
KESELURUHAN 3.70 Tinggi 3.55 Sederhana 3.60 Sederhana
70

Tahap Kepuasan Responden


4.5
4
3.5
3
2.5
Min

Firma Kecil
2
Firma Sederhana
1.5
Firma Besar
1
0.5
0
3.9 3.1 3.11 3.12 3.13 3.14
Pembayaran Gaji Di Luar Masa Bekerja

Rajah 4.6 : Taburan responden mengikut min dalam kategori Pembayaran Gaji Di
Luar Masa Bekerja yang menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap
Kebajikan Asas yang Disediakan

Berdasarkan jadual 4.13 dan Rajah 4.6, firma kecil mempunyai tahap
kepuasan yang tinggi iaitu dengan purata min 3.70 manakala firma sederhana dan
besar mempunyai tahap kepuasan yang sederhana dengan purata min 3.55 bagi firma
sederhana dan 3.60 bagi firma besar. Tahap kepuasan yang paling tinggi dan paling
rendah adalah di firma sederhana iaitu yang paling tinggi terhadap pembayaran gaji
untuk cuti bersalin dengan purata min 3.91 manalaka tahap kepuasan yang terendah
adalah terhadap pembayaran gaji untuk kerja lebih masa iaitu dengan purata min
2.64.
71

4.4 Analisis Kebajikan-kebajikan Tambahan Yang Disediakan

Kebajikan-kebajikan tambahan merupakan kebajikan yang disediakan atas


budi bicara majikan. Justeru, responden diminta untuk memberi tahap kepuasan
terhadap kebajikan tambahan yang terdapat di firma tempat responden bekerja
sahaja. Secara keseluruhannya, terdapat 31 orang responden dari firma-firma yang
berbeza diminta untuk menjawab borang soal selidik untuk mengenalpasti kebajikan-
kebajikan tambahan yang disediakan di firma-firma ukur bahan.

Jadual 4.14 menunjukkan jenis-jenis kebajikan tambahan dan bilangan firma


yang menyediakan berdasarkan maklum balas daripada 31 orang responden.
Berdasarkan jadual 4.14 di bawah, kesemua firma menyediakan kemudahan tandas,
kemudahan tempat mencuci dan kemudahan makanan dan minuman. Sementara itu,
pinjaman untuk membeli kenderaan tidak disediakan di semua firma ukur bahan.
Berdasarkan peratusan di bawah didapati bahawa firma besar lebih banyak
menyediakan kebajikan-kebajikan tambahan kepada pekerjanya diikuti dengan firma
sederhana dan firma kecil.

Jadual 4.14 : Kebajikan-Kebajikan Tambahan Yang Terdapat Di Firma-Firma


Tempat Responden Bekerja
72

Bilangan Responden dan Peratusan

Firma Firma
Bil Kebajikan-kebajikan Tambahan Firma Kecil
Sederhana Besar
Bil % Bil % Bil %
1 Faedah Insurans
1.1 Faedah kematian semasa 1 0.1 3 27 2 20
perkhidmatan
1.2 Insurans kemalangan peribadi 1 0.1 2 18 2 20
1.3 Insurans perubatan dan kesihatan 1 0.1 5 45 3 30
2 Faedah Pinjaman
2.1 Pinjaman untuk kenderaan - - - - - -
2.2 Pinjaman untuk kecemasan - - 3 27 2 20
2.3 Pinjaman semasa perayaan 2 20 3 27 2 20
2.4 Pinjaman untuk pendidikan 1 10 2 18 3 30
3 Faedah subsidi dan elaun
3.1 Subsidi pengangkutan pekerja - - - - 9 90
3.2 Elaun perjalanan kenderaan 9 90 10 91 10 100
3.3 Subsidi pinjaman perumahan - - - - 3 30
3.4 Pemberian bonus 9 90 11 100 9 90
4 Kemudahan di Tempat Kerja
4.1 Kemudahan tandas 10 100 11 100 10 100
4.2 Kemudahan tempat mencuci 10 100 11 100 10 100
4.3 Kemudahan makanan dan 10 100 11 100 10 100
minuman
4.4 Kemudahan tempat rehat dan 10 100 10 91 10 100
makan
5 Latihan, kaunseling dan
kemudahan sosial
5.1 Sukan dan kemudahan social 2 20 7 64 9 90
5.2 Kaunseling pra-persaraan - - 2 18 5 50
5.2 Peluang latihan dan pembangunan 2 20 7 64 9 90
JUMLAH 68 45 99 60 101 67
73

*Peratusan firma kecil daripada 10 jumlah firma, firma sederhana daripada 11


jumlah firma dan firma besar daripada 10 jumlah firma yang menyediakan
kemudahan-kemudahan tambahan ini.
* tanda (-) bermaksud kebajikan tersebut tidak disediakan

4.4.1 Analisis Faedah Insurans

Jadual 4.15 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan
terhadap Faedah Insurans yang terdapat di Firma Ukur bahan

Firma
Firma Kecil Firma Besar
Bil Faedah Insurans Sederhana
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
1.1 Faedah kematian
4.00 Tinggi 3.00 Sederhana 3.50 Sederhana
semasa perkhidmatan
1.2 Insurans Kemalangan
4.00 Tinggi 2.50 Sederhana 4.00 Tinggi
peribadi
1.3 Insurans perubatan
4.00 Tinggi 3.00 Sederhana 3.67 Sederhana
dan kesihatan
KESELURUHAN 4.00 Tinggi 2.83 Sederhana 3.72 Tinggi
74

Tahap Kepuasan responden


4.5
4
3.5
3
2.5
Min

2 Firma Kecil
1.5 Firma Sederhana
1 Firma Besar
0.5
0
Faedah kematian Insurans Kemalangan Insurans perubatan
semasa perkhidmatan peribadi dan kesihatan
Faedah Insurans

Rajah 4.7 : Taburan responden mengikut min dalam kategori Faedah Insurans yang
menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap Kebajikan Tambahan yang
Disediakan

Berdasarkan Jadual 4.15 dan Rajah 4.7, firma kecil dan firma besar
mempunyai tahap kepuasan yang tinggi iaitu dengan purata min 4.00 dan 3.72.
Manakala firma sederhana mempunyai tahap kepuasan yang sederhana dengan
purata min 2.83. Firma kecil secara keseluruhannya mempunyai tahap kepuasan yang
paling tinggi terhadap ketiga-tiga item di elemen faedah insurans iaitu terhadap
faedah kematian semasa perkhidmatan, insurans kemalangan peribadi dan faedah
insurans perubatan dan kesihatan dengan purata min 4.00 bagi ketiga-tiga item.
Manakala, tahap kepuasan paling rendah adalah firma sederhana terhadap insurans
kemalangan peribadi dengan purata min 2.50 iaitu pada tahap sederhana.
75

4.4.2 Analisis Faedah Pinjaman

Jadual 4.16 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan
terhadap Faedah Pinjaman yang terdapat di Firma Ukur bahan

Firma Kecil Firma Firma Besar


Bil Faedah Pinjaman Sederhana
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
2.3 Pinjaman untuk
- - 4.00 Tinggi 3.50 Sederhana
kecemasan
2.4 Pinjaman semasa
4.00 Tinggi 3.67 Sederhana 4.50 Tinggi
perayaan
2.5 Pinjaman untuk
4.00 Tinggi 4.00 Tinggi 3.67 Sederhana
pendidikan
KESELURUHAN 4.00 Tinggi 3.89 Tinggi 3.89 Tinggi

Tahap Kepuasan Responden


5
4.5
4
3.5
3
Min

2.5
Firma kecil
2
Firma Sederhana
1.5
1 Firma Besar
0.5
0
Pinjaman untuk Pinjaman semasa Pinjaman untuk
kecemasan perayaan pendidikan
Faedah Pinjaman

Rajah 4.8 : Taburan responden mengikut min dalam kategori Faedah Pinjaman yang
menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap Kebajikan Tambahan yang
Disediakan
76

Berdasarkan Jadual 4.16 dan Rajah 4.8 di atas, ketiga-tiga firma ukur bahan
mempunyai tahap kepuasan yang tinggi iaitu firma kecil dengan purata min 4.00,
firma sederhana dan firma besar mempunyai purata min yang sama iaitu 3.89. Tahap
kepuasan yang paling tinggi dan paling rendah adalah di firma besar iaitu yang
paling tinggi terhadap faedah pinjaman semasa perayaan dengan purata min 4.50
manalaka tahap kepuasan yang terendah adalah terhadap faedah pinjaman untuk
kecemasan iaitu dengan purata min 3.50. Seperti yang dilihat di Jadual 4.16, faedah
pinjaman untuk kecemasan tidak disediakan di firma kecil. Walaubagaimanapun,
faedah pinjaman untuk kecemasan ini memberi tahap kepuasan yang paling tinggi
bagi firma sederhana.

4.4.3 Analisis Faedah Subsidi dan Elaun

Jadual 4.17 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan
terhadap Faedah Subsidi dan Elaun yang terdapat di Firma Ukur bahan

Bil Faedah Subsidi Firma Kecil Firma Firma Besar


dan Elaun Sederhana
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
3.1 Subsidi
pengangkutan - - - - 3.88 Tinggi
pekerja
3.2 Elaun perjalanan
3.56 Sederhana 3.60 Sederhana 4.00 Tinggi
kenderaan
3.3 Subsidi pinjaman
- - - - 3.33 Sederhana
perumahan
3.4 Pemberian bonus 3.67 Sederhana 3.27 Sederhana 3.60 Sederhana
KESELURUHAN 3.61 Sederhana 2.62 Sederhana 3.70 Tinggi
77

Tahap Kepuasan Responden


4.5
4
3.5
3
2.5
Min

2 Firma kecil
1.5
Firma Sederhana
1
Firma Besar
0.5
0
Subsidi Elaun perjalanan Subsidi Pemberian
pengangkutan kenderaan pinjaman bonus
pekerja perumahan
Faedah Subsidi dan Elaun

Rajah 4.9 : Taburan responden mengikut min dalam kategori Faedah Subsidi dan
Elaun yang menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap Kebajikan
Tambahan yang Disediakan

Berdasarkan jadual 4.17, firma kecil dan firma sederhana mempunyai tahap
kepuasan yang sederhana dengan purata min 3.61 dan 2.62. Manakala firma besar
pula mempunyai tahap kepuasan yang tinggi iaitu 3.70. Seperti yang dilihat dalam
jadual 4.17, faedah subsidi pengangkutan pekerja dan faedah subsidi pinjaman
perumahan tidak disediakan di firma kecil dan sederhana dan hanya beberapa sahaja
disediakan di firma besar. Tahap kepuasan yang paling tinggi adalah daripada firma
besar terhadap elaun perjalanan kenderaan dengan purata min 4.00. Tahap kepuasan
yang paling rendah pula adalah firma sederhana terhadap pemberian bonus dengan
min 3.27.
78

4.4.4 Analisis Kemudahan Di Tempat Kerja

Jadual 4.18 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan
terhadap Kemudahan di Tempat Kerja yang terdapat di Firma Ukur bahan

Bil Kemudahan di Firma Kecil Firma Sederhana Firma Besar


Tempat Kerja Min Tahap Min Tahap Min Tahap
4.1 Kemudahan tandas 3.80 Tinggi 3.64 Sederhana 4.10 Tinggi
4.2 Kemudahan tempat
3.90 Tinggi 3.73 Tinggi 4.10 Tinggi
mencuci
4.3 Kemudahan makanan
3.80 Tinggi 3.64 Sederhana 3.80 Tinggi
dan minuman
4.4 Kemudahan tempat
4.10 Tinggi 3.80 Tinggi 4.00 Tinggi
rehat untuk makan
KESELURUHAN 3.90 Tinggi 3.70 Tinggi 4.00 Tinggi

Tahap Kepuasan Responden


4.2
4.1
4
3.9
Min

3.8
Firma Kecil
3.7
3.6 Firma Sederhana

3.5 Firma Besar

3.4
Kemudahan Kemudahan Kemudahan Kemudahan
tandas tempat mencuci makanan dan tempat rehat
minuman untuk makan
Kemudahan di Tempat Kerja

Rajah 4.10 : Taburan responden mengikut min dalam kategori Persekitaran Kerja
yang menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap Kebajikan Tambahan
yang Disediakan
79

Berdasarkan Jadual 4.18 dan Rajah 4.10,, tahap kepuasan responden dari
ketiga-tiga saiz firma mempunyai tahap kepuasan yang tinggi iaitu dengan kadar min
keseluruhan firma kecil (min = 3.90), firma sederhana (min = 3.70) dan firma besar
(min = 4.00). Tahap kepuasan yang paling tinggi adalah terhadap kemudahan tandas,
kemudahan tempat mencuci dan kemudahan tempat rehat untuk makan dengan
purata min tertinggi 4.10. Tahap kepuasan yang terendah ialah terhadap kemudahan
makanan dan minuman dengan purata min 3.64.

4.4.5 Analisis Latihan, Kaunseling dan Kemudahan Sosial

Jadual 4.19 : Maklum Balas Responden Mengikut Min dan Tahap Kepuasan
terhadap Latihan, Kaunseling dan Kemudahan Sosial yang terdapat di Firma Ukur
bahan

Latihan, Firma
Firma Kecil Firma Besar
Bil Kaunseling dan Sederhana
Kemudahan Sosial Min Tahap Min Tahap Min Tahap
5.1 Sukan dan
3.50 Sederhana 2.71 Sederhana 3.11 Sederhana
kemudahan sosial
5.2 Kaunseling pra-
- - 2.5 Sederhana 3.2 Sederhana
persaraan
5.3 Peluang latihan dan
4.00 Tinggi 2.86 Sederhana 3.56 Sederhana
pembangunan
KESELURUHAN 3.75 Tinggi 2.69 Sederhana 3.29 Sederhana
80

Tahap Kepuasan Responden


5
4.5
4
3.5
3
Min

2.5
Firma Kecil
2
Firma Sederhana
1.5
1 Firma Besar
0.5
0
Sukan dan Kaunseling pra- Peluang latihan dan
kemudahan sosial persaraan pembangunan
Latihan, Kaunseling dan Kemudahan Sosial

Rajah 4.11 : Taburan responden mengikut min dalam kategori Latihan, Kaunseling
dan Kemudahan Sosial yang menunjukkan tahap kepuasan Juruukur Bahan terhadap
Kebajikan Tambahan yang Disediakan

Berdasarkan Jadual 4.19 dan Rajah 4.11 di atas, firma kecil mempunyai tahap
kepuasan yang tinggi iaitu dengan purata min 3.75. Manakala firma sederhana dan
firma besar mempunyai tahap kepuasan yang sederhana di mana firma sederhana
mempunyai purata min 2.69 dan firma besar mempunyai purata min 3.29. Kadar
purata min tertinggi adalah firma kecil terhadap peluang latihan dan pembangunan
iaitu 4.00 dan purata min terendah adalah pada firma sederhana terhadap kaunseling
pra-persaraan iaitu 2.5.
81

4.5 Rumusan Bab

Secara keseluruhannya, tahap kepuasan Juruukur Bahan yang bekerja di


ketiga-tiga saiz firma ukur bahan terhadap kebajikan asas yang disediakan adalah
tinggi. Ini berkemungkinan kerana kebajikan-kebajikan asas terdapat dalam
peruntukan minimum undang-undang dan ia diberi keutamaan oleh pengurus kerana
sekiranya kebajikan-kebajikan asas ini tidak disediakan, pengurus boleh dikenakan
tindakan undang-undang.

Manakala bagi kebajikan tambahan pula, tahap kepuasan juruukur bahan


yang bekerja di firma kecil dan besar adalah tinggi dan kepuasan yang sederhana di
firma sederhana. Ini berkemungkinan kerana kebajikan ini disediakan berdasarkan
budi bicara majikan di mana majikan boleh membuat keputusan untuk
mengutamakan kebajikan ini ataupun tidak.

Tahap kepuasan juruukur bahan secara keseluruhan terhadap kebajikan asas


dan kebajikan tambahan dapat dilihat di dalam Jadual 4.20 dan 4.21 di bawah:
82

Jadual 4.20 : Kebajikan Asas dan tahap Kepuasan Juruukur Bahan Secara
keseluruhan

Firma
Firma Kecil Firma Besar
Bil Kebajikan Asas Sederhana
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
1 Persekitaran Kerja
i) Kemudahan
3.88 Tinggi 3.91 Tinggi 3.50 Sederhana
Kesihatan
ii) Kemudahan
3.02 Sederhana 3.34 Sederhana 3.55 Sederhana
Keselamatan
2 Faedah Jaminan
4.45 Tinggi 4.18 Tinggi 4.60 Tinggi
Keselamatan Sosial
3 Hak-hak Pekerja
i) Masa Bekerja 4.30 Tinggi 4.28 Tinggi 3.97 Tinggi
ii) Pemberian Cuti 4.28 Tinggi 4.33 Tinggi 4.30 Tinggi
iii) Pembayaran
Gaji di Luar 3.70 Tinggi 3.55 Sederhana 3.60 Sederhana
Masa Bekerja
KESELURUHAN 3.94 Tinggi 3.93 Tinggi 3.92 Tinggi
83

Jadual 4.21 : Kebajikan Tambahan dan Tahap Kepuasan Juruukur Bahan Secara
Keseluruhan

Firma
Kebajikan Firma Kecil Firma Besar
Bil Sederhana
Tambahan
Min Tahap Min Tahap Min Tahap
1 Faedah Insurans 4.00 Tinggi 2.83 Sederhana 3.72 Tinggi
2 Faedah Pinjaman 4.00 Tinggi 3.89 Tinggi 3.89 Tinggi
3 Faedah Subsidi dan
3.61 Sederhana 2.62 Sederhana 3.70 Tinggi
Elaun
4 Kemudahan di
3.90 Tinggi 3.70 Tinggi 4.00 Tinggi
Tempat Kerja
5 Latihan,
Kaunseling dan 3.75 Tinggi 2.69 Sederhana 3.29 Sederhana
Kemudahan Sosial
KESELURUHAN 3.85 Tinggi 3.15 Sederhana 3.72 Tinggi
84

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan dan mengemukakan
cadangan terhadap kajian yang dijalankan. Rumusan hasil kajian ini adalah
berdasarkan kajian analisis yang telah dibincangkan dalam Bab 4. Objektif kajian
dinilai semula berdasarkan kepada rumusan hasil kajian. Ini adalah penting kerana
kajian ini akan memberi panduan kepada majikan dan orang-orang yang terlibat
dalam hal-hal kebajikan pekerja mengenai strategi dan cara terbaik untuk menjaga
kesejahteraan pekerja demi kemajuan negara. Seterusnya, cadangan untuk kajian
lanjutan juga turut dikemukakan supaya kajian yang lebih terperinci dapat
dilaksanakan. Masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan
juga turut dibincangkan.
85

5.2 Rumusan Kajian

Pada asalnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen kebajikan


yang disediakan di firma ukur bahan dan tahap kepuasan terhadap kebajikan-
kebajikan tersebut. Walaubagaimanapun, setelah diselidik dengan lebih mendalam
mengenai kebajikan ini. Kebanyakan elemen-elemen kebajikan boleh didapati
daripada kajian literatur kerana kebanyakan kebajikan yang disediakan berdasarkan
peruntukan undang-undang dan berdasarkan budi bicara majikan. Justeru, kajian ini
dijalankan bertujuan hanya untuk mengenalpasti tahap kepuasan juruukur bahan
terhadap kebajikan yang disediakan di firma tempat juruukur bekerja sahaja.

Sebelum pengumpulan data dijalankan, pengumpulan maklumat mengenai


kajian ini telah dijalankan iaitu melalui kajian literatur. Maklumat-maklumat tentang
kebajikan, undang-undang yang menjaga kebajikan pekerja dan kebajikan tambahan
yang biasanya disediakan telah diperolehi melalui kajian literatur. Hasil kajian
literatur ini telah dibincangkan dan dibentangkan dalam bab 2.

Seterusnya, pengumpulan data dijalankan melalui kaedah borang soal selidik.


Perlaksanaan borang soal selidik melibatkan satu proses yang bermula dari
penyediaan borang soal selidik, pemilihan responden, pengumpulan data dan
penyusunan data. Responden yang dipilih dalam kajian ini adalah juruukur bahan
yang bekerja di firma ukur bahan di seluruh Malaysia.

Data yang dikembalikan telah disusun dan dianalisis. Hasil daripada analisis
kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap kepuasan juruukur bahan terhadap kebajikan
yang disediakan telah dibincangkan dalam Bab 4 sama ada dalam bentuk jadual,
rajah ataupun huraian. Bahagian seterusnya membincangkan pencapaian dan
kesimpulan kajian dengan merujuk kepada objektif kajian.
86

5.3 Hasil Kajian

Pada peringkat awal kajian dalam Bab 1, satu objektif telah digariskan untuk
tujuan kajian ini iaitu untuk mengenalpasti tahap kepuasan juruukur bahan terhadap
kebajikan yang disediakan di firma ukur bahan. Kajian menunjukkan susunan
kategori kebajikan yang memberi kepuasan mengikut keutamaan bagi pekerja yang
bekerja di firma kecil, firma sederhana dan firma besar.

Bagi kepuasan terhadap kebajikan-kebajikan asas yang disediakan di firma


ukur bahan, tahap kepuasan yang paling tinggi adalah di firma kecil dan tahap
kepuasan yang paling rendah adalah di firma besar. Berdasarkan elemen-elemen
kebajikan asas pula, responden mempunyai kepuasan yang paling tinggi terhadap
faedah jaminan keselamatan sosial dan kepuasan yang paling rendah adalah terhadap
kemudahan keselamatan.

Bagi kepuasan terhadap kebajikan tambahan yang disediakan, firma kecil


mempunyai tahap kepuasan yang paling tinggi manakala kepuasan yang paling
rendah adalah di firma sederhana. Berdasarkan elemen-elemen kebajikan tambahan
yang disediakan pula, responden sangat berpuas hati terhadap faedah pinjaman yang
diberikan dan paling kurang berpuas hati terhadap kemudahan latihan, kaunseling
dan kemudahan sosial.

Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya responden berpuas hati dengan


kebajikan-kebajikan yang disediakan di ketiga-tiga saiz firma. Ini bercanggah dengan
pendapat Tan Kwang How (2011) yang mengatakan “terdapat satu masalah utama
dalam pengurusan manfaat di mana pekerja tidak menghargai nilai kebajikan yang
disediakan tetapi kos untuk menyediakan kemudahan-kemudahan ini sentiasa
meningkat”. Kesimpulannya, daripada hasil analisis menunjukkan bahawa juruukur
bahan ternyata menghargai dan berpuas hati terdapat kebajikan yang disediakan.
87

5.4 Limitasi Kajian

Limitasi kajian yang dihadapi oleh penyelidik semasa menjalankan penyelidikan


adalah :-

1. Kajian hanya tertumpu kepada tahap kepuasan juruukur bahan


terhadap kebajikan yang disediakan dan tidak mengetahui tahap
kepuasan pekerja lain dan majikan.

5.5 Cadangan Penyelidikan Lanjutan

Kajian yang telah dijalankan hanya tertumpu kepada tahap kepuasan juruukur
bahan terhadap kebajikan yang disediakan. Bagi cadangan kajian lanjutan, terdapat
beberapa isu yang boleh dikenalpasti. Antaranya ialah :

1. Kajian yang sama dibuat terhadap profesional-profesional lain yang juga


terlibat dalam industri pembinaan.

2. Membuat perbandingan tahap kepuasan juruukur bahan yang bekerja di


sektor swasta dan awam.

You might also like