You are on page 1of 1
MAKTAB RENDAH SAINS MARA LENGGONG Changkat Berangan , 33400 Lenggong, Perak Tel :05-7676 004 Faks : 05-7676 300 Email sinfomrsm_lenggong@mara.gov.my Ruj. Kami : MRSMLG.600-1/1(/3) jp. Terikh — : 21 Jun 2023 2 Zulhijan 14444 Ibu Bapa / Penjaga Pelajar MRSM Lenggong PENGUATKUASAAN PERATURAN PENGGUNAAN PERANTI Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, keputusan Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, telah meneatatkan keputusan yang kurang memberangsangkan. 3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Maktab akan menarik semula kemudahan penggunaan peranti kepada semua pelajar berkuatkuasa serta merta. 4. Namun begitu, para pelajar masih lagi dibenarkan menggunakan telefon asas (seperti jenama Nokia atau setara) untuk berhubung dengan ibu bapa/penjaga. Penggunaan Tab tanpa simkad juga dibenarkan untuk tujuan pembelajaran sahaja bermula 2 Julai 2023 5. Pihak pengurusan maktab amat berharap agar para pelajar dapat mengambil pengajaran daripada tindakan penguatkuasaan ini dan seterusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemeriang di masa hadapan Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “LUAR BANDAR SEJAHTERA” Saya yang menjalgfkan amanah, RUSIDI BIN MUSTAPHA Pengeyy Maktab Rendah Sains MARA Lenggong, Perak. anne FOLDER En Hani TPPP te Pondidikanlebal

You might also like