You are on page 1of 1

E pembelajaran minggu 2.

Bagaimana prinsip-prinsip dalam falsafah pendidikan Islam dapat diterapkan dalam


sistem pendidikan masa kini?

1.USAHA BERTERUSAN

Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam terserlah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


yang menyebut bahawa pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan.Ini jelas
seperti yang disebut oleh Mohd. Kamal Hassan (1987) bahawa Falsafah Pendidikan Islam
menekankan konsep pendidikan seumur hidup. Pendidikan seumur hidup atau dengan kata
lain secara berterusan penting memandangkan perkembangan semasa yang sentiasa
berubah. Islam mementingkan pendidikan sejak anak masih kecil lagi. Ini terbukti dengan
perintah Nabi Muhammad SAW yang menyuruh ibu bapa mendidik anak-anak
bersembahyang walaupun masih berumurtujuh tahun. Bahkan sarjana Islam, Imam Ahmad
Bin Hanbal ketika ditanya kenapa beliau masih memegang dakwat di tangan sedangkan
umurnya telah lanjut malahan pula beliau merupakan seorang ilmuan yang terulung. Beliau
menjawab, “Dakwat akan bersamaku sehinggalah aku ke kubur”. Ini jelas membuktikan
pendidikan menurut Islam adalah pendidikan sepanjang hayat dan ternyata konsep ini
mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.MENYELURUH DAN BERSEPADU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menyebut tentang mengembangkan potensiindividu


secara menyeluruh dan bersepadu sama ada dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ini bertitik tolak dari
konsep Falsafah Pendidikan Islam yang kedua seperti disebut oleh Mohd. Kamal
Hassan(1987). Islam tidak melihat dari sudut intelek sahaja dalam pembangunan manusia,
tetapisecara menyeluruh, sepadu dan sempurna.

3.KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN

Falsafah Pendidikan Negara berteraskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada


Tuhan. Konsep ini bermaksud bahawa manusia dan alam dijadikan oleh
Pencipta,mengetahui hukum dan fenomena alam mengikut peraturan Pencipta, dan
menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam. (Ahmad Mohd. Salleh,
2008) Aspek ini adalah merupakan asas dan rukun yang utama dalam Falsafah Pendidikan
Islam. Falsafah Pendidikan Islam tidak menerima sebarang pendidikan atau kurikulum yang
menyebabkan manusia yang akan dilahirkan kelak manusia yang atheis. Manusia Atheis
hanya bertuhankan hawa nafsu dan kebendaan. Hal ini akan menyebabkan keharmonian
dalam masyarakat akan terganggu. Al
Nahwi dalam Noriati A. Rashid (2014:47) turut menyenaraikan bahawa asas pertama dalam
Falsafah Pendidikan Islam ialah keimanan kepada Allah SWT. Oleh yang demikian,
hubungan asas pertama dalam Falsafah Pendidikan Islam ini dengan pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berasaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan tidak dapat disangkal lagi bahawa diaspirasikan dari Falsafah Pendidikan Islam.

You might also like