You are on page 1of 1

PERSATUAN PENGANUT AGAMA HINDU SAMAYAM,SEGAMAT, JOHOR,

NO PENDAFTARAN (PPM-002-01-22082012)
NO 1, JALAN PUTRA 1/48, BANDAR PUTRA IOI, 85000 SEGAMAT, JOHOR.
NO TELEFON: +6017 697 2056 (WhatsApp)
EMAIL: narenthiran@hindusamayam.com

Rujukan kami: SEKRM (01)/02032022


Tarikh : 02 MAC 2022

Untuk Perhatian:

GURU BESAR/ PENGETUA

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PROGRAM


‘SAMAYAMUM SAMUTHAYAMUM’ PERTANDINGAN KEBUDAYAAN INDIA SECARA
ATAS TALIAN TAHUN 2022.

Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan Penganut Agama Hindu Samayam dengan ini
memaklumkan bahawa program ini dianjurkan khas kepada semua pelajar India di sekolah
rendah dan sekolah menengah yang beragama Hindu sahaja. Dengan ini, kami memohon
kebenaran pihak sekolah untuk melibatkan pelajar dari sekolah masing-masing dalam program
ini dan menghebahkan maklumat program ini kepada semua pelajar di sekolah pihak
Tuan/Puan.

2.0 Sehubungan dengan itu surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan


Malaysia, poster program, peraturan program, borang pendaftaran dan borang
pemarkahan peringkat sekolah telah dilampirkan bersama surat ini untuk rujukan dan
tindakan lanjut pihak Tuan/Puan. Surat pengiktirafan PAJSK daripada KPM dan sijil
penyertaan digital akan dihantar ke sekolah masing-masing sebelum 30 NOVEMBER 2022.

3.0 Pihak sekolah/guru bertugas/peserta program dinasihatkan untuk menyertai kumpulan


telegram dengan menggunakan link ini https://t.me/+K6x9Fa7Y_V1lOTk1 untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini. Sebarang pertanyaan berhubung perkara
ini boleh diajukan kepada En.Sasitharan di talian 019-4471074 atau kepada Cik Jothi di talian
011-11991102.

Segala kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

________________________________________________________
NARANTHIRAN A/L VIJAYAKUMARAN (BPM) Hons, MHRD.
Pengerusi,
Persatuan Penganut Agama Hindu Samayam,
Segamat, Johor.

You might also like