You are on page 1of 7

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN,

PERINGKAT MSU COLLEGE KOTA BHARU

TARIKH:
28 JULAI 2022

TEMPAT:
DEWAN,
MSU COLLEGE KOTA BHARU

ANJURAN:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR,
MSU COLLEGE KOTA BHARU
KERTAS KERJA: MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN, PERINGKAT MSU COLLEGE
KOTA BHARU

1.0 PENGENALAN

Majlis Anugerah Kecemerlangan merupakan sebuah program yang sering


dijalankan di peringkat sekolah mahupun universiti. Kecemerlangan pelajar
mencerminkan perkembangan serta kemajuan sesebuah institusi dalam melahirkan
modal insan. Hal ini seterusnya membuktikan bahawa institusi pendidikan juga mampu
memacu hala tuju pelajar pada masa hadapan. Majlis seperti ini patut diadakan dan
dilaksanakan di MSU College Kota Bharu bagi meraikan dan menghargai pelajar-pelajar
yang cemerlang dalam bidang akademik. Justeru, kecemerlangan pelajar harus diberi
pengiktirafan oleh pihak pentadbiran supaya ia dapat menjadi pemangkin motivasi dalam
diri setiap pelajar di MSU College Kota Bharu ini.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memastikan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik menerima pengiktirafan
atas usaha mereka.
2.2 Memupuk emosi pelajar agar berazam ingin maju, berkeinginan bersaing secara
sihat menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
2.3 Membina budaya kolej yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif.
2.4 Membina dan memupuk semangat Kerjasama, berketerampilan dan muhibah dalam
kalangan warga kolej.
2.5 Mencapai salah satu daripada 3 manifesto presiden MPP, MSU College Kota Bharu.

3.0 PENGANJUR
Majlis Perwakilan Pelajar, MSU College Kota Bharu

4.0 SASARAN PROGRAM


Para pelajar yang mencapai pointer GPA 3.50 dan keatas dalam peperiksaan akhir
semester bagi peringkat sijil, diploma dan ijazah.
5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT
5.1 TARIKH : 28 Julai 2022.
5.2 MASA : 10.00 a.m. – 12.00 p.m.
5.3 TEMPAT : Dewan A01, MSU College Kota Bharu.

6.0 TENTATIF PROGRAM


(Rujuk Lampiran A)

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM/BIDANG TUGAS SETIAP AJK


(Rujuk Lampiran B)

8.0 KOS PERBELANJAAN


(Rujuk Lampiran C)

 9.0 KESIMPULAN
Berharap agar Majils Anugerah Kecemerlangan ini berjaya dilaksanakan dengan
sempurna. Semoga segala usaha murni ini akan mendapat kerjasama dan sokongan
sepenuhnya daripada pihak pentadbiran agar matlamat serta objektif yang disasarkan
akan tercapai.

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

……………………… ……………………..
Anis Hayati Binti Abdullah En Wan Kamarunizam Bin Wan
Mohamed
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Pegawai Unit Pembangunan Pelajar,
MSU College Kota Bharu. MSU College Kota Bharu.

DILULUSKAN OLEH,

…………………………

En Ahmad Masri Bin Hj Mokhtar


Pengetua,
MSU College Kota Bharu.
LAMPIRAN A

TENTATIVE PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI


10.00 a.m.
-
Pendaftaran pelajar.
10.30 a.m.

10.30 a.m. - Ucapan alu-aluan pengacara majlis


28
- - Bacaan doa
Julai
11.00 a.m. - Ucapan aluan pengetua MSU College Kota Bharu
2022
11.00 a.m.
(Khamis) Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada para
-
pelajar yang terlibat
11.50 a.m.
11.50 a.m. - Ucapan penutup oleh pengacara majlis
- - Sesi Bergambar
12.00 p.m. - Bersurai
LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM/BIDANG TUGAS SETIAP AJK

1. JAWATANKUASA EKSEKUTIF
Pengarah : En Ahmad Masri Bin Hj Mokhtar
Penasihat Program : En. Wan Kamarunizam Bin Wan Mohamed

2. JAWATANKUASA INDUK
Pengarah Program : Anis Hayati Binti Abdullah
Naib Pengarah Program : Muhammad Syamim Aiman Bin Sukri
Setiausaha Program : Nur Sabrina Binti Othman
Bendahari Porgram : Nur Aina Adlina Binti Mohd Zainuddin

3. JAWATANKUASA TEKNIKAL
Pengacara Majlis : Muhammad Shaffiq Danial Bin Mohd Sani
Bacaan Doa : Muhammad Syamim ‘Aiman Bin Sukri
Ajk Sijil Penghargaan : Muhammad Afiq Danial Bin Zamzuri
Ajk Protokol/Penyelia Peserta: Muhammad Hakim Bin Malek
Ajk Kebersihan : Muhammad A’fif Danial Bin Zamzuri
Ajk Multimedia : Muhammad A’tif Danial Bin Zamzuri
Ajk Pendaftaran : Nur Khaliesah Binti Karuzaman
Ajk Pentas/Susunan Sijil : Nur Huda Nabilah Binti Zainal Abidin
: Nur Aina Adlina Binti Mohd Zainuddin
Jawatan Bidang Tugas
Pengarah Program - Mengendalikan mesyuarat program
- Memastikan AJK menjalankan tugas dengan baik
- Memantau tugas kerja AJK program
- Memutuskan sesuatu keputusan
Naib Pengarah - Membantu pengarah untuk memantau tugas kerja AJK
Program - Menjadi pemangku pengarah sewaktu ketiadaan pengarah
- Melaporkan kepada pengarah diatas setiap progress kerja AJK
Setiausaha - Menyediakan surat jemputan mesyuarat dan minit mesyuarat
- Menyediakan surat jemputan kepada peserta yang terlibat dengan
Majlis Anugerah Kecemerlangan
- Menyediakan senarai nama peserta yang terlibat dengan majlis
- Menyediakan surat pengecualian kelas kepada semua ajk dan
peserta yang terlibat dengan majlis
Bendahari - Menentukan kos perbelanjaan majlis
- Memastikan setiap pembelian menggunakan resit
- Menyediakan satu rumusan budget
Pengacara Majlis - Menyediakan teks majlis
- Mendapatkan atur cara majlis (tentetif)
- Mengendalikan majlis pada hari Majlus Anugerah
Pembaca Doa - Membaca doa semasa majlis dijalankan
AJK Sijil - Mengenalpasti kertas sijil yang sesuai
Penghargaan - Menyediakan sijil untuk para peserta
AJK - Menyediakan pamplet atur cara majlis
Protokol/Penyelia - Menyediakan pelan kedudukan pelajar di dalam dewan
Peserta - Mengatur kedudukan peserta mengikut senarai nama
- Memastikan peserta bersedia untuk mengambil sijil penghargaan
semasa majlis berlangsung
AJK Kebersihan - Memastikan kawasan dewan sentiasa bersih sebelum & selepas
program
- Menyediakan plastik sampah (jika perlu)
AJK Multimedia - Menyediakan hiasan latarbelakang pentas
- Mengambil gambar semasa majlis
- Memastikan PA system dan mikrofon berfungsi dengan baik
- Menyediakan video pendek majlis sebagai laporan program dan post
dalam sosial media
AJK Pendaftaran - Menyediakan group whatsapps
- Mendapatkan senarai nama peserta daripada setiausaha
- Memastikan setiap peserta mendaftar diri pada hari kejadian dan
melaporkan kehadiran pelajar kepada AJK Protokol
AJK Pentas / - Memastikan sijil disusun mengikut senarai nama peserta
Susunan Sijil - Menyediakan dulang untuk meletak sijil
- Menyerahkan sijil kepada pengetua MSU sebelum disampaikan
kepada peserta
LAMPIRAN C
Anggara Belanjaran
NO PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Sijil Penghargaan + Printing RM 1.50 x 80 RM 120.00
2 Kertas A4
- Senarai nama peserta (pendaftaran) RM 1.00 x 5 RM 5.00
TOTAL RM 125.00
      
 Cadangan Belanjawan
NO. PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Penaja - Rm 125.00

TOTAL RM 125.00

You might also like