You are on page 1of 38
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8, KOMPLEKS E Level 8, Block E8, Complex E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUA Federal Government Administrative Centre 62604 PUTRAJAYA Ru. Kami: KPM.100= Tarikh 7b Jun 2023 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 9 TAHUN 2023 GARIS PANDUAN LAWATAN MURID SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. TUJUAN Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia LATAR BELAKANG 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan pihak sekolah menganjurkan lawatan murid yang berunsurkan pendidikan dan boleh memberikan pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti lawatan mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan serta menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman muri. a Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12 Tahun 2023 bertarikh 3 Mei 2023 mencadangkan supaya pindaan pada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan dilaksanakan bagi memastikan murid mendapat lebih peluang untuk membuat lawatan di luar sekolah. Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12 Tahun 2023 bertarikh 25 Mei 2023 pula telah meluluskan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. wr 1 PT Cops) PELAKSANAAN 4. Garis panduan ini memberi penjelasan tentang tatacara pelaksanaan aktiviti lawatan murid sekolah bagi peringkat pendidikan prasekolah hingga peringkat pendidikan lepas menengah. institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM juga disarankan merujuk garis panduan ini 5. Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang disertakan bersama-sama SPI ini adalah sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah. TARIKH KUAT KUASA 6. SPI ini berkuat kuasa serta-merta mulai tarikh SPI ini dikeluarkan, PEMBATALAN 7. Dengan berkuat kuasa SPI ini maka SPI berikut adalah dibatalkan: 7.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2007: Garis Panduan Lawatan Murid bertarikh 6 Jun 2007; 7.2 Surat Pekeliling tkhtisas Bil. 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan bertarikh 1 Ogos 2002; dan 7.3 Surat Pekeliling (khtisas Bil. 12/2000: Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan bertarikh 28 Julai 2000. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 8, YBhg. Datul/Dato'/Tuan/Puanhendaklah mengambil tindakan dan memastikan kandungan SPI ini dilaksanakan oleh semua pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’fuan/puan. Sekian, terima kasih, “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Ketua Peag didikan Malaysia merangkap Reta Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia sk. 1. YB Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia GARIS PANDUAN LAWATAN MURID SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ISI KANDUNGAN LATAR BELAKANG TUJUAN LAWATAN MURID SEKOLAH.. PERMOHONAN LAWATAN MURID SEKOLAH .........-cscsssessesnsesneesatseesnee 5 PELAKSANAAN LAWATAN MURID SEKOLAH LAWATAN MURID SEKOLAH ..... PENGINAPAN.. KEWANGAN. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB. 9. PELAPORAN.... 10. PENUTUP....... LAMPIRAN A... TATACARA PENGISIAN LAMPIRAN A: BORANG PERMOHONAN LAWATAN MURID SEKOLAH LAMPIRAN B... LAMPIRAN C.... SN ORR ens LAMPIRAN G..... LATAR BELAKANG Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan pihak sekolah menganjurkan lawatan berunsurkan pendidikan dan boleh memberikan pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), Aktiviti lawatan murid sekolah mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada murid serta menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman masing-masing. 41.4 Tujuan Tujuan garis panduan ini adalah untuk: 1.1.1 memberi penjelasan tentang tatacara pelaksanaan aktiviti lawatan murid. Garis panduan ini terpakai bagi peringkat pendidikan prasekolah hingga peringkat pendidikan lepas menengah. Institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM juga disaran untuk merujuk garis panduan ini. 1.1.2 menjadi rujukan kepada pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah dalam merancang dan melaksanakan lawatan pendidikan murid secara terancang dan berfokus. 1.1.3 menjadi panduan bagi menjaga keselamatan dan kebajikan murid semasa pelaksanaan aktiviti lawatan. 1.2. Tafsiran Berikut adalah tafsiran bagi terma yang digunakan dalam garis panduan ini: 1.2.1 Anggota Rombongan merujuk kepada mana-mana murid, pengiring murid, pegawai _perkhidmatan pendidikan, ibu bapa atau individu yang dibenarkan oleh Pelulus menyertai suatu lawatan murid sekolah. 1.2.2 Ketua Jabatan merujuk kepada mana-mana setiausaha bahagian atau pengarah bahagian dalam KPM, Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah, pengetua, guru besar atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi institusi pendidikan. 1.2.3 Ketua Rombongan merujuk kepada mana-mana guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan atau mana- mana pegawai perkhidmatan awam yang ditetapkan oleh ketua jabatan untuk mengetuai lawatan murid sekolah. 4.2.4 Lawatan Murid merujuk kepada: i. perjalanan murid pergi dan balik dari suatu lokasi lain untuk menyertai aktiviti atau program pendidikan yang bertujuan menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum; aktiviti yang dilaksanakan dikira sebagai waktu persekolahan; dan . aktiviti yang dilaksanakan dikira sebagai PdP dan boleh dilakukan sebagai proses pentaksiran bilik darjah (PBD). 1.2.5 Pengiring Murid merujuk kepada guru/pegawai perkhidmatan pendidikan, anggota_— kumpulan pelaksana, pegawai perkhidmatan awam atau jurulatih bertauliah yang diberikan kebenaran oleh Pelulus sebagai orang yang bertangunggjawab untuk mengiringi lawatan murid sekolah; 1.2.6 Pelulus merujuk kepada: i. Pegawai Pengawal (Ketua Setiausaha); atau ii. Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia); atau iii, Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru (Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) (Berdasarkan peruntukan kuasa Seksyen 5 (5) Akta Pendidikan 1996); atau iv. Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru (Pengarah Pendidikan Negeri); atau v. Timbalan Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru (Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri); atau vi. Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru (Pegawai Pendidikan Daerah) TUJUAN LAWATAN MURID SEKOLAH Lawatan murid sekolah yang dirancang hendaklah diadakan untuk: i. program akademik atau kokurikulum; ii, pertandingan atau perkhemahan; iii, lawatan sambil belajar; atau iv. apa-apa program atau aktiviti lain yang ditentukan oleh Pelulus. 3. PERMOHONAN LAWATAN MURID SEKOLAH 3.1 3.2 Borang Permohonan Borang Permohonan Lawatan Murid Sekolah (Rujuk Lampiran A) disediakan oleh ketua rombongan bagi mendapatkan sokongan secara bertulis daripada ketua jabatan sebelum dihantar kepada Pelulus. Tempoh Permohonan 3.2.1 Permohonan lawatan murid sekolah dalam daerah hendaklah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar melalui ketua jabatan tidak kurang daripada dua puluh satu (21) hari dari tarikh lawatan yang dirancang. 3.2.2 Permohonan lawatan murid sekolah antara daerah atau antara negeri hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar melalui ketua jabatan tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari dari tarikh lawatan yang dirancang. 3.2.3 Permohonan lawatan murid sekolah ke luar negara hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru serta Pegawai Pengawal melalui Pendaftar tidak kurang enam puluh (60) hari dari tarikh lawatan yang dirancang (rujuk perkara 8.1.2), 3.2.4 Sebarang permohonan secara ad-hoc tidak akan dipertimbangkan kecuali permohonan yang difikirkan sesuai dan tertakluk kepada kelulusan Pelulus. 4. PELAKSANAAN LAWATAN MURID SEKOLAH 4.1 Tempoh Lawatan 4.1.1 Tempoh lawatan adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Pelulus. 4.1.2 Jika aktiviti lawatan tidak memerlukan murid bermalam, maka aktiviti lawatan —hendaklah ditamatkan dan tiba semula ke sekolah sebelum jam 12:00 malam. Pelulus boleh mempertimbangkan lanjutan waktu lawatan berdasarkan keperluan dan lokasi aktiviti dilaksanakan. 4.1.3 Jika aktivi maka aktiviti yang dibenarkan adalah tidak melebihi Jam 12:00 malam. Pelulus boleh mempertimbangkan lawatan memerlukan murid bermalam, lanjutan waktu aktivit) berdasarkan keperluan dan lokasi aktiviti dilaksanakan. 4.2 Lokasi dan Aktiviti Lawatan 4.2.1 Tempat lawatan mestilah sesuai dengan objektif PdP atau kokurikulum yang telah dirancang dan selamat untuk dilawati oleh murid. 4.2.2 Aktiviti lawatan hendaklah dijalankan di tempat yang telah diluluskan oleh Pelulus. 4.2.3 Lawatan murid boleh dilaksanakan dalam atau luar negara. 4.2.4 Lawatan murid ke negara yang dilarang oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan. 4.2.5 Lawatan murid boleh dilaksanakan di tempat-tempat yang bermanfaat, sebagai contoh kategori tempat: i. Sains dan Teknologi. 6 43 44 fi. Alam sekitar. iii, Mercu tanda. iv. Galeri. v. Kesenian dan kebudayaan. vi. Sejarah. vii. Mana-mana tempat-tempat lain yang dianggap sesuai dengan matlamat PdP murid. 4.2.6 Lawatan murid adalah dilarang bagi aktiviti seperti berikut: i. tidak bermoral; ii. berbahaya dan boleh menjejaskan keselamatan; ili, memudaratkan kesihatan murid; atau iv. apa-apa aktiviti yang dilarang oleh Pelulus. Keselamatan dan Kebajikan Murid 4.3.1 Pihak sekolah_ perlu mengeluarkan surat kepada ibu bapa/penjaga untuk tujuan tawaran penyertaan murid menyertai aktiviti lawatan serta bagi mendapatkan kebenaran bertulis (Rujuk Lampiran B: Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga). 4.3.2 Ketua rombongan hendaklah mendapatkan maklumat hospital/pusat kesihatan, balai polis dan JPN/PPD yang berhampiran dengan tempat lawatan. 4.3.3 Ketua rombongan perlu menyediakan arahan dan peraturan lawatan. Pembatalan Lawatan Murid Sekolah 4.4.1 Aktiviti lawatan sekolah boleh dibatalkan atas perkara-perkara berikut: i. bencana alam; ii, arahan pembatalan oleh pihak Pelulus; dan ili, mana-mana perkara yang difikirkan munasabah untuk membatalkan aktiviti lawatan murid. 5. | LAWATAN MURID SEKOLAH 5.1 Sebelum Aktiviti Lawatan 5.1.1 Ketua jabatan bertanggungjawab melantik seorang pegawai sebagai ketua rombongan secara bertulis. 5.1.2 Ketua rombongan bertanggungjawab menyediakan kertas cadangan aktiviti lawatan yang mengandungi perkara berikut untuk disemak dan mendapatkan kelulusan ketua jabatan: vi. vii. viii. tujuan aktiviti lawatan diadakan; senarai tempat lawatan; kadar kutipan dan jumlah kewangan yang diperlukan; nama ketua rombongan; bilangan murid yang menyertai aktiviti lawatan; senarai nama guru yang menyertai lawatan; senarai nama pengiring murid yang menyertai lawatan; jadual pergerakan aktiviti lawatan yang lengkap dengan hari dan tarikh lawatan serta peruntukan masa bagi setiap aktiviti lawatan yang dirancang; dan lampiran borang-borang yang akan digunakan untuk tujuan pengurusan aktiviti lawatan. 5.1.3 Mesyuarat penyelarasan diadakan untuk membuat penetapan beberapa perkara seperti berikut: Jawatankuasa aktiviti lawatan. Penetapan tugas kepada semua guru dan pengiring murid yang terlibat. Kadar kutipan yang akan dilaksanakan (kebenaran kutipan wang perlu mematuhi surat pekeliling ikhtisas yang sedang berkuat kuasa). Menentukan jadual/susunan aktiviti lawatan. Penginapan murid, guru dan pegawai pengiring (jika ada) jika aktiviti lawatan yang dijalankan memerlukan semua peserta bermalam. 5.1.4 Senarai borang dan dokumen lengkap yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: i. ii. iii. Kertas cadangan. Senarai jawatankuasa lawatan. Nama ketua rombongan. Senarai nama guru dan pengiring murid. Maklumat lengkap murid. Senarai tempat lawatan. Jadual perjalanan. Maklumat kadar dan jumlah kewangan yang terlibat. Nama guru yang diberi kuasa mengurus kewangan. Borang yang berkaitan dengan _peraturan- peraturan yang sedang berkuat kuasa. 5.1.5 Selepas mendapat kelulusan JPN, ketua rombongan perlu: Mendapatkan permit perjalanan pengangkutan dan pengesahan kenderaan layak (selamat) digunakan untuk perjalanan mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib dan bertanggungjawab. iaitu Kementerian Pengangkutan Malaysia (diuruskan oleh syarikat pengangkutan yang dipilih oleh sekolah). Menghantar satu salinan permit perjalanan ke Jabatan Pengangkutan Jalan di negeri sekolah itu berada. Member taklimat kepada peserta lawatan dengan memberi penekanan kepada _perkara-perkara berikut: a. Prosedur keselamatan bagi perjalanan ke tempat lawatan. b. Prosedur keselamatan ketika berada di tempat lawatan. c. Pakaian peserta lawatan mestilah sopan dan bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. d. | Arahan tugasan kepada peserta lawatan/ murid. e. Senarai barangan dan peralatan yang boleh dan tidak boleh dibawa. f. Tatacara pergerakan dalam kumpulan. 10 g. Penggunaan tanda_ pengenalan = diri sepanjang aktiviti lawatan (penggunaan tag nama, topi dan baju-T). h, | Mengedar senarai nama dan nombor telefon bimbit guru atau pengiring murid (jika ada) kepada ibu bapa/penjaga. 5.2 Semasa Aktiviti Lawatan 5.2.1 Ketua rombongan hendaklah memaklumkan kepada balai polis dan JPN/PPD yang berhampiran dengan tempat aktiviti lawatan. 5.2.2 Ketua rombongan hendaklah mengambil maklum sekiranya terdapat ibu bapa/penjaga yang ingin berjumpa atau membawa keluar murid sekiranya terdapat kecemasan semasa aktiviti lawatan dijalankan. 5.2.3 Ketua rombongan perlu memastikan peti kecemasan sentiasa dibawa bersama-sama sepanjang aktiviti lawatan. 5.2.4 Ketua rombongan perlu memastikan semua arahan dan peraturan diedar, dibaca, difahami dan dipatuhi oleh murid, guru dan pengiring murid yang menyertai aktiviti lawatan pada setiap masa. Nisbah pengiring murid adalah seperti dalam Lampiran C. 5.2.5 Ketua rombongan perlu memastikan pergerakan murid sentiasa diawasi dan dalam makluman pengiring murid. 5.2.6 Ketua rombongan perlu memastikan anggota rombongan berada di luar kenderaan dan berkumpul di tempat yang selamat jika berlaku kerosakan kenderaan. 6 5.3 5.2.7 Ketua rombongan perlu memastikan terdapat anggota penyelamat (life-guard) bertauliah jika melibatkan aktiviti air. 5.2.8 Ketua rombongan perlu memastikan murid, guru dan pengiring murid mendapat makanan yang bersesuaian mengikut keperluan termasuk makanan halal atau vegetarian. Selepas Aktiviti Lawatan 5.3.1 Ketua rombongan dikehendaki memastikan semua murid diambil oleh ibu bapa/penjaga pada masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selepas tamat aktiviti lawatan. 5.3.2 Ketua rombongan dikehendaki membuat laporan perbelanjaan kutipan bayaran lawatan dan menyerahkannya kepada ketua jabatan. 5.3.3 Ketua rombongan dikehendaki menyediakan laporan penilaian pengendalian lawatan. 5.3.4 Murid perlu menyediakan laporan selepas tamat aktiviti lawatan sebagai sebahagian daripada penilaian PBD. PENGINAPAN 6.1 Penginapan semua peserta lawatan mestilah diasingkan antara lelaki dan perempuan. 6.2 Ketua rombongan dan pengiring murid perlu bermalam bersama-sama dengan murid yang sama jantina. 6.3 Memastikan tempat penginapan dalam keadaan bersih, selamat dan selesa, KEWANGAN 7 7.2 73 74 75 Lawatan murid sekolah boleh dibiayai oleh pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, sektor swasta, badan bukan. kerajaan, ibu bapa, dan pihak lain, tertakluk pada syarat yang ditentukan oleh Pelulus dan tatacara kewangan yang sedang berkuat kuasa. Ketua rombongan dikehendaki membuat laporan perbelanjaan kutipan bayaran lawatan dan menyerahkan kepada ketua jabatan. Bayaran penyertaan bagi lawatan murid dalam amaun yang telah diluluskan boleh dikutip secukupnya daripada ibu bapa/penjaga oleh guru yang dilantik. Jika terdapat baki kutipan bayaran penyertaan lawatan, maka ketua jabatan hendaklah memulangkan semula kepada ibu bapa/penjaga. Sebarang penyertaan dan kutipan bayaran tidak melibatkan unsur paksaan dan secara sukarela dengan kebenaran ibu bapa/penjaga. Jika lawatan dibatalkan, baki kutipan setelah mengambil kira perbelanjaan yang telah dibuat sebelum lawatan dibatalkan hendaklah dikembalikan kepada ibu bapa/penjaga. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 8.1 Pelulus 8.1.1 Kuasa melulus lawatan murid sekolah adalah seperti berikut: i. Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru serta Pegawai Pengawal meluluskan lawatan peringkat 13 antarabangsa. li. Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru dan Timbalan Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru meluluskan lawatan murid antara negeri. iii. Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru meluluskan lawatan murid dalam daerah. 8.1.2 Permohonan lawatan murid peringkat antarabangsa perlu disemak, disokong dan diluluskan oleh Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru dan dihantar kepada Pengarah Bahagian yang dipertanggungjawabkan (Rujuk Lampiran D) untuk diangkat kepada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru serta Pegawai Pengawal untuk kelulusan. 8.1.3 Sebarang permohonan secara ad-hoc tidak akan dipertimbangkan kecuali permohonan yang difikirkan sesuai oleh Pelulus. 8.1.4 Carta alir permohonan lawatan murid sekolah adalah seperti dalam Lampiran E dan Lampiran F. 8.2 Ketua Jabatan 8.2.1 Peranan dan tanggungjawab ketua jabatan yang perlu diambil sebelum memulakan perjalanan adalah seperti berikut: i. Melantik ketua rombongan secara rasmi. ii, Memberi taklimat atau makluman secara rasmi kepada ibu bapa/penjaga. iii. Memastikan hanya ahli yang tersenarai dalam surat kebenaran sahaja dibawa. iv. Membawa bersama dokumen kebenaran rawatan murid dan surat kebenaran waris. v. Memastikan peti pertolongan cemas (First Aid Kit) yang mengandungi ubat (belum tamat tempoh) dan peralatan asas yang lengkap dibawa semasa aktiviti lawatan. vi. Memastikan alat pemadam api dibawa bersama-sama semasa lawatan sekiranya perlu. vii. Memastikan murid dijemput oleh keluarga masing-masing apabila rombongan kembali di sekolah atau tempat yang ditentukan pihak sekolah. 8.3 Ketua Rombongan dan Pengiring Murid 8.3.1 Peranan dan tanggungjawab ketua rombongan adalah seperti berikut: i. Mengetuai lawatan murid sekolah yang telah diluluskan dengan mematuhi syarat yang telah ditetapkan. |. Memastikan keselamatan dan kebajikan anggota rombongan sebelum, semasa dan selepas lawatan. Memastikan aktiviti yang dilaksanakan dalam lawatan adalah seperti yang diluluskan. iv. Mengeluarkan arahan kepada anggota rombongan atau pengiring murid mengikut keperluan lawatan. v. Memohon kelulusan ke luar negara bagi lawatan peringkat antarabangsa berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. s i. Mengemukakan laporan bertulis kepada ketua jabatan setelah lawatan dilaksanakan. 15 8.3.2 Peranan dan tanggungjawab pengiring murid adalah_ seperti berikut: i. Mematuhi syarat lawatan murid sekolah yang ditetapkan termasuk arahan ketua rombongan berkaitan aktiviti lawatan. ji. Menjalankan tugas yang telah ditetapkan sepanjang aktiviti lawatan murid sekolah. Memohon kelulusan ke luar negara bagi lawatan peringkat antarabangsa berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. iv. Memastikan keselamatan dan kebajikan anggota rombongan yang mengikuti lawatan. 8.4 Ibu BapaiPenjaga 8.4.1 Peranan dan tanggungjawab ibu bapa/penjaga adalah seperti berikut: i, Melengkapkan borang kebenaran dan menyerahkan bayaran yang telah ditetapkan kepada guru yang terlibat. . Menghantar dan mengambil anak/jagaan pada masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. |. Memaklumkan secara bertulis kepada pihak sekolah sekiranya ingin mengambil anak/jagaan bukan pada ii tempat yang telah ditetapkan. iv. Bertanggungjawab memastikan anak/jagaan mematuhi peraturan barangan dan peralatan yang boleh dibawa apabila menyertai aktiviti lawatan. 10 8.5 Murid 8.5.1 Peranan dan tanggungjawab murid adalah seperti berikut: i. Memahami dan mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh guru dan pegawai pengiring. ii. Membawa_ bersama-sama alat tulis untuk perekodan aktivit) dan penyediaan laporan untuk tujuan penilaian PBD. PELAPORAN 9.1 Ketua rombongan dikehendaki membuat laporan secara bertulis dan diserahkan kepada ketua jabatan (Rujuk Lampiran G). 9.2 Ketua rombongan dan pengiring murid yang terlibat perlu membuat penilaian pasca (post-mortem) aktiviti lawatan yang telah dijalankan bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. PENUTUP. Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini hendaklah menjadi rujukan dan panduan kepada pihak sekolah, PPD, JPN dan pegawai di bahagian KPM dalam merancang dan mengurus serta melaksanakan lawatan murid sekolah yang lebih berfokus bagi memastikan kemenjadian murid tercapai. LAMPIRAN A BORANG PERMOHONAN LAWATAN MURID SEKOLAH Dalam Daerah/Antara Daerah/Antara Negeri/Luar Negara (Disediakan dalam empat salinan) A. Maklumat Sekolah 1. Nama Sekolah : Kod Sekolah Nama Pengetua/Guru Besar : Alamat Sekolah No, Telefon No, Faksimili Alamat E-mel B1, Maklumat Lawatan 1. “Kategori Lawatan : Dalam Daerah/Antara Daerah/Antara Negeri/Luar Negara Tujuan Lawatan Jenis Pengangkutan Tempat yang Dilawati dan Tempat Penginapan Bil. | Tempat Yang Dilawati Tarikkh ‘Tempat Penginapan (alamat penuh Dari Hingga | dan nombor telefon) *Potong jika tidak berkenaan 18 B2, Maklumat Lawatan Berperingkat (jika lawatan di bawah B1 berperingkat) Tarikh ‘Tempat Penginapan Bil} Peringkat Lawatan Tempat Yang {alamat penuh dan Dari | Hingga Dilawati ombor telefon) C1. Maklumat Sumber Kewangan a. Kutipan daripada murid ..orangx RM b. Kutipan daripada guru dan anggota rombongan . orang x RM ¢ Lain-lain (nyatakan) JUMLAH A = C2, Penaja Lawatan (jika ada) Jenis Tajaan a pene Barangan / Kewangan Perkhidmatan (RM) JUMLAH B JUMLAH KESELURUHAN KEWANGAN (A + B) = RM 19 D. — Maklumat Anggota Rombongan 1. Ketua Rombongan: No. Kad Pengenalan wars No.Pasport (jika berkaitan) ALaM&t nnn No:Telefon Pejabat/Rumah/Bimbit 2, Senarai Anggota Rombongan Lain No.Sijil No. 2 Jawatan/ Alamat dan Bil. | Nama Liseietees Papore | jantina | Tahun/ | No.Telefon Rumah/ Ka Gila | Tingkatan Bimbit Pengenalan | berkaitan) | 20 E Nama Guru Yang Dilantik Mengutip Bayaran (Jika ada) No. Kad Pengenalan No.Telefon tana tt Pejabat/Rumah/Bimbtt Alamat FB ‘Tandatangan Ketua Rombongan (Nama svmrnnmeneenmnmnenne) ‘Tarikh : Pengecualian Pelulus (Mengikut Lokasi Lawatan) berkaitan Nisbah Lawatan Murid dalam Jadual Keempat (Jika berkaitan) Ulasan Pengetua atau Guru Besar Permohonan lawatan ini disokong/tidak disokong. Tandatangan Pengetua atau Guru Besar Cap Rasmi sekolah Tarikh.. 2a H, —_Ulasan Penolong Pendaftar (Untuk Lawatan Dalam Daerah) Permohonan lawatan ini diluluskan/tidak diluluskan, ‘Tandatangan Penolong Pendaftar Cap Rasmi Tarikh... 1. Ulasan Pendaftar (Untuk Lawatan Antara Daerah/Antara Negeri /Luar Negara) Permohonan lawatan ini diluluskan/tidak diluluskan. ‘Tandatangan Pendaftar Cap Rasmi ‘Tarikh J. Ulasan Ketua Bahagian (Untuk Lawatan Luar Negara) Permohonan lawatan ini disokong/tidak disokong Tandatangan Ketua Bahagian Cap Rasmi Tarileh cn *Borang boleh ditaip semula jika tidak mempunyai ruang yang mencukupi. 22 TATACARA PENGISIAN LAMPIRAN A: BORANG PERMOHONAN LAWATAN MURID SEKOLAH BORANG PERMOHONAN LAWATAN MURID SEKOLAH Dalam Daerah/Antara Daerah/Antara Negeri/Luar Negara (Disediakan dalam empat salinan) A. Makdumat Sekolah Nama Sekolah Kod Sekolah 4. Diisi oleh pemohon (Ketua Rombongan). Nama Pengetua/Guru Besar: |2. Maklumat lengkap dan difahami. Alamat Sekolah No, Telefon No. Faksimili Nay ep ep Alamat E-mel B1, Maklumat Lawatan | Gariskan (-) pada yang tidak berkenaan. 1. *Kategori Lawatan : Dalam Daerah/Antara Daerah/Antara Negeri /Luar Negara 1. Tujuan lawatan mematuhi garis panduan 2, TujuanLawatan yang berkuat kuasa. 2. Nyatakan jenis pengangkutan. Jenis Pengangkutan : 4, ‘Tempat yang Dilawati dan Tempat Penginapan Tarikh ‘Tempat Penginapan (alamat penuh Dari Hingga | dan nombor telefon) Bil. | Tempat Yang Ditawati 4. Isikan dengan jelas tempat yang ingin dilawati. 2. Tarikh yang telah ditetapkan. (Sebarang perubahan tarikh perlu kemukakan permohonan baharu). 3. Nyatakan maklumat tempat penginapan dengan lengkap. Contoh: Hotel ABC, No.XX, Jalan XXXX, Poskod, Negeri, Negara. 4, Senaraikan semua daerah/negeri/negara yang akan dilawati mengikut turutan tarikh. *Potong jika tidak berkenaan 23 GA. C2. Nyatakan maklumat sumber kewangan dengan Maklumat Sumber Kewangan lengkap. a, Kutipan daripada murid RM. nnn OFAN RM b. Kutipan daripada guru dan anggota rombongan seen OFAN X RM .. sense ¢ Lain-lain (nyataken) JUMLAH A = 7 Penaja Lawatan (jika ada) Jenis Tajaan Bil. Nama Penaja Barangan/ Kewangan Perkhidmatan (RM) Nyatakan maklumat lengkap penaja lawatan murid, JUMLAHB JUMLAH KESELURUHAN KEWANGAN (A + B) = RM.. Maklumat Anggota Rombongan 1. Ketua Rombongan: Nama susan 1. Isikan maklumat lengkap yang diperlukan dengan Jelas. 2. Nyatakan nombor telefon pejabatirumah/bimbit. No.Pasport (jika berkaitan) |3, Alamat lengkap. No. Kad Pengenalan , Alamat wssosssnone No.Telefon .. Pejabat/Rumah/Bimbit 24 2, Senarai Anggota Rombongan Lain NoShil No. Jawatan/ Alamat dan Bil.| Nama | Kelahivan/ ie Jantina | Tahun/ | No.Telefon Rumah/ ‘Tingkatan Bimbit Pengenalan | berkaitan) 1. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap. 2, Gunakan lampiran tambahan/berasingan jika perlu. E. _ Nama Guru Yang Dilantik Mengutip Bayaran (Jika ada) Nama Jawatan, No. Kad Alamat No.Telefon | Pengenalan Pejabat/Rumah/Bimbit 1. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap. 2. Gunakan lampiran tambahan/berasingan jika perlu. Tandatangan Ketua Rombongan (Nama 25 FR Diisi dengan lengkap oleh Pengetua/Guru Besar Ulasan Pengetua atau Guru Besar | selepas menilai permohonan dan mematuhi surat pekeliling ikhtisas yang sedang berkuat kuasa, Permohonan lawatan ini disokong/tidak disokong. Tandatangan Pengetua atau Guru Besar Cap Rasmi sekolah Tarikh... 4. Diisi oleh Penolong Pendaftar (Pegawai Pendidikan Daerah). (Untuk Lawatan Dalam Daerah) |2, Jika program dalam Daerah, proses kelulusan tamat disini, Ulasan Penolong Pendaftar Permohonan Jawatan ini diluluskan/tidak diluluskan, ‘Tandatangan Penolong Pendaftar Cap Rasmi : Tarikt sesseonneneees C ) Ulasan Pendaftar (Untuk Lawatan Antara Daerah/Antara Negeri/Luar Negara) 1. Diisi oleh Pendaftar (Pengarah Pendidikan Negeri). 2. Gariskan (-) di tempat yang tidak berkenaar 3. Jika lawatan antara daerah/negeri, proses kelulusan tamat disit memanjangkan permohonan kepada KPM. 4, Jika program peringkat antarabangsa, permohonan perlu diangkat kepada Ketua Pendaftar dengan mematuhi prosedur operasi standard yang sedang berkuat kuasa. 5, Pendaftar perlu meneliti dan menyemak permohonan sebelum diangkat kepada Ketua Pendaftar melalui Bahagian Penyelaras. Hanya permohonan yang lengkap sahaja perlu dihantar kepada Bahagian Penyelaras. Tidak perlu Pengecualian Pelulus (Mengikut Lokasi Lawatan) berkaitan Nisbah Lawatan Murid dalam Jadual Keempat (Jika berkaitan) 4. Diisi oleh Pelulus lawatan murid. 2. Jika lawatan antarabangsa, Pendaftar perlu memberi justifkasi pengecualian J. Ulasan Ketua Bahagian (Untuk Lawatan Luar Negara) 4. Diisi oleh Pengarah/Setiausaha Bahagian, Bahagian penyelaras. 2. Nyatakan ulasan yang jelas untuk dipanjangkan kepada Ketua Pendaftar. 3, Permohonan yang disokongjtidak disokong perlu diangkat kepada Ketua Pendaftar untuk kelulusan. Permohonan lawatan ini disokong/ tidak disokong ‘Tandatangan Ketua Bahagian Cap Rasmi Tari sn *Borang bolah ditaip semula jika tidak mempunyai ruang yang mencukupi. aT LAMPIRAN B SURAT KEBENARAN IBU BAPA (Dikembalikan kepada sekolah) Pengetua/Guru Besar Merujuk kepada surat tuatous . (Rujukan surat), saya membenarkan anak/anak jagaan saya seperti nama di bawah untuk menyertai kegiatan lawatan murid sekolah seperti yang berikut: 1.1 *Kategori Lawatan : Dalam Daerah/Antara Daerah/Antara Nege 1.2 Tujuan Lawatan ; Luar Negara 13 Tempat:... ec 1A Tatlin decide 7 2, Saya bersetuju untuk membayar wang penyertaan lawatan sekolah ini sebanyak 3. Butir Diri Murid 31 Nama :. 3.2 No. KP/Sijil Lahir 33 Tahun/Tingkatan : 4, Perlindungan Insurans: Murid ini dilindungi oleh skim/Perlindungan Insurans Sekolah/persendirian (nyatakan nama syarikat dan nombor jika ada polisi peribadi) 28 5. Tahap Kesihatan Murid Anak/anak jagaan saya menghidap alahan/penyakit berikut dan sedang menerima rawatan yang dinyatakan: ‘Alahan/Penyakit Rawatan dan Keperluan Khas 6. Sayajuga membenarkan pihak penganjur untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mendapatkan rawatan kecemasan kepada anak/anak jagaan saya bagi maksud memberikan bantuan awal. Tandatangan Ibu bapa/Penjaga murid Tarik. Nama Ibu bapa/Penjaga No. Kad Pengenalan Alamat Rumah Telefon Pejabat Telefon Rumah Telefon Bimbit *Potong jika tidak berkenaan 29 LAMPIRAN C NISBAH PENGIRING MURID KEPADA MURID BAGI LAWATAN MURID SEKOLAH Bil. Kategori Murid T Pengiring | Bilangan Murid | Murid Had Pengecualian Bilangan Murid oleh Pelulus (a) | Murid ketidakupayaan penglihatan (B1), } ketidakupayaan fizikal,dan ketidakupayaan pelbagai () | Muridketidakupayaan penglihatan (rabun) | (0 | Murid keetidakupayaan pendengaran dan 1 5 bermasalah pembelajaran (@_| Murid ketidakupayaan pendengaran berbaki dan 1 7 ketidakupayaan pertuturan 10 (@) | Murid prasekolah selain daripada murid yang dinyatakan dalam (a) hingga (d) @ _ | Murid sekolah rendah selain daripada murid yang dinyatakan dalam (a) hingga (@) (@ | Muridsekolah menengah selain daripada murid yang dinyatakan dalam (a) hingga () 10 Catatan: Walau apapun, Pelulus boleh menentukan had pengecualian nisbah pengiring murid kepada murid berdasarkan Jadual Keempat sekiranya difikirkan wajar dan suai manfaat. 30 SENARAI BAHAGIAN BERTANGGUNGJAWAB. LAMPIRAN D SEBAGAI PENYELARAS LAWATAN MURID ANTARABANGSA UNTUK DIANGKAT KEPADA KETUA PENDAFTAR INSTITUS! PENDIDIKAN DAN GURU SERTA PEGAWAI PENGAWAL (KELULUSAN GURU PENGIRING) BIL. | SEKOLAH BAHAGIAN PENYELARAS 1. | Sekolah Harian/Sekolah Sukan | Bahagian Sukan, Kokurikulum Malaysia/Sekolah Seni Malaysia_| dan Kesenian 2. | Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh 3. | Sekolah Menengah | Bahagian Pendidikan Islam Agama/Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 4. | Kolej Vokasional dan Sekolah Bahagian Pendidikan dan Menengah Teknik Latinan Teknikal Vokasional 5. _| Sekolah Pendidikan Khas Bahagian Pendidikan Khas 6. | Kolej Tingkatan Enam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian | 7. | Kolej Genius Bahagian Genius 8. _| Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi | 9. [institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru Malaysia 10, | Sekolah Swasta Bahagian Pendidikan Swasta * Program/Aktiviti pembangunan profesionalisme guru perlu dihantar kepada Bahagian Profesionalisme Guru 34 LAMPIRAN E CARTA ALIR PERMOHONAN LAWATAN MURID SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH/NEGERI TANGGUNG JAWAB Pemohon Pemohon Pelulus Pelulus Permohonan ‘semula Tidak tutus: 1 <> 32 PROSES KERJA Merancang aktivit lawatan murid. ‘Mengemukakan permohonan lengkap kepada Pelulus mengikut tempoh yang dtetapkan (21/30 hari sebelum lawatan). ‘Menerima, menyemak, menilai dan ‘meluluskan permohonan, Menyediakan makium baias lulushidak lulus kepada pemchon. LAMPIRAN F CARTA ALIR PERMOHONAN LAWATAN MURID SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT ANTARABANGSA TANGGUNG JAWAB Pemohon Pemohon PPDIPN JPN Bahagian Penyelaras Ketua Pendattar Institusi Pendidikan dan Guru serta Pegawai Pengawal Bahagien Penyelaras Permohonan semula Tidak Sokong Tada permohonen ome > monet 33 PROSES KERJA Merancang aktiviti lawatan mura, Mengemukekan permohonan lengkap kepada Pelulus mengikut ‘tempoh yang dtetapkan (60 hari sebelum fawatan). *"Termasuk kebenaran keluar negara dengan mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa bagi guru pengiring. Menerima, menyemak, menilei permohonan. Permohonan disokong dan dihantar kepada Bahagian Penyelaras (45 hari sebelum lewalan), Menerima, menyemak, menilai permohonan dan _menghantar ermohonan yang disokongltidak sokong kepada Ketua Pendaftar Insttusi Pendidikan dan Guru seria Pegawai Pengawal mengikut prosedur yang sedang berkuat kuasa Permohonan ulus. Makluman kelulusan disediakan Bahagian Penyelaras. Menyediakan surat maklum bales kepada pemohon. BORANG LAPORAN LAWATAN MURID SEKOLAH LAMPIRAN G Nama Ahli Kumpulan: Kelas: Tarikh: LAPORAN LAWATAN Tarikh/ Masa/ Hari Lokasi Laporan 34

You might also like