You are on page 1of 1
@OUM OPEN UNIVERSITY MALAYSIA wayeoona. OUM/4.9/336 (41)/20 26 Oktober 2020 PEKELILING BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KUMPULAN (Pekeliling 41/20) Kepade: ‘Semua staf Kumpulan METEOR YBhg. Dato’/Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan, PELANJUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) NEGERI SABAH Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan kenyataan akhbar Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob pada 25 Oktober 2020 adalah berkaitan. Pihak Kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah dilanjutkan dari 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020. Pelanjutan PKPB ini termasuk daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan ‘Sempomna yang berakhir pada hari ini, 26 Oktober 2020. : ‘Sehubungan itu, semua premis Kumpulan METEOR di negeri Sabah ditutup dan semua staf terlibat hendaklah bekerja dari rumah (WFH) dalam tempoh yang dinyatakan. Sila rujuk kepada Pekeliling BPSMK 16/20 — Garis Panduan Bekerja Dari Rumah Kumpulan METEOR Semasa PKPB yang telah diemel sebelum ini. Kerjasama daripada semua Bahagian adalah diminta untuk membuat hebahan tentang penutupan ini kepada pelajar, tutor dan pihak berkepentingan. Bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, semua staf Kumpulan METEOR adalah Giingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP dan saranan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis, Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebarang perubahan sekiranya ada, akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, LAILA SUKMA NGAH Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan i Msc ©, ‘Open University Malaysia, Menara OUM, Blok C, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, SELANGOR. Mw eae EEE Coe Gia oinG CREE Ciack on tdbsiane editee | wanconnckisi IRDI 7

You might also like