You are on page 1of 9

SMK SRI GUNUNG

16390 BAHOK
KELANTAN

KERTAS KERJA
SUKAN DAN
PERMAINAN
SMK SRI GUNUNG
2022

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SMK SRI GUNUNG

TARIKH:
3 JULAI 2022 - 7 JULAI 2022
KERTAS KERJA
SUKAN DAN PERMAINAN
SMK SRI GUNUNG 2022

1.0 PENDAHULUAN

Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan
guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan
pertandingan yang sihat dalam kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu
aktiviti kepada semua murid di samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada semua.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan dengan lebih
menyeluruh.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya kecerdasan kepada
kesihatan tubuh badan manusia.
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan yang
terancang.
2.4 Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid dan guru melalui aktiviti
yang diadakan bersama.
2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang
komprehensif.

3.0 SASARAN

1. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid daripada tingkatan 1


sehingga murid tingkatan 5 termasuk KPKP, SMK Sri Gunung kecuali bagi
murid- murid yang mendapat kebenaran pengecualian daripada Pengetua
atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh
menyertai pertandingan ini daripada doktor.
2. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap guru PJK mestilah memastikan
kesihatan murid masing-masing sebelum aktiviti merentas desa bermula.

1
4.0 TARIKH / TEMPAT/ MASA

Tarikh : 3 Julai - 7 Julai 2022


Hari : Ahad hingga Khamis
Masa : 3.30 Ptg - 6 Ptg
Tempat : SMK Sri Gunung
Penganjur : Unit Kokurikulum SMK Sri Gunung
Urusetia Pelaksanaan : Unit Sukan SMK Sri Gunung

5.0 JAWATANKUASA

Penaung: Puan Hajah Maziah Binti Mohammad (Pengetua SMK Sri Gunung )
Pengerusi: Tuan Hj. Mohd Idris B Md Ghazali ( Penolong Kanan Kokurikulum )
Naib Pengerusi 1: En. Azmi B Awang (Penolong Kanan Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2: Tuan Hj. Mahadhir B Ibrahim ( Penolong Kanan HEM )
Setiausaha Sukan: En Azman B Baharuddin
Pen. S/U Sukan: Puan Nur Hafizah Bt Abdul Rahman
Bendahari: Puan Hjh Wan Rohana Bt Wan Nawang

Jawatankuasa Pelaksana
Permainan : 1) Bola Sepak
- En Azman B Baharuddin
2) Bola Jaring
- Puan Hjh Wan Rohana Bt Wan Nawang
3) Bola Baling
- En Ahmad Rizam B Ramli
4) BOLA TAMPAR
- Pn. Madihah Bt Hassan
5) PING PONG
- Ustaz Kamarulsham B Ali
6) SEPAK TAKRAW
- En Roslan B Said
7) BADMINTON
- En Badrul Hisyam b Ghazali

2
Teknikal & Peralatan : En Azman B Baharuddin
Jurugambar & Dokumentasi : Pn Nor Farhanalkhalidah Bt Mohamad
Salleh dan Petugas Ting 6

Peraturan-peraturan Pertandingan
1. Kumpulan (lelaki dan perempuan)
1.1 Semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 serta KPKP terlibat.
1.2 Mengikut rumah pasukan masing-masing.

2. Anjuran
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMK Sri Gunung
3. Pecahan pertandingan

Bil Permainan kategori


Perempuan Lelaki
1 BOLA SEPAK - 15L
- 18L
2 BOLA JARING 15P -
18P -
3 TAKRAW - 15L
- 18L
4 BOLA TAMPAR 15P 15L
18P 18L
5 BOLA BALING 15P 15L
18P 18L
6 BADMINTON 15P 15L
18P 18L
7 PINGPONG 15P 15L
18P 18L

3
4. Penyertaan
4.1 Setiap rumah pasukan dibenarkan menghantar satu kumpulan untuk setiap
pertandingan yang dianjurkan. Jumlah peserta termasuk simpanan dalam
setiap kumpulan adalah seperti berikut:

Bil Permainan Peserta berdaftar


untuk setiap kategori
1 BOLA SEPAK 15

2 BOLA JARING 12

3 SEPAK TAKRAW 5

4 BOLA TAMPAR 9

5 BOLA BALING 12

6 BADMINTON 2

7 PINGPONG 2

4.2 Kemenangan akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang menang.


Perlawanan diadakan secara liga bagi sukan ping pong, bola sepak dan sepak
takraw.
4.3 Semua peserta mestilah sihat. Pengurus pasukan mestilah terdiri daripada
guru rumah pasukan masing-masing

4
5. Jadual Perlawanan

BOLA BOLA BOLA SEPAK


BADMINTON PINGPONG BOLA BALING
TAMPAR JARING SEPAK TAKRAW
HARI/
KATEG
ORI

18 15 18 15 18 18 15 18 15 18 15 18
18P 18P 15P 15P 18L 15L 18L 15L
L L P P L L L P P L L P

AHAD,
/ / / / / / /
3/7/22

ISNIN
/ / /
4/7/22

SELASA
/ / /
5/7/22

RABU
/ / /
6/7/22

KHAMIS
/ / /
7/7/22

6. Pembatalan
6.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan sepanjang pertandingan.
6.2 Mana-mana peserta yang didapati melanggar syarat pertandingan akan
dibatalkan hak penyertaannya.
7. Pakaian
7.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah,
bert-shirt rumah sukan dan boleh memakai jersi sekiranya ada dan berkasut.
7.2 Mana-mana peserta yang tidak memakai pakaian sukan tidak dibenarkan
memasuki acara.

5
8. Hadiah
8.1 Hadiah disediakan bagi juara dan naib juara sahaja iaitu:
- 1 medal dan hamper bagi juara dan naib juara badminton lelaki 18L dan
15L, perempuan 18P dan 15p
- 1 medal dan hamper bagi juara dan naib juara bola baling lelaki 18L dan
15L, perempuan 18P dan 15p
- 1 medal dan hamper bagi juara dan naib juara bola jaring 18P, 15p dan 18P
kategori kpkp
- 1 medal dan hamper bagi juara dan naib juara bola tampar lelaki 18L dan
15L, perempuan 18P dan 15p
- 1 medal dan hamper bagi juara dan naib juara ping pong lelaki 18L dan
15L, perempuan 18P dan 15p
-1 medal dan hamper bagi juara dan naib juara sepak takraw lelaki 18L dan
15L
-1 medal dan hamper bagi juara dan naib juara bola sepak lelaki 18L, 15L
dan 18L kategori kpkp

9. Bantahan
9.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Referi secara bertulis dan
wang cagaran RM 50.00 hendaklah disertakan selepas pengumuman
keputusan dibuat.

6
6.0 ANGGARAN KOS

7
7.0 PENUTUP
Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi
dalam menjayakan sukan dan permainan ini.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :

………………………………………
……………………………………….
EN. AZMAN B BAHARUDDIN HJ MOHD IDRIS B MD GHAZALI
Setiausaha Sukan PK KOKURIKULUM

SMK Sri Gunung SMK Sri Gunung

You might also like