You are on page 1of 24

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM

TAJUK: CABARAN DALAM MEMBENTUK KEPERIBADIAN INSAN PADA MASA KINI


FALSAFAH DAN ISU SEMASA (CTU 552)

KUMPULAN: BA28/BA29

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIKS

NUR ZERINE EFREENA BINTI AZHAR 2023379867

NUR ELLY SHARLINA BINTI MA’AMOR 2023388575

NATASHA NISA BINTI MOHD NOR SHUHAIMI 2023393505

FARZANA HANI BINTI MOHD HAZMI 2023379979

NURAINI SYUHADA BINTI SUHAIDI 2023149755

NURMIZA BINTI MOHD ZUKIFILE 2023388807

NURUL AZLIN BT AZMAN 2023190249

MUHAMMAD FARIS AZRIN BIN ABD RAMLI 2023190007

MUHAMMAD IRFAN HILMY BIN MOHD ROSLI 2023115095

ADRIS IMRAN BIN NOR ADLI 2023115211

DISEDIAKAN UNTUK: DR. FADZIANI BINTI YAAKUB


Assalamualaikum, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi
Allah tuhan semesta alam yang telah memberikan nikmat dan kekuatan untuk menyempurnakan
tugasan ini. Selawat dan salam ke atas nabi terakhirNya dan utusan Muhammad, teladan yang ideal
bagi manusia.

Laporan ini merupakan ilustrasi yang baik tentang kajian kumpulan. Pengalaman itu berbaloi
kerana ia bukan sahaja mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman kami tentang perkara yang
tercatat didalam projek ini, tetapi juga mengajar kami cara untuk lebih memahami akibat praktikal
dengan mengintegrasikan pengetahuan.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami
untuk subjek Falsafah Dan Isu Semasa (CTU552), Dr. Fadziani Binti Yaakub, atas bantuan dan
arahan beliau dalam menyiapkan aktiviti tugasan ini. Kami menghargai usaha beliau dalam
menjelaskan tugas ini, dan juga rakan-rakan yang telah membanting tulang dalam menyelesaikan
tugasan yang diberikan ini. Akhir sekali, semoga Allah SWT membalasnya untuk mereka semua
yang terlibat dalam projek ini.
ISI KANDUNGAN

ABSTRAK………………………………………………………………………………………………… 1

PENGENALAN…………………………………………………………………………………………... 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN…………………………………………………………………………………. 3

1.0 Faktor dalam menghadapi cabaran…………………………………………………………….. 4

1.3 Agama………………………………………………………………………………………………. 5

1.1 Globalisasi………………………………………………………………………………………….. 6

1.2 Pendidikan…………………………………………………………………………………………. 8

2.0 Kesan terhadap cabaran yang dihadapi……………………………………………………………11

2.1 Agama……………………………………………………………………………………………... 12

2.2 Globalisasi…………………………………………………………………………………………13

2.3 Pendidikan……………………………………………………………………………………….. `15

4.0 KAJIAN LITERATUR…………………………………………………………………………….. 16

5.0 RUMUSAN & CADANGAN……………………………………………………………………….. 18

REFERENCES………………………………………………………………………………………… 20
ABSTRAK

Allah SWT berfirman dalam surauh Al-Zariyat: 56

“Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadah kepadaKu”.

Membentuk keperibadian Islam yang sejati sewajarnya mestilah melalui tiga komponen iaitu hati,
akal dan juga nafsu. Kajian ini meneroka isu semasa yang berkait dengan cabaran dalam
membentuk keperibadian insan pada masa kini dalam kalangan masyarakat islam dan mengkaji
bagaimana isu ini boleh mempengaruhi pembangunan seseorang umat Islam. Kaedah yang
digunakan dalam menyelesaikan kajian ini adalah melalui sumber-sumber daripada data sekunder
seperti artikel dan jurnal yang diperoleh daripada penyelidik-penyelidik yang sebelum ini daripada
yang telah menjalankan penyelidikan yang serupa dan berkait dengan tugasan kami. Hasil daripada
kajian yang dijalankan mendapati bahawa faktor-faktor yang terlibat dalam tajuk tugasan ini
adalah cabaran dalam aspek agama, globalisasi dan juga pendidikan.

1
PENGENALAN

Membentuk keperibadian insan dalam Islam merujuk kepada proses pembentukan individu
secara keseluruhan yang meliputi aspek moral, spiritual, dan sosial berdasarkan ajaran Islam. Ia
bermaksud memperbaiki dan memperkuatkan sifat-sifat baik dalam diri seseorang serta
memperbaiki dan mengurangkan sifat-sifat buruk. Dalam Islam, pembentukan keperibadian insan
adalah penting kerana ia membantu individu mencapai matlamat hidup yang lebih baik, seperti
mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ia juga membantu individu memperbaiki
hubungan dengan Allah, sesama manusia, dan alam sekitar.

Proses membentuk keperibadian insan dalam Islam melibatkan penghayatan nilai-nilai dan
prinsip-prinsip Islam serta usaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ia juga
melibatkan usaha untuk mengatasi kelemahan dalam diri dan memperbaiki hubungan dengan
orang lain, serta berusaha untuk menjadi lebih baik dari segi moral, spiritual, dan sosial.

Secara keseluruhan, membentuk keperibadian insan adalah proses seumur hidup yang
melibatkan pengalaman, pembelajaran, dan perkembangan diri yang berterusan. Ia membantu
individu memahami diri dan menjadi lebih baik dalam mencapai matlamat hidup dan berinteraksi
dengan orang lain. Dalam Islam, pembentukan keperibadian insan bukanlah satu proses yang
mudah dan memerlukan kesabaran, konsistensi, dan usaha yang berterusan. Namun, ia adalah
proses yang sangat penting untuk mencapai matlamat hidup yang lebih baik dan mencapai
kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta memperoleh rahmat dan keberkatan Allah.

Pada masa kini, membentuk keperibadian insan adalah amat mencabar kerana teknologi
yang berleluasa mempengaruhi anak-anak muda. Pada masa kini, terdapat beberapa isu semasa
yang menjadi cabaran dalam membentuk keperibadian insan. Proses membentuk keperibadian
insan bermula sejak kecil dengan bimbingan dan pengajaran daripada keluarga, masyarakat, dan
persekitaran yang melibatkan individu. Sekolah juga memainkan peranan penting dalam
membentuk keperibadian insan dengan memberikan pendidikan formal dan pengalaman sosial
yang membantu individu memahami nilai-nilai dan etika yang penting dalam kehidupan.
Teknologi yang berkembang dengan pesat, globalisasi, keseimbangan kerja hidup, pengaruh
media, dan isu sosial adalah antara isu semasa yang menjadi cabaran dalam membentuk peribadi.

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama membentuk keperibadian insan dalam Islam adalah untuk mencapai
matlamat hidup yang lebih baik dan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta memperoleh
rahmat dan keberkatan Allah. Ia juga membantu individu untuk memperbaiki hubungan dengan
Allah, sesama manusia, dan alam sekitar.

Beberapa objektif lain dalam membentuk keperibadian insan dalam Islam adalah seperti
berikut. Pertama sekali , meningkatkan kesedaran dan keimanan dalam pembentukan keperibadian
insan dalam Islam bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keimanan seseorang terhadap
Allah S.W.T dan ajaran-ajaran Islam.

Kedua, membentuk sifat-sifat mulia dalam pembentukan keperibadian insan dalam Islam
bertujuan untuk memperbaiki sifat-sifat buruk dalam diri seseorang dan memperkuatkan sifat-sifat
mulia seperti sabar, tawadhu', ikhlas, amanah, dan sifat mulia yang lain-lain.

Ketiga, mempertingkatkan serta menjaga hubungan dengan orang lain untuk membentuk
keperibadian insan dalam Islam bertujuan untuk memperbaiki hubungan dengan orang lain dan
masyarakat melalui pembentukan sifat-sifat seperti kasih sayang, toleransi, kejujuran, dan lain-
lain.

Selain itu, usaha meningkatkan kesedaran sosial dalam pembentukan keperibadian insan
dalam Islam bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial seseorang terhadap isu-isu sosial dan
lingkungan, serta menggalakkan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang membantu masyarakat.

Seterusnya , menjadi teladan yang baik dalam pembentukan keperibadian insan dalam
Islam bertujuan untuk menjadikan seseorang sebagai teladan yang baik dan memberikan inspirasi
kepada setiap lapisan masyarakat.

Secara keseluruhan, objektif pembentukan keperibadian insan dalam Islam adalah untuk
mencapai matlamat hidup yang lebih baik dan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta
memperoleh rahmat dan keberkatan Allah melalui penghayatan nilai-nilai dan prinsip-prinsip
Islam serta usaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian

3
1.0 Faktor dalam menghadapi cabaran

1.3 Agama

Umat Islam perlu berhadapan dengan perkara yang cuba menghalang mereka daripada
melakukan perkara yang betul. Beberapa perkara ini sukar dilihat, seperti fikiran atau perasaan
yang buruk, dan ada yang datang dari orang lain yang tidak menyukai orang Islam.

Daripada kalangan manusia, Allah menegaskan dalam firman-Nya: Orang-orang Yahudi


dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah mereka. (Surah al-
Baqarah: 126).

Sesetengah orang tidak suka orang Islam dan akan menyakiti mereka. Ini telah
menyebabkan masalah dan perkara yang menyedihkan berlaku kepada umat Islam dalam
sepanjang sejarah. Orang jahat ingin menyakiti orang Islam dan kepercayaan mereka, seperti Al-
Quran dan undang-undang Islam. Mereka cuba memerangi mereka dengan senjata, tetapi mereka
tidak dapat menyingkirkan orang Islam. (Deraman, 2023) Tidak dapat disangkal lagi, seperti yang
dapat kita lihat di media sosial dan media massa bahawa masyarakat pada masa kini menghadapi
pelbagai cabaran membentuk keperibadian insan yang mulia terutamanya dari aspek agama.

Kurangnya didikan agama membuatkan masyarakat kini sukar dibentuk untuk


mempraktikkan agama Islam dalam kehidupan. Sebagai manusia biasa yang mempunyai
kelemahan yang wujud, kita memerlukan arahan dan nasihat untuk mengemudi kewujudan kita
sebagai penjaga planet ini. Bimbingan bijak seperti itu disampaikan oleh Nabi S.A.W yang
tersohor, yang dipetik oleh ulama yang dihormati seperti Imam al-Baihaqi dan at-Tabrani,
mengambil daripada hikmah Anas R.A dan al-Hassan bin Ali R.A.

“Menuntut ilmu agama adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”

Umat Islam menggunakan kitab Al-Quran dan mengikuti petunjuk Nabi Muhammad SAW untuk
menjalani kehidupan mereka. Begitu juga dengan agama lain mempunyai ajaran tersendiri untuk

4
membantu individu. Jika orang menggunakan agama mereka sebagai alat pertumbuhan, ia boleh
membantu dalam perkembangan mereka sebagai individu yang baik dan membantu mereka
membuat keputusan yang bijak, seperti lilin yang menerangi bilik gelap. (Didikan Agama Dapat
Membendung Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja, 2023)

Masyarakat yang tidak mempunyai sepenuhnya pengetahuan akan agama Islam akan mudah
terpedaya dengan adanya anasir luar atau tipu daya barat yang menghalang mereka untuk menjadi
modal insan kelas pertama. Apabila masyarakat kurang didikan agama, iman mereka akan mudah
goyah dan akan sentiasa ada keraguan di dalam diri mereka. Oleh itu, semua pihak terlibat tidak
boleh memandang enteng akan hal ini dan mula menitik beratkan ilmu agama dalam diri agar
masyarakat dapat mengharungi cabaran yang sedia ada atau yang bakal muncul pada masa
hadapan.

Tambahan lagi, masyarakat yang masih mendalami ilmu agama akan mencari pelbagai
sumber untuk mendalami agama islam dan mereka akan dipengaruhi oleh golongan Islam Liberal
sekiranya mereka tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya. Beberapa Muslim
percaya bahawa agama mereka harus ditafsirkan dengan cara yang sesuai dengan zaman modern
dan gagasan tentang apa yang adil dan benar. Mereka tidak setuju dengan interpretasi kuno tentang
aturan dan hukum agama, bahkan jika mereka berasal dari pemimpin agama yang penting. Mereka
berpikir bahwa jika suatu undang-undang tidak masuk akal di dunia sekarang ini atau bertentangan
dengan hak asasi manusia, itu harus diubah atau bahkan dihilangkan. Mereka tidak menolak agama
mereka sama sekali, tetapi menurut mereka itu harus diperbarui untuk zaman moden. (Samsudin,
2018)

Di Malaysia, ada sekelompok Muslim yang percaya pada idea-idea liberal. Mereka ingin
orang-orang memahami bahawa semua agama itu sama, bukan hanya Islam. Ini akan membuat
beberapa orang berhenti mengikuti Islam. Kelompok itu juga meminta perubahan undang-undang
agar umat Islam akan meninggalkan agamanya tanpa masalah. Mereka memberikan informasi
palsu tentang Islam, yang dapat membingungkan orang yang masih mempelajarinya.

Seandainya seseorang itu tidak mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah, mereka mungkin
mudah terjerumus ke dalam cara berfikir ini. Islam Liberal telah menampakkan bahawa Islam
adalah agama yang kompleks. Mengikut fahaman ini, al-Quran mesti ditafsir semula tanpa dibatasi

5
oleh tafsiran ulama terdahulu. Tafsiran masa lalu sudah lapuk dan tidak lagi terpakai dalam
masyarakat hari ini. Pada pandangan mereka, menafsirkan al-Quran tidak memerlukan ilmu
Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsir Rasulullah, para Sahabat, atau ahli tafsir terdahulu.
Mereka percaya bahawa tafsiran harus sejajar dengan akal dan rasional. (Persoalan Berkaitan
Liberalisme – MAIS)

Selain itu, tanpa semangat jihad yang tinggi, masyarakat pada masa kini juga disungguhi
dengan adanya Gerakan Islamfobia. Umat Islam sering menghadapi diskriminasi dan kebencian
daripada individu tertentu yang mengarahkan kemarahan mereka kepada masyarakat Islam dengan
membuat komen yang menyakitkan hati malah menyerang masjid. Tingkah laku jenis ini
menyebabkan umat Islam mengalami pelbagai emosi negatif seperti sedih, takut, dan marah. Selain
tekanan emosi, umat Islam juga mungkin menghadapi cabaran dalam mencari pekerjaan kerana
diskriminasi ini, yang sama sekali tidak adil. Adalah penting untuk mempertahankan apa yang
betul dalam situasi ini, walaupun ia menakutkan, dan ingat bahawa kekuatan boleh diambil
daripada kepercayaan seseorang kepada Tuhan. (ISLAMOPHOBIA – KESAN TERHADAP
MASYARAKAT ISLAM – MAIS, 2023)

1.1 Globalisasi

Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, kita dapat melihat sejarah yang menjadi
pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara bahkan bukan itu sahaja, globalisasi yang kian telah
menjadi pengiring dan pembantu dalam membangunkan negara di dunia. Globalisasi ini telah
banyak diperkenalkan dari pelbagai aspek yang memberi impak dan kesan yang praktikal bagi
negara serta masyarakat konvensional. Banyak yang boleh kita ungkapkan dari erti kata globalisasi
ini dan ianya bergantung kepada cara setiap insan berfikir bagaimana mereka ingin mendefinisikan
pengertian globalisasi ini. Secara umum, seperti yang kita mengetahui globalisasi ini merupakan
rangkaian teknologi yang bebas dalam mengakses maklumat dan menjadi satu saluran sebagai
penghubung maklumat tanpa ada sebarang sepadan dan halangan sekali pon. Perantara maklumat
yang dapat disalurkan melalui pelbagai cara seperti internet, media sosial, teknologi komunikasi
dan sebagainya dapat membantu dalam evolusi pertumbuhan sesebuah negara.

Selain itu, globalisasi ini juga boleh didefinisikan kepada cara pemikiran bagi setiap
individu. Hal ini dapat dilihat melalui kejayaan setiap negara yang mempunyai masyarakat yang

6
bertindak pantas bersamping kan dengan globalisasi. Tetapi tidak dapat dinafikan, sebalik daripada
kebaikan dan faedah yang dapat diberikan kepada negara serba sedikit ia telah menjadi kemelut
bagi sesetengah individu terutamanya dalam golongan remaja. Remaja adalah insan yang
semenjana membentuk kepribadian diri mereka dalam dunia yang penuh dengan teknologi tetapi
dengan adanya globalisasi ini, sesetengah individu tidak dapat untuk mendisiplinkan dirinya
daripada mengawal dan membentuk peribadinya kearah yang lebih baik. Keterbukaan globalisasi
yang telah mengubah cara pemikiran individu telah membawa kepada kerosakan akhlak mereka.
Kemajuan teknologi yang mendedahkan pelbagai rangkaian dan maklumat telah memberi kesan
negatif kepada insan didunia ini. Perkembangan globalisasi bukan sahaja melalui cara pemikiran
tetapi dari segi budaya, tradisi, penghantaran maklumat dan sebagainya telah menjadi satu cabaran
untuk mereka membentuk peribadi sendiri.

Cabaran globalisasi dari segi teknologi yang boleh dikatakan menjadi salah satu punca
halangan sesetengah insan untuk membentuk jati diri mereka dengan lebih baik. Globalisasi yang
boleh kita lihat yang memberi kemudaratan kepada individu terutamanya remaja ialah mereka
terjebak dalam melakukan perkara-perkara negatif sehingga boleh menghancurkan masa depan
anak anak muda di negara. Melalui perhubungan maklumat serta media sosial yang semakin
berleluasa menyebabkan remaja alaf ini mudah untuk mengakses segala perkara melalui alam siber
sebagai contoh menonton film pornografi, mengunjungi tempat tempat yang tidak sepatutnya
seperti kelab malam, tempat pelacuran sehingga kan mampu untuk membuat perkara yang tidak
senonoh yang merosakkan diri, agama, dan bangsa. Terlalu besar pengaruh barat yang dapat
memasuki minda anak anak muda ini sehingga tidak tahu antara baik dan buruk. Jika ditelusuri,
banyak yang kita dapat lihat berita berita mengenai remaja yang rosak akhlak akibat daripada
pengaruh media sosial. Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) mengemukakan pada tahun
2018 sebanyak 80% kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 17 tahun telah
melayari filem pornografi (BH2019)1. Tidak dinafikan bahawa teknologi memberi manfaat yang
banyak kepada manusia tetapi bagi individu yang tiada bimbingan agama yang mencukupi amat
sukar untuk mereka mengawal daripada membentuk kepribadian yang bagus.

1
Berita Harian, 2019 80 peratus kanak-kanak 10-17 tahun tonton pornografi

7
Globalisasi ini cukup memberi kesan yang buruk kepada insan-insan yang mahu membina
keperibadian mereka. Seperti yang kita ketahui, media sosial atau teknologi ini bukan sahaja
memberi kemudaratan kepada remaja ketika di tempat awam tetapi di sekolah juga telah membuat
kan mereka sukar untuk membentuk kepribadian yang baik. Hal ini dapat dilihat di ruang artikel
dimana ia mengatakan “aksi negatif filem antara punca kes buli” (BH2016) 2. Apa yang
dimaksudkan ialah filem-filem barat mahupun lokal terdapat banyak adegan adegan yang tidak
sepatutnya ditayangkan di pawagam, hal ini kerana remaja atau insan yang sedang membangun ini
sikapnya mudah terpengaruh dengan perkara yang menggairahkan mereka. Sebagai contoh, filem
“Juvana” yang dijadikan sebagai contoh untuk mereka membuat perkara tidak sepatutnya di
sekolah seperti membuli. Kejadian ini telah soal siasat oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid sendiri
dengan bertujuan untuk membuktikan dirinya kuat. Jadi, apa yang kita dapat lihat pengaruh
globalisasi ini telah pon membasuh pemikiran dan tingkah laku manusia daripada mendorong
mereka ke arah yang tidak baik. Oleh itu, globalisasi merupakan salah satu cabaran untuk seorang
insan membentuk jati diri mereka.

1.2 Pendidikan

Faktor kedua yang menjadi cabaran pembentukan akhlak dan insaniah seorang insan pada
masa kini ialah pendidikan. Didefinisikan daripada kamus dewan Bahasa dan Pustaka (edisi ke
empat), pendidikan ialah perihal mendidik atau ilmu3. Manakala dari perspektif agama Islam,
pendidikan adalah ilmu pendidikan yang berlandaskan agama Islam. Dari erti kata lain, pendidikan
ialah apabila seseorang (seperti seorang guru) bekerja keras untuk membantu orang lain (seperti
pelajar) belajar dan berkembang dengan cara yang terbaik. (Pd, 2020, 5).

Para pendidik sering terlupa akan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan semasa
mendidik generasi muda selain daripada mengajar ilmu pendidikan ialah kesepaduan nilai-nilai
murni yang perlu diterapkan kepada golongan ini dari usia muda. Penimbulan satu isu yang
menggemparkan satu Malaysia pada tahun 2017 dikatakan pelajar sekolah menengah yang baru
berusia 14 tahun memukul seorang guru perempuan sehingga cedera di jari dan hal ini telah pun

2
Berita Harian, 2016 Aksi negatif filem antara punca kes buli
3
Ilmu didik – Ilmu mendidik pengetahuan mendidik

8
diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab (Harian Metro Bhd, 2017). Pengamalan nilai-
nilai murni yang utama iaitu hormat-menghormati terhadap orang lain kini dianggap sebagai suatu
perkara yang remeh oleh generasi era 2020. Salah satu punca pelajar hilang rasa hormat pada warga
pendidik ini juga adalah dari sifat guru itu sendiri. Secara jujurnya cara untuk mendidik seorang
insan pada zaman kini tidak boleh menggunakan teknik dan cara yang sama dengan didikan zaman
dahulu. Mungkin bagi millenial, didikan pada zaman dahulu walaupun sedikit kasar tetapi pada
akhirnya mereka tetap menjadi manusia yang berguna, tetapi tidak bermakna ianya boleh
diterapkan kepada generasi zaman kini dan kemungkinan golongan ini untuk menjadi manusia
yang berakhlak juga rendah kerana sifat pendidik yang tidak menghormati pelajar. Pengarah
Jabatan Sejarah Fakulti Kemanusiaan Universiti Pedagogi Sultan Idris (UPSI), Dr. Sahul Hamid
Mohamed Maiddin berkata, walaupun pelajar mempunyai kewajipan untuk menghormati guru,
seorang guru tidak seharusnya memperhambakan pelajarnya. Beliau berkata kedua-dua guru dan
pelajar bekerjasama untuk mempelajari perkara baharu. Mereka masing-masing mempunyai
pekerjaan penting mereka sendiri untuk membantu memastikan mereka boleh berkongsi apa yang
mereka pelajari antara satu sama lain. (Unit Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Rajang,
2016).

Bukan itu sahaja, ibu bapa yang sepatutnya memainkan peranan sebagai pendidik pertama
dalam keluarga juga selalu mengambil ringan terhadap tanggungjawab untuk mengajar anak-anak
bagaimana untuk membantu dan berjaya pada masa hadapan. Seperti yang kita tahu, anak anak ini
kain putih yang istimewa dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan ia kelihatan cantik. Baik
ajarannya, baik jugalah akhlaknya dan begitulah sebaliknya. Rata-rata pelajar yang boleh
dikatakan sering melakukan masalah di sekolah atau kelakuannya yang nakal berpunca daripada
kekurangan kasih sayang dan perhatian keluarga mereka. Salah satu drama yang boleh kita
mengambil contoh situasi untuk dikaitkan dengan isu yang sedang dibincangkan ialah Budak
Tebing yang memotretkan tentang ibu bapa yang sering mengabaikan anak anak mereka dan
sesetengah daripada mereka hanya mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka sahaja.
Tambahan lagi, berterusan memarahi anak tanpa sebab, jarang memberi kata-kata yang positif dan
tidak menghargai pencapaian anak-anak adalah antara punca anak-anak menjadi seseorang yang
agresif dan hilang hormat kepada ibu bapa. Apabila sifat hormat kepada ibu bapanya sudah hilang,
maka tidak pelik sekiranya mereka juga hilang sifat hormat terhadap orang lain. Ada betulnya
pepatah yang menyatakan ‘iman tidak dapat diwarisi’ tetapi sebagai ‘pelukis’ utama dalam
9
mencorakkan kain putih ini, perlulah mendidik dan mencorakkan akhlak dan budi pekertinya
supaya dapat menjadi insan yang berguna.

10
2.0 Kesan terhadap cabaran yang dihadapi

2.1 Agama

Agama adalah amat penting dalam pembentukan insan yang dapat membimbing kehidupan
manusia ke arah yang lebih baik dan mulia. Manusia yang mengutamakan ilmu agama dalam
kehidupan akan dapat menikmati dan menjalani hidup yang lebih aman. Manusia yang
mempelajari agama juga akan menjadi manusia yang berakhlak mulia kerana agama adalah
menyeluruh iaitu ia dapat membantu insan melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan
daripada Allah SWT. Penghayatan agama dalam diri akan dapat mengatur jalan hidup supaya
untuk menjadi lebih tersusun dan teratur. Ia juga dapat mengelakkan daripada melakukan
kejahatan yang akan memberi kesan buruk kepada diri dan masyarakat sekeliling. Namun,
kebanyakkan manusia pada masa kini tidak mengamalkan agama yang sepatutnya dipelajari dan
dilaksanakan setiap hari.

Kesan yang boleh terjadi kepada insan yang mengabaikan agama adalah insan tersebut
akan menjadi seorang yang mempunyai akhlak yang buruk iaitu kejatuhan akhlak dalam diri
seseorang. Sombong adalah salah satu sifat yang akan lahir akibat pengabaian agama yang mampu
menjejaskan pandangan insan tersebut terhadap konsep halal dan haram dalam agama. Manusia
tersebut tidak lagi akan memikirkan halal atau haram pada sesuatu perkara itu lagi kerana ianya
telah menjadi perkara yang sering dilakukan oleh diri insan tersebut. Seseorang insan dianggap
sombong kerana insan itu terlalu angkuh untuk mempelajari ilmu agama yang mempunyai ilmu
menyeluruh yang boleh memberikan kebaikan kepada diri sendiri. Hal ini kerana, manusia tersebut
juga terlalu melebihkan dunia yang penuh dengan ajaran yang pelbagai dan masyarakat sekeliling
yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Sebagai contoh keruntuhan akhlak dalam diri
seorang insan adalah minum arak, buli dan lain-lain lagi. Akhlak mempengaruhi kehidupan bagi
setiap insan di dunia ini. Hal ini kerana akhlak seseorang adalah perkara yang menentukan sama
ada tingkah laku insan tersebut baik atau buruk. Sebagai umat Islam, kehidupan kita di dunia
perlulah berlandaskan panduan dan ajaran agama. Seorang insan itu akan menjadi semakin lalai
dan terpesong apabila mengabaikan ajaran agama. Perkara ini selalu terjadi akibat manusia tidak
mengikuti ajaran agama yang ada seperti solat, bersedekah, berpuasa dan lain lain lagi. Dunia kini
terdapat banyak cabaran yang boleh mengakibatkan manusia untuk melanggar agama.

11
Pemilihan rakan yang salah juga merupakan kesan dari pengabaian agama dalam diri
seseorang manusia. Perkara ini boleh terjadi apabila individu tersebut mula berkenalan dengan
rakan tersebut di tempat-tempat yang tidak baik seperti di kelab malam. Apabila seseorang
individu berkawan dengan rakan yang juga tidak mempraktikkan agama sebagai perkara utama,
mereka akan sama lalai dengan segala hiburan di dunia seperti tidak menjaga hubungan antara
lelaki dan perempuan, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, hadir ke tempat tempat yang
membawa kecelakaan dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, seseorang individu tersebut akan hanya
memilih rakan yang mengingatkan insan tersebut terhadap dunia hiburan malah dengan pemilihan
rakan yang salah ini juga akan semakin menyesatkan seseorang individu tersebut. Selain ibu bapa,
rakan adalah orang yang paling akrab dan banyak meluangkan masa bersama. Mereka akan
bersama-sama melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membazir masa. Rakan baik yang
boleh membimbing seorang individu ke jalan yang benar adalah amat penting dalam kehidupan.
Hal ini kerana, dengan pemilihan rakan yang baik tersebut boleh sentiasa mengingatkan antara
satu sama lain untuk solat dan menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu, tersalah memilih rakan
juga adalah kesan daripada tidak menuntut ilmu agama.

Kesan daripada seseorang insan yang tidak mengamalkan ilmu agama juga boleh
mengakibatkan sesebuah masyarakat berpecah belah. Apabila kebanyakan individu dalam
masyarakat kurang penghayatan dalam mempelajari agama dan ia akan melahir sifat dan akhlak
yang buruk, bergaduh antara satu sama lain, tidak bertolak ansur, mempunyai hasad dengki dalam
diri masing masing dan sesebuah masyarakat dalam sesebuah negara itu akan berpecah belah. Hal
ini dikatakan demikian kerana, tiada lagi kehidupan masyarakat antara satu sama lain kerana
mereka hanya mementingkan kehidupan dan diri mereka sendiri. Sebagai contohnya adalah jiran
tetangga bergaduh antara satu sama lain akibat tidak mahu bertolak ansur dalam kehidupan hidup
berjiran. Kehidupan manusia di dunia hendaklah bersatu padu dalam masyarakat dan kehidupan
berlandaskan agama akan dapat memastikan sebuah negara dalam keadaan yang aman dan
harmoni. Setiap individu dalam masyarakat yang lalai tentang agama akan semakin meruntuhkan
lagi perpaduan hidup bermasyarakat dalam negara. Individu yang tidak mempunyai penghayatan
tentang agama adalah bertentangan dengan tujuan manusia diciptakan di muka bumi ini. Semua
insan hendaklah mempunyai akhlak yang baik yang mampu membimbing manusia yang lain ke
arah kebaikan supaya masyarakat tidak akan berada dalam keadaan yang huru-hara.

12
2.2 Globalisasi

Pada masa kini, hampir seluruh dunia telah membincangkan tentang globalisasi yang
melanda masyarakat, perkara tersebut tidak kira umur, bangsa dan juga negara. Mahu ataupun
tidak semua orang akan mengalami perkara tersebut walaupun sudah sehabis baik untuk mengelak
daripadanya. Seluruh dunia sudah sebulat suara mengatakan bahawa globalisasi tersebut akan
memberi kesan kepada negara dan juga masyarakat. (Mohd, 2023) Berikut adalah beberapa kesan
globalisasi dalam membentuk keperibadian insan.

Antara cabaran yang sering diperkatakan pada masa kini dalam melahirkan modal insan
yang mempunyai keperibadian insan yang tinggi ialah cabaran dalam melahirkan modal insan
yang mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara. Pada era globalisasi ini kita akan
menghadapi cabaran dimana budaya masyarakat luar yang datang ke negara tidak dapat ditapis
dan disekat. Hal ini telah menyebabkan ramai kalangan remaja pada masa kini mudah terpengaruh
dengan budaya yang dibawa oleh negara luar. Kesannya, perkara tersebut akan menyebabkan
wujudnya kumpulan masyarakat baru yang tidak mempunyai nama atau indentiti untuk
menerangkan siapa mereka. (the new society) (Fazullah et al,2007). Perkara tersebut juga telah
menyebabkan tercetusnya pencampuran berbagai jenis budaya dalam diri remaja kerana budaya
asal dalam diri sesorang remaja itu telah terhakis dan sekali gus kecintaan kepada negara akan
mula hilang dan terpadam. Hal tersebut perlu diambil serius kerana jika dibiarkan berlarutan,
perkara tersebut akan memberi impak buruk kepada pembentukan budaya dalam masyarakat
Malaysia pada masa akan datang. Hal ini dikatakan begini kerana,remaja remaja yang wujud pada
masa kini bukan sahaja untuk menjadi pekerja malah mereka merupakan pelapis untuk memimpin
negara pada masa kelak. Oleh itu, jika mereka tidak mempunyai kesedaran dan jati diri terhadap
negara mereka tidak layak untuk mentadbir negara pada masa akan datang. Bagi mengelakkan
perkara tersebut berlaku, kita perlu menerapkan nilai nilai kecintaan terhadap negara kepada
remaja pada masa kini agar perkara tersebut dapat terus dipupuk kembali dalam diri mereka.

Seterusnya, perkembangan teknologi yang semakin berkembang pada masa kini.


Perkembangan teknologi yang giat berkembang sedikit sebanyak memberikan impak positif dan
negatif kepada masyarakat. Antara kesan negatif yang semakin berleluasa pada masa kini ialah
kesahihan maklumat sebelum disebarkan kepada orang ramai. Perkara ini disebut berdasarkan ayat
Al-Quran Allah pada dalil Naqli yang bermaksud:

13
“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah

kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.[9]

Hal ini bermaksud, penting untuk kita mengkaji kesahihan sesuatu maklumat tersebut
kerana untuk mengelakkan daripada berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Jika kita
menyebarkan sesuatu perkara tanpa mengkaji kesahihannya, pihak yang tidak bertanggungjawab
akan sentiasa mencari idea dan jalan untuk menyebarkan fitnah yang terjerumus kepada dosa
besar. Perkara tersebut merupakan cabaran yang perlu ditangani pada masa kini. Oleh itu, langkah
yang sewajarnya dilakukan ialah merujuk kepada sumber asal bagi memastikan tahap kesahihan
sesuatu maklumat tersebut dan mengelakkan daripada berlakunya salah faham dan kekeliruan.
Selain itu, penyebaran fitnah merupakan perkara yang makin berleluasa pada masa kini. Gejala
yang sering berlaku berkaitan dengan teknologi pada masa kini ialah penyebaran fitnah yang
disampaikan oleh satu kepada pihak yang lain dengan tujuan untuk memalukan dan menjatuhkan
pihak lain atas kerana dendam ataupun tidak berpuas hati. Selalunya fitnah tersebut disebarkan
melalui Instagram, WhatsApps, TikTok dan lain lain aplikasi. Hal ini merupakan salah satu
cabaran dalam membentuk keperibadian insan pada masa kini. Seperti yang kita semua tahu, fitnah
merupakan salah satu jenayah yang sangat besar dan akan memberikan impak kepada maruah
sesorang serta ahli keluarganya. Perkara tersebut telah disebut dalam firman Allah didalam Al-
Quran yang bermaksud:

“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”[12]

Oleh itu, setiap masyarakat perlulah pandai menggunakan teknologi pada masa kini dengan
mengawal diri daripada menyebarkan berita palsu dan juga fitnah kepada orang
lain.Kesimpulannya, penting untuk kita semua mengetahui bahwa kesan globalisasi terhadap
keperibadian berbeza-beza dari individu ke individu. Oleh itu, beberapa orang akan merasa
terancam oleh perubahan ini kerana perkara tersebut merupakan hal yang baru buat mereka tetapi
pada masa yang sama masyarakat lain memandang perkara tersebut sebagai peluang untuk tumbuh
dan berkembang.

14
2.3 Pendidikan

Pendidikan adalah penting untuk pembangunan negara dan bangsa.Tanpa sistem


pendidikan yang sistematik dan berkembang seiring dengan zaman, bangsa atau negara boleh
dianggap gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan diri mereka. Pendidikan
memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.Untuk membangunkan generasi baharu,
pendidikan yang berkualiti tinggi dan cemerlang adalah penting.

Antara kesan jika insan itu kurang didikan dari guru dan ibu bapa adalah mereka akan
terjerumus ke masalah sosial.Pada masa ini, terlalu banyak isu sosial yang dibincangkan.
Contohnya termasuk ponteng sekolah, masalah merokok, dadah, dan minuman keras, serta kes
buang bayi yang melibatkan pelajar sekolah. Ini boleh menghalang perkembangan pendidikan
secara positif kerana sektor pendidikan menghadapi cabaran. Menanganinya memerlukan banyak
masa, wang dan tenaga. Dalam dunia pendidikan, ia membiak seperti kudis buta yang tidak
berhenti. Jika ia tidak ditangani dengan bijak oleh semua pihak, isu ini boleh menyebabkan sistem
pendidikan kita runtuh.Pelajar pelajar mudah menginterpretasi sesuatu yang dilakukan oleh guru
sama ada cara guru bertutur atau bertingkah laku.Oleh itu, guru harus bersikap optimistik untuk
memimpin pelajar mereka. Seorang guru boleh membantu, menasihati, mendorong, menjadi pakar
rujuk dan memantau disiplin pelajar mereka..

Selain itu,mudah dipengaruhi rakan sebaya untuk membuat kejahatan. Ibu bapa yang tidak
mendidik anak dengan menegur dan mengajar anak tentang baik buruk sesuatu perkara akan
cenderung seseorang itu untuk bertindak tanpa memikirkan akibatnya.Ibu bapa mempunyai
peranan penting dalam menentukan perkembangan dan pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa
adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam hal agama untuk menanamkan nilai agama
pada peringkat awal anak-anak mereka juga memainkan peranan penting dalam tumbesaran sosial
anak-anak, termasuk mengajar dan memimpin mereka dengan budi bahasa yang baik.Ibu bapa
mesti monitor anak-anak mereka dari segi pergaulan dan rakan sebaya, serta pentingnya tingkah
laku keibubapaan dalam keluarga. Mereka juga perlu mengambil kira perkembangan dan
pembentukan personaliti dan identiti remaja. Semua orang tahu bahawa ibu bapa adalah orang
yang paling berkesan dan penting dalam membina akhlak anak-anak untuk berperilaku baik dan
bertanggungjawab, serta mempertingkatkan kebolehan mereka.

15
4.0 KAJIAN LITERATUR

Terdapat beberapa contoh kajian literature yang membincangkan isu semasa yang menjadi
cabaran dalam membentuk keperibadian insan pada masa kini. Sebagai contoh melalui teknologi,
Kajian oleh Rosen et al. (2013) menunjukkan bahawa penggunaan teknologi yang berlebihan boleh
membawa kepada kekurangan dalam interaksi sosial dan kemampuan pemecahan masalah. Kajian
ini juga menunjukkan bahawa penggunaan teknologi yang berlebihan boleh membawa kepada
peningkatan risiko kesihatan mental seperti kecelaruan kecemasan dan tekanan mental.

Selain itu, contoh yang kedua adalah mengenai pendidikan. Kajian oleh McLeod et al.
(2017) menunjukkan bahawa pendidikan yang tidak relevan dan kurangnya kemahiran kreativiti
dan inovasi boleh membawa kepada kekurangan dalam pembentukan keperibadian insan. Kajian
ini juga menunjukkan bahawa pendidikan yang berfokus pada pembangunan sosial dan moral
dapat membantu membentuk keperibadian yang seimbang.

Ketiga, mengenai globalisasi, kajian oleh Hofstede (2011) menunjukkan bahawa


perbezaan budaya antara negara boleh membawa kepada konflik dan kesulitan dalam memahami
nilai-nilai budaya yang berbeza. Kajian ini juga menunjukkan bahawa individu yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam berinteraksi dengan budaya yang berbeza mempunyai kemampuan
yang lebih baik dalam memahami kepelbagaian budaya dan membentuk keperibadian yang
seimbang.

Seterusnya, kepentingan mengenai kesihatan mental, kajian oleh O'Keeffe et al. (2011)
menunjukkan bahawa penggunaan teknologi yang berlebihan boleh membawa kepada tekanan
mental dan kecelaruan kecemasan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa individu yang
mempunyai kemahiran untuk menguruskan tekanan dan tekanan lebih berkemungkinan untuk
mempunyai keperibadian yang seimbang dan positif.

Kemuncaknya adalah mengenai pembangunan sosial, sebagai contoh kajian oleh UNDP
(2014) menunjukkan bahawa kemiskinan dan ketidakadilan sosial boleh membawa kepada
kekurangan nilai sosial yang positif dalam pembentukan keperibadian insan. Kajian ini juga
menunjukkan bahawa pembangunan sosial yang berpusat pada pengurangan kemiskinan dan

16
peningkatan keadilan sosial dapat membantu membentuk keperibadian insan yang seimbang dan
positif.

Kesimpulannya, kajian literature menunjukkan bahawa terdapat banyak isu semasa yang
menjadi cabaran dalam membentuk keperibadian insan pada masa kini. Oleh itu, penting bagi
individu untuk mempunyai kesedaran dan pengalaman yang luas dalam menghadapi pelbagai isu
semasa, termasuk memperoleh pendidikan yang relevan dan berkualiti, mempunyai akses kepada
maklumat yang tepat.

17
5.0 RUMUSAN & CADANGAN

Dilihat bahawa semakin ramai golongan muda melakukan perkara yang dianggap tidak
baik, seperti melakukan hubungan seks tanpa berkahwin dan tidak setia kepada pasangan.
Sesetengah orang bercakap dengan kanak-kanak atau remaja yang tinggal di tempat perlindungan
di Malaysia dan mendapati bahawa terdapat banyak sebab mengapa kanak-kanak dan remaja boleh
menghadapi masalah sebegini. Antara sebab ini termasuklah tidak belajar agama, mempunyai
keluarga yang tidak berapa stabil, tidak bersekolah, terlalu menggunakan teknologi, dan
terpengaruh dengan rakan. Semua orang perlu bekerjasama untuk menghentikan perkara ini
daripada berlaku lebih kerap dan membantu remaja membuat pilihan yang baik. Diharapkan kajian
ini akan membuka mata semua pihak tentang masalah ini, and mereka semua perlu mengambil
tanggungjawab masing-masing untuk mengurangkan faktor-faktor ini daripada akar umbi.

Penerapan asas agama

Remaja harus diajar dan dipupuk asas agama sejak usia muda lagi supaya dapat diterapkan
dalam iman dan boleh membezakan perkara halal dan haram. Umat Islam hendaklah mula belajar
tentang Allah dan Rasul-Nya, cara berdoa, membaca dan memahami Al-Quran, dan
mengamalkannya sejak awal. Ini oleh kerana mendidik anak biarlah dari kecil lagi supaya akhlak
dan juga keperibadian yang suci diperoleh hingga akir hayat. Keberkesanan institusi keluarga
dikaitkan dengan penerapan dan amalan ajaran agama.

Bijak menggunakan teknologi

Orang dewasa harus mengawasi anak-anak apabila mereka menggunakan perkara seperti
telefon dan internet, terutamanya ibu bapa. Mereka perlu memastikan kanak-kanak tidak melihat
perkara buruk seperti gambar bogel atau perkara jahat di media sosial. Orang yang membuat apl
dan tapak web harus menjadikannya menyeronokkan dan berguna untuk kanak-kanak serta
memastikan mereka tidak mempunyai perkara yang tidak baik pada mereka. Kerajaan harus
berusaha untuk menghentikan laman web dan blog yang menunjukkan perkara buruk dan juga
menghalang kanak-kanak daripada mendapat perkara yang mungkin membuatkan mereka mahu
melakukan hubungan seks.

18
Memantau pergaulan anak

Ibu bapa perlu melihat bagaimana anak mereka bermain dengan rakan-rakan dan
memastikan rakan mereka adalah orang yang baik. Ini membantu memastikan kepercayaan kanak-
kanak selamat dan gembira. Untuk memantau kesan pengaruh rakan sebaya terhadap aktiviti
remaja, peranti dan barangan digital perlu diperiksa secara berkala. Bagi pihak pengurusan
sekolah pula, perlu memantau kesan rakan sebaya di sekolah kerana mereka berfungsi sebagai
peranan kedua selepas ibu bapa malah untuk mendidik mereka ke jalan yang benar dengan
memberi nasihat dan teguran yang berterusan. Di sekolah, adalah penting untuk mempunyai guru
yang membimbing dan menyokong pelajar, dan untuk membentuk kumpulan di mana pelajar boleh
berkumpul dan belajar daripada satu sama lain. Untuk membantu golongan muda terus berminat
dan terlibat dalam komuniti dan agama mereka, tempat seperti masjid dan surau harus mempunyai
program yang memfokuskan kepada belia.

19
REFERENCES
Deraman, F. (2023). Motivation. Motivation -. Retrieved May 28, 2023, from

http://www.ukm.my/kamal3/motivation/Cabaran%20umat%20Islam%20masa%20kini.htm

Didikan Agama Dapat Membendung Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja. (2023). Retrieved May

28, 2023, from https://www.ipendidikan.my/didikan-agama-membendung-gejala-

sosial.html?cv=1

80 peratus kanak-kanak 10-17 tahun tonton pornografi. (2019, March 23). Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/544573/80-peratus-kanak-kanak-10-17-tahun-

tonton-pornografi

Harian Metro Bhd. (2017, August 19). Bila rasa hormat kepada pendidik hilang. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/minda/3-pagi/2017/08/255552/bila-rasa-hormat-kepada-pendidik-

hilang

Hidup perlu berlandaskan panduan agama. (2020, May 28). Harian Metro. Retrieved May 26, 2023,

from https://www.hmetro.com.my/addin/2020/05/583526/hidup-perlu-berlandaskan-panduan-

agama

ISLAMOPHOBIA – KESAN TERHADAP MASYARAKAT ISLAM – MAIS. (2023, March 30). MAIS.

Retrieved May 28, 2023, from

https://www.mais.gov.my/2023/03/30/islamophobia_kesan_terhadap_masyarakat_islam/

Jusoh, Z. J. (2015, August 16). Agama: Empat masalah jika terlalu cintakan dunia. Berita Harian.

Retrieved May 26, 2023, from

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/08/75306/agama-empat-masalah-jika-

terlalu-cintakan-dunia

20
Pd, D. A. M. (2020). Ilmu Pendidikan dalam Perspektif Islam (1st ed.). Bildung.

https://www.scribd.com/document/484555523/Ilmu-Pendidikan-Dalam-Perspektif-Islam

Persoalan berkaitan liberalisme – MAIS. (n.d.). MAIS. Retrieved May 28, 2023, from

https://www.mais.gov.my/persoalan-berkaitan-liberalisme/

Samsudin, F. (2018, August 28). Memahami agenda Islam liberal. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/372378/memahami-agenda-islam-liberal

Sualman, P. M. D. I. (2016, November 1). Aksi negatif filem antara punca kes buli. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/11/208508/aksi-negatif-filem-antara-punca-kes-

buli

Unit Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Rajang. (2016, August 24). Guru Sebagai Pengasuh,

Pendidik. Wix.com. Retrieved May 23, 2023, from

https://prsdrajang.wixsite.com/prsdipgkr/single-post/2016/08/24/guru-sebagai-pengasuh-

pendidik

21

You might also like