You are on page 1of 21
Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 PENGGUNAAN Kit “TuCan” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF BESAR DAN HURUF KECIL BAGI MURID TAHUN 1 Parames Munusamy SJK(T) Ladang Prye, Pulau Pinang cikguparames@gmail.com ABSTRAK Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah bertujuan menambah baik amalan guru untuk meningkatkan kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu Bagi Murid Tahun 1. Peserta adalah terdiri daripada lima orang murid tahun 1 Jeyam iaitu tiga orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Kelima-lima murid ini dipilih berdasarkan alat kajian pemerhatian, analisis dokumen dan ujian yang dijalankan ke atas mereka.Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran menulis betuk huruf besar dan huruf kecil dengan betul. Tinjauan masalah mendapati tulisan peserta kajian tidak dapat dibaca, tiada penjarakan yang betul antara huruf, bentuk tulisan yang tidak betul dan tidak dapat menulis dengan betul di atas garisan dalam buku tulisan 4 garis. Kit “TuCan” diperkenalkan bagi membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid Tahun 1. Data dikumpul melalui ujian sebelum dan ujian selepas, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Data-data ini dianalisis melalui analisis kandungan dan analisis secara kuantitatif. Analisis data menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan secara puratanya sebanyak 97% dalam kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu Bagi Murid Tahun 1. Oleh yang demikian, kaedah pengajaran ini boleh dijadikan salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis pada masa akan datang. Kaedah ini juga meningkatkan amalan kendiri saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu. Kata Kunci: Kit ‘TuCan” , Kemahiran menulis huruf PENGENALAN Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada setiap peringkat persekolahan, sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011), Mata pelajaran Bahasa Melayu ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. KPM (2011), menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran bahasa Melayu merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan 242 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 kemahiran bahasa serta berteraskan Bahasa Melayu baku. Terdapat tiga kemahiran asas yang penting dan perlu dikuasai oleh seseorang murid ialah lisan, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran lisan meliputi dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.Salah satu objektif kemahiran menulis bagi tahun satu adalah murid harus mengetahui dan berkeupayaan melakukan aktiviti pra menulis dengan betul dan menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), kemahiran menulis ialah satu bentuk kemahiran meluahkan idea untuk dibaca dan kemahiran menggunakan lambang tulisan bagi mencatatkan idea.berbahasa dan komunikasi yang penting dalam kehidupan manusia masa kini. Selain itu, menulis bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2012), menulis ialah pembentukan simbol-simbol dalam bahasa Malah, cara seseorang murid memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang akan dihasilkan. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan seseorang kanak-kanak itu menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan menyusun manik.Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenamya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis. KONTEKS: Pengkaji sedang bertugas sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah Gred B yang mempunyai kira-kira 150 orang murid. Majoriti murid di sekolah ini adalah daripada keluarga B40. Terdapat seramai 17 orang guru di sekolah Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 ini. Sekolah ini mempunyai 6 buah kelas biasa. Pengkaji telah bertugas di sekolah ini selama 4 tahun. Pengkaji mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah selama 10 tahun. Kini, pengkaji diamanakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas tahun 1 Jeyam. Kelas ini terdiri daripada 18 orang murid iaitu 14 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Semua murid kelas 1 Jeyam ini adalah berbangsa India dan beragama Hindu. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada awal tahun ini, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk kelas Tahun 1. Masalah yang menjadi fokus saya dalam kelas ini adalah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Masalah tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempuma. Walaupun, kebanyakan murid dalam kelas ini telah menguasai kemahiran membaca dengan baik tetapi masalah tulisan agak ketara Dalam kajian ini, saya ingin menyenaraikan masalah yang dikesan daripada beberapa orang murid dari kelas Tahun 1, Antara masalah yang dikesan ialah tulisan cakar ayam,tulisan bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz antara perkataan tidak sama. Masalah-masalah ini menyebabkan tulisan mereka sukar dibaca. Pengkaji juga telah mengesan beberapa gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul, Kedudukan tangan dan buku yang tidak betul, saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul. Maka, pengkaji telah membuat keputusan untuk membuat kajian tindakan yang akan membantu murid kelas tahun 1. untuk menulis dengan teratur dan kemas. Pengkaji telah menggunakan Kit “TuCan” untuk murid mempelajari kemahiran menulis paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka menguasai kemahiran menulis. Beberapa instrumen seperti soalan temu bual, borang soal selidik dan borang pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan bilangan. Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan Kit “TuCan” mempunyai kesan dalam membaiki tulisan murid agar menjadi kemas dan teratur. Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 FOKUS KAJIAN Saya mengajar dikelas 1 Jeyam yang terdiri daripada 18 orang murid, Kebanyakan murid kelas ini boleh membaca dengan baik. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati terdapat 5 orang murid yang melakukan kesilapan dalam menulis huruf A hingga Z sama ada huruf besar atau huruf kecil dengan salah dan tidak kemas. Mengikut Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Melayu SJK, murid tahun satu perlu menguasai asas menulis secara mekanis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat. Oleh yang demikian, dalam kajian ini saya memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan penulisan huruf A hingga Z dalam huruf besar dan huruf kecil dengan kemas dan betul dalam kalangan murid ini. Masalah utama yang berjaya dikesan oleh pengkaji dalam murid tahun 4 ialah mereka tidak dapat menulis dengan betul di atas garisan dalam buku tulisan dan murid keliru dengan penggunaan buku tulisan bergaris empat yang mereka gunakan setiap hari. Selain itu, terdapat masalah menulis terlalu rapat atau jarak di antara huruf dalam perkataan terlalu rapat dan bercantum. Malah, terdapat juga murid yang mempunyai bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca. Antara bentuk-bentuk huruf yang sering menimbulkan kerumitan dan tidak dapat dibaca ialah huruf ‘a’ ditulis seperti ‘u’, ‘a’ seperti‘o’, ‘n’ seperti’, '?’ seperti ‘v’, ‘b’ seperti ‘h’, ‘h’ seperti ‘n’, Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kit “TuCan” kerana pengkaji berpendapat bahawa masalah ini boleh lagi diatasi dengan adanya bimbingan dan teguran daripada guru terhadap murid-murid yang mempunyai masalah penulisan dari aspek kekemasan tulisan. TINJAUAN MASALAH DAN ANALISIS MASALAH Kemahiran menulis penting bagi mendirikan asas yang kukuh kepada seseorang murid itu untuk melahirkan idea, fikiran dengan pantas dan cekap. Pengkaji telah memilih tiga kaedah pengumpulan data untuk kajian tindakan ini. Antara kaedah pengumpulan data yang dipilih adalah pemerhatian, analisis dokumen dan temubual. 1. Analisa Dokumen Makiumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji boleh didapati melalui dokumen untuk pengumpulan data. Dokumen adalah sumber paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang dikehendaki telah sedia ada dan ia boleh memberi maklumat yang berguna dan boleh menjadi bukti kepada perkara yang hendak dikaji. Pengkaji telah menggunakan sampel kerja murid sebagai sumber maklumat seperti latihan khusus untuk mendapatkan data awalan. Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 i pila Wa 3 Gambar 1: Tulisan yang tidak dapat || Gambar 2: Bentuk tulisan yang dibaca dan tiada penjarakan yang salah dan tidak mengenal betul antara perkataan perbezaan huruf besar dan huruf ep Qenenion Gambar 4: Tulisan terlalu rapat atau jarak di antara huruf dalam nerkataan tarlaln ranat dan ‘Gambar 5: Tidak dapat menulis dengan betul di atas garisan dalam buku tulisan Gambar-gambar di atas menunjukkan kesilapan dalam hasil tulisan murid Daripada gambar-gambar di atas, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa_murid- murid ini sering melakukan kesalahan dalam menulis huruf A hingga Z sama ada huruf besar ataupun huruf kecil dengan bentuk yang salah dan tidak kemas, Justeru, pengkaji ingin membuat inovasi dengan mencipta kit “TuCan” dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid - murid yang terpilih untuk mereka mencapai objektif kajian tindakan ini 246 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 2. Pemerhatian Pemerhatian ialah proses meneliti, melihat berdasarkan objektif yang dibina, situasi atau kejadian secara kritikal. la sesuai digunakan untuk mengamati tingkah laku murid berdasarkan objektif atau pembolehubah berdasarkan objektif kajian. Melalui pemerhatian, banyak maklumat dapat diperoleh dengan lebih cepat. Disebabkan data pemerhatian merupakan sumber yang penting untuk melengkapkan maklumat yang diperoleh melalui pengutipan data; maka, pengkaji telah menyediakan borang senarai semak sebelum dan selepas pemerhatian dilakukan supaya lebih berstruktur, Borang senarai semak pemerhatian adalah seperti lampiran A. 3. Ujian Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. la boleh dijalankan secara lisan atau bertulis. Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi pelajar sebelum dan selepas sesuatu ujian dilakukan. Terdapat dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Suasana kedua-dua mestilah tidak terlalu berbeza. Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada pelajar. Jika keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai, Pengkaji telah melakukan tiga jenis ujian iaitu, ujian sebelum (pra), ujian semasa dan ujian selepas (pos) untuk mengesan penggunaan kit "TuCan” dalam mengatasi masalah penulisan bentuk huruf A hingga Z dalam huruf besar dan huruf kecil dengan betul OBJEKTIF KAJIAN Kajian dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kit “Tucan” dalam meningkatkan kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu seperti berikut: 1. Untuk mengkaji penggunaan Kit “TuCan” dalam mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. 2. Untuk mengkaji penggunaan Kit “Tuan” dalam peningkatan kekemasan tulisan huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian dalam penulisan ini adalah: 1. Adakah penggunaan Kit "TuCan” mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun 1? 2. Adakah penggunaan Kit “TuCan” meningkatkan kekemasan tulisan huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun 1? PESERTA KAJIAN Kajian ini melibatkan lima daripada 18 orang murid Tahun Satu Jeyam di sebuah sekolah di Perai, Pulau Pinang yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.Kelima-lima orang murid ini berbangsa India. Berdasarkan pemerhatian dan semakan buku latihan, serta lembaran kerja murid telah dikenal pasti lima orang peserta kajian yang akan menjadi responden dalam kajian ini Peserta kajian pula terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan, kesemuanya adalah murid tahun 1 yang belajar di sekolah ini, Setelah mengenalpasti murid-murid, pengkaji telah mendapatkan butiran maklumat peribadi subjek kajian daripada guru kelas mereka. Setelah butiran peribadi mereka diperoleh, pengkaji telah membuat analisa latar belakang keluarga dan persekitaran mereka. Hasil analisis yang pengkaji lakukan, didapati kelima-lima murid ini adalah daripada keluarga yang B40 dan 3 daripada 5 orang murid itu mempunyai keluarga induk tunggal. Di mana, ibu bapa mereka bercerai dan tinggal dengan salah seorang ibu ataupun bapa, Pengkaji juga mendapati bahawa murid-murid ini kurang mendapat kasih sayang dari kedua ibu dan bapa mereka. Pengkaji mendapati murid-murid ini menghadapi masalah dalam menulis huruf A hingga Z dengan huruf besar dan huruf kecil dengan bentuk yang betul dan kemas. Melalui kajian yang dijalankan ini, pengkaji mendapati kelima-lima orang murid ini mempunyai masalah yang berbeza-beza. Bagi peserta kajian 1, peserta kajian ini merupakan seorang murid lelaki berbangsa India dan berasal dari Pulau Pinang. Masalah yang dihadapi oleh peserta kajian 1 ini adalah masih belum mahir menulis huruf mengikut urutan yang betul dan tidak mengenal cara menulis huruf yang betul. Bagi peserta kajian 2 pula, masalah yang dihadapi oleh peserta ini adalah tulisan yang tidak dapat dibaca dan tiada penjarakan yang betul antara perkataan. Peserta ini menulis bentuk tulisan yang salah dan tidak mengenal perbezaan huruf besar dan huruf kecil yang betul. Peserta kajian 2 ini ialah peserta yang paling banyak mempunyai masalah. Ketika diminta menulis huruf A hingga Z dengan huruf besar dan kecil, peserta tidak dapat menulis huruf besar dan kecil yang betul mengikut abjad yang diberikan. Bagi peserta kajian 3 pula, peserta ini mempunyai_masalah lambat memahami dan mempunyai masalah dalam 248, Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 pembelajaran. Masalah yang dihadapi oleh murid ini adalah Tulisannya yang tidak dapat dibaca dan tiada penjarakan yang betul antara perkataan. Bagi Peserta kajian 4 pula, peserta kajian ini mempunyai masalah tiada kesabaran dalam ketika melakukan aktiviti penulisan dan kurang memberi tumpuan kepada arahan guru. Peserta ini juga mempunyai masalah dalam pembelajaran, iaitu lambat mengenal huruf dan membaca. Manakala bagi peserta 5 pula, masalah yang dihadapi oleh peserta ini adalah tidak dapat menulis dengan betul di atas garisan dalam buku tulisan. Peserta ini juga suka bermain sewaktu sesi pembelajaran dijalankan dan kurang memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah, peserta kajian ini menjadi malas untuk menulis semula jika diminta perbetulkan tulisannya yang tidak betul dan malas untuk melakukan setiap kerja dan latihan yang diberikan. Peserta ini akan duduk bersahaja dan mengacau rakan- rakannya yang lain sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hasil semakan rekod disipiin juga mendapati mereka sering melakukan pelbagai kesalahan disiplin di sekolah ini seperti bergaduh, ponteng sekolah dan sebagainya lagi. Oleh itu, demi memastikan kajian ini dapat memberi manfaat yang baik, pengkaji akan menggunakan kit "TuCan” supaya peserta kajian dapat di bantu dalam proses intervensi nanti. PELAKSANAAN KAJIAN: LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya ada empat kemahiran yang dipentingkan, jaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dalam keempat-empat kemahiran tersebut, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Tulisan yang tidak betul dan kemas menyebabkan tidak dapat dibaca dengan betul, Golongan guru juga salah satu punca kegagalan murid menguasai kemahiran menulis. Hal ini kerana, pengajaran yang digunakan oleh guru kurang kreatif lalu gagal menarik minat murid-murid untuk bertumpu kepada kemahiran penulisan (Norma Ismail,2013) Kajian tindakan ini adalah berlandaskan pada Model Kemmis & Mac Taggart (1988) yang mempunyai 4 langkah iaitu tinjauan awal, merancang tindakan, melaksana tindakan dan memerhati dan mereflek, Pengkaji telah menggunakan model ini sepanjang kajian tindakan ini untuk mendapatkan dapatan kajian. Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 TINJAUAN AWAL pangs ar aks gna MERANGANG TINOAICAN eel ase ale eS eke ee wena ipoasctaran Sanees Mot Ee oe 3 a Se z Sntara_ yang. tepat sorta menus" bontek rh aemgan seta dan kerma olakeanaan tndakan Gengan ““rekod Bermerhallan perpandekan “borang senaral Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan - Model Kemmis & McTaggart (1988) Penyelidikan tindakan dilaksanakan di luar waktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber sekolah dijadikan tempat pelaksanaan tindakan. Langkah pertama, 5 orang murid dari kelas tahun 1 yang dipiih sebagai peserta kajian. Masalah peserta kajian dapat dikenalpasti melalui tiga jenis sumber dapatan data iaitu pemerhatian, ujian pra dan analisis dokumen. Dapatan daripada pemerhatian, analisa dokumen dan ujian pra menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian sememangnya mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menulis huruf A hingga Z. dalam huruf besar dan huruf kecil dengan betul dan kemas. Sebagai langkah kedua, pengkaji telah merancang tindakan dengan mencipta kit “TuCan" bagi mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun 1. Nama Kit "TuCan” diberi selari dengan tujuan kad ini iaitu wujudkan tulisan cantik. Maka, “Tu” — tulisan “Can” - cantik. Disebabkan Intervensi_ yang hendak digunakan adalah untuk murid tahun 1, pengkaji telah menggunakan kit “TuCan” yang berwama-warni. la boleh menarik minat murid supaya terus berusaha menulis dengan bentuk yang betul dan kemas. Kit “TuCan'’ tidak perlukan kos yang tinggi kerana ia dicetak sahaja lalu digunakan oleh murid. Terdapat dua fokus utama yang terdapat dalam kad ini, iaitu melihat dan menulis tulisan yang betul pada 250 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 garisan dan boleh menyemak tulisan murid sama ada betul atau tidak dengan meletakkan kad di atas tulisan mereka. Ini kerana kad ut sinar digunakan dalam kit “TuCan’ ini, Langkah tiga pula ialah melaksanakan tindakan dan memerhati proses pelaksanaan kajian tindakan. Mengikut langkah ini, Pengkaji telah memperkenalkan konsep dan cara menggunakan kit “TuCan” kepada peserta kajian. Pengkaji mengaplikasikan kit "TuCan” kepada peserta kajian semasa setiap perjumpaan. Kemudian, peserta kajian mula menulis huruf A hingga Z dengan menggunakan Kit “TuCan" dalam kertas tulisan bergaris empat yang disediakan oleh pengkaji. Lama-kelamaan, peserta mula mengenali cara menulis dalam garisan dengan betul dan kemas. Pengkaji memerhati kekemasan tulisan peserta kajian dari segi jarak di antara huruf, bentuk huruf dan menulis pada garisan dengan betul. Pengkaji mengumpul data semasa pelaksanaan tindakan dengan rekod pemerhatian berpandukan borang soal selidik pemerhatian, ujian semasa dan analisa dokumen Jadual 1 : Langkah Penggunaan Kit “TuCan” 4. Guru menyediakan kertas menulis empat garis dan kit “Tuan” 2. Murid memerhatikan huruf yang sedia ada dalam kit "TuCan’ di atas empat gars. 3. Murid menulis di atas huruf dengan ‘menggunakan jari sebanyak dua kall Langkah 1 Tangkah 2 1.Murid menulis pada kertas garisan empat mengikut huruf yang terdapat pada kit “TuCan", 2.Murid memastikan tulis pada warna garisan yang betul seperti yang terdapat pada kit “TuCan’, 251 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 Langkah 3 41.Murid menyemak tulisan mereka dengan kit “TuCan” Lut sinar. 2.Murid_membetulkan tulisan mereka. jika huruf ditulis dengan bentuk yang salah dan tidak kemas. Langkah keempat, refleksi dijalankan pada setiap akhir kajian tindakan berdasarkan data yang dikumpul dan diperhatikan. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti masalah atau kelemahan yang muncul semasa kit “TuCan” diaplikasikan dan membuat penambahbaikkan sebelum memulakan tindakan yang seterusnya. PELAKSANAAN KAJIAN : KAEDAH MENGUMPUL DATA Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu kaedah analisa dokumen, pemerhatian dan ujian untuk memastikan data yang dikumpul mencukupi dan menyeluruh serta berupaya memberi bukti dan sokongan dalam menjawab soalan- soalan kajian tindakan ini, Pengkaji telah mengadakan perjumpaan bersama peserta kajian untuk pelaksanaan tindakan latin tubi dengan intervensi sebanyak empat kali mengikut jadual 2. 252 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 Aktivi Melaksanakan tindakan 1— latih tubi 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 Melaksanakan tindakan 2 — lath tubi 2 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 (Ujian semasa dijatankan) 3 Melaksanakan tindakan 3 — lath tubi 3 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 4 Melaksanakan tindakan 4 — lath tubi 4 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 4 (Ujian selepas dijalankan) Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Tindakan 1. Analisa Dokumen Mengikut dapatan awal kajian tindakan, pengkaji dapat mengesan antara masalah yang terdapat dalam penulisan peserta kajian melalui analisa dokumen peserta. Pengkaji juga turut menggunakan kaedah analisa dokumen sepanjang kajian tindakan ini untuk mendapatkan data berdasarkan objektif kajian. Berdasarkan objektif kajian pertama dan kedua, pengkaji dapat mengumpul data melalui analisa dokumen lembaran kerja peserta kajian. Terdapat perubahan yang ketara dapat dilihat selepas penggunaan kit “TuCan” dalam penulisan peserta. Pengkaji telah menggunakan senarai semak lembaran kerja untuk menilai penggunaan Kit“TuCan’ dalam mengatasi masalah kemahiran menulis dan meningkatkan kekemasan dalam bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. Sebanyak 2 kertas garisan empat diedarkan kepada peserta kajian setiap kali selepas intervensi dijalankan. la adalah untuk menganalisis dokumen peserta untuk mendapatkan data penggunaan Kit “TuCan” dalam mengatasi masalah kemahiran menulis dan meningkatkan kekemasan dalam bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. 2, Pemerhatian, Pemerhatian dijalankan sepanjang kajian tindakan. Pengkaji telah membuat data pemerhatian dengan menandahkan kriteria yang ingin dicapai oleh peserta kajian berdasarkan objektif kajian tindakan yang ditetapkan. Pengkaji telah mengutip data sebelum dan selepas mengaplikasikan kit “TuCan” berdasarkan borang senarai semak yang disediakan. la dapat dijadikan bahan sokongan yang kukuh untuk memaparkan Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 data. Jadual 3 menunjukkan kutipan data pemerhatian yang pengkaji dapat semasa membuat pemerhatian, ELEMEN -ELEMEN SEBELUM PEMERHATIAN PKI PK2 PKS PKA PKS Carapembentukanhurufadalahbetul XX X X Xx lak terial x xX xX xX Xx h atae atau bawah Huruf yang ditulis condong ke Jarakantara huruf adalahkonsisten XXX XX Saiz huruf adalah konsisten Jadual 3: Elemen-elemen yang disemak daripada pemerhatian Berdasarkan Jadual 3, data senarai semak pemerhatian sebelum mengaplikasikan intervensi pengkaji iaitu kit "TuCan” kepada peserta kajian. Menurut data jadual itu didapati kelima-lima peserta kajian tidak memenuhi elemen-elemen yang terdapat pada borang senarai semak pemerhatian. Pengkaji menggunakan senarai semak ini pada akhir kajian untuk mengetahui penggunaan Kit “Tucan” dalam mengatasi masalah kemahiran menulis dan meningkatkan kekemasan bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. 3.Ujian Pengkaji telah melakukan tiga jenis ujian iaitu, ujian sebelum (pra), ujian semasa dan Ujian selepas (pos) untuk mengesan penggunaan kit “TuCan” dalam mengatasi masalah penulisan bentuk huruf A hingga Z dalam huruf besar dan huruf kecil dengan betul Soalan ujian yang diberi adalah menulis huruf A hingga Z dengan huruf besar dan huruf kecil dengan bentuk yang betul dan kemas. Responden Markah PKI 7152 13 PK2 5/52 10 PK3 8/52 15 PK4 7152 13 PKS 8/52 15 Jadual 4 Pencapaian peserta dalam ujian sebelum Dapatan Jadual 2 menunjukkan pencapaian peserta kajian dalam ujian sebelum intervensi dijalankan. Kesemua peserta kajian mempunyai markah yang paling rendah. 254 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 la terbukti peserta yang dipilih layak mengikuti kajian ini dan perlu dijalani intervensi untuk mencapai objektif kajian iaitu penggunaan Kit “TuCan’ dalam mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. PELAKSANAAN KAJIAN : CARA ANALISIS DATA Pengkaji telah menggunakan cara menganalisis berdasarkan kaedah mengumpul data yang digunakan. Pengkaji telah menggunakan tiga cara menganalisis data kajian tindakan ini untuk mengkaji penggunaan Kit “TuCan" dalam mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dengan betul dan kemas dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. 41, Pemerhatian in ya al ok wa andonghe XX Jadual 5: Elemen-elemen yang disenarai semak daripada pemerhatian Peratus% 100% 0% PEMERHATIAN 80% 70% 60% 50% 40% 30% 20% 10% o% a 2 8 e Bilangan murid yang menguasai Rajah 2: Peratus murid yang menguasai elemen pemerhatian selepas intervensi Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 2, didapati wujud perubahan yang drastik dalam pemerhatian sebelum dan selepas intenvensi dilaksanakan. Didapati, pada akhir kajian, 255 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 semua peserta dapat menulis huruf dengan cara pembentukan yang betul dan huruf yang ditulis tidak terlalu condong ke arah atas atau bawah. Manakala, 4 daripada 5 peserta kajian dapat menulis dengan jarak antara perkataan adalah konsisten dan saiz huruf adalah konsisten. Dengan ini, pengkaji dapat mencapai objektif kajian iaitu Kit “TuCan” dapat mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dengan betul dan meningkatkan kekemasan tulisan dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu 2. Analisis Dokumen Santon hone Jadual 6:Senarai Semak Lembaran Kerja TT Banga mid ang meng Rajah 3: Analisis dokumen berdasarkan senarai semak lembaran kerja 256 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 tomitn ¥ ‘ae ch er Jadual 7: Contoh tulisan peserta kajian mengikut setiap tindakan Berdasarkan Jadual 7 dan Rajah 3, pengkaji telah menunjukkan perbezaan penguasaan peserta kajian mengikut setiap pelaksanaan tindakan. Di mana kelima-lima peserta kajian sebelum pelaksanaan tindakan tidak menguasai elemen yang hendak diuji. Selepas tindakan 1, terdapat 4 daripada 5 orang pelajar telah menguasai elemen 1 (E1) iaitu cara pembentukan huruf adalah betul. 3 daripada 5 orang peserta telah menguasai elemen 2 dan 3 (E2&E3) iaitu huruf yang ditulis tidak terlalu condong ke arah bawah atau atas dan Jarak antara huruf adalah konsisten. Kelima-lima peserta tidak menguasai elemen 4 (E4) semasa pelaksanaan tindakan 1 iaitu saiz huruf adalah konsisten. Mengikut dapatan data ini, pengkaji dapat menyimpulkan berlaku peningkatan yang beransur maju daripada setiap tindakan hingga tindakan yang terakhir iaitu tindakan 4, Pada akhir tindakan 4, didapati kelima-lima peserta kajian telah menguasai kesemua elemen yang dinilai berdasarkan senarai semak lembaran kerja di akhir setiap pelaksanaan tindakan yang dijalankan. 3. Ujian Kalan (Peraan Maha) (Poaantahats) Paani) (tn) ee aoe ro esis sasicoe38 sanisito-i00 a ms sis sono 0 sarasit0-109 ik Jadual 8 :Perbandingan markah sebelum, semasa dan selepas tindakan 2357 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 oa ; 5 ; 8 “ ° 7 a ; ail an Rajah 4: Perbandingan markah ujian sebelum, semasa dan selepas tindakan Berdasarkan Jadual 8 dan Rajah 4, data menunjukkan perbandingan markah yang dicapai oleh peserta kajian dalam ujian sebelum , semasa dan selepas intervensi. Markah kelima-lima peserta ujian sebelum intervensi adalah yang paling rendah iaitu kurang daripada 20% markah. Selepas pelaksanaan tindakan yang kali kedua, pengkaji telah menjalankan ujian semasa untuk mengetahui perkembangan penggunaan Kit “TuCan’” dalam mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu, Daripada dapatan data di rajah 6, pengkaji telah mendapati 4 daripada 5 peserta kajian telah mendapat markah melebihi 40%. Di mana wujud kenaikan yang beransur maju dalam pencapaian peserta kajian. Ujian selepas dijalankan setelah_pelaksanaan tindakan 4 oleh pengkaji. Di mana, kelima-lima peserta kajian telah mencapai markah ujian melebihi 90% dan 3 daripada 5 orang peserta telah mendapat 100% markah. Dapatan data ujian sebelum , semasa dan selepas yang diperoleh membuktikan objektif kajian telah dicapai iaitu Kit “TuCan’ berkesan dalam mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dan meningkatkan kekemasan tulisan peserta kajian dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu PELAKSANAAN KAJIAN: CARA MENYEMAK DATA Triangulasi data bertujuan untuk menyemak kecekalan sumber data yang berlainan, iaitu dengan membuat perbandingan dan semakan silang ke atas kecekalan maklumat dan 258 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 data yang diperoleh pada masa yang berlainan dan menggunakan instrumen yang berlainan. ‘Somber Ox SealanKajin alo Dahon Meloy beg mri hun 1? Jadual 9: Borang Triangkulasi Matriks Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh didapati ketiga —tiga kaedah mengumpul data adalah ke atas objektif kajian yang sama iaitu untuk mengkaji penggunaan Kit “TuCan” dalam mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu dan untuk mengkaji penggunaan Kit “TuCan" dalam peningkatan kekemasan tulisan huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. Maka, data yang dipilih sering berkait rapat dan sesuai dengan kehendak objektif dan persoalan kajian. Pengkaji telah membuat semakan silang antara pemerhatian, analisa dokumen, dan ujian, Berdasarkan semakan berkenaan didapati data yang diperoleh saling menyokong kajian yang dilakukan oleh pengkaj DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini menunjukkan Kit “TuCan” yang digunakan sebagai intervensi bagi mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil ‘A’ hingga ‘Z’ dengan betul dan meningkatkan kekemasan tulisan dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu telah berjaya dan memberi kesan yang baik dengan membolehkan murid menulis dengan tulisan cantik dan kemas di akhir kajian. Elemen — elemen yang digunakan untuk menilai tahap penguasaan peserta kajian adalah selari dengan objektif dan persoalan kajian. Elemen — elemen yang dikategorikan oleh pengkaji ialah cara pembentukan huruf adalah betul, huruf yang ditulis tidak terlalu condong ke arah atas atau bawah, jarak antara huruf adalah konsisten dan saiz huruf 259 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 adalah konsisten. Kesemua elemen ini dapat dikuasai oleh peserta kajian dengan bantuan kit “TuCan”, Peserta dapat mengetahui cara pembentukan huruf dengan menulis atas huruf yang dicetak di atas kit “‘TuCan’. Seterusnya, melalui penggunaan kit “TuCan” lutsinar, peserta dapat mengawal tulisan mereka supaya tidak condong ke arah atas atau bawah. Menurut Khairuddin Mohamed dan Zaridah Ramli (2015) menulis mengikut titik kemasukan huruf dapat memupuk budaya menulis dengan tulisan yang tidak terlalu kecil, buruk dan sukar dibaca. Kertas tulisan garisan empat yang disediakan oleh pengkaji bersama Kit “TuCan"” sangat membantu peserta kajian untuk menulis dengan saiz huruf yang konsisten dan juga jarak yang konsisten di antara setiap huruf. Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah mengumpul data iaitu pemerhatian, analisa dokumen dan ujian. Ketiga - tiga kaedah ini memberikan data yang sama iaitu objektif dan persoalan kajian dicapai dengan menggunakan Kit “TuCan”. Kit “TuCan’ dapat mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil A hingga z dan meningkatkan kekemasan tulisan dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. REFLEKSI KAJIAN Setiap tindakan mesti mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diperbaiki, Sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan tersebut. Pada permulaan pengenalan kit “TuCan” , peserta kajian menunjukkan minat terhadap aktiviti yang hendak dilakukan. Malah, peserta kajian sangat minat dengan kit “TuCan’ yang berwarna - wari, Semasa pelaksanaan tindakan pertama, peserta kajian tidak dapat menulis dengan betul atas kertas empat garisan disebabkan kit "TuCan” tidak diletakkan dengan cara yang betul, Setelah, dijelaskan beberapa kali baru peserta kajian mengetahui cara penggunaan kit “TuCan” yang betul. Pengkaji mendapati setiap kali pelaksanaan tindakan dilakukan, peserta kajian menulis menggunakan kit “Tuan” sambil menyebut abjad tersebut. la membolehkan peserta kajian lebih mengingati cara pembentukan huruf yang lebih tepat, Pengkaji dapat melihat perubahan dalam tulisan peserta kajian selepas latih tubi yang dijalankan di setiap kali pelaksanaan tindakan. Tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji iaitu pemerhatian, analisa dokumen dan ujian telah memberikan data bukti menyatakan objektif kajian dan persoalan kajian dicapai. Dapatan daripada ketiga — tiga kaedah kajian menunjukkan penggunaan Kit “TuCan” dalam mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan Kit “TuCan” dalam peningkatan kekemasan tulisan huruf besar dan hurut kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. Dapatan dari ujian selepas intervensi menunjukkan 3 daripada 5 orang menguasai 100% markah. Manakala, 2 daripada 5 260 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 orang mendapat 92% dan 96% markah. Ini kerana kedua-dua peserta kajian menunjukkan sikap terlalu yakin dan tergesa-gesa menulis huruf tanpa berfikir dalam yang menyebabkan terdapat kekurangan markah dalam dapatan ujian berbanding dapatan pemerhatian dan analisa dokumen. Kit “TuCan” dapat meningkatkan minat dan semangat peserta kajian semasa sesi pelaksanaan tindakan berlangsung. Semasa menggunakan Kit “TuCan” pengkaji mendapati peserta kajian sangat gembira dan aktif melakukan aktiviti menulis huruf dengan betul dan kemas. Maka, Kit “TuCan” mampu mengatasi masalah tulisan huruf besar dan huruf kecil ‘a’ hingga 'z’ dan meningkatkan kekemasan tulisan dalam Bahasa Melayu tahun 1 CADANGAN KAJIAN SUSULAN Pengkaji berpendapat kit “TuCan” yang kini berfokus kepada huruf boleh ditingkatkan tahapnya untuk pengajaran penulisan suku kata dan frasa. Malah, intervensi yang dihasilkan oleh pengkajiiaitu kit “TuCan” boleh diperbaiki lagi dengan menerapkan unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kini, pengkaji juga telah menyelitkan unsur TMK dalam kit “TuCan” iaitu dengan meletakkan kod QR di setiap helai kad, Dimana, murid dapat mengimbas QR kod tersebut untuk melihat cara penggunaan kit “TuCan” dan cara menulis yang betul melalui rakaman video. Dengan adanya pengimbasan QR ini membantu murid-murid yang menggunakannya sewaktu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). Pengkaji juga bercadang untuk mencipta satu aplikasi berperanan sebagai Kit “TuCan” dalam memperbaiki kekemasan tulisan huruf besar dan huruf kecil, Di mana, aplikasi sebegini boleh dimanfaatkan oleh semua murid tanpa mengira umur dan digunakan di mana-mana sahaja tanpa talian internet. Pengkaji juga berpendapat bahawa unsur TMK ini dapat memperoleh hasil dengan cepat dan juga berkesan RUJUKAN Aziz, Siti Hajar Abdul. (2009). Siri pendidikan guru: Bahasa Melayu Il. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ariffin, N. A., & Janan, D. (2017). Keberkesanan kaedah pengajaran bersama dalam meningkatkan pencapaian penulisan karangan murid tingkatan 4. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 8, 59-65. 261 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 Mokhtar, M. B. M. (2018). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Penulisan Karangan Argumentatif (Doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia 262

You might also like