You are on page 1of 4

Bab 6 Fungsi Trigonometri

Menerbitkan Rumus Sudut Majmuk

I: Jumlah Dua Sudut

Perhatikan sebuah segi tiga bersudut tegak MNO dengan NOM = A. Diberi panjang hipotenus OM
ialah 1 unit, jadi MN = sin A dan ON = kos A. Tapak segi tiga ON ini diletakkan pada garis lurus CD.
Kemudian, segi tiga itu diputarkan mengikut arah lawan jam pada titik O dengan sudut putaran
DON = B. Rajah 1 menunjukkan kedudukan segi tiga tersebut yang menjadikan DOM = A + B.
(i) Jatuhkan garis tegak MQ ke atas CD.
(ii) Lukiskan garis NP yang berserenjang dengan garis MQ.
(iii) Jatuhkan garis tegak NR ke atas CD.

Rajah 1 akan digunakan untuk mencari sin (A + B) dan kos (A + B), dalam sebutan sin A, sin B, kos A
dan kos B.

Rajah 1

MQ
Didapati bahawa, sin (A + B) = = MQ (Panjang OM = 1 unit)
OM

Dalam segi tiga MPN,  PMN = B, dengan keadaan B =  PNO = 900 –  MNP = PMN dan
MPN ialah sudut tepat kerana PN ⊥ PM.
MP
kos B =
MN
iaitu, MP = MN kos B
= sin A kos B

Dalam segi tiga ONR, NRQ ialah satu sudut tepat kerana NR ⊥ CD.
NR
= sin B
ON
iaitu, NR = ON sin B
= kos A kos B

Tetapi, PNRQ ialah sebuah segi empat tepat dengan PQ ⊥ QR, NR ⊥ QR dan NP ⊥ MQ.
MN = PQ
iaitu, PQ = kos A sin B
Bab 6 Fungsi Trigonometri

Didapati bahawa:
sin (A + B) = MQ
= MP + PQ

sin (A + B) = sin A kos B + kos A sin B

Manakala,
OQ
kos (A + B) =
OM
= OQ
= OR – RQ
= OR – PN
= OM kos B – MN sin B

kos (A + B) = kos A kos B – sin A sin B

II: Beza Dua Sudut

Mulakan dengan segi tiga MNO sekali lagi tetapi kali ini segi tiga itu diputarkan mengikut arah jam
pada titik O dengan sudut putaran B seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Didapati bahawa DOM
= (A – B) diperlukan untuk mencari sin (A – B) dan kos (A – B).
(i) Lukis PQ tepat kepada C.
(ii) Panjangkan MQ ke P dan lukis NP tepat kepada MP.
(iii) Lukis NR tepat kepada AB.

Rajah 2
MQ
Didapati bahawa, sin (A – B) = = MQ (Panjang QM = 1 unit)
OM
Dalam segi tiga MNP, ∠NMP = B
Oleh itu, MP = MN kos B = sin A kos B
dan NP = MN sin B = sin A sin B

Dalam segi tiga ONR, ∠ORN ialah satu sudut tepat.


Oleh itu, RN = ON sin B = kos A sin B
dan OR = ON kos B = kos A kos B

Didapati bahawa,
sin (A – B) = MQ
= MP – QP
= MP – RN (RN = OP, sempadan bertentangan dalam suatu segi empat tepat)

sin (A – B) = sin A kos B – kos A sin B


Bab 6 Fungsi Trigonometri

OQ
kos (A – B) =
OM
= OQ
= OR + RQ
= OR + NP (RQ = NP, sempadan bertentangan dalam suatu segi empat tepat)

kos (A – B) = kos A kos B – sin A sin B

III: Rumus Sudut Majmuk untuk Fungsi Tangen

Kita telah menerbitkan empat rumus yang berikut:

sin ( A + B ) = sin A kos B + kos A sin B


sin ( A − B ) = sin A kos B − kos A sin B
kos ( A + B ) = kos A kos B − sin A sin B
kos ( A − B ) = kos A kos B + sin A sin B

Menggunakan rumus tersebut, kita boleh menerbitkan rumus sudut majmuk.


Rumus bagi tan (A + B):

sin ( A + B ) sin θ
tan ( A + B ) = Gunakan tan θ =
kos ( A + B ) kos θ
sin A kos B + kos A sin B
=
kos A kos B − sin A sin B
sin A kos B kos A sin B
+
kos A kos B kos A kos B Bahagikan setiap sebutan
=
kos A kos B sin A sin B dengan kos A kos B

kos A kos B kos A kos B
tan A + tan B sin θ
tan ( A + B ) = Gunakan = tan θ
1 − tan A tan B kos θ

Maka,

tan A + tan B
tan ( A + B ) =
1 − tan A tan B
Bab 6 Fungsi Trigonometri

sin ( A − B )
tan ( A − B ) =
kos ( A − B )
sin A kos B − kos A sin B
=
kos A kos B + sin A sin B
sin A kos B kos A sin B

kos A kos B kos A kos B
=
kos A kos B sin A sin B
+
kos A kos B kos A kos B
tan A − tan B
tan ( A + B ) =
1 + tan A tan B

Maka,

tan A − tan B
tan ( A − B ) =
1 + tan A tan B

You might also like