You are on page 1of 3

KATA ADJEKTIF -

KATA BILANGAN

KATA SENDI -Ke , terhadap ,daripada, pada

1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau
frasa-frasa dalam ayat.

2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi Penggunaannya Ayat Contoh

akan/ kepada/ untuk menunjukkan emosi 1. Adik sayang akan kucing.


terhadap dan sikap
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.

3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.

bagi/untuk untuk menentukan sesuatu 1. Pen itu dibeli untuk anaknya.


yang dibezakan daripada
2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
yang lain

dari untuk menunjukkan tempat 1. Mereka baru pulang dari Johor.


dan masa
2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.

daripada untuk orang, perbandingan, 1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
asal kejadian, dan
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
menunjukkan keanggotaan
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada
muridmurid sekolah.

di untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang.

dengan untuk menyatakan makna 1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.


bersama-lama, bandingan
2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
setara, keterangan cara,
dan penggunaan 3. Adik menulis dengan pensel.
sesuatu sebagai alat
4. Markah saya sama dengan markahnya.

hingga/ untuk menunjukkan 1. Dia bekerja hingga malam.


peringkat masa,
sampai 2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
tempat, dan had tertentu

ke untuk tempat dan benda 1. Kereta api menuju ke Padang Besar.


konkrit
2. Cawan itu terhempas ke batu.

kepada untuk menunjukkan orang Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
atau kata ganti diri

oleh untuk menunjukkan 1. Buku itu dibaca oleh Salmi.


perlakuan pasif
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
yang berawalan di- dan ter-

pada untuk menunjukkan masa 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
dan tempat, manusia,
2. Novel itu ada pada Rahim.
binatang, benda abstrak,
dan benda konkrit tertentu 3. Perkara itu benar pada pandangan saya.

4. Serikaya itu disapukan pada roti.

sejak untuk menyatakan makna Dia tidak makan sejak semalam.


suatu jangka masa

seperti/ untuk menunjukkan 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di
persamaan dengan pasar.
umpama/bak
yang lain
2. Badannya besar umpama ahli gusti.

3. Hidungnya mancung bak seludang.

tentang untuk menyatakan makna Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.
mengenai sesuatu

KATA BILANGAN
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Jenis Kata Bilangan contohnya
kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-
minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya berapa
Jenis Kata Bilangan contoh
Kata bilangan himpunan 1. satu,dua tiga, sepuluh
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu. 2. Dua ekor kambing.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. 3. keempat-empat, berpuluh-puluh,
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara berjuta-juta, berabad-abad
himpunan. 4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-
bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu 1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu. 2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat 1. pertama, kedua, ketiga
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam 2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja
sesuatu jumlah. dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan 1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus
1. Menunjukkan bilangan berbentuk peratus
pecahan. 2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun
Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan 1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar
yuran sekolah dengan segera.

You might also like