You are on page 1of 26

Topik  Epistemologi

6
Dr Ahmad Firdaus Mohd Noor

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara


berikut:
1. Menjelaskan maksud epistemologi.
2. Mengenal pasti lima kaedah perolehan ilmu pengetahuan.
3. Menilai erti kebenaran.
4. Membezakan antara ilmu priori dengan pasteriori, dan ilmu
eksplisit dengan tersembunyi.

Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan ilmu pengetahuan? Apakah
ciri-ciri sesuatu perkara itu untuk dikategorikan sebagai ilmu pengetahuan? Dari
manakah ilmu itu datang? Apakah kepentingan ilmu? Ahli falsafah sering
membincangkan pelbagai persoalan ini kerana mereka sangat khuatir sekiranya
manusia tidak dikurniakan dengan ilmu, manusia akan terperangkap dalam minda
mereka sendiri atau lebih dipanggil sebagai solipsisme.

Ilmu pengetahuan menghubungkan manusia dengan dunia. Malah, ilmu


membantu kita supaya tidak terperangkap dalam dunia khayalan yang akhirnya
menjadi buntu dan menyesatkan. Persoalan mengenai ilmu pengetahuan juga dapat
membezakan antara ilmu yang sebenar dengan pendapat seseorang semata-mata.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  149

Oleh itu, para ahli falsafah memulakan perbincangan mengenai ilmu pengetahuan
melalui pemahaman tentang epistemologi, iaitu memahami ilmu pengetahuan.
Adakah anda sudah bersedia untuk mendalami maksud sebenar ilmu
pengetahuan? Dari manakah ia datang? Mari kita cari jawapannya dan
mempelajari epistemologi dengan lebih mendalam dalam topik ini.

AKTIVITI 6.1

Cuba anda fikir sejenak, ilmu apakah yang anda rasakan sangat penting
untuk kelangsungan hidup seorang manusia? Mengapakah anda
memilih ilmu tersebut? Kongsikan pendapat dan justifikasi anda dalam
forum myINSPIRE.

6.1 DEFINISI EPISTEMOLOGI


Apakah maksud epistemologi dan istilah lain yang berkaitan dengannya? Menurut
Martin (2014):

• Epistemologi merujuk istilah formal mengenai „memahami ilmu pengetahuan‰


dalam bidang falsafah.

• Epistemologikal merujuk „berkenaan memahami ilmu pengetahuan‰.

• Epistemik merupakan „berkenaan dengan pengetahuan‰.

Kesemua istilah ini merupakan istilah bidang falsafah yang diguna pakai untuk
memahami ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.

Menurut Encyclopaedia Britannica (Stroll & Martinich, 2019), epistemologi


merupakan kajian falsafah mengenai sifat, asal usul, dan batasan ilmu pengetahuan
manusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu epistm (ilmu
pengetahuan) dan logos (pertimbangan). Ia sangat berkait rapat dengan sejarah
falsafah Barat, bermula dari zaman Yunani kuno sehingga sekarang. Epistemologi
juga merupakan satu daripada cabang bidang falsafah, di samping metafizik, logik,
dan etika.

Menurut Kamus Dewan (2017), epistemologi merupakan „teori tentang


pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang kesahihan,
kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Selain itu, definisi yang lebih terperinci mengenai istilah epistemologi diberi oleh
Stanford Encyclopedia of Philosophy (Matthias, 2018), iaitu epistemologi
merupakan kajian mengenai ilmu pengetahuan dan kepercayaan yang
dijustifikasikan untuk membincangkan pelbagai persoalan yang dikelaskan seperti
yang berikut (lihat Jadual 6.1).

Jadual 6.1: Persoalan dalam Epistemologi Mengikut Dua Kategori Kajiannya

Kategori Persoalan

Berkenaan ilmu • Apakah keperluan dan syarat yang mencukupi untuk ilmu
pengetahuan pengetahuan?
• Apakah sumber ilmu pengetahuan?
• Apakah struktur ilmu pengetahuan dan apakah batasannya?

Berkenaan • Bagaimanakah kita memahami konsep justifikasi?


kepercayaan
• Apakah yang menyebabkan kepercayaan sebenar yang
sebenar yang
dijustifikasikan tentang pengetahuan itu adalah wajar?
dijustifikasikan
• Adakah sesuatu justifikasi merupakan dalaman ataupun luaran
minda seseorang?

Semua persoalan ini jika dibiarkan tanpa jawapan, sudah tentu akan
meninggalkan kita dalam situasi yang agak buntu dan penuh tanda tanya.
Pastinya anda akan berada dalam situasi ini, terutamanya jika anda tidak pernah
berjumpa dengan istilah epistemologi. Jangan risau! Anda tidak keseorangan.
Kefahaman anda mengenai epistemologi akan menjadi lebih baik melalui
pembacaan subtopik yang seterusnya. Mari kita teruskan!

AKTIVITI 6.2

Sekiranya anda dapat membuat satu gambaran tentang epistemologi


dalam bentuk rajah/imej/lukisan, apakah bayangan pertama anda?
Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE untuk mengenal
pasti jawapan yang terbaik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  151

6.1.1 Ilmu Pengetahuan


Memandangkan epistemologi merujuk teori mengenai ilmu pengetahuan, maka
adalah lebih tepat jika kita mengenal ilmu pengetahuan dengan lebih dekat.
Martin (2014) membahagikan ilmu pengetahuan kepada tiga perkara umum
seperti yang dijelaskan dalam Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Tiga Kategori Ilmu Pengetahuan

Kategori Contoh

Pengetahuan tentang fakta Ahmad tahu bahawa majlis itu telah


dibatalkan.

Pengetahuan tentang sesuatu atau seseorang Saya kenal Siti.

Pengetahuan tentang membuat sesuatu Sofian tahu cara memetik gitar.

Sumber: Martin (2014)

Menurut Martin (2014) lagi, kebanyakan ahli falsafah lebih tertumpu kepada
pengetahuan tentang sesuatu atau seseorang dalam perbincangan tentang
epistemologi kerana mengetahui tentang sesuatu merupakan asas kepada
pengetahuan. Contohnya, pernyataan „Ahmad sayangkan Siti‰ dan „Siti
disayangi Ahmad‰ mempunyai proposisi (kandungan) yang sama, walaupun
dinyatakan dalam ayat yang berbeza. Oleh itu, pernyataan „Ahmad sayangkan
Siti‰ merupakan pengetahuan bagi Azhar, iaitu sahabat mereka.

Pritchard (2016) memberi gambaran terhadap ilmu pengetahuan dan syarat untuk
dipenuhi bagi ilmu pengetahuan melalui beberapa kes. Mari kita lihat dua contoh
kes dalam Jadual 6.3.

Jadual 6.3: Dua Kes untuk Gambaran Ilmu Pengetahuan dan Syaratnya

Kes 1 Kes 2
Rajesh sangat mudah mempercayai Dr Yahya merupakan ahli saintis yang
kata-kata orang lain. Pada suatu hari, terkenal dan telah menyertai satu misi untuk
rakannya memberitahu bahawa bulan ke bulan. Setelah membuat pengamatan dan
itu diperbuat daripada keju. Dia beberapa uji kaji dengan teliti, beliau
mempercayainya selama ini dan membuat kesimpulan bahawa bulan
akhirnya, memang benar, bulan dijadikan daripada keju. Dr Yahya telah
diperbuat daripada keju. membentuk satu kepercayaan sebenar
tentang bulan yang dijadikan daripada keju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Adakah kes pertama ini yang dikatakan sebagai ilmu pengetahuan? Menurut
Pritchard, dengan bernasib baik menjadikan apa-apa yang Rajesh percayai itu
rupa-rupanya benar, namun tidak menunjukkan keupayaan kognitifnya. Oleh itu,
ia tidak diterima sebagai pengetahuan. Ia menunjukkan sebenarnya Rajesh tidak
tahu!

Berdasarkan kedua-dua kes ini, terdapat perbezaan tentang ilmu pengetahuan


yang dimiliki oleh Rajesh dan saintis Dr Yahya. Kegagalan Rajesh untuk
menyediakan sebab terhadap kepercayaannya, menyebabkan tidak terdapat
justifikasi untuk membuktikan pernyataan „bulan diperbuat daripada keju‰
merupakan satu proposisi yang sebenar. Walau bagaimanapun, saintis Dr Yahya
berjaya memberikan satu justifikasi terhadap kepercayaan beliau, maka
pernyataan „bulan diperbuat daripada keju‰ ialah satu proposisi yang benar.

Apa-apa yang dapat disimpulkan di sini ialah manusia itu dikatakan mempunyai
ilmu pengetahuan apabila manusia dapat memberi justifikasi kepada kepercayaan
terhadap sesuatu, dan nasib baik bukanlah sebahagian daripadanya. Pengetahuan
juga tidak dibina atas sikap prejudis, firasat, atau tekaan (Martin, 2014). Ia
merupakan pengetahuan sebenar dan tepat. Oleh itu, sesuatu proposisi juga perlu
memenuhi beberapa syarat supaya dapat diterima sebagai pengetahuan.

Mari kita lihat Jadual 6.4 yang memberikan gambaran Martin (2014) terhadap
syarat yang perlu dipenuhi bagi sesuatu proposisi.

Jadual 6.4: Syarat bagi Sesuatu Proposisi

Syarat Contoh

Satu syarat perlu dipenuhi Menjadi seorang perempuan merupakan syarat untuk
untuk menjadi x menjadi kakak.

Gabungan beberapa Menjadi seorang perempuan dan berkongsi ibu bapa yang
syarat juga boleh diterima sama merupakan syarat yang perlu dipenuhi untuk
sebagai syarat menjadi x menjadi kakak.

Sumber: Martin (2014)

Oleh itu, pengetahuan terhadap „kakak‰ terdiri daripada satu syarat, iaitu
„perempuan‰ ataupun gabungan beberapa syarat, iaitu „perempuan dan
berkongsi ibu bapa yang sama.‰ Dengan adanya justifikasi seperti ini, maka
sesuatu proposisi itu dapat diterima sebagai pengetahuan. Dapat juga
disimpulkan bahawa pengetahuan itu terdiri daripada kepercayaan sebenar yang
dijustifikasikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  153

Pandangan ini disokong oleh Zagzebski (2009) yang membuat satu kesimpulan
tentang keseluruhan perbincangan dalam penulisan beliau yang bertajuk On
Epistemology, iaitu dengan menyatakan bahawa ilmu pengetahuan itu merujuk
kepada:

• satu kepercayaan sebenar yang dijustifikasikan;

• kepercayaan sebenar yang terhasil daripada proses pembentukan kepercayaan


yang boleh dipercayai; dan

• kepercayaan sebenar yang disokong oleh bukti yang menghapuskan segala


kemungkinan yang ada, kecuali yang sememangnya tidak benar.

6.1.2 Proposisi
Dalam perbincangan mengenai epistemologi, ahli falsafah sering menggunakan
istilah proposisi (proposition) dalam perbincangan ilmu pengetahuan.

Apakah yang dimaksudkan dengan proposisi? Menurut Stroll dan Martinich


(2019), proposisi merupakan isi kandungan, maksud, atau ayat yang boleh jadi
betul ataupun salah.

Contohnya, ayat bahasa Inggeris snow is white mempunyai proposisi yang sama
dengan ayat yang dinyatakan dalam bahasa Jerman schnee ist weiß.

Martin (2014) menjelaskan bahawa proposisi sesuatu ayat itu perlu diungkapkan
secara penuh dan deklaratif. Dengan kata lain, proposisi merujuk isi kandungan
ataupun maksud yang sama apabila ayat yang dinyatakan adalah berbeza, sama
ada dari segi komponen perkataan, susunan perkataan, atau bahasa (rujuk contoh
yang diberi oleh Stroll dan Martinich tadi).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

6.1.3 Ilmu Pengetahuan dan Kepercayaan Sebenar


yang Dijustifikasikan
Adakah ilmu merupakan satu kepercayaan sebenar yang dijustifikasikan?
Sebelum kita menjawab soalan ini, terlebih dahulu kita perlu memahami apakah
yang dimaksudkan dengan justifikasi dalam konteks epistemologi.

Menurut Martin (2014), justifikasi merujuk apakah yang membuatkan sesuatu itu
munasabah untuk dipercayai dan apakah yang membuatkan sesuatu kepercayaan
itu terjamin? Terdapat beberapa contoh yang boleh kita bincangkan untuk lebih
memahami erti justifikasi. Mari kita lihat dalam Jadual 6.5.

Jadual 6.5: Tiga Contoh Justifikasi

Situasi Justifikasi
Abu mempercayai bahawa hujan Abu melihat hujan turun dengan lebat melalui
turun dengan lebat. tingkap rumahnya.

Siti tahu kakaknya telah membeli baju Kakaknya telah menelefon Siti dan
baharu. memberitahunya tentang itu.

Hamdi mengetahui bahawa umur Hamdi telah mendapat maklumat tentangnya


penyu boleh mencapai 100 tahun. dengan menonton rancangan dokumentari
National Geographic.

Martin juga menjelaskan bahawa kepercayaan yang tinggi terhadap apa-apa yang
kita ketahui berkait rapat dengan justifikasi yang dapat kita berikan terhadap
kepercayaan itu. Sungguhpun begitu, terdapat juga keadaan apabila kita
mempercayai sesuatu dengan kuat tetapi kita tidak mempunyai justifikasi yang
jelas terhadap kepercayaan itu. Contohnya, kita berasa ada sesuatu kejadian buruk
akan berlaku, percaya nasib baik itu berlaku kerana horoskop, percaya dengan
cerita dongeng, dan yakin dengan pelbagai petua kesihatan kuno yang belum
terbukti kesahihannya.

Oleh sebab itu, Zagzebski (2009) menekankan penggunaan bukti yang jelas
sebagai satu justifikasi. Malah, Foley (2012) pula berpendapat bahawa
kepercayaan yang terbentuk perlulah merupakan hasil daripada proses kognitif
(otak) yang berfungsi dengan baik.

Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan pengetahuan kepercayaan sebenar


yang dijustifikasikan (justified true belief knowledge)? Untuk memahami
persoalan ini, pandangan Edmund Getter yang menyoalkan „adakah kepercayaan
sebenar yang dijustifikasikan ilmu pengetahuan‰ perlu diambil kira. Sebelum ini,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  155

pengetahuan klasik bagi ahli falsafah adalah seperti yang digambarkan dalam
Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Pengetahuan Klasik bagi Ahli Falsafah

Ia bermaksud, sekiranya sesuatu proposisi itu dapat dijustifikasikan (dinyatakan


sebabnya untuk dipercayai), maka proposisi itu diterima sebagai pengetahuan.

Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan pandangan Gettier yang


mempercayai bahawa justifikasi semata-mata tidak memadai untuk menyebabkan
sesuatu proposisi itu diterima sebagai pengetahuan. Menurut Schukraft (2012),
Gettier menolak kepercayaan sebenar yang dijustifikasikan oleh kebetulan
ataupun secara tidak sengaja. Persoalan yang ditimbulkan oleh Gettier adalah
„Apakah syarat yang diperlukan untuk mendapat pengetahuan selain daripada
kepercayaan sebenar yang dijustifikasikan?‰ (Foley, 2012).

Menurut Foley (2012), selain daripada kepercayaan sebenar, untuk mendapatkan


pengetahuan, terdapat juga syarat lain yang boleh didapati melalui tiga usul yang
agak popular, iaitu:
• Penghasilan kepercayaan sebenar boleh dipercayai.
• Kepercayaan subjek terhadap sesuatu perkara yang menjadi persoalan dapat
menjejaki perkara sebenar.
• Kepercayaan merupakan produk fakulti kognitif yang berfungsi dengan baik.

Foley menjelaskan pandangan mengenai ketiga-tiga usul melalui kes berikut:

Sebelum meninggalkan pejabat, Joan sering meninggalkan komputer ribanya


di hujung meja. Tanpa pengetahuannya, komputer ribanya telah dicuri dan
kemudiannya berada di atas meja di rumah si pencuri. Joan masih
mempercayai bahawa komputer ribanya berada di atas meja pejabatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Persoalan yang diutarakan oleh Foley adalah, adakah pengetahuan Joan dapat
dikira dengan hanya sekadar bergantung pada kepercayaannya tentang komputer
ribanya yang masih berada di pejabat? Hal ini demikian kerana kejadian kecurian
itu berada di luar pengetahuan Joan. Jika diikutkan pada usul kedua dalam senarai
tadi, kepercayaan subjek tidak dapat membawa kepada perkara sebenar.

Martin (2014) mengaitkan pandangan ini dengan erti kebenaran. Sesuatu


kepercayaan tanpa kebenaran merupakan kepercayaan palsu dan tidak diterima
sebagai pengetahuan. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam
Subtopik 6.3. Memandangkan usul ketiga menyentuh tentang fakulti kognitif,
adalah lebih tepat jika kita mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kaedah
perolehan ilmu. Kaedah perolehan ilmu akan diterangkan dalam subtopik
seterusnya. Mari kita teruskan!

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan epistemologi? Terangkannya


menggunakan ayat anda sendiri.
2. Adakah proposisi penting dalam epistemologi? Mengapakah
begitu?
3. Adakah hanya dengan mempercayai sesuatu proposisi
membuatkan ia diterima sebagai pengetahuan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  157

6.2 KAEDAH PEROLEHAN ILMU


PENGETAHUAN
Bagaimanakah ilmu pengetahuan diperoleh? Matthias (2018) berpendapat
bahawa ilmu pengetahuan dapat diperoleh atau didapati melalui lima kaedah
seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Lima Kaedah Pemerolehan Ilmu Pengetahuan

Sumber: Matthias (2018)

Lima kaedah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Jadual 6.6: Lima Kaedah Pemerolehan Ilmu Pengetahuan

Kaedah Huraian

Persepsi Fakulti bagi persepsi merupakan lima deria utama manusia, iaitu deria
penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau, dan rasa. Persoalannya,
adakah fakulti persepsi ini boleh dipercayai kesahihannya? Menurut
empirisisme, jika dengan penggunaan fakulti yang dipercayai ini
mencukupi untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan dengan
menggunakan fakulti ini dapat membina kepercayaan terhadap
kesahihan penggunaan fakulti; maka dengan itu, kita akan mendapati
bahawa fakulti ini boleh dipercayai. Salah satu cara untuk memperoleh
ataupun mendapatkan ilmu pengetahuan melalui persepsi adalah
melalui memori, iaitu pengetahuan lepas tentang sesuatu.

Introspektif Secara umumnya, introspektif boleh dikatakan sebagai „dalam‰ minda


seseorang. Melalui introspektif, kita dapat mengetahui keadaan mental
seseorang seperti kehausan, kepenatan, keterujaan, atau ketegangan.
Ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui persepsi lebih cenderung
untuk melakukan kesalahan berbanding melalui introspektif.

Contohnya, adalah mustahil untuk mengatakan tidak sakit bagi sakit


kepala yang berdenyut-denyut. Oleh itu, apabila seseorang mengalami
kesakitan tersebut, dia mempunyai pengetahuan keadaan kesakitan itu,
iaitu kepalanya sangat sakit dan bukannya gatal. Berbanding dengan
persepsi melihat adanya secawan kopi di atas meja; kemungkinan besar
boleh berlakunya kesalahan iaitu cawan yang dilihat itu bukannya objek
sebenar, hanya satu kesan hologram sahaja.

Memori Memori ialah keupayaan untuk mengekalkan pengetahuan yang


diperoleh pada masa lalu. Walaupun begitu, ia tidak semestinya perkara
yang berlaku pada masa lampau. Memori mungkin fakta seperti nombor
telefon terkini, atau tarikh pilihan raya akan datang. Satu isu berkenaan
dengan memori adalah, adakah pengetahuan masa lepas dapat menjadi
sumber menjustifikasikan kepercayaan? Terdapat juga isu untuk
membezakan antara pengetahuan sebenar dengan imaginasi.

Contohnya, Pak Kassim menceritakan memori silamnya tentang


kehidupan masyarakat yang sukar ketika zaman Jepun menjajah di Tanah
Melayu. Benar, Pak Kassim hidup dan merasai keperitan zaman tersebut,
namun pada usia 80 tahun adakah semua memorinya masih kuat dan
boleh dipercayai sepenuhnya? Terdapat kemungkinan memorinya sudah
bercampur aduk dengan pelbagai peristiwa dan pengalaman lain. Walau
bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan memori juga mampu
menyumbang kepada pemerolehan ilmu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  159

Penaakulan Penaakulan ialah membuat pertimbangan dan penilaian menggunakan


akal ataupun secara logik. Terdapat pemerolehan ilmu ataupun
kepercayaan yang dibina melalui penaakulan semata-mata.

Contohnya, pengetahuan dahulu ialah „pelajar yang berumur 16 tahun


yang sudah mengambil peperiksaan PT3 boleh memasuki tingkatan
empat.‰ Namun, sekarang pelajar yang berumur 16 tahun tidak perlu
mengambil PT3 kerana ia telah dimansuhkan dan boleh terus memasuki
tingkatan empat.

Testimoni Pemerolehan ilmu pengetahuan melalui testimoni tidak memerlukan


fakulti kognitif. Testimoni merujuk pengetahuan terhadap Y seperti apa-
apa yang dikatakan orang lain terhadap Y. Ia termasuklah paparan yang
dibuat oleh penulis blog, artikel yang ditulis oleh wartawan, serta
maklumat yang diperoleh melalui televisyen, radio, dan sebagainya.

Contohnya, dengan membaca Harian Metro anda mengetahui bahawa


berlakunya kemalangan antara lori dengan tiga biji kereta di Lebuhraya
Utara-Selatan menghala ke arah utara.

Sumber: Matthias (2018)

Selain itu, terdapat juga pemerolehan ilmu seperti pancaindera dan akal.
Pancaindera terdiri daripada mata, hidung, telinga, lidah, dan kulit. Semua ini
mempunyai fungsi tersendiri dalam membentuk pengetahuan. Oleh itu, manusia
perlu menggunakan pancainderanya untuk mencari pengetahuan dan kebenaran.

Akal pula sebagai alat untuk berfikir, merenung, melihat, menaakul, menganalisis,
membuat perbezaan sesuatu ilmu, atau perkara yang diperoleh. Akal yang sihat
mampu mengatur dan menghubungkan ilmu pengetahuan antara satu sama lain.

Ingat, memperoleh dan mencari ilmu bukan sekadar pengumpulan maklumat dan
fakta. Yang penting ialah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh hati
seseorang, sehingga ilmu yang diperoleh dapat menjadi seperti „pelita‰ yang
menerangi kehidupannya dan memberi manfaat kepada orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

6.3 ERTI KEBENARAN


Kebenaran merupakan syarat untuk mendapat pengetahuan. Menurut Martin
(2014), jika sesuatu kepercayaan itu palsu, maka ia bukan pengetahuan. Mari kita
lihat contoh yang diberi oleh Martin.

Cynthia telah membuat pencarian yang menyeluruh dan teliti di setiap bilik
dan menyatakan bahawa dia telah kehilangan kunci rumah tetapi bukan di
dalam rumah. Kemudian, anda telah terjumpa kunci rumah tersebut di satu
tempat, contohnya di bawah peti sejuk.

Martin mengujarkan satu soalan, iaitu adakah anda masih menyatakan bahawa
Cynthia tahu bahawa kunci rumahnya tidak hilang di dalam rumah? Sudah tentu,
tidak. Walau bagaimanapun, Cynthia berhak menyatakan apa-apa yang telah
dilakukannya, iaitu dia tidak terus membuat kesimpulan, sebaliknya berusaha
mencari kebenaran, dan akhirnya percaya bahawa kuncinya tiada di dalam rumah,
namun kepercayaan itu adalah palsu. Di sini, Martin telah membuat perbandingan
bagi dua jenis kepercayaan palsu, iaitu:

• Kepercayaan palsu yang datang sebagai satu tekaan dan anda menerimanya
tanpa usaha untuk membuktikan kebenarannya.

• Kepercayaan palsu setelah terdapat percubaan untuk mencari kebenaran


tentang sesuatu.

Bagi sesiapa yang mempercayai sesuatu proposisi, mereka perlu berusaha untuk
mencari kebenarannya kerana kepercayaan palsu tidak diterima sebagai
pengetahuan. Jika dilihat kepada perbincangan mengenai kebenaran ini, ia masih
berkait rapat dengan justifikasi terhadap pengetahuan.

Oleh itu, Matthias (2018) berpendapat bahawa tiga komponen utama pengetahuan
adalah kebenaran, kepercayaan, dan justifikasi (lihat Rajah 6.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  161

Rajah 6.3: Tiga Komponen Utama Pengetahuan

Sumber: Matthias (2018)

Aspek kepercayaan ini sudah kita bincangkan dalam Subtopik 6.1.3. Maka
sekarang, subtopik ini membincangkan pula tentang kebenaran dan justifikasi.
Adakah terdapat perbezaan antara keduanya? Matthias memberi penyelesaian
terhadap persoalan ini berdasarkan dua pendekatan, iaitu pendekatan tradisional
dan pendekatan bukan tradisional. Dua pendekatan ini dijelaskan dengan lebih
lanjut dalam subtopik yang seterusnya.

6.3.1 Pendekatan Tradisional


Ahli falsafah yang menggunakan pendekatan tradisional menyatakan bahawa
pengetahuan terhadap sesuatu sekurang-kurangnya mestilah kebenaran sebenar
yang telah dijustifikasikan. Mereka menolak proposisi yang palsu. Oleh itu,
pengetahuan memerlukan kebenaran. Malah, subjek juga perlu percaya proposisi
tersebut. Hal ini bermaksud pengetahuan juga memerlukan kepercayaan.

Oleh itu, anda dikatakan mempunyai pengetahuan tentang sesuatu apabila


proposisi yang anda ketahui adalah benar dan anda mempercayainya. Contohnya,
anda mempunyai pengetahuan tentang sebab-sebab berlakunya Perang Dunia
Kedua kerana pengetahuan tersebut adalah benar (fakta) dan anda
mempercayainya benar-benar berlaku kerana benar-benar tercatat dalam sejarah.

Elemen justifikasi bagi pendekatan tradisional adalah bagi mengelakkan bahawa


pengetahuan yang diperoleh adalah secara nasib baik ataupun kebetulan.
Kepercayaan terhadap sesuatu pengetahuan perlulah munasabah dan rasional.
Anda masih ingat Rajesh dalam Subtopik 6.1.1? Mengikut fahaman evidentialism,
sesuatu kebenaran itu wajar (dijustifikasikan) kerana adanya bukti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

6.3.2 Pendekatan Bukan Tradisional


Ahli falsafah yang mengadaptasi pendekatan bukan tradisional juga mempercayai
kepada tiga elemen utama pengetahuan (kebenaran, kepercayaan, dan justifikasi).

Namun, apa-apa yang membezakan pendekatan ini ialah penggunaan justifikasi


yang berbeza. Tugas justifikasi bagi pendekatan bukan tradisional adalah untuk
memastikan bahawa kepercayaan seseorang terhadap pengetahuannya
merupakan kebarangkalian objektif yang tinggi.

Oleh itu, jika benar, pengetahuan tidak diperoleh semata-mata secara kebetulan.
Pandangan reliabilisme mendapati bahawa kepercayaan itu berasal daripada
proses kognitif ataupun fakulti yang boleh dipercayai. Fakulti kognitif terdiri
daripada pelbagai komponen seperti lima deria utama, memori, imaginasi, dan
intelek.

Oleh itu, pendekatan bukan tradisional lebih menumpukan terhadap fungsi yang
dijalankan oleh „justifikasi‰ itu untuk mengelakkan pemerolehan pengetahuan
melalui nasib yang baik. Pengetahuan perlu diperoleh melalui proses kognitif
yang boleh dipercayai (wajar).

6.3.3 Ketidakcukupan Kepercayaan Sebenar yang


Dijustifikasikan sebagai Pengetahuan
Sesuatu proposisi diterima sebagai pengetahuan apabila ia dipercayai dan
terdapat kebenaran untuk mempercayainya melalui justifikasi yang membuatkan
sesuatu itu dipercayai dan benar. Namun, ada kalanya berlaku juga
ketidakcukupan bagi kebenaran sebenar yang wajar untuk diterima sebagai
pengetahuan.

Menurut Matthias (2018), perkara ini terjadi apabila tiada bukti mahupun asal usul
daripada fakulti yang boleh dipercayai untuk memastikan bahawa kepercayaan
yang dibina bukanlah semata-mata kerana nasib yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  163

Matthias memberi gambaran ketidakcukupan ini sepertimana yang dibincangkan


oleh Pritchard (2016), iaitu melalui pengetahuan Henry mengenai bangsal seperti
yang berikut:

Henry memandu di luar kawasan bandar sambil mengamati pemandangan di


luar. Dengan melakukan demikian, dia dapat melihat beberapa bangunan yang
mempunyai bentuk seakan-akan sebuah bangsal (yang sebenarnya bukanlah
bangsal). Kemudiannya, dia terlihat sebuah bangsal yang sebenar dan
mempercayai bahawa adanya bangsal di ladang itu berdasarkan apa-apa yang
dilihat sebelumnya.

Contoh tadi menunjukkan bagaimana Henry membina pengetahuan tentang


sebuah bangsal sehingga dia percaya terdapat sebuah bangsal di ladang. Menurut
pendekatan tradisional, pengalaman visual Henry membenarkan
kepercayaannya. Manakala pendekatan bukan tradisional juga membenarkan
kepercayaan ini kerana Henry telah mendapat pengetahuan „bangsal‰ melalui
proses kognitif yang boleh dipercayai, iaitu melalui penglihatan.

Walau bagaimanapun, Matthias berpendapat, kepercayaan Henry hanyalah


secara kebetulan kerana kepercayaannya terhadap bangsal sebenar adalah
berdasarkan sebilangan kecil bangsal yang terdapat di situ.

Oleh itu, Henry sebenarnya tidak mempunyai pengetahuan tentang bangsal tetapi
mengetahuinya ialah bangsal berdasarkan apa-apa yang dilihatnya secara
kebetulan. Ahli epistemologi berpendapat bahawa kepercayaan Henry ini tidak
dikira sebagai pengetahuan.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Nyatakan lima pembahagian kaedah pemerolehan ilmu.


2. Apakah kaedah yang digunakan untuk memperoleh pengetahuan
sebenar mengenai sesuatu berita kemalangan yang berlaku?
3. Apakah perbezaan antara penggunaan pendekatan tradisional
dengan bukan tradisional terhadap kebenaran sesuatu proposisi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

6.4 JENIS DAN KLASIFIKASI ILMU


Sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita kenal pasti jenis dan klasifikasi ilmu.
Berdasarkan pendapat Lacewing (2017), fahaman ideologi terbahagi kepada dua,
iaitu rasionalisme dan empirisisme (akan dibincangkan dalam Topik 7), maka
ilmu pengetahuan juga dibahagikan kepada dua jenis, iaitu priori dan posteriori.

Dua istilah yang berasal daripada Latin ini merujuk daripada apa-apa yang
sebelum ini (priori) dan daripada apa-apa yang selepas ini (posteriori). Kedua-
duanya membincangkan perdebatan tentang sebab dan akibat. Collins (2010) pula
membahagikan ilmu kepada ilmu eksplisit dan ilmu tersembunyi. Empat jenis
ilmu ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

6.4.1 Ilmu Priori dan Posteriori


Williamson (2013) menegaskan bahawa sesuatu ilmu pengetahuan itu ialah priori
atau posteriori dan bukan kedua-duanya:

• Ilmu pengetahuan dinamakan ilmu priori jika ia diperoleh melalui kaedah


bagi ilmu priori.

• Ilmu pengetahuan dinamakan ilmu posteriori jika ia diperoleh melalui kaedah


bagi ilmu posteriori.

Walau bagaimanapun, jika terjadi juga kedua-duanya, maka ilmu itu diperoleh
melalui pelbagai cara, iaitu sebahagian ilmu berkaitan dengannya adalah melalui
kaedah bagi ilmu priori dan sebahagiannya lagi adalah melalui kaedah bagi ilmu
posteriori.

Menurut Lacewing (2017), seorang itu diketahui mempunyai ilmu priori apabila
ilmu tersebut tidak memerlukan pengalaman untuk memastikan bahawa ia benar
(bebas daripada pengalaman). Contohnya, semua orang bujang ialah mereka yang
belum berkahwin. Kita tidak perlukan pengalaman berjumpa dengan mereka
yang bujang untuk mengetahui kebenarannya. Begitu juga dengan 2 + 2 = 4 yang
kebenarannya hanya dapat dibuktikan melalui logik pemikiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  165

Menurut Lacewing (2017) lagi, seorang itu diketahui mempunyai ilmu posteriori
apabila pengalaman deria diperlukan untuk memastikan bahawa ilmu itu benar
(bergantung pada pengalaman). Contohnya pada tahun 2022, terdapat lebih
daripada 7.9 bilion manusia di atas muka bumi ini.

Immanuel Kant berpendapat bahawa pengetahuan posteriori dan pengetahuan


empirikal adalah sama. Kedua-duanya adalah bertentangan dengan pengetahuan
priori. Hal ini bermaksud bahawa jika pengetahuan empirikal secara epistemik
bergantung pada pengalaman, maka pengetahuan priori pula adalah sebaliknya
(Casullo, 2012).

Menurut Stroll dan Martinich (2019), terdapat empat bentuk proposisi yang dapat
membezakan antara pengetahuan priori ataupun posteriori. Empat proposisi ini
dijelaskan dalam Jadual 6.7.

Jadual 6.7: Empat Proposisi untuk Menentukan Pengetahuan Priori atau Posteriori

Proposisi Huraian

Diperlukan Sesuatu proposisi itu perlu benar (necessarily true) jika ia benar dan
(necessary) perlu salah (necessarily false) jika ia salah. Contohnya, 2 + 2
lawan luar sememangnya jawapannya 4 ataupun seorang „suami‰ merupakan
jangkaan lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga. Dua hakikat ini
(contingent) merupakan pengetahuan priori kerana perolehan pengetahuan ini
bukanlah didapati melalui pengalaman.

Sesuatu proposisi itu akan menjadi sama ada betul ataupun salah
(contingently true or false) bergantung pada apa yang diperlukan.
Contohnya, memang benar bahawa bilangan serangga melebihi
bilangan semua binatang lain tetapi proposisi ini suatu hari akan
menjadi salah. Ia bergantung pada habitat, alam semula jadi, dan
bencana alam yang berlaku. Pengetahuan posteriori ini memerlukan
pengalaman pancaindera untuk mengetahui kebenarannya seperti
melakukan uji kaji, pemerhatian, dan pembacaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Analitik Sesuatu pengetahuan itu jelas kebenarannya secara analitik hanya


lawan dengan memikirkan maksud perkataannya. Contohnya, segi empat
sintetik sama mempunyai empat sisi yang sama panjang (lihat Rajah 6.4).

Rajah 6.4: Pengetahuan Segi Empat Sama Mempunyai Empat Sisi yang
Sama Panjang Merupakan Pengetahuan Priori kerana Anda Hanya
Perlu Memikirkan Tentangnya

Secara sintetik, sesuatu pengetahuan itu dikatakan benar apabila


kebenarannya bukan bergantung pada maksud perkataan tetapi
bergantung pada cara ia berlaku. Contohnya, buah tomato yang masak
berwarna merah (lihat Rajah 6.5).

Rajah 6.5: Pengetahuan Buah Tomato yang Masak Berwarna Merah


Merupakan Pengetahuan Posteriori kerana Ia Memerlukan
Pengamatan melalui Penglihatan untuk Mengetahuinya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  167

Tautologi Apakah yang dimaksudkan dengan tautologi? Tautologi merupakan


lawan pengulangan secara keterlaluan tentang sesuatu idea. Oleh itu, suatu
signifikan proposisi dikatakan tautologi jika istilah ataupun ideanya adalah
berulang-ulang.

Contohnya, „batu = batu‰ („batu adalah serupa dengan batu‰).


Proposisi sedemikian tidak menyampaikan maklumat dan tidak
memberi input kognitif kerana mengapakah kita memaklumkan batu
ialah batu? Proposisi dikatakan signifikan jika proposisi itu
memberikan maklumat baharu tentang dunia. Misalnya, terdapat
pelbagai jenis batuan di dunia dan setiap batu berbeza mengikut iklim
di suatu tempat.

St. Anselm of Canterbury (1033/34–1109) cuba mengulas tentang


kewujudan Tuhan melalui premis tautologi bahawa, „Tuhan itu satu-
satunya yang sempurna dan tiada makhluk akan jadi sempurna
melainkan ia wujud‰ (proposisi ini merupakan tautologi kerana
pengulangannya memberi maksud yang sama, makhluk sememangnya
wujud). „Satu-satunya makhluk yang wujud‰ adalah sama dengan
„tiada makhluk yang menyamai kewujudan Tuhan.‰

Berbeza dengan St. Anselm, Hume dan Kant yang menyatakan bahawa
kewujudan Tuhan tidak dinyatakan melalui proposisi semata-mata.
Proposisi tautologi umumnya merujuk ilmu priori, penting, dan
analitikal. Manakala proposisi yang signifikan umumnya merupakan
ilmu posteriori, kontinjen (boleh berubah), dan sintetik (tiruan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Logik lawan Proposisi logik adalah suatu proposisi yang menyatakan kebenaran
fakta logik. Contohnya, untuk suatu proposisi „Semua suami telah
berkahwin‰, secara logiknya ia bersamaan dengan proposisi „Jika ada
seseorang yang sudah berkahwin dan dia ialah lelaki, maka dia ialah
suami.‰

Sebaliknya, ciri-ciri semantik dan sintaksis daripada proposisi fakta


tidak mungkin membuatkan sesuatu proposisi itu menjadi kurang
kebenaran logik. Contohnya, infografik COVID-19 di Malaysia pada
tahun 2020 dalam Rajah 6.6.

Rajah 6.6: Statistik COVID-19 di Malaysia pada Tarikh 27 April 2020

Sumber: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-
ncov-wuhan

Proposisi logik selalunya adalah priori, selalu diperlukan dan biasanya


analitik (analisis). Proposisi faktual pula secara amnya adalah
posteriori, kontinjen (kebenaran fakta), dan sintetik (melakukan
sintesis).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  169

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Apakah jenis ilmu 2 + 2 = 4?


2. Nyatakan empat pengelasan ilmu priori dan posteriori.
3. „Lelaki yang bujang ialah lelaki yang belum berkahwin.‰ Adakah
benar jika proposisi yang dinyatakan adalah priori, diperlukan
(necessary), dan analitik?

6.4.2 Ilmu Eksplisit dan Tersembunyi


Collins (2010) merupakan tokoh yang membincangkan mengenai ilmu eksplisit
(jelas) dan tersembunyi (tersirat). Apabila kita baca dan merujuk pandangan
Michael Polanyi (1966) dalam artikelnya yang bertajuk The Logic of Tacit
Inference, beliau menyatakan bahawa setiap ilmu tersembunyi itu berakar umbi
daripada ilmu eksplisit ataupun ilmu tersebut merupakan ilmu eksplisit secara
keseluruhannya.

Mari kita ikuti penjelasan mengenai definisi ilmu eksplisit mengikut Collins
(2010).

Ilmu eksplisit merujuk komunikasi manusia melalui tanda, ikon, kod, dan
yang lain sepertinya ataupun lebih mudah dijelaskan sebagai interaksi objek
fizikal, yang dipanggil sebagai untaian, rentetan (string seperti yang dapat
dilihat dalam kod binari), atau entiti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

Sesuatu untaian itu memenuhi syarat berikut:

• Ia berbentuk fizikal (memenuhi impak fizikal).

• Ia merupakan satu corak (ia boleh ditekan, dicetak, atau menghasilkan corak
yang sama dengan menggunakan cara yang berbeza).

• Ia berkomunikasi secara mekanikal (seperti kod yang dimasukkan ke dalam


komputer).

• Ia berkomunikasi melalui interpretasi bermakna yang dibuat oleh manusia.

Ilmu eksplisit lebih mudah disusun dan dikongsi bersama orang lain. Kaedah
penstoran ilmu tersebut adalah lebih penting daripada isi kandungannya.
Contohnya, maklumat mengenai sejarah Malaysia lebih mudah dikongsi dalam
bentuk buku dan isi kandungannya disusun dalam bentuk kronologi, iaitu dengan
mengikut masa.

Situasi ini adalah berbeza dengan ilmu tersembunyi. Ilmu tersembunyi lebih sukar
untuk dikongsi. Contohnya, adalah sukar untuk menguasai ilmu pengetahuan
mengenai cara bermain piano dengan hanya berpandukan buku. Ilmu
tersembunyi mempunyai persamaan dengan ilmu posteriori, iaitu perlu diperoleh
melalui pengalaman.

Collins melihat ilmu tersembunyi melalui seseorang yang mempelajari cara


menaiki basikal. Ia merupakan ilmu tersembunyi memandangkan cara mengayuh
basikal tidak dapat dikuasai dengan hanya merujuk arahan berbentuk buku
manual, iaitu secara eksplisit. Pasti anda akan teringat, bagaimanakah pertama
kali anda mampu mengayuh basikal dengan baik bukan?

Mari kita saksikan video YouTube di https://bit.ly/3HzJvVY yang memaparkan


cara seseorang memperoleh kedua-dua ilmu tersebut.

AKTIVITI 6.3

Apakah pandangan anda terhadap gerak hati atau naluri? Adakah ia


boleh diterima sebagai ilmu? Bagaimanakah pula dengan deria keenam?
Bincangkan persoalan ini dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  171

• Epistemologi merujuk kajian tentang ilmu pengetahuan.

• Ilmu pengetahuan ialah proposisi yang diyakini dan justifikasi terhadap


proposisi membuktikan kebenaran kepercayaan itu.

• Proposisi merupakan isi kandungan, maksud, atau ayat yang boleh jadi betul
ataupun salah.

• Terdapat lima kaedah perolehan ilmu, iaitu melalui persepsi, introspektif,


memori, penaakulan, dan testimoni.

• Persepsi merupakan lima deria utama manusia, iaitu deria penglihatan,


pendengaran, sentuhan, bau, dan rasa.

• Introspektif boleh dikatakan sebagai apa-apa yang ada „dalam‰ minda


seseorang.

• Memori ialah keupayaan untuk mengekalkan pengetahuan yang diperoleh


pada masa lalu.

• Penaakulan ialah membuat pertimbangan dan penilaian menggunakan akal


ataupun secara logik.

• Testimoni merujuk pengetahuan terhadap Y seperti apa-apa yang dikatakan


orang lain terhadap Y.

• Kebenaran merupakan syarat untuk mendapat pengetahuan. Jika sesuatu


kepercayaan itu palsu, maka ia bukan pengetahuan.

• Ahli falsafah yang menggunakan pendekatan tradisional menyatakan bahawa


pengetahuan terhadap sesuatu sekurang-kurangnya mestilah kebenaran
sebenar yang dijustifikasikan.

• Ahli falsafah yang mengadaptasi pendekatan bukan tradisional juga


mempercayai kepada tiga elemen utama pengetahuan, iaitu kebenaran,
kepercayaan, dan justifikasi.

• Dua jenis ilmu yang terhasil melalui pemikiran rasionalisme dan empirisisme
ialah ilmu priori dan ilmu posteriori.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 6 EPISTEMOLOGI

• Priori merujuk ilmu sebelum ini dan posteriori merujuk ilmu apa-apa selepas
ini.

• Ilmu eksplisit merujuk komunikasi manusia melalui tanda, ikon, kod, dan
yang lain sepertinya ataupun lebih mudah dijelaskan sebagai interaksi objek
fizikal yang dipanggil sebagai untaian, rentetan (string) (seperti yang dapat
dilihat dalam kod binari), atau entiti.

• Ilmu tersembunyi merupakan ilmu yang perlu diperoleh melalui pengalaman


dan lebih sukar untuk dikongsi. Ilmu tersembunyi mempunyai persamaan
dengan ilmu posteriori.

Epistemologi Justifikasi
Ilmu eksplisit Kebenaran
Ilmu pengetahuan Memori
Ilmu posteriori Penaakulan
Ilmu priori Persepsi
Ilmu tersembunyi Proposisi
Introspektif Testimoni

Casullo, A. (2017). Essays on a priori knowledge and justification: Essays. Oxford


University Press.

Collins, H. (2010). Tacit and explicit knowledge. The University of Chicago Press.

Foley, R. (2012). When is true belief knowledge? Princeton University Press.

Kamus Dewan (Ed. ke-4). (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lacewing, M. (2017). Philosophy for AS and A level: Epistemology and moral


philosophy. Routledge.

Martin, R. M. (2014). Epistemology: A beginnerÊs guide. Oneworld Publications.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 EPISTEMOLOGI  173

Matthias, S. (2018). Epistemology. Stanford Encylopedia of Philosphy.


https://stanford.io/2PjqfVl

Polanyi, M. (1966). The logic of tacit inference. Philosophy, 41(155), 1–18.

Pritchard, D. (2016). Epistemology (Ed. ke-2). Palgrave Macmillan.

Schukraft, J. (2017). An analysis of Edmund GettierÊs is justified true belief


knowledge? Macat International Ltd.

Stroll, A., & Martinich, A. P. (2019). Epistemology. Encyclopaedia Britannica.


https://bit.ly/3sb8RAW

Williamson, T. (2013). How deep is the distinction between a priori and a posteriori
knowledge? Dalam A. Casullo & J. C. Thurow (Pnyt.), The a priori in
philosophy (ms. 291–312). Oxford University Press.

Zagzebski, L. (2009). On epistemology. Wadsworth Cengage Learning.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like