You are on page 1of 8

NBOH 2522

TAKE HOME EXAMINATION

SEMESTER 1/TAHUN 2 JANUARI 2023

NBOH 2522

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI : 9301060356760001


NO. KAD PENGNEALAN : 930106-03-5676
NBOH 2522

SOALAN 1

A) KLASIFIKASI POTENSI BAHAYA TEMPAT KERJA (4 M)


Sesuatu tempat kerja akan mempunyai potensi bahaya yang berbeza. Namun, tiada tempat
kerja yang tidak mempunyai potensi bahayanya yang tersendiri begitu juga ketika bekerja di
hospital mahupun dalam ambulans. Klasifikasi ini akan terbahagi kepada 6 jenis potensi
bahaya yang berbeza iaitu;

KLASIFIKASI BIOLOGI
Klasifikasi bahaya jenis ini melibatkan persekitaran hidup seperti virus, bakteria, serangga,
nyamuk dan binatang. Bagi potensi bahaya yang terdapat di hospital adalah, petugas akan
terdedah dengan virus bawaan udara dan darah serta bakteria dan kulat. Oleh itu, pemakaian
PPE seperti pelitup muka perlulah sentiasa diamalkan walaupun ketika berada di dalam
ambulans.

KLASIFIKASI MEKANIKAL
Potensi bahaya dalam klasifikasi ini adalah termasuklah terdedah dengan bucu-bucu yang
tajam ketika bertugas atau apa jua penggunaan peralatan yang tajam atau berat, suhu yang
tidak bersesuaian dan juga radiasai seperti sinaran x-ray. Oleh itu, peralatan yang berisiko
menimbulkan bahaya perlu ditempatkan di tempat yang bersesuaian sebelum mahupun
selepas penggunaan supaya tidak terjatuh atau tercucuk ketika sedang bertugas.

KLASIFIKASI KIMIA
Bahan kimia B3 atau bahan berbahaya dan beracun merupakan potensi bahaya kimia yang
paling umum ditemukan di tempat kerja. Malah bahan-bahan yang digunakan untuk kerja
pembersihan lantai dan permukaan kerusi serta katil juga turut berada dalam kasifikasi kimia.
Ianya akan mendatangkan bahaya jika disentuh secara langsung atau terkena pada bahagian
mata.

KLASIFIKASI ELEKTRIK
Klasifikasi ini boleh mendatangkan bahaya seperti terkena renjatan elektrik. Antara
kerosakan yang sering berlaku adalah kerosakan pada penebat kord elektrik, patah atau hilang
plat muka elektrik. Renjatan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, oleh itu kerosakan
haruslah diselanggara dengan baik.
1
NBOH 2522

KLASIFIKASI ERGONOMIK
Terdapat beberapa potensi bahaya yang tergolong ke dalam kelompok ergonomis
diantaranya, pergerakan yang berlebihan dan berulang, posisi duduk atau berdiri yang terlalu
lama atau gegaran yang berlebihan. Sebagai contohnya adalah ketika berada di dalam
ambulans dalam tempoh yang panjang, badan akan berasa sakit akibat gegaran akibat tempat
duduk yang tidak selesa.

KLASIFIKASI PSIKOLOGIKAL
Aspek psikologi ternyata menjadi salah satu faktor penyebab munculnya potensi bahaya yang
perlu dicermati dengan baik agar tidak muncul masalah keselamatan kerja. Antara perkara
yang sering terjadi di mana-mana tempat kerja adalah masalah tekanan bebanan kerja yang
berlebihan. Ianya boleh diakibatkan oleh tempoh kerja yang terlalu lama dalam satu masa
atau kekurangan anggota yang lain.

2
NBOH 2522

SOALAN 1
B) SEBAB-SEBAB PERLU LAKSANAKAN AUDIT KESELAMATAN DAN
KESIHATAN DI TEMPAT KERJA (6 M)
Apabila kita membincangkan mengenai risiko keselamatan dan kesihatan ditempat kerja,kita
juga perlu membincangkan kebarangkalian kecederaan yang bakal berlaku dan impaknya
kepada pekerja dan tempat kerjanya akibat daripada hazard tersebut. Oleh itu, audit
keselematan dan kesihatan di tempat kerja perlu dilakukan secara berkala atas beberapa
tujuan dan sebab seperti;

1. UNTUK MENGENALPASTI HAZARD/BAHAYA


Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin awal hazard
dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya. Walaupun hazard boleh
dikenalpasti atau wujud diperingkat awal operasi akibat tidak disedari atau perubahan boleh
timbul kepada bahan, system dan reka bentuk selepas digunakan atau dilaksanakan. Amnya
kaedah mengenalpasti hazard ini melibatkan gabungan pemerhatian sendiri, merujuk kepada
dokumen rujukan, menggunakan kelengkapan pengesan dan pengukur, maklumat daripada
laporan, maklumbalas daripada pekerja dan sebagainya.

2. UNTUK MENENTUKAN KEADAAN/SUASANA YANG SELAMAT DAN


SIHAT DI TEMPAT KERJA
Antara sebab lain audit dijalankan adalah untuk menentukan sama ada keadaan di tempat
kerja berada dalam keadaan selamat. Sebagai contohnya adalah dengan tempat laluan tidak
terhalang supaya tidak ada kemalangan yang berlaku. Peralatan hendaklah disusun dengan
teratur di tempatnya dan ianya perlulah dilabel. Selain itu, pencahayaan yang cukup juga
diperlukan. Kemudahan asas seperti tandas dan tempat rehat juga perlu wujud. Hal ini
bertujuaan untuk melindungi asset terpenting iaitu pekerja serta mengurangkan risiko
kemalangan dan penyakit di tempat kerja.

3. UNTUK MEMASTIKAN PEMATUHAN PERATURAN KESELAMATAN OLEH


SYARIKAT DAN PEKERJA DI TEMPAT KERJA
Audit keselamatan dan kesihatan di tempat kerja ini perlulah dilakukan secara berkala untuk
memastikan pematuhan peraturan langkah-langkah keselamatan oleh syarikat dan para
pekerja diamalkan dengan baik. Sebagai contohnya, majikan perlu menyediakan peralatan
pelindung diri yang bersesuaian kepada setiap pekerja. Para pekerja pula haruslah tahu cara
3
NBOH 2522

penggunaannya serta menggunakannya dengan baik dan berhemah. Contohnya ketika inngin
mengendalikan pesakit covid-19, petugas perlu menggunakan PPE yang bersesuaian serta
berada dalam jarak yang tertentu dengan pesakit bagi mengelakkan perebakan jangkitan.

4. UNTUK MEMASTIKAN KEADAAN SELAMAT DAN SIHAT SEMASA


MENJALANKAN OPERASI/PROSEDURE
Setiap sektor akan mempunyai standard operasi atau prosedurenya yang tersendiri. Sebagai
contohnya, di hospital ketika para petugas ingin menjalankan prosedure pembedahan, mereka
perlulah memastikan keadaan tangan berada dalam keadaan sterile. Justeru, audit perlu
dilakukan berkenaan langkah-langkah mencuci tangan yang betul supaya tiada jangkitan
silang berlaku sepanjang proses pembedahan dilakukan terhadap pesakit tersebut.

5. UNTUK MENILAI PRESTASI PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN
Prestasi keselamatan boleh diukur dalam beberapa cara, biasanya melalui gabungan penunjuk
ketinggalan (output) dan plumbum (input). Namun, petunjuk utamanya adalah dengan
melakukan audit keselamatan dan kesihatan terhadap semua lapisan pekerja. Untuk menilai
kekuatan program keselamatan tempat kerja yang sedia ada dan mengenal pasti kawasan
untuk disesuaikan atau dikemas kini, pertimbangkan elemen berikut semasa menilai
keselamatan tempat kerja adalah diperlukan. Antaranya adalah dengan melibatkan pengurus
dan pekerja, menjalankan analisis tapak kerja, menyemak insiden lepas dan membangun
pelan tindakan

6. UNTUK MENILAI KESEDARAN PEKERJA TERHADAP KESELAMATAN DAN


KESIHATAN
Oleh kerana kemalangan melibatkan manusia, maka manusialah yang bertanggungjawab
terhadap kemalangan. Jika semua yang ada pada dan sekeliling manusia itu hazard, maka
manusialah yang memainkan peranan di dalam mencipta, mempunyai, mengguna,
menyelenggara, menyimpan, mengawal dan melupus hazard tersebut. Dengan demikian
faktor manusia memainkan peranan yang sangat penting di dalam sesuatu kemalangan
pekerjaan. Kesedaran tentang kepentingan mengamalkan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja adalah aspek yang paling penting. Disebabkan itulah audit diperlukan untuk
menilai tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

4
NBOH 2522

SOALAN 2

A) 3 KEADAAN DAN TINDAKAN YANG TIDAK SELAMAT MENGENAI


SITUASI PADA GAMBAR RAJAH 1 (3 M)

3 KEADAAN TIDAK SELAMAT MENGENAI SITUASI PADA GAMBAR RAJAH 1


1. Spesimen darah tidak diuruskan dengan betul serta darah yang tertumpah dilantai
tidak dibersihkan dengan segera sehingga boleh menyebabkan petugas atau pesakit terpijak
dan terjatuh

2. Kelihatan alatan tajam seperti jarum yang telah digunakan tidak diuruskan dengan
betul iaitu tidak dibuang didalam ‘sharp bin’. Ianya dibiarkan dilantai dan boleh
menyebabkan sesiapa sahaja tercucuk, seterusnya boleh menyebabkan penyebaran penyakit
berjangkit jika jarum tersebut telah digunakan untuk pesakit seperti HIV dan Hepatitis C.

3. Laluan keluar dan masuk pula adalah dalam satu arah sahaja. Kelihatan tiada laluan
lain dalam gambar rajah tersebut. Pesakit dan anggota kesihatan keluar masuk menggunakan
satu pintu yang sama sahaja.

3 TINDAKAN TIDAK SELAMAT MENGENAI SITUASI PADA GAMBAR RAJAH 1


1. Jelas kelihatan semua anggota kesihatan tidak memakai alatan pelindung diri yang
betul semasa bertugas seperti pelitup muka dan sarung tangan semasa menguruskan pesakit.

2. Petugas juga berlari sambil menolak katil pesakit. Tindakan ini berisiko untuk
menyebabkan terjatuh jika berlaku kecuaian semasa proses menolak katil pesakit.

3. Ergonomik dari aspek postur tubuh juga kelihatan tidak berada dalam posisi yang baik
semasa menolak katil pesakit apabila ketinggan katil tidak diselaraskan dengan baik.

4. Prosedure kritakal juga dilakukan tanpa bantuan ahli pasukan yang lain. Ia akan
memberikan kesan psikologikal kepada anggota yang terlibat dimana, bebanan tugas yang
diterima akan meningkat.

5
NBOH 2522

SOALAN 2

B) PERANAN MAJIKAN UNTUK MENCEGAH KECEDERAAN DAN


PENYAKIT DI TEMPAT KERJA (6 M)

1. MENGESAN DAN MEMBETULKAN KEADAAN DAN AMALAN KERJA


YANG TIDAK SELAMAT
Keadaan ini boleh menghalang pekerja daripada berfungsi menimbulkan risiko kepada
kesihatan dan keselamatan mereka serta berfungsi dengan betul. Majikan dikehendaki
memastikan persekitaran kerja pekerja bebas daripada bahaya yang diketahui. Majikan juga
perlu memberi teguran serta tindakan terhadap amalan kerja tidak selamat yang dilakukan
oleh para pekerja bagi mencegah kecederaan di kemudian hari.

2. MEMBERI LATIHAN KEPADA PEKERJA SUPAYA MELAKUKAN


PROSEDURE YANG BETUL
Pekerja dilihat sebagai pelabur yang besar dalam sesebuah jabatan. Bagi mendapatkan hasil
yang hebat, para pekerja perlu diberi latihan yang mencukupi. Pekerja yang mempunyai
prestasi yang baik akan memberikan penghasilan produktiviti yang terbaik kepada jabatan.
Sebagai contohnya latihan-latihan secara berkala dalam pengendalian mesin perubatan perlu
diberikan bagi melatih pekerja menjadi lebih cekap dan berkemampuan dalam
melakukannya.

3. MEMASTIKAN SETIAP PEKERJA BAWAHAN MENGETAHUI, MEMAHAMI


DAN MEMATUHI PERATURAN KESELAMATAN KHUSUSNYA BERKAITAN
DENGAN PEKERJAANNYA
Majikan perlu memastikan setiap pekerja mengetahu dan mematuhi peraturan keselamatan
khussusnya yang berkaitan dengan pekerjaannya. Sebagai contohnya, majikan perlu
memastikan pekerja sentiasa menggunakan alat pelindung diri PPE yang bertepatan seperti
pelitup muka dan sarung tangan semasa bertugas terutamanya bagi petugas kesihatan yang
sentiasa berhadapan dengan virus dan bakteria.

6
NBOH 2522

4. MELENGKAPKAN LAPORAN YANG BETUL MENGENAI SEMUA


KEMALANGAN DAN INSIDEN
Majikan khususnya tidak seharusnya menyembunyikan sebarang kemalangan atau insiden
yang pernah berlaku di tempat kerja. Laporan yang tepat mengenai semua kemalangan perlu
dilakukan supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Para pekerja juga perlu mengetahui
mengenai kemalangan tersebut supaya dapat dijadikan pengajaran untuk mereka lebih
berhati-hati. Sebagai contohnya kemalangan tercucuk jarum yang telah digunakan. Laporan
yang tepat perlu dilakukan oleh majikan bagi memastikan tindakan yang sewajarnya dapat di
ambil oleh semua pihak.

5. MEMBERI MOTIVASI PEKERJAAN KEPADA PEKERJA


Majikan perlu sentiasa menyebarkan nilai murni dan sikap positif menerusi kata-kata yang
positif di tempat kerja. Pekerja dan majikan juga seharusnya sentiasa berkomunikasi dan
berkongsi pendapat. Maklum balas yang membina penting bagi menggalakkan pekerja
supaya lebih peka dalam menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik dan sentiasa memberikan
kualiti perkhidmatan yang terbaik.

6. MEMAKLUMKAN SEBARANG PERKEMBANGAN BARU KEPADA PEKERJA


Apabila pekerja sentiasa dimaklumkan, mereka lebih cenderung untuk terus terlibat dan
bermotivasi dalam kerja mereka. Beritahulah apa yang diharapkan daripada mereka, keadaan
syarikat dan prestasi peribadi mereka sendiri adalah kunci untuk memastikan suasana yang
makmur dan kejayaan keseluruhan keseluruhan jabatan. Apabila pekerja tahu bahawa mereka
dimaklumkan dengan baik, mereka akan lebih gembira dalam kerja mereka dan lebih
cenderung untuk kekal dalam jangka panjang. Memberi gambaran besar dan membantu
mereka memahami akan membantu mereka berasa lebih berpuas hati dalam kerja mereka.

You might also like