You are on page 1of 1

NAMA: 1.

NUR NAJIHAH BT MOHD MAZLAN


2. NAHWAN NAFISAH BT NORAZIANTO
KELAS: 1 PPISMP BM2

NAMA PERMAINAN: BALANG PANTUN AJAIB

OBJEKTIF:

➢ Melatih pelajar membina pantun berdasarkan perkataan yang diperoleh


➢ Membantu pelajar dalam memahami ciri-ciri pantun

SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN PERMAINAN:

➢ Terdiri daripada 4 orang pelajar dalam setiap kumpulan


➢ Hanya satu kertas sahaja yang perlu diambil di balang dalam satu-satu masa
➢ Pelajar hanya diberikan masa 2 minit untuk membina setiap pantun

CARA PELAKSANAAN PERMAINAN :

1. Para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri


daripada 4 orang ahli di dalam setiap kumpulan
2. Setiap kumpulan perlu membuat bulatan masing-masing
3. Ketua kumpulan perlu kehadapan untuk mencabut kertas di dalam balang
pantun ajaib dan kembali ke bulatan kumpulan masing-masing.
4. Kertas yang mengandungi perkataan dilihat secara serentak dan perbincangan
selama 2 minit dilakukan
5. Setiap kumpulan perlu membaca pantun yang telah dibina mengikut giliran
6. Guru akan menilai pantun setiap kumpulan
7. Pantun yang menarik mengikut pandangan guru akan memperolehi 2 markah
8. Langkah ke 3 hingga 7 diulangi sehingga masa permainan tamat.
9. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan markah yang paling banyak akan
dikira sebagai pemenang.

You might also like