You are on page 1of 1

MASJID AT-TAQWA

Desa Subang Permai, Shah Alam


Selangor Darul Ehsan

IKHLAS AMANAH TAQWA

Ruj Kami : 01/211222/attaqwa/bdp 21hb Disember 2022

KEPADA YANG BERKENAAN

MAKLUMAN PERUBAHAN JAWATAN KUASA BIRO DAKWAH & PENDIDIKAN


MASJID AT-TAQWA DESA SUBANG PERMAI BAGI SESI 2023-2025

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya, Raja Mohd Zafrirullah Bin Zakaria telah dilantik oleh ahli qariah Desa Subang
Permai sebagai Pengerusi Biro Dakwah & Pendidikan Masjid At-Taqwa Desa Subang Permai
bagi sesi 2023-2025.

3. Untuk makluman pihak Ustaz/Ustazah, pengurusan baharu masjid sedang


mengemas kini jadual kuliah/ceramah/program serta majlis ilmu bagi tahun 2023-2025.

4. Sekiranya pihak Ustaz/Ustazah mempunyai kekosongan serta kelapangan waktu


untuk meneruskan pengajian serta perkongsian ilmu buat ahli qariah Desa Subang Permai,
pihak Ustaz/Ustazah boleh memilih tarikh-tarikh yang telah disusun oleh pihak kami.
(RUJUK LAMPIRAN TAKWIM KULIAH JAN 2023)

5. Untuk makluman pihak Ustaz/Ustazah, BORANG PENILAIAN PENGAJIAN (BPP)


akan diagihkan kepada qariah yang hadir sewaktu program berjalan dalam bulan Januari.
Hasil dari penilaian tersebut, pihak kami mempunyai hak sama ada untuk membenarkan
pihak Ustaz/Ustazah meneruskan pengajian bagi bulan Februari dan bulan-bulan
seterusnya.

Dengan pemberitahuan ini, diharapkan agar pihak Ustaz/Ustazah jelas dengan perancangan
dan perjalanan Biro Dakwah & Pendidikan Masjid At-Taqwa Desa Subang Permai dalam
memikul serta melaksanakan amanah yang diberikan. Sebarang pertanyaan, pihak
Ustaz/Ustazah boleh menghubungi saya di talian +60197343006 (Raja Zafri).

Semoga Allah permudah segala urusan kita semua. Sekian, terima kasih.

(CETAKAN BERKOMPUTER TIDAK MEMERLUKAN TANDATANGAN)


Raja Mohd Zafrirullah Bin Zakaria
Pengerusi,
BIRO DAKWAH & PENDIDIKAN

Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-77344183 e-mail: attaqwa_dsp@yahoo.com

You might also like