You are on page 1of 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS KOTA BHARU 16100 JALAN MAKTAB
KELANTAN DARUL NAIM

BMMB 3213
PENULISAN ESEI
Nama : FATIN MAISARAH BINTI MOHD ZULKIFLI
No. K/P : 020518-03-0078
Angka Giliran : 2021082310181
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : BAHASA MELAYU 8
Nama Pensyarah : DR AZAHA BIN IBRAHIM
Tarikh Hantar : 16 FEB 2023

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 16 FEB 2022

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 16 FEB 2022

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU.

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama: FATIN MAISARAH BINTI Angka Giliran: 2021082310181


MOHD ZULKIFLI
Kod: BMMB 3213 Nama Kursus: Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah
Pensyarah: Dr Azaha Bin Ibrahim
Tarikh Hantar: 16 Feb 2023 Tarikh Terima diisi oleh Pensyarah:

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya’

Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 16 Feb 2023

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (Jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 16 Feb 2023

2
HALAMAN PERAKUAN

“Saya akui bahawa penulisan laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Pelajar : FATIN MAISARAH BINTI MOHD ZULKIFLI


Tarikh : 16 FEB 2023

3
PENGHARGAAN

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG”

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan
kursus BMMB 3213, Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini dalam kekangan
masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah khasnya


Pensyarah Akademik Kursus BMMB 3213, Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah, Dr Azaha Bin Ibrahim yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta
penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan
sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan terima
kasih sekali lagi kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam
menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan
serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa
sokongan dan dorongan mereka mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini
dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus
menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini. Buat semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam
setiap bantuan dan sokongan secara langusung dan tidak langsung. Semoga kita
semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insha-Allah.

“KAMI BANGGA MENJADI GURU”

4
TUGASAN 1: Penulisan Esei (1000 pp) (Tugasan individu-30%)

Berdasarkan pernyataan di atas, pilih satu Standard Kandungan (SK) dan Standard
Pembelajaran (SP) daripada kemahiran berasaskan DSKP bahasa melayu Sekolah Rendah
untuk menjelaskan aktiviti kemahiran Bahasa, aspek seni bahasa, tatabahasa dan sistem
Bahasa.

5
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan .............................................................................................................. 7
2.0 Kemahiran bahasa ................................................................................................. 8
3.0 Kemahiran Seni Bahasa ...................................................................................... 11
4.0 Kemahiran Tatabahasa........................................................................................ 14
5.0 Sistem bahasa ...................................................................................................... 17
5.0 Kesimpulan ............................................................................................................ 20
6.0 Rujukan .................................................................................................................. 21

6
1.0 Pengenalan

Sistem Pendidikan di Malaysia mempunyai rancangan dan gerak atur yang telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara umumnya,
pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang
terutamanya dilaksanakan di sekolah yang disampaikan oleh guru kepada murid-
murid. Dalam memastikan pendidikan di Malaysia wujud dengan berkesan, kerajaan
telah mewujudkan kurikulum pendidikan yang mana kurikulum merupakan suatu
wadah yang penting bagi melahirkan individu yang seimbang dan mampu untuk
mengaplikasikan ilmu yang diajarkan oleh guru di sekolah. Dalam memastikan
sistem pendidikan di Malaysia ini mempunyai keberkesanan kurikulum supaya
setanding dengan standard pendidikan di peringkat antarabangsa, kerajaan telah
mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP). Di dalam dokumen ini terkandung pernyataan standard yang
merangkumi standard kandungan dan standard pembelajaran. Secara tidak
langsung, ini merupakan pendekatan modular untuk murid-murid menguasai
beberapa kemahiran yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4, saya telah memilih kemahiran membaca yang
mana standard kandungan (SK) 2.3 iaitu membaca dan mengapresiasikan karya
sastera dan bukan sastera. Di bawah standard kandungan (SK) ini terdapat dua
standard pembelajaran yang dapat murid perolehi iaitu 2.3.1 membaca dan
menganalisis kandungan teks karya sastera dan bukan sastera dan (SP) yang kedua
ialah 2.3.2 iaitu membaca karya sastera, dan karya bukan sastera dengan gaya
penyampaian yang sesuai.

7
2.0 Kemahiran bahasa

Terdapat tiga kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Antara kemahiran bahasa yang dapat diaplikasikan ialah
seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran
menulis. Kemahiran bahasa yang dipilih dalam penulisan ini ialah kemahiran
membaca. Menurut Leslie (2001), beliau menjelaskan bahawa membaca merupakan
satu proses kognitif yang menekankan aspek pengecaman, membuat interpretasi
dan persepsi terhadap bahan bercetak atau bertulis. Proses pembacaan haruslah
melibatkan bahan bacaan yang bertulis dan ia merupakan proses berkomunikasi
secara langsung antara pembaca dan bahan bacaan tersebut. . Menurut Yahya
(2005), membaca dapat memudahkan proses memahami teks dan memberi makna
yang tepat kepada pembaca. Melalui pembacaan itu, pembaca akan memperolehi
maklumat dan idea-idea yang baharu yang mana dapat mempertingkatkan lagi
pengetahuan para pembaca. Aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru ialah guru
memberikan petikan pendek kepada murid. Murid membaca petikan secara mentalis
selama lima minit. Secara rawak, beberapa orang murid dipilih oleh guru untuk
membacakan petikan dialog di hadapan rakan sekelas yang lain dengan nada dan
intonasi yang betul. Guru hendaklah membimbing bacaan murid dan
memperbetulkan sebutan dan intonasi yang salah supaya mereka dapat membaca
dialog dengan baik. Selepas murid melakonkan dialog tersebut, guru membuat sesi
soal jawab dengan memberikan soalan berkaitan dengan petikan dialog itu.

8
Petikan 1

9
Lembaran kerja:

1. Di manakah Pin Aun dan Chee Ming sewaktu Swee Bee mereka mencari
mereka?

2. Apakah yang dilakukan oleh Pin Aun dan Chee Ming di dalam bilik air?

3. Apakah pengajaran yang dapat kita pelajari daripada petikan dialog di atas?

10
3.0 Kemahiran Seni Bahasa

Dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang


mampu menarik minat murid ialah dengan menekankan aktiviti yang
mempunyai aspek kemahiran seni bahasa. Secara umumnya, aspek
kemahiran seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid untuk
mengungkapkan dan mengapresiasikan keindahan bahasa, memahami dan
menghargai bahasa melalui kepelbagaian aktiviti. Aktiviti yang sesuai untuk
kemahiran seni bahasa ini ialah guru perlu memberikan satu teks iaitu
pantun nasihat. Setiap kumpulan membaca satu perenggan dalam pantun
dengan sebutan yang jelas. Murid membacakan pantun di kawasan tengah
kelas. Seterusnya, guru akan membuat aktiviti ‘Kotak Pencarian’. Aktiviti ini
dijalankan secara berkumpulan. Murid akan diberikan soalan berkenaan
dengan pantun empat kerat yang tidak lengkap. Mereka dikehendaki mencari
perkataan-perkataan yang hilang di dalam kotak pencarian tersebut.
Kumpulan yang dapat menyelesaikan pencarian perkataan yang hilang
dengan cepat akan diberikan markah.

11
Baca pantun di bawah dengan intonasi dan sebutan yang betul.

12
Lembaran kerja:

Lengkapkan pantun di bawah.

Kerana guru Dalam semak ada Perlu dipelihara Bila belajar tekun
pembekal ilmu duri laut dan tasik selalu

Dari Tanjung Jara ke Kemasik,

Mencari selasih tidaklah lama,

Airnya bersih digunakan bersama

Pakai baju berwarna biru,

Pergi ke sekolah pukul satu,

Murid sentiasa hormatkan guru

Parang tajam tidak berhulu,

Buat menetak si pokok Ru,

Jangan ingkar nasihat guru

Ayam kuning buat sarang,

Orang tamak selalu rugi,

Macam anjing dengan bayang

13
4.0 Kemahiran Tatabahasa

Secara umumnya, tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.


Murid-murid tahun 4 kebiasaanya telah didedahkan dengan bidang
tatabahasa di dalam bahasa Melayu. Aktiviti yang sesuai untuk dijalankan
kepada murid tahun 4 ialah guru memberikan petikan teks cerita seperti cerita
‘Mengapa Bangau Kurus’ untuk murid baca selama 15 minit. Pembacaan
dilakukan secara mekanis. Setiap murid perlu membaca dan memahami isi
penceritaan cerita tersebut. Selesai sesi pembacaan, guru menyuruh murid
untuk menganalisis dan mengenalpasti tiga jenis golongan kata yang
terkandung di dalam petikan tersebut. Sebelum murid memulakan
penganalisisan, guru akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai tiga
jenis golongan kata tersebut. Secara berkumpulan, murid perlu
mengklasifikasikan tiga golongan kata iaitu seperti kata nama am, kata nama
khas, dan kata ganti nama. Di akhir aktiviti, murid perlu membaca petikan
teks tersebut secara beramai-ramai.

14
Petikan 2
MENGAPA BANGAU KURUS
Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang
mengadap. Semua jenis burung hadir.
“Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama
beta memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa. Kamu boelh minta apa
sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu,” titah Raja Sulaiman. Semua burung
berasa gembira. Ada yang bersorak-sorak. Ada yang melompat-lompat. “Bolehkan
patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling cantik di
dunia,” kata merak.
“Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu,” titah Raja Sulaiman
sambil tersenyum. “Kamu pula hendak apa?” Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap.
“Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang,” kata kelicap. “Kenapa minta
paruh yang panjang?” Tanya Raja Sulaiman. “Patik suka minum madu, tuanku.
Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu bunga,” jawab kelicap,” jawab
kelicap.
“Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri kamu
kaki yang lebar,” jawab Raja Sulaiman. “Patik ingin sarang yang cantik, tuanku,” kata
tempua. “Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang,” titah
baginda.
“Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna
putih. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat,” pinta pipit. “Perkara itu mudah sahaja. Akan
beta tunaikan,” titah Raja Sulaiman lagi. Semua burung telah meminta hajat mereka.
Kini Cuma tinggal giliran bangau yang sombong.
“Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan,” titah Raja Sulaiman.
“Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau. “Apa?
Boleh kamu ulang?” soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut. “Patik mahu minta makan
tujuh hari sekali,” kata bangau lagi.
Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja
Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya.
Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda
akan tunaikan permintaan bangau itu.
Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor
pun dia tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.
Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak
makanan daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat
kembali kata-katanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta
makan tujuh kali sehari.
“Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun
tolong betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal,” kata
bangau sendirian. Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus.
Ia rasa sedih. Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan
nasibnya. Itulah sebabnya badan bangau kurus.

15
Lembaran kerja:

Kenalpasti lima perkataaan bagi setiap tiga golongan kata yang terkandung di dalam
petikan teks di bawah mengikut pengkelasan yang betul.

Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama

16
5.0 Sistem bahasa

Sistem bahasa merupakan salah satu komponen yang terkandung di


dalam bidang tatabahasa. Setiap murid haruslah menguasai sistem bahasa
yang mana ia meliputi pelbagai fokus utama seperti sebutan, ejaan, nada dan
intonasi. Aktiviti yang dijalankan oleh guru berkenaan dengan sistem bahasa
ialah guru memberikan petikan kepada murid. Di dalam petikan tersebut
mengandungi perkataan yang berimbuhan seperti imbuhan apitan. Murid
diminta untuk mencari dan menyenaraikan imbuhan apitan yang terkandung
di dalam petikan tersebut secara berkumpulan. Guru akan memberikan
sedikit sebanyak penerangan berkenaan dengan imbuhan apitan kepada
murid.

meN-…….-i ke-…….-an

Imbuhan
Apitan

meN-…….-kan memper-…….-kan

memper-…...-i

17
Petikan 3

18
Lembaran kerja:

Senaraikan semua imbuhan apitan yang terkandung di dalam teks di atas.

Imbuhan Apitan

19
6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, hasil dapatan saya daripada kemahiran membaca
ialah ia dapat membantu perkembangan kognitif murid dalam menguasai proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bagi mencapai objektif pihak kerajaan
untuk mengembangkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun 4,
guru haruslah memainkan peranan utama dalam membimbing mereka dalam
proses membaca, Sebagai contoh, guru haruslah memperbetulkan bacaan
murid-murid sama ada dari segi intonasi, sebutan, jeda dan sebagainya. Setiap
teks atau petikan yang diberikan oleh guru sama ada dalam bentuk karya sastera
atau bukan sastera seharusnya dapat dibaca oleh murid dengan betul.
Penguasaan kemahiran membaca yang baik dapat membantu murid bercakap
dengan fasih dan petah serta dapat memahami bahasa yang didengarkan. Oleh
itu, kemahiran membaca amat penting untuk dikuasai oleh murid sejak di sekolah
rendah lagi.

20
7.0 Rujukan

Alaudin, Osman. (1984). Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Empat. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Boon, K. B. (1994). Pengajaran Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Fajar


Bakti.

Rahmat, A. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka


Al-Ehsan.

Satdimin, M. A. (2010). Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kurikulum.


https://doi.org/https://www.academia.edu/12007072/APAKAH_YANG_DIMAKS
UDKAN_DENGAN_KURIKULUM_BINCANGKAN_PENDAPAT_DAN_PANDA
NGAN_PAKAR_PAKAR_TENTANG_KURIKULUM

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

21

You might also like