You are on page 1of 18

Pameran Bertema

sempena Hari Malaysia


PSS T.A.R SMKU, PEKAN

Tajuk: Pakaian Tradisional Mengikut Negeri Dan Kaum Di


Malaysia
SUMBER RUJUKAN: https://ecentral.my/pakaian-tradisional-malaysia/
www.istanabudaya.com
The Malay Heritage Foundation
Selongkar10.blogspot.com
Pakaian Tradisional Di Malaysia
 Pengenalan:
Pakaian tradisional di Malaysia dipengaruhi oleh
adat dan budaya serta asal usul masyarakat di
sesebuah negeri. Pemakaian masyarakat turut
dipengaruhi oleh penyerapan budaya negeri lain
akibat perkahwinan campur yang berlaku dalam
sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, Kebaya
Selangor merupakan hasil asimilasi melalui
perkahwinan Di Raja Selangor dengan kerabat Di
Raja Perak dan Kedah.
NEGERI PERLIS
NEGERI KEDAH
PULAU PINANG
NEGERI PERAK
NEGERI PAHANG
Kurung Pahang mempunyai pesak yang
kembang. Busana ini dicipta pada era 1880
– an oleh Tengku Mariam, puteri kepada
Sultan Ahmad Muadzam Shah pemerintah
Pahang ketika itu.
Busana ini sinonim dengan kolar Cekak
Musang dan berkancing enam. Baju ini
asalnya dipakai oleh puteri-puteri istana
dan golongan bangsawan kerana ia bersifat
ekslusif apabila fabrik yang digunakan
ketika itu ialah dari kain tenun Pahang
sepasang dan juga dipadankan dengan kain
songket yang dilipat pinjung sebelah
kanan.
Yang membezakannya dengan baju kurung
yang lain ialah busana ini tidak mempunyai
kekek tapi diganti dengan Pesak Gantung.
Perhiasannya pula dikenakan dengan cucuk
sanggul dan bunga di kepala bersama
dokoh di dada dan kerikam (selendang
pendek) di atas bahu.
NEGERI TERENGGANU
NEGERI KELANTAN
WILAYAH PERSEKUTUAN
NEGERI SELANGOR
Kebaya Selangor merupakan hasil asimilasi melalui
perkahwinan Di Raja Selangor dengan kerabat Di
Raja Perak dan Kedah. Di Selangor, Pemakaian baju
Kebaya yang Labuh dan longgar telah mula dilihat
semenjak awal abad ke- 19 dan tersebar ke seluruh
daerah Selangor.
Kebaya Selangor atau dipanggil The Malay Dress
dipadankan dengan kain sarung dan dipakai ketika
melakukan aktiviti seharian dan menghadiri majlis
perkahwinan.
Antara ciri Kebaya Selangor ialah berpesak empat
dihadapan, lurus, longgar dan berkekek. Selain itu
bajunya labuh melepasi lutut, dipakai secara selisih,
dilipat sedikit dibahagian leher dan disemat dengan
kerongsang.
Baju Kebaya Selangor bersifat longgar seperti baju
kurung tradisional dan berbelah dihadapan. Kebaya
Selangor dipadankan dengan kain songket, tenun
Bugis atau batik mengikut kemampuan atau status
pemakai. Kini penggunaan baju kebaya telah
divariaikan mengikuti citarasa si pemakai.
NEGERI SEMBILAN
Baju Kurung Ibu Soko merupakan busana
tradisional Negeri Sembilan. Ibu Soko merujuk
kepada wanita atau perempuan yang berilmu
dan berpengalaman tentang peradaban serta
kehidupan perjalanan adat khususnya tentang
salasilah kelompok kekeluargaannya.
Baju Kurung Ibu Soko ini mempunyai leher
Telok Belanga jahitan Tulang Belut dan
mempunyai kain ikatan Tindih Kasih. Potongan
baju ini pula berbentuk kembang payung,
berpesak dan berkekek.
Busana yang digayakan ibu soko adalah berbeza
mengikut daerah di Negeri Sembilan. Ibu Soko
daerah Kuala Pilah dilengkapi dengan sehelai
kain samping ikatan ombak beralun di
pinggang. Ibu Soko di daerah Jelebu memakai
ikatan kain samping pada kedudukan paras
dada.
SAMBUNGAN….BAJU TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN
 Ikatan kain samping ini mempunyai maksud dan falsafah yang
tertentu, iaitu melambangkan tanggungjawab yang harus
dipertanggungjawabkan, tidak boleh berbuat semena-mena dalam
bertindak.
 Ibu Soko sering menggayakan ikatan kepala yang dipanggil telepok
panggilan dikenali di daerah Kuala Pilah atau tengkolok di daerah yang
lain. Telepok bukannya kain gerus yang dikenali umum tetapi berasal
daripada perkataan lepok bahasa daerah negeri yang bermaksud
terletak kedudukannya. Bentuk tengkolok ini datar di tengah-tengah
bermaksud tempat musyawarah, melenggong ke kiri dan kanan,
mencari kata sepakat seperti kata perbilangan ‘bulat air dek
pembetung, buat kata dek muafakat’. Ibu Soko sering menggunakan
selempang yang melambangkan kebesaran serta tanggungjwab
terhadap beban, hak dan kewajipan yang menjadi tanggungjawabnya.


NEGERI MELAKA
NEGERI SABAH
NEGERI SARAWAK
KAUM CINA
KAUM INDIA

You might also like