You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim,

Senyum diukir, salam dihulur, Assalamualaikum w.b.k.t dan salam sejhtera. Yang dihormati barisan panel
hakim yang menjunjung paksi keadilan, guru guru, rakan rakan dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Pada hari yang berbahagia ini, berdirinya saya di sini untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk,
“Kepentingan Hadir Ke Sekolah”. Sebelum layar dilabuhkan sebelum bibit bicara terus saya utarakan,
terlebih dahulu izinkan saya untuk mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus dewan edisi
ke4,kepentingan membawa maksud sesuatu yang amat perlu dan sangat berharga manakala frasa hadir
ke sekolah didefinisikan sebagai datang di suatu tempat untuk belajar dan mengajar. Dari takrifan ringkas
itu tadi, sudah terang lagi bersuluh, bicara pidato saya pada hari ini merujuk kepada apa yang diperolehi
apabila hadir ke sekolah.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sekolah merupakan institusi yang berperanan penting kepada generasi muda bermula dari seawal usia 4
tahun. Sekolah diibaratkan seperti syurga. Kepentingan hadir ke sekolah yang utama ialah untuk
menuntut ilmu dan mendapatkan pengetahuan yang baru setiap hari. Ilmu diperoleh dengan membaca
buku mendengar penjelasan guru dan berbincang sesama rakan di dalam kelas. Persekitaran sekolah
yang kondusif dan selamat memberikan impak besar kepada pelajar untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan. Jelaslah dengan hadir ke sekolah ilmu lebih banyak diperolehi dengan fokus yang tinggi
dibawah bimbingan guru-guru yang cemerlang.

Hadirin yang dimuliakan,

Kepentingan hadir ke sekolah seterusnya dalam konteks memanfaatkan masa dengan perkara yang
berfaedah. Ini kerana, di sekolah para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti unit
beruniform, kelab dan sukan. Justeru masa mereka dimanfaatkan dengan membentuk jati diri dengan
disiplin yang tinggi. Dengan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, pelajar dapat mendisiplinkan diri,
menepati masa dan menghormati rakan disekelililng, Selain itu kepentingan hadir ke sekolah dapat
membentuk sahsiah dengan menyertai program keagamaan seperti membudayakan Al Quran, solat hajat
dan motivasi jati diri.

Hadirin yang dikasihi sekalian

Memetik peribahasa, hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.
Peribahasa ini membawa pengertian jika hendak mengetahui sesuatu perkara, bertanyalah kepada yang
mahir. Justeru menjadi kepentingan kepada pelajar hadir ke sekolah untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan dari guru guru yang bertauliah. Jika hari ini kita diuji dengan pandemic coronavirus,
Pendidikan tetap diteruskan. Ini bagi mendukung falsafah Pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu penegtahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sebagai konklusinya, ingin saya tegaskan kepentingan hadir ke sekolah memberi impak positif kepada
para pelajar. Semua pihak harus berganding bahu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi rohani dan jasmani. Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat, bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.

Sekian, wabillah…..

You might also like