You are on page 1of 1
Pengetua: Sejak 2012, banyak perubahan di sekolah ini telah berlaku. Dari segi prasarana, beberapa’ bangunan tambahan telah dibina berdekatan dengan kantin. Dahulunya, kawasan tersebut merupakan kawasan rumah warden tetapi kini telah diruntuhkan dan dibina bilik kelas bagi menampung kapasiti murid yang semakin meningkat. Bangunan Dewan Al-Fattah juga telah dibaik pulih agar lebih selesa untuk menjalankan aktiviti. Dari segi pencapaian murid juga banyak peningkatan berlaku. Sekolah kita pernali dinobatkan sebagai johan pidato peringkat kebangsaan sebanyak tiga kali berturut-turut hasil bimbingan Cikgu Azmir. Peningkatan kualiti keputusan dalam peperiksaan awam juga turut berlaku sepanjang tempoh 9 tahun perkhidmatan saya di sini. Mustika : Akhir sekali, apakah pesanan akhir Tuan Haji kepada para murid yang akan membaca wawancara ini nanti? Pengetua: Saya berharap agar semua murid dapat meningkatkan kecemerlangan akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Jangan sesekali mempertaruhkan masa hadapan hanya untuk keseronokan sementara. Biarpun masalah disiplin di sekolah ini tidaklah begitu membimbangkan sebagaimana sekolah-sekolah berdekatan, namun masalah ini tetap perlti disifarkan. Guru-guru sentiasa ingin membantu anda dalam apa-apa jua bentuk bantuan’ yang boleh diberikan. Teruskan kecemerlangan SMK Mawar Indah. Baiklah, setakat ini sahaja sesi wawancara ini, Terima kasih kerana sudi meluangkati masa. Saya doakan semoga Tuan Haji sentiasa dirahmati kesihatan yang berpanjangan dam menjalani kehidupan selepas persaraan dengan penuh keceriaan. Pengetua: Terima kasih dan sama-sama. Sebagai seorang wartawan, anda dikehendaki mewawancara seorangatlet negara yang telah mengharumkan nama negara dalam Sukan Asia. Tulis wawancara anda selengkapnya.

You might also like