You are on page 1of 9

DKI 3743 AQIDAH ISLAM.

LT KOL HJ MOHAMAD MUNTAHA BIN HJ SALEH

Bab ke-10:

TOKOH-TOKOH
MAZHAB AKIDAH
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,: “Sesungguhnya ulama adalah pewaris
nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya
mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut dia telah mengambil
bahagian yang banyak.” (Riwayat Tirmizi, Ahmad, Ad-Darimi dan Abu Daud).
1. Al-Asy‘ari (260-324H)
• Al-Asy„ari atau nama penuhnya „Ali bin Isma„il bin Ishaq bin Salim bin Isma„il bin „Abd-Allah bin Musa bin Bilal bin
Abi Burdah bin Abi Musa al-Asy„ari. Kunyah (gelaran) beliau ialah Abu al-Hasan.Beliau merupakan seorang tokoh
ulama Kalam dan pengasas mazhab usul yang mengambil sempena namanya. Beliau dilahirkan pada tahun 260/874,
di kota Basrah dan merupakan keturunan yang kesembilan daripada sahabat Nabi iaitu Abu Musa al-Asy„ari.
• Pada ketika ayahnya meninggal dunia, beliau telah diamanahkan untuk dijaga oleh Zakariyya bin Yahya al-Saji (m.285/898), seorang tokoh ulama fiqh
alSyafi„iyyah. Dalam beberapa peristiwa, beliau dikatakan pada usia lebih kurang 10 tahun, telah dipelihara oleh Abu „Ali al-Jubba‟i (m.303/918), di
Kota Basrah dengan berdasarkan cerita yang mengatakan ibunya berkahwin dengan al-Jubba‟i dan beliaulah yang telah membesarkannya.
• Al-Asy„ari kemudian terus menjadi penganut Mu„tazilah selama hampir 30 sehingga mencapai usia 40 tahun. Oleh kerana kefasihan dan umurnya, al-
Jubba‟i selaku ketua mazhab Mu„tazilah di kota tersebut memilih al-Asy„ari sebagai penggantinya dalam perbahasan. Beliau merupakan salah seorang
anak murid al-Jubba‟i yang terbaik dan mungkin bakal menjadi penggantinya seandainya beliau tidak meninggalkan mazhab Mu„tazilah dengan
memasuki golongan Ahl al-Haq wa Ahl al-Sunnah, Ahl al-Sunnah atau Ahl al-Hadith. Aliran ini dianutinya sehinggalah beliau berusia 40 tahun dan tidak
sedikit pun daripada umurnya digunakan untuk mengarang kitab-kitab yang bercirikan Mu`tazilah5 yang berlaku pada tahun 300/912. Dalam kehidupan
seterusnya, beliau telah berpindah ke Baghdad dan meninggal dunia di sana pada tahun 324/ 936.

• Beliau telah mengenepikan kepercayaan-kepercayaan Mu`tazilah dengan menyertai Ahmad ibn Hanbal yang memang
ingin diikutinya seperti yang telah diterangkan oleh al-Subki sendiri. Al-Asy„ari telah meneruskan kepercayaan dan
akidah mazhab al-Salaf yang didokongnya. Dalam catatan al-Maqrizi, dikatakan bahawa selepas meninggalkan
Mu„tazilah, beliau mengikuti aliran Abu Muhammad „Abd-Allah bin Muhammad bin Sa„id bin Kullab dalam segala
bentuk pemikirannya yang berlawanan dengan Mu„tazilah. Namun demikian, beliau mempertahankan kepercayaan
barunya menerusi hujah-hujah akal yang digunakan oleh Mu„tazilah. Kebanyakan guru al-Asy„ari adalah terdiri
daripada tokoh hadith dan fiqh, dan banyak pendapat atau akidahnya bersumberkan daripada tokoh-tokoh tersebut.
2. Al-Maturidi (256H- 333H)
• Nama al-Maturidi yang sebenar ialah Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud, al-
Maturidi, al-Ansari, al-Hanafi, al-Samarqandi. Beliau lahir di Maturit atau Maturid, sebuah
kawasan yang berdekatan dengan Samarqand, salah sebuah kota yang terkenal di Asia Tengah.
Selain itu, beliau juga dihubungkan kepada al-Ansar (al-Ansari) kerana dikatakan beliau
berketurunan daripada sahabat nabi, Abu Ayyub Khalid bin Zayd bin Kulayb alAnsari. Berhubung
dengan kaum keluarganya, tidak ada sebarang maklumat diperolehi mengenainya. Tarikh lahirnya
tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi kemungkinan di sekitar pertengahan abad ke-3H/9M.
Menurut Watt, kemungkinan beliau dilahirkan sekitar tahun 256/870. Kemungkinan beliau
dilahirkan pada tahun 238/852 berdasarkan perkiraan bahawa ketika gurunya, Muhammad bin
Muqatil al-Razi wafat pada tahun 248/862, al-Maturidi berusia 10 tahun. Sekiranya benar, ini
bererti beliau mempunyai usia yang panjang, lebih kurang 95 tahun kerana beliau wafat pada
tahun 333/944 di Samarqand. Jika berdasarkan kenyataan di atas, bererti al-Maturidi dilahirkan
pada zaman pemerintahan Khalifah „Abbasiyyah, al-Mutawakkil (232 - 247/847 - 861) yang
sedang memerangi kepercayaan-kepercayaan Mu„tazilah dan mendokong aliran tradisi (Sunni).
• Beliau merupakan salah seorang pengikut Abu Hanifah dengan mempelajari fiqh dan kalam mazhab Hanafi di Samarqand yang
pada masa tersebut sedang berkembang di kawasan-kawasan sebelah timur. Di antara guru-guru bermazhab al-Hanafi yang
mengajarnya ialah Muhammad bin Muqatil al-Razi (m.248/862), Abu Bakr Ahmad bin Ishaq al-Juzjani, Abu Nasr Ahmad b. al-
„Abbas al-„Iyadi yang lebih dikenali al-Faqih al-Samarqandi dan Nusayr bin Yahya al-Balkhi (m.268/881). Semuanya merupakan
murid-murid Abu Hanifah (m.150/767).8
3. Imam Abu Bakar al Qaffal
(wafat 365 H).
4. Abd Aziz al-Tabari (310H)
5. Ibnu Mujahid (370)
6. Abu Hasan al-Bahili (324H)
7. Muhammad Ibn al-Thayyib Ibn
Muhammad Abu Bakr al-Baqillani.
(403H)
Ia adalah tokoh Asy’ariyah yang mendapat ajaran-ajaran Al-Asy’ari dari dua murid Al-Asy’ari,
yaitu Ibn Mujahid dan Abu Al-Hasan Al-Bahili.. beliau wafat di Bagdad pada tahun 1013 Masehi.
Ajaran-ajaran yang disampaikannya tidak selalu selaras dengan ajaran Al-Asy’ari, misalnya
bahwa sifat Allah itu bukan sifat melainkan hal. Selanjutanya ia juga tidak sepaham dengan Al-
Asy’ari mengenai perbuatan manusia. Menurut Al-Asy’ari perbuatan manusia adalah diciptakan
Tuhan seluruhnya, sedangkan menurut Al-Baqillani, manusia mempunyai sumbangan yang efektif
dalam perwujudan perbuatannya. Yang diwujudkan Tuhan ialah gerak yang terdapat dalam diri
manusia, adapun bentuk atau sifat dari gerak itu dihasilkan oleh manusia itu sendiri.
8. Imam al Baqilani (wafat 403 H.),
9. Imam Abu Ishaq Al Asfaraini (wafat 411 H)
10. Imam al Hafizh al Baihaqi (wafat 458 H.).
11. Imam Haramain Al Juwaini (wafat 460 H)
12. Imam al Qasim al Qusyairi (wafat 465 H.).
13. Abd al-Malik al-Juwaini (419-478H)
Beliau lahir di Khurasan tahun 419 Hijriyah dan wafat pada tahun 478 Hijriyah. Nama
aslinya tidak begitu dikenal, malah ia terkenal dengan nama Imam Al-Haramain.

Hampir sama dengan Al-Baqillani, ajaran-ajaran yang disampaikannya banyak yang


bertentangan dengan ajaran Al-Asy’ari. Misalnya Tangan Tuhan diartikan (ta’wil) kekuasaan
Tuhan, mata Tuhan diartikan penglihatan Tuhan dan wajah Tuhan diartikan Wujud Tuhan,
sedangkan mengenai Tuhan duduk diatas takhta kerajaan diartikan Tuhan berkuasa dan Maha
Tinggi. Mengenai soal perbuatan manusia, ia mempunyai pendapat yang lebih jauh dari Al-
Baqillani. Daya yang ada pada manusia itu mempunyai efek, tetapi efeknya serupa dengan efek
yang terdapat antara sebab dan musabab. Wujud perbuatan manusia tergantung pada daya yang
ada pada manusia, wujud daya itu bergantung pada sebab yang lain dan wujud sebab itu
bergantung pula pada sebab yang lain dan demikianlah seterusnya hingga sampai pada sebab
dari segala sebab yaitu Tuhan.
14. Abu Hamid al-Ghazali (wafat 505H)
Beliau adalah murid dari Abd al-Malik al-Juwaini yang lahir pada tahun 1058-1111
Masehi. Ilmu teologi yang dianutnya tidak jauh berbeza dengan al-Asy’ari. Beliau
mengakui bahwa Tuhan mempunyai sifat-sifat qadim yang tidak bersekali dengan zat
Tuhan dan mempunyai wujud diluar zat. Juga Al-Qur’an bersifat qadim dan tidak
diciptakan. Mengenai perbuatan manusia ia juga berpendapat bahwa Tuhanlah yang
menciptakan daya dan perbuatan. Selanjutnya ia menyatakan bahwa Tuhan dapat dilihat,
sebab setiap yang mempunyai wujud dapat dilihat. Selanjutnya ajaran yang
disampaikannya adalah penolakan tentang paham keadilan yang diajarkan oleh Mu’tazilah.
Tuhan tidak berkewajiban menjaga kemashlahatan (al-salah wa al-ashlah) manusia, tidak
wajib memberi upah atau ganjaran kepada manusia atas perbuatan-perbuatannya, bahkan
Tuhan boleh memberi beban yang tidak mungkin dikerjakan manusia.
15. Imam Fakhruddin ar Razi (wafat 606 H.).
16. Imam Izzuddin bin Abdussalam (wafat 660 H.).
17. Syeikhul Islam Syeikh Ahdullah as Syarqawi (Wafat 1227 H.)
pengarang kitab Tauhid yang dimasyhurkan dengan nama Kitab Syarqawi.
18. Syekh Ibrahim al Bajuri (Wafat : 1272 H.)
pengarang kitab tauhid "Tahqiqul Maqam fi Kifayatil Awam", dan kitab "Tuhfatul Murid ala
Jauharatut Tauhid".
19. Syeikh Muhammad Nawawi Bantan, seorang Ulama Indonesia
(Wafat : 1315 H.).
Pengarang kitab Tauhid "Tijanud Darari".
20. Syeikh Zianal Abidin bin Muhammad al Fathani yang mengarang
kitab Tauhid bernama "'Aqidatun Najiin fi Ushuliddin".
21. Syeikh Husain bin Muhammad al Jasar at Thalabilisi, pengarang
kitab Tauhid yang terkenal "Hushunul Hamidiyah"

You might also like