You are on page 1of 147

Edisi Pertama 2008

ROHANA HAMZAH & FADILLAH ISMAIL 2008



Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa
jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan
Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Tazim,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Asertif / penyelenggara Rohana Hamzah, Fadillah Ismail.
Mengandungi indeks
ISBN 978-983-52-0700-6
1. Assertiveness (Psychology). I. Rohana Hamzah. II. Fadillah Ismail.
158.1

Pereka Kulit: MOHD. NAZIR MD. BASRI

Diatur huruf oleh / Typeset by
ROHANA HAMZAH & RAKAN-RAKAN
Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
34 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.
(PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/
MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
UNIVISION PRESS
Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9
Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
iv
iv
KANDUNGAN
Prakata vi
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 3
Hubungan Di Antara Tingkah Laku Asertif Dengan
Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi Di Kalangan
Pegawai.
Hamdan Abdul Kadir, Maryam Soalihah Shayaa dan
Ummi Habibah Abd Rani
Kesan Latihan Asertif Terhadap Tegas Diri Di Kalangan
Ibu Tunggal Yang Berpendapatan Tetap
Hamdan Abd Kadir dan Ummi Habibah Abd Rani
Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep
Kendiri Dengan Stress Di Kalangan Ibu Tunggal
Bekerja Di Bandar Mentakab, Pahang.
Hamdan Abd Kadir dan Ummi Habibah Abd Rani
Pemahaman Terhadap Teori-Teori Dan Model-Model
Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif Dan Konsep
Kendiri Dengan Tahap Stress Di Kalangan Ibu Tunggal
Hamdan Abd Kadir, Zuraini Zakaria dan Ummi Habibah
Abd Rani
1
25
45
73
v
Bab 5
Hubungan Tingkah Laku Asertif Dengan Pendekatan
Penyelesaian Konik Di Kalangan Guru : Satu Kajian
Kes Di Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru
Hamdan Abd Kadir, Tan Bee Tin dan Ummi Habibah
Abd Rani
Bab 6
Bab 8
Bab 7
Indeks
Kesan Latihan Asertif Terhadap Konsep Kendiri Di
Kalangan Ibu Tunggal
Hamdan Abd Kadir dan Ummi Habibah Abd Rani
Asertif Di Kalangan Ibu Tunggal Dalam Institusi
Kekeluargaan
Hamdan Abd. Kadir dan Ummi Habibah Abd Rani
Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi-Dimensi Konsep
Kendiri Di Kalangan Pegawai Pertengahan Kumpulan
Pendidikan YPJ Johor Bahru
Hamdan Abdul Kadir, Mohd Zaidi Rahmat dan Ummi
Habibah Abd Rani
85
101
119
141
vi
vi
PRAKATA
Buku Asertif ini, dapat menyorot beberapa permasalahan
mengenai tingkah laku asertif yang terdapat dalam kehidupan
masyarakat Malaysia. Adalah diharapkan buku ini dapat memenuhi
permintaan bahan bacaan dalam bidang pembangunan sumber
manusia terutamanya di bidang sosial, memandangkan bahan
bacaan yang ditulis dalam bahasa Malaysia adalah sangat terhad.
Asertif ditulis khas untuk pengurus sumber manusia, majikan,
pekerja-pekerja, pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi, guru-
guru, pensyarah, ibu bapa dan para pembaca yang berminat untuk
mendalami tingkah laku asertif dapat mengaplikasikan segala ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang dicurahkan menerusi buku ini.
Buku Asertif ini bertujuan sebagai panduan kepada
meningkatkan keberkesanan tingkah laku asertif mereka dalam
pekerjaan dan sosial. Buku ini juga bertujuan untuk memberi
pengetahuan dan kemahiran yang lengkap mengenai tingkah laku
asertif. Tambahan pula, buku ini diolah dalam bahasa yang mudah
untuk difahami dan dihayati. Semoga buku ini dapat memberi
manfaat kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira
latar belakang. Di samping itu, buku ini diharap dapat dijadikan
rujukan kepada individu yang memerlukannya. Buku Asertif
ini mengandungi halaman setebal 102 muka surat dengan huraian
mengenai kaunseling kerjaya dan hubungannya dengan sektor
industri sebanyak 8 Bab. Diharap buku ini dapat membentangkan
segala permasalahan dan dijadikan panduan serta pendorong kepada
vii
penulis dan pemikir-pemikir lain dalam bidang di negara ini agar
dapat meluahkan idea, pendapat dan teguran untuk memantapkan
lagi penulisan buku-buku seumpama ini di masa akan datang. Insya-
Allah.
Terima kasih juga dirakamkan kepada individu yang terlibat
dalam menyediakan buku ini secara langsung mahupun tidak
langsung. Kepada pelajar-pelajar yang pernah mengikuti kuliah
kursus Kaunseling Industri yang saya kendalikan, saya ucapkan
terima kasih kerana berkongsi idea dan pandangan. Terima
kasih juga kepada Cik Ummi Habibah Bt Abd Rani yang sama-
sama bertungkus-lumus menyiapkan manuskrip buku Asertif
ini. Rakaman terima kasih juga khas ditujukan kepada isteri dan
anak-anak saya yang dikasihi yang telah memberi perangsang dan
mendorong diri saya untuk terus berjaya.
Sekian Wassalam,
Rohana Hamzah
Universiti Teknologi Malaysia, UTM, Skudai
2008
1 Asertif
HAMDAN BIN ABD KADIR
ZURAINI ZAKARIA
UMMI HABIBAHABD RANI
PEMAHAMAN TERHADAP TEORI-
TEORI DAN MODEL-MODEL
BERKAITAN DENGAN TINGKAH
LAKU ASERTIF DAN KONSEP KENDIRI
DENGAN TAHAP STRESS DI
KALANGAN IBU TUNGGAL.
1
ABSTRAK
Konsep perancangan hidup kepada ibu tunggal yang terdedah kepada
stress dan tekanan yang boleh diatasi dengan memiliki tingkah
laku asertif dan konsep kendiri yang tinggi. Dalam memahami teori
dan model berkaitan dengan tingkah laku asertif dan konsep kendiri
dengan tahap stress di kalangan ibu tunggal, sangat penting untuk
mengetahui terlebih dahulu defnisi-defnisi setiap satunya. Dalam
menentukan hubungan di antara tingkah laku asertif dan konsep
kendiri dengan tahap stress di kalangan ibu tunggal, beberapa
pengaplikasian teori-teori dan model-model telah diketengahkan
melalui keIahaman beberapa defnisi berhubung dengan kajian
litersi. Defnisi tingkah laku asertiI dan konsep kendiri dengan tahap
'stress dari beberapa pengkaji sosial dikemukakan dan diadunkan
dengan teori-teori dan model-model yang berkaitan. Selain daripada
itu, dipaparkan juga perbandingan dengan kajian-kajian lepas samada
dari dalam dan luar negara dengan menjurus kepada beberapa
konteks tertentu sebagai suatu pandangan dan kupasan.
2
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
PENGENALAN
Matlamat utama kajian ini adalah untuk menentukan kefahaman
dalam hubungan teori-teori dan model-model berkaitan dengan
kajian literatur yang berhubung dengan tingkah laku asertif dan
konsep kendiri dengan tahap stress di kalangan ibu tunggal.
MATLAMAT
TUJUAN
Tujuan kajian adalah untuk:~
Dalam membincangkan dan mengupas teori-teori dan model-model
yang berkaitan serta kajian kriteria berhubung dengan tingkah laku
asertif dan konsep kendiri dengan tahap stress dikalangan ibu
tunggal dilihat bersama defnisi-defnisi yang berkaitan dengan
tingkah laku, konsep kendiri dan tahap stress sebagai pelengkap
keIahaman. Ini berikutan dengan tujuan utama kajian ini disediakan
untuk pemahaman yang lebih mendalam ke atas falsafah sebenar
kajian kes yang dipilih dalam konteks hubungan dengan teori-
teori dan model-model yang diaplikasikan. Selain daripada itu,
keserasian teori-teori dan model-model akan diasimilasikan dengan
kupasan kepada perbandingan dengan kajian-kajian lepas dalam
senario kehidupan berbeza. Penyediaan kertas tugasan merujuk
kepada penulisan dan penyelidikan pelbagai sarjana dalam bidang
berkaitan, selain merujuk kepada satu kajian bertajuk 'Hubungan
di antara tingkah laku asertif dan konsep kendiri dengan stress di
kalangan ibu tunggal yang bekerja di Mentakab, Pahang sebagai
rujukan utama.
i. Menentukan hubungan di antara tingkahlaku asertif
dan konsep kendiri dengan tahap stress.
3 Asertif
ii. Menghuraikan teori-teori dan model-model yang berkaitan
kajian literatur tingkahlaku asertiI konsep kendiri dan
stress di kalangan ibu tunggal.
iii. Menentukan keIahaman defnisi, teori-teori dan model-
model dan aplikasi dengan kajian-kajian lepas yang mengkaji
tingkah laku asertif, konsep kendiri dan stress di kalangan
ibu tunggal.
DEFINISI
Defnisi tingkah laku asertiI, konsep kendiri, tahap stress` dan ibu
tunggal perlu difahami dan dihubungkaitkan terdahulu berlandaskan
pandangan tokoh-tokoh akademik sebelum menghuraikan teori-
teori dan model-model dalam kajian ini.
Tingkahlaku Asertif
AsertiI didefnisikan sebagai kata siIat yang mengandungi atau
menunjukkan ketegasan (Kamus Dewan : Edisi Ketiga, 1998).
Webster mengklasifkasikan asertiI sebagai positiI atau keyakinan
berterusan (positive or confdent in a persistent way).
Menurut MacNeilage dan Adams (1982), asertiI adalah satu
bentuk tingkah laku interpersonal yang terdiri daripada komunikasi
secara langsung, terbuka dan jujur yang menunjukkan pertimbangan
dan penghormatan terhadap individu lain. Ia merupakan tingkah
laku yang berbeza dengan tingkah laku asertif.
Manakala menurut Burley (1983), asertiI adalah satu bentuk
tingkah laku yang menunjukkan penghormatan terhadap diri dan
orang lain. Tingkah laku asertiI adalah bersikap terbuka dan jujur
terhadap diri dan orang lain, mendengar pandangan orang lain,
berupaya berdiri teguh untuk diri sendiri dan pada masa yang sama
memahami situasi orang lain.
Caputo (1984), juga mentakriIkan asertiI sebagai perwatakan
individu seperti tenang, berfkiran rasional, berkeyakinan diri,
4
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
mengambil berat tentang diri sendiri dan orang lain di samping
memiliki sikap dan tanggungjawab yang tinggi. AsertiI juga
dilihat sebagai satu perlakuan paling baik dalam memenuhi
keperluan individu, di samping dapat mengelak diri daripada
melakukan sesuatu yang buruk terhadap orang lain. Individu
yang asertif berupaya untuk berinteraksi dengan orang lain dengan
menggunakan cara yang produktiI dan memuaskan kedua-dua
pihak. Individu asertiI juga berupaya menangani konfik dengan
jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak. AsertiI
meliputi lima hak asas manusia iaitu hak untuk dihormati, hak
untuk menyatakan tidak` dan akhir sekali, hak untuk bertanya.
Ke semua hak ini juga merangkumi tanggungjawab untuk
menghormati orang lain, menerima kenyataan bahawa individu
lain juga membuat kesilapan, menerima luahan individu lain, dan
menerima hakikat bahawa individu lain juga akan bertanyakan
soalan dan menyatakan tidak` sebagai jawapan.
Menurut Gillen (1994), tingkah laku asertiI dapat digambarkan
melalui tingkah laku individu itu sendiri yang mempunyai jangkaan
positiI terhadap diri sendiri, orang lain dan juga persekitaran.
Manakala menurut Noraini Ahmad (2001), tingkahlaku
asertiI juga mencakupi aspek kemampuan seseorang individu
menghadapi konfik dan permasalahan dalaman dalam usaha
memastikan organisasi yang diuruskan akan berada di dalam situasi
yang berjaya.
Asertif adalah kebolehan untuk meluahkan perasaan,
pendapat, kepercayaan dan keperluan secara terus, terbuka dan jujur
tanpa mengganggu hak orang lain. Asertif tidak bermaksud agresif
kerana tingkah laku agresif, lebih menekankan kepada kepentingan
diri dan tidak mengambil kira hak orang lain (Counseling Services,
University at BuIIalo).
5 Asertif
Konsep Kendiri
Assertiveness is the ability to honestly express your opinions,
feelings, attitudes and rights, without undue anxiety in a way
that doesnt infringe on the right of others.
Sumber: Panduan Perancangan Hidup dan Kerjaya, 1989
Rajah 1 : Pembentukan Konsep Kendiri
Orang Lain
Bagaimana perlakuan/layanan
mereka terhadap diri saya?
SAYA
Apakah anggapan saya terhadap sifat sifat saya?
Apakah anggapan saya terhadap perlakuan orang lain pada diri saya?
Apakah taIsiran saya terhadap pengalaman- pengalaman saya?
KONSEP KENDIRI
SiIat Diri Saya
. Minat.
. Nilai.
. Kegemaran & bukan
kegemaran.
. Kekuatan & Kelemahan.
Konsep kendiri terbentuk bukan hanya dengan mengenali diri sendiri,
tetapi ia juga mengambil kira akan kedudukan seseorang, apa yang
boleh dibuat (kekuatan) tetapi juga dengan mengetahui bagaimana
pandangan orang lain mengenai diri individu dan hubungan mereka
dengan individu lain.
6
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
Shavelon dan Balus (1982), menjelaskan konsep kendiri
sebagai tanggapan seseorang tentang dirinya, meliputi kepercayaan,
perasaan, sikap dan juga nilai. Terdapat perbezaan dari seorang
individu kepada individu yang lain.
Menurut Burley (1983), konsep kendiri merangkumi nilai
kesedaran dalaman seseorang individu, berpuas hati dengan diri
sendiri, serta keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Rogers dalam Arnold (1995), menyatakan bahawa konsep
kendiri terdiri daripada unsur-unsur seperti persepsi terhadap
ciri-ciri dan kebolehan seseorang; tanggapan dan konsep-konsep
kendiri seseorang dalam hubungannya dengan orang lain dan
dengan alam sekelilingnya; kualiti-kualiti nilai yang digambarkan
sebagai berhubung dengan pengalaman serta matlamat dan idea
yang digambarkan mempunyai nilai positif dan negatif.
Habibah dan Noran Fauziah (2002), seterusnya mentakriIkan
konsep kendiri sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya atau
bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara
positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang
juga menerima penilaian daripada orang lain. Konsep kendiri
seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya
melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehan yang meliputi
keyakinan harga diri.
Konsep kendiri adalah aspek diri yang mengasimilasikan
dan memandu persepsi tanggapan oleh pengalaman seseorang,
lalu membentuk satu gambaran diri yang membuatkan seseorang
berusaha dengan tekun untuk merealisasikannya.
Menurut Williams (1973), 'stress boleh didefnisikan sebagai
satu keadaan fzikal atau ketegangan mental yang menghasilkan
perubahan dalam sistem saraf automatik.
Gerak balas yang tidak khusus (QRQVSHFLFUHVSRQVH) bukan
terhadap pelbagai tuntutan (Han Selye).
Lazarus (1980), menyatakan bahawa stress wujud apabila
Stress
7 Asertif
TEORI-TEORI DAN MODEL-MODEL
Pembentukan teori merupakan nilai dan kepercayaan manusia
terhadap manusia itu sendiri dan diterjemahkan kepada prinsip dan
pendekatan yang boleh diikuti. Brammer (1979), menyatakan;
Theorizing refers to a rational rather than a feeling
function. Helpers need a guiding theory to help them make
sense of the complex helping process. Of couse people can
help others.....without a tought about theory, but if theyre
going to work systematically in a helping function, that
need some books on which to hang their experiences
desakan persekitaran melampaui kemampuan individu.
Zulen (1981), pula berpendapat bahawa stress adalah
ketegangan psikologi serta emosi di mana manusia bergerak balas
dengan cara berbeza-beza terhadap jenis ketegangan yang juga
berbeza-beza.
Cox dalam Mahmood Nazar (1990), menyatakan stress
berasal dari perkataan Greek stringere yang bermaksud ketat
atau tegang.
Manakala Anthony Yeo (1993), menyatakan bahawa
stress adalah satu bentuk tekanan yang boleh membawa kesan
kepada kehidupan seseorang individu samada negatiI atau positiI
bergantung kepada reaksi individu itu sendiri.
Satir dalam Steven, Susan dan Mark (1999),menyatakan bahawa
ibu tunggal adalah wanita yang bergelar sebagai seorang ibu yang
hidup bersendirian bersama sekurang-kurangnya tiga anak. Ibu
tunggal terbentuk akibat perceraian, sama ada kematian pasangan,
perpisahan dan pengabaian tanggungjawab.
Ibu Tunggal
8
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
Teori hanya menyediakan asas untuk sesiapa yang terlibat dalam
memberi pertolongan yang sistematik untuk dijadikan panduan.
Teori-teori dan model-model yang berkaiatan serta kajian literatur
berhubung dengan tingkah laku asertif, konsep kendiri dan tahap
stress ibu tunggal.
Burley (1983), menyatakan bahawa gaya asertiI terdiri
daripada 4 komponen iaitu:-
i. Lisan
iv. Bukan Lisan iii. Emosi
ASERTIF
ii. Kognitif
Sumber : Panduan Perancangan Hidup dsn Kerjaya, 1989
Perkataan yang digunakan adalah baik untuk seseorang yang
menunjukkan keadaan selesa dengan diri dan orang lain. Perkataan
yang mendakwa atau sensitiI seperti anda patut`, anda jangan` dan
sebagainya patut dielakkan di samping mengurangkan perkataan
yang terlalu merendahkan diri seperti saya akan cuba`, saya tidak
boleh` atau saya harap`, saya khuatir` dan saya serba salah`.
and some frame of references for gaining perspective on
their work and improving thier services.
Teori Gaya Asertif
Lisan
9 Asertif
Merupakan proses mental yang dilalui oleh seseorang secara dalaman,
termasuklah sesuatu yang menghalang individu daripada bertindak
dengan cara yang dikehendaki. Sesetengah orang sering melabelkan
diri secara negatiI dan berfkir bahawa tiada orang akan mendengar
saya` atau apa yang nak dipedulikan?` Mereka sering menjangkakan
sesuatu yang teruk akan berlaku dan mengaggap ia sedang berlaku.
Ini adalah hasil daripada konsep kendiri yang negatif yang akan
berkembang menjadi tingkahlaku kegagalan kendiri.
Rajah 2 : Proses Kognitif Positif & Negatif
Dialog Dalaman
Konsep Kendiri
Positif
Jangkaan Positif
Jangkaan Negatif
Konsep Kendiri
Negatif
Tingkah laku
Asertif
Tingkah laku
Tak Asertif
Perasaan
Perasaan
Sumber : Burley 1983
Imej Kendiri Tingkah laku Luaran
Gaya yang merangkumi tahap perasaan yang ditunjukkan dengan
nada suara dan menyatakan mesej pada tahap emosi bersamaan
dengan situasi.
Memberikan impak yang lebih besar dalam proses komunikasi seperti
kontak mata, ekspresi muka, kadar kecekapan, isyarat badan dan
gerakan tangan.
Kognitif
Emosi
Bukan Lisan
10
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
TEORI-TEORI KONSEP KENDIRI
Teori-teori konsep kendiri dilihat dari persepsi Teori Albert
Bandura dan Teori James.
Struktur personaliti yang diberi penekanan oleh teori kognitiI sosial
adalah kepada proses kognitif. Dua konsep penting yang berkaitan
dengan struktur adalah konsep kendiri dan konsep matlamat.
Teori kognitiI sosial mendapati bahawa diri merupakan
struktur yang tetap tetapi melalui proses kognitif untuk memahami
kendiri seseorang, kita perlu peka dengan persekitaran dan
tingkahlaku individu itu. Teori ini juga menyatakan konsep seseorang
individu terhadap dirinya sendiri dan proses kawalan diri individu itu
yang mungkin berbeza bergantung kepada perbezaan situasi. Aspek
tentang persepsi diri yang mendapati tempat utama dalam penilaian
Albert Bandura, ialah keberkesanan diri atau pengamatan tentang
kebolehan diri sendiri dalam berhadapan dengan situasi tertentu.
Konsep keberkesanan diri pula berkaitan dengan penilaian yang
dibuat oleh seseorang tentang kebolehan dirinya untuk melakukan
sesuatu tugas dalam situasi tertentu.
William James merupakan ahli psikologi pertama yang mencadangkan
perbezaan antara terma I` dan Me` dari aspek kendiri (Brown,
1998). Berikutan dengan cadangan beliau, terma I` merujuk kepada
aspek kendiri yang memainkan peranan aktiI untuk berfkir, beramal,
melihat dan sebagainya. Terma Me` pula merujuk kepada aspek
kendiri yang menjadi objektiI dalam pemerhatian, pemikiran atau
peramalan seseorang.
Terma kendiri empirikal` digunakan untuk merujuk
kepada kepelbagaian cara seseorang memikir tentang diri mereka.
James telah mengumpulkan pelbagai komponen dalam kendiri
empirikal kepada tiga kategori, iaitu:-
Teori Kognitif Sosial-Albert Bandura
Teori James
11 Asertif
Suatu entiti` yang akan berkembang menjadi kendiri seseorang apa-
bila individu tersebut memberi perhatian yang serius ke atas entiti
itu dan berusaha untuk memajukan atau mengekalkannya. Kendiri
sedemikian sebagai kendiri material yang kuat atas sesuatu kendiri
akan mendorong seseorang mempertahankan benda tersebut yang
dianggap sebahagian daripadanya.
Merujuk kepada cara bagaimana seseorang memikirkan tentang diri
mereka di mata orang lain. Cara seseorang memikirkan penilaian
orang lain terhadap dirinya akan mempengaruhi tingkah laku
individu tersebut.
Merupakan kesedaran individu tentang proses mentalnya sendiri dan
anggapan seseorang tentang keupayaannya, sikapnya, emosinya,
minatnya, motiInya, pendapatnya dan ciri-cirinya merupakan semua
bahagian dalam kendiri spiritual seperti seseorang yang menganggap
dirinya sebagai mempunyai keupayaan untuk berhujah akan lebih
berani meluahkan pendapatnya dan berunding dengan pihak lain.
Teori Stress
Optimum
Lavel
Fatique
Exhaustion
Mental
Illness




P
E
R
F
O
M
A
N
C
E
NO
STRESS
AROUSAL /
ANXIETYLEVEL
EXCESSIVE
STRESS
Kendiri Material
Kendiri Sosial
Kendiri Spiritual
12
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
Sumber : Handout pembentangan Shafei Ahamad
Rajah 3 : 'Relationship Between Stress And PerIormance
Teori-teori stress merangkumi Teori Psikodinamik dan
Teori Behaviorisme.
Pengasas Teori Psikoanalisis, Sigmund Freud tidak membincangkan
tentang stress secara langsung tetapi ia boleh diperolehi melalui
penerangan mengenai kebimbangan. Pada amnya, kebimbangan
adalah sesuatu yang dirasai dan dialami oleh seseorang itu.
Perasaan rungsing, bingung, takut, gementar dan lain-lain lagi dapat
mencetuskan keadaan kebimbangan dalam diri seseorang.
Dalam pembentukan teori awal mengenai kebimbangan,
Freud menyarankan bahawa ia adalah hasil daripada proses
perlepasan ketegangan seksual atau tenaga libido` yang disekat
daripada empresi yang normal. Keadaan berbahaya daripada
sesetengah tenaga naluri di mana tenaga ini dianggap berbahaya
kerana bercanggah dengan nilai-nilai peribadi seperti yang
ditekankan oleh struktur super ego personaliti seseorang itu.
Kebimbangan dan stress saling berkait rapat di mana
seseorang yang mengalami kebimbangan berada di dalam keadaan
stress. Tindakbalas stress pula akan menunjukkan pelbagai
simpton somatik seperti peningkatan degupan jantung, berpeluh,
menggigil dan kecut perut.
B.F. Skinner menyarankan bahawa setiap manusia memaparkan
tingkah laku dengan cara tersendiri sama seperti stress, tetapi
dalam bentuk ganjaran seperti ingin dikasihi, disayangi atau diberi
perhatian oleh kawan-kawan.
Oleh itu, mereka yang menghadapi stress telah menbentuk
semula tingkah laku mereka supaya perkara tersebut, lebih sukar
Teori Psikodinamik
Teori Behaviorisme
13 Asertif
baginya untuk meninggalkannya. Spence dan Spence (1956) dalam
Mahmood Nazar (1990), menyarankan bahawa tekanan dalam
bentuk ini mempunyai kait rapat dengan dorongan. Umpamanya
lebih tinggi sesuatu dorongan, lebih cepat peneguhan
berlaku dan lebih sukar tingkah laku tersebut dihapuskan.
Lazarus (1996) dalam Mahmood Nazar (1990), pula
menyatakan bahawa tingkah laku yang berkaitan dengan 'stress
lebih dipengaruhi oleh proses pembelajaran daripada pengaruh
unsur-unsur mekanisme naluri. Melalui proses peneguhan ke atas
beberapa tingkah laku yang dipilih, seseorang itu boleh mengalami
'stress dalam situasi-situasi tertentu. Contohnya, seseorang yang
mengalami 'stress di tempat kerja akibat sesuatu permintaan atau
perintah akan mengalami stress yang sama dalam situasi permintaan
atau perintah yang lain. Keadaan ini tertakluk kepada kemudahan
dan kesulitan dalam membentuk tingkah laku diri sesndiri. Jika ia
mudah senanglah individu itu untuk mengalami stress (Mahl,
1971) dalam Mahmood Nazar (1990).
Walaupun pendekatan behaviorisme ini menolak kewujudan
konfik dalaman atau proses salah-taIsiran perspesi dan menerangkan
fenomena stress dari satu sudut tingkahlaku sahaja, namun ia
mempunyai kesahihan, kerana apabila kita sering dikasihi semasa
mengalami stress, kita mengharapkan perhatian, oleh itu kita
meletakkan diri kita sendiri secara automatik dalam keadaan stress.
PERBANDINGAN DENGAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Beberapa kajian lepas telah dijalankan di luar negara dan di dalam
negara, tetapi yang dapat diperolehi terutama dari dalam negara
amat sedikit dan terbatas. Di antaranya:~
Satu pandangan tentang pengaplikasian teori-teori dan model-
model.
14
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
Menurut Burley (1983), melalui proses kognitiI positiI, kajian yang
dijalankan di kalangan Pengurus Pertubuhan Peladang Johor dengan
jangkaan berupaya bekerja dan membina hubungan yang lebih
baik, telah berjaya memaparkan hubungan yang signifkan antara
tingkah laku asertiI dengan konsep kendiri. Situasi yang sama
juga kerap berlaku dalam beberapa organisasi yang dinamik seperti
Perbadanan Johor, yang pada suatu ketika seakan-akan tersungkur
apabila berlaku kemelesetan ekonomi global tahun 1997. Namun,
ia telah berupaya bangkit semula dengan mengambil kesempatan
di atas situasi ekonomi semasa yang masih tidak menentu lagi.
Bersandarkan kepercayaan kepada teori-teori dan model-model yang
diperkenalkan oleh Teori KognitiI Sosial-Albert Bandura dan Teori
James, dalam hubungkaitnya tingkahlaku asertif dan proses kognitif
positif oleh pengurusan atasan (top management), Perbadanan Johor
kini masih boleh berbangga dengan pencapaian semasa yang sudah
mula menunjukkan tanda-tanda kejayaan (rujukan Star Biz, Kulim
Gets Go-Ahead For QSR Buy, 7 Oktober 2005).
Dalam konteks ibu tunggal pula, selain daripada kajian
kes yang dijalankan ke atas populasi ibu tunggal di Mentakab,
Pahang, ramai tokoh-tokoh wanita yang mengamalkan hubungan
tingkah laku asertif dan konsep kendiri yang tinggi dengan tahap
stress yang rendah telah menempa nama kejayaan. Tokoh
terkemuka Islam yang patut dijadikan role model yang abadi
ialah sebaik-baik wanita yang dijamin syurga ke atasnya iaitu
Sayiditina Khadijah Al-Walid, isteri pertama Baginda Rasulullah
S.A.W, yang merupakan seorang usahawan kaya raya berstatus ibu
tunggal sebanyak 2 kali, sebelum disunting oleh Baginda sebagai
isteri. Kegigihan wanita berhati waja yang sentiasa yakin dengan
pendirian semasa menerajui perniagaan bersendirian untuk suatu
tempoh yang lama sehingga terbuka hati beliau untuk meminang
Rasulullah S.A.W sebagai teman hidup.
Keteguhan Asertif Dan Konsep Kendiri
15 Asertif
Kehancuran rumahtangga meninggalkan kesan psikologi yang sangat
mendalam yang boleh menyebabkan seseorang berasa rendah diri,
Menurut Henry Sung (1999), tidak terdapat perbezaan tekanan kerja
antara jantina kerana wanita lebih berpengalaman mengurangkan
'stress berbanding lelaki. Dalam membincangkan tekanan kerja di
organisasi, bebanan kerja setiap individu memang tiada perbezaan,
kecuali kelayakan akademik seseorang pekerja yang membezakan
bebanan tanggungjawab.
Menurut Teori James ke atas teori konsep kendiri, terutama
kendiri sosial dan kendiri spiritual, kaum wanita lebih yakin dalam
memikirkan diri mereka dalam kacamata orang lain. Kesedaran tentang
proses mental sendiri mempengaruhi sikap, emosi, minat dan motif.
Ini menyebabkan wanita lebih berpengalaman dalam mengurangkan
stress jika dibandingkan dengan kaum lelaki, walaupun naluri
seorang wanita begitu halus dan mudah tersentuh. Malahan, ibu
tunggal bekerja yang menjangka dapat menanggung keperluan
keluarga, jarang terlintas untuk berumahtangga atau berkeluarga
sekali lagi. Ini berlaku apabila konsep kendiri dan tingkah laku asertif
telah dapat mengubati tekanan dan stress kehidupan. Berbanding
dengan kaum lelaki, yang memperolehi pengetahuan melalui
pengalaman, tetapi kurang berkesan dan banyak menaruh kepercayaan
penuh kepada teman hidup. Dikhabarkan bahawa kaum lelaki yang
kehilangan pasangan, samada perceraian hidup atau mati, lazimnya
jarang dapat bertahan lama untuk mengekalkan status duda atau solo.
Ini berpunca dari rangsangan untuk mendapat gantian pasangan hidup
lebih cepat dan mudah jika dibandingkan dengan kaum wanita. Ini
adalah salah satu contoh tindak balas stress yang terdapat dalam
pelbagai bentuk, seperti yang diutarakan oleh Sigmund Freud dalam
Teori Psikodinamik. Kaum lelaki lebih cenderong untuk mencari
ganti selepas kematian atau perceraian dengan pasangan disebabkan
tidak dapat mengawal persasaan psikodinamik dengan lama.
Tiada Perbezaan Tekanan Kerja Antara Jantina
Kegagalan Hubungan Kekeluargaan
16
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
Perceraian ibu bapa akan mengganggu kehidupan dalam
jangka masa panjang mengakibatkan sosio ekonomi rendah dan
mengalami masalah dalam hubungan interpersonal. Teori tingkah
laku asertiI menurut Burley (1983), di mana konsep kendiri yang
negatiI akan melahirkan imej negatiI dan mengakibatkan tingkah
laku yang tidak asertif. Teori kendiri yang diperkenalkan oleh
Albert Bandura iaitu kognitif sosial dan Teori James melalui kendiri
metarial, sosial dan spiritual, akan terus dapat diaplikasikan dalam
situasi perceraian ibu bapa. Malah Allah S.W.T amat mengutuk
suami isteri yang bercerai kerana jodoh seseorang memang telah
ditetapkan sejak azali lagi, atau pepatah Inggeris mengatakan
marriage was made in heaven.
Kesucian hubungan suami isteri dan kekeluargaan amat
terjejas apabila berlaku kehilangan pasangan, sama ada perceraian
hidup atau mati. Anak-anak juga mengalami situasi psikologi yang
mengguris hati yang sangat mendalam. Perceraian bukan sahaja akan
menyebabkan status sosio-ekonomi yang rendah dan rapuh, malahan
hubungan interpersonal juga turut terjejas serta mengakibatkan
banyak implikasi sosial. Tiada lagi falsafah muafakat itu berkat
dalam mengurus tadbir insitusi kekeluargaan.
Ini amat penting kerana suasana keluarga yang harmoni dan
damai menjadikan seseorang berasa aman, gembira dan tenang.
Tingkahlaku asertiI dan konsep kendiri yang tinggi menjadi
tunggak dan pemangkin kepada perhubungan suami isteri yang
sihat, penuh dengan kasih sayang serta bertimbangrasa. Manakala,
tekanan kerja dan kehidupan dapat diatasi secra berbincang dan
saling menyokong. Tetapi, jika suami isteri berselisih Iaham,
maka kerungsingan akan dibawa bersama dalam semua situasi
kehidupan. Jika masalah perhubungan ini tidak dapat diperbaiki
dan menuju ke arah perceraian, maka stress akan meningkat.
Ancaman keruntuhan rumahtangga menjadi satu tekanan yang
sangat meruncing kepada hubungan interpesonel dan sosio
ekonomi kekeluargaan.
kemuraman dan kesugulan sehingga memerlukan bantuan pakar
kaunseling atau ilmu jiwa.
17 Asertif
Menurut Rosnah / Nining (1998), wanita yang tidak bekerja didapati
lebih mudah mengalami stress berbanding dengan wanita
berkerjaya kerana peranan sebagai surirumah sepenuh masa sangat
melibatkan tumpuan dan Iokus jiwa dan raga. Instrumen yang
digunakan mengumpul tahap stress adalah skala berukuran Tahap
stress Wanita yang diterjemahkan oleh Jamaluddin berdasarkan
Moorhead and GriIfn (1989).
Teori Psikodinamik oleh Sigmund Freud yang menyatakan
perasaan runsing, bingung, bimbang, gementar, kepenatan dan
beberapa keperihalan kebimbangan kerap dialami oleh wanita yang
tidak bekerja.Tambahan pula, tanggungjawab bagi suri rumahtangga
bukan setakat untuk menguruskan kebajikan keluarga sebagai satu
rutin, tetapi juga perlu berupaya mengseimbangkan sosio-ekomoni
dan perbelanjaan keluarga.
Bagi wanita yang bekerja yang mempunyai pendapatan lebih
RM 2000.00, masalah yang mungkin mengakibatkan stress mungkin
disebabkan komitmen dan tanggungan yang besar seperti bayaran
pinjaman perumahan, kereta, penjagaan anak dan sebagainya, yang kini
lebih merupakan keperluan asas dan bukan sebagai satu kemewahan.
Wanita yang mempunyai tanggungan antara satu hingga
tiga orang lebih mengalami stress berbanding dengan wanita
yang mempunyai tanggungan seramai empat hingga enam orang.
Walaupn tidak disandarkan kepada sebarang data statistik namun
begitu berasaskan teori-teori stress dan teori Behavourism
oleh B.F Skinner, tahap stress yang tinggi kadang kala boleh
menjejaskan kepada tingkah laku asertiI dan konsep kendiri.
Keberkesanan Multidimensi
Wilson (2002), mengkaji keberkesanan multidimensi pengurusan
stress di kalangan pekerja, penerimaan serta cara menanganinya
menggunakan rekabentuk pra uji, pos uji dengan strategi pemulihan
memIokuskan kepada fsiologi, psikologi dan teknik tingkah laku
Wanita Dan Kerjaya
18
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
Hubungan Tahap Aserif Dengan Sokongan Sosial
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi kurang
terdedah kepada stress yang berlebihan demikian menurut
Wise dan Stake (2002). Ini disebabkan individu yang mempunyai
konsep kendiri yang tinggi lazimnya mempunyai kesejahteraan
psikologikal yang tinggi. Bagi ibu tunggal yang mempunyai
konsep kendiri yang tinggi, walaupun menghadapi pelbagai
dalam menangani stress. Kajian yang dijalankan untuk tempoh
selama enam minggu dikaitkan dengan kemahiran asertiI. Kajian
mendapati individu yang mempunyai tahap stress yang rendah,
kurang memerlukan kemahiran asertif dalam menangani masalah.
Ini bermakna Teori stress Psikodinamik oleh Sigmud Freud dan
Teori Behavourism oleh B.F Skinner digandingkan bersama dalam
keadaan-keadaan tertentu. Ibu tunggal yang berupaya mengendalikan
bahtera kehidupan dengan tingkahlaku asertif dan konsep kendiri
yang tinggi, mempunyai tahap stress yang rendah. Ketokohan
siIat kewanitaan berupaya mengurangkan tekanan kehidupan.
Cromer (2002), mengkaji sama ada individu yang mempunyai
tahap asertif yang rendah, mempunyai tahap sokongan sosial
yang rendah kerana individu sedemikian lebih cenderung untuk
mengalami emosi yang negatiI. Sebaliknya individu yang bertahap
sokongan sosial yang tinggi mempunyai tahap asertif yang tinggi
dan kadar stress yang rendah. Teori kognitif sosial oleh Albert
Bandura dikaitkan dengan Teori 'Stress psikodinamik dan
Behavourism di mana seseorang yang mempamerkan tingkahlaku
terhadap rangsangan stress telah diperteguhkan dengan situasi
sokongan sosial yang rendah. Bagi ibu tunggal yang lahir dikalangan
keluarga yang kukuh kedudukan dan latar belakang sosio-ekonomi
yang mantap, ditambah pula dengan sokongan sosial yang meluas
seolah-olah meletakkan 'stress di tahap yang paling rendah.
Hubungan Konsep Kendiri Dengan Kesejahteraan Psikologi
19 Asertif
cabaran kehidupan di atas status ibu tunggal tersebut, berbekalkan
kesejahteraan psikologikal yang tinggi, akan dapat mengurangkan
tahap stress yang dihadapi. Kajian banyak menunjukkan terdapat
wanita yang berjaya dalam kerjaya dan kehidupan walaupun
berstatus ibu tunggal sama ada di sektor awam dan sektor swasta,
seperti Puan Rozita Ibrahim, seorang usahawan produk Sendayu
Tinggi yang berjaya walaupun berstatus ibu tunggal. Dr. Robiah
Kulup Kosai, seorang pakar motivasi di negara kita ini juga banyak
menyumbang kepada pembangunan kendiri melalui pengalaman
dan penulisan-penulisan beliau.
Menurut Lempers dan Clark Lempers (1997) mendapati bahawa
kesempitan ekonomi kian ketara dengan tekanan kewangan ibu
tunggal serta berkurangannya kebahagiaan perkahwinan. Lazimnya
ibu tunggal yang berada dalam situasi sedemikian akan lebih mudah
mengalami stress yang tinggi. Menurut B.F Skinner daripada
Teori Behavourism seseorang yang menghadapi rangsangan stress
yang telah diperteguhkan pada masa lampau akan membentuk
tingkahlaku yang tersendiri dan akan mandapat tekanan yang lebih
mendalam atas rangsangan kewangan yang begitu meruncing.
Sigmund Freud melalui Teori Psikodinamik, mengkategorikan
status ibu tunggal pada keadaan kebimbangan. Walaupun jati diri
itu penting, kekukuhan ekonomi juga merupakan Iaktor yang
tidak boleh diabaikan. Peranan wang dalam kehidupan sejak dulu
diakui dapat mempengaruhi tingkahlaku dan tindakan seseorang.
Jika kesempitan kewangan terlalu meruncing, dikhuatiri, dorongan
untuk melakukan tindakan-tindakan diluar jangkaan yang bersiIat
negatiI akan terjadi. Kerap juga didapati ibu tunggal yang memilih
jalan hidup yang bertentangan dengan peradaban masyarakat seperti
menjadi GRO, perempuan simpanan dan sebagainya.
Walaupun pengaplikasian teori-teori dan model-model
berpusat kepada teori-teori asal dari rujukan kepada kajian utama,
namun begitu, terdapat beberapa teori lain yang relevan diberi
Pengaruh Sosioekonomi
20
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
perhatian. Di antaranya Abraham Maslow, yang terkenal dengan
Teori Motivasi Keperluan Hidup bermula daripada Keperluan Asas
dan Keselamatan sehingga kepada kehendak-kehendak sampingan
kehidupan yang sudah menjadi lebih tetap dan lebih kukuh dapat
dijadikan rujukan juga.
Doughles Mc Gregor pula terkenal dengan Teori X` dan Teori
Y`, yang merangkumi aspek manusia bersiIat negatiI dan positiI.
Manakala Teori Gaya Pengurusan oleh Rensis Likert, dan motivasi
melalui pencapaian (Achievement Motivation) oleh Mccleland,
menjurus kepada perspektiI hubungan manusia dan motivasi.
Ibu tunggal yang berada dalam situasi sedemikian dalam
masyarakat boleh menambahkan lagi keyakinan diri melalui tingkah
laku asertif dan konsep kendiri yang tinggi yang dengan sendirinya
dapat menurunkan tahap stress
KESIMPULAN
Kajian-kajian yang dijalankan sama ada di luar atau di dalam
negara menunjukkan tekanan kerja, terutamanya di kalangan ibu
tunggal. Tingkahlaku asertif dan konsep kendiri yang tinggi dapat
mengurangkan kesan 'stress ke atas mereka. Kajian yang dijalankan
cuba mengenalpasti hubungan antara tingkahlaku asertif dan
konsep kendiri dengan tahap stress di kalangan ibu tunggal yang
bekerja di Mentakab, Pahang. Walaupun banyak kenyataan, kajian
menunjukkan stress dan tindakbalas individu dapat menonjolkan
ketidakpuasan diri dalam ketidakupayaan menerima kegagalan,
konsep kendiri yang negatif dan sentiasa mengaku kalah.
Kajian-kajian yang dipaparkan tidak berIokus kepada ibu
tunggal sahaja, malahan dapat dikaitkan dengan hiliran dan rentetan
kehidupan kekeluargaan dan kemasyarakatan. Hubungan di antara
tingkahlaku asertif dan konsep kendiri di kalangan ibu tunggal
bekerja tidak sahaja diaplikasikan di Mentakab, Pahang (walaupun
tesis rujukan lebih menjurus kepada kajian kes ibu tunggal yang
bekerja di Mentakab, Pahang).
21 Asertif
Menurut Sutterly (1979) dalam Mahmood Naza (1990), tindakbalas
individu terhadap stress boleh menonjolkan ketidakpuasan
diri dalam ketidakupayaan menerima kegagalan, kekecewaan,
kepayahan, konsep kendiri yang negatif dan sentiasa mengaku kalah
akan mewarnakan kegelapan sebuah kehidupan. Selagi bergelar
insan, setiap individu perlu berusaha untuk mengubah sikap dan
memperteguhkan konsep kendiri melalui pelbagai proses,s sama ada
mendapatkan bantuan dan bimbingan kaunseling, motivasi, khidmat
nasihat atau mengikuti program peningkatan dan kepimpinan diri
individu. Wang adalah alat, barangsiapa yang dapat memegangnya
dia akan memperoleh menfaat darinya dan barangsiapa yang
menafkahkannya dia pasti memperoleh pahala darinya.
RUJUKAN
Abu Nur Muizuddin (2000), Tabiat Orang Yang Berjaya Jasmin
Enterprise, Kuala Lumpur.
Alahana Baharun (2004), Motivasi Diri & Kesabaran Asas Kejayaan
IQRA Publications Pandan Jaya, Kuala Lumpur.
Anatasi (1982), Evaluating Concept of Test Validation, Annual Review
Phychology. Vol 37.P1-15.
Bandura, A., (1973), Dalam Habibah, E. Noran Fauziah, Y (2002),
Psikologi Personaliti, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Biblarz, T.J., & Gottainer, G., (2002). Family Structure and The
Children`s Success: Comparisan oI Widows and Single-
Mother Families. Journal of Marriage and The Family. Vol
62. Issues 2. p 533.
Burley-Allen, M. (1983). Managing Assertively : How To Improve
Your People Skill. Canada : John Wiley and Sons, Inc.
Caputo, J.S (1984). The Assertiveness Librarian. United Kingdom
: The Oryx Press.
22
Teori-Teori Dan Modal-Modal Berkaitan Dengan Tingkah Laku Asertif
Dan Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress
Carl Rogers (1951) Dalam Arnold H.B., (1995). Personality:
Temperature, Social Behaviour and The Self. Allyn and Bacon.
Carlson, N,R Dalam Habibah dan Noran Fauziah (2002), Psikologi
Personaliti. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Charlesworth dan Nathan (1982) dalam Mahmood Nazar (1990).
Pengantar Psikologi : Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkah Laku Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Croner, C.J. (2002), Assertiveness, Social Support and Susceptibility
To Deprestion and Analysis Using Induced Mood.
Peter Shephard, Dr. (1989), Ke mana Arah Hidup Anda : Panduan
Perancangan Hidup dan Kerjaya, Times Books International.
Singapura.
HM Tuah Iskandar Al-Haj, Dr. (2001), Membina Imaginasi
Cemerlang : Motivasi Diri. Karya Bistari Sdn. Bhd. Petaling
Jaya, Selangor.
Macneilage, L.A. & Adam K.A. (1982), Assertiveness At Work:
How To Increase Your Personel Power On The Job, New
Jersey.
Mahmood Nazar. M (1990), Penghantar Psikologi: Satu Pengenalan
Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusi,. Dewan dan
Pustaka.
Sherrie Weaver (1996), Stress or Sanit,. Great Quotation Inc. Glen
dale Height IL Printed in Hong Kong.
Zuraida Abdul Rahman (1994), Kaunseling Dalam Pengurusan,
Times Publications Pte. Ltd. Singapore.
Odiorne, G.S., How Managers Make Things Happen (2nd edition),
Prentice-Hall Inc., New Jersey, 1982.
PletroIessa, J.J., Leonard, G.E. & Hoose, W.V., The Authentic Counselor,
Houghton MiIfin Co., Boston, 1977.
Selye H., The Stress Of Life, McGraw Hill Book Co., New York,
1976
Shertzer, B & Stone, S.C., Fundamentals of Guidance, Houghton
MiIfin Co., Boston, 1981
Wallace, J.M. Stress: A Practical Guide To Coping, The Crowood
Press, Wiltshire, 1988.
Welsh, A.N., The Skill Of Management, Gower Press, United Kongdom,
23 Asertif
1983.
Zuraidah Abdul Rahman, Boleh Saya Tolong Anda?, Times Books
International, Singapore, 1988.
25
Asertif
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan tentang hubungan di
antara tingkah laku asertif dengan tahap stres dan gaya komunikasi
di kalangan pegawai di Lemabaga Kemajuan Ikan Malaysia, Kuala
Lumpur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
tahap tingkah laku asertif dan gaya komunikasi yang diamalkan
oleh pegawai dalam menangani stres. Seramai 54 orang pegawai
telah menjadi sample yang diambil daripada populasi 60 orang. Data
yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
versi 10.0. Statistik deskriptiI yang melibatkan taburan demograf
responden dianalisis dengan menggunakan jadual kekerapan bagi
mencari kekerapan dan peratusan. Korelasi Pearson digunakan
untuk mengkaji hubungan di antara tingkah laku asertif dengan
tahap stres dan gaya komunikasi. Hasil kajian mendapati bahawa
majoriti pegawai mempunyai tahap asertif yang sederhana dan tahap
stres yang rendah. Terdapat hubungan yang signifkan yang rendah
antara tingkah laku asertif dengan tahap stres dan mempunyai
perkaitan yang negatif iaitu apabila tingkah laku asertif meningkat,
tahap stres menurun. Sementara itu, terdapat hubungan signifkan
yang sederhana antara tingkah laku asertif dengan gaya komunikasi.
ABSTRAK
HAMDANABDUL KADIR
MARYAM SOALIHAH SHAYAA
UMMI HABIBAHABD RANI
2
HUBUNGAN DI ANTARA TINGKAH
LAKU ASERTIF DENGAN TAHAP
STRES DAN GAYA KOMUNIKASI
DI KALANGAN PEGAWAI.
26
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada organisasi
dan pengkaji akan datang bagi meningkatkan mutu kajian pada masa
akan datang.

Golongan pegawai yang mempunyai tingkah laku asertif yang
maksimum amat diperlukan untuk menangani stres terutamanya di
tempat kerja. Hal ini adalah kerana konsep kendiri merupakan satu
proses yang boleh dipelajari supaya menjadi lebih positif. Persepsi
konsep kendiri dibentuk melalui pengalaman individu dengan alam
sekitar di mana ia akan mempengaruhi tingkah laku asertif seorang
individu serta membentuk perkembangan psikologikal yang sihat.
Oleh yang demikian, individu ini dapat mengurangkan stres dalam
pelbagai situasi ( Shavelson, 1995)
Pekerja yang memiliki ciri asertif akan kurang berhadapan
dengan tekanan di tempat kerja, akan berpandangan jauh, mempunyai
prinsip dan pendirian yang kuat, jujur dan tepat dalam membuat
sesuatu keputusan (Burley Allen, 1983 ; James, 1995 ; dan Martin
& Pear, 1978)
Oleh itu, tingkahlaku asertif perlu diterapkan ke dalam
diri seseorang pegawai, agar mereka dapat membentuk masa
depan diri sendiri dan organisasi dengan lebih sempurna. James
(1995) menekankan bahawa suasana kerja yang kondusif boleh
dibangkitkan dengan mengurangkan tahap stres dalam individu di
mana stres individu ini dikawal oleh tingkahlaku asertif yang ada
pada diri mereka.
Kajian berkenaan asertif merupakan kajian yang perlu
diambil perhatian kerana ia dapat mengkaji tingkah laku individu
dalam melakukan sesuatu tindakan. Ia menjadi salah satu faktor
yang amat kritikal terutamanya bagi individu yang perlu membuat
keputusan bukan sahaja untuk dirinya sendiri, malahan juga untuk
individu lain yang turut memberi kesan kepada keseluruhan
PENGENALAN
27
Asertif
organisasi. Lindsay (2001) menyatakan asertif mempunyai potensi
sebagai pembuka jalan kepada peluang-peluang kerjaya berbanding
kemahiran-kemahiran personal yang lain.
Pengkaji kajian ini memilih gandingan antara tingkah laku
asertif, stres dan komunikasi kerana asertif dan stres serta gaya
komunikasi merupakan aspek penting yang perlu dilihat secara
serius dalam menghadapi cabaran sebagai seorang pegawai syarikat.
Sebagai seorang pegawai, pelbagai cabaran kerja yang akan di
hadapi di mana golongan ini bertanggungjawab untuk meningkatkan
produktiviti organisasi dengan bekerja dalam sistem yang lebih
tersusun. Mereka juga perlu meluaskan idea dalam membuat
keputusan yang tepat.
TUJUAN KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap tingkah laku asertif pegawai syarikat
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
2. Mengenalpasti tahap stres yang di alami oleh pegawai di
syarikat.
3. Menentukan hubungan di antara tingkah laku asertif dengan
tahap stres di kalangan pegawai syarikat.
4. Menentukan hubungan di antara tingkah laku asertif dengan
gaya komunikasi di kalangan pegawai syarikat.
5. Menentukan hubungan di antara tahap tingkah laku asertif
dengan dimensi gaya komunikasi di kalangan pegawai
syarikat.
28
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
METADOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian melibatkan susunan rancangan yang sistematik,
dan ia adalah sebagai panduan yang digunakan oleh pengkaji
di dalam menjalankan kajian dari mula hingga ke akhir kajian.
(Mohamad Najib, 2000) .
Kajian yang dilakukan ini berbentuk kajian tinjauan untuk
melihat hubungan antara dua pembolehubah, iaitu pembolehubah
bersandar dan pembolehubah bebas. Dalam kajian ini, pembolehubah
bersandar ialah tahap stres dan gaya komunikasi manakala
pembolehubah bebas adalah tingkah laku asertif.
Reka bentuk kajian jenis tinjauan ini membolehkan pengkaji
mengumpul data yang banyak dalam masa yang singkat. Ia juga
merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat
daripada responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif dimana data dikumpul dengan mengedarkan borang soal
selidik kepada responden kajian.
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini bermula dengan
pengumpulan data-data serta maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan tajuk kajian sebagai asas kepada reka bentuk kajian. Data
serta maklumat yang dikumpulkan adalah daripada bahan-bahan
seperti buku-buku rujukan, jurnal-jurnal dan juga internet.
Instrumen utama yang digunakan untuk mengumpul
maklumat daripada responden adalah melalui soal selidik. Dengan
menggunakan soal selidik ia dapat menentukan hubungan di antara
pembolehubah bebas (tingkahlaku asertif) dan dua pembolehubah
bersandar (stres dan gaya komunikasi) semasa kajian dilaksanakan.
POPULASI DAN SAMPEL
Populasi bagi kajian ini terdiri daripada pegawai-pegawai di Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Lumpur. Jumlah sample
Reka Bentuk Kajian
29
Asertif
kajian ini ialah 60 orang dan ia dipilih secara kaedah persampelan
rawak. Persampelan untuk kajian ini merupakan persampelan rawak
mudah dimana responden dipilih secara rawak oleh Pengurus Unit
setiap unit di LKIM. Jumlah sampel ini dipilih berdasarkan saiz
sampel yang dicadangkan untuk jumlah populasi tertentu seperti
yang terdapat di dalam jadual persampelan yang dibangunkan oleh
Krejchie dan Morgan (1970).
INSTRUMEN DAN PENGUKURAN
Instrument kajian ini mengandungi 84 soalan dan terbahagi kepada
empat bahagian utama. Bahagian pertama mengandungi lima soalan
yang merangkumi empat soalan yang merangkumi latar belakang
dan profl responden seperti umur, jantina, taraI pendidikan dan
status perkahwinan.
Bahagian kedua mengandungi 30 soalan bagi mengukur
pembolehubah bebas iaitu tahap tingkah laku asertif yang meliputi
empat dimensi tingkahlaku asertif iaitu perasaan, hak, interpersonal
dan bertanya. Soal selidik ini adalah terjemahan daripada Rathus
Assertiveness Schedule dan telah digunakan oleh penyelidik-
penyelidik terdahulu di Malaysia seperti Hamdan Abdul Kadir
(1999) dan Thahira Bibi (2002).
Seterusnya, bahagian ketiga soal selidik terdiri daripada
30 soalan untuk pemboleh ubah bersandar iaitu tahap stres yang
diubahsuai daripada soal selidik yang dibangunkan oleh Jamaluddin
(1996) berdasarkan kriteris stres Moorhead dan GriIfn (1989).
Bahagian keempat soal selidik pula terdiri daripada 30 soalan
yang diadaptasi daripada Norton Communicator Style dalam kajian
Tuan Yacob (1998).
30
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
Data dan maklumat yang telah dikumpul, dianalisis menggunakan
perisisan computer Statistical Package for Social Science (SPSS)
versi 13.0. Skor dianalisis dengan menggunakan Ujian Korelasi
Pearson (r) bagi menjelaskan hubungan antara tingkah laku asertif
dengan tahap stres dan gaya komunikasi. Korelasi digunakan bagi
dua tujuan utama iaitu menentukan arah dan darjah hubungan yang
wujud antara dua angkubah serta melihat kekuatan hubungan antara
angkubah bebas dan angkubah bersandar.
Ujian Korelasi Pearson digunakan kerana ia adalah antara
ujian yang mudah dan sesuai untuk data-data ordinal. Pengkaji telah
menggunakan interpretasi kekuatan korelasi koefsyen berasaskan
3HDUVRQ&RHIFLHQW mengikut The Rule Of Thumb.
KAEDAH PENGANALISISAN DATA
KEPUTUSAN KAJIAN
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifkan antara tahap tingkah
laku asertif dengan tahap stres di kalangan pegawai syarikat
Jadual 4.14 Hubungan Di Antara Tingkah Laku Asertif dan Tahap Stres
Correlations
Jumlah Tingkah Pearson Correlation
Jumlah Tahap Stres
Laku Asertif
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Jumlah
Tingkah
Laku Asertif
Jumlah
Tahap Stres
1.000 -.284*
.037
54 54
-.284* 1.000
.037 .
54 54
*.Correlations is signifcant at the 0.05 level (2-tailed)
.
31
Asertif
Jadual 4.14 di atas menunjukkan keputusan analisis Kolerasi
Pearson yang menunjukkan hubungan yang signifkan antara tahap
stres dengan tingkah laku asertif. Hubungan yang wujud itu juga
mempunyai perkaitan yang negatf. Nilai korelasi yang diperolehi
adalah -.284, dimana ia merupakan hubungan negatif yang rendah
pada aras signifkan 0.05. Hubungan negatiI tersebut bermaksud
jika tahap asertif tinggi, tahap stress adalah rendah.
Hasil tersebut juga jelas menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifkan di antara pembolehubah tahap stres dan
tingkah laku asertiI dimana nilai signifkannya ialah .037 iaitu lebih
besar daripada aras signifkan yang ditetapkan 0.005 pada ujian
korelasi dua arah.
Oleh itu, Ho1 ditolak.
Jadual 4.21 Rumusan Dapatan Kajian
Perhubungan Pembolehubah Kajian Pekali Korelasi Pearson (r)
Tahap Tingkah Laku Asertif dengan
Tahap Stres
-.284 **
Tahap Tingkah Laku Asertif dengan
Gaya Komunikasi
.434**
Tahap Tingkah Laku Asertif dengan
Dimensi Gaya Komunikasi (Peramah)
.713**
Tahap Tingkah Laku Asertif dengan
Dimensi Gaya Komunikasi (Ekspresif)
.380**
Tahap Tingkah Laku Asertif dengan Dimensi
Gaya Komunikasi (Terbuka)
.388**
32
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
Secara keseluruhannya, dapatan kajian analisis statistik
deskriptif menunjukkan majoriti pegawai mempunyai tahap asertif
yang sederhana dan minoriti pegawai mempunyai tahap asertif
yang rendah. Selain itu, majoriti pegawai mempunyai tahap stres
yang rendah dan minoriti pegawai mempunyai tahap stres yang
sederhana. Terdapat hubungan antara tingkah laku asertif dan stres
serta mempunyai perkaitan negatif iaitu apabila tahap tingkah laku
asertif adalah tinggi, makan tahap stres akan rendah.
Analisis hubungan antara tingkah laku asertif dengan gaya
komunikasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifkan
dengan nilai korelasi 0.434**. Nilai tersebut menggambarkan
hubungan yang wujud adalah sederhana. Hubungan antara tingkah
laku asertif dengan dimensi gaya komunikasi secara keseluruhannya
adalah rendah tetapi hubungan tingkah laku asertif dengan gaya
peramah adalah tinggi.
PERBINCANGAN KAJIAN
Perbincangan dapatan kajian dilihat dalam tahap tingkah laku asertif
yang dimiliki oleh pegawai LKIM yang akan mempengaruhi tahap
stres dan gaya komunikasi yang diamalkan oleh mereka.

Bagi analisis tahap tingkah laku asertif, didapati bahawa, seramai 51
orang (94.4%) mempunyai tahap asertif yang sederhana. Manakala
seramai 3 orang (5.6%) mempunyai tahap asertif yang tinggi.
Majoriti responden kajian ini mempunyai tahap tingkah laku asertif
yang sederhana. Hasil Kajian ini mempunyai persamaan dengan
dapatan kajian oleh Mohd Ismail (2004) ke atas 132 orang pengurus
Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor. Berdasarkan hasil
dapatan kajian didapati bahawa majoriti pengurus mempunyai tahap
tingkah laku asertif yang sederhana manakala minoriti pengurus
Tahap Tingkah Laku Asertif di kalangan Pegawai LKIM
33
Asertif
mempunyai tahap tingkah laku asertif yang tinggi.
Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian ini mempunyai
perbezaan dengan hasil dapatan kajian tahap tingkah laku asertif
terhadap ibu tunggal seperti dalam kajian Zuraini Zakaria (2005).
Hasil dapatan kajian tersebut mendapati bahawa majoriti ibu tunggal
mempunyai tahap tingkahlaku asertif yang tinggi manalaka minoriti
ibu tunggal mempunyai tahap tingkah laku asertif yang sederhana.
Menurut Ibrahim Mamat ( 1990), perbezaan hasil
dapatan kajian ini berlaku mungkin disebabkan oleh ketepatan dan
kebenaran jawapan yang diberikan oleh responden adalah terbatas
kepada sejauhmana soal selidik tersebut difahami dan dihargai oleh
responden kajian.
Oleh kerana majoriti responden mempunyai tahap tingkah
laku asertif yang sederhana, latihan bagi meningkatkan tingkahlaku
asertif perlu diadakan dalam organisasi. Justertu itu, latihan yang
telah diberikan perlu diaplikasi dan pemantauan secara berterusan
perlu dilakukan agar tahap tingkah laku asertif pegawai organisasi
berada pada paras yang tinggi.
Bagi tahap stres responden, dapatan kajian menunjukkan bahawa
majoriti responden mempunyai tahap stres yang rendah. Manakala
minoriti responden mempunyai tahap stres yang rendah. Ini adalah
kerana stres mempunyai hubungan yang negatif dengan tingkah
laku asertif dimana apabila tingkah laku asertif seseorang meningkat,
stres akan berkurangan.
Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan dapatan
kajian Croner (2002) mengenai tahap stres di kalangan pekerja
pertengahan di organisasi. Dapatan beliau menunjukkan bahawa
tahap stres yang dialami oleh pekerja pertengahan adalah rendah.
Dalam LKIM, pegawai di anggap sebagai pekerja pertengahan
kerana mereka adalah penghubungan di antara pihak atasan dan
juga pekerja bawahan.
Tahap stres yang rendah yang dialami oleh pegawai di
LKIM mungkin disebabkan mereka mempunyai tahap asertif yang
Tahap Stres di kalangan Pegawai LKIM
34
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
tinggi. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan Willis
dan Daisley (1995), di mana mereka mendapati bahawa seseorang
pekerja yang mempunyai tingkah laku asertif akan kurang terdedah
kepada stres di tempat kerja yang kondusif, jujur dan berpandangan
jauh, menghormati orang lain, mempunyai pendirian yang teguh dan
tidak ragu-ragu dalam membuat keputusan.
Selain itu, pegawai LKIM kurang terdedah dengan tekanan
kerja atau stres di sebabkan oleh prestasi kerja mereka sentiasa baik
dan cemerlang. Menurut Pengarah Urusan di LKIM, Encik Shafee
Othman, kebanyakan pegawai di LKIM menunjukkan prestasi yang
baik setiap tahun. Rosnah (1998) berpendapat bahawa individu yang
mempunyai prestasi kerja yang tiggi dapat mengurangkan stres.
Analisis kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifkan
di antara tingkah laku asertif dengan tahap stres. Pegawai yang
mempunyai tingkah laku asertif yang tinggi akan bijak menangani
stres. Dapatan kajian ini sejajar dengan konsep individu yang tinggi
tingkahlaku asertif biasanya memiliki pendirian yang teguh dan
tidak ragu-ragu disamping menghormati hak personal individu tanpa
menjejaskan hak orang lain. Kajian ini turut disokong oleh dapatan
kajian Wilson (2002) yang mendapati bahawa inidividu yang
mempunyai tahap stres yang rendah kurang memerlukan kemahiran
asertif dalam menangani masalah.
Seseorang pekerja yang mempunyai tingkah laku asertif
akan kurang terdedah kepada stres ditempat kerja, menghasilkan
suasana kerja yang kondusif, jujur, berpandangan jauh, menghormati
orang lain, mempunyai pendirian yang teguh dan tidak ragu-ragu
dalam membuat keputusan ( Willis & Daisley, 1995 ; Burley Allen,
1983 dan Martin & Pear, 1978 ). Pendapat ini disokong oleh Noraini
(2001) dimana beliau menyatakan tingkah laku asertif juga mencakupi
aspek bagaimana seseorang itu mampu untuk menghadapi konfik
dan permasalahan dalaman dalam usaha memastikan organisasi
yang diurus akan berada di dalam situasi yang berjaya.
Hubungan di antara Tingkah Laku Asertif dengan Tahap Stres
35
Asertif
Cromer (2002) telah menjalankan satu penyelidikan
untuk mengkaji sama ada individu yang mempunyai tahap asertif
yang rendah, mempunyai tahap sokongan sosial yang rendah dan
menghadapi stres yang tinggi dalam kawalan emosi yang negatif.
Hasil kajian ini mendapati bahawa inidividu yang mempunyai
tahap asertif yang rendah lebih cenderung untuk mengalami emosi
yang negatif. Manakala individu yang mempunyai tahap sokongan
yang tinggi mempunyai tahap asertif yang tinggi dan tahap stres
yang rendah.
Hasil analisis Korelasi Pearson bagi hubungan antara tingkah
laku asertif dengan gaya komunikasi responden. Jadual tersebut
menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifkan yang sederhana
antara tingkah laku asertif dengan gaya komunikasi Nilai pekali
negatif menggambarkan, sekiranya tahap asertif tinggi, gaya
komunikasi diamalkan adalah rendah.
Namun begitu, hasil kajian ini bertentangan dengan hasil
kajian yang dibuat oleh Thahira Bibi (2002) tentang hubungan antara
tingkah laku asertif dengan gaya komunikasi di kalangan penyelia di
Wearnes Electronic, Pontian. Secara keseluruhannya kajian beliau
telah mendapati bahawa tiada hubungan yang signifkan antara
tingkah laku asertif dengan gaya komunikasi.
Berlainan pula dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh
Garko (1993) di mana beliau mengkaji hubungan tingkah laku asertif
dengan gaya komuniksi yang diamalkan oleh golongan eksekutif
perubatan. Dapatan beliau menunjukkan terdapat hubungan yang
signifkan antara gaya komunikasi dengan tingkah laku asertiI.
Dapatan kajian Garko (1993) mempunyai persamaan dengan dapatan
kajian pengkaji dimana terdapat hubungan yang signifkan antara
tingkah laku asertif dengan gaya komunikasi.
Perbezaan hasil kajian ini adalah mungkin disebabkan oleh
perbezaan ciri-ciri responden kajian. Tanggungjawab pekerja yang
Hubungan di antara Tingkah Laku Asertif dengan
Gaya Komunikasi
36
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
dipikul adalah berbeza mengikut jawatan yang disandang. Oleh
sebab itu, dapatan kajian bergantung kepada ciri-ciri jawatan yang
disandang oleh responden.
Kajian ini telah membuktikan bahawa tingkah laku asertif
telah menjadi tumpuan dalam kebanyakan kajian dan terapi. Selain
itu, kajian ini juga membuktikan bahawa tingkah laku asertif
membawa kepada impak yang positif. Seterusnya, individu yang
mempunyai tingkahlaku asertif yang tinggi menunjukkan kemahiran
dalam menyelesaikan masalah serta menunjukkan diri mereka
mampu untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu situasi, mengikut
gaya komunikasi yang sesuai.
Gaya komunikasi yang dikaji dalam kajian ini adalah tenang, terbuka,
dramatis dan ekspresif. Pengkaji ingin mengenalpasti hubungan di
antara tingkah laku asertif dengan dimensi-dimensi di bawah gaya
komunikasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang signifkan dengan beberapa dimensi gaya komunikasi.
Hasil analisis tentang hubungan antara tingkah laku asertif
dengan gaya tenang menunjukkan tiada hubungan yang signifkan.
Gaya tenang ini menggambarkan seseorang yang yakin dan selesa
semasa menyampaikan sesuatu. Penggunaan gaya ini penting
bagi menyampaikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
kedudukan organisasi. Oleh itu, tiada hubungan antara tingkah laku
asertif dengan gaya tenang ini menggambarkan bahawa kebanyakan
pegawai di LKIM tidak menggunakan gaya tenang dalam organisasi
untuk bertingkah laku asertif.
Seterusnya, hasil analisis hubungan antara tingkah laku
asertif dengan gaya peramah mendapati bahawa terdapat hubungan
yang signifkan antara dua pembolehubah tersebut. Gaya peramah
mempunyai ciri-ciri perhubungan yang rapat dan mesra serta
mengambil masa yang singkat untuk menyesuaikan diri dengan
individu lain. Individu yang menggunakan gaya jenis ini merupakan
Hubungaan di antara Tingkah Laku Asertif dengan
Dimensi Gaya Komunikasi
37
Asertif
seorang yang pandai mengambil hati individu lain dan sentiasa
mengambil berat tentang orang lain dan mudah didekati.
Hubungan tingkah laku asertif dengan gaya ekspresif
pula menunjukkan terdapat hubungan yang rendah antara dua
pembolehubah tersebut. Ini adalah kerana gaya ekpesif ini
menjelaskan mengenai sejauhmana komunikasi boleh diluahkan
dan diterima serta melibatkan kontak mata, ekspresif muka dan
pergerakan badan. Ciri-ciri gaya ini digunakan bagi menekankan
maksud yang ingin dijelaskan. Oleh itu, tidak hairanlah hubungan
yang wujud antara dua pembolehubah ini adalah rendah.
Hubungan antara tingkah laku asertif dengan gaya
dramatis menunjukkan tiada hubungan signifkan. Gaya dramatis
menggunakan manipulasi cerita, fantasi, irama, suara dan lain-
lain. Emosi juga dapat dilihat menerusi wajah seseorang yang
menggunakan gaya ini. Ciri-ciri tingkahlaku asertif tidak dapat
dimiliki oleh individu yang menggunakan gaya komunikasi ini.
Dapatan ini bersependapat dengan Barbara Bartocci (1997), dimana
beliau menyatakan asertif adalah berani menyatakan pendapat
dan sasarannya ialah menyeimbangkan kekuatan sosial melalui
penyelesaian masalah dengan perundingan tanpa manipulasi.
Akhir sekali, terdapat hubungan signifkan antara tingkah
laku asertif dengan gaya terbuka. Gaya terbuka merupakan gaya
komunikasi yang ramah, mesra, riang dan berterus-terang. Individu
yang menggunakan gaya ini dilihat sebagai seorang yang boleh
dipercayai dan gemar berterus-terang. Selain itu, individu ini juga
menghormati pendapat dan pandangan orang lain dalam sesuatu
perkara. Hasil analisis ini disokong kuat oleh pendapat Ken Back,
et.al (1991) di mana beliau menyatakan tingkah laku asertif berfungsi
dalam mengekspresikan kehendak, pendapat, perasaan, kepercayaan
dan kejujuran dengan kaedah yang bersesuaian dan juga merupakan
satu perlakuan yang menyatakan hak tanpa melanggar hak individu
lain. Ahli organisasi yang asertif adalah mereka yang berkeupayaan
menyatakan perasaan, idea dan kepercayaan sendiri tanpa menghina
dan memperkecilkan individu yang lain. Sekiranya kebanyakan ahli
organisasi mengamalkan gaya terbuka ini, secara tidak langsung
38
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
CADANGAN
Kajian ke atas 60 orang responden di Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia, Kuala Lumpur mendapati bahawa majoriti pegawai
mempunyai tingkah laku asertif yang sederhana. Dari segi tahap
stres pula, majoriti pegawai mempunyai tahap stres yang rendah.
Oleh itu, pengkaji ingin membuat beberapa cadangan yang boleh
dijadikan panduan kepada organisasi yang terlibat dalam hasil
dapatan kajian.
Pertama, pegawai atau ahli organisasi Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia perlu diberi pendedahan tentang kelebihan dan
kepentingan tingkah laku asertif dalam menangani stres serta
mempengaruhi gaya komunikasi yang diamalkan oleh mereka.
Kajian ini menumpukan kepada sifat atau tungkah laku asertif
seseorang pegawai yang menunjukkan perlakuan dan keupayaannya
untuk menyatakan hak dan perasaan dirinya tanpa mengancam hak
dan perasaan orang lain. Oleh itu, pihak LKIM perlu tahu apakah
yang dimaksudkan dengan hak-hak tersebut. Menurut Rathus (1972),
hak-hak tingkah laku asertif merangkumi seperti berikut :
a. Hak untuk saling mrnghormati
b. Hak untuk saling berperasaan dan meluahkan perasaan
c. Hak untuk saling melakukan kesilapan dan menerima
d. Hak untuk saling menyatakan tidak
e. Hak untuk saling bertanya soalan
Usaha ini adalah penting kerana pegawai yang mempunyai
tingkah laku asertif yang tinggi akan dapat mengatasi stres dengan
tingkah laku asertif dapat ditingkatkan dan membawa kejayaan
kepada organisasi.
39
Asertif
bijak dan seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih
sempurna dalam mencapai objektif dan matlamat organisasi.
Kedua, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia perlu
menganjurkan latihan asertif kepada pegawai agar mereka didedahkan
kepada asas pembentukan tingkah laku asertif. Pegawai LKIM juga
perlu dilatih supaya mempunyai tahap tingkahlaku asertif yang
tinggi. Wilson (2002) mendapati bahawa individu yang mengalami
tekanan kerja mempunyai tahap tingkah laku asertif yang rendah.
Mengikut Colleen (1979) latihan ketegasan merupakan satu teknik
yang menggunakan satu atau lebih kaedah seperti main peranan,
raptai, maklum balas, terapu dan model sosial untuk menggalakkan
responden mengamalkan tingkah laku yang amat diingini tetapi
ia berasa takut untuk melakukannya. Selain itu, menurut Stubbs
(1985) latihan ketegasan merupakan suatu bentuk latihan yang
dapat membantu individu mempelajari cara berinteraksi yang lebih
berkesan dan bermakna dalam kehidupan seseorang individu.
Ketiga, dapatan kajian pengkaji boleh dibuat rujukan oleh
pihak LKIM. Dapatan kajian ini menjadi panduan kepada LKIM
untuk menilai sendiri kepentingan dan kelebihan tingkah laku
asertif di kalangan pegawai syarikat. Melalui dapatan kajian ini,
pihak pengurusan latihan LKIM boleh merancang serta merangka
rekabentuk latihan yang sesuai bagi meningkatkan tingkah laku
asertif dan gaya komunikasi dalam usaha mengurangkan stres di
kalangan pegawai.
Pengkaji berharap agar dengan cadangan-cadangan yang
telah dikemukakan kepada organisasi sedikit sebanyak dapat
membantu organisasi melihat gambaran yang jelas tentang betapa
pentingnya tingkahlaku asertif dan gaya komunikasi pegawai dalam
mengatasi stres di tempat kerja. Sejajar dengan itu, pengkaji juga
berharap agar tingkahlaku asertif ini dijadikan sebagai nadi kepada
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dalam mencapai kejayaan dan
kecemerlangan organisasi.
40
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
Anatasi (1982). Evaluating Concept Of Test Validition. Annual
Revie Psycology. Vol 37. 1-15
Angel G, Petronkon DK (1987). Developing the New Assertive
Nurse: Essential for Advancement.2nd edn. Springer,
NewYork.
Bartocci, Barbara (1997). Jatidiri Penggerak Perubahan. Selangor:
Thinkers Library Sdn. Bhd
Bower, S.A and Bower, G.H (1991). Asserting Yourself : A practical
Guide For Positive Change. Beverly, MA : Addison
Wesley Publishing Company, Inc. 4-5
Burley Allen, M. (1983). Managing Assertively: How to Improve
Your People Skills. New York : John Wiley and Son Inc.
Cane, Sheila (1996). Kaizen Strategies for Winning Through People.
Britain : Pitman Publishing
Caputo, J.S (1984). The Assertive Librian. Canada: The Orxy Press.
Yan Piaw, Chua (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur :
McGraw Hill.
Colleen, K. (1979). Assertion Training: A Facilitators Guide. La
Jolla, Callirornia: Univeristy Of Callifornia.
Croner, C.J (2002). Assertiveness. Social Support and Susceptibility
To Depression: An Analysis Using Induced Mood. DAI-B
Dainow S, Bailey C (1988). Developing Skills with People: Training
for Person to Person.
Devito, J.A (1980). The Interpersonal Communication Book. New
York : Harper and Row Publisher
Dickson (1982): A Woman in Your Own Right. Quartet Books, London.
Donald, L.T (1985). The effect Of Group Assertiveness Training on The
Assertiveness and Self Concept Levels of Army Female
Enlistees. Knoxville : The Univerisity of Tennesse
Fiedler, P. (1979). Effect Of Assertiveness Training on Young Adults.
Adolescence. 14/ 523-528
RUJUKAN
41
Asertif
Gillen Terry (1994). Assertiveness for Managers. USA. Gower
Publishing
Hamdan Abdul Kadir (1999). Kesan Latihan Asertif Terhadap
Konsep Kendiri di Kalangan Remaja Delinkuen di
Sebuah Pusat Pemulihan Akhlak Negeri Selangor
Darul Ehsan. Projek Ijazah Sarjana Muda yang Tidak
Diterbitkan. Serdang : UPM
Harris, R.P & Morgan, T (1981). Managing Cultural Differences.
Gulf Publishing Company.
Hatta Sidi, Ruzanna ZamZam & Mohamed Hatta Shaharom (2003).
Menjaga Kesihatan Jiwa Teknik Mengurus Stres. Pahang.
PTS Publication Sdn Bhd
Hybels, S. and Weaver II R.L (1995). Communicating Effectively.
4
th
Edition NewYork. Mc Graw Hill
Israel, Richard, Whitten, Helen and Shaffran, Cliff (2000). Your
Mind At Work. London. Kogan Page Limited.
Jamaluddin Mohd. Said (1996). Punca-Punca Stres Kerja Di
Kalangan Jururawat Di Hospital Sultanah Aminah, Johor
Bahru, Johor. Projek Sarjana Pengurusan Teknologi.
Universiti Teknologi Malaysia.
Kao (2005). The Exploration of the Relationship between Taiwanese
Executive Leadership Style and Knowledge Management
Practice in Mainland China. University of Incarnate Word
Kapplan, R.M & Saccuzzo, D.P (1982). Psychological Testing
Principles: Application And Issues, Monterey: Cole
Publication Co.
Kavitha Raman (2001). Hubungan Antara Asertif dan Konsep
Kendiri Di Kalangan Pekerja. Satu Kajian Kes di
Maybank Kluang. Projek Sarjana Muda yang Tidak
Diterbikan. Universiti Teknologi Malaysia
Kowalski, Kathiann M. (1998). How To Assert Yourself. Current
Health 2. 25. 19-22
Krejcie, R.V & Morgan, D.W (1970). Determining sample size
for research activities. Educational and Psychological
Measurement. 30. 608
42
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
MacNeilage Linda A., A. Adams Kathleen, (1982). Assertiveness At
Work.New Jersey : Prentice Hall
Mamat Awang (1989). Pembentukan Tingkahlaku Asertif di Kalangan
Pelajar-Pelajar Vokasional Institut MARA. Projek Ijazah
Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang : UPM
Martin, Matthew M., Anderson, Carolyn M. (1996). Argumentativeness
And Verbal Aggresiveness. Jounal Of Social Behavior
& Personality. 11. 547 555
Mason JE (1975). $KLVWRULFDOYLHZRIWKHVWUHVVHOG. Journal of
Human Stress
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2000). Penyelidikan Pendidikan.
Skudai. Penerbit UTM.
Mohamad Najib (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Darul
Takzim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Mohd. Azhar Abdul Hamid (2003). Meningkatkan Daya Fikir. PTS
Publication
Mohd Sapuan Salit et. al (2003). Pengurusan, Gelagat dan Keselamatan
Pekerja dalam Indusrtri. Utusan Publications and
Distributors.
Mohd Ismail Haji Roslan (2004). Hubungan di Antara Tingkahlaku
Asertif dengan Konsep Kendiri di Kalangan Pengurus-
Pengurus Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor.
Projek Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia.
Universiti Teknologi Malaysia.
McGrath JE (1976) : Stress and behavior in organizations. In:
Dunnette, M. ed. Handbook of Industrial and
Organizational Psychology. Chicago: Rand McNally.
Mohd Taib Dora dan Hamdan Abd Kadir (2006). Mengurus Stres :
Atasi Stres daripada Memudaratkan. PTS Publishing
Sdn Bhd.
Mugyabuso et.al (2000). Effective Library Management: Issues for
Managers and Subordinates. New Library World. Vol 101.
263-268
Noraini Ahmad (2001). Asertif dan Komunikasi. Utusan Publications
and Distributors, Kuala Lumpur.
43
Asertif
Norly Mazlan (2003). Tingkahlaku Asertif dan Gaya Kepimpinan di
Kalangan Pekerja. Universiti Teknologi Malaysia.
Norton, Robert (1983). Communicator Style. California : Sage
Publication
Thahira Bibi T.K Muthu Koya Thangal (2002). Hubungan
antara Tingkahlaku Asertif Dengan Gaya Komunikasi di
Kalangan Penyelia. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
Sarjana Muda
Pal, Rajendra, Korla Halli, J.S (1984). Essentials of Business
Communication. New Delhi : Sultan Chan & Sons
Piccinin, S. dan McCarrey, M (1998). Impact of Situational
Legetimacy and Assertiveness- Related Anxiety/
Doscomfort on Motivation and Ability to Generate
Effective Criticism Responses. Current Psycolog.17. 79-53
Rathus, Spencer A. Nevid, Jeffrey S. (1986). Adjustment and Growth-
The Challenges of Life. Canada : CBS College Publishing
Rakos R (1991).Assertive Behavior: Theory, Research and Training.
Rout ledge, London.
Rosnah Bte Sidek (1998). Stres Di Kalangan Wanita Suatu Kajian
Perbandingan Di Antara Wanita Yang Bekerja Dan Wanita
Yang Tidak Bekerja. Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi.
Universiti Teknologi Malaysia
Ross, C.E & Mirowsky, J. ( 1999). Parental Divorce, Life-Course
Disruption And Adult Depression. Journal of Marriage
And The Family. Vol 61 Issues4 P. 0022-2445
Samsudin Wahab (2006). Eksekutif Efektif: Melakukan tugas dengan
berkesan. PTS Publishing Sdn Bhd.
Sekaran, U. (2003). Research Method for Business: A Skill Building
Approach. NewYork : John Wiley and Sons, Inc.
Selye, H. (1976) The stress of life. New York: McGraw Hill.
Stubbs, David R. (1985). How to Use Assertiveness at Work. USA:
Gower Publishing
Shamsudin Abdul Rahim, (1993) Komunikasi Asas. Kuala Lumbur
: Dewan Bahasa Pustaka
Stake, J.E, Deville, C.J dan Pennell, C.L. (1983). The Effect of
44
Tingkah Laku Asertif Dengan Tahap Stres Dan Gaya Komunikasi
Assertive Training on The Performance Self Esteen of
Adolescent Girls. Journal of Youth and Adolescent Girls,
5. 435-422
Tuan Yacob R. Mohamad (1998). Hubungan Di Antara Gaya
Komunikasi Guru Besar dengan Komitmen Guru Kepada
Sekolah. Projek Sarjana yang Tidak Diterbitkan.
Universiti Teknologi Malaysia
Underman Boggs K (2003) In: Arnold E, Underman Boggs K
(2003): Interpersonal Relationships. Professional
Communication Skills for Nurses, 4th Edition. Saunders,
Missouri.
Wilson, D.J (2002). The Effect Of Multidimensional Stress
Management Intervention On Worker Anxiety. Perceived
ccupational Stress And Coping. 146
Weiss, Donald H. (1994). Why Didnt I say That. USA : American
Management Association
Zuraini Zakaria (2005). Hubungan di antara tingkahlaku Asertif dan
Konsep Kendiri dengan Stres di Kalangan Ibu Tunggal di
Mentakab, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia
Kamus Dewan (2002). Edisi 2. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd
45 Asertif
Kajian ini membincangkan hasil kajian tinjauan tentang hubungan
di antara tingkahlaku asertif dengan konsep kendiri dan tahap
stress di kalangan ibu tunggal yang bekerja di Mentakab, Pahang.
Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti hubungan antara
tingkahlaku asertif, konsep kendiri dan tahap stress yang sering
dialami di kalangan ibu tunggal yang bekerja. Data kajian yang
diperolehi daripada 60 orang responden ibu tunggal di sekitar Bandar
Mentakab, Mentakab dengan jumlah populasi 71 orang. Melalui
analisis perisian SPSS versi 11.0, statistik diskriptif melibatkan
taburan demograf untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan.
Seterusnya digunakan untuk melihat perbezaan tingkahlaku asertif,
konsep kendiri, dan tahap stress di kalangan ibu tunggal yang
bekerja di Bandar Mentakab, Pahang. Ujian Kolerasi Pearson pula
digunakan untuk mengkaji hubungan di antara tingkahlaku asertif
dan konsep kendiri dengan tahap stress di mana hasil kajian
mendapati majoriti ibu tunggal mempunyai tahap stress yang
sederhana. Manakala, konsep kendiri berada pada tahap yang tinggi.
ABSTRAK
HAMDANABDUL KADIR
UMMI HABIBAHABD RANI
ZURAINI ZAKARIA
3
HUBUNGAN DI ANTARA
TINGKAHLAKU ASERTIF DAN KONSEP
KENDIRI DENGAN STRESS DI
KALANGAN IBU TUNGGAL BEKERJA
DI BANDAR MENTAKAB, PAHANG.
46 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
Terdapat juga hubungan signifkan pembolehubah di antara jumlah
pendapatan, pendidikan, konsep kendiri, tingkahlaku asertif dan
tahap stress.
Golongan ibu tunggal yang sering dipinggirkan, terutama mereka
yang menanggung beban keluarga tanpa bantuan pasangan sama ada
akibat perceraian hidup atau meninggal dunia, cenderung kepada
stress. Sebagaimana lazim mengetahui bahawa stress berupaya
mengakibatkan kesan kesihatan yang hebat. Keadaan menjadi lebih
tertekan di kalangan ibu tunggal yang perlu menanggung bebanan
keluarga di samping kerjaya yang jika dibiarkan mempengaruhi
prestasi kerja mereka.
Kajian mendapati bahawa peristiwa kematian pasangan
merupakan peristiwa paling menekan selain perceraian. Dari
itu, pasangan yang tinggal perlulah melengkapkan diri melalui
peningkatan tahap asertif dan konsep kendiri yang tinggi sebagai
langkah atasi stress. Menurut Professor di George Brown
College, Amerika Syarikat, asertif merupakan satu ciri penting
dalam pembinaan personaliti yang utuh (Iran Herman & Asmah
Bee, 2002). Asertif juga merupakan salah satu tret utama personaliti
dan gagasan psikologi yang berhubungan rapat dan dapat memberi
kesan kepada tret-tret personaliti yang lain yang dijelmakan melalui
pola tingkahlaku. Townend (1991) mendefnisikan asertiI sebagai
satu sikap kefahaman diri dan kemampuan membentuk keyakinan
diri untuk lebih berkeyakinan, lebih terbuka dan dapat mengawal
diri. Dari itu, tahap asertif dan konsep kendiri yang tinggi dapat
menentukan kelancaran bagi menangani stress dalam kehidupan
harian terutamanya bagi ibu tunggal yang bekerja dalam melayari
alam pekerjaan.
Namun begitu, kerajaan amat memandang berat dan
menghargai peranan dan sumbangan ibu tunggal, terutama ibu
tunggal yang bekerja melalui Kementerian Pembangunan Wanita
PENGENALAN
47 Asertif
dan Keluarga, supaya tidak tergolong dari masyarakat terpinggir
dalam arus pembangunan perdana. Ini adalah penting kerana dalam
kehidupan harian ibu tunggal yang bertingkahlaku asertif dan
mempunyai konsep kendiri yang tinggi dapat berhadapan dengan
perubahan dalam organisasi di tempat mereka bekerja kelak. Apabila
suasana kerja yang kondusif dapat diwujudkan, prospek kerjaya
akan menjadi lebih cerah dalam penumpuan ke arah pertambahan
produktiviti yang sekaligus menghayatkan iklim pertumbuhan
ekonomi negara. Sebaliknya, prestasi sesebuah organisasi akan
terjejas dan pertumbuhan ekonomi negara akan terencat, sekiranya
tingkahlaku asertif dan konsep kendiri berada di tahap yang lemah.
PERNYATAAN MASALAH
Tingkahlaku asertif dan konsep kendiri yang tinggi merupakan
trait yang penting bagi setiap individu terutama bagi golongan ibu
tunggal. Apabila ditimpa pelbagai permasalahan, tingkahlaku asertif
dan konsep kendiri amat penting dalam kejayaan atau kegagalan
tindakan seseorang. Cathy Birch menyatakan tingkahlaku asertif
yang sihat dapat membentuk setiap aspek kehidupan seperti dalam
alam pekerjaan, penampilan, perhubungan pengurusan, kewangan
dan sebagainya. Ini bergantung kepada tahap asertif yang ada dalam
diri seseorang individu.
Berdasarkan bancian 2000 oleh Jabatan Perangkaan
Negara, rujukan data bagi ketua isi rumah berstatus balu adalah
wajar dijalankan satu kajian untuk menentukan hubungan di antara
tingkahlaku asertif dan konsep kendiri dengan tahap stress yang
dialami oleh ibu tunggal yang bekerja. Jika hubungan wujud, perlulah
diadakan pelbagai program dan aktiviti yang bersesuaian untuk
meningkatkan tingkah laku asertif dan konsep kendiri, terutama di
tempat kerja.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh McBride
Murry et al (2002), mendapati ibu tunggal berpendidikan rendah
mempunyai kaitan dengan status pekerjaan. Seterusnya, golongan
48 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
ibu tunggal yang diabaikan peranannya, ternyata mereka tidak
dapat menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah organisasi dan
memberikan implikasi kepada kemerosotan perhubungan ekonomi
negara yang akhirnya menyumbangkan kepada ekonomi negara
yang lemah.
Seringkali konsep kendiri dikatakan faktor hubungan
positif yang lebih cemerlang dan dapat menerima stress dan
menyesuaikan diri dengan baik, dengan kesedaran bahawa manusia
bukan sahaja mengenali diri dengan cara melihat ke dalam cermin
muka atau pandangan orang lain dalam menilai kesedaran diri dengan
melihat sendiri apa yang diberikan sebagaimana B.F. Skinner yang
mengandaikan keperluan kontigensi peneguhan yang mengesani
tingkahlaku individu.
MATLAMAT KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah untuk menentukan hubungan
asertif di antara tingkahlaku asertif dan konsep kendiri
dengan tahap stress di kalangan ibu tunggal yang bekerja di
Mentakab Pahang.
Adalah diharapkan kajian ini berupaya membantu persatuan dan
pertubuhan yang berkaitan untuk merangka program berkaitan untuk
membantu ibu tunggal dalam situasi menghadapi stress berbekalkan
tingkahlaku asertif dan konsep konsep kendiri yang kental.
OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai matlamat yang digariskan, perincian objektif kajian
adalah seperti berikut:~
i. Mengenalpasti tahap tingkahlaku asertif, konsep kendiri dan
tahapstress di kalangan ibu tunggal bekerja di Mentakab
Pahang
49 Asertif
SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Tempat kajian yang dipilih ialah sekitar Bandar Mentakab, Pahang
dengan jumlah polulasi ibu tunggal seramai 71 orang. Responden
yang dipilih hanyalah terdiri daripada golongan ibu tunggal tanpa
menghadkan umur, tahap pendidikan, pekerjaan, mahupun jumlah
pendapatan.
Hasil dapatan kajian ini hnaya digunakan ke atas golongan
ibu tunggal bekerja di Mentakab, Pahang sahaja sama ada bekerja
tetap atau tidak. Ini menjadikan bilangan responden dalam kajian
adalah terhad. Hanya 60 orang ibu tunggal sahaja yang berjaya
dijadikan responden daripada jumlah populasi seramai 71 orang.
Kajian ini menggunakan Tennessee Self Concept Scale
yang dikemukakan oleh Fitts (1965) untuk mengukur konsep kendiri,
Rathus Assertiveness Schedule untuk tingkahlaku asertif dan
pengukuran tahap stress wanita untuk mengukur tahap stress
ibu tunggal yang bekerja.
Batasan reka bentuk kajian berkisar kepada kajian yang
dijalankan untuk mengenalpasti aspek tingkahlaku asertif, konsep
kendiri, dan tahap stress sahaja. Kesahan dan kebolehpercayaan
pula bergantung sepenuhnya kepada keikhlasan malkumbalas yang
diberikan oleh responden.
ii. Menentukan hubungan di antara latarbelakang (umur, tahap
pendidikan, jumlah pendapatan dan bilangan anak) dengan
tingkahlaku asertif konsep kendiri dan tahap stress ibu
tunggal bekerja di Mentakab Pahang.
iii. Menentukan hubungan di antara tingkahlaku asertif dengan
konsep kendiri ibu tunggal bekerja di Mentakab Pahang.
iv. Menentukan hubungan di antara tingkahlaku asertif dengan
tahap stress ibu tunggal bekerja di Mentakab Pahang.
v. Menentukan hubungan di antara konsep kendiri dengan
tahapstress ibu tunggal bekerja di Mentakab Pahang.
50 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
KAJIAN LITERATUR
Asertif membawa maksud kata sifat yang mengandungi atau
menunjukkan ketegasan (Kamus Dewan: Edisi Ketiga, 1988).
Caputo (1984), mendefnisikan asertiI sebagai perlakuan individu
seperti sabar, tenang, berfkiran positiI dan bertanggungjawab.
Selain daripada itu asertif bererti:~
Perlakuan paling baik dalam memenuhi kehendak individu.
Mengelak diri daripada melakukan sesuatu yang buruk
terhadap orang lain.
Membolehkan individu berinteraksi dengan orang lain
dengan menggunakan cara yang produktif dan memuaskan
kedua-dua pihak.
Membolehkan individu menangani konfik dengan
penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Tahap didefnisikan sebagai ukuran atau perbandingan untuk kualiti,


perasaan dan kemampuan (Longman Dictionary of Compentarary
English, 1987).
Konsep kendiri merupakan persepsi seseorang tentang personaliti
dan kebolehannya menurut Carlson, Habibah dan Noran Fauziah
(2002). Manakala Burley (1983), mentakrifkan konsep kendiri
sebagai:~
Denisi Konseptual
Menjelaskan defnisi konseptual mengikut pandangan ahli
akademik.
Tingkahlaku Asertif
Tahap
Konsep Kendiri
51 Asertif
Teori tingkahlaku asertif merangkumi Teori Komponen Gaya Asertif,
menurut Burley (1983) menekankan empat komponen utama dalam
gaya asertif, iaitu:~
Nilai kesedaran dalaman seseorang individu.
Berpuas hati dengan diri sendiri.
Yakin terhadap kemampuan individu tersebut untuk
melaksanakan sesuatu tugas.

Stress adalah satu bentuk tekanan yang boleh membawa kesan


kepada kehidupan seseorang sama ada negatif atau positif yang
bergantung kepada individu itu sendiri (Anthony Yeo, 1993).
Menurut Zulen (1981), stress adalah ketegangan psikologi
serta emosi. Manusia bergerak balas dengan cara yang berbeza
terhadap jenis ketegangan yang berbeza.
Menurut Satir (1999), ibu tunggal didefnisikan sebagai seorang ibu
bersama seorang anak. Ia terbentuk daripada perceraian, perpisahan
dan kematian pasangan.
Lisan yang merujuk kepada perkataan yang digunakan yang
menunjukkan seseorang dapat berasa selesa dengan diri dan
orang lain. Tidak digalakkan menggunakan perkataan sensitif
seperti anda patut, jangan dan lain-lain dan jangan terlalu
merendah diri.
Manakala kognitif yang merupakan proses mental yang
dilalui seseorang secara dalaman termasuk menghalang

Tahap Stress
Ibu Tunggal
DEFINISI TEORI
Teori Tingkahlaku Asertif
52 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress

individu daripada bertindak dengan cara yang dikehendaki.


Seseorang yang berlawanan dengan individu, diikuti dengan
pengesahan positif seperti saya berupaya dengan kekata
yang menjadi rangsangan untuk bekerja baik.
Gaya emosi yang merangkumi tahap perasaan yang
ditunjukkan dengan nada suara dan menyatakan mesej pada
tahap emosi bersamaan dengan situasi.
Akhirnyakomponen bukan lisan memberikan impak yang lebih
besar dalam proses komunikasi seperti kontak mata, ekspresi
muka, kadar kecekapan, isyarat badan dan gerakan tangan.
Albert Bandura menyatakan struktur personaliti yang diberi pene-
kanan oleh teori kognitif sosial adalah kepada proses kognitif iaitu
konsep kendiri dan konsep matlamat.
Menurut Teori Sosial Kognitif, diri tidak merupakan
struktur yang tetap tetapi sebagai proses kognitif untuk memahami
kendiri seseorang. Pemahaman perlu untuk memahami apa yang
berlaku dalam persekitaran dan tingkahlaku seseorang. Teori ini
juga menyatakan seseorang itu mempunyai konsep tentang dirinya
sendiri dan proses kawalan diri mungkin berbeza dari masa kesemasa
mengikut situasi yang berbeza.
Keberkesanan diri atau pengamatan tentang diri sendiri
untuk berhadapan dengan situasi yang berbeza berkaitan dengan
penilaian yang dibuat oleh seseorang tentang kebolehan dirinya
untuk melakukan sesuatu tugas dalam satu situasi.
Mengikut Teori William James yang merupakan ahli
psikologi pertama yang mencadangkan perbezaan antara terma
I dan Me (Brown, 1998) pula, beliau mencadangkan terma I
merujuk kepada aspek kendiri yang memainkan peranan penting
untuk berfkir dan bertindak manakala terma 'Me pula merujuk
kepada aspek kendiri yang menjadi objektif dalam pemerhatiam,
pemikiran dan peramalan seseorang.
William James telah menggunakan terma kendiri empirikal
untuk merujuk kepada kepelbagaian cara seseorang individu berfkir
Teori Konsep Kendiri
53 Asertif
tentang diri mereka dan kendiri ini dapat dijeniskan kepada tiga
kategori iaitu:~
Kendiri Material iaitu suatu entiti akan berkembang
menjadi kendiri seseorang apabila perhatian yang
serius diberikan terhadap entiti tersebut dan berusaha
untuk mengekalkannya kerana beranggap entiti tersebut
sebahagian daripadanya.
Kendiri sosial iaitu cara bagaimana seseorang mengambilkira
persepsi orang lain terhadap dirinya. Ini akan mempengaruhi
tingkahlaku individu tersebut.
Kendiri Spiritual merujuk kepada kesedaran seseorang
individu terhadap proses mentalnya sendiri dan anggapannya
tentang keupayaan, sikap, emosi, minat,
motif dan pendapatnya sendiri.

Teori ini merangkumi Teori Psikodinamik dan Teori Behaviorisme.


Pengasas Teori Psikoanalisis, Sigmund Freud tidak membincangkan
stress secara langsung, tetapi ia boleh diketahui melalui
kebimbangan yang di alami oleh seseorang. Kebimbangan awalnya
dikatakan terjadi daripada proses perlepasan ketegangan seksual
atau tenaga libido yang disekat daripada ekspresi yang normal.
Namun kemudiannya, Freud melihat kebimbangan sebagai isyarat
wujudnya keadaan berbahaya daripada sesetengah tenaga naluri
yang bercanggah dengan nilai-nilai peribadi.
Terdapat hubungkait yang rapat antara kebimbangan dan
stress. Seseorang yang mengalami kebimbangan akan mengalami
stress begitu juga sebaliknya. Tindakbalas ini akan memberi
bentuk simptom somati seperti berpeluh dan menggigil.
B.F. Skinner pula melalui Teori Behaviorisme menyarankan
bahawa setiap individu memaparkan tingkahlaku yang tersendiri
kerana telah terlatih dan terbentuk untuk memaparkan tingkahlaku
tersebut. Sesiapa ynag menghadapi stress akan membentuk
tingkahlaku mereka agar tekanan dan stress dapat diatasi. Spence
Teori Stress
54 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
Kajian ini berbentuk tinjauan yang dijalankan di Mentakab, Pahang.
Mohamad Najib (2000), menyatakan rekabentuk kajian seharusnya
melibatkan susunan rancangan yang sistematik. Ianya dijadikan
sebagai panduan yang akan digunakan oleh pengkaji di dalam
menjalankan kajian dari awal hingga akhir. Kajian bermula dngan
pengumpulan data-data serta maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan tajuk kajian sebagai asas kepada rekabentuk kajian. Sumber
maklumat adalah daripada bahan-bahan seperti buku rujukan, jurnal
dan juga internet.
Bagi mengumpulkan maklumat daripada responden yang
ramai, penggunaan borang soalselidik dapat membantu melengkapkan
lagi kajian. Jumlah sampel yang banyak akan meningkatkan lagi
ketepatan anggaran statistik sampel bagi menganggarkan parameter
populasi (Mohd. Majid, 1990).
Bahagian ini berkenaan kaedah yang akan digunakan untuk
mengkaji hubungan antara tingkahlaku asertif dan konsep kendiri
dengan tahap stress di kalangan ibu tunggal yang bekerja di
Mentakab, Pahang. Ia merangkumi rekabentuk kajian, instrumen
kajian, tatacara kajian dan analisis kajian.
METODOLOGI KAJIAN
dan Spence (1956) dan Mahmood Nazar (1990) menyatakan bahawa
tekanan mempunyai kaitan rapat dengan dorongan kerana lebih
tinggi suatu dorongan, maka lebih cepat peneguhan berlaku. Lazarus
(1996) dan Mahmood Nazar (1990) pula menyatakan bahawa
tingkahlaku yang berkaitan sengan stress lebih dipengaruhi oleh
proses pembelajaran dan naluri. Walaupun pendekatan behaviorisme
ini menolak kewujudan konfik dalaman atau proses salah taIsiran
persepsi namun ianya hanya dapat menerangkan fenomena dari
sudut tingkahlaku sahaja.
Reka Bentuk Kajian
55 Asertif
Menurut Rosnow dan Rosennthal (1993), data yang dikumpul
daripada penggunaan borang soal selidik dalam satu-satu masa
boleh digunapakai untuk menentukan hubungan di antara beberapa
pembolehubah pada masa kajian dilaksanakan. Kajian ini cuba untuk
menilai hubungan di antara tingkahlaku asertif dan konsep kendiri
dengan tahap stress di kalangan ibu tunggal bekerja.
Model kerangka konseptual bagi kajian ini adalah seperti rajah berikut:~
Latar Belakang
Reasponden :
Umur
Tahap pendidikan
Jumlah
Pendapatan
Bilangan
Tanggungan
Tingkah Laku
Asertif
Tahap
Stress

Konsep
Kendiri
Sumber: Kajian Penyelidik, 2005
Instrumen utama yang akan digunapakai dalam kajian ini terbahagi
kepada empat bahagian iaitu:~
Bahagian A yang tertumpu kepada item yang tergolong
dalam kategori umum responden seperti umur, tahap pendidikan,
jumlah pendapatan dan bilangan anak.
Manakala, Bahagian B merupakan soal selidik tingkahlaku
asertif yang diubahsuai dengan Rathus Assertiveness Schedule (RS)
Model Kerangka Konseptual Kajian
Instrumen Kajian
56 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
1 = Tidak benar sama sekali
2 = Tidak benar
3 = Sebahagian benar, sebahagian tidak benar
4 = Benar
5 = Sangat benar
1 = Jarang-jarang benar
2 = Kadang-kadang benar
3 = Kerapkali benar
Semua instrumen soal selidik boleh dikelaskan kepada dua
bahagian iaitu item positif dan negatif.
Bahagian C pula merangkumi konsep kendiri responden,
kajian menggunakan Tennessee Self Concept Scale (TSCS) yang
dibentuk oleh William H. Fitts pada tahun 1965 mengandungi 90
item dan alat ini berupaya mengukur 8 dimensi konsep kendiri
(Burns, 1979). Responden dikehendaki memberikan jawapan
berdasarkan kekunci berikut:~
Bagi Bahagian D, pengukuran tahap stress wanita pula
soal selidik yang dibina oleh Jamaluddin (1996) berdasarkan kriteria
stress Moorhead dan GriIfn (1989) yang menghubungkan soalan
merangkumi aspek psikologi, sosiologi dan tingkahlaku individu,
mengandungi 30 item variables berasaskan 3 markah scale likert
seperti kekunci berikut:~
1 = Sangat tidak bertepatan dengan saya
2 = Tidak bertepatan dengan saya
3 = Hampir tidak bertepatan dengan saya
4 = Hampir bertepatan dengan saya
5 = Bertepatan dengan saya
6 = Sangat bertepatan dengan saya
oleh Rathus 1973 mengandungi 30 item variables berasaskan 6
markah skala likert 1 hingga 6 seperti kekunci berikut:~
57 Asertif
Soal selidik yang dibentuk oleh pengkaji melalui proses pra-
uji bagi menguji kebolehpercayaan dan boleh digunapakai di dalam
kajian yang dijalankan. Pra-uji ini bertujuan untuk menentukan
kejelasan arahan dalam soalselidik, gaya bahasa serta pengubahsuaian
yang wajar dari segi maksud serta untuk menentukan sama ada soalan
yang dibentuk mengikut susunan, urutan yang logik dan seharusnya
dapat menjawab objektif yang digariskan.
Menurut Anatasi (1982), kebolehpercayaan merujuk kepada
tahap kekekalan suatu skor diterima oleh responden yang konsisten
apabila diberikan ujian semula atau tujuan yang sama pada masa
yang berlainan. Menurut Kaplan dan Saccuzzo (1982), nilai
kebolehpercayaan antara 0.70 hingga 0.80 adalah nilai yang cukup
baik dalam kebanyakan tujuan asas penyelidikan, manakala Ibrahim
Mamat (1990) pula menyatakan nilai lebih dari 0.60 merupakan
nilai yang sesuai digunakan.
Dalam analisis kajian perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS). Kebolehpercayaan soal selidik dijalankan dengan
kaedah pekali Alpha Cronbach, semakin nilai a (alpha) menghampiri
1, menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai a<0.6
menunjukkan kebolehpercayaan lemah. Manakala melebihi 0.7 bagi
tahap kebolehpercayaan yang baik.
Pembolehubah Bilangan Item Koesien Alpha
Keseluruhan Soalan 140 0.9216
Konsep Kendiri Tennesse 80 0.7345
Tingkahlaku Asertif Rathus 30 0.9225
Tahap Stress Wanita 30 0.8742
Sumber: Soal Selidik Kajian Penyelidik, 2005
Jadual 1: Keputusan Analisis Alpha Cronbach Ke Atas Item
58 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
Kaedah analisis digunakan adalah statistik deskriptif yang
melibatkan taburan demograf responden dengan menggunakan
jadual kekerapan bagi mencari kekerapan dan peratusan. Taburan
kekerapan digunakan untuk melihat perbezaan tingkahlaku asertif,
konsep kendiri dan tahap stress di kalangan ibu tunggal di mana
menurut Norusis (1995), jadual silang adalah mudah dibaca dan
memberi maklumat yang lengkap.
Aras signifkan 0.05 digunakan di mana kebarangkalian (1
alpha) yang membawa parameter populasi akan terkandung di dalam
jeda keyakinan (Triola dan Franklin 1994). Sekiranya kesilapan
persampelan dikira dengan menggunakan aras keyakinan atau
signifkan 0.5 bermakna 95 diyakini bahawa nilai populasi sebenar
berada antara nilai-nilai sample penerimaan atau penolakan hipotesis
adalah berasaskan kesignifkan nilai pada aras keyakinan 0.05.
Analisis kajian dengan kaedah deskriptif menggunakan
taburan kekerapan dan peratusan tujuan menggunakan kaedah untuk
memberi gambaran tentang skor dan tahap tingkahlaku asertif,
konsep kendiri dan stress subjek kajian secara keseluruhan.
Manakala kolerasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan
antara tingkahlaku asertif dengan konsep kendiri dan tahap atres
pada signifkan 0.05 dan 0.01. Responden kajian terdiri daripada 60
orang ibu tunggal yang bekerja di sekitar Mentakab, Pahang. Hasil
analisis mendapati:~
Status Ibu Tunggal Kekerapan Peratus
Kematian suami 31 51.7
Bercerai-suami masih hidup 19 31.7
Bercerai-suami sudah meninggal 2 3.3
Tidak Bercerai-hidup berasingan 4 6.7
Belum bersuami-ada anak angkat 3 5.0
Hidup dengan suami tetapi suami tidak berupaya 1 1.7
Jumlah 60 100
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji, 2005
ANALISIS KAJIAN
59 Asertif
32%
3%
7%
5% 2%
51%
Kematian suami
Bercerai-suami masih hidup
Bercerai-suami sudah
meninggal
Tidak Bercerai-hidup
berasingan
Belum bersuami-ada
anak angkat
Hidup dengan suami tetapi
suami tidak berupaya
Jadual 2:
Taburan Kekerapan Latar Belakang
Demograf Responden
Carta 1: Taburan Kekerapan Latar Belakang
Demograf Responden
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji, 2005
Majoriti responden merupakan ibu tunggal yang suamin-
ya sudah meninggal di mana jumlahnya adalah seramai 31 orang
(5.7). Manakala jumlah kecil terdiri daripada seorang responden
yang hidup dengan suami tetapi suami tidak berupaya.
Tahap Kekerapan Peratus
Sederhana 24 40
Tinggi 36 60
Jumlah 60 100
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji,, 2005
Jadual 3: Tahap Tingkahlaku Asertif Responden
60 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
36
24
0
5
10
15
20
25
30
35
40
Sederhana Tinggi
Hasil daripada analisis mendapati seramai 24 orang responden
(40) mempunyai tahap asertiI yang sederhana manakala 36 orang
responden (60) mempunyai tahap asertiI yang tinggi.
Carta 2: Tahap Tingkahlaku Asertif Responden
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji, 2005
Jadual 4: Tahap Konsep Kendiri Responden
Tahap Kekerapan Peratus
Rendah 6 10
Tinggi 54 90
Jumlah 60 100
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji,, 2005
61 Asertif
90%
10%
Rendah
Tinggi
Carta 3: Tahap Konsep Kendiri Responden
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji, 2005
Bagi menunjukkan taburan tahap konsep kendiri responden,
sebanyak 90 responden (54 orang) mempunyai tahap kendiri
yang tinggi dan selebihnya sebanyak 10 mempunyai tahap
yang rendah.
Jadual 5: Tahap Stress Responden
Tahap Kekerapan Peratus
Rendah 58 97
Sederhana 2 3
Jumlah 60 100
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji, 2005
Jadual 5 menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 58
orang (97) mempunyai tahap stress yang rendah dan hanya 2
orang sahaja mengalami tahap stress yang sederhana.
62 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
Sederhana
Rendah
0 20 40 60
2
58
Carta 4: Tahap Stress Responden
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji, 2005
Secara keseluruhannya dapatan analisis statistik deskriptif
menunjukkan majoriti, iaitu 60 ibu tunggal mempunyai tahap
asertiI yang tinggi manakala 40 lagi mempunyai tahap asertiI
yang sederhana. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan ibu
tunggal iaitu 90 mempunyai konsep kendiri yang tinggi manakala
10 lagi mempunyai konsep kendiri yang rendah. Sebanyak 83.3
ibu tunggal mempunyai tahap stress yang sederhana manakala
selebihnya lagi mempunyai tahap stress yang rendah.
Hasil ujian kolerasi perasaan pula menunjukkan signifkan
antara jumlah pendapatan asertif tahap pendidikan dengan konsep
kendiri, jumlah pendapatan dengan konsep kendiri, jumlah
pendapatan dengan tahap stress, bilangan anak dengan tahap
stress, tingkahlaku asertif dengan konsep kendiri, tingkahlaku
asertif dengan tahap stress dan konsep kendiri tahap stress
(Jadual 6). Akhirnya kajian ini juga mendapati tiada hubungan yang
signifkan antara umur dengan tahap stress, tahap pendidikan
dengan tingkahlaku asertif, bilangan anak dengan tingkahlaku
asertif, umur dengan konsep kendiri, bilangan anak dengan konsep
63 Asertif
kendiri, umur dengan tahap stress dan tahap pendidikan dengan
tahap stress.
Bil Pembolehubah
Pekali Kolerasi
Pearson, r
1. Jumlah pendapatan dengan tingkahlaku asertif .893**
2. Tahap pendidikan dengan konsep kendiri .786**
3. Jumlah pendapatan dengan konsep kendiri .307*
4. Jumlah pendapatan dengan tahap stress -.893**
5. Bilangan anak dengan tahap stress .975**
6. Tingkahlaku asertif dengan konsep kendiri .344**
7. Tingkahlaku asertif dengan tahap stress -.435**
8. Konsep kendiri dengan tahap stress -.479**
Nota: ** Korelasi signifkan pada tahap 0.01
* Korelasi signifkan pada tahap 0.05
Jadual 6: Pembolehubah Kajian
Hasil dapatan kajian, mengenai hubungan di antara tingkahlaku
asertif dan konsep kendiri dengan tahap stress di kalangan ibu
tunggal bekerja di Mentakab Pahang di mana daripada 71 set soal
selidik yang diedarkan hanya sebanyak 60 (84.5) set soal selidik
yang telah dikembalikan semula oleh responden yang terdiri
daripada sekumpulan ibu tunggal yang bekerja (Jadual 7).
HASIL DAPATAN KAJIAN
Soal Selidik Dikembalikan
Tidak
Dikembalikan
Peratus
Ibu Tunggal di Mentakab, Pahang 58 97 71
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji, 2005
Jadual 7: Jumlah Borang Soal Selidik Yang Telah Dikembalikan
64 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
85%
15%
Dikembalikan
Tidak
Dikembalikan
Sumber: Soal Selidik Kajian Pengkaji, 2005
Carta 5: Jumlah Borang Soal Selidik Yang Telah Dikembalikan
Analisis kajian adalah berasaskan kaedah statistik deskriptif
dan statistik inferensi. Kaedah analisis data dengan menggunakan
kaedah deskriptif dijalankan dengan menggunakan taburan kekerapan
dan peratusan. Kaedah ini dapat memberi gambaran tentang skor
dan tahap asertif, tahap kendiri dan stress subjek kajian secara
keseluruhan. Manakala, kolerasi Pearson digunakan untuk menguji
hubungan antara laku asertif dengan konsep kendiri dan tahap
stress pada signifkan yang ditetapkan iaitu 0.05 dan 0.01.
Analisis dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk
memenuhi objektif iaitu:~
Taburan kekerapan latarbelakang demograf responden.
Sebaran kekerapan skor tingkahlaku asertif responden.
Sebaran kekerapan skor tahap konsep kendiri responden.
Sebaran kekerapan skor tahap stress responden.
Analisis kolerasi antara latar belakang dengan tingkahlaku
asertif responden.
Analisis kolerasi antara latar belakang dengan konsep
kendiri responden.
Analisis kolerasi antara latarbelakang dengan tahap stress
responden.
Analisis kolerasi antara tingkahlaku asertif dengan konsep
kendiri responden.

65 Asertif

Analisis kolerasi antara tingkahlaku asertif dengan tahap


stress responden.
Analisis kolerasi antara konsep kendiri dengan tahap stress
responden.
Analisis kajian mengikut hipotesis.
Rumusan mengenai hasil kajian yang telah diperolehi berdasarkan
objektif kajian, perbincangan tentang kekuatan dan kelemahan
kajian secara keseluruhan. Penyelidikan ke atas 71 orang responden
ibu tunggal yang telah dijadikan populasi kajian ini di mana
hanya 60 orang sahaja yang telah menjawab soalselidik. Di dalam
kajian ini Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
11.0 telah digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul.
Kaedah berbentuk deskriptif iaitu kekerapan dan peratus yang telah
digunakan untuk menerangkan latarbelakang demograf responden.
Manakala kaedah kolerasi Pearson digunakan untuk mendapatkan
hubungan antara tingkahlaku asertif dengan konsep kendiri dan
tahap stress di kalangan ibu tunggal bekerja.
Akhirnya, hubungan yang paling kuat dan tidak kuat
dikenalpasti berdasarkan penerimaan asas signifkan Kolerasi
Pearson yang telah ditetapkan. Perbincangan hasil kajian dapat dilihat
dari segi tingkahlaku asertif dan konsep kendiri yang dimiliki oleh
golongan ibu tunggal yang akan mempengaruhi tahap stress.
RUMUSAN DAN CADANGAN
RUMUSAN HASIL KAJIAN
Status responden menunjukkan majoriti responden merupakan ibu
tunggal yang kematian suami manakala minoriti responden hidup
dengan suami kurang upaya. Kajian ini selaras dengan kajian oleh
Demogra Responden Kajian
66 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
Holmes dan Richard Rahe dalam Marof (2001) yang mendapati
bahawa peristiwa yang paling mendatangkan stress adalah
kematian suami dan penceraian.
Peringkat umur majoriti responden ibu tunggal berumur 41
tahun ke atas dan minoriti umur responden ibu tunggal adalah 21
hingga 25 dan 26 hingga 30 tahun. Tahap stress adalah sederhana
kerana ibu tunggal yang berumur dapat mengatasi perasaan tekanan
dengan pengalaman. Ianya selaras dengan Teori Behaviourisme.
Majoriti ibu tunggal mempunyai 4 orang anak. Tekanan
stress yang tinggi dialami oleh ibu tunggal yang mempunyai
lebih dari 3 orang anak, kerana ibu tunggal tersebut terpaksa bekerja
keras untuk menyara anak-anak yang ramai. Walaupun bertentangan
dengan Rosnah / Nining (1998) yang mendapati bahawa wanita yang
mempunyai tangungan 1-3 orang mengalami stress yang lebih
berbanding dengan mereka yang mempunyai tanggungan 4-6 orang.
Tahap pendidikan majoriti responden mempunyai kelulusan
setakat SPM sahaja. Hasil kajian ini mendapati ibu tunggal yang
berpendidikan rendah mengalami stress yang tinggi berbanding
yang memiliki ijazah. Ibu tunggal dapat mempertingkatkan ekonomi
keluarga dengan kelulusan yang dipegang.
Pendapatan bulanan majoriti responden ibu tunggal bergaji
bawah RM600 sebulan. Hasil kajian ini mendapati ramai ibu tunggal
yang berpendapatan tinggi lebih stress kerana faktor kerja,
hutang dan juga tanggungan yang banyak seperti bayaran pinjaman
perumahan, kenderaan, penjagaan anak dan sebagainya.
Bagi tingkahlaku asertif, majoriti responden mempunyai tahap asertif
yang tinggi. Manakala manoriti mempunyai tahap asertif sederhana.
Hasil kajian yang dijalankan mendapati tahap asertif majoriti
responden berada pada tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun,
untuk mengekalkan tahap asertif yang tinggi, pemantauan yang
berterusan perlu dijalankan.
Tahap Kekerapan Tingkahlaku Responden (Asertif, Konsep
Kendiri dan Stress)
67 Asertif
Hasil kajian yang dijalankan mendapati tahap kendiri
majoriti responden pada tahap yang tinggi. Ianya selaras dengan
dapatan oleh Mohd Ismail (2004) yang mendapati bahawa konsep
kendiri yang positif akan juga mempunyai tahap asertif yang tinggi.
Oleh itu, konsep kendiri akan hanya dijalankan ke atas individu yang
dikenalpasti mempunyai tahap kendiri yang rendah sahaja.
Majoriti responden mempunyai tahap stress yang sederhana
manakala minoriti mempunyai tahap stress yang rendah. Tahap
stress mempunyai hubungan yang signifkan dan berhubung
secara negatif dengan tingkahlaku asertif dan konsep kendiri. Dari
itu, apabila tingkahlaku asertif dan konsep kendiri melonjak tinggi,
maka tahap stress responden adalah rendah dan sederhana.
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifkan
di anatara jumlah pendapatan dengan tingkahlaku asertif di kalangan
ibu tunggal yang bekerja di Mentakab, Pahang. Ibu tunggal yang
mempunyai pendapatan RM 1,500 sebulan mempunyai tahap asertif
yang tinggi. Tingkahlaku asertif juga menentukan kelancaran mereka
mengendalikan sesuatu situasi rumit dan sukar. Ibu tunggal yang
memperolehi pendapatan akan lebih besar, yakin dalam menghadapi
suasana harmoni iaitu untuk mendapatkan kepuasan bekerja (Willis
& Daisley, 1995).
Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pendidikan dan jumlah
pendapatan mempunyai hubungan signifikan dengan konsep
kendiri. Dapatan kajian ini memang dijangkakan, kerana
ibu tunggal yang telah mendapat pendidikan sehingga SPM
mempunyai konsep kendiri sederhana dan tinggi.
Individu yang berpendidikan dapat menilai keberkesanan
konsep kendiri yang ada dalam diri mereka untuk berhadapan
dengan situasi tertentu. Ini bersesuaian dengan teori kognitif sosial
Tingkahlaku Asertif Di Kalangan Ibu Tunggal
Konsep Kendiri Di Kalangan Ibu Tunggal
68 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
yang dikemukakan oleh Albert Bandura yang menekankan proses
kognitif untuk memahami seseorang yang berlaku dalam persekitaran
dan tingkahlaku seseorang. Ibu tunggal yang berpendidikan dapat
mengadaptasikan situasi di samping membangunkan kerjaya dengan
persekitaran kerja mereka.
Hasil kajian mendapati bahawa ibu tunggal yang mempunyai
pendapatan bulanan yang tinggi akan kurang mengalami stress.
Menurut Ross (1999), perceraian ibu bapa akan mengganggu
kehidupan jangka panjang di mana status sosio-ekonomi yang
rendah dan masalah hubungan interpersonal mempunyai hubungkait
dengan tahap stress di kalangan ibu tunggal. Ibu tunggal yang
mempunyai bilangan anak yang ramai juga mengalami stress
yang tinggi dikaitkan lagi dengan pendapatan bulanan yang rendah.
Ibu tunggal yang mempunyai tingkahlaku asertif yang tinggi
juga mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Blakemen pernah
menegaskan bahawa asertif mempunyai satu cirri penting dalam
pembinaan personaliti yang utuh (Iran Herman & Asmah Bee, 2002).
Asertif merupakan satu sikap ketahanan diri dan mampu membentuk
keyakinan diri yang tinggi untuk membangunkan konsep kendiri,
keyakinan, keterbukaan, jujur dan dapat mengawal diri.
Ibu tunggal yang mempunyai tingkah asertif yang tinggi akan
bijak menangani stress. Asertif juga seringkali dapat melahirkan
perasaan mereka yang sebenar, menuntut hak-hak mereka yang sah
dan menolak permintaan yang tidak munasabah. Pekerja yang punyai
asertif tinggi tidak akan mudah mengalami stress di tempat kerja,
menghasilkan suasana yang kondusif, jujur, berpandangan jauh,
Tahap Stress Di Kalangan Ibu Tunggal
Hubungan Antara Tingkahlaku Asertif Dengan Konsep Kendiri
Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dengan Tahap Stress
69 Asertif
menghormati orang lain, berpendirian teguh dan tidak ragu dalam
membuat keputusan (Willis & Daisley, 1995). Manakala kajian yang
dilakukan oleh Cromer (2002) mendapati orang yang mempunyai
tahap asertif yang rendah akan mudah mengalami stress yang
tinggi dalam kawalan emosi yang negatif.
Individu yang mempunyai tahap konsep kendiri yang tinggi akan bijak
menangani situasi stress yang mereka hadapi. Ahli-ahli psikologi
menamakan konsep ini sebagai penghargaan berdasarkan organisasi
(organization-based-self-esteem). Pekerja yang tinggi konsep
kendiri merasakan dirinya dipentingkan, berkelayakan, efektif, dan
diutamakan oleh organisasinya. Individu yang mempunyai konsep
kendiri yang tinggi didapati mempunyai kesejahteraan psikologi
yang tinggi.
Cadangan Kepada Organisasi
CADANGAN
Menganjurkan program latihan asertif dan konsep kendiri
bagi ibu tunggal yang mengalami stress yang tinggi.
Mereka harus dilatih supaya mempunyai tingkahlaku asertif
dan konsep kendiri yang tinggi.
Memberikan pendedahan kepada ibu tunggal yang
mempunyai tahap asertif dan konsep kendiri rendah tentang
kelebihan dan kepentingan tingkahlaku asertif dan konsep
kendiri.
Memberi perhatian kepada hubungan yang signifkan antara
ketiga-tiga faktor iaitu tingkahlaku asertif, konsep kendiri dan
tahap stress dengan jumlah pendapatan ibu tunggal.
Organisasi perlu menggalakkan golongan ibu tunggal untuk
meningkatkan tahap pendidikan ataupun kemahiran.

Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dengan Tahap Stress


70 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress

Organisasi digalakkan untuk memberi sedikit ruang


kepada ibu tunggal yang mempunyai anak ramai untuk
memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka seterusnya dapat
mengurangkan tahap stress ketika bekerja.
Mengadakan latihan asertif untuk menangani stress
seperti latihan kemahiran, pengurangan kebimbangan dan
pengstrukturan semula kognitif.
Cadangan Kepada Pengkaji-Pengkaji Akan Datang
Memerlukan bilangan responden yang lebih ramai untuk
mendapatkan jumlah sampel yang lebih efektif untuk kajian
ini
Bagi mengelak subjek menjawab hanya berdasarkan
perasaan umum, dicadangkan pengkaji dapat menyelidik
dan menimbulkan suatu situasi stress.
Pengkaji juga boleh membuat kajian yang serupa dalam
membuat perbandingan ke atas golongan ibu tunggal di
organisasi-organisasi seperti kerajaan atau bukan kerajaan.
Pengkaji lain disaran untuk membuat kajian ke atas
pembolehubah bersandar yang lain seperti mengkaji
hubungan antara tingkahlaku asertif dan konsep kendiri
dangan prestasi kerja.

Hasil keseluruhan kajian menunjukkan majoriti responden


mempunyai tahap asertif dan konsep kendiri yang tinggi. Manakala
responden mengalami tahap stress yang sederhana. Terdapat
hubungan yang signifkan antara jumlah pendapatan dengan asertiI,
tahap pendidikan, bilangan anak dengan tahap stress, tingkahlaku
asertif, tingkahlaku asertif dengan tahap stress dan konsep kendiri
KESIMPULAN
71 Asertif
dengan tahap stress. Tidak ada hubungan yang signifkan antara
ditunjukkan di antara umur, bilangan anak dan tahap pendidikan
dengan stress yang berlaku. Begitu juga dengan tahap pendidikan
dan bilangan anak dengan tingkahlaku asertif serta peringkat umur
dengan konsep kendiri itu sendiri.
Kesimpulannya, hasil kajian ini telah menyokong beberapa
kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lain dan kekal dengan
model yang disarankan oleh para sarjana. Adalah diharap agar
kajian ini dapat membantu pelbagai pihak dalam meningkatkan
keberkesanan pengurusan organisasi.
RUJUKAN
Abu Nur Muizuddin (2000), Tabiat Orang Yang Berjaya. Jasmin
Enterprise, Kuala Lumpur.
Alahana Baharun (2004), Motivasi Diri & Kesabaran Asas Kejayaan.
IQRA Publications Pandan Jaya, Kuala Lumpur.
Anatasi (1982). Evaluating Concept of Test Validation. Annual
Review Phychology. Vol 37.P1-15.
Bandura, A., (1973). Dalam Habibah, E. Noran Fauziah, Y (2002).
Psikologi Personaliti, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Biblarz, T.J., & Gottainer, G., (2002). Family Structure and The
Childrens Success: Comparisan of Widows and Single-
Mother Families. Journal of Marriage and The Family. Vol
62. Issues 2. p 533.
Burley-Allen, M. (1983). Managing Assertively : How To Improve
People Skill. Canada : John Wiley and Sons, Inc.
Caputo, J.S (1984). The Assertiveness Librarian. United Kingdom :
The Oryx Press.
Carl Rogers (1951) Dalam Arnold H.B., (1995). Personality:
Temperature, Social Behaviour and The Self. Allyn and
Bacon.
72 Hubungan Di Antara Tingkahlaku Asertif Dan Konsep Kendiri Dengan Stress
Carlson, N,R Dalam Habibah dan Noran Fauziah (2002),
Psikologi Personaliti. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Charlesworth dan Nathan (1982) dalam Mahmood Nazar (1990).
Pengantar Psikologi : Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkahlaku Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Croner, C.J. (2002), Assertiveness, Social Support and Susceptibility
To Deprestion and Analysis Using Induced Mood.
Peter Shephard, Dr. (1989), Ke mana Arah Hidup Anda : Panduan
Perancangan Hidup dan Kerjaya, Times Books International
Singapura.
HM Tuah Iskandar Al-Haj, Dr. (2001), Membina Imaginasi
Cemerlang: Motivasi Diri. Karya Bistari Sdn. Bhd. Petaling
Jaya, Selangor.
Macneilage, L.A. & Adam K.A. (1982), Assertiveness At Work:
How To Increase Your Personel Power On The Job. New
Jarsey.
Mahmood Nazar. M (1990), Penghantar Psikologi: Satu
Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia.
Dewan dan Pustaka.
Sherrie Weaver (1996), Stress or Sanity. Great Quotation Inc.
Glendale Height IL Printed in Hong Kong.
Zuraida Abdul Rahman (1994), Kaunseling Dalam Pengurusan.
Times Publications Pte. Ltd. Singapore.
73
Asertif
Kajian ini membincangkan tentang kesan latihan asertif kepada
tegas diri di kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap di negeri
Johor Darul Takzim. Kajian ini telah di lakukan terhadap 30 orang
ibu tunggal dari Pusat Pertubuhan Ibu Tunggal Johor (C.A.R.E).
Kesan latihan asertif kepada tahap tegas diri di kalangan ibu tunggal
yang berpendapatan tetap ini diukur dengan menjalankan ujian pra
dan ujian pos. Keputusan daripada ujian pra dan ujian pos ini akan
menunjukkan samada berlaku peningkatan atau penurunan terhadap
tahap tegas diri di kalangan ibu tunggal. Hasil daripada ujian t yang
dijalankan didapati nilai p adalah lebih daripada aras signifkan iaitu
0.05. Ini menunjukkan terdapat kesan latihan asertif terhadap tegas
diri di kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap antara ujian
pra dan ujian pos.
ABSTRAK
HAMDAN BIN ABDUL KADIR
UMMI HABIBAH ABD RANI
4
KESAN LATIHAN ASERTIF
TERHADAP TEGAS DIRI DI
KALANGAN IBU TUNGGAL YANG
BERPENDAPATAN TETAP
Di Malaysia, definisi ibu tunggal lebih berfokus kepada wanita-
wanita yang telah berkahwin tetapi telah kematian suami dan
PENGENALAN
74
Latihan Asertif Terhadap Ibu Tunggal Berpendapatan Tetap
mereka ini termasuk dalam golongan yang terpaksa memilih
hidup sebagai ibu tunggal (Rohaty Mohd Majzub dan Muhammad
Rais Abdul Karim, 1999). Ibu tunggal adalah wanita yang
kematian suaminya dan dia terpaksa meneruskan tugas untuk
membesarkan anak-anaknya, wanita yang telah bercerai dengan
suaminya dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya, wanita
yang masih bersuami tetapi keadaannya digantung tanpa bertali
kerana tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya
dan anak-anaknya.
Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji kesan latihan asertif
terhadap tegas diri di kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap
di negeri Johor. Tingkah laku tegas diri di kalangan ibu tunggal perlu
diutamakan dan dijadikan suatu kepentingan. Menurut Noraini Ahmad
(2001), tegas diri bermaksud keupayaan menyatakan tidak kepada
sesuatu permintaan yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk
dan sebagainya. Menurut Peraturan Skrip Tegas Diri DESC yang
diperkenalkan oleh Bower dan Bower 1976, individu yang bertingkah
laku asertif akan berupaya untuk menjelaskan tingkah laku individu
lain secara objektif, meluahkan perasaan secara tenang dan sabar,
menentukan apa yang diinginkan serta menjelaskan sebab akibat jika
menolak ataupun menerima perubahan sesuatu tingkah laku itu.
Lange, Rimm dan Lockley (1975), dan Fritchie dan Melling
(1991), menyatakan bahawa latihan asertif juga merangkumi
tanggungjawab jurulatih dalam perkara-perkara seperti menerangkan
kepada klien bahawa mereka ada hak untuk bersikap tegas diri,
mengenal pasti tingkah laku klien yang perlu dimodifkasi menjadi
tegas diri dan menggalakkan klien untuk melakukan tingkah laku
tegas diri dengan lebih efektif.
Pogram-program latihan asertif ini diadakan bertujuan
bagi membantu ibu-ibu tunggal menghadapi kehidupan yang
mendatang yang lebih yakin untuk berhadapan dengan orang
ramai yang beranggapan buruk terhadap satus ibu tunggal. Melalui
program-program latihan asertif ini juga mereka dapat bergaul dan
meluaskan lingkaran sosial mereka sekaligus dapat memantapkan
75
Asertif
diri serta meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri mereka.
Pelbagai latihan asertif telah diberikan kepada golongan ibu
tunggal ini bagi memantapkan jati diri mereka dalam menempuh
kehidupan mereka. Pelbagai kajian telah dijalankan bagi
memastikan keberkesanan setiap program latihan agar objektif
dan matlamat latihan dapat dicapai bagi membentuk tegas diri
yang positif di kalangan ibu tunggal.
HIPOTESIS KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan latihan asertif
terhadap tegas diri di kalangan kumpulan eksperimen ibu tunggal
berpendapatan tetap. Dalam bahagian ini terdapat, satu hipotesis
utama bagi mengkaji kesan latihan asertif kepada tegas diri di
kalangan ibu tunggal berpendapatan tetap.
Ho1 : Tidak terdapat kesan latihan asertif terhadap tegas diri di
kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap antara ujian pra dan
ujian pos.
DAPATAN KAJIAN
Analisis terhadap Ibu Tunggal Berpendapatan Tetap
Analisis kajian terhadap ibu tunggal berpendapatan tetap dalam
kumpulan eksperimen adalah merangkumi latar belakang responden,
status ibu tunggal, dan pendapatan.
Latar Belakang Responden
Sampel kajian bagi kumpulan eksperimen ibu tunggal yang
berpendapatan tetap adalah seramai 30 orang dan berikut merupakan
huraian maklumat peribadi responden.
76
Latihan Asertif Terhadap Ibu Tunggal Berpendapatan Tetap
Status Ibu Tunggal
Status Ibu Tunggal Kekerapan Peratusan
Kematian suami 15 50.0
Bercerai dan suami masih hidup 9 30.0
Tidak bercerai dan hidup berasingan 3 10.0
Bercerai dan suami sudah meninggal 1 3.3
Belum bersuami tetapi ada anak angkat 1 3.3
Hidup dengan suami tetapi suami tidak berupaya 1 3.3
Jumlah 30 100.0
Jadual 2.1: Taburan Kekerapan Status Ibu Tunggal
Berdasarkan Jadual 2.1, data menunjukkan bahawa majoriti
responden merupakan golongan ibu tunggal yang kematian suami
(50%). Selain itu, terdapat sembilan orang (30%) responden terdiri
daripada golongan ibu tunggal yang sudah bercerai dan suami
yang masih hidup. Manakala terdapat seramai tiga orang (10%)
ibu tunggal yang masih tidak bercerai tetapi hidup berasingan
dengan suami.
Status ibu tunggal pula dikategorikan kepada beberapa kumpulan
iaitu ibu tunggal yang kematian suami, bercerai dan suami masih
hidup, bercerai dan suami sudah meninggal, tidak bercerai dan
hidup berasingan, belum bersuami dan mempunyai anak angkat
dan kumpulan terakhir adalah hidup dengan suami tetapi suami
tidak berupaya. Jadual 2.1 di bawah menunjukkan secara terperinci
tentang kekerapan dan peratusan status ibu tunggal dalam kumpulan
eksperimen berpendapatan tetap.
77
Asertif
Pendapatan Kekerapan Peratusan
RM 2000 hingga RM 2499 1 3.3
RM 1500 hingga RM 1999 4 13.3
RM 1000 hingga RM 1499 16 53.4
RM 500 hingga RM 999 8 26.7
RM 499 ke bawah 1 3.3
Jumlah 30 100.0
Jadual 2.2:
Taburan Kekerapan Ibu Tunggal
Mengikut Pendapatan
Bagi pendapatan ibu tunggal dalam kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan berpendapatan tetap pula dibahagikan kepada
beberapa kumpulan iaitu pendapatan antara RM 4000 dan ke atas,
RM 3500 hingga RM 3999, RM 3000 hingga RM 3499, RM 2500
hingga RM 2999, RM 2000 hingga RM 2499, RM 1500 hingga
RM 1999, RM 1000 hingga RM 1499, RM 500 hingga RM 999 dan
kurang daripada RM 499. Jadual 2.2 di bawah menunjukkan taburan
kekerapan ibu tunggal kumpulan eksperimen mengikut pendapatan.
Majoriti responden dalam Jadual 2.2 menunjukkan seramai
16 orang (53.3%) berpendapatan antara RM 1000 hingga RM
1499. Manakala seramai 8 orang (26.7%) responden berpendapatan
antara RM 500 hingga RM 999. Selain itu, seramai 4 orang (13.3%)
responden berpendapatan antara RM 1500 hingga RM 1999.
Sementara itu, ibu tunggal yang berpendapatan antara RM 2000
hingga RM 2499 dan RM499 ke bawah adalah seorang sahaja (3.3%).
Secara keseluruhannya, seramai 29 orang (96.7%) berpendapatan
RM 2000 ke bawah.
Pendapatan
78
Latihan Asertif Terhadap Ibu Tunggal Berpendapatan Tetap
Tahap tegas diri bagi ibu tunggal berpendapatan tetap dalam
kumpulan eksperimen dan dibahagikan kepada dua iaitu ujian pra
dan pos.
Tahap tegas diri ibu tunggal berpendapatan tetap dalam kumpulan
eksperimen bagi ujian pra ditunjukkan dalam Jadual 2.3.
Tahap Tegas Diri (Ujian Pra) Kekerapan Peratusan
Tahap Tegas Diri Rendah 12 40.0
Tahap Tegas Diri Tinggi 18 60.0
Jumlah 30 100.0
Jadual 2.3: Tahap Tegas Diri bagi Ujian Pra
Berdasarkan Jadual 2.3, didapati bahawa seramai 12 orang
(40%) responden ibu tunggal dalam kumpulan eksperimen yang
berpendapatan tetap mempunyai tahap tegas diri yang rendah sebelum
latihan tegas diri diberikan kepada mereka. Manakala seramai 18
orang (60%) lagi mempunyai tahap tegas diri yang tinggi.
Tahap tegas diri ibu tunggal berpendapatan tetap dalam kumpulan
eksperimen bagi ujian pos ditunjukkan dalam Jadual 2.4.
Tahap Tegas Diri bagi Ujian Pra dan Pos
Tahap Tegas Diri bagi Ujian Pra
Tahap Tegas Diri bagi Ujian Pos
79
Asertif
Jadual 2.4 di atas pula menunjukkan tahap tegas diri
responden selepas latihan ketegasan. Didapati bahawa berlaku
peningkatan terhadap responden yang mempunyai tahap tegas diri
yang tinggi daripada 18 orang (60%) kepada 28 orang (93.3%).
Manakala tahap tegas diri yang rendah pula mengalami penurunan
daripada 12 orang (40%) kepada 2 orang (6.7%).
RUMUSAN KAJIAN
Ho1 : Tidak terdapat kesan latihan asertif terhadap tegas diri di
kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap antara
ujian pra dan ujian pos. Jadual 3.1 menunjukkan kesan
latihan asertif terhadap tegas diri ibu tunggal yang
berpendapatan tetap antara ujian pra dan ujian pos.
Tahap Tegas Diri (Ujian Pos) Kekerapan Peratusan
Tahap Tegas Diri Rendah 2 6.7
Tahap Tegas Diri Tinggi 28 93.3
Jumlah 30 100.0
Jadual 2.4: Tahap Tegas Diri bagi Ujian Pos
Analisis Ujian-t bagi Hipotesis Kajian
Analisis dapatan kajian di bahagian ini pula, secara khususnya akan
menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan hipotesis kajian
yang telah dibina di awal kajian.
80
Latihan Asertif Terhadap Ibu Tunggal Berpendapatan Tetap
Merujuk Jadual 3.1, hasil daripada ujian t yang dijalankan
didapati nilai p adalah lebih daripada aras signifkan iaitu 0.05. Ini
menunjukkan terdapat kesan latihan asertif terhadap tegas diri di
kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap antara ujian pra dan
ujian pos. Jika u1= u2, kebarangkalian kita memperoleh perbezaan
sekurang-kurangnya perbezaan yang ditunjukkan dalam sampel
anggaran (lebih kurang) sebesar 0.00. memandangkan kebarangkalian
berlakunya fenomena ini adalah kecil (kurang daripada 0.05 atau
5.0%), maka Ho ditolak (yang menyatakan u1= u2). Ini bermakna
wujud perbezaan min secara signifkan (iaitu u tidak sama u2) bagi
pembolehubah tegas diri ujian pra dan ujian pos yang dikaji. Oleh
itu, wujud perbezaan min antara ujian pra dan ujian pos.
Pembolehubah Kajian Keputusan Min Perbezaan
Arah Signikan Tolak/Tidak Tolak Ho
1. Kesan latihan
asertif kepada tegas
diri ibu tunggal
berpendapatan
tetap antara ujian
pra ujian pos.
0.00 Tolak Ho
Tegas Diri Min Ujian t Nilai p Kesimpulan
Ujian Pra 104.47 -6.42 0.00 Tolak Ho
Ujian Pos 122.77 (0.00<0.05)
Jadual 3.1: Kesan Latihan Asertif terhadap Tegas Diri Iu Tunggal yang
Berpendapatan Tetap antara Ujian Pra dan Ujian Pos.
Aras signifkan 0.05
u1 adalah min skor ujian pra
u2 adalah min skor ujian pos
u1-u2 adalah ujian perbezaan ujian pra dan pos
81
Asertif
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan
positif terhadap latihan asertif terhadap tegas diri di kalangan ibu
tunggal berpendapatan tetap. Berdasarkan Jadual 3.2, hasil ujian
t menunjukkan perbezaan yang signifkan. Analisis data dibuat
berdasarkan hipotesis. Hipotesis Ho1 menunjukkan perbezaan yang
signifkan.
Tahap tegas diri ibu tunggal berpendapatan tetap didapati
tinggi kerana ibu tunggal yang berpendapatan tetap mempunyai
sumber ekonomi yang lebih stabil dan terjamin, mempunyai emosi
yang lebih stabil, bertingkahlaku, tegas diri serta berjaya menjalani
latihan asertif dengan berkesan. Ini disokong oleh dapatan kajian
oleh Davis, Avison dan McAlphine (1997) yang menyatakan
bahawa ibu tunggal yang kurang mendapat pendidikan tidak akan
memperoleh pendapatan tetap. Terdapat perbezaan yang nyata
terhadap kesan latihan asertif terhadap tegas diri di kalangan ibu
tunggal yang berpendapatan tetap dalam ujian pra dan ujian pos.
ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bagi kedua-dua
pembolehubah ini selepas latihan asertif diberikan kepada mereka.
Selain itu, wujud perbezaan ke atas peningkatan terhadap kesan
latihan asertif di kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap
sebelum dan selepas menghadiri program latihan ketegasan yang
telah dijalankan. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang
diperoleh oleh Carolyn (1992). Latihan asertif yang diikuti dapat
mengubah tingkah laku individu menjadi lebih rasa hormat kepada
diri sendiri, membantu individu berani menyatakan tidak serta
melahirkan perasaan yang positif (Flower, 1978). Latihan asertif ini
amat sesuai dijalankan kepada wanita (Butler, 1973). Latihan asertif
yang dihadiri ini juga boleh memberikan kesedaran yang tinggi
kepada ibu tunggal selain daripada dapat menambah pengetahuan
dan kemahiran.
Jadual 3.2: Rumusan Analisis Ujian t
82
Latihan Asertif Terhadap Ibu Tunggal Berpendapatan Tetap
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan latihan asertif kepada
tegas diri di kalangan ibu tunggal berpendapatan tetap di Johor
Bahru. Kajian ini menggunakan pendekatan fenomenologi yang
di namakan sebagai Model Konsepsual Holistik Kitaran Bersepadu
Maklum Balas Individu Ibu Tunggal. Model ini menjelaskan
hubungan yang menyeluruh dalam pembinaan tingkah laku tegas
diri yang berjalan secara seiringan. Menurut Donna (1981), latihan
asertif dapat membantu kaum wanita terutamanya ibu tunggal
menangani masalah berkaitan kerjaya. Model ini juga direka khusus
untuk mengkaji atau mengukur kesan ke atas rawatan selama 8
minggu. Tegas diri ibu tunggal dipengaruhi oleh latihan asertif yang
telah dijalankan.
Kaedah Ujian t berpadanan telah digunakan untuk mengkaji
kesan latihan asertif terhadap tegas diri di kalangan ibu tunggal
berpendapatan tetap. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan
bahawa latihan asertiI ini telah memberikan kesan yang signifkan
kepada tegas diri di kalangan ibu tunggal. Ini dapat dibuktikan
dengan peningkatan peratus yang ketara di kalangan ibu tunggal
berpendapatan tetap dalam kumpulan eksperimen sebelum dan
selepas menghadiri latihan asertif. Secara tidak langsung ini
membuktikan bahawa rawatan yang diberikan dalam bentuk latihan
asertif selama lapan minggu adalah berkesan. Dapatan ini bertepatan
dengan kajian yang dilakukan oleh Fiedler (1979) dan Stake, Daville
dan Pennell (1983) yang mendapati bahawa setelah menjalani latihan
asertif, individu akan mengalami perubahan dan peningkatan yang
lebih tinggi.
DiMalaysia, bidang tegas diri kurang dikaji berbanding dengan
kajian dalam bidang sosialogi dan psikologi. Oleh itu, semua pihak
perlulah bersama-samaa berganding bahu dan menggembling tenaga
bagi mengambil kira keperluan latihan asertif ini sama ada dengan
pengubahan dasar mahupun merangka program asertif diri dalam
kepelbagaian aspek. Organisasi yang terlibat dengan Pembangunan
PERBINCANGAN
83
Asertif
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan latihan ketegasan kepada
tegas diri ibu tunggal yang berpendapatan tetap. Kajian ini dapat
memberikan saranan dan panduan bagi melaksanakan program
terancang seperti latihan ketegasan yang bertujuan untuk membina
ketrampilan dan keyakinan diri golongan ibu tunggal. Aktiviti-aktiviti
program yang berkaitan haruslah mengandungi unsur-unsur atau
elemen-elemen tegas diri dan disiplin diri dalam latihan mengawal
emosi dan jiwa ibu tunggal (Galassi dan Galassi, 1977). Secara
holistiknya, program latihan dan kokurikulum kursus yang berteraskan
pembinaan perlakuan tegas diri seharusnya menyediakan peluang
bagi ibu tunggal melengkapkan diri mereka agar teguh menghadapi
situasi-situasi tekanan dalam pelbagai urusan kehidupan mereka.
Individu yang mempunyai tegas diri yang tinggi akan mendorong
untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan akan membina tingkah
laku yang positif. Tambahan pula, ibu tunggal perlu menangani
konfik dalam kehidupan mereka terlebih dahulu. Menurut Maznah
Shamsuddin (1999), terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani
dan ditempuhi secara bijaksana oleh seseorang ibu tunggal. Menurut
bliau, ibu tunggal harus disemai dengan pembentukan minda yang
positif. Mereka tidak harus tenggelam setelah ketiadaan suami. Bagi
membantu ibu-ibu tunggal ini diharapkan hasil yang diperolehi
daripada kajian ini akan dapat menolong mereka memahami betapa
pentingnya menjadi insan yang tegas dalam mengharungi kehidupan.
Seterusnya nilai perlakuan tegas diri dapat dimanfaatkan kepada
anak-anak.
PENUTUP
Ibu Tunggal, Pembuat-pembuat Dasar, NGO, Pengajian Tinggi dan
Kaunselor perlulah menganjurkan beberapa program berunsurkan
latihan asertif secara berterusan bagi meningkatkan tahap tegas diri
yang lebih tinggi dalam diri ibu-ibu tunggal.
84
Latihan Asertif Terhadap Ibu Tunggal Berpendapatan Tetap
RUJUKAN
Bower, S.A dan Bower, G.H (1976). Asserting Yourself A Practical
Guide for Positive Change. New York : Addison Wesley Co.
Butler, P.E (1973). Assertive Training : Teaching Women Not to
Discriminate Agaonts Themselves. Eric : ED082103.
Davies, L., Avison, W.R., dan McAlphine, D.D (1997). Signifcant
Life Experiences and Depression Among Single and Marriage
Mother. Journal of Marriage and Family. 294-308.
Fiedler, P. (1979). Effect of Assertive Training on Young Adults.
Adolescence. 14. 523-528.
Donna M. (1981). Uses of Assertiveness Training for Women in
Midlife Crisis. American Psychological Association : 10.
Flowers, J.V. (1978). Approaches to Assertive Training. Monterey :
Brooks/Cole Publishing Co.
Fritchie, R., dan Melling, M. (1991). The Business of Assertiveness :
A Practical Guide to Being More Effective in the Workplace.
London: BBC Books, BBC Enterprise Limited.
Galassi, D.M., dan Galassi, P.J. (1991). Asserting Yourself, How to
be Your Own Person. New York: Human Sciences Press.
Lange, A.J., Rimm, D.C. dan Lockley, J. (1975). Cognitive Behavior
Assertion. Assertive Training Procedures. 5. 37-41.
Maznah Shamssudin (1999). Ibu Tunggal: Kajian Terhadap Konteks
Kemampuan Pengurusan Kekeluargaan. Projek Ijazah
Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Noraini Ahmad. (2001). Asertif dan Komunikasi. Utusan Publications
and Distributors. Kuala Lumpur.
RohatyMohdMajzub dan Muhammad Rais Abdul Rahim (1999). Ibu
Tunggal Menelusuri Rintangan Hidup dengan Keyakinan.
Selangor : Pelanduk Publications.
Stake, J.E., Deville, C.J dan Pennell, C.L. (1983). The Effect of
Assertive Training on The Performance Self Esteem of
Adolescent Girls. Journal of Youth and Adolescent Girls, 5,
435-422.
85 Asertif
Kajian merupakan tinjauan mengenai hubungan antara tingkah laku
asertiI dengan pendekatan penyelesaian konfik di kalangan guru-
guru di Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru. Tujuan utama
kajian ini adalah untuk mengenalpasti tingkah laku asertiI guru-
guru, pendekatan penyelesaian yang kerap digunakan dan hubungan
antara tingkah laku asertiI dengan pendekatan penyelesaian konfik.
Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden berada pada tahap
tingkah laku asertif sederhana manakala pendekatan penyelesaian
konfik yang kerap digunakan adalah pendekatan pengelakan, diikuti
akomodasi dan paling kurang menggunakan pendekatan persaingan.
Hasil ujian korelasi Spearman menunjukkan tidak terdapat hubungan
yang signifkan tingkah laku asertiI dengan kelima-lima pendekatan
penyelesaian konfik.
ABSTRAK
HAMDAN BIN ABD KADIR
TAN BEE TIN
UMMI HABIBAHABD RANI
5
HUBUNGAN TINGKAH LAKU
ASERTIF DENGAN PENDEKATAN
PENYELESAIAN KONFLIK DI
KALANGAN GURU : SATU KAJIAN KES
DI SEKOLAH MENENGAH FOON YEW,
JOHOR BAHRU
86 Hubungan Tingkah Laku Asertif Dengan Pendekatan Penyelesaian Konik
Konfik ialah suatu suasana di mana seseorang terperangkap di
antara dua keadaan atau matlamat yang tidak boleh dicapainya tanpa
mengenepikan yang satu lagi. Disebabkan konfik akan muncul di
mana terdapatnya interaksi manusia, maka secara umumnya, manusia
tidak akan dapat melarikan diri daripada berhadapan dengan konfik
dalam kehidupan.
Tinjauan teori konfik telah mengetengahkan sejumlah
pengamatan. Pertama, banyak sarjana menulis mengenai sifat dan
teori konfik, terutamanya berhubung dengan peperangan. Kedua,
kurang kesepakatan antara pandangan histories mengenai konfik
manusia. Ketiga, kajian yang berkaitan dengan teori ilmu politik,
ada yang mengarah ke pecarian paradigma yang dominan.
Konfik boleh berlaku dalam mana-mana jenis atau struktur
masyarakat akibat tuntutan individu atau kelompok yang bertentangan
dari semasa ke semasa. Menurut Robbins (1988), terdapat tiga
pandangan tentang konfik. Pandangan tradisional menganggap
konfik itu sebagai sesuatu yang negatiI dan perlu dielakkan. Konfik
dianggap buruk dan berkait rapat dengan keganasan, destruksi dan
tidak rasional. Konfik mengikut defnisi ini adalah membahayakan
dan harus dielakkan.
Konfik antara individu dan antara kumpulan dalam sesebuah
organisasi akan mempengaruhi perkembangan organisasi. Konfik
dikatakan bersifat positif sekiranya ia membawa kebaikan kepada
organisasi. Kadang-kala konfik membuatkan seseorang individu,
kumpulan ataupun jabatan itu mengeluarkan pendapat yang lebih
inovatiI dan bernas jika dibandingkan dengan hari-hari biasa yang
tanpa tekanan dari konfik. Sebaliknya konfik yang bersiIat negatiI
akan membawa keburukan kepada organisasi.
Menurut kajian yang dibuat oleh Amerika Management
Association, respondennya yang terdiri daripada ketua eksekutif,
penolong pengarah dan pegawai biasa menggunakan 24% daripada
masa kerja mereka untuk menguruskan konfik. Kadar pengurusan
konfik merupakan satu topik yang sama atau lebih sedikit
PENGENALAN
87 Asertif
pentingnya jika dibandingkan dengan masa yang ditumpukan
pada perancangan, komunikasi, motivasi atau membuat keputusan
(Sabitha, 1996). Oleh itu, konfik dikatakan memberikan kesan yang
tidak bermanfaat kerana ia wujud ekoran dari sistem komunikasi
yang lemah, kurang kepercayaan di antara ahli dalam organisasi dan
kurang mengamalkan sikap terbuka di kalangan pekerja.
Konfik berlaku setiap hari tetapi cara bertindak ke atasnya
adalah berbeza-beza. Dengan itu, cara-cara penyelesaian konfik
harus dikaji secara teliti memandangkan ia mempunyai kesan yang
mendalam ke atas kehidupan harian manusia.
Dalam melihat pendekatan penyelesaian konfik yang digunakan
oleh seseorang, kita juga boleh melihat sama ada terdapat hubungan
antara pendekatan yang digunakan dengan tingkahlaku asertif
seseorang seperti yang disarankan dalam teori-teori dan model yang
dicadangkan oleh para sarjana.
Asertif dianggap sebagai salah satu tret utama personaliti
dan gagasan psikologi. Ia amat penting kerana ia mempunyai kaitan
yang rapat dan memberi kesan kepada tret-tret personaliti yang
lain yang akhirnya terjelma melalui pola tingkah laku. Blakeman,
seorang Profesor di George Brown College Amerika Syarikat
pernah menegaskan bahawa asertif merupakan satu ciri penting
dalam pembinaan personaliti yang utuh (Iran Herman dan Asmah
Bee, 2002).
Tingkahlaku asertif mempunyai kelebihan. Apabila
seseorang pekerja mempunyai perlakuan asertif, maka tekanan kerja
akan berkurangan. Selain daripada itu, suasana kerja yang kondusif
juga akan dapat diwujudkan. Prospek kerjaya juga akan menjadi
lebih cerah dan tumpuan yang diberikan akan menghasilkan kerja
yang lebih produktiI. Dengan itu, konfik yang dihadapi mungkin
berkurangan dan pendekatan penyelesaian konfik yang digunakan
juga akan berbeza berbanding dengan orang yang mempunyai
tahap asertif yang rendah. Sebaliknya, orang yang mempunyai
tahap asertif yang rendah akan mendorong orang lain terutamanya
rakan mengambil kesempatan ke atas diri mereka. Keadaan ini akan
meningkatkan lagi konfik antara individu.
88 Hubungan Tingkah Laku Asertif Dengan Pendekatan Penyelesaian Konik
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan tingkah laku asertif
dengan pendekatan penyelesaian konfik dikalangan guru : satu
kajian kes di sekolah menengah Foon Yew, Johor Bahru. Secara
khususnya kajian ini akan mengenalpasti :
Tingkah laku asertif di kalangan guru
Pendekatan penyelesaian konfik yang digunakan
oleh guru
Hubungan antara tingkahlaku asertif dengan pendekatan
penyelesaian konfik yang digunakan oleh guru
1)
2)
3)
KAJIAN LITERATUR
Pada tahun 1949, Deutsch telah mengemukakan Teori Kerjasama
dan Persaingan dan melihat kesannya ke atas kefungsian kelompok
kecil. Sesuatu situasi akan dianggap sebagai kerjasama jika kawasan
matlamat untuk individu boleh dimasuki oleh individu tersebut
hanya apabila individu lain juga boleh samapai ke kawasan matlamat
mereka. Dalam situasi persaingan pula, jika kawasan matlamat untuk
individu telah dimasuki, maka individu lain tidak dapat sampai ke
kawasan matlamat mereka.
Blake dan Mouton (1964) telah mendapat ilham daripada
teori tersebut untuk membentuk skema lima cara penyelesaian
konfik berdasarkan, The Managerial Grid. Mereka menyarankan
lima cara penyelesaian konfik iaitu konIrontasi, kompromi,
penarikan diri, kelicinan dan paksaan. Grid yang dibentuk
ditunjukkan dalam rajah 3.1.
Posisi (1,1) adalah kaedah penarikan diri yang mempunyai
tahap asertif dan kerjasama yang rendah. Pengurus yang menggunakan
kaedah ini akan mengelak daripada terlibat dalam konfik. Grid
(1,9) menunjukkan kaedah perlicinan yang mempunyai tingkah
laku asertif yang rendah dan tahap kerjasama yang tinggi. Pengurus
89 Asertif
Jadual 2.1: Grid Blake dan Mouton (1964)
akan cuba membuat semua orang gembira dan menggunakan cara
menang-kalah untuk menguruskan konfik.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
1,9
Kelicinan
1,1
Penarikan Diri
5,5
Kompromi
9,9
Konfrontasi
9,1
Paksaan
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Asertif
Grid (5,5) menunjukkan pengurus akan menggunakan cara
kompromi apabila berdepan dengan konfik. Pada tahap ini tingkah
laku asertif dan tahap kerjasama adalah sederhana. Pengurus akan
bertolak ansur dengan pihak lawan dan kebiasaannya kaedah ini
digunakan jika pengurus terpaksa bertegas dan menunjukkan
dia yang berkuasa dalam membuat keputusan. Dalam keadaan
ini, pengurus akan mendapat kerjasama yang rendah daripada
subordinat. Pengurus akan mengunakan kuasa yang dimilikinya
untuk memastikan kehendaknya dipenuhi. Pengurus ini mempunyai
tahap asertif yang tinggi tetapi tahap kerjasama adalah rendah.
Kaedah konfrontasi, grid (9,9) merupakan cara penyelesaian
masalah yang dikatakan terbaik dalam menguruskan konfik (Blake
dan Mounton, 1964). Kaedah ini melibatkan tahap tingkah laku
asertif dan tahap kerjasama yang tinggi. Pengurus akan memberi
K
e
r
j
a
s
a
m
a
90 Hubungan Tingkah Laku Asertif Dengan Pendekatan Penyelesaian Konik
Sumber K. Thomas Confict and Negotiation Process ni
Organization dalam Abdul Razak dan Ainin (2000). Gelagat Organisasi.
Kuala Lumpur : Prentice Hall
peluang kepada subordinat untuk meluahkan perasaan dan pendapat
sebelum konfik diselesaikan.
Kilmann dan Thomas (1975) menginterpretasikan semula
skema ini dan memperkembangkannya kepada persaingan,
kolaborasi, pengelakan, akomodasi dan kompromi. Dalam skema
ini, beliau mencerminkan beberapa dimensi asas tingkah laku konfik
antara perseorangan yang dapat membantu dari segi pemahanan
tentang personaliti dan ciri-ciri dalaman seseorang individu semasa
menyelesaikan konfik. Antaranya ialah :
dimensi kerjasama iaitu cuba memuaskan hati pihak lain
dimensi asertif iaitu cuba memuaskan kehendak sendiri
dimensi integriti iaitu cuba memuaskan kedua-dua pihak
yang berkonfik
dimensi distributif iaitu menilai secara nisbah supaya
kepuasan diperolehi oleh kedua-dua pihak yang berkonfik
i)
ii)
iii)
iv)
Dimensi Integratif
Persaingan
Pengelakan Akomodasi
Dimensi Distributif
Kolaborasi
Tinggi
Rendah
Rajah 3.2: Model Dimensi Niat Dalam Mengatasi Konfik
91 Asertif
Rajah 3.2 menunjukkan lima kaedah penyelesaian konfik yang
disarankan oleh Kilmann dan Thomas (1975). Daripada model ini, Kilmann
dan Thomas telah melihat kaedah. Penyelesaian konfik melalui dua
dimensi utama iaitu tahap asertif dan tahap kerjasama. Thomas
telah menyenaraikan lima kaedah penyelesaian konfik kepada
persaingan, kolaborasi, pengekalan, akomodasi dan kompromi.
M. A. Rahim (1983) juga telah mengubahsuai Grid Blake
dan Mouton dengan menukarkan posisi grid tersebut kepada
pengelakan, suka menolong, kompromi, penguasaan dan integrasi.
Dua dimensi bagi model ini pula adalah berkaitan dengan diri dan
berkaitan dengan orang lain. Kombinasi bagi dua dimensi ini dan
lima pendekatan konfik yang dikemukakan oleh Rahim.
High
Dominating
Comprising
Integrating
Avoiding Obliging
High
Low
Concern for other
Rajah 3.3 : Styles oI Managing Interpersonal Confict, Rahim (1983)
92 Hubungan Tingkah Laku Asertif Dengan Pendekatan Penyelesaian Konik
Sumber : Daniel J. Canary, William R. Cupach dan Susan J. Messman,
1995, Relationship Confict, SAGE Publication, New Delhi.
Model yang dikemukakan oleh Cathy (2000) tentang
tingkah laku asertif adalah kitaran asertif. Sikap asertif yang sihat
dapat menukarkan setiap aspek hidup kita, kerja kita, perhubungan
kita, penampilan kita, cara kita berbelanja, cara kita makan dan
berpakaian, cara mengurus kewangan dan cara kita berbelanja untuk
bersantai atau bersiar-siar. Rajah 3.4 adalah kitaran asertiI yang
merangkumi asertif, mendapat apa yang diperlu, kehendak harga
diri yang tinggi dan keyakinan.
Asertif
Keyakinan
Kehendak Harga Diri Yang tinggi
Mendapat apa
yang Diperlukan
Sumber : Cathy Birth (2000). Asserting YourselI`. Kuala Lumpur :
Golden Books Centre Sdn Bhd.
Rajah 3.4 : Kitaran AsertiI
Rumusan daripada model-model ini, dalam kajian ini
pengkaji menggunakan model dimensi niat dalam mengatasi konfik
oleh Kilmann dan Thomas (1975) dalam Rajah 3.2 sebagai panduan.
Dua dimensi yang dilihatnya dalam usaha penyelesaian konfik
93 Asertif
modelnya iaitu kerjasama yang merupakan usaha untuk memuaskan
hati pihak lain dan asertif yang merupakan usaha memuaskan hati
sendiri. Pengkaji hanya melihat hubungan dimensi asertif dengan
pendekatan penyelesian konfik yang digunakan.
Berdasarkan kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh
ahli-ahli psikologi, terdapat pelbagai pendapat yang diutarakan
berkaitan dengan asertif dan pendekatan penyelesaiannya.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Zanariah (1999)
mengenai pola cara penyelesaian konfik antara perseorangan
(CPK) mengikut pangkat serta hubungannya antara personaliti
dengan CPK bagi anggota Syarikat Telekom Malaysia Berhad,
Pontian, Johor. Seramai 52 orang anggota STMB disampelkan.
Skop tinjauan dibahagikan kepada dua kategori pangkat iaitu
pangkat tinggi dan pangkat rendah. Hasil kajian menunjukkan
terdapat perbezaan pola penyelesaian konfik bagi kedua-dua
pangkat tinggi dan rendah melalui ujian-t. Majoriti anggota
STMB, Pontian mempunyai personaliti ekstrovert. Penyelesaian
konfik cara kerjasama dan kompromi lebih mendominasi
anggota pangkat tinggi dan kedua-dua cara ini digunakan pada
tahap yang sederhana. Anggota pangkat rendah menyelesaikan
konfik menggunakan cara kerjasama pada tahap yang tinggi
tetapi cara persaingan yang rendah. Dapatan kajian menyokong
hasil penyelidikan Kilmann dan Thomas (1975) di mana individu
berpersonaliti ekstrovert kurang menggunakan pengelakan dan
berkompromi semasa menyelesaikan masalah.
Kajian tentang tingkah laku asertif yang pernah dilakukan
di Malaysia ialah kajian oleh Mohd Ismail (2004) ke atas 132 orang
pengurus Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor mengenai
hubungan tingkah laku asertif dengan konsep kendiri. Hasil kajian
mendapati majoriti iaitu 78% daripada sampel kajian mempunyai
tahap tingkah laku asertif yang sederhana, 22% berada pada tahap
tinggi dan tiada responden yang berada pada tahap rendah.
Kajian tingkah laku asertif juga telah banyak dijalankan di
luar negara. Antaranya, Stringer-Moore (1981), telah menjalankan
94 Hubungan Tingkah Laku Asertif Dengan Pendekatan Penyelesaian Konik
program asertif untuk wanita di Midlife Crises untuk menyelesaikan
masalah konfik. Latihan asertiI ini mengandungi tiga komponen
iaitu latihan kemahiran, pengurangan kebimbangan dan berstruktur
semula kognitif. Latihan tersebut dapat membantu wanita untuk
menghadapi masalah mengenai belas kasihan, tekanan, penemuan,
pemegangan tanggungjawab baru, konfik yang berhubung dengan
kerja dan konsep kendiri.
Kajian telah dijalankan oleh Marion (1995), sarjana dari
Albani, Amerika Syarikat untuk menguji hubungkait di antara jenis
personaliti dan gaya penyelesaian konfik. Kajian bersandarkan
pegangan yang mengatakan persefahaman yang tinggi bagi setiap
gaya personaliti di dalam penyelesaian konfik mewujudkan
pengurusan berkesan individu. Hasil kajian mendapati terdapat
perbezaan yang signifkan di antara personaliti dan penyelesaian
konfik. Bagi responden yang mempunyai skor perasaan yang
tinggi, mereka kurang mementingkan diri. Sebaliknya, responden
yang memilih gaya menghindari mereka lebih mementingkan diri
dalam menangani konfik. Selain itu, terdapat perbezaan yang
nyata di antara wanita dan lelaki di dalam penyelesaian konfik
dan personaliti.
Daripada hasil kajian-kajian lepas sama ada dari luar
negara atau dalam negara, umumnya menunjukkan konfik wujud
di kalangan pihak pengurusan dan pekerja di tempat kerja. Selain
itu, kebanyakan kajian mengkaji gaya pengurusan konfik yang
digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat dengan konfik. Gaya
pengurusan konfik yang biasa digunakan adalah Strategi Pengurusan
Blake dan Mouton dan Gaya Pengurusan Konfik Thomas.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Sampel terdiri daripada 100 orang guru di
Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru.
95 Asertif
Dalam kajian ini soal selidik yang mengukur tingkah laku
asertif diperolehi dan diubahsuai daripada Rathus Assertiveness
Schedule (Rathus dan Nevid, 1986). Soal selidik ini terdiri daripada
30 item. Item-item ini berdasarkan empat dimensi tingkah laku asertiI
iaitu dimensi perasaan, dimensi hak, dimensi interpersonal dan
dimensi budaya. Manakala soal selidik untuk mengukur pendekatan
penyelesaian konfik merupakan terjemahan oleh Mohamad Haji
Yusuf (1991) dari salinan asal oleh Kilmann dan Thomas (1975).
Soal selidik pendekatan penyelesaian konfik ini mempunyai 30
item keseluruhannya.
Data yang diperolehi telah dianalisis dengan mengunakan
perisian SPSS-X (Statistical Package Ior Social Sciences Extra).
Kaedah-kaedah statistik yang digunakan adalah statistik deskriptiI
yang digunakan untuk memberi gambaran yang jelas tentang
kumpulan responden dari segi sebaran skor atau frekuensi dan
statistik infernsi iaitu korelasi Spearman digunakan untuk menguji
kesignifkanan hubungan antara pembolehubah bebas dengan
pembolehubah bersandar.
HASIL KAJIAN
Data telah dianalisis untuk mengenal pasti tingkah laku asertif,
pendekatan penyelesaian konfik dan hubungan tingkah laku asertiI
dengan pendekatan penyelesaian konfik di kalangan guru Sekolah
Menengah Foon Yew, Johor Bahru.
Secara keseluruhan dapatan analisis statistik deskriptif
menunjukkan majoriti iaitu 93% guru berbangsa Tionghua di
Sekolah Menengah Foon Yew mempunyai tahap tingkah laku
asertif yang sederhana dan hanya 7% pada tahap tinggi. Dari segi
pendekatan penyelesaian konfik yang kerap digunakan oleh guru
apabila berhadapan dengan konfik adalah pendekatan pengelakan
diikuti pendekatan akomodasi, pendekatan kompromi, pendekatan
kolaborasi dan paling kurang menggunakan pendekatan persaingan.
96 Hubungan Tingkah Laku Asertif Dengan Pendekatan Penyelesaian Konik
Analisis inferensi menunjukkan wujudnya perbezaan yang
signifkan tingkah laku asertiI di kalangan guru lelaki dan guru
perempuan tetapi tidak ada perbezaan signifkan antara guru
junior dan guru senior. Analisis inferensi juga menunjukkan tiada
perbezaan pendekatan penyelesaian konfik di kalangan guru
mengikut jantina dan pengalaman kecuali pendekatan kompromi
yang menunjukkan perbezaan signifkan antara guru junior dan
guru senior. Analisis juga menunjukkan tingkah laku asertif
tidak mempunyai hubungan yang signifkan dengan kelima-lima
pendekatan penyelesaian konfik di kalangan guru.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Hasil kajian menunjukkan guru lelaki di tempat kajian lebih
berani menuntut hak mereka tanpa melukai perasaan orang lain
berbanding dengan guru perempuan. Berdasarkan konsep asertif,
guru lelaki dapat memberikan arahan yang jelas kepada murid-
murid dan menuntut haknya daripada pihak pengurusan. Perubahan
yang kerap berlaku di sekolah memerlukan guru yang asertif untuk
menghadapinya agar guru dapat bekerja dalam suasana yang lebih
harmoni dan berkepuasan tinggi. Tingkah laku asertif di kalangan
guru juga dapat menentukan kelancaran proses pengajaran dan juga
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Hasil analisis inIerensi untuk menguji perbezaan signifkan
pendekatan penyelesaian konfik di kalangan guru mengikut jantina
menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifkan pendekatan
penyelesaian konfik yang digunakan oleh guru lelaki dan guru
perempuan. Ini bermakna faktor jantina tidak mempunyai kesan ke
atas pendekatan penyelesaian konfik yang digunakan oleh guru.
Keputusan juga menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifkan
pendekatan penyelesaian konfik di antara guru junior dan guru senior
kecuali pendekatan kompromi. Guru senior didapati menggunakan
pendekatan kompromi pada tahap yang lebih tinggi dengan min 56.35
97 Asertif
berbanding guru junior yang mempunyai min 43.63. Ini bermaksud
guru senior yang mempunyai lebih banyak pengalaman kerja lebih
sanggup mengorbankan sebahagian kepentingan diri untuk diberikan
kepada pihak lawan. Mereka lebih bertolak ansur dengan pihak lain
untuk mencapai kata putus yang dipersetujui bersama.
Hasil juga menunjukkan tingkah laku asertif mempunyai
hubungan songsang atau negatif dengan pendekatan pengelakan
dan akomodasi. Namun, hubungannya adalah lemah dan tidak
signifkan pada aras signifkan 0.05. Semakin tinggi tingkah
laku asertif, semakin mereka kurang menggunakan pendekatan
pengelakan dan akomodasi. Hasil ini selaras dengan model
Kilmann dan Thomas. Responden yang rendah asertif agak sukar
untuk menyatakan tidak atau tidak boleh kepada orang lain
lebih-lebih lagi kepada kawan rapat dan pihak pengurusan atau
ketua. Oleh itu mereka cuba memenuhi keperluan orang lain untuk
mengelakkan konfik yang timbul antara dirinya dengan orang lain.
Maka mereka cenderung menggunakan pendekatan pengelakan
apabila menghadapi konfik. Selain itu, orang yang rendah asertiI
percaya kehendak dan keperluan orang lain lebih penting daripada
kehendak dan keperluan diri sendiri. Ciri-ciri inilah menyebabkan
mereka kerap menggunakan pendekatan akomodasi. Pendekatan
penyelesaian konfik yang digunakan oleh orang yang tidak asertiI
ini mungkin disukai ramai tetapi harga dirinya rendah dan mungkin
dia akan membenci diri sendiri. Orang ini juga akan dianggap tidak
mempunyai prinsip hidup.
Konfik dalam organisasi adalah sesuatu yang lumrah dan yang
berterusan. Tanpa usaha untuk mengatasinya akan mengakibatkan
suasana organisasi terencat dan mengakibatkan banyak kerugian.
Oleh itu, pemahaman tentang gaya penyelesaian konfik yang berbeza
dan ciri-cirinya akan memudahkan penyelesaian sebarang konfik
yang timbul dalam sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Dengan
itu dapatan kajian diharapkan dapat memanfaatkan perkembangan
dan kemajuan sistem pengurusan personel serta pengawalan sumber
manusia di sekolah.
98 Hubungan Tingkah Laku Asertif Dengan Pendekatan Penyelesaian Konik
Pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang boleh
dijadikan panduan kepada sekolah berkenaan hasil daripada dapatan
kajian. Antaranya menganjurkan latihan asertif untuk para guru agar
mereka didedahkan kepada asas pembentukan tingkah laku asertif,
tidak pasif dan tidak agresif. Mereka harus dilatih supaya mempunyai
tingkah laku asertif yang lebih tinggi. Seterusnya, mendedahkan
kepada para guru kelebihan dan kepentingan tingkah laku asertif.
Usaha ini penting kerana seseorang yang mempunyai tingkah laku
asertif yang tinggi akan dapat melaksanakan tugas harian dengan
lebih sempurna tanpa mengancam orang lain.
Cadangan seterusnya ialah perbezaan signifkan tingkah
laku asertif antara guru lelaki dan guru perempuan harus diberikan
perhatian. Di mana guru perempuan khususnya harus diberi galakan
untuk meluahkan perasaan sebenar mereka terutamanya perasaan
mereka terhadap dasar-dasar sekolah.
KESIMPULAN
Hasil kajian mendapati majoriti guru Sekolah Menengah Foon Yew,
Johor Bahru mempunyai tahap tingkah laku asertif yang sederhana.
Dari segi pendekatan penyelesaian konfik yang digunakan pula
menunjukkan guru-guru paling kerap menggunakan pendekatan
pengelakan, diikuti akomodasi, kompromi, kolaborasi dan paling
kurang menggunakan persaingan. Hasil kajian juga menunjukkan
tidak terdapat perhubungan yang signifkan antara tingkah laku
asertiI dengan pendekatan penyelesaian konfik di kalangan guru-
guru di Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru.
Dapatan kajian diharapkan dapat memanfaatkan pentadbiran
sekolah terutamanya sistem pengurusan kakitangan di samping
membantu dari segi perancangan dan pengubahsuaian dasar serta
polisi sekolah supaya pemilihan pendekatan penyelesaian konfik
yang sesuai akan berlaku apabila konfik timbul di sekolah. Dapatan
kajian ini diharapkan juga akan memberi sumbangan kepada para
99 Asertif
pengkaji lain yang berminat untuk melakukan kajian dalam bidang
ini yang dianggap masih baru dan dapat diterokai secara lebih
mendalam lagi.
Kesimpulannya, sebahagian hasil kajian ini telah
menyokong beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji
lain dan tekal dengan model yang disarankan oleh para sarjana.
Adalah diharapkan agar kajian ini akan dapat membantu pelbagai
pihak dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan terutamanya
pengurusan sekolah. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu
para guru dalam meningkatkan personaliti diri dan menggunakan
pendekatan penyelesaian konfik yang sesuai ketika berhadapan
dengan konfik.
RUJUKAN
Abdul Razak Ibrahim dan Ainin Sulaiman (2000). Gelagat
Organisasi. (Terjemahan). Kuala Lumpur : Prentice Hall
Blake, R.R dan Mouton J.S (1984). Solving Costly Organizational
Conficts. San Francisco : Jossey-Bass Publisher
Cathy Birch (2000). 'Asserting Your SelI. Kuala Lumpur : Golden
Books Centre Sdn Bhd
Daniel J. Canary, William R. Cupach dan Susan J. Messman (1995).
'Relationship Confict. New Delhi : SAGE Publication.
Iran Herman dan Asmah Bee Md Noor (2002). Asertif sebagai
Personaliti Utama Belia Melayu. Persidangan Pengajian
Melayu ke-2. Universiti Teknologi Malaysia.
Kilmann R.H. dan Thomas K.W. (1975). 'Interpersonal confict-
handling behaviour as refection oI Jungian Personality
Dimensions. Psychology Repor. 37:971-979.
Marion L.A (1995). 'Confict Management and Personality Type
Among Community College Executive. Albany : EDD, State
University of New York.
100 Hubungan Tingkah Laku Asertif Dengan Pendekatan Penyelesaian Konik
Mohamad Haji YusuI (1993). 'Cara dan Dimensi Menangani Konfik
antara Perseorangan. UKM.
Mohd Ismail Roslan (2004). Hubungan Antara Tingkah Laku
AsertiI Dengan Konsep Kendiri Di kalangan Pengurus-
pengurus Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor.
Projek Cadangan Sarjana yang tidak diterbitkan. UTM,
Skudai.
Rahim M.A (1983). A Measure of Style of Handling Interpersonal
Conficts. Academy oI Management Journal 26 (2) : 368-
376.
Rathus S.A dan Nevid J.S (1986). 'Adjusment and Growth-the
Challenges OI LiIe. Canada : CBS College Publishing.
Robbins S.P (1988). Management Concept and Applications.
Englewood CliIIs : Prentice Hall Inc.
119 Asertif
Kajian ini merupakan satu kajian eksperimen bertajuk kesan
latihan asertif ke atas dimensi-dimensi konsep kendiri di kalangan
pegawai pertengahan Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ). Tujuan
utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan latihan asertif
ke atas dimensi-dimensi konsep kendiri yang dijalankan kepada
kumpulan eksperimen pegawai pertengahan KPYPJ (KEPP) dan
membandingkan dengan kumpulan kawalan pegawai pertengahan
KPYPJ (KKPP) iaitu yang tidak mengikuti latihan asertif. Data
kajian adalah sejumlah 60 orang responden yang terdiri daripada
peringkat pegawai pertengahan KPYPJ dengan jumlah populasi
adalah 90 orang. Ia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
eksperimen sejumlah 30 orang dan kumpulan kawalan sejumlah 30
orang secara rawak berpadanan. Data yang diperolehi telah dianalisis
menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Program
yang digunakan ialah Statistical Package for Social Sciences (SPSS)
versi 13. Statistik deskriptif melibatkan taburan kekerapan untuk
mendapatkan kekerapan peratus dan min skor ujian yang dijalankan
ABSTRAK
HAMDANABDUL KADIR
MOHD ZAIDI RAHMAT
ZURAINI ZAKARIA
7
KESAN LATIHAN ASERTIF KE
ATAS DIMENSI-DIMENSI KONSEP
KENDIRI DI KALANGAN PEGAWAI
PERTENGAHAN KUMPULAN
PENDIDIKAN YPJ JOHOR BAHRU
120 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
bagi mengenal pasti tahap konsep kendiri. Manakala statistik
inferensi digunakan bagi menguji hipotesis-hipotesis melalui ujian
t bagi menguji perbezaan yang wujud dalam kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan terdapat
perbezaan min yang signifkan di antara dimensi-dimensi konsep
kendiri di antara kumpulan eksperimen pegawai pertengahan KPYPJ
dan kumpulan kawalan pegawai pertengahan KPYPJ selepas latihan
asertif diberikan. Di dalam kajian ini juga menunjukkan wujud
perbezaan min yang signifkan antara dimensi-dimensi konsep
kendiri di kalangan pegawai pertengahan KPYPJ antara ujian pra dan
ujian pos kecuali dimensi kendiri keluarga. Ini menyokong latihan
asertif yang telah dilaksanakan memberikan kesan yang positif
kepada kumpulan eksperimen pegawai pertengahan KPYPJ.
Secara umum, setiap individu memerlukan tingkah laku asertif
dan konsep kendiri yang tinggi bagi membina kehidupan yang
lebih bermakna. Menurut peraturan Skrip Tegas Diri (DESC)
yang diperkenalkan oleh Bower dan Bower 1976, individu yang
bertingkah laku asertif akan berupaya untuk menjelaskan tingkah
laku individu lain secara objektif, meluahkan perasaan secara tenang
dan sabar, menentukan apa yang diinginkan serta menjelaskan sebab
akibat jika menolak ataupun menerima perubahan sesuatu tingkah
laku itu.
Pegawai-pegawai pertengahan di KPYPJ sering berhadapan
dengan masalah-masalah utama seperti membuat kutipan hutang
pelajar, mengendalikan masalah kemudahan fzikal, mengendalikan
aduan-aduan dari ibu bapa dan masalah disiplin di kalangan pelajar
di kolej-kolej KPYPJ. Latihan asertif yang diprogramkan akan
memenuhi keperluan pegawai-pegawai untuk meningkatkan tahap
asertif dan mampu berhadapan dalam situasi yang tegang. Selain itu,
melalui kemahiran-kemahiran yang dipelajari diharapkan mereka
berani bertindak tegas untuk menangani masalah-masalah anggota
pekerja, urustadbir organisasi dan pembangunan organisasi. Sejarah
PENGENALAN
121 Asertif
kejayaan latihan asertif yang dipromosikan di Amerika Syarikat
sedikit sebanyak mencetus minat pengkaji untuk menyesuaikan
latihan ini dengan persekitaran organisasi KPYPJ.
PERNYATAAN MASALAH
Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji kesan latihan asertif terhadap
dimensi-dimensi konsep kendiri di kalangan pegawai pertengahan
KPYPJ. Ini adalah disebabkan pegawai-pegawai KPYPJ sering
berhadapan dengan pelbagai tekanan seperti isu kekurangan pelajar,
masalah pusingganti anggota pekerja, kutipan hutang pelajar dan
aduan dari ibu bapa. Salah satu isu terbesar adalah masalah kewangan
yang boleh menyebabkan stres. Pegawai yang asertif berkebolehan
untuk berpendirian tegas dalam alam pekerjaan. Menurut Cathy
Birch (2000), tingkah laku yang sihat dapat membentuk setiap aspek
kehidupan seperti di alam pekerjaan, penampilan, perhubungan,
pengurusan kewangan dan sebagainya.
TUJUAN KAJIAN
a) Mengkaji kesan latihan asertif ke atas tahap asertif di kalangan
pegawai-pegawai pertengahan KPYPJ Johor Bahru.
b) Mengkaji kesan latihan asertif ke atas konsep kendiri
secara keseluruhan yang dilakukan kepada pegawai-pegawai
pertengahan KPYPJ Johor Bahru.
c) Mengkaji kesan latihan asertif terhadap dimensi-dimensi
konsep kendiri, iaitu identiti diri (ID), kepuasan kendiri (KK),
tingkah laku kendiri (TK), kendiri fzikal (KF), kendiri
peribadi (KP), kendiri moral dan etika (KME), kendiri
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan latihan
asertif ke atas dimensi-dimensi konsep kendiri di kalangan pegawai-
pegawai pertengahan KPYPJ Johor Bahru seperti berikut;
122 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
Reka bentuk Kajian
METODOLOGI KAJIAN
keluarga (KKG) dan kendiri sosial (KS) di kalangan pegawai-
pegawai pertengahan KPYPJ Johor Bahru bagi ujian pra
dan pos.
Sampel Kajian
Instrumen Kajian
Reka bentuk kajian ini berbentuk eksperimen yang melibat-kan
kajian ke atas persampelan dua kumpulan pegawai pertengahan
KPYPJ iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Pengkaji mengenalpasti sejumlah 90 orang pegawai pertengahan
KPYPJ sebagai sampel kajian. Bagi menentukan kumpulan
eksperimen, pengkaji memilih secara rawak seramai 30 orang
daripada kumpulan pegawai pertengahan KPYPJ. Manakala
sejumlah 30 orang pegawai KPYPJ akan dipilih sebagai kumpulan
kawalan dan berpadanan dengan kumpulan eksperimen berpandukan
skor ujian pra asertif dan konsep kendiri.
Pengumpulan data bagi tujuan kajian ini adalah menggunakan Soal
Selidik Asertif Rathus (1975). Ia digunakan bagi mendapatkan
data mengenai tegas diri responden. SAR mengandungi 30 item
yang meliputi pelbagai aspek pernyataan tingkah laku asertif yang
diberikan sebagi ujian pra bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan.SAR dijadikan sebagai ujian pos dan ujian susulan setelah
aktiviti latihan selesai dijalankan kelak.
Selain Soal Selidik Asertif Rathus (1975), pengkaji juga
menggunakan Soal Selidik Konsep Kendiri Tennessee (SKKT)
khusus bagi mengukur konsep kendiri dan boleh mengukur lapan
dimensi tersebut iaitu identiti diri (ID), kepuasan kendiri (KK),
123 Asertif
Analisis Data
DAPATAN KAJIAN
Latar Belakang
tingkah laku kendiri (TK), kendiri fzikal (KF), kendiri peribadi
(KP), kendiri moral dan etika (KME), kendiri keluarga (KKG) dan
kendiri sosial (KS). Sebanyak 80 item dalam skala ini.
Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah statistik
deskriptif dan inferensi. Program yang digunakan ialah Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) versi 13. Statistik deskriptif
adalah taburan kekerapan untuk mendapatkan kekerapan peratus
dan min skor ujian yang dijalankan bagi mengenal pasti tahap
konsep kendiri. Manakala statistik inferensi digunakan bagi menguji
hipotesis-hipotesis melalui ujian t bagi menguji perbezaan yang
wujud dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dalam
pengujian hipotesis, penolakan dan penerimaan hipotesis nul dibuat
pada aras signifkan 0.05.
Analisis kajian terhadap kumpulan pegawai pertengahan KPYPJ
adalah merangkumi latar belakang responden, umur, tahap
pendidikan dan pendapatan.
Analisis data secara deskriptif telah digunakan untuk
menerangkan latar belakang subjek kajian ini. Seramai 60 orang
sampel pegawai pertengahan KPYPJ Johor Bahru telah dipilih
secara rawak berpadanan. Secara keseluruhan, responden kajian ini
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen pegawai
pertengahan KPYPJ Johor Bahru dan kumpulan kawalan pegawai
pertengahan KPYPJ Johor Bahru. Perisian Statistical Package For
Sosial Science (SPSS) versi 13.0 telah digunakan untuk menganalisis
data yang telah dikumpulkan. Kaedah analisis deskriptif telah
digunakan untuk menerangkan latar belakang demograf responden
kajian. Kaedah ujian t berpadanan telah digunakan untuk mengkaji
124 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
kesan latihan asertif di kalangan pegawai pertengahan KPYPJ ke
atas dimensi-dimensi konsep kendiri.
Secara keseluruhan dapat dibuat kesimpulan bahawa
latihan asertif ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada
asertif dan konsep kendiri di kalangan pegawai pertengahan
KPYPJ. Ini terbukti melalui peningkatan peratusan di kalangan
pegawai pertengahan KPYPJ di dalam kumpulan eksperimen
sebelum dan selepas menghadiri latihan asertif. Manakala bagi
kumpulan kawalan pula, perubahannya adalah tidak ketara
dari segi peningkatan dan penurunan. Ini membuktikan bahawa
rawatan yang diberikan selama lapan sesi adalah berkesan. Hasil
dapatan ini juga bertepatan dengan kajian oleh Fiedler (1979) dan
Stake, Deville dan Pennell (1983) yang mendapati bahawa setelah
menjalani latihan asertif, individu akan mengalami perubahan iaitu
peningkatan penghargaan kendiri.
Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi-Dimensi Konsep Kendiri
Di Kalangan Pegawai Pertengahan KPYPJ Johor Bahru
Hasil kajian menunjukkan bahawa pegawai pertengahan KPYPJ
yang mengikuti latihan asertif mempunyai lebih tinggi konsep
kendiri. Terdapat perbezaan yang ketara dalam ujian pra dan ujian
pos iaitu setelah mengikuti latihan asertif ini. Kajian Carolyn (1992)
mendapati latihan asertif yang diikuti dapat meningkatkan konsep
kendiri dan mengubah tingkah laku individu menjadi lebih rasa
hormat kepada diri sendiri, membantu individu berani menyatakan
tidak, serta melahirkan perasaan positif . Ia disokong oleh Niikura
Ryoko (1999) bahawa individu yang bertingkah laku asertif mampu
untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi pemikirannya serta
menghindari sebarang perbalahan. Ia juga menunjukkan dimensi-
dimensi konsep kendiri yang didapati saling berinteraksi dan
sentiasa mengalami proses interaksi dalaman berdasarkan maklum
balas perseptual dan faktor luaran serta dalaman.
Terdapat perbezaan min yang signifkan antara dimensi-
dimensi konsep kendiri di kalangan kumpulan eksperimen
pegawai pertengahan KPYPJ dengan kumpulan kawalan pegawai
125 Asertif
pertengahan KPYPJ. Kajian menunjukkan bahawa kesemua dimensi
iaitu identiti diri, kepuasan diri, tingkah laku kendiri, kendiri fzikal,
kendiri peribadi, kendiri moral etika, kendiri keluarga dan kendiri
sosial menunjukkan kesan yang signifkan. Konsep kendiri merujuk
kepada bagaimana individu melihat tentang dirinya dan melihat
sejauh mana mereka memenuhi cabaran dan tuntutan hidup. Ia juga
dibentuk melalui pengalaman individu dengan alam sekitar dan
seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku asertif serta membentuk
psikologikal yang sihat (Ishak Mad Shah, 2004).
Perbezaan Min Konsep Kendiri bagi Ujian Pra dan Pos.
Dimensi Konsep
Kendiri
Sebelum Latihan Selepas Latihan Perbezaan
Min
Identiti Diri (ID) 3.66 4.10 0.44
Kepuasan Kendiri (KK) 3.32 4.07 0.75
Tingkah laku Kendiri
(TK)
3.67 4.10 0.43
Kendiri Fizikal (KF) 3.29 3.83 0.54
Kendiri Peribadi (KP) 3.53 4.15 0.62
Kendiri Moral Etika
(KME)
4.16 4.41 0.25
Perbezaan min konsep kendiri bagi ujian pra dan pos ditunjukkan
dalam Jadual 1. Analisis ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan
min di antara ujian pra dan ujian pos dengan melihat perbezaan min
di antara kedua-duanya.
Berdasarkan Jadual 1 pula menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan nilai min terhadap konsep kendiri responden selepas
latihan ketegasan diberikan kepada mereka. Secara keseluruhannya,
nilai min konsep kendiri responden meningkat sebelum latihan
diberikan kepada selepas latihan dijalankan. Selain itu, nilai min
bagi dimensi-dimensi konsep kendiri iaitu kepuasan kendiri (KK)
meningkat sebanyak 0.75, kendiri peribadi (KP) meningkat sebanyak
0.62, dan kendiri sosial (KS) juga menunjukkan peningkatan
sebanyak 0.67 selepas latihan diberikan.
126 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
Kendiri Keluarga
(KKG)
3.95 4.01 0.06
Kendiri Sosial (KS) 3.34 4.01 0.67
Jadual 1: Perbezaan Min Konsep Kendiri bagi Ujian Pra dan Pos
Analisis Kumpulan Kawalan Pegawai Pertengahan Kumpulan
Pendidikan YPJ.
Tegas Diri Min Ujian t Nilai p Kesimpulan
Ujian pra 289.2 -4.312 0.00 Tolak Ho (0.00<0.05)
Aras signifkan 0.05
1 adalah min skor ujian pra
2 adalah min skor ujian pos
1 - 2 adalah ujian perbezaan ujian pra dan pasca
Ujian pos 327.1
Merujuk Jadual 2, hasil daripada ujian t yang dijalankan
didapati nilai p adalah lebih kecil daripada aras signifkan iaitu
0.05. Ini menunjukkan terdapat kesan latihan asertif kepada tegas
diri di kalangan pegawai pertengahan KPYPJ antara ujian pra
Jadual 2: Kesan Latihan Asertif Ke Atas Konsep Kendiri Di
Kalangan Pegawai-Pegawai Pertengahan KPYPJ
Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos
Analisis Ujian-t bagi Hipotesis Kajian
Ho1 : Tidak terdapat kesan latihan asertif ke atas konsep kendiri di
kalangan pegawai-pegawai pertengahan KPYPJ antara ujian
pra dan ujian pos.
127 Asertif
dan ujian pos. Jika 1 = 2 , kebarangkalian kita memperolehi
perbezaan sekurang-kurangnya perbezaan yang ditunjukkan dalam
sampel dianggarkan (lebih kurang) sebesar 0.00. Memandangkan
kebarangkalian berlakunya fenomena ini adalah kecil (kurang dari
0.05 atau 5.0%), maka Ho ditolak(yang menyatakan 1 = 2). Ini
bermakna wujud perbezaan min secara signifkan (iaitu 1 = 2)
bagi pembolehubah asertif ujian pra dan ujian pos yang dikaji. Oleh
itu, wujud perbezaan min antara ujian pra dengan pos.
Jadual 3 berikut menyenaraikan rumusan hasil keputusan perbezaan
min bagi 17 hipotesis nul yang telah dijalankan menggunakan
ujian t.
RUMUSAN KAJIAN
Pembolehubah Kajian Keputusan Min Perbezaan
Aras Signikan
Tolak/Tidak
Tolak Ho
1. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Konsep
Kendiri Di Kalangan Pegawai-
Pegawai Pertengahan KPYPJ Antara
Ujian Pra Dan Ujian Pos.
0.00 Tolak Ho
2. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Identiti Diri (ID) Di
Kalangan Pegawai-Pegawai Pertengahan
KPYPJ Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos
.
0.005 Tolak Ho
3. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Identiti Diri (ID)
Antara Ujian Pos Kumpulan Eksperimen
Pegawai Pertengahan KPYPJ (KEPP)
Dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan
Pegawai Pertengahan KPYPJ (KKPP).
0.00 Tolak Ho
128 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
4. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kepuasan Kendiri
(KK) Di Kalangan Pegawai-Pegawai
Pertengahan KPYPJ Antara Ujian Pra
Dan Ujian Pos.
0.00 Tolak Ho
Pembolehubah Kajian Keputusan Min Perbezaan
Aras Signikan
Tolak/Tidak
Tolak Ho
5. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kepuasan Kendiri
(KK) Antara Ujian Pos Kumpulan
Eksperimen Pegawai Pertengahan
KPYPJ (KEPP) Dan Ujian Pos Kumpulan
Kawalan Pegawai Pertengahan KPYPJ
(KKPP).
0.00 Tolak Ho
6. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Tingkah laku
Kendiri (TK) Di Kalangan Pegawai-
Pegawai Pertengahan KPYPJ Antara
Ujian Pra Dan Ujian Pos.
0.006 Tolak Ho
8. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kendiri Fizikal
(KF) Kalangan Pegawai-Pegawai
Pertengahan KPYPJ Antara Ujian Pra
Dan Ujian Pos.
0.00 Tolak Ho
9. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kendiri Fizikal (KF)
Antara Ujian Pos Kumpulan Eksperimen
Pegawai Pertengahan KPYPJ (KEPP)
Dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan
Pegawai Pertengahan KPYPJ (KKPP).
0.00 Tolak Ho
129 Asertif
10. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kendiri Peribadi
(KP) Kalangan Pegawai-Pegawai
Pertengahan KPYPJ Antara Ujian Pra
Dan Ujian Pos.
0.00 Tolak Ho
Pembolehubah Kajian Keputusan Min Perbezaan
Aras Signikan
Tolak/Tidak
Tolak Ho
11. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kendiri Peribadi
(KP) Antara Ujian Pos Kumpulan
Eksperimen Pegawai Pertengahan
KPYPJ (KEPP) Dan Ujian Pos Kumpulan
Kawalan Pegawai Pertengahan KPYPJ
(KKPP).
0.00 Tolak Ho
12. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kendiri Moral
Etika (KME) Di Kalangan Pegawai-
Pegawai Pertengahan KPYPJ Antara
Ujian Pra Dan Ujian Pos.
0.007 Tolak Ho
13.Kesan Latihan Asertif Ke Atas
Dimensi Konsep Kendiri Iaitu Kendiri
Moral Etika (KME) Antara Ujian
Pos Kumpulan Eksperimen Pegawai
Pertengahan KPYPJ (KEPP) Dan
Ujian Pos Kumpulan Kawalan Pegawai
Pertengahan KPYPJ (KKPP).
0.00 Tolak Ho
14.Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kendiri Keluarga
(KKG) Di Kalangan Pegawai-Pegawai
Pertengahan KPYPJ Antara Ujian Pra
Dan Ujian Pos.
0.505
Tidak
Tolak Ho
130 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
15.Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kendiri Keluarga
(KKG) Antara Ujian Pos Kumpulan
Eksperimen Pegawai Pertengahan KPYPJ
(KEPP) Dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan
Pegawai Pertengahan KPYPJ (KKPP).
0.00 Tolak Ho
Pembolehubah Kajian Keputusan Min Perbezaan
Aras Signikan
Tolak/Tidak
Tolak Ho
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat kesan positif latihan asertif ke atas konsep kendiri
di kalangan pegawai pertengahan KPYPJ. Berdasarkan Jadual 3,
hasil ujian t menunjukkan perbezaan yang signifkan. Analisis data
dibuat berdasarkan hipotesis. Hipotesis-hipotesis yang menunjukkan
perbezaan yang signifkan adalah Ho1, Ho2, Ho3, Ho4, Ho5, Ho6,
Ho7,Ho8, Ho9, Ho10, Ho11, Ho12, Ho13, Ho15,Ho16, dan Ho17
Namun begitu, kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan
yang signifkan iaitu pada hipotesis Ho14.
16. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kendiri Sosial (KS)
Pegawai-Pegawai Pertengahan KPYPJ
Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos.
0.00 Tolak Ho
17. Kesan Latihan Asertif Ke Atas Dimensi
Konsep Kendiri Iaitu Kendiri Sosial (KS)
Antara Ujian Pos Kumpulan Eksperimen
Pegawai Pertengahan KPYPJ (KEPP)
Dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan
Pegawai Pertengahan KPYPJ (KKPP).
0.00 Tolak Ho
131 Asertif
Jadual 4: Perbandingan Tahap Asertif dan Konsep Kendiri
bagi Ujian Pra dan Ujian Pos dalam Setiap
Kumpulan Kajian
Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
Tahap
Tinggi
18 orang
(59.8%)
28 orang
(93.3%)
24 orang
(79.9%)
26 orang
(86.6%)
Tahap
Rendah
12 orang
(40.0%)
2 orang
(6.7%)
6 orang
(20.1%)
4 orang
(13.4%)
Tahap
Tinggi
14 orang
(46.7%)
14 orang
(46.7%)
18 orang
(60.0%)
18 orang
(60.0%)
Tahap
Rendah
16 orang
(53.3%)
16 orang
(53.3%)
12 orang
(40.0%)
12 orang
(40.0%)
ASERTIF
EKSPERIMEN
KAWALAN
KONSEP KENDIRI
Paparan dalam Jadual 4 menunjukkan perbandingan tahap
asertif dan tahap konsep kendiri antara kedua-dua kumpulan
pegawai KPYPJ. Bagi kumpulan eksperimen didapati bahawa
seramai 18 orang (59.8%) mempunyai tahap asertif yang tinggi
semasa ujian pra. Setelah ujian pos dijalankan, didapati responden
yang mempunyai tahap asertif yang tinggi meningkat kepada 28
orang (93.3%). Manakala bagi tahap konsep kendiri yang tinggi
semasa ujian pra adalah seramai 24 orang (79.9%) meningkat
kepada 26 orang (86.6%) selepas ujian pos dijalankan. Manakala
bagi kumpulan kawalan pula, didapati bahawa 16 orang (53.3%)
berada pada tahap asertif yang rendah semasa ujian pra. Setelah
ujian pos dijalankan didapati bahawa jumlah responden masih pada
tahap yang sama iaitu seramai 16 orang (53.3%). Manakala bagi
Perbandingan Tahap Asertif dan Konsep Kendiri bagi Ujian
Pra dan Ujian Pos dalam Setiap Kumpulan Kajian
132 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
Hasil kajian menunjukkan bahawa pegawai pertengahan KPYPJ
yang mengikuti latihan asertif telah mengalami peningkatan dari segi
konsep kendiri dibandingkan dengan mereka yang tidak mengikuti
latihan asertif. Dalam kajian ini hanya soal selidik bagi tingkah laku
asertif dan konsep kendiri sahaja yang diuji kesahan kandungan
dan keberkesanannya kerana tujuan kajian ini bukan untuk melihat
keberkesanan tetapi untuk mengkaji kesan latihan asertif.
Dapatan kajian ini juga disokong oleh Teori Peraturan Asertif
DESC. Ini kerana pegawai pertengahan KPYPJ yang mempunyai
tahap asertif yang tinggi mampu memiliki ciri-ciri seperti meluahkan
perasaan tentang tingkah laku secara objektif, menyatakan secara
khusus apa yang diingini dan menyatakan sebab akibat jika menolak
sesuatu perubahan. Ini juga disebabkan pegawai pertengahan KPYPJ
tersebut boleh menjelaskan tindakan secara spesifk, meluahkan
perasaan dengan tenang dan sabar serta memberikan ganjaran positif
untuk meneguhkan perubahan tingkah laku tersebut.
Berdasarkan kajian ini juga, didapati terdapat pengetahuan
baru yang diperolehi iaitu asertif berkait rapat dengan dimensi-
dimensi konsep kendiri iaitu identiti diri, kepuasan diri, tingkah
laku kendiri, kendiri fzikal, kendiri peribadi, kendiri moral etika,
kendiri keluarga dan kendiri sosial. Latihan asertif dan konsep
kendiri ini mendatangkan kesan yang besar ke atas diri seseorang
itu. Kebanyakan individu yang berjaya dan maju di negara barat
mempunyai tingkah laku asertif dan konsep kendiri yang tinggi.
(Barrat, 1991).
PERBINCANGAN HASIL KAJIAN
tahap konsep kendiri pula seramai 18 orang (60.0%) pada tahap
yang tinggi semasa ujian pra dijalankan. Jumlah ini didapati masih
kekal pada tahap yang sama iaitu seramai 18 orang (60.0%) setelah
ujian pos dijalankan.
133 Asertif
Secara perbandingan di Malaysia, masih lagi kurang dikaji
dalam bidang asertif ini. Ini menunjukkan adalah satu keperluan
semua pihak mengambil perhatian terhadap pengendalian latihan
asertif ini. Salah satu usaha kerajaan ialah dengan melancarkan
Dasar Sosial Negara pada Ogos 2003. Dasar ini merupakan satu
satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni
dan keupayaan insan bagi mencapai kestabilan sosial, ketahanan
nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia. Dasar ini
juga mensasarkan bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju
dan mantap dengan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk
memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran
sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan,
demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan
saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.
Dasar Sosial Negara ini juga digunapakai dan berkait
dengan semua anggota perkhidmatan awam, swasta dan agensi
kerajaan seperti juga KPYPJ sebagai sebuah anak syarikat milik
penuh Yayasan Pelajaran Johor. Seharusnya dasar ini hendaklah
dimasukkan elemen asertif bagi menguatkan lagi peranan dan
sumbangan anggota-anggota pekerja dan masyarakat.
Hasil kajian ke atas kumpulan eksperimen 30 orang pegawai
pertengahan KPYPJ mendapati majoriti tahap asertif dan konsep
kendiri meningkat selepas melalui lapan sesi latihan asertif. Ini
menunjukkan bahawa latihan asertif mampu meningkatkan tahap
asertif dan konsep kendiri pegawai-pegawai yang dikaji. Oleh itu
pengkaji ingin membuat saranan dan cadangan yang boleh dijadikan
panduan kepada organisasi yang terlibat.
Pertama, pihak organisasi perlu menganjurkan beberapa
program berunsurkan latihan asertif secara berterusan bagi
meningkatkan tahap asertif dan konsep kendiri yang tinggi di
CADANGAN
134 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
kalangan pegawai-pegawai organisasi. Ini adalah disebabkan kajian-
kajian lalu dan kajian ini mendapati terdapat kesan peningkatan
tahap asertif dan konsep kendiri yang ketara setelah mengikuti
latihan asertif. Secara tidak langsung peningkatan asertif dan konsep
kendiri dapat menyumbang kepada produktiviti, mutu dan kualiti
organisasi.
Kedua, pihak organisasi hendaklah menekankan kepentingan
dan kelebihan asertif dan konsep kendiri kepada anggota organisasi.
Ini bermakna latihan yang berunsurkan asertif dan konsep kendiri
merupakan kaedah yang berkesan bagi meningkatkan prestasi kerja
di kalangan anggota dalam organisasi. Selain itu pihak organisasi
boleh mengedarkan risalah-risalah berkaitan kepentingan asertif dan
konsep kendiri.
Ketiga, pihak organisasi hendaklah mempunyai data lengkap
semua anggota pekerja di dalam organisasi. Ini termasuk maklumat
peribadi, pendidikan, perkhidmatan dan penglibatan kerja-kerja sosial
atau masyarakat. Ini adalah penting bagi organisasi mengenalpasti
kumpulan-kumpulan sasar sebelum melaksanakan latihan asertif.
Selain itu ia juga memudahkan organisasi bagi membuat penilaian
selepas latihan.
Keempat, pihak organisasi disarankan agar latihan asertif
ini merupakan satu bentuk latihan yang wajib dihadiri oleh semua
anggota organisasi. Ia dimasukkan sebagai salah satu elemen khusus
dalam program induksi dan orientasi anggota pekerja baru. Ini
bermakna bagi setiap anggota pekerja baru wajib mengikuti latihan
asertif ini.
Kelima, pihak organisasi dicadangkan agar membuat penilaian
dan pemantauan berterusan kepada anggota pekerja yang telah
mengikuti latihan asertif ini. Antara bentuk penilaian adalah kepada
tahap asertif dan konsep kendiri mereka setelah menjalani latihan
asertif. Selain itu juga pemantauan berterusan oleh penyelia yang
paling hampir dengan mereka adalah penting. Ini boleh dilakukan
dan dilihat melalui kaedah pemerhatian, temubual, perbincangan
dalam kumpulan dan pergaulan bersama rakan sekerja.
135 Asertif
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan min Skor
Asertif Rathus dan Skor Tennesse ini selepas latihan diberikan
kepada mereka. Selain itu terdapat perbezaan min yang signifkan
di antara dimensi-dimensi konsep kendiri di antara kumpulan
eksperimen pegawai pertengahan KPYPJ dan kumpulan kawalan
pegawai pertengahan KPYPJ selepas latihan asertif diberikan.
Di dalam kajian ini juga menunjukkan wujud perbezaan min
yang signifkan antara dimensi-dimensi konsep kendiri di kalangan
pegawai pertengahan KPYPJ antara ujian pra dan ujian pos kecuali
dimensi kendiri keluarga. Ini menyokong latihan asertif yang telah
dilaksanakan memberikan kesan yang positif kepada kumpulan
eksperimen pegawai pertengahan KPYPJ. Keputusan ini juga
disokong oleh dapatan kajian yang menunjukkan bahawa semua
dimensi konsep kendiri menunjukkan peningkatan yang positif selepas
mengikuti latihan asertif. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini
dapat memberikan sumbangan yang besar kepada pengkaji-pengkaji
lain untuk terus meneroka bidang ini secara lebih meluas.
KESIMPULAN
Abdullah Ismail (2005). Hubungan Di Antara Tingkah Laku Asertif
Dengan Konsep Kendiri Di Kalangan Pegawai Kastam Di
Raja Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia
Anastasi, A (1982). Psychological Testing. New York:Macmillan
Pub. Co.Inc.
Arlow, P. (1991). Personal Characteristic In College Student:
Evaluation of Bussiness Ethics. Journal Of Bussiness Ethics.
9:33-41.
Arnold H.B. (1995). Personality: Temperature, Social Behaviour
And The Self. Allyn And Bacon
RUJUKAN
136 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
Barratt, M.S., Roach (1991). Single Mother and Their Infants.
Family Relations
Beaver, B. E. (1987). Assertiveness Training : Its Effect Upon
Academic Achievement and Self-Concept Of Vocational
Nursing Students, Unpublished Doctor Of Philosopy Project.
Texas: A and MUniversity.
Bernett, V. (2000). The Book of Virtures. A Treasury of Great Moral
Stories. New York : Simon and Schuster.
Birch, C. (2000). Assertive Your Self. Kuala Lumpur: Golden Books
Centre Sdn. Bhd.
Blanchard & Thacker (2004) . Effective Training System, Strategies
and Practices. Pearson Prentice Hall.
Bower, S.A dan Bower, G.H (1976). Asserting Yourself A Practical
Guide For Positive Change. New York: Addison- Wesley
Co.
Burns, R.B (1979). The Self Concept: In Theory, Measurement,
Development and Behavior. London: Longman Group
Limited.
Caputo, J.S. (1984). The Assertive Librarian. Canada: The Oryx
Press.
Cooper, C. (1981). Improving Interpersonal Relation Some
Approaches to Social Skill Training. Califfs : Gower
Publications.
Corey, G. (1994). Theory and Practice of Group Counselling.
California: Brooks/Cole Publishing.
Donald, L.T. (1985). The Efect Of Group Assertiveness Training on
the Assertiveness and Self Concept Levels of Army Female
Enlistees. Knoxville: The University Of Tennessee.
Daniel Wentland (2001) Dalam Matt Fok. e-LearningZoom.
Fiedler,P. (1979). Effect of Assertive Training on Young Adults.
Adolescence. 14. 523-528
Fitts, W.H (1965). Manual : Tennesse Self Concept Scale. Nashville
: Counselor Recordings and Tests
Forkas, W.M. (1997). Assertiveness Training With Individuals Who
Are Moderately and Mildly Retarded. Tesis Ijazah Sarjana
137 Asertif
yang Tidak Diterbitkan. Jabatan Psikologi, University Pasifc
Stockton, Carlifornia 1997.
Fritchie, R, dan Melling, M. (1991). The Business of Assertiveness:
A Practical Guide ti Being More Effective in the Workplace.
London: BBC Books, BBC Enterprise Limited.
Gajendra K. Varma dan Christopher (1982). Self Concept,
Achievement and Multicultural Education. New York: The
Macmillan Press.
Ishak Mad Shah (2004). Psikologi Industri, Penerbit UTM
Israel, R. Whitten, H. & Shaffran, C. (2000). Your Mind at Work,
London : Kogan Page Limited.
Kapplan, R.M dan Saccuzzo D.P (1982). Psychological Testing
Principles: Application and Issues. Monterey: Cole
Publications Co.
Kavitha Raman (2001). Hubungan antara Asertif dan Konsep
Kendiri di Kalangan Pekerja. Satu Kajian Kes di Maybank
Kluang. Projek Ijazah Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Lai Shyan Wen (2001). Kajian Tingkah laku Asertif di Kalangan
Penyelia Asahi Best Base Sdn Bhd. Kulim, Kedah Darul
Aman. Projek Ijazah Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Lange, A.J. Rimm, D.C. dan Lockley, J. (1975). Cognitive
Behavioral Assertion. Assertive Training Procedures. 5.37-
41.
Manis, L, Lockwood, K, Nuther, S, Machizuki, J. Dan Pattison,
M. (1977). Leaders Handbook for One Day Assertiveness
Training Workshop. Michigan: Sudan BAnthony Press.
Margaret, E,D.(1992). Reinterpreting the Legacy of Willian James.
Washington. DC: American Psychological Association.
Mohd Azhar Abdul Hamid (2003). Meningkatkan Daya Fikir. PTS
Publications.
Mohd Fadzil Jamaluddin (1987). Pembentukan Tingkah laku Asertif
di Kalangan Anak-Anak Yatim Seri Cempaka, Sungai Deras
Melalui Kelompok Asertif. Projek Ijazah Sarjana Muda yang
138 Kesan Latihan Asertif Terhadap Dimensi Konsep Kendiri
Tidak Diterbitkan. Serdang: UPM.
Mohd Ismail Haji Roslan (2004). Hubungan di Antara Tingkah Laku
Asertif dengan Konsep Kendiri Di Kalangan Pengurus-
Pengurus Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor.
Projek Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia.
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Najib (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Darul
Takzim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Niikura, Ryoko (1999). Assertiveness Among Japanese, Malaysian,
Filipino and U.S White Collar Workers. Journal of Social
Psychology. 139. 690-70.
NorainiAhmad. (2001). Asertif dan Komunikasi. Utusan Publications
and Distributors. Kuala Lumpur.
Norly Mazlan (2003). Tingkah Laku Asertif Dan Gaya Kepimpinan
Di Kalangan Pekerja. : Universiti Teknologi Malaysia.
Nota, L. & Soresi, S. (2003) .An Assertiveness Training Program
For Indecisive Students Attending an Italian University.
Patrick, D.L dan Beery, W.L. 1991. Measurement Issues: Reliability
and Validity, American. Journal of Health Promotion 5: 305-
310
Pronovost P.J (2004). Nursing Management.John Hopkins
University
Rathus, S.A (1972). An Experimental Investigation of Assertive
Training in A Group Setting, Journal of Behavior Therapy
and Experimental Psychiatry, 3,81-86.
Rathus, S.A (1975). Principles and Practices of Assertive Training.
5.9-20.
Richmond, V.P dan McCroskey. J.C. (1985). Communication:
Apprehension Avoidance, and Effectiveness. Scottsdale, AZ:
Gorsuch Scarisbrick
Sidek Mohd Noah. (1996). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah,
Teori dan Praktis. Universiti Putra Malaysia.
Stevens, G. (2001). %H0RUH&RPSHWHQW$QG&RQGHQW:LWK$Q\RQH.
California State University.
Syed Putra Syed Ahmad dan rakan-rakan, (1995). Kebebasan,
139 Asertif
Kesamaan Ilmu dan Akal. Kuala Lumpur: Ensiklopedia
Sirah, Jilid VI, M.S. 984-987
Townend, A. (1991). Developing Assertiveness. London. London:
Routledge.
Williams, C.J (2000) . Being Asertive. University of Leeds
Innorvations Ltd.
Williamson,M. (2001). Womans Worth. Random House, Inc.
Yonng Il Kim (2003). The Effects of Assertiveness Training on
Enhancing The Social Skills of Adolescents With Visual
Impairments. Journal of Visual Impairments & Blindness.
May 2003.
141 Asertif
Ibu-ibu tunggal sering menghadapi pelbagai masalah, sama ada dari
segi ekonomi, psikologi mahupun sosial (Jones, 2002). Isu ini lebih
dikaitkan dengan ibu tunggal bercerai, janda dan juga ibu tunggal
belum bercerai. Sebelum proses perceraian, kehidupan mereka
bergantung sebahagian besar atau sepenuhnya kepada pendapatan
suami. Sumber pendapatan selalunya menjadi isu utama kerana
ibu-ibu tunggal kini hilang pergantungan kewangan dan terpaksa
menghadapi hakikat untuk menanggung kos kehidupan dan anak-
anak secara bersendirian. Walaupun perceraian pada kebanyakan
masa dijanjikan nafkah oleh pihak suami namun ramai ibu tunggal
turut menghadapi masalah dalam tuntutan nafkah atau menerima
nafkah yang tidak mencukupi. Dengan jelasnya, walaupun dengan
adanya pemberian nafkah daripada pihak suami, isu keselamatan
kewangan adalah satu isu utama dalam kehidupan ibu tunggal.
Isu kedua pula adalah masalah tempat tinggal. Keadaan ini kerap
dialami oleh ibu tunggal janda dan ibu tunggal tanpa bercerai (Wan
Halim Othman, 2003).
PENGENALAN
HAMDANABD. KADIR
UMMI HABIBAHABD RANI
8
ASERTIF DI KALANGAN IBU
TUNGGAL DALAM INSTITUSI
KEKELUARGAAN
142 Asertif Di Kalangan Ibu Tunggal Dalam Institusi Kekeluargaan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan latihan Asertif
kepada tegas diri di kalangan kumpulan eksperimen ibu tunggal
berpendapatan tetap (KEBT) dan kumpulan eksperimen ibu tunggal
berpendapatan tidak tetap (KEBTT) berbanding dengan kumpulan
kawalan ibu tunggal, iaitu yang berpendapatan tetap dan yang
berpendapatan tidak tetap (KKBT dan KKBTT). Dalam bahagian ini
terdapat enam hipotesis utama bagi mengkaji kesan latihan Asertif
kepada tegas diri dan konsep kendiri di kalangan ibu tunggal.
Ho1 : Tidak terdapat kesan latihan Asertif kepada tegas diri di
kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap antara ujian
pra dan ujian pos.
Ho2 : Tidak terdapat kesan latihan Asertif kepada tegas diri di
kalangan ibu tunggal berpendapatan tetap dengan ibu tunggal
yang berpendapatan tidak tetap.
TUJUAN KAJIAN
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan latihan
Asertif kepada tegas diri dan konsep kendiri di kalangan ibu tunggal
seperti berikut:
(i) Mengkaji kesan latihan Asertif ke atas tegas diri secara
keseluruhan di kalangan ibu tunggal berpendapatan tetap dan
berpendapatan tidak tetap.
HIPOTESIS KAJIAN
Teori Terlibat: Peraturan Tegas Diri DESC (Rules for Assertive
: Describe, Express, Specify, Consequences)
DESC mengaturkan kaedah atau prosedur perlakuan tegas diri
dengan ciri-ciri peraturan tingkah laku secara sistematik. DESC
diperturunkan dalam bentuk jadual yang merangkumi beberapa
fasa skrip tingkah laku yang mengandungi empat komponen utama
143 Asertif
untuk senario masalah yang dihadapi. Empat fasa komponen yang
dimaksudkan adalah seperti yang berikut :
MODEL KAJIAN
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
Fasa 1 Menyatakan perlakuan lawan yang tidak
diingini secara objektif (Describe).
Fasa 2 Meluahkan perasaan sebenar terhadap tingkah
laku tersebut (Express).
Fasa 3 Khususkan perlakuan individu dan lawan yang
ingin diubah dengan mengadakan kontrak (Specify).
Fasa 4 Menyatakan akibat perubahan perlakuan
tersebut (Consequence)
144 Asertif Di Kalangan Ibu Tunggal Dalam Institusi Kekeluargaan
Rajah 1.1 : Contoh Model Konseptual Holistik Kitaran
Bersepadu Maklum Balas Individu Ibu Tunggal
( Contoh : Dari Aspek Dimensi Konsep Kendiri
Peribadi)
Model kajian di atas telah digunakan dalam kajian ini.
Berkemungkinan latihan Asertif yang diberikan kepada ibu tunggal
dalam kumpulan eksperimen yang berpendapatan tetap dan tidak
tetap dapat memberi kesan terhadap kendiri peribadi berdasarkan
latihan yang dilalui oleh ibu tunggal tersebut. Selain itu, ia juga
boleh dipengaruhi oleh pembolehubah kawalan (moderator) yang
merangkumi aspek pengalaman lampau dan kebolehan kognitif ibu
tunggal boleh memberi kesan kepada sifat tegas diri dan konsep
kendiri mereka.
Tambahan pula, tingkah laku tegas diri yang diterapkan
melalui siri ulangan dan perlakuan tegas diri yang bermakna dapat
diwujudkan melalui tindak balas sinergi (saling teguh meneguh)
antara pembolehubah kawalan dengan unsur-unsur luaran. Manakala
ransangan yang lahir daripada latihan Asertif yang mencabar
elemen spiritual turut mempengaruhi konsep kendiri peribadi dan
membentuk tingkah laku tegas diri.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh McBride Murry, Brody,
Brown, Wisenbaker, Cutrona dan Simon (2002) mendapati bahawa
ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap serta
memiliki tahap pendidikan yang rendah akan lebih mudah terdedah
kepada kemiskinan dan gangguan emosi yang kuat walaupun mereka
mampu untuk menyara kehidupan sekeluarga. Ini menunjukkan
bahawa tahap pendidikan yang diperolehi akan menentukan status
pekerjaan sama ada berpendapatan tetap atau tidak.
145 Asertif
Kajian oleh Davies, Avison dan McAlpine(1997) juga mendapati
bahawa ibu tunggal yang kurang menerima pendidikan turut
mempengaruhi status pekerjaan dan pendapatan mereka. Secara tidak
langsung ini akan meningkatkan kadar tekanan dan gangguan emosi
ibu tunggal tersebut. Faktor-faktor lain juga turut mempengaruhi
tekanan ibu seperti pengubahsuaian status sosioekonomi, umur ibu,
pendidikan ibu, bilangan anak dan pendapatan keluarga. Sekiranya
mereka memperolehi sokongan sosial yang kuat, tekanan ini dapat
dikurangkan. Ini kerana mereka telah mengalami banyak pengalaman
yang sukar dalam membesarkan anak-anak.
SAMPEL KAJIAN
Pengkaji telah mengenal pasti sampel kajian ibu tunggal mengikut
pendapatan tetap dan tidak tetap seramai 300 orang yang menghadiri
perjumpaan itu. Berdasarkan rekod pendaftaran C.A.R.E terdapat
128 orang ibu tunggal yang berpendapatan tetap dan 172 orang
ibu tunggal yang berpendapatan tidak tetap. Bagi menentukan
kumpulan eksperimen ibu tunggal berpendapatan tetap pengkaji
telah memilih secara rawak seramai 30 orang ibu tunggal daripada
kumpulan 128 orang ibu tunggal yang berpendapatan tetap.
Kumpulan kawalan seramai 30 orang pula bagi kumpulan ibu
tunggal yang berpendapatan tetap telah dipilih secara berpadanan
dengan kumpulan eksperimen berpendapatan tetap berpandukan
skor ujian pra tegas diri dan konsep kendiri serta pendapatan yang
hampir sama kepada kumpulan eksperimen. Teknik yang sama juga
digunakan bagi menentukan kumpulan eksperimen dan kawalan ibu
tunggal yang berpendapatan tidak tetap seperti diilutrasikan dalam
Rajah 2.1 Carta Aliran Persampelan.
146 Asertif Di Kalangan Ibu Tunggal Dalam Institusi Kekeluargaan
HADIR
N = 300 (66.7%) telah
menjalani ujian pra
KESELURUHAN
POPULASI
N = 450
PENDAPATAN TETAP,
N1 = 128
PENDAPATAN TIDAK
TETAP, N2 = 172
Kumpulan
eksperimen,ne2
= 30 orang
Kumpulan
eksperimen,nk2
= 30 orang
Sample n1 = 60 orang
(Menggunakan rawak berpadanan
berpandukan skor ujian pra)
Kumpulan
eksperimen,ne2
= 30 orang
Kumpulan
eksperimen,nk2
= 30 orang
Sample n2 = 60 orang
(Menggunakan rawak berpadanan
berpandukan skor ujian pra)
Rajah 2.1 Carta Aliran Persampelan
Pemilihan subjek kajian secara matched pairs design
yang dilakukan bertujuan untuk mengekalkan faktor keseragaman
kumpulan sampel dan kesahan data. Contohnya ialah justifkasi
dalam proses memadankan responden kepada sampel kumpulan
eksperimen dan kawalan bagi kedua-dua kategori mengikut
pendapatan. Didapati bahawa beberapa pembolehubah dijangka
boleh mengganggu kesan dan rawatan cuba dikawal serta diambil kira
apabila memadankan sampel kajian tersebut. Antara pembolehubah
tersebut adalah seperti skor rendah atau tinggi dalam keputusan ujian
pra ( soal selidik STDR bagi tegas diri), kumpulan etnik, sumber
pendapatan yang diperoleh daripada sumber-sumber lain, umur,
tahap pendidikan ibu bapa, tahap pencapaian akademik responden,
tahap persekitaran kehidupan, sosiobudaya dan pengalaman yang
pernah dilalui oleh ibu tunggal tersebut.
(Sumber : Diubahsuai dan diadaptasikan daripada Personal Adjustment Training
Program of Elwyn Institute, Elwyn, PA, dalam Forkas, (1997) Jadual 1, m.s. 26).
147 Asertif
DAPATAN KAJIAN
Tegas Diri Min Ujian t Nilai p Kesimpulan
Ujian pra 104.47 -6.42 0.00 Tolak Ho (0.00<0.05)
Aras signifkan 0.05
1 adalah min skor ujian pra
2 adalah min skor ujian pos
1 - 2 adalah ujian perbezaan ujian pra dan pos
Ujian pos 122.77
Merujuk Jadual 7.1, hasil daripada ujian t yang dijalankan
didapati nilai p adalah lebih kecil daripada aras signifkan iaitu
0.05. Ini menunjukkan terdapat kesan latihan Asertif kepada tegas
diri di kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap antara ujian
pra dan ujian pos. Jika 1 = 2 , kebarangkalian kita memperolehi
perbezaan sekurang-kurangnya perbezaan yang ditunjukkan dalam
sampel dianggarkan (lebih kurang) sebesar 0.00. Memandangkan
kebarangkalian berlakunya fenomena ini adalah kecil (kurang dari
0.05 atau 5.0%), maka Ho ditolak(yang menyatakan 1 = 2). Ini
Jadual 7.1: Kesan Latihan Asertif kepada Tegas Diri di
Kalangan Ibu Tunggal yang Berpendapatan
Tetap antara Ujian Pra dan Ujian Pos
Ho1 : Tidak terdapat kesan latihan Asertif kepada tegas diri
di kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap
antara ujian pra dan ujian pos
Analisis Ujian-t bagi Hipotesis Kajian
Analisis dapatan kajian di bahagian ini pula, secara khususnya akan
menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan hipotesis kajian
yang telah dibina seperti berikut:
148 Asertif Di Kalangan Ibu Tunggal Dalam Institusi Kekeluargaan
bermakna wujud perbezaan min secara signifkan (iaitu 1 = 2)bagi
pembolehubah tegas diri ujian pra dan ujian pos yang dikaji. Oleh
itu, wujud perbezaan min antara ujian pra dengan pos.
Ho2 : Tidak terdapat kesan latihan Asertif kepada tegas diri
di kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap
dengan ibu tunggal yang berpendapatan tidak tetap.
Tegas Diri Min Ujian t Nilai p Kesimpulan
Ujian pra 104.47 -6.42 0.00 Tolak Ho (0.00<0.05)
Aras signifkan 0.05
1 adalah min skor latihan tegas diri ibu tunggal berpendapatan tetap
2 adalah min skor latihan tegas diri ibu tunggal berpendapatan tidak tetap
1 - 2 adalah ujian perbezaan min skor latihan tegas diri ibu tunggal berpendapatan
tetap dan ibu tunggal berpendapatan tidak tetap
Ujian pos 122.77
Jadual 7.2: Kesan Latihan Asertif kepada Tegas Diri di
Kalangan Ibu Tunggal yang Berpendapatan
Tetap dengan Ibu Tunggal yang Berpendapatan
Tidak Tetap
Berdasarkan Jadual 7.2, hasil ujian t telah mendapati bahawa
nilai p adalah lebih kecil daripada aras signifkan iaitu 0.05. Ini
menunjukkan terdapat kesan latihan Asertif kepada tegas diri di
kalangan ibu tunggal yang berpendapatan tetap dengan ibu tunggal
yang tidak tetap. Jika 1 = 2 , kebarangkalian kita memperolehi
perbezaan sekurang-kurangnya perbezaan yang ditunjukkan
dalam sampel adalah dianggarkan (lebih kurang) sebesar 0.00.
Memandangkan kebarangkalian berlakunya fenomena ini adalah
kecil (kurang dari 0.05 atau 5.0%), maka kita menolak Ho (yang
149 Asertif
Jadual 8.1 berikut menyenaraikan rumusan hasil keputusan perbezaan
min bagi hipotesis nul yang telah dijalankan menggunakan ujian t.
RUMUSAN KAJIAN
Pembolehubah Kajian
Keputusan Min Perbezaan
Aras Signikan
Tolak/Tidak
Tolak Ho
1. Kesan latihan Asertif kepada tegas
diri ibu tunggal berpendapatan tetap
antara ujian pra dan ujian pos
0.00 Tolak Ho
2. Kesan latihan Asertif kepada tegas
diri ibu tunggal berpendapatan tetap
dengan berpendapatan tidak tetap.
0.00 Tolak Ho
menyatakan 1 = 2). Ini bermakna wujud perbezaan min secara
signifkan (iaitu 1 = 2) bagi pembolehubah tegas diri ibu tunggal
berpendapatan tetap dengan tidak tetap yang dikaji. Oleh itu,
wujud perbezaan min antara kedua-dua kumpulan ibu tunggal
berpendapatan tetap dengan tidak tetap.
Jadual 8.1: Rumusan Analisis Ujian t
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat kesan positif terhadap latihan Asertif kepada tegas diri di
kalangan ibu tunggal berpendapatan tetap dengan tidak tetap.
150 Asertif Di Kalangan Ibu Tunggal Dalam Institusi Kekeluargaan
Cadangan Kepada Organisasi yang Terlibat dengan
Pembangunan Ibu Tunggal, Pembuat-pembuat Dasar, NGO
dan Kaunselor
Dapatan kajian ke atas 120 orang responden ibu tunggal daripada
kumpulan eksperimen berpendapatan tetap dan tidak tetap mendapati
bahawa majoriti tahap tegas diri dan konsep kendiri meningkat selepas
lapan minggu melalui ujian yang diberikan kepada mereka. Dapatan
ini menunjukkan bahawa latihan Asertif mampu meningkatkan
tahap tegas diri dan konsep kendiri ibu tunggal yang dikaji. Oleh
itu disarankan kepada organisasi kerajaan, swasta mahupun NGO
supaya memanfaatkan dapatan dan kaedah ini untuk peningkatan
tahap tegas diri dan konsep kendiri ibu tunggal. Di samping itu
beberapa cadangan dan langkah-langkah perlulah diambil.
Pertama, pihak organisasi yang terlibat dengan pembangunan
ibu tunggal perlulah menganjurkan beberapa program berunsurkan
latihan Asertif secara berterusan bagi meningkatkan tahap tegas diri
dan konsep kendiri yang lebih tinggi dalam diri ibu-ibu tunggal.
Ini penting kerana beberapa kajian lalu dan kajian ini mendapati
bahawa terdapat kesan peningkatan tahap tegas diri dan konsep
kendiri yang ketara setelah latihan Asertif. Secara tidak langsung
peningkatan tegas diri dan konsep kendiri ini dapat menyumbang
kepada produktiviti, mutu dan kualiti organisasi di tempat mereka
bekerja.
Kedua, organisasi perlulah menekankan tentang kepentingan
tahap tegas diri dan konsep kendiri yang mempunyai kelebihan dan
keistimewaannya. Pemahaman yang mendalam tentang kedua-dua
mekanisme ini penting kerana terdapat perbezaan secara signifkan
bagi pembolehubah yang dikaji antara kedua-dua populasi. Dalam
erti kata yang lain, latihan yang berunsurkan tegas diri dan konsep
kendiri merupakan satu kaedah yang berkesan bagi meningkatkan
prestasi kerja di kalangan pekerja-pekerja sama ada di kalangan
ibu tunggal berpendapatan tetap ataupun tidak tetap. Selain itu,
beberapa pendekatan boleh digunakan sebagai langkah untuk
mencapai matlamat tersebut. Pihak-pihak tertentu seperti pihak
151 Asertif
pengurusan organisasi perlulah mengedarkan risalah-risalah
berkaitan dengan kepentingan tingkah laku tegas diri dan konsep
kendiri, menjemput kaunselor bertauliah, mengadakan tazkirah,
program-program berbentuk kerohanian serta memasukkannya
sebagai motto organisasi yang mesti dilaksanakan.
Ketiga, pihak NGO dan kaunselor perlulah prihatin terhadap
faktor status ibu tunggal, sama ada telah hidup bersendirian tanpa
suami, kematian suami atau ditinggalkan atau diceraikan oleh
suami. Ini kerana jangka masa atau tempoh masa dapat memainkan
peranan dalam menentukan tahap penerimaan ibu tunggal dengan
gaya dan pengalaman hidup yang sama sekali berbeza semasa
mereka mempunyai suami. Bagi yang telah lama kehilangan
suami kemungkinan besar mereka boleh menerimanya dan dapat
meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa tekanan atau gangguan
emosi yang keterlaluan sehingga boleh menyebabkan kemurungan.
Bagi yang baru sahaja kehilangan suami atau ditinggalkan oleh
suami, mereka mungkin tidak dapat menerimanya dalam tempoh
jangka masa yang singkat. Oleh yang demikian, latihan Asertif ini
amatlah sesuai dijalankan atau diberikan kepada golongan ibu tunggal
yang baru sahaja kehilangan atau ditinggalkan oleh suami. Selain
daripada latihan Asertif, boleh dilihat program-program latihan lain
yang dapat memberi kesan positif kepada tegas diri dan juga konsep
kendiri di kalangan ibu tunggal. Ini kerana kemungkinan besar
terdapat beberapa latihan lain yang dapat membantu peningkatan
keupayaan diri dan motivasi diri ibu tunggal, terutamanya dalam
bebanan menyara keluarga mereka.
Pembuat-pembuat dasar pula perlulah merangka satu
program yang mutakhir dalam pembangunan insan ibu tunggal yang
berjiwa kental. Program tersebut haruslah selari dengan cabaran
pembangunan tersebut. Oleh itu, rancangan-rancangan kebajikan
sosial perlu menepati masa program tentatif pembangunan dunia
dalam keadaan perubahan budaya yang tidak seimbang dengan
nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan. Dengan itu disarankan
agar program-program kebajikan sosial ibu tunggal difokuskan
kepada peningkatan kesedaran tentang status ibu tunggal dari segi
152 Asertif Di Kalangan Ibu Tunggal Dalam Institusi Kekeluargaan
konsep kendiri dan perlakuan tegas diri. Misalnya, Dasar Sosial
Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat yang dipimpin oleh Y.B Dato Seri Shahrizat binti Abdul
Jalil bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap pentingnya golongan wanita dan institusi keluarga untuk
mencapai agenda pembangunan negara.
Hasil kajian ini juga menyumbang kepada usaha sama
pihak-pihak universiti, Lembaga Pendudukan dan Perancangan
Keluarga Negara (LPPKN), Angkatan Belia Islam Malaysia,
Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) yang berhasrat membangunkan
identiti ibu tunggal seperti usaha yang telah dijalankan oleh Struktur
Penyelarasan Program Ibu Tunggal Di Malaysia yang telah mendapat
pujian dan sambutan masyarakat Malaysia (Rohaty Mohd Majzub
dan Mohammad Rais Abdul Karim, 1999). Objektif program
ini adalah untuk membantu golongan ibu tunggal supaya mereka
sentiasa dalam keadaan baik dan tidak terjerumus dalam aktiviti-
aktiviti yang tidak sihat.
Hasil kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada para
kaunselor ibu tunggal. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai
bahan rujukan para kaunselor dari Jabatan Agama Negeri, Jabatan
Hal Ehwal Wanita (HAWA), Yayasan Pembangunan Keluarga
Negeri, Institut Sosial Negara (ISN), Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) dan Lembaga Pendudukan dan Perancangan Keluarga Negeri
(LPPKN). Hasil kajian ini juga menjadi perintis membantu negara,
terutamanya dalam mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi
oleh ibu-ibu tunggal, terutamanya di kawasan-kawasan bandaraya
khususnya di Johor Bahru. Masalah-masalah yang dihadapi oleh
ibu tunggal berbeza-beza dan pelbagai. Di sinilah akan bermulanya
titik tolak kepentingan kajian ini daripada segi hal ehwal latihan
Asertif dalam menyelidik punca utama mereka tidak mampu untuk
mentrampilkan diri mereka.
153 Asertif
Bower, S.A dan Bower, G.H (1976). Asserting Yourself A
Practical Guide for Positive Change. New York : Addison
Wesley Co.
Jones, D.J. (2002). HIV Infection and Deppressive Symptoms : An
Investigation of African American Single Mothers. AIDS
Care. 13. 343.
McBride Murry, V., Brody, G.H., Brown, A., Wisenbaker, J.,
Cutrona,C.E., dan Simons, R.L.(2002). Linking Employment
Status, Maternal Psychological Well-Being, Parenting and
ChilderenSAttriutionsAbout Poverty in Families Receiving
Government Asssitance. Family Relations. April 2002, Vol.
5 Issue 2.
Wan Halim Othman, Datuk Dr. (2003). Ucapan Aluan Perjumpaan
Ibu Tunggal di Persatuan Komuniti Ikram Kuala Lumpur.
Berita Harian: Wanita dan Keluarga, 2 Januari.
RUJUKAN
Indeks
INDEKS
A
Asertif
3,4,26,27,37,46,80,87
C
CARE
101
D
DESC
142
Dasar Sosial Negara
152
G
Gaya asertif
8
- Lisan
8
- Kognitif
9
- Emosi
9
- Bukan Lisan
9
I
Ibu tunggal
7,14,18,20,33,68,74,81,
102,103,144
K
Konsep perancangan hidup
1
Konsep kendiri
5,6,16,47,50,67,101,104
,105,109
Korelasi Pearson
25,30
Kebolehpercayaan
57
Kesan latihan asertif
73,103,116
Konflik
86,87,97
Kitaran Asertif
92
Kaedah Kuantitatif
101
L
Latihan ketegasan
39
Indeks
Latihan Asertif
74,81,82,94,104,116,12
0,124,132,150,151
M
Model Dimensi Niat
90
P
Pembentukan teori
7
R
Rathus Assertiveness Schedule
(RS) 55
S
Stress
6,7
Sikap asertif
92
Soal selidik
101,122
Sikap tegas diri (DESC)
120
SAR
122
SKKT
122
T
Tingkah laku Asertif
3,4,16,26,36,47,67,87,8
8,97
Teori Kognitif Sosial Albert
Bandura 10,18
Teori James
10,15
- Kendiri empirikal
10
- Kendiri material
11
- Kendiri sosial
11
- Kendiri spiritual
11
Teori stress
12,18,53
Teori Psikodinamik
12,15,35
Teori Behaviorisme
12,13,53
Tahap tingkah laku asertif
32
Tahap stress
33,49,51,56,68
Tenness Self Concept Scale
(TSCS) 49,56
Teori tingkah laku asertif
51
Teori komponen gaya asertif
51
- Lisan
51
- Kognitif
51
Indeks
- Emosi
52
- Bukan lisan
52
Teori Sosial Kognitif
52
Teori William James
52
- Kendiri empirikal
52
- Kendiri material
53
- Kendiri sosial
53
- Kendiri spiritual
53
Tekanan
53
Tingkah laku
121
Tingkah laku tegas diri
74,144
Tegas diri
74
Tahap tegas diri
78,81
Teori Kerjasama dan Persaingan
88
The Managerial Grid
88
- Kaedah konfrontasi
89
U
Ujian Kolerasi
45,58,62

You might also like