You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : JBA 0024/100-13/1/4(48)


Tarikh : 12 Februari 2023

________________________
________________________
________________________

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN HARI ANUGERAH SERI TEMENGGONG


2022/2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Temenggong Ibrahim Penggaram (SKTIP) Batu


Pahat akan menganjurkan majlis Hari Anugerah Seri Temenggong 2022/2023 sepertimana
ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Februari 2023


Hari : Rabu
Tempat : Dewan Seri Temenggong
SK Temenggong Ibrahim Penggaram

3. Sehubungan itu, pihak PIBG SKTIP ingin memohon sumbangan daripada pihak
tuan/puan berbentuk sumbangan wang tunai atau barangan hadiah bagi menjayakan majlis
tersebut. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank PIBG SK Temenggong Ibrahim
Penggaram dengan nombor akaun 80-0581439-7 (CIMB Bank).

4. Segala pertanyaan dan maklumat lanjut serta sumbangan untuk program ini, pihak
tuan/puan boleh hubungi En. Mohd Nazri bin Samad, GPK Pentadbiran di talian 013-2044595.

Sokongan dan kerjasama serta jasa baik daripada pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHAMAD YUSRIZAN BIN HARUN)


Yang DiPertua PIBG
SK Temenggong Ibrahim Penggaram (SKTIP)
Batu Pahat, Johor
 : 019 – 761 6944

You might also like