You are on page 1of 5

MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 2- JPN PERAK, 2020

BAB 10 : SARAWAK DAN SABAH

SOALAN ESEI - TINGKATAN 2


TAJUK :
TEMA : SK : 6.4 SP:
Kesultanan Melayu Melaka sebagai
Warisan Negara Sarawak dan Sabah 6.4.1,6.4.2
asas kerajaan masa kini

1. Peta berikut berkaitan dengan kedudukan pemerintahan tempatan di Sabah. (M.S 182)

(a) Berdasarkan peta dan pengetahuan sejarah anda, jelaskan sistem


kepimpinan kesukuan di Sabah. (4 Markah)

(b) Jelaskan sistem kepimpinan lembah sungai di Sabah.

(i) Wakil raja (4 Markah)

(ii) Ketua bebas (4 Markah)

(c) Sekiranya anda dilantik sebagai ketua masyarakat, apakah usaha anda
menjamin pemerintahan yang sistematik dan tersusun? (8 Markah)

53
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 2- JPN PERAK, 2020

SOALAN ESEI - TINGKATAN 2


TAJUK :
TEMA : SK : 6.4 SP:
Kesultanan Melayu Melaka sebagai
Warisan Negara Sarawak dan Sabah 6.4.3, 6.4.4
asas kerajaan masa kini

2. Gambar berikut berkaitan dengan sambutan perayaan masyarakat Sarawak dan Sabah.
(M.S 194)

(a) Nyatakan perayaan masyarakat Sarawak dan Sabah tersebut.

(i) Hari Dayak (4 Markah)

(ii) Pesta Keamatan (4 Markah)

(b) Adakah perayaan Hari Dayak dan Pesta Keamatan Sarawak dan Sabah wajar
dijadikan sebagai identiti kebudayaan kebangsaan.
Berikan pendapat anda. (6 Markah)

(c) Selain perayaan, apakah bidang lain yang boleh dijadikan identiti
kebudayaan kebangsaan negara kita? (6 Markah)

SOALAN ESEI - TINGKATAN 2


TAJUK :
TEMA : SK : 6.4 SP:
Kesultanan Melayu Melaka sebagai
Warisan Negara Sarawak dan Sabah 6.4.3, 6.4.4
asas kerajaan masa kini

3. Sungai memainkan peranan yang penting kepada masyarakat Sarawak dan Sabah sejak dari
zaman dahulu lagi dan peranan tersebut kekal hingga ke hari ini.(M.S 190)

(a) Namakan kaum-kaum yang terdapat di Sarawak dan Sabah. (6 Markah)

(b) Jelaskan tiga keistimewaan sungai kepada masyarakat di Sarawak dan


Sabah? (6 Markah)

(c) Bincangkan bagaimana untuk terus memelihara dan memulihara sungai. (8 Markah)

54
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 2- JPN PERAK, 2020

PANDUAN PENSKORAN – BAB 10 : SARAWAK DAN SABAH

No.
Jawapan Markah
Soalan

1(a) F1 dilaksanakan oleh masyarakat pedalaman Sabah


F2 oleh kaum Kadazandusun, Murut dan Orang Sungai
F3 mempunyai seorang ketua
F4 Ketua kaum Kadazandusun dikenali sebagai Orang Tua, Bobohizan/
Bobolian.
F5 Babalian bagi kaum Murut
F6 Mengurus soal adat dan pantang larang
F7 Kewujudan petempatan di pedalaman Sabah telah membentuk
kepimpinan kesukuan yang berdasarkan kaum-kaum tertentu.
(mana-mana 4 x 1) (4 markah)

1(b) (i) Wakil raja


F1 menerima pengaruh luar
F2 dari Brunei dan Sulu di Sabah
F3 menerusi wakil-wakil raja
F4 kuasa pemerintah wakil raja ini adalah dalam aspek kehakiman
F5 Menjaga keamanan
F6 Menjaga kebajikan penduduk
F7 Mereka juga akan mengutip cukai daripada penduduk dan aktiviti
perdagangan
(mana-mana 4 x 1) (4 markah)

(ii) Ketua bebas


F1 Kepimpinan ini diketuai oleh seorang ketua bebas
F2 Mereka ini mentadbir wilayah di muara sungai
F3 Ketua-ketua bebas di Sabah terdiri daripada Syarif Osman
F4 Ketua-ketua bebas menguasai kawasan Marudu dan Datu Kurunding
F5 Turut menguasai kawasan Tungku
F6 Ketua Bebas menegakkan kekuasaan dan menjalankan undang-undang
sendiri
F7 Mereka biasanya mempunyai pertalian dengan keluarga diraja
F8 sama ada dari Brunei, Sulu atau keturunan Arab Sharif
F9 Penduduk di bawah pemerintahan mereka terdiri daripada pengikut
mereka
(mana-mana 4 x 1) (4 markah)

1(c) F1 Melantik semua wakil setiap daerah sebagai wakil pemimpin


F2 menggalakkan unsur musyawarah/perbincangan
F3 mendengar pendapat dan suara semua pihak dan masyarakat
F4 tidak mengambil keputusan pentadbiran secara drastik
F5 mendengar segala permasalahan masyarakat
F6 memimpin dengan adil dan saksama
F7 mengelakkan rasuah
F8 bertindak secara bijak dan rasional untuk menyelesaikan permasalahan
pentadbiran
F9 melantik golongan bijaksana sebagai penasihat
F10 menjaga kebajikan masyarakat.
(mana-mana jawapan munasabah) (8 markah)

55
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 2- JPN PERAK, 2020

No.
Jawapan Markah
Soalan
2(a) (i) Hari Dayak
F1 Perayaan bagi masyarakat Sarawak
F2 Dirayakan oleh kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu
F3 Dikenali juga sebagai Gawai Dayak atau Pesta Menuai
F4 Masyarakat Iban mengadakan upacara Miring
F5 Upacara ini dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih kepada petara
atau tuhan
F6 Acara Kumang dan Keling Gawai dilakukan
F7 Acaranya ialah pemilihan ratu cantik dan jejaka tampan.
(mana-mana 4 x 1) (4 markah)
(ii) Pesta Keamatan
F1 Perayaan dalam masyarakat Sabah
F2 Perayaan ini diraikan oleh penduduk Kadazandusun dan Murut
F3 Perayaan ini merupakan simbol kesyukuran
F4 Meraikan semangat padi atau Bambaazon atau Bambarayon
F5 Upacara kesyukuran kepada semangat padi
F6 Dijalankan oleh Bobohizan/Bobolian
F7 Tujuannya penduduk berharap agar tahun hadapan mereka akan
mendapat lebih banyak hasil tuaian padi
F8 Acara yang diadakan dalam pesta ini ialah pertandingan ratu cantic atau
Unduk Ngadau
F9 Acara ini berkaitan dengan asal-usul pengorbanan Huminodun.
(mana-mana 4 x 1) (4 markah)

2(b) Wajar
F1 Merupakan identity unik yang berbeza dengan masyarakat lain di dunia ini
F2 menunjukkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia
F3 Memajukan sektor pelancongan
F4 Meningkatkan pendapatan negara
F5 Tidak pupus kerana kemajuan negara
F6 Tidak lupa latar belakang budaya masyarakat
F7 Mendedahkan perbezaan latar belakang kehidupan masyarakat
F8 Meningkatkan nama negara di persada dunia
F9 Generasi muda dapat mengenali asal usul penduduk tempatan
F10 Bangga sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan
kaum
ATAU
Tidak
F11 Belum dikenali oleh semua rakyat Malaysia
F12 Pelancong yang masuk membawa masalah social
F13 Penduduk tempatan terdedah dengan gejala sosial
(Nyatakan pendirian, mana-mana 6 x 1) (6 markah)

2(c) F1 Makanan tradisional


C1 Contoh ketupat (orang Melayu), muruku (orang India), kuih bakul (orang
Cina)
F2 Permainan tradisional
C2 Contoh congkak, batu Seremban, galah panjang
F3 Pakaian tradisional
H3 Baju kurung(orang Melayu), cheong sam (orang Cina), sari(orang India)
F4 Adat resam
C4 upacara perkahwinan pelbagai kaum
F5 Tarian tradisional
H5 tarian Zapin(orang Melayu), tarian singa(orang Cina), tarian
Bharatanatyam (orang India)
(mana-mana jawapan munasabah) (6 markah)
56
MODUL SEJARAH PASCA PKP TINGKATAN 2- JPN PERAK, 2020

No.
Jawapan Markah
Soalan

3(a) Sarawak:
F1 Melayu
F2 Iban
F3 Bisaya
F4 Melanau
F5 Bidayuh

Sabah:
F1 Kadazandusun
F2 Rungus
F3 Orang Sungai
(mana-mana 6 x 1) (6 markah)

3(b) F1 Kegunaan harian


H1 Sungai menjadi sumber bekalan air untuk minum, mandi dan membasuh
pakaian serta pinggan mangkuk.
F2 Pengangkutan
H2 Sampan dan bot menjadi pengangkutan utama untuk membawa
penumpang dan barang melalui sungai.
F3 Petempatan
H3 Sungai menjadi kawasan petempatan yang dikenali sebagai
kampung air.
F4 Sumber rezeki
H4 Sungai merupakan sumber rezeki kepada penduduk di kawasan sekitar
sungai.
F5 Perdagangan
H5 Masyarakat menjalankan kegiatan perdagangan dan jual beli di sungai
sejak zaman-berzaman.
F6 Kegiatan rekreasi
H6 Sungai menjadi tempat kegiatan rekreasi seperti pesta regata dan acara
perahu berhias.

(mana-mana 6 x 1 & mana-mana jawapan munasabah )


(6 markah)
3(c) F1 Tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai
H1 Kita tidak boleh membuang sampah ke dalam sungai. Sampah sarap
yang terkumpul di dalam sungai akan mengganggu ekosistem di dalam
sungai tersebut.
F2 Gotong-royong membersihkan sungai
H2 Masyarakat harus bekerjasama dalam memelihara dan memulihara
sungai dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong- royong
membersihkan sungai.
F3 Mengadakan kempen cintai sungai kita
H3 Pihak atasan atau AJK kawasan perumahan boleh mengadakan kempen
kesedaran mengenai kebersihan sungai. Selain itu, boleh diadakan
pertandingan poster cintai sungai kita dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik
bagi menggalakkan masyarakat hadir ke kempen tersebut.
F4 Penguatkuasaan undang-undang
H4 Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat
sebarang kecuaian mana-mana pihak yang melupuskan sampah ke
dalam sungai. Pihak berkuasa boleh mengenakan denda ke atas pihak
tersebut agar menjadi pengajaran kepada pihak lain.
(mana-mana jawapan munasabah ) (8 markah)

57

You might also like