You are on page 1of 12

TUGASAN

_________________________________________________________________________

MPU3182
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2
MEI 2023 SEMESTER

ARAHAN KHUSUS:

1. Jawab dalam Bahasa Melayu.

2. Jumlah patah perkataan: Sila rujuk arahan setiap soalan.

3. Hantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

4. Tugasan ini dihantar secara ONLINE.

5. Tarikh penghantaran : 18 Julai 2023.

6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 60% dari jumlah markah kursus.

1
_______________________________________________________________________
SOALAN TUGASAN
_______________________________________________________________________

TUJUAN
Tugasan ini bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar menjelaskan konsep asas
pengetahuan asas etika dan peradaban serta membincangkan isu kontemporari
berkaitan ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan
peradaban yang merupakan kunci kepada keharmonian dan pembangunan negara.

KEPERLUAN
Tugasan ini mempunyai empat tugasan. Jawab semua.

Tugasan 1 (30 markah)

1) Bezakan antara adab dan adat resam. Terangkan. (Terhad kepada 2 halaman)

2) Bagaimanakah seseorang mahasiswa/i dapat menggunakan adab yang baik untuk


membina hubungan positif dengan masyarakat dari latar belakang, budaya dan
identiti yang berbeza? (Terhad kepada 3 halaman)

3) Kenal pasti TIGA adab yang pernah satu ketika dahulu dianggap sopan atau sesuai
telah menjadi lapuk pada zaman sekarang. Bincangkan sebab-sebab. (Terhad
kepada 3 halaman)

(30 Markah)

2
Tugasan 2 (20 markah) – Penulisan Refleksi

Jawab soalan-soalan refleksi berikut berdasarkan petikan di bawah.

Operasi Ramadan untuk keselamatan makanan di teruskan - KP Kesihatan


Bernama
Mac 22, 2023 20:49 MYT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan meneruskan Operasi Ramadan 2023 serentak
di seluruh negara, di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan pada bulan Ramadan
kali ini dengan berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Operasi Ramadan 2023.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata operasi berkenaan,
melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan, bertujuan memastikan
makanan yang disediakan atau dijual selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-
peraturan di bawahnya.

"Pemeriksaan itu akan juga dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),"
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata aktiviti pemeriksaan giat dijalankan di peringkat sumber meliputi
bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga-peniaga yang dilesenkan oleh
PBT.

"Sebagai persiapan menjelang bulan Ramadan juga, aktiviti pemeriksaan telah dijalankan di
premis-premis tumpuan seperti di hotel-hotel yang menyediakan buffet ramadan, di premis
pembekal bahan mentah dan juga premis-premis penyediaan ais," katanya.

Dr Noor HIsham berkata kerjasama dengan PBT turut diadakan, termasuk mengadakan
taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar Ramadan, selain memastikan
pengendali mendapat suntikan pelalian anti tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan.

Beliau berkata kempen kesedaran berkaitan keselamatan kepada orang ramai, pengendali
dan pengusaha premis bahan mentah, premis penyediaan makanan, premis pembekal
makanan, turut giat dijalankan melalui bahan pendidikan kesihatan, media massa, media
elektronik dan media sosial.

3
Dr Noor Hisham turut menasihatkan masyarakat agar mengamalkan konsep "Sama-sama:
Perhati dan Pilih Juadah di Bazar Ramadan", iaitu memilih gerai yang bersih dan
mengamalkan pengendalian makanan yang baik.

"Para peniaga dinasihatkan supaya membasuh terlebih dahulu bahan mentah termasuk telur,
sebelum digunakan dalam penyediaan makanan dan tidak menyediakan makanan berisiko
tinggi untuk basi terlalu awal (contohnya makanan berasaskan santan), daripada waktu untuk
dijual.

"Orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan kuasa membeli yang ada pada mereka,
dengan membeli makanan di premis yang bersih," katanya.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah terdekat
atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my , jika terdapat sebarang aduan berkaitan
keselamatan makanan.

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.


-- BERNAMA

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/operasi-ramadan-untuk-keselamatan-
makanan-di-teruskan-kp-kesihatan-412094

i. Apakah maksud keselamatan makanan kepada anda, dan mengapakah keselamatan


makanan adalah penting dalam konteks Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)?

ii. Matlamat ke-berapakah dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) adalah


berkaitan dengan meningkatkan keselamatan makanan? Apakah sasaran yang
berkaitan dengan matlamat ini?

iii. Bagaimanakah anda boleh menyokong organisasi dan inisiatif yang sedang
berusaha ke arah meningkatkan keselamatan makanan dan mencapai matlamat
SDG yang telah anda pilih di ii?

4
iv. Pernahkah anda mempertimbangkan keselamatan makanan ketika mengunjungi
bazar Ramadan atau kedai makanan lain pada musim perayaan? Jelaskan sebab-
sebab jika jawapan anda adalah ya dan begitu juga sebaliknya.

v. Apakah cara yang boleh anda sumbangkan untuk memastikan keselamatan


makanan, bukan sahaja semasa bulan Ramadan tetapi sepanjang tahun?

(Terhad kepada 6 halaman sahaja)

(20 Markah)

5
Tugasan 3 (10 markah)
PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

Bincangkan topik berikut dalam forum dan serahkan bukti penyertaan anda dalam
perbincangan dalam talian:
Adakah pengajaran adab merupakan tanggungjawab ibu bapa dan penjaga, atau
patutkah pengajaran adab perlu menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan
formal? Justifikasikan hujah-hujah anda dengan contoh-contoh yang sesuai.

ARAHAN CARA MENGHANTAR BUKTI PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN


Lakukan perkara-perkara berikut:
1. Pilih LIMA (5) hantaran anda yang terbaik daripada perbincangan forum yang
disediakan oleh tutor anda.

2. Lakukan tangkap layar hantaran dan masukkannya sebagai imej dalam tugasan
anda.

3. Tangkap layar hendaklah dalam fail imej (sama ada dalam format JPG atau PNG).
Rujuk sampel Screen Grab di bawah

4. Tangkap layar hendaklah mengandungi: Nama, Tajuk perbincangan, Hari, Tarikh


dan Masa.

[JUMLAH KESELURUHAN TUGASAN INI: 60 MARKAH]

6
Tugasan 4

AKTIVITI DALAM TALIAN (ONLINE) (10 markah)

Peringatan Penting:

Terdapat AKTIVITI DALAM TALIAN (ONLINE) yang wajib dilaksanakan oleh pelajar yang
mengambil kursus MPU3182 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2 semester Mei
2023 yang mengandungi 10 markah. Aktiviti dalam talian ini terdapat pada e-Lesson
Week 1 hingga e-Lesson Week 10 dalam myINSPIRE.

Pastikan anda merujuk pengumuman dalam myINSPIRE dari semasa ke semasa untuk
tarikh dan masa berkaitan aktiviti tersebut.

7
LAMPIRAN
RUBRIK TUGASAN
MPU3182 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2/ MEI 2023
Tugasan 1 (30%)

Cemerlang Baik Sederhana Lemah Tidak memuaskan Markah


NS CLO Kriteria Pemberat
Maksimum
4 3 2 1 0
1 Pengenalan topik. 0.5 Pengenalan dengan Pengenalan dengan Pengenalan dengan Pengenalan tanpa Tiada pengenalan 2
penjelasan topik, penjelasan topik dan penjelasan topik atau penjelasan topik dinyatakan atau e-
objektif dan rujukan objektif. menepati tajuk. atau tidak grader mengesan
primer dalam tugasan. menepati tajuk. plagiarisme yang
ketara.
1. 1 Penerangan tentang 1.0 Menerangkan EMPAT Menerangkan TIGA Menerangkan DUA Menerangkan SATU Tiada penerangan 4
perbezaan antara perbezaan antara adab perbezaan antara adab perbezaan antara perbezaan antara tentang perbezaan
adab dan adat resam. dan adat resam. dan adat resam. adab dan adat resam. adab dan adat antara adab dan
Disokong dengan Disokong dengan Disokong dengan resam. Disokong adat resam dibuat
contoh-contoh yang contoh-contoh yang contoh-contoh yang dengan contoh- atau e-grader
baik. jelas. jelas. contoh yang jelas. mengesan
plagiarisme yang
ketara.

2. 2 Huraian tentang cara- 2.5 Huraian yang Huraian yang baik Huraian yang ringkas Huraian yang Tiada huraian 10
cara seseorang menyeluruh dan tentang cara-cara tentang cara-cara umum tentang dibuat, atau e-
mahasiswa/i dapat terperinci tentang seseorang mahasiswa/i seseorang cara-cara seseorang grader mengesan
menggunakan adab cara-cara seseorang dapat menggunakan mahasiswa/i dapat mahasiswa/i dapat plagiarisme yang
yang baik untuk mahasiswa/i dapat adab yang baik untuk menggunakan adab menggunakan adab ketara.
membina hubungan menggunakan adab membina hubungan yang baik untuk yang baik untuk
positif dengan yang baik untuk positif dengan membina hubungan membina
masyarakat dari latar membina hubungan masyarakat dari latar positif dengan hubungan positif
belakang, budaya dan positif dengan belakang, budaya dan masyarakat dari latar dengan masyarakat
identiti yang berbeza. masyarakat dari latar identiti yang berbeza. belakang, budaya dari latar belakang,
belakang, budaya dan Disokong dengan dan identiti yang budaya dan identiti
identiti yang berbeza. contoh-contoh yang berbeza. Hanya yang berbeza. Tidak
Disokong dengan jelas. rujukan popular, disokong dengan
contoh-contoh yang bukan rujukan contoh.
baik. akademik.

8
3. 2 Perbincangan tentang 2.5 Perbincangan yang Perbincangan yang Perbincangan yang Perbincangan yang Tiada perbincangan 10
sebab-sebab TIGA menyeluruh dan baik tentang sebab- ringkas tentang umum tentang dibuat, atau e-
adab yang telah anda terperinci tentang sebab TIGA adab yang sebab-sebab TIGA sebab-sebab TIGA grader mengesan
kenal pasti pernah sebab-sebab TIGA telah anda kenal pasti adab yang telah anda adab yang telah plagiarisme yang
satu ketika dahulu adab yang telah anda pernah satu ketika kenal pasti pernah anda kenal pasti ketara.
dianggap sopan atau kenal pasti pernah satu dahulu dianggap sopan satu ketika dahulu pernah satu ketika
sesuai telah menjadi ketika dahulu dianggap atau sesuai telah dianggap sopan atau dahulu dianggap
lapuk pada zaman sopan atau sesuai telah menjadi lapuk pada sesuai telah menjadi sopan atau sesuai
sekarang. menjadi lapuk pada zaman sekarang. lapuk pada zaman telah menjadi lapuk
zaman sekarang. Disokong dengan sekarang. Hanya pada zaman
Disokong dengan contoh-contoh yang rujukan popular, sekarang. Tidak
contoh-contoh yang jelas. bukan rujukan disokong dengan
baik.. akademik. contoh.

1 Kesimpulan. 0.5 Kesimpulan yang Kesimpulan yang jelas Kesimpulan yang Kesimpulan yang Tiada kesimpulan 2
menyeluruh dengan dengan penerangan ringkas dengan umum dengan diberikan atau e-
penerangan yang yang kebanyakannya penjelasan yang penjelasan yang grader mengesan
berkaitan dengan berkaitan dengan topik berkaitan dengan tidak berkaitan plagiarisme yang
semua topik yang dibincangkan. topik dibincangkan. dengan topik ketara.
dibincangkan. dibincangkan.
1 Kesesuaian format 0.5 Semua format Kebanyakan format Beberapa format Mengikut beberapa Format laporan 2
laporan (Muka penulisan diaplikasikan dan gaya rujukan APA diaplikasikan dengan format tetapi tidak yang lemah dan
hadapan, Isi dan menepati gaya diaplikasikan. gaya rujukan APA. mengikut gaya tiada rujukan.
Kandungan, rujukan APA yang rujukan APA.
penomboran halaman, betul.
format rujukan APA
dsbnya).
Jumlah 7.5 30

9
Tugasan 2 (20%)
Rubrik Jurnal Reflektif
Tidak Markah
Cemerlang Baik Sederhana Lemah
NS CLO Kriteria Pemberat memuaskan Maksimum
4 3 2 1 0
3 Penulisan Laporan Reflektif 5.0 Pelajar mampu Pelajar dapat Refleksi ditulis Refleksi umum dan Tiada 20
menunjukkan menunjukkan secara ringkas. lebih seperti kesungguhan
Jawab soalan-soalan refleksi pemahaman pemahaman Banyak isi tiada. rumusan tugasan yang ditunjukkan
berikut berdasarkan petikan di sepenuhnya tentang mengenai keperluan yang dilakukan. dalam penulisan
bawah. keperluan melaksanakan jurnal reflektif
melaksanakan tugasan. atau e-grader
i. Apakah maksud keselamatan tugasan. mengesan
makanan kepada anda, dan Penulisan yang plagiarisme yang
mengapakah keselamatan Penulisan yang dinyatakan adalah ketara.
makanan adalah penting dalam dinyatakan adalah jelas tetapi tidak
konteks Matlamat menyeluruh yang semua kriteria
Pembangunan Lestari (SDG)? merangkumi semua dipenuhi.
kriteria yang
ii. Matlamat ke-berapakah diberikan.
dalam Matlamat Pembangunan
Lestari (SDG) adalah berkaitan
dengan meningkatkan
keselamatan makanan? Apakah
sasaran yang berkaitan dengan
matlamat ini?

iii. Bagaimanakah anda boleh


menyokong organisasi dan
inisiatif yang sedang berusaha
ke arah meningkatkan
keselamatan makanan dan
mencapai matlamat SDG yang
telah anda pilih di ii?

iv. Pernahkah anda


mempertimbangkan
keselamatan makanan ketika
mengunjungi bazar Ramadan

10
atau kedai makanan lain pada
musim perayaan? Jelaskan
sebab-sebab jika jawapan anda
adalah ya dan begitu juga
sebaliknya.

iv. Apakah cara anda boleh


menyumbang untuk
memastikan keselamatan
makanan, bukan sahaja semasa
Ramadan tetapi sepanjang
tahun?

Jumlah 5.0 20
Jumlah (Tugasan 1 + Tugasan 2) 12.5 50
*NS = Nombor Soalan

11
Tugasan 3 (10%)

Markah untuk forum akan diberikan berdasarkan rubrik berikut:

Cemerlang Baik Sederhana Lemah Tidak memuaskan Markah


NS CLO Kriteria Pemberat
4 3 2 1 0 Maksimum

3 Kualiti hantaran Kelima-lima komen Empat Dua atau tiga komen Satu penghantaran Postings melepasi 10
baik, sesuai, relevan, komen baik, sesuai, baik, sesuai, ATAU Semua tempoh tugasan. 
bermakna dan relevan, bermakna dan relevan,bermakna dan penghantaran dibuat ATAU Tiada
berhemah.  berhemah. berhemah dalam satu hari . Postings diberi
Postings Postings mencerminkan Postings menunjukkan ATAU Tiada komen sebagai bukti
mencerminkan penyertaan sepanjang penyertaan dalam yang baik dan relevan. penyertaan dalam
2.5 penyertaan aktif tempoh tugasan.  jangka masa yang ATAU  Komen hanya perbincangan
sepanjang tempoh singkat.  respon yang ringkas
tugasan.  dan tidak meluas dan
tidak bermakna.Usaha
minimum (Cth: “Saya
bersetuju dengan
Tina”)

Jumlah 2.5 10
*NS=Nombor Soalan

12

You might also like