You are on page 1of 3

PIA2009 KAUNSELING KERJAYA DAN VOKASIONAL

SEMESTER 2 2022/2023

TUGASAN 2:
REFLEKSI SESI KAUNSELING BERSAMA KAUNSELOR BERDAFTAR

NAMA:
AHMAD SYAKIR BIN MOHD HALILI

NOMBOR MATRIKS:
U2104453

PENSYARAH:
PROF. MADYA DR MOHD IZWAN MAHMUD
Refleksi Sesi Kaunseling

1.0 Pendahuluan

Saya menghubungi kaunselor saya yang lepas yang kini telah berkhidmat di perkhidmatan
kaunseling di Kementrian Kesihatan Malaysia sebagai Kaunselor di perkhidmatan
kaunseling. Beliau bersetuju untuk membantu saya dalam memberikan perkhidmatan
kaunseling bertemakan kerjaya dan kami telah berbincang untuk mengadakan sesi pada hari
Rabu, 29 Mac 2023. Sesi tersebut telah berlangsung di bilik kaunseling 3, Makmal
Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

2.0 Sesi penerokaan

Sesi kaunseling tersebut bermula dengan kaunselor meminta saya untuk mendeskripsikan
mengenai perwatakan dan personaliti saya. Saya menerangkan secara jelas bahawa saya
pernah menjawab instrumen personaliti dari Myers-Briggs beberapa minggu yang lalu. Hasil
daripada instrumen tersebut saya dapati kod personaliti saya iaitu E (extrovert), I (intuitive),
F (feeling) dan J (judging). Saya juga berkongsi mengenai kelebihan dan kecenderungan saya
dalam kepimpinan dan sebagai seorang ketua. Saya pernah terlibat dalam banyak organisasi
sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke alam kampus. Antara sifat lain juga, saya banyak
memupuk cita-cita yang tinggi untuk dicapai dan nilai belas ihsan dan sifat cakna kepada
masyarakat sekeliling atau orang sekitar banyak mendorong saya dalam hidup. Namun
begitu, saya juga mempunyai kelemahan dan kekurangan dari segi suka merendahkan diri
dan merasakan seperti tidak yakin dengan pencapaian yang ada dan juga tidak bersifat
realistik dalam mencapai apa jua kejayaan atau pencapaian.

Selepas beberapa soalan yang ditanya, kaunselor mula menyerahkan instrumen kerjaya iaitu
SDS dari John Holland. Instrumen tersebut mempunyai 192 item. Selepas itu, kaunselor
menerangkan arahan demi arahan sebelum menjawab instrumen kerjaya tersebut.

3.0 Instrumen

Kaunselor menggunakan instrumen kerjaya SDS dari John Holland. Dalam instrumen
tersebut, kaunselor akan melihat kecenderungan klien terhadap 6 kod aspek iaitu R (realistik),
I (investigatif), A (artistik), S (sosial), E (enterprising) dan C (konvensional). Hasil keputusan
3 daripada 6 kod yang tertinggi ini akan menginterpretasikan kecenderungan, minat, serta
nilai yang terdapat dalam klien. Saya mula menjawab item-item yang terdapat dalam ujian
dan akhirnya telah mendapat kod ISE. Kaunselor telah menerangkan kepada saya ciri-ciri .
Saya juga memahami secara jelas mengenai sifat dan ciri yang ada dalam diri saya
bersesuaian dengan kertas penerangan dari John Holland. Saya mendapati saya mempunyai
gaya individu yang mempunyai interaksi sosial yang luas, suka kepada kerja-kerja lapangan
yang turun ke lapangan, mengubati, melayan serta membuat kebajikan kepada orang sekitar.
Selain itu, saya juga seorrang individu yang berorientasikan tugas dan lebih kepad memerhati
dan mempunyai kemahiran saintifik dan matemik. Pengalaman saya sewaktu sekolah
menengah juga telah membuktikan yang saya mengambil bidang aliran sains tulen.
Berikutnya sifat yang ada pada saya juga memipin dan pandai memujuk. Saya juga
mempunyai banyak pengaruh dan pandai dalam memanipulasi orang sekitar.

4.0 Penambah-baikkan dan rumusan

Secara rumusan, kaunselor saya memmbantu dalam membincangkan hala tuju kerjaya saya
dalam tempoh perancangan jangka masa panjang sehingga umur pencen saya iaitu 60 tahun.
Saya juga berkongsi kepada kaunselor saya beberapa laluan kerjaya yang akan saya lalui dan
beberapa halangan yang akan saya tempuhi dalam setiap laluan yang saya ambil. Antara yang
dibincangkan ialah selepas waktu bergraduasi pada tahun 2025 apa perancangan yang akan
saya ambil sama ada teruskan pengajian ke bidang sarjana atau bekerja sambil belajar.

Cadangan yang boleh saya tambah baik ialah bagaimana kaunselor mampu untuk
memberikan informasi dan maklumat terkini mengenai kerjaya dan pasaran kerja yang dapat
saya lebih cakna dan peka tentang pekerjaan. Saya berpendapat ia sangat memberi manfaat
yang besar kepada klien sekiranya saat klien bertanykan soalan kepada klien dalam sesi.

You might also like